• Tidak ada hasil yang ditemukan

Analisis Novel. Di Sebalik Dinara. Fokus SPM. Nama :

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "Analisis Novel. Di Sebalik Dinara. Fokus SPM. Nama :"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Melayu Sekolah Menengah SM4

Analisis Novel Di Sebalik Dinara

Fokus SPM

Nama : _____________________________

(2)
(3)

Fokus Novel Novel Di Sebalik Dinara

Fokus 1

Banyak peristiwa keberanian tentang watak utama dan watak sampingan dalam novel yang berjudul Di Sebalik Dinara, karya Dayang Noor.

Peristiwa Keberanian yang pertama ialah watak utama, Farisha berani menerima hakikat bahawa ayah kandungnya merupakan seorang saintis yang hebat tetapi Karl tidak berperikemanusiaan demi mencapai matlamatnya. Karl sanggup mengeksploitasi anaknya sendiri untuk kepentingan kajiannya di Soft Lab, iaitu mengaktifkan sistem Dinara. Farisha ingin mendapatkan penjelasan daripada abangnya Azraai tentang ibu kandungnya. Azraai menceritakan semua perkara yang diketahuinya. Farisha menjadi adik angkatnya kerana hendak menyelamatkannya daripada dijadikan bahan uji kaji oleh ibunya sendiri.

Selain itu, peristiwa keberanian Marilyn atau Medina sebagai watak sampingan gigih untuk meneruskan kehidupan yang menderitakannya walaupun banyak orang menganggapnya sebagai wanita gila. Dia juga berani untuk meneruskan ciptaan sainsnya demi menyaingi Karl , lelaki yang pernah dicintainya. Madina juga berani untuk menyatakan bahawa dia amat merindui anak kandungnya, Farisha. Marilyn juga gigih mencari anaknya yang hilang.

Fokus2

Novel yang saya kaji semasa datam Tingkatan 4 ialah Di Sebalik Dinara, hasil karya Dayang Nor. Terdapat banyak peristiwa yang memberikan kesedaran kepada pembaca.

Peristiwa pertama ialah Farisha tabah dengan rahsia yang diberitahu oleh Azraai bahawa dia merupakan anak angkat. (Bab 7, Hal. 121 ) Peristiwa ini menimbulkan kesedaran kepada pembaca bahawa kita pertu bersikap tabah semasa menerima

ketentuan takdir.

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(4)

Peristiwa kedua ialah Farisha berani untuk bekerja di Soft Lab bagi menggodam system dinara yang bernilai RM1.5 juta, (Bab 3, Hal. 49) Peristiwa ini menimbulkan kesedaran kepada pembaca bahawa kita pertu berani menghadapi apa-apa juga cabaran yang bakat ditempuh.

Fokus 3

Novel yang saya kaji ialah Di Sebalik Dinara yang dikarang oleh Dayang Noor. Terdapat dua peristiwa yang menunjukkan kesedihan dalam novel ini.

Peristiwa sedih yang pertama ialah Farisha diberitahu oleh Azraai bahawa dirinya ialah anak angkat kepada ibu dan ayahnya. (Bab 7, Hal. 120) Peristiwa ini amat menyedihkan kerana selama 26 tahun, barulah Farisha sedar bahawa dia hanya anak angkat.

Selain itu, peristiwa sedih yang kedua ialah Farisha menghadap ayah kandungnya, iaitu Karl yang terbaring tidak berkata-kata dan ditutup oleh topeng pernafasan dan ibunya yang berdiri di sebelah ayahnya itu. (Bab 14, Hal. 220) Peristiwa ini amat menyedihkan kerana setelah kematian ibu dan bapa angkatnya, kini dia terpaksa menghadap darah dagingnya dalam keadaan yang sebegini.

Fokus 4

Novel yang saya kaji ialah novel Di Sebalik Dinara, karya Dayang Nor. Terdapat banyak peristiwa yang menunjukkan kebijaksanaan watak utama.

Peristiwa pertama ialah Farisha menggodam sistem komputer dengan hebat (Bab 3, HaI.50). Rosman pernah menyaksikan kejayaan Farisha menggodam sebuah pelayan pangkalan data di Nusa Jaya dalam masa sepuluh minit sahaja. Hal ini menunjukkan kebijaksanaan Farisha dalam perkara berkaitan dengan sistem komputer.

Selain itu, peristiwa kedua ialah Farisha meminta pandangan abangnya yang lebih berpengalaman semasa menerima tawaran untuk projek mini bernilai tinggi (Bab3,

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(5)

HaI.57). Farisha berfikir untuk mendapatkan pandangan abangnya dan tidak tergesa- gesa menerima tawaran Aqram dan Soft Lab. Hal ini menunjukkan kebijaksanaan Farisha semasa menyelesaikan sesuatu perkara.

Fokus 5

Novel yang telah saya kaji ialah Di Sebalik Dinara, karya Dayang Noor. Peristiwa yang dapat memberikan panduan hidup ialah peristiwa Azraai memasang sistem keselamatan 'retina scanner' di apartmen Farisha kerana risau akan keselamatan adiknya. Walaupun Azraai hanya merupakan abang angkat kepada Farisha , dia tetap menyayangi adiknya untuk menjaga keselamatannya [Bab 1, HaI.10]. Peristiwa ini memberikan panduan kepada kita bahawa kita mestilah menyayangi ahli keluarga kita agar dapat mewujudkan kehidupan yang sejahtera.

Peristiwa lain yang dapat dijadikan sebagai panduan hidup ialah peristiwa pertemuan Farisha dengan Karl yang sedang nazak. Farisha masih bertemu dengan Karl walaupun dia baru tahu bahawa Karl merupakan ayah kandungnya yang bertindak kejam terhadapnya sejak bayi lagi. Ketika bertemu, Farisha hanya merenung wajah Karl dan berjanji kepada Karl bahawa dia akan sentiasa mengingati ayahnya itu. Farisha mengucapkan selamat tinggal kepada Karl sambal mengalirkan air mata [Bab 14, HaI.223]. Peristiwa ini memberikan panduan hidup kepada pembaca bahawa kita perlu sentiasa menjaga hubungan kekeluargaan dan mengenali asal usul kita.

Fokus 6

Novel yang telah saya kaji ialah novel Di Sebalik Dinara, karya Dayang Noor. Cabaran yang dihadapi oleh watak utama, Farisha ialah Farisha perlu menyiapkan kerja dalam masa yang singkat. Soft Lab (M) Sdn. Bhd. telah menawarkanRM1.5juta kepada Secured Shell Sdn. Bhd. Untuk menggodam 360 pelayan dalam masa empat minggu.

Peristiwa ini merupakan cabaran bagi watak utama kerana Farisha beranggapan bahawa projek ini memerlukan tiga bulan untuk menyiapkannya [Hal: 48].

Cabaran kedua yang dihadapi oleh watak utama ialah Farisha dimaklumkan bahawa dia merupakan adik angkat Abang Azraai. Farisha telah dimaklumkan oleh Abang

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(6)

Azraai bahawa Farisha bukan adik kandungnya. Perkara ini telah dirahsiakan oleh Abang Azraai dan Kak Mariah selama 26 tahun. Peristiwa ini merupakan tamparan yang hebat kepadanya kerana Farisha tidak menduga dirinya bukan adik kandungan Abang Azraai [Hal. 120,121].

Fokus 7

Novel yang telah saya kaji ialah novel Di Sebalik Dinara, karya Dayang Noor. Terdapat banyak konflik yang dihadapi oleh watak utama dalam novel ini.

Konflik yang dihadapi oleh watak utama, iaitu Farisha ialah ketika dia menerima kontrak yang bernilai RM 1.5 juta daripada Soft Lab (Bab 3, hal. 48). Nilai tersebut merupakan satu nilai yang amat besar bagi dirinya. Dia berasa waswas untuk menerima tawaran tersebut memandangkan syarikatnya ialah syarikat kecil, manakala Soft Lab ialah syarikat gergasi. Farisha mengatasi konflik ini dengan mendapatkan nasihat daripada abangnya Azraai dalam proses membuat keputusan yang berakhir dengan penerimaan kontrak tersebut [Bab 4, hal 59].

Konflik kedua yang dihadapi oleh Farisha ialah peristiwa semasa dia cuba menyelamatkan sistem Dinara. Dengan jumlah pelayan yang begitu banyak, dia memerlukan masa yang panjang untuk melakukan tugas tersebut. Tambahan pula, dia kurang memahami sistem tersebut. Farisha cuba mengatasi konflik ini dengan melakukan pelbagai sesi perbincangan dengan Alia , iaitu staf senior di SoftLab [Bab 5, hal. 77] dan juga dengan Aqram[Hal. 82- 84] demi memahami sistem Dinara dengan lebih mendalam.

Fokus 8

Novel yang saya kaji ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Terdapat banyak peristiwa yang menyentuh perasaan dalam novel ini.

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(7)

Peristiwa yang pertama ialah Azraai memberitahu Farisha bahawa dirinya mempunyai masalah jantung semasa makan malam di rumah abangnya itu (Bab 7, Hal. 117).

Farisha berasa terkejut kerana perkara tersebut tidak pernah disebut oleh abangnya sebelum ini (Bab 7, HaI.118). Farisha terus menangis dan memeluk abangnya selepas mendapat tahu tentang kebenaran tersebut. Perkara yang membuat Farisha berasa lebih sedih apabila mengetahui bahawa dirinya hanyalah anak angkat dalam keluarga tersebut. Peristiwa ini menyentuh perasaan kerana memaparkan kasih sayang antara dua adik-beradik walaupun sekadar abang dengan adik angkat.

Selain itu, peristiwa yang kedua ialah peristiwa Medina Berjaya menjumpai Farisha (Bab 10, Hal. 164). Setelah sekian lama mencari Farisha, akhirnya Medina berjaya menjumpai anak kandungnya ini berada di Hospital Putrajaya selepas pengsan di tempat kerja. Medina cuba berkomunikasi dengan Farisha yang berada dalam keadaan separa sedar (Bab 10, HaI.164). Farisha enggan meneruskan perbualan kerana tidak mengenaIi wanita yang tiba-tiba muncul dalam mimpinya. Peristiwa ini amat menyentuh perasaan kerana usaha berterusan daripada seorang ibu untuk mencari anak kandungnya akhirnya membuahkan hasil.

Fokus 9

Novel yang saya kaji ialah Di Sebalik Dinara yang dikarang oleh Dayang Noor. Terdapat dua peristiwa yang menimbulkan perasaan simpati pembaca dalam novel ini.

Peristiwa yang pertama ialah Azraai memberitahu Farisha bahawa dia hanyalah anak angkat kepada keluarga Azraai(Bab7, Hal. 120). Peristiwa ini menimbulkan perasaan simpati pembaca kerana Farisha tidak dapat menerima hakikat bahawa dia bukan anak kandung kepada ayah dan ibunya yang telah mencurahkan kasih sayang mereka selama ini.

Peristiwa yang kedua pula ialah ingatan Shida telah bercampur aduk setelah Karl memindahkan ingatan pahit dan peristiwa hitam yang pernah dialaminya ke dalam kepala Shida (Bab 12, Hal. 191). Peristiwa ini menimbulkan perasaan simpati pembaca kerana Shida hanyalah seorang penulis yang mendapat tawaran pekerjaan

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(8)

menghasilkan rencana di syarikat Soft Lab dan tidak mempunyai kaitan langsung meraikan ketaasuban Karl terhadap sains dan teknologi.

Fokus 10

Novel yang saya kaji ialah 'Di Sebalik Dinara' yang dikarang oleh Dayang Noor. Saya tidak bersetuju dengan tajuk novel ini.Tajuk yang sesuai mengikut pandangan saya ialah ' Misi Dinara'.

Alasan saya mencadangkan tajuk ini kerana 'Misi Dinara' merupakan sebuah projek rahsia yang mempunyai tujuan yang besar dalam bidang teknologi. Frasa “di sebalik”

tidak sesuai digunakan kerana kurang tepat dengan tema persaingan dalam dunia sains novel ini. Perkataan misi lebih sesuai kerana mempunyai makna yang Iebih moden dan merujuk tanggungjawab yang besar.

Alasan kedua ialah judul “Misi Dinara” yang saya cadangkan lebih sesuai kerana novel ini diakhiri dengan kejayaan pencipta sistem Dinara, iaitu Karl dan pasukannya. Karl Berjaya merealisasikan impiannya untuk hidup semula melalui kajiannya. Karl akhirnya dapat hidup Kembali menggunakan tubuh Shida dan membuktikan kajiannya berjaya dan dapat menyelesaikan misinya untuk menyelamatkan Soft Lab dan juga keluarganya.

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(9)
(10)
(11)
(12)

Pelan Lokasi

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur.

Tel: 03-7983 7650 http://www.edubest.com.my

Referensi

Dokumen terkait

Penulisan karya ilmiah ini dilakukan dengan tujuan untuk menguraikan (1) watak dan (2) sikap feminisme dari tokoh utama dalam novel Pengakuan Eks Parasit Lajang karya

Skripsi ini membahas watak tokoh utama (Siska, Indah, Rosi, dan Novera) dalam Novel Dimsum Terakhir karya Clara Ng dengan menggunakan delapan teknik pelukisan tokoh

Berdasarkan permasalahan di atas, penelitian ini dilakukan untuk mengetahui “Bagaimanakah watak tokoh utama dalam novel Perahu Kertas karya Dewi Lestari yang berkaitan dengan

Data dalam penelitian ini adalah berupa kutipan-kutipan atau kalimat-kalimat dan frasa, kata yang melukiskan (peristiwa) tentang watak tokoh utama dalam novel ³6XUDW

Unsur saspens yang seterusnya dapat dilihat pada peristiwa Haiqal membuat andaian tentang Tauke Ong dan watak Tauke Lim dalam manuskrip ialah orang yang sama dan apakah hubungan

Data dalam penelitian ini adalah berupa kutipan-kutipan atau kalimat- kalimat dan frasa, kata yang melukiskan (peristiwa) tentang watak tokoh utama dalam novel

Sudut pandang yang digunakan orang pertama pelaku sampingan dan amanat yang terdapat dalam novel Perempuan Di Titik Nol karya Nawal Elsaadawi adalah membentuk

Unsur saspens yang seterusnya dapat dilihat pada peristiwa Haiqal membuat andaian tentang Tauke Ong dan watak Tauke Lim dalam manuskrip ialah orang yang sama dan apakah hubungan