• Tidak ada hasil yang ditemukan

Analisis Novel. Tirani. Latar, Plot & Teknik Plot. Nama :

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Analisis Novel. Tirani. Latar, Plot & Teknik Plot. Nama :"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Melayu Sekolah Menengah

SM5

Analisis Novel

Tirani

Latar, Plot & Teknik Plot

(2)
(3)

Latar

Latar Tempat

1. Rumah Fadhil. Tempat Fadhil, Raidah dan anak-anaknya, Ghazi dan Waheeda Nurlyana serta cucunya, Izzati tinggal.

2. Rumah Bazilah, di Yishun Street. Tempat Waheeda menumpang tinggal sementara dia menjalani rawatan pembedahan mata dan hidungnya di Singapura. 3. Rumah Haji Abdul Aziz Imran, Damansara Heights. Tempat pertemuan dan perbincangan antara Haji Abdul Aziz dengan Waheeda dan Ghazi berkaitan dengan penjualan Chalet Iwana-Iwani di Cameron Highlands.

4. Hospital Kuching. Tempat Waheeda menerima rawatan akibat kecederaan pada muka dan hidungnya yang digigit dan dicakar oleh monyet Belanda.

5. Silicon Medical Center (SMC) di Singapura. Tempat Waheeda menjalani pembedahan mata dan hidungnya yang dijalankan oleh Dr. Shirrim Ghazizadeh dan Dr. Averroes atau Dr. Rushdi.

6. Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Kuala Lumpur. Tempat Waheeda mendapatkan rawatan lanjut dan khidmat kaunseling daripada Dr. Qamariah berkaitan dengan masalah kemurungan yang dialaminya selepas kegagalan dalam rumah tangganya bersama-sama dengan Zahid.

7. Chalet Tajau Emas. Tempat Waheeda mengalami kecederaan pada muka dan hidung akibat digigit dan dicakar oleh monyet Belanda yang meluru masuk secara tiba-tiba.

8. Hotel Flamingo de La Rossa/Flamingo Resort. Tempat pertemuan pertama kali antara Waheeda dengan Zahid.

9. Chalet Iwana-Iwani, Cameron Highlands. Tempat Lais membawa Waheeda dan Ghazi melihat secara lebih dekat lokasi dan premis Iwana-Iwani sebelum mereka bersetuju untuk membeli chalet tersebut.

Bahasa

Melayu

(4)

10. Restoran Iwana. Tempat Zahid terpandang kelibat bekas isterinya, Waheeda Nurlyana setelah hampir 20 tahun mereka tidak berhubung.

Latar Masa

1. Waktu siang. Contohnya, peristiwa Waheeda yang dikejarkan ke hospital oleh Fadhil dan Raidah akibat kecederaan pada muka dan hidungnya kerana digigit dan dicakar oleh monyet Belanda yang meluru masuk secara tiba-tiba ke bilik pejabat kecil mereka di tepi anjung hadapan berlaku pada waktu siang.

2. Waktu awal pagi. Contohnya, peristiwa Waheeda yang baru sedarkan diri setelah ditidurkan dengan ubat bius yang disuntik ke dalam tubuhnya berlaku pada waktu awal pagi. Ketika itu, Waheeda telah meminta air minuman kerana dia berasa sangat haus.

3. Waktu pagi. Contohnya, peristiwa Fatimah yang mengeja sambil membetulkan sebutan Kamri yang silap menyebut ejaan "coconut" dengan dipanggilnya "konat-konat" berlaku pada waktu pagi.

4. Waktu tengah hari. Contohnya, peristiwa Fatimah dan ahli rombongan MATTA dari Kuala Lumpur yang disajikan hidangan ketupat pulut periuk kera oleh masyarakat Dayak Bidayuh ketika mereka mengikuti Pesta Bung Bratak.

5. Waktu petang. Contohnya, peristiwa Waheeda yang duduk sambil menikmati minum petang di Restoran Genki Sushi yang terletak di Aras 4, Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura.

6. Waktu malam. Contohnya, Peristiwa Fadhil yang teringat akan tindakannya menyanggah hasrat anak gadisnya, Waheeda untuk melakukan pembedahan kosmetik pada hidungnya yang pesek sewaktu dia berjalan melintasi bilik tidur

anaknya itu.

Bahasa

Melayu

(5)

Latar Masyarakat

1. Masyarakat yang mengamalkan nilai kasih sayang dalam kehidupan.

Contohnya, Rainah amat sayang akan suami dan anak-anaknya. Rainah berusaha dan sanggup terbang ke Singapura semata-mata untuk bersama-sama dengan Waheeda pada hari pembedahan mata dan hidung anaknya itu.

2. Masyarakat yang tekun dan rajin menimba ilmu. Contohnya, watak Waheeda Nurlyana, Bazilah, Fatimah, Izzati, dan Zahid digambarkan sebagai masyarakat yang tekun dan rajin menimba ilmu sehingga berjaya memperoleh ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana dalam bidang pengkhususan masing-masing.

3. Masyarakat yang gigih menghadapi cabaran dan dugaan hidup. Contohnya,

Waheeda Nurlyana gigih berdepan dengan berbagai-bagai cabaran seperti peristiwa pembedahan mata dan hidungnya, peristiwa keretakan dan kemusnahan rumah tangganya dan peristiwa dia mengusahakan chalet penginapan untuk kemudahan pelancong.

4. Masyarakat yang bertanggungjawab terhadap kesihatan keluarga. Contohnya, sebagai seorang ayah, Fadhil membawa Waheeda yang mengalami pendarahan akibat kecederaan yang teruk angkara diserang monyet Belanda ke hospital dengan segera bagi mendapatkan rawatan.

5. Masyarakat yang menceburi kegiatan ekonomi berasaskan pelancongan

negara. Contohnya, Fadhil, Rainah, Datuk Yasser Arief, Waheeda, dan Fatimah mengusahakan chalet untuk penginapan para pelancong sebagai sumber pendapatan mereka.

6. Masyarakat yang berkhidmat dalam bidang perubatan dan kesihatan.

Contohnya, Dr.Alma Hollis Chen, Dr. Zakaria, Dr. Zahari, Dr. Shirrim Ghazizadeh dan Dr. Averroes atau Dr. Rushdi merupakan pakar-pakar perubatan yang terlibat sepenuhnya dalam memberikan perkhidmatan khidmat kaunseling, perubatan, dan pembedahan kepada pesakit.

Bahasa

Melayu

(6)

7. Masyarakat yang tabah menghadapi keruntuhan rumah tangga. Contohnya, sebagai ibu tunggal, Waheeda tabah mendidik dan membesarkan anak perempuannya, Izzati setelah diceraikan oleh suaminya, Zahid.

8. Masyarakat yang berdedikasi dalam menjalankan tugas. Contohnya, sebagai seorang pakar bedah mata yang berpengalaman, Dr. Shirrim Ghazizadeh bertungkus-lumus melakukan pembedahan pada bahagian mata Waheeda, manakala Dr. Averroes atau Dr. Rushdi berdedikasi menjalankan pembedahan hidung Waheeda.

9. Masyarakat yang hormat-menghormati antara satu dengan yang lain tanpa mengira kaum dan agama. Contohnya, Dr. Zahari yang berasal dari Malaysia dan Dr. Averroes yang berasal dari Sepanyol bersahabat baik dan saling menghormati walaupun mereka berlainan agama, bangsa dan negara asal.

10. Masyarakat yang sabar menghadapi tuduhan yang tidak benar. Contohnya, Waheeda begitu sabar menangani sifat cemburu buta dan panas baran suaminya, Zahid yang menuduhnya mengadakan hubungan sulit dengan lelaki lain.

Plot

Binaan Plot

1. Peristiwa dalam novel ini disusun secara kronologi.

2. Pada bahagian pengenalan atau eksposisi, pengarang memperkenalkan watak Waheeda yang sedang melayari laman sesawang berkaitan perihal kecantikan wajah dan pembedahan plastik pada wajah. Waheeda mempunyai keinginan yang tinggi untuk melakukan pembedahan plastik pada wajahnya yang bertujuan untuk

membaiki, memulih, serta menjaga kekemasan diri.

3. Cerita mula mencapai tahap perkembangan apabila Waheeda telah dicederakan oleh seekor monyet Belanda pada wajah dan hidungnya hingga menyebabkan

Bahasa

Melayu

(7)

Waheeda dikejarkan ke hospital oleh Fadhil sambil ditemani oleh ibunya, Raidah. Waheeda menaiki pesawat ke Singapura untuk bertemu dengan Dr. Alma Hollis Chen yang bertugas di Silicon Medical Center (SMC) yang akan mengurus proses pembedahan mata dan hidungnya. Waheeda menjalani pembedahan pembetulan pada kelopak matanya yang dijalankan oleh Dr. Shirrim Ghazizadeh manakala pembedahan hidungnya dijalankan oleh Dr. Averroes atau Dr. Rushdi. Selain itu, Waheeda mendapat tawaran bekerja di Flamingo de La Rossa sebagai Pegawai Perhubungan Awam. Waheeda berkenalan buat pertama kali dengan Zahid di Flamingo.

4. Pada peringkat perumitan, Dr. Rushdi meminta Waheeda datang ke SMC dengan segera untuk rawatan atau pembedahan pada bahagian hidungnya. Waheeda berharap agar wajahnya pulih sebelum dia pulang ke Kuching untuk majlis pertunangannya dengan Zahid. Majlis pertunangan antara Waheeda dengan Zahid dibatalkan dan digantikan dengan majlis pertunangan ringkas antara Ghazi dengan Fatimah. Selepas itu, majlis perkahwinan Waheeda dengan Zahid diadakan dengan meriah dan penuh dengan adat. Zahid mencari Waheeda selepas isterinya itu tidak muncul di restoran untuk makan tengah hari. Zahid menemui Waheeda di salah sebuah bilik penginapan penghuninya di Chalet Tajau Emas yang mewujudkan perasaan cemburu dan salah sangka atas kesetiaan Waheeda itu. Selepas Waheeda selamat melahirkan bayi perempuan di bilik wad eksklusif, Hospital Pakar Normah, Zahid tidak datang menjenguk bayinya. Waheeda meminta dan merayu suaminya agar melihat hasil laporan DNA apabila suaminya, Zahid mempertikaikan status Izzati sebagai anak kandungnya.

5. Plot mencapai puncak/klimaks apabila Zahid bertindak nekad untuk

menceraikan isterinya, Waheeda dengan talak satu disebabkan faktor cemburu dan sikap curiganya yang terlampau itu. Waheeda mengalami masalah kemurungan dan

Bahasa

Melayu

(8)

masalah migrain meroyan akibat tindakan Zahid yang kejam itu kerana dia terlalu mencintai suaminya itu.

6. Pada peringkat peleraian, Ghazi dan Raidah menemani Waheeda untuk mendapatkan rawatan dan khidmat kaunseling di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Kuala Lumpur. Waheeda dan Ghazi membeli dan mengusahakan Chalet Iwana-Iwani milik Pak Cik Abdul Aziz yang terletak di Cameron Highlands dengan menukarkan nama chalet itu kepada Aya-Sajinah. Zahid dan Aiman yang kebetulan menginap di Chalet Aya-Sajinah, berehat di Cafe Iwani dan bersembang tentang pelbagai perkara terutamanya perihal keinsafannya atas kesilapan masa silam. Zahid menangis apabila memberitahu dan mengesahkan bahawa Izzati merupakan anak kandungnya dan Waheeda, ibu Izzati merupakan insan yang dicarinya selama ini. Zahid meluahkan penyesalannya atas kesalahan besarnya terhadap Waheeda dan anak kandung mereka, Izzati. Lais cuba mententeramkan perasaan Zahid dan Waheeda manakala Izzati pula memujuk ibunya agar memaafkan kesalahan bapanya, Zahid.

Teknik Plot

1. Pengarang menggunakan kepelbagaian teknik plot seperti dialog, monolog, monolog dalaman, imbas kembali, imbas muka, kejutan, saspens, dan konflik untuk menjadikan novel lebih menarik.

2. Antara teknik plot atau teknik penceritaan yang terdapat dalam novel ini termasuklah teknik-teknik yang berikut.

Teknik pemerian

1. Pemerian bermaksud penceritaan tentang sesuatu peristiwa atau keterangan tentang sesuatu watak secara langsung oleh pengarang.

Bahasa

Melayu

(9)

2. Antara contoh penggunaan teknik ini termasuklah:

(a) Pengarang memerihalkan upacara menyarungkan cincin perkahwinan pengantin lelaki di jari pengantin perempuan. Contohnya:

Waheeda tersenyum mengalu-alukan Mak Cik Hazimah, ibu saudara Zahid, lalu menghulurkan tangan kanannya. Hazimah menyarungkan cincin

pemberian Zahid di jari manis bagi memantapkan ikatan perkahwinan mereka. Waheeda berengsot dan mencium tangan suaminya. Zahid

merapatkan wajahnya ke badapan lalu mencium dahi isterinya. Mesra dan kejap. (hlm, 206)

(b) Pengarang memerihalkan keadaan diri Waheeda yang hanya tinggal seorang diri di bilik wad eksklusif yang mewah dan sangat selesa ketika melahirkan bayi perempuannya, Izzati di Hospital Pakar Normah.

Contohnya:

Bilik wad eksklusif di Hospital Pakar Normah, walaupun bagaikan bilik- bilik hotel mewah yang sedia menerima kunjungan tanpa had waktu, bilik ini tetap asing-asing. Seperti juga wad kelas satu hospital kerajaan, bilik Waheeda tidak berkongsi bilik dengan pesakit lain. (hlm. 263)

Teknik dialog

1. Dialog ialah pertuturan antara watak yang terpapar dalam cerita.

2. Penggunaan teknik dialog dalam sesebuah cerita menjadikan jalan cerita lebih realistik.

3. Antara contoh dialog yang terkandung dalam novel ini termasuklah:

(a) Perbualan antara Mat Mekanik dengan Waheeda berhubung dengan potret Dayang Ranee yang akan dibingkaikan. Contohnya:

"Tak pernah pun saya tengok orang Sarawak berkelubung seperti ini, Cik Eda?" kata Mat seperti meminta kepastian.

Bahasa

Melayu

(10)

"Tudung kepala yang bertaburkan sulaman bunga emas ialah tudung keringkam bertatah benang emas namanya, jangan tak tau. Nanti pelancong tanya nak jawab apa?" terang Waheeda.

"Ni, yang berselimpang di bahunya, songket, Songket Kain Brunei ataupun Jong Sarat," katanya sambil tangan mencecah gambar. Berkerut dahi Mat menyoroti jari Waheeda. (hlm. 28)

(b) Dialog Raidah dengan anak saudaranya, Kamri ketika Raidah memintanya membelikan daun nipah muda untuk dibuat kelongsong ketupat lepas. Contohnya:

"Kamri, tolong belikan cik daun nipah muda.Cukup rasanya untuk 21 biji, selebihnya untuk makan," benaknya merancang seraya menyerahkan sekeping wang kertas dua ringgit semasa berada di dapur rumahnya.

"Nak buat apa?" tanya Kamri terpinga-pinga.

"Cik nak buat ketupat lepas," Raidah menjawab dengan ringkas. "Buat apa?" pertanyaan berpantul balik.

"Ee ... banyaknya tanya. Nak buat ketupat lepas untuk buat sedekah. Bulat mata Raidah mencengkam wajah Kamri ... (hlm. 67)

Teknik imbas kembali

1. Imbas kembali bermaksud ingatan sesuatu watak terhadap peristiwa atau kejadian yang telah berlaku atau yang telah dialaminya.

2. Teknik ini juga digambarkan sebagai penceritaan kejadian atau peristiwa yang telah berlaku melalui mimpi, kenangan dan ingatan sesuatu watak.

3. Antara contoh teknik imbas kembali yang digunakan dalam novel ini termasuklah:

(a) Sambil tersenyum kambing, Waheeda teringat kembali akan kain sarung

Bahasa

Melayu

(11)

birunya terbelah sehingga paras paha seperti busana ceongsam kerana sering mengejar rakan-rakan persekolahannya yang selalu menyakatnya kerana berhidung pesek. Contohnya:

Waheeda senyum kambing mengingatkan kain sarung birunya terbelah sehingga ke paha macam ceongsam kerana sering mengejar bantu-bantu yang menyakatnya. (hlm. 3)

(b) Waheeda terkenang akan kata-kata semangat ayahnya semasa dia dan Ghazi berada di dalam kereta sewaktu perjalanan pulang dari banglo mewah Pak Cik Aziz di jalan Setiakasih ke apartmen keluarga mereka di Bukit Tiara, Kajang. Contohnya:

Buktikan matlamat hidup kita, binalah kejayaan, laksanakan tugasan sebaik-baiknya dan gunakan kuasa kita dengan betul dan bijaksana. Tiba-tiba dia terkenang akan kata-kata ayahnya, insan tanpa kejayaan umpama mati sebelum ajal. (hlm. 299)

Teknik imbas muka

1. Imbas muka merupakan teknik atau cara pengarang memberikan bayangan awal atau ramalan tentang sesuatu peristiwa yang berlaku kesan daripada aksi-aksi watak dalam cerita berkenaan.

2. Teknik ini mewujudkan keyakinan tertentu dalam kalangan pembaca terhadap sesuatu yang akan terhasil.

3. Antara contoh teknik imbas muka termasuklah:

(a) Bazilah berasa gerun tatkala membayangkan keadaan meja bedah dan alat perkakasan yang lazim digunakan semasa sesi pembedahan dijalankan

sewaktu mendengar penerangan tentang prosedur pembedahan daripada Dr. Zahari. Contohnya:

Bahasa

Melayu

(12)

Waheeda dan Bazilah berpandangan. Berkerut dahi menggambarkan meja bedah dengan pisau, penyepit, dan sebagainya di hadapan mata. Bazilah mengetap bibir, menariknya ke dalam seakan-akan menahan loya. Kelihatan tekaknya turun naik menahan air liur. (hlm. 56-57)

(b) Ketika menantikan kedatangan doktor yang akan menjalankan pembedahan ke atas dirinya, Waheeda membayangkan keadaan dirinya yang seumpama disembelih hidup-hidup semasa proses pembedahan itu nanti. Contohnya:

Terbayang-bayang pula keadaan dia disembelih hidup-hidup. Kecut hatinya memikirkan betapa sakitnya waktu itu. (hlm. 86)

(c) Waheeda membayangkan suasana mesra yang berlaku sesama kakitangan di Chalet Tajau Emas yang sedang belajar menganyam kelongsong ketupat lepas daripada ibunya, Raidah ketika dia membaca kiriman e-mel yang dihantar oleh sepupunya, Fatimah.

Contohnya:

Waheeda terkekel sendirian membaca cerita sepupunya lantas terbayang suasana mesra di Tajau Emas seperti yang selalunya. (hlm.70)

Teknik saspens

1. Saspens dikenal juga dengan istilah ketegangan yang bermaksud peristiwa dalam novel yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu dalam kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya.

2. Antara contoh saspens dalam novel ini termasuklah:

(a) Peristiwa Waheeda yang berani menyahut cabaran dengan membuat

pinjaman daripada tabung usahawan siswazah, Bank Pembangunan melalui Program Kemajuan Luar Bandar Sarawak untuk mengembangkan perniagaan kemudahan penginapan Chalet Tajau Emasnya itu. Pembaca tertanya-tanya akan kemampuan sebenar Waheeda dan pembaca juga ingin tahu sama ada

Bahasa

Melayu

(13)

perniagaan chaletnya yang baru beroperasi itu mampu bersaing dengan pengusaha yang lain atau menemukan kegagalan.

(c) Peristiwa monyet berhidung besar atau monyet Belanda yang menyerang Chalet Tajau Emas menyebabkan suasana menjadi kelam-kabut apabila penghuni dan pekerja-pekerja lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri daripada digigit monyet itu. Kesan daripada peristiwa ini, pembaca tertanya-tanya tahap keselamatan sebenar dan kesan pengoperasian chalet itu dari aspek tempahan daripada pengunjung yang akan menginap di chalet itu pada masa akan datang.

Teknik kejutan

1. Perubahan dalam urutan peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba tanpa diduga oleh pembaca, inilah kejutan.

2. Kesan yang timbul daripada perubahan itu tidak sama dengan kejutan yang diduga oleh pembaca.

3. Kejutan merupakan unsur yang mampu menjadikan plot cerita semakin menarik. 4. Antara contoh teknik kejutan yang terdapat dalam novel ini termasuklah ketika peristiwa serangan monyet Belanda di Chalet Tajau Emas. Pembaca tidak menyangka bahawa monyet-monyet itu bertindak agresif hingga sanggup mencederakan orang-orang yang berada di situ, iaitu Waheeda.

5. Seterusnya, peristiwa Zahid yang bertemu dengan Waheeda buat pertama kali di Hotel Flamingo de La Rossa, Singapura. Pembaca tidak menyangka bahawa dalam pertemuan singkat itu, Waheeda boleh terpaut hati lantas bersetuju untuk menerima Zahid sebagai suaminya walaupun dia tidak betul-betul menyelami hati budi dan

tingkah laku sebenar pemuda itu.

Bahasa

Melayu

(14)

Teknik monolog/monolog dalaman

1. Monolog dalaman bermaksud kata hati atau pengucapan batin sesuatu watak, sama ada ditujukan kepada dirinya sendiri atau kepada orang lain.

2. Antara contoh monolog dalam novel ini termasuklah:

(a) Waheeda bermonolog ketika teruja dan seronok untuk melakukan pembedahan plastik pada wajahnya. Contohnya:

'Pembedahan plastik, hmm ... perkataan magis, jika boleh rasa nak buat sekarang juga,' bisik hati berbaur dengan keseronokan yang semakin sukar dibendung. (hlm. 1)

(b) Waheeda bermonolog untuk memujuk nafsunya bahawa pemergiannya ke Singapura adalah untuk melakukan pembedahan pada wajahnya dan

bukannya untuk membeli-belah. Contohnya:

'Bukan nak shopping,’ detik hatinya untuk memujuk nafsu. (hlm. 48)

(d) Waheeda bermonolog dengan memperli perwatakan Zahid yang dilihatnya amat berbeza pada waktu itu dan hari semalamnya. Contohnya:

'Semalam macam robot, sekarang bukan main ligat macam gasing pula,' detak Waheeda lalu menyorot wajah Halloway. (hlm. 137-138)

Teknik konflik

1. Konflik merupakan pertentangan antara dua pihak atau dua kekuatan dalam satu urutan plot.

2. Konflik luaran merujuk kepada konflik antara watak dengan watak lain ataupun antara watak dengan alam sekitar.

3. Konflik ini tidak semestinya me1ibatkan perlawanan fizikal tetapi boleh digambarkan melalui pertentangan pendapat, idea, sikap, atau pemikiran.

4. Contoh konflik luaran ialah konflik antara watak Waheeda dengan bapanya, Fadhil. Konflik ini tercetus apabila bapanya berkeras dan secara tegas tidak

Bahasa

Melayu

(15)

mengizinkan anaknya, Waheeda menjalankan pembedahan kosmetik kerana bertentangan dengan ajaran agama Islam.

5. Konflik luaran kedua ialah konflik antara Waheeda dengan Zahid. Konflik ini berlaku apabila Zahid mula meragui kesetiaan Waheeda sebagai isteri yang setia dengan menuduh Waheeda berlaku curang dan bermain kayu tiga dengan lelaki lain sehingga menganggap bahawa zuriat yang dikandung oleh Waheeda itu bukanlah anaknya yang sah.

6. Contoh konflik dalaman ialah watak Waheeda yang mengalami perasaan sedih dan kecewa kerana menerima ejekan daripada rakan-rakan sekolahnya berkaitan ciri fizikalnya yang berhidung pesek hingga menyebabkan dia menyimpan impian untuk membaiki sedikit kecacatan yang berlaku pada hidungnya.

7. Konflik dalaman kedua ialah konflik dalaman Zahid yang mengalami kekesalan dan dihimpit perasaan bersalah selama hampir 20 tahun akibat sikap cemburu buta yang keterlaluan sehingga dia sanggup menceraikan isterinya, Waheeda dan mengabaikan anak kandungnya, Izzati.

Bahasa

Melayu

(16)

Pelan Lokasi

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

Referensi

Dokumen terkait

Pada algoritma klasifikasi yang standar, umumnya model basis pengetahuan dihasilkan dari algoritma model (algoritma pelatihan), yang memiliki kelemahan yaitu data

The research done by Ummul in 2011 that investigated on the factors connected to scabies incident in Darul Huffadh Islamic Boarding School under Kajuara

Jamaludin Al-Afgani mempunyai cita-cita dalam bidang politik yaitu untuk menggalangkan kesatuan dan persatuan umat Islam di seluruh dunia dengan semangat dan tali Islam

Shubri Khalil atau dikenal dengan nama Abu Nidhal, dianggap sebagai teroris yang terbunuh di Bagdad tahun 2012, hal tersebut sesuai dengan laporan Kementerian Luar Negeri

Metode ini sangat diperlukan guna mengkaji perbedaan dan persamaan maupun implikasi teori nāsikh-mansūkh Abdullāhi Aḥmed an-Na’im dan Muḥammad Syaḥrūr

Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui perbandingan antara lay-up shoot dari sisi kiri dan lay-up shoot dari sisi kanan siswa yang mengikuti ekstrakurikuler

RS.Mekar Sari Bekasi Jl.Raya Mekar Sari No.01 Bekasi Jaya Bekasi Timur Kota Bekasi.. Aren Jaya

tanah-tanah Deli Maatschappij, tetapi tembakau hasil perkebunan Senembah masih tergolong yang paling baik dari tembakau-tembakau Pantai