• Tidak ada hasil yang ditemukan

Analisis Novel. Leftenan Adnan Wira Bangsa. Fokus SPM. Nama :

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "Analisis Novel. Leftenan Adnan Wira Bangsa. Fokus SPM. Nama :"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Melayu Sekolah Menengah SM4

Analisis Novel

Leftenan Adnan Wira Bangsa Fokus SPM

Nama : _____________________________

(2)
(3)

Fokus Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa

Fokus 1

Novel LeftenanAdnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip bin Talib mengandungi banyak peristiwa yang menunjukkan keberanian watak utama, iaitu Leftenan Adnan.

Satu daripadanya ialah keberanian Adnan dan rakan-rakannya menentang tentera Jepun di Bukit Candu dan Pasir Panjang. Leftenan Adnan sudah cedera parah, tetapi beliau masih meneruskan perjuangan untuk menentang tentera Jepun sampai titisan darah terakhir.

Peristiwa keberanian yang lain ialah Adnan berani membuat keputusan untuk memasuki sekolah Inggeris walaupun hasratnya dibantah oleh penduduk kampung.

Apabila berita tentang Adnan akan belajar di sekolah pendidikan Inggeris diketahui penduduk kampung, Adnan selalu dituduh sebagai murtad dan pengkhianat negara.

Walau bagaimanapun, Adnan tetap berani untuk menghadapi cabaran ini dan Adnan sekeluarga akhirnya juga mendapat persefahaman daripada penduduk kampung.

Fokus 2

Novel yang saya kaji semasa dalam Tingkatan 4 ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa, hasil karya Abdul Lalif Talib. Terdapat banyak peristiwa yang memberikan kesedaran kepada pembaca.

Peristiwa pertama ialah Leftenan Adnan bersungguh-sungguh mempertahankan Bukit Candu daripada dilawan oleh tentera Jepun. Walaupun kakinya telah tercedera akibat ditembak oleh tentera Jepun, Leftenan Adnan tidak menyerah kalah sehingga titisan darah yang terakhir. (Bab 32, Hal. 329) Peristiwa ini menimbulkan kesedaran kepada pembaca bahawa kila perlu menjaga kedaulatan dan keamanan negara daripada diceroboh oleh musuh negara walaupun nyawa kita terancam.

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(4)

Peristiwa kedua ialah peristiwa Pak Saidi menghantar Adnan ke sekolah Inggeris walaupun mendapat tentangan daripada penduduk kampung. Penduduk kampung memberikan tentangan yang padu apabila mendengar berita Pak Saidi akan menghantar Adnan ke sekolah Inggeris yang dianggap penjajah. (Bab 8, Hal. 49) Peristiwa ini menimbulkan kesedaran kepada pembaca bahawa kita perlu menuntut ilmu demi masa depan walaupun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran.

Fokus 3

Novel yang saya kaji ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa yang dikarang oleh Abdul Latip bin Talib. Terdapat dua peristiwa yang menunjukkan kesedihan dalam novel ini.

Peristiwa sedih yang pertama ialah Adnan terpaksa menghantar Sophia yang sedang berbadan dua dan anak-anaknya pulang ke kampung bagi menjamin keselamatan mereka walaupun hatinya berat untuk berpisah dengan mereka. (Bab 19,Hal. 157&158) Peristiwa ini amat menyedihkan kerana Adnan yang baru sahaja berpindah ke Singapura terpaksa berjauhan dengan keluarga tambahan pula isterinya sedang berbadan dua.

Selain itu, peristiwa sedih yang kedua ialah Leftenan Adnan digantung pada dahan kemudian ditikam oleh Leftenan Renya Matuguchi dantentera-tentera Jepun sehingga tubuhnya berkecai. (Bab 9, Hal. 332& 333) Peristiwa ini amat menyedihkan kerana Leftenan Adnan yang berani itu diseksa dengan kejamnya oleh tentera Jepun tanpa ada perasaan peri kemanusiaan sehingga beliau syahid.

Fokus 4

Novel yang saya kaji ialah novel Leftenan Adnan Wira _Bangsa, karya Abdul Latip Talib.

Terdapat banyak peristiwa yang menunjukkan kebijaksanaan watak utama.

Peristiwa pertama ialah Leftenan Adnan Berjaya mengesan tipu helah tentera Jepun ketika bertempur (Bab 30, HaI.311). Tentera Jepun telah menyamar sebagai tentera India yang memakai turban Ketika menyerang askar Melayu di Pasir Panjang dapat

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(5)

dikesan oleh Leftenan Adnan. Halini menunjukkan kebijaksanaan yang ada pada beliau dapat mengesan penyamaran oleh pihak musuh.

Selain itu, peristiwa kedua ialah LeftenanAdnan mahir semasa mengatur strategi peperangan (Bab 30, Hal. 307). Leftenan Adnan memerintahkan orang-orangnya untuk memperkukuh benteng pertahanan mereka dengan beg pasir dan lebih banyak parit digali untuk dijadikan kubu perlindungan ketika di Bukit Candu. Hal inilah menunjukkan kebijaksanaan Leftenan Adnan semasa memperkukuh benteng pertahanan dalam peperangan .

Fokus 5

Novel yang saya kaji ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa, Karya Abdul Latip Talib.

Peristiwa yang dapat dijadikan panduan hidup ialah peristiwa Pak Saidi sanggup berdepan dengan pelbagai cabaran untuk menyekolahkan Adnan dan dua orang lagi adiknya di sekolah Inggeris. Pak Saidi tidak menghiraukan pandangan serong masyarakat terhadapnya untuk memastikan anak-anaknya mendapat pendidikan.

yang baik [Bab 6, HaI.37]. Peristiwa ini dapat dijadikan sebagai panduan hidup bahawa ibu bapa bertanggungjawab untuk memberikan Pendidikan yang sempurna demi masa hadapan anak-anak.

Peristiwa lain yang dapat dijadikan panduan hidup ialah peristiwa Leftenan Adnan bersungguh-sungguh untuk mempertahankan Bukit Candu daripada tawanan tentera Jepun. Leftenan Adnan tetap tidak menyerah kalah sehingga titisan darahnya yang terakhir walaupun kakinya telah cedera akibat ditembak tentera Jepun [Bab 32, HaI.327]. Peristiwa ini dapat dijadikan sebagai panduan hidup bahawa kita mestilah berjiwa patriotik untuk menjaga kedaulatan negara daripada ancaman musuh.

Fokus 6

Novel yang telah saya kaji ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip bin Talib. Cabaran yang dihadapi oleh watak utama, Adnan ialah Adnan ingin menjadi tentera tetapi hasratnya mendapat tentangan daripada ibunya. Ibu Adnan membantah

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(6)

hasrat Adnan yang ingin menjadi askar kerana pekerjaan askar tidak dapat menjamin kehidupan Adnan. Peristiwa ini merupakan cabaran bagi watak utama kerana menjadi askar merupakan Hasrat Adnan sejak kecil lagi dan dia tidak ingin melepaskan peluang keemasan ini [Hal: 112].

Cabaran kedua yang dihadapi oleh watak utama ialah Adnan ingin menjadi askar Melayu tetapi dihina oleh rakannya, Nordin. Nordin beranggapan bahawa Adnan yang merupakan penyokong orang putih sanggup menjadi pengkhianat bangsa. Peristiwa ini merupakan cabaran bagi watak utama kerana Adnan merupakan seorang pemuda yang mementingkan reputasi diri. Dia yang pantang dihina sanggup mati untuk mempertahankan maruahnya [Hal: 121 ].

Fokus 7

Novel yang telah saya kaji ialah novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip bin Talib. Terdapat banyak konflik yang dihadapi oleh watak utama dalam novel ini.

Konflik yang dihadapi oleh watak utama, iaitu Adnan ialah dia menghadapi tentangan daripada ibunya Mak Milah dalam proses untuk mencapai cita-citanya sebagai seorang tentera (Bab 14, Hal111- 113). Mak Milah menentang hasrat Adnan kerana menganggap pekerjaan sebagai seorang tentera adalah tidak menjamin kehidupannya.

Adnan menyelesaikan konflik ini dengan memujuk dan merayu ibunya agar merestui pilihannya. Usaha Adnan akhirnya membuahkan hasil yang menggembirakan Adnan.

Konflik kedua yang dihadapi oleh Adnan ialah kelunturan semangat berjuang semasa mengetuai Kompeni C untuk mempertahankan Pasir Panjangdan Bukit Candu daripada tentera Jepun (Bab 32, Hal. 324- 325). Pertahanan mereka semakin lemah kerana kematian banyak anggota tentera dan kehabisan peluru. Pihak tentera Jepun pula telah Berjaya mengepung Kawasan mereka. Untuk menangani konflik ini, Adnan sentiasa melaungkan kata-kata yang menaikkan semangat perjuangan pasukannya dan mencadangkan strategi pertempuran kepada anak-anak buahnya iaitu 'satu peluru menumbangkan satu musuh' (Hal. 324).

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(7)

Fokus 8

Novel yang saya kaji ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip binTalib.

Terdapat banyak peristiwa yang menyentuh perasaan pembaca dalam novel ini.

Peristiwa pertama ialah Leftenan Adnan yang dikepung dan ditangkap, diseret di dalam guni sebelum digantung pada pokok ceri (Bab 32, Hal. 331). Kemudian, Leftenan Renya Mutuguchi yang sudah lama menyimpan dendam terhadap Leftenan Adnan melepaskan perasaan marahnya dengan menyeksa Leftenan Adnan sehingga pengsan dan apabila beliau sedar, beliau diseksa lagi, perutnya ditikam bertubi-tubi dengan bayonet. Walaupun beliau telah meninggal dunia, mayatnya terus diseksa apabila seorang demi seorang tentera Jepun menikam Adnan sehingga mayatnya hancur (Bab 32, Hal.323). Peristiwa kekejaman Jepun ini amat menyentuh perasaan kerana pembaca berasa sedih dan simpati terhadap nasib yang menimpa Leftenan Adnan kerana mempertahankan tanah air tercinta.

Selain itu, peristiwa kedua ialah Haji Burhan dan beberapa orang penduduk kampung memanjat Bukit Candu dan menemukan berpuluh-puluh mayat askar Melayu yang bergelimpangan kerana dibunuh dengan kejamnya oleh tentera Jepun (Bab 33, HaI.342). Beberapa orang daripada mereka yang pergi semula ke rumah banglo itu terperanjat kerana di celah-celah mayat askar Melayu itu, mereka menemui Koperal Yaakob yang masih hidup. Beliau menceritakan penyeksaan yang dilakukan oleh tentera Jepun terhadap Leftenan Adnan hingga menghembuskan nafas terakhir. (Bab 33, HaI.336). Peristiwa ini menyentuh perasaan kerana kematian askar-askar Melayu yang tragis semasa mempertahankan negara sehingga ke titisan darah yang terakhir.

Fokus 9

Novel yang saya kaji ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa yang dikarang oleh Abdul Latip Talib. Terdapat dua peristiwa yang dapat menimbulkan perasaan simpati pembaca dalam novel ini.

Peristiwa yang pertama ialah tentera Jepun masih tidak berpuas hati terhadap mayat Leftenan Adnan hingga seorang demi seorang daripada tentera itu mengambil giliran

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(8)

menikam tubuh pejuang Melayu itu dengan bayonet dan pedang (Bab 32, Hal.333).

Peristiwa ini menimbulkan perasaan simpati pembaca kerana mayat pejuang Melayu itu tidak sepatutnya diseksa atau diperlakukan sedemikian rupa dan ditinggalkan dalam keadaan yang mengerikan.

Peristiwa yang kedua pula ialah Sophia berasa risau dan cemas apabila tidak terasa degupan jantung Fatimah sehinggalah Pakih Muda mengatakan bahawa bayi itu sudah meninggal dunia (Bab 35, Hal. 354). Peristiwa ini menimbulkan perasaan simpati pembaca kerana Sophia baru sahaja kehilangan suaminya oleh kekejaman tentera Jepun, kini dia kehilangan anaknya pula yang menjadi kenangan bersama arwah suaminya.

Fokus 10

Novel yang saya kaji ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa yang dikarang oleh Abdul Latip bin Talib. Saya tidak bersetuju dengan tajuk novel ini. Tajuk yang sesuai mengikut pandangan saya ialah 'Wira Bangsa'.

Alasan saya mencadangkan tajuk ini ialah tajuk novel ini terlalu panjang. Tajuk novel yang terlalu panjang akan menyebabkan pembaca tidak tertarik untuk membaca novel ini. Tajuk sesebuah novel mestilah ringkas, padat dan menarik pembaca untuk mengetahui lebih lanjut akan kisah yang dikarang dalam novel tersebut.

Alasan kedua saya ialah tajuk 'Wira Bangsa ' lebih sesuai kerana terdapat banyak lagi watak yang berjuang habis-habisan untuk melawan Jepun . Penghargaan tidak seharusnya difokuskan kepada watak Leftenan Adnan sahaja. Banyak watak wira ada dalam novel ini. Misalnya, watak ayah Leftenan Adnan dan Pasukan Askar Melayu yang bersama-sama berjuang hingga titisan darah terakhir mereka.

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(9)
(10)
(11)
(12)

Pelan Lokasi

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur.

Tel: 03-7983 7650 http://www.edubest.com.my

Referensi

Dokumen terkait