• Tidak ada hasil yang ditemukan

Analisis Novel. Latar. Plot.Teknik. Plot. Nama :

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Analisis Novel. Latar. Plot.Teknik. Plot. Nama :"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah

Komsas Tingkatan 5

Analisis Novel

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

Latar. Plot.Teknik. Plot

(2)

Program

Bahasa

Melayu

(3)

Latar

Latar Tempat

1. Kuala Terengganu – Rumah Umi dan Walid

2. Kampung Seri Purnama – Rumah ayah kandung Haiqal

3. Balai Raya Kampung Seri Purnama – Tempat simpanan album, novel, bahan sastera yang menunjukkankegiatan ayah Haiqal dalam bidang sastera dan budaya.

4. Gerai Makan milik ratna – Haiqal dan ratna berbual-bual di gerai makan tersebut sambil menikmati makananyang disediakan.

5. Rumah Tauke Ong – Haiqal ke rumah Tauke Ong untuk memujuk See Hwa supaya berpasangan dengannyauntuk menari Zapin.

6. Pusara Abdullah Bin Kayan – Haiqal telah membacakan yasin dan berdoa agar ayahnya ditempatkan di sisiorang yang baik-baik.

7. Stesen Bas Batu Pahat – Haiqal tiba di stesen bas Batu Pahat dari Terengganu untuk ke kampung ayahkandungnya.

Latar Masa

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

2. Petang – Peristiwa di mana Haiqal teringat akan peristiwa dia hampir terlanggar seorang budak kecil.

3. Malam – Cik Zam berbual-bual semasa tamat latihan zapin.

4. Usia enam bulan – umi memberitahu Haiqal bahawa walid bukan ayah kandungnya.

5. Lapan belas tahun – Tauke Lim menetap di kampung Seri Purnama

Program

Bahasa

Melayu

(4)

Latar Masyarakat

1. Masyarakat peniaga – Tauke Lim yang berniaga pisang dan pinang di pekan 2. Masyarakat yang cinta akan sastera dan seni budaya bangsa – Pak Cik bakar, Haji

Salim dan Cikgu Zammelibatkan diri dalam seni tarian zapin bagi memperkasa seni warisan Melayu.

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

4. Masyarakat yang berbilang kaum – Kampung Seri Purnama mempunyai penduduk yang tersiri daripada Pak CikBakar, Wak Min, Haji Salim, Tauke Lim dan See Hwa.

5. Masyarakat yang penyayang – Cikgu Zam amat menyayangi dan merindui anaknya Haiqal yang tinggal jauhsetelah bercerai dengan isterinya. Cikgu Zam meluahkan perasaan sayang pada anaknya dalam manuskrip

Plot

Binaan Plot

Permulaan/Eksposisi

Watak seorang remaja bernama Haiqal yang menerima sebuah manuskrip lama daripada pengirim Ong See Hwa dari Johor. Haiqal mendapati bahawa kisah yang terdapat dalam manuskrip tersebut seakan-akan benar berlaku dan menceritakan kisah hidup arwah ayahnya, Abdullah bin Kayan tetapi kisah itu dimainkan oleh watak Cikgu Nizam. Haiqal bertekad untuk pulang ke Johor untuk menjejak warisan ayahnya walaupun niat itu ditentang oleh uminya.

Program

Bahasa

Melayu

(5)

Perkembangan

Haiqal disambut baik oleh penduduk Kampung Seri Purnama terutamanya Tauke Ong. Malah Tauke Ong memberikan kepercayaan kepada Haiqal untuk mengurus wang simpanan, hasil jualan kelapa sawit dan kebun kelapa sawit. Haiqal telah mengenali anak Tauke Ong, iaitu Ong See Hwa. Haiqal mendapati bahawa perwatakan Ong See Hwa mirip dengan watak Ai Ling. Lazim dan Ong See Hwa telah menunjukkan kisah hidup Abdullah bin Kayan melalui pameran di balai raya lama. Haiqal mendapati bahawa arwah bapanya merupakan orang yang terkenal dalam bidang seni dan sastera malah diiktiraf oleh kerajaan negeri.

Perumitan

Penduduk kampung seperti Pak Cik Bakar, Haji Salim, dan Tauke Ong mengharapkan Haiqal supaya mengembalikan kegemilangan tarian zapin di kampung mereka kerana mereka melihat semangat kepemimpinan Haiqal mirip arwah ayahnya, Abdullah bin Kayan. Haiqal tidak mahu menghampakan harapan mereka kerana mereka telah melayan Haiqal dengan baik. Haiqal juga melihat bahawa anak-anak muda di kampung tersebut tidak meminati tarian zapin dan kesusasteraan. Haiqal dan penggiat tarian zapin seperti Pak Cik Bakar dan Haji Salim telah bersepakat untuk mengadakan persembahan tarian zapin.Cadangan tersebut telah dipersetujui oleh ketua kampung malah ketua kampung turut mengundang ahli dewan undangan negeri untuk hadir bagi memeriahkan persembahan tersebut.

Klimaks

Ketika hari persembahan, pasangan Haiqal, iaitu Lazim telah ditimpa kemalangan. Ong See Hwa menggantikan Lazim pada saat akhir. Haiqal dan Ong See Hwa telah menarikan tarian zapin sehingga ada sebilangan penduduk kampung yang berasa

Program

Bahasa

Melayu

(6)

terharu kerana terkenangkan arwah Abdullah bin Kayan. Umi, walid, dan Nurul Aisyah juga turut hadir untuk menyaksikan persembahan zapin tersebut. Umi juga telah ke kubur Abdullah bin Kayan dan umi telah mengaku kesilapannya memisahkan Haiqal daripada bapa kandungnya kerana darahnya turut mengalir dalam tubuh Haiqal.

Peleraian

Haiqal meninggalkan Kampung Seri Purnama kerana mendapat tawaran melanjutkan pelajaran dalam bidang keguruan di sebuah universiti di Sarawak. Ratna pula telah bertunang dengan usahawan muda.

Teknik Plot

Pengarang menggunakan kepelbagaian teknik plot seperti dialog, monolog, monolog dalaman, imbas kembali, imbas muka, kejutan, saspens, dan konflik untuk menjadikan novel lebih menarik.

1. Teknik Pemerian

Antara teknik plot yang digunakan oleh pengarang dalam novel ini ialah teknik pemerian. Sebagai contoh, pengarang memerihalkan keadaan di kawasan Pantai Batu Buruk. Pengarang menceritakan bahawa di kawasan Pantai Batu Buruk itu terdapat gerai- gerai yang dibina dengan tersusun telah mencantikan lagi kawasan pantai itu. Semakin mentari mengensot ke utuk barat semakin ramai pula yang datang. Alunan ombak yang gemersik seakan-akan memanggil-manggil para pengunjung agar memijakkan kaki di pantai yang mulus itu.

Program

Bahasa

Melayu

(7)

2. Teknik Dialog

Selain itu, teknik dialog juga digunakan oleh pengarang dalam novel ini. Antaranya ialah perbualan Antara cikgu Amirulnizam dengan cikgu Latifah di dalam bilik guru. Mereka berbual tentang sikap malas murid-murid tahun enam di sekolah mereka. Sebagai contohnya, “budak-budak sekelah ni terlalu dimanjakan. Zaman kita dulu kalau buat kerja macam ni, kalau tak rotan berbekas di tapak tangan, penampar singgah di muka. Apalah nak jadi”Bebelan Cikgu Latifah terus berkali.

3. Teknik Monolog

Teknik monolog dalaman juga digunakan oleh pengarang dalam novel ini. Haiqal berkata-kata dalam hatinya apabila mendengar cerita Ong See Hwa tentang kepandaian ayahnya memasak terutama ikan haruan yang menjadi kegemaran See Hwa. Haiqal menyatakan dalam hatinya, “Oh, betapa beruntungnya gadis ini! Cemburukah aku? Sedangkan aku darah dagingnya merasai kasih sayang hanya sekelumit cuma, tapi See Hwa merasai lebih daripada itu.”

4. Teknik Imbas Kembali

Antara peristiwa yang menggunakan teknik ini ialah Haiqal teringat kembali peristiwa dia hampir terlanggar seorang budak kecil yang tiba-tiba sahaja berlari melintasi jalan yang selalu dilaluinya. Haiqal juga teringat kembali semasa umurnya enam tahun, uminya menceritakan bahawa walid bukan ayat kandung yang sebenar. Seterusnya ialah peristiwa Cikgu Zam mengingati nostalgia dirinya bersama- sama dengan Roslan, Ramli dan beberapa orang lagi berpuisi di balai raya sambil memalu kompang.

Selain itu teknik imbas kembali dapat dilihat melalui peristiwa· Haigal terkenang akan kawan baiknya Ratna semasa dia dan See Hwa berada di sebuah restoran .

Program

Bahasa

Melayu

(8)

Lazim teringat semula bahawa ayah Haiqal mengajarnya subjek Bahasa Melayu dan Pendidikan Jasmani sewaktu dia di sekolah rendah.

Tauke Ong/Lim memberitahu bahawa ayah Haiqal memberikan manuskrip kepada See Hwa dua hari sebelum ayah Haiqal meninggal dunia untuk diserahkan kepada Haiqal apabila Haiqal sudah dewasa.

Ai Ling teringat akan arwah ayah cikgu Zam pernah memberitahunya bahawa sewaktu ayah cikgu Zam masih ada, ayah cikgu Zam pernah mengatakan bahawa dia sayang akan cikgu Zam.

5. Teknik Saspens

Unsur saspens yang digunakan oleh pengarang dapat dilihat melalui peristiwa Haiqal pergi ke Johor seorang diri dan ini merupakan kali pertama Haiqal ke sana. Pembaca akan tertanya-tanya sama ada misi Haiqal untuk ke Johor bagi menjejaki warisan ayahnya berjaya atau sebaliknya. Pada masa yang sama, pembaca juga tertanya- tanya sama ada Haiqal dapat menyesuaikan diri di Johor atau sebaliknya.

Selain itu, unsur saspens juga dapat dilihat pada peristiwa umi Haiqal menyatakan bahawa walid ialah bapa tiri Haiqal, manakala bapanya masih ada dan tinggal berjauhan dengannya. Peristiwa ini menyebabkan pembaca tertanya-tanya siapakah sebenarnya bapa kandung Haiqal. Pembaca juga berasa inqin tahu apakah punca sebenar Haiqal terpisah daripada bapanya dan di manakah ayah kandungnya tinggal.

Unsur saspens yang seterusnya dapat dilihat pada peristiwa Haiqal membuat andaian tentang Tauke Ong dan watak Tauke Lim dalam manuskrip ialah orang yang sama dan apakah hubungan Tauke Ong dengan ayah kandungannya. Peristiwa ini

Program

Bahasa

Melayu

(9)

menyebabkan pembaca tertanya-tanya adakah andaian Haiqal tentang Tauke Ong itu tepat serta apakah hubungan Tauke Ong dengan Abdullah bin Kayan.

Program

Bahasa

Melayu

(10)
(11)
(12)

Pelan Lokasi

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

Referensi

Dokumen terkait

Sehingga dapat disimpulkan bahwa rata-rata guru di sekolah tersebut adalah Guru Tetap Yayasan (GTY). Kepala sekolah sebagai pemimpin dan sekaligus penanggung jawab

Karakteristik rumah tangga miskin berdasar analisis deskriptif, diketahui bahwa kemiskinan lebih banyak terjadi pada : Rumah tangga migran, rumah tangga yang

Nilai adalah alat untuk menentukan sesuatu itu dikatakan baik atau buruk, pantas atau tidak pantas harus melalui proses menimbang. Hal ini tentu sangat

Shubri Khalil atau dikenal dengan nama Abu Nidhal, dianggap sebagai teroris yang terbunuh di Bagdad tahun 2012, hal tersebut sesuai dengan laporan Kementerian Luar Negeri

Kompetensi siswa pada ranah kognitif dapat dilihat dari nilai rata-rata siswa yang mengalami peningkatan dari prasiklus/tes awal masih di bawah KKM dengan rata-rata kelas

The research done by Ummul in 2011 that investigated on the factors connected to scabies incident in Darul Huffadh Islamic Boarding School under Kajuara

Hazarların baskısı ile yerlerinden ayrılan Bulgarları, 584 yılında Attila’nın oğlu İrnek’in torunlarından Kurt Han, Macar ovasına getirdi. Daha sonra

Yang dimaksud dengan ―nol‖ adalah prinsip untuk melenyapkan semua kecelakaan sampai nol, termasuk kecelakaan kerja, penyakit yang terdapat dari pekerjaan dan kecelakaan lalu lintas,