• Tidak ada hasil yang ditemukan

[NEW NORMS OF OPEN DISTANCE LEARNING (ODL) AMONG STUDENTS DURING THE COVID-19 PANDEMIC ERA]

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "[NEW NORMS OF OPEN DISTANCE LEARNING (ODL) AMONG STUDENTS DURING THE COVID-19 PANDEMIC ERA]"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

JURNAL ISLAM DAN MASYARAKAT KONTEMPORARI,22(2): 173-184

https: / / journal.unisza.edu.my / jimk

[NEW NORMS OF OPEN DISTANCE LEARNING (ODL) AMONG STUDENTS DURING THE COVID-19 PANDEMIC ERA]

NORMA BAHARU PEMBELAJARAN SECARA TERBUKA DAN JARAK JAUH (OPEN DISTANCE LEARNING (ODL) DALAM KALANGAN MAHASISWA

SEMASA MUSIM PANDEMIK COVID-19 SITI AISHAH SOKHIBUL FADIL1

HISAM SATARI1

1 Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan

*Corresponding Author: sitia833@uitm.edu.my

Received Date: 15 May 2021 • Accepted Date: 15 June 2021

Abstract

The open and distance learning which system or better known as ODL is one of the delivery mediums in teaching and learning (PdP) is gaining attention in higher education institutions during the Covid -19 pandemic season. The shift from face -to -face learning to virtual learning has created new norms in terms of approaches and challenges to lecturers and students.

Communication network systems and learning applications are often constrained in the process of meeting the learning outcomes of university courses. Therefore, this study was conducted to identify the background of Diploma in Halal Management students, UiTM Negeri Sembilan Branch who are involved in the ODL process in addition to analyzing communication networks and applications of ODL learning methods used by students. A quantitative approach was selected in this study through the distribution of questionnaires to 122 respondents’ and data were analyzed descriptively using IBM SPSS Statistics version 23 software. Elements of respondents’

background, communication network and application of ODL method were the main indicators in this study. The results of the study found that the majority of respondents live in rural areas and the level of communication network access during the ODL as a whole is at a moderate level.

Nevertheless, access to the application of various ODL methods in teaching and learning (PdP) is still accessible with a high speed level mean score value among the majority of respondents. In conclusion, the government, Institutions of Higher Learning and the communications network industry should each play a role in creating broader and diverse initiatives to help students adapt to the new norms of PdP medium by ODL during the Covid-19 pandemic season.

Keywords: Open Distance Learning (ODL) Application, Communication Network, Covid-19 Pandemic, Diploma in Halal Management.

ISSN1985-7667e-ISSN:2289-6325 https://doi.org/10.37231/jimk.2021.22.2.573

(2)

Abstrak

Sistem pembelajaran secara terbuka dan jarak jauh atau lebih dikenali sebagai ODL merupakan salah satu medium penyampaian dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang semakin mendapat perhatian di institusi pendidikan tinggi semasa musim pandemik Covid–19. Perubahan pembelajaran secara bersemuka kepada pembelajaran alam maya telah mewujudkan norma baharu dari sudut pendekatan dan cabaran kepada pensyarah dan mahasiswa. Sistem rangkaian komunikasi dan aplikasi pembelajaran seringkali menjadi kekangan dalam proses memenuhi hasil pembelajaran kursus di universiti. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti latar belakang mahasiswa Diploma Pengurusan Halal, UiTM Cawangan Negeri Sembilan yang terlibat dalam proses ODL disamping menganalisa rangkaian komunikasi serta aplikasi kaedah pembelajaran ODL yang digunakan oleh mahasiswa. Pendekatan kuantitatif telah dipilih dalam kajian ini melalui edaran borang soal selidik kepada 122 responden dan data dianalisa secara deskriptif menggunakan perisian IBM SPSS Statistics version 23. Elemen latar belakang responden, rangkaian komunikasi dan aplikasi kaedah ODL menjadi indikator utama dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati majoriti responden tinggal di luar bandar dan tahap capaian rangkaian komunikasi semasa ODL secara keseluruhan berada pada tahap sederhana. Sungguhpun begitu, capaian aplikasi kaedah ODL yang pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) masih boleh diakses dengan nilai skor min tahap kelajuan yang tinggi dalam kalangan majoriti responden. Kesimpulannya, pihak kerajaan, Institusi Pengajian Tinggi dan industri rangkaian komunikasi masing-masing perlu berperanan mewujudkan inisiatif yang lebih luas dan pelbagai bagi membantu mahasiswa menyesuaikan diri dengan norma baharu medium PdP secara ODL pada musim pandemik Covid-19.

Kata kunci: Aplikasi Open Distance Learning (ODL), Rangkaian Komunikasi, Pandemik Covid- 19, Diploma Pengurusan Halal.

PENGENALAN

Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak Covid-19 yang bermula pada 18 Mac 2020 telah memberi kesan dan cabaran besar kepada sistem pembelajaran di Malaysia.

Harian Metro bertarikh 27 Mei 2020 melaporkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi memaklumkan semua aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) perlu dilaksanakan secara dalam talian sehingga 31 Disember 2020 (Hafidzul Hilmi, 2020) dan Berita Harian bertarikh 31 Januari 2021, melaporkan pelajar yang tidak termasuk dalam enam kategori pelajar yang dibenarkan ke kampus secara fizikal adalah perlu meneruskan PdP secara dalam talian (Rohaniza, 2021). Berikutan ini, UiTM telah memutuskan sesi PdP pada semester oktober 2020 dan mac 2021 dijalankan secara ODL di seluruh kampus UiTM.

Pembelajaran secara terbuka dan jarak jauh (ODL) didefinisikan sebagai pengajaran dikendalikan oleh seseorang dalam masa dan ruang yang terpisah dari pelajar dan misi tersebut

Cite as: Siti Aishah Sokhibul Fadil & Hisam Satari. 2021. [New Norms of Open Distance Learning (Odl) among Students During The Covid-19 Pandemic Era] Norma Baharu Pembelajaran Secara Terbuka dan Jarak Jauh (Open Distance Learning (Odl) dalam Kalangan Mahasiswa Semasa Musim Pandemik Covid-19. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari 22(2): 173-184.

(3)

bertujuan untuk merangkumi dimensi keterbukaan dan fleksibiliti yang lebih besar, samaada dalam soal akses, kurikulum atau lain-lain struktur elemen (BHEA UiTM, 2020).

Beberapa kajian berkaitan ODL seperti pembelajaran teradun (blended learning) dan Massive Open Online Courses (MOOC) telah dijalankan sebagaimana kajian oleh Ros Aiza et al. (2019) menyatakan bahawa penggunaan pelajar terhadap modul TITAS MOOC adalah baik, bermanfaat, mudah digunakan dan pengaruh sosial yang menerima penggunaan secara sukarela, modul TITAS MOOC yang relevan dan persekitaran yang menggunakan blended learning. Kajian oleh Adlina et al. (2020) pula mendapati kandungan MOOC TITAS 2.0 mempunyai elemen kemudahgunaan, kebolehgunaan, bersesuaian, sistematik dan memuaskan hati para penggunanya Selain itu, kajian Nur Amanina dan Nor Hafizah (2020) menyatakan pelajar berminat dan bermotivasi serta memberi persepsi positif terhadap pembelajaran HTML yang menggunakan video pengajaran melalui MOOC. Begitu juga kajian Nor Hafiza et al.

(2020) mendapati pelajar menerima baik MOOC sebagai platform teknologi pembelajaran dalam talian.

Seterusnya kajian oleh Siti Hajar et al. (2019) mendapati penggunaan teknologi digital seperti pembelajaran teradun (blended learning), i-Folio dan Massive Open Online Courses (MOOC) membantu pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih mudah dan menyeronokkan. Disamping itu, kajian lain oleh Norfarahi et al. (2020) menyatakan sumber liputan internet/wifi menjadi halangan utama penggunaan MOOC dalam proses PdP walaupun pelajar memberikan komitmen dan bermotivasi untuk menggunakan MOOC. Kajian oleh Syed Lamsah (2017) pula mendapati aplikasi whatsapp, youtube, facebook, intagram dan google menjadi aplikasi popular yang digunakan oleh pelajar serta didapati pelajar kurang didedahkan dengan m-pembelajaran, tidak bersedia, kurang berpuashati dengan capaian internet, ketiadaan panduan dan kaedah penilaian.

Terdapat juga ulasan artikel khusus berkaitan ODL seperti Saima Gosh et al. (2012) yang mengkaji cabaran dan peluang semasa, konsep dan sumbangan yang relevan, trend global dan serantau serta mencadangkan polisi dan strategi untuk dipertimbangkan. Kajian Oliver Tat- Sheung Au (2018) pula menyentuh mengenai kegigihan pelajar dalam ODL dari aspek faktor kejayaan dan cabaran yang dilalui oleh kumpulan peserta yang berbeza sehingga lahirnya variasi dalam tindakan mereka.

Kajian lalu membuktikan bahawa ODL ini sudah ada dilaksanakan sebelum musim pandemik lagi walaupun tidak secara menyeluruh disebabkan proses PdP dijalankan secara bersemuka. Namun sejak dunia dilanda wabak Covid-19, ODL menjadi medium utama yang dilaksanakan sepenuhnya dalam PdP bagi Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bermula 18 mac 2020 sehingga kini. Perubahan lanskap PdP dari pembelajaran secara bersemuka kepada ODL ini telah membentuk satu norma baharu dalam kalangan tenaga pengajar dan mahasiswa bagi tujuan memastikan proses PdP terus berjalan sekalipun tidak secara bersemuka.

Kestabilan rangkaian komunikasi menjadi penyumbang utama kepada kelancaran proses PdP disamping aspek kebersediaan dalam penggunaan teknologi maklumat. Namun begitu, isu rangkaian komunikasi internet seringkali menjadi rungutan sebagaimana laporan Astro Awani bertarikh 12 April 2020 yang melaporkan kesukaran pembelajaran atas talian di rumah kerana kekurangan akses internet di kawasan pedalaman, kekurangan infrastruktur serta kekangan menjalankan tugasan berkumpulan bagi penuntut IPT (Harits Asyraf, 2020). Laporan

(4)

Utusan Borneo Online bertarikh 19 April 2020 turut melaporkan masalah capaian internet tidak memuaskan menjadi kekangan utama pelajar di luar bandar selain kekurangan infrastruktur dan tiada kemampuan membeli peralatan belajar (Utusan Borneo, 2020). Situasi sama juga dilaporkan oleh Berita harian bertarikh 14 julai 2020 berkaitan kekangan internet ditambah pula dengan isu kewangan yang tidak mencukupi bagi pelajar kerana masalah kemiskinan, tidak berkemampuan membeli peranti elektronik internet, pelajar terpaksa membeli data untuk akses internet dan berbelanja banyak untuk kemudahan komunikasi (Mohan Rathakrisnan, 2020).

Berdasarkan permasalahan isu di atas, tidak dapat dinafikan bahawa aspek rangkaian komunikasi internet memainkan peranan penting dalam proses ODL ini. Justeru, satu kajian dijalankan untuk mengenalpasti latar belakang responden yang terlibat dengan proses ODL pada musim pandemik Covid-19 dan rangkaian komunikasi yang digunakan serta mengkaji aplikasi kaedah ODL dalam PdP. Responden dalam kajian ini tertumpu kepada mahasiswa semester 1 Diploma Pengurusan Halal UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah.

Justifikasi pemilihan responden adalah kerana mahasiswa merupakan pelajar baharu dan pertama kali lalui proses ODL serta tiada lagi kajian terhadap mahasiswa tersebut berkaitan ODL. Responden terlibat sepenuhnya dengan ODL kerana semua kursus yang dipelajari adalah bersifat teori dan tiada keperluan kepada tugasan secara bersemuka. Antara kursus yang diambil oleh responden adalah Prinsip-prinsip Asas Islam, Aqidah Islamiyyah, Akhlaq Islamiyyah, Introduction to Halal, Integrated Language Skill I, Foundation Arabic (level 1) dan Business Mathematics.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunapakai kaedah kuantitatif melalui edaran instrumen borang soal selidik secara elektronik kepada semua mahasiswa semester 1 Diploma Pengurusan Halal iaitu seramai 122 orang. Penetapan populasi persampelan responden adalah bergantung kepada maklum balas yang diterima dan hasilnya seramai 120 (98.4%) orang responden telah memberi maklum balas tersebut. Maka dengan itu, pengkaji telah memilih 120 orang responden sebagai sampel untuk dianalisa dapatan bagi memenuhi objektif kajian.

Pembinaan soalan dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian A mengandungi 5 item berkaitan demografi responden dengan struktur soalan berbentuk butiran tertutup seperti “ya”

atau “tidak” bagi item 1 dan 2 manakala item 3 hingga 5 menggunakan butiran pilihan yang disediakan. Bahagian B pula mengandungi 3 item berkaitan rangkaian komunikasi yang menggunakan butiran pilihan yang disediakan pada item 6 dan 8 manakala item 7 diukur dengan lima skala likert iaitu 1 (sangat perlahan), 2 (perlahan), 3 (sederhana), 4 (laju) dan 5 (sangat laju). Seterusnya bahagian C mengandungi 3 item berkaitan aplikasi kaedah ODL menggunakan butiran pilihan yang disediakan dan menerima lebih dari satu pilihan pada item 9, kemudian item 10 diukur dengan 5 skala likert yang sama dengan item 7 manakala item 11 berbentuk butiran terbuka. Kesemua data dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian IBM SPSS Statistics 23 untuk mendapatkan jumlah kekerapan, peratusan dan crosstab bagi tujuan menghuraikan dan membuat perbincangan dapatan yang diperolehi daripada maklum balas responden.

(5)

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Bahagian ini akan menganalisa dapatan kajian dan perbincangan seperti berikut :

Latar belakang responden

Berdasarkan jadual 3.1 (a), daripada 120 responden yang terlibat dalam kajian ini adalah terdiri daripada 86 (71.7%) orang perempuan dan 34 (28%) orang lelaki. Majoriti daripada responden tinggal di kawasan kediaman luar bandar iaitu seramai 86 (71.7%) orang manakala 34 (28.3%) orang tinggal di kawasan kediaman bandar.

Jadual 3.1 (a) : Latar belakang responden Item Kekerapan Peratus 1. Jantina

Lelaki 34 28.3

Perempuan 86 71.7

2. Kawasan kediaman

Bandar 34 28.3

Luar bandar 86 71.7

Jumlah 120 100.0

Analisa dapatan seterusnya adalah untuk mengenalpasti latar belakang responden mengikut kawasan kediaman. Latar belakang tersebut meliputi pendapatan isi rumah (ayah dan ibu), bilangan ahli keluarga dan peralatan yang digunakan semasa PdP secara ODL. Merujuk kepada jadual 3.1 (b), majoriti pendapatan isi rumah (ibu dan ayah) responden berada dalam lingkungan pendapatan RM2000 ke atas dengan 79 orang (65.8%). Bagi kategori kawasan kediaman di bandar, dapatan menunjukkan pendapatan isi rumah tertinggi ibu dan ayah responden adalah RM 4000 ke atas iaitu 17 orang (14.2%) manakala pendapatan terendah pula adalah sebanyak RM1000 ke bawah iaitu dengan 5 orang (4.2 %). Dapatan bagi kategori kawasan kediaman di luar bandar pula mencatatkan pendapatan isi rumah tertinggi ibu dan ayah responden adalah RM 2000 – RM4000 iaitu 21.7% (26 orang) manakala pendapatan terendah pula adalah sebanyak RM1000 ke bawah iaitu dengan 6.7 % (8 orang).

Berdasarkan jadual 3.1 (b) juga menunjukkan bilangan ahli keluarga antara 6-10 orang menjadi bilangan tertinggi dalam kalangan responden sama ada tinggal di bandar mahupun luar bandar iaitu dengan 53.3% (64 orang), diikuti pula kedua tertinggi iaitu bilangan ahli keluarga antara 1-5 iaitu 45.0 % (54 orang) dan hanya 1.7% (2 orang) mempunyai bilangan ahli keluarga seramai 11 orang dan ke atas. Hasil kajian juga mendapati majoriti responden menggunakan peralatan laptop semasa proses PdP secara ODL dijalankan iaitu dengan peratusan keseluruhan tertinggi sebanyak 63.9% (76 orang) yang terdiri daripada 28 (23.5%) responden bandar dan 48 (40.3%) responden luar bandar. Kemudian diikuti pula dengan penggunaan peralatan telefon

(6)

bimbit sebanyak 31.1% (37 orang) dan peralatan komputer menjadi peratusan terendah yang responden gunakan semasa ODL iaitu sebanyak 5.0% (6 orang).

Jadual 3.1 (b) : Latar belakang responden mengikut Kawasan kediaman

Item

Kawasan kediaman

Jumlah Bandar Luar

Bandar

K % K % K %

1. Pendapatan isi rumah (ayah dan ibu)

Tiada Pendapatan 4 3.3 0 0.0 4 3.3

RM 1000 ke bawah 5 4.2 8 6.7 13 10.8

RM1001 - RM2000 6 5.0 18 15.0 24 20.0

RM 2001 - RM4000 14 11.7 26 21.7 40 33.3

RM 4000 ke atas 17 14.2 22 18.3 39 32.5

Jumlah 46 38.3 74 61.7 120 100.0 2. Bilangan ahli keluarga

1 - 5 orang 21 17.5 33 27.5 54 45.0

6 - 10 orang 23 19.2 41 34.2 64 53.3

11 orang dan ke atas 2 1.7 0 0.0 2 1.7

Jumlah 46 38.3 74 61.7 120 100.0 3. Peralatan yang digunakan semasa

ODL

Komputer 3 2.5 3 2.5 6 5.0

Laptop 28 23.5 48 40.3 76 63.9

Telefon Bimbit 15 12.6 22 18.5 37 31.1

Jumlah 46 38.7 73 61.3 119 100.0 Nota :K-kekerapan

Rangkaian komunikasi responden

Berdasarkan jadual 3.2 di bawah, analisa dilakukan untuk mengenalpasti rangkaian komunikasi yang digunakan oleh responden dan mengetahui tahap kelajuan serta jenis langganan rangkaian komunikasi responden mengikut kawasan kediaman. Hasil kajian mendapati rangkaian komunikasi paling tinggi yang digunakan oleh responden sama ada yang tinggal di bandar atau luar bandar adalah Celcom dengan keseluruhan peratusan sebanyak 29.2% (35 orang) manakala yang paling rendah adalah One Xox dan Redone dengan masing-masing 1.7% (2 orang)

Analisa tahap kelajuan rangkaian komunikasi responden pula secara keseluruhannya didapati paling tinggi berada di tahap sederhana dengan peratusan 53.3% (64 orang), diikuti

(7)

dengan tahap laju sebanyak 34.2% (41 orang) dan tahap sangat laju iaitu sebanyak 5.8% (7 orang). Manakala tahap kelajuan terendah adalah tahap perlahan dan sangat perlahan iaitu masing-masing dengan 5.0% (6 orang) dan 1.7% (2 orang). Namun analisa perbandingan tahap kelajuan mengikut kawasan kediaman didapati responden di bandar mempunyai tahap kelajuan rangkaian komunikasi lebih baik berbanding responden luar bandar kerana tahap kelajuan responden bandar iaitu sebanyak 20.9% (25 orang) lebih tinggi dari tahap sederhana dan perlahan tetapi bagi responden luar bandar kekal pada tahap sederhana sebanyak 37.5% (45 orang) yang tertinggi dari tahap laju dan perlahan.

Data dalam jadual 3.2 juga menunjukkan jenis langganan rangkaian komunikasi yang paling tinggi dilanggan oleh responden adalah menggunakan data prepaid untuk memenuhi PdP secara ODL iaitu seramai 48 orang (40.7%) responden manakala paling rendah adalah jenis langganan line iaitu 5 orang (4.2%), lain-lain langganan adalah menggunakan wifi iaitu seramai 45 orang (38.1%) responden dan hotspot seramai 20 orang (16.9%) responden. Jika analisa jenis langganan mengikut kawasan kediaman didapati responden di bandar kebanyakan menggunakan wifi iaitu sebanyak 19.5% (23 orang) berbeza pula dengan responden luar bandar yang kebanyakan menggunakan data prepaid iaitu sebanyak 28.8% (34 orang) dalam proses PdP.

Jadual 3.2 : Rangkaian komunikasi responden

Item

Kawasan kediaman

Jumlah Bandar Luar Bandar

K % K % K %

4. Rangkaian komunikasi

Celcom 13 10.8 22 18.3 35 29.2

Maxis 11 9.2 10 8.3 21 17.5

Digi 7 5.8 13 10.8 20 16.7

UMobile 8 6.7 9 7.5 17 14.2

Unifi 2 1.7 7 5.8 9 7.5

One Xox 1 0.8 1 0.8 2 1.7

Redone 1 0.8 1 0.8 2 1.7

Tune Talk 3 2.5 3 2.5 6 5.0

Streamix 0 0.0 5 4.2 5 4.2

Yes 0 0.0 3 2.5 3 2.5

Jumlah 46 38.3 74 61.7 120 100.0 5. Tahap kelajuan rangkaian

komunikasi

Sangat Perlahan 2 1.7 0 0.0 2 1.7

Perlahan 0 0.0 6 5.0 6 5.0

Sederhana 19 15.8 45 37.5 64 53.3

Laju 20 16.7 21 17.5 41 34.2

Sangat Laju 5 4.2 2 1.7 7 5.8

Jumlah 46 38.3 74 61.7 120 100.0 6. Jenis langganan rangkaian

komunikasi

(8)

Data Prepaid 14 11.9 34 28.8 48 40.7

Line 3 2.5 2 1.7 5 4.2

Wifi 23 19.5 22 18.6 45 38.1

Hotspot 5 4.2 15 12.7 20 16.9

Jumlah 45 38.1 73 61.9 118 100.0 Nota :K-kekerapan

Aplikasi kaedah pembelajaran secara terbuka dan jarak jauh (ODL)

Bahagian ini akan menganalisa jumlah capaian aplikasi dan aplikasi kaedah ODL, tahap kelajuan aplikasi kaedah ODL dan kekangan yang dihadapi sepanjang menjalani PdP secara ODL. Tumpuan kajian meliputi empat aplikasi kaedah ODL iaitu Google App seperti Google Meet, Google Classroom, Google Form dan lain-lain, Microsoft App seperti Microsoft Team dan Microsoft Form, Social Media seperti Whatsapp, Telegram, Facebook, Instagram dan lain- lain dan Online Learning System seperti UFuture, padlet dan lain-lain.

Berdasarkan jadual 3.3 (a) di bawah, dapatan item 9.(a) menunjukkan majoriti responden dengan peratusan tertinggi 60% (72 orang) mendapat capaian akses empat aplikasi (Google App, Microsoft App, Social Media dan Online Learning System) dalam pembelajaran secara ODL diikuti peratusan kedua tertinggi sebanyak 23.4% (28 orang) adalah responden yang hanya dapat akses 1 aplikasi sahaja daripada 4 aplikasi. Responden yang dapat akses capaian 2 aplikasi dan 3 aplikasi masing-masing mencatatkan ketiga tertinggi dan terendah iaitu 10.8% (13 orang) dan 5.8% (7 orang). Seterusnya analisa berkaitan item 9.(b) : capaian responden mengikut aplikasi kaedah ODL pula menunjukan aplikasi Google App mencapai peratusan tertinggi sebanyak 90% (108 orang), kemudian aplikasi Social Media sebanyak 83.3% (100 orang), diikuti Microsoft App dengan 65.8% (79 orang) dan peratusan terendah adalah aplikasi Online Learning System dengan 65% (28 orang).

Jadual 3.3 (a) : Jumlah capaian aplikasi dan aplikasi kaedah Online Distance and Learning (ODL)

Item 9 4 aplikasi 1 aplikasi 2 aplikasi 1 aplikasi

K % K % K % K %

a) Jumlah capaian

aplikasi 72 60.

0 7 5.8% 13 10.

8 28 23.4

b) Aplikasi kaedah ODL

Google App Microsoft App

Social Media

Online Learning System

K % K % K % K %

108 90.

0 7

9 65.8 100 83.

3 78 65.0

Nota :K-kekerapan

Jadual 3.3 (b) : Interpretasi skor min skala likert tiga min Nilai Skor Min Tahap

(9)

1.00 – 2.50 Rendah 2.51 – 3.50 Sederhana

3.51 – 5.00 Tinggi

Seterusnya analisa berkaitan tahap kelajuan aplikasi kaedah ODL, pengkaji telah menentukan tahap berdasarkan nilai skor skala likert yang mengandungi lima mata sebagaimana jadual 3.3 (b) di atas. Maka berdasarkan jadual 3.3 (c), tahap kelajuan aplikasi kaedah ODL adalah berada pada tahap tinggi dengan nilai min = 3.59 dan SP = .760. Aplikasi media sosial mencapai tahap tertinggi kelajuan dengan nilai min = 4.13 dan SP = .668, diikuti aplikasi Google App dengan nilai min = 3.62 dan SP = .711 dan aplikasi Online Learning System dengan nilai min = 3.54 dan SP = .787. Namun begitu, aplikasi Microsoft App berada pada tahap sederhana iaitu min = 3.10 dan SP =.874.

Jadual 3.3 (c) : Tahap kelajuan aplikasi kaedah Online Distance and Learning (ODL)

Item 10 SP P S L SL Jumlah

K % K % K % K % K % SP Min Int

Google

App 0 0.0 7 5.8 40 33.

3 6 4

53.

4 9 7.5 .711 3.62 Tinggi Microsoft

App 7 5.8 1 5

12.

6 61 50.

8 3 3

27.

5 4 3.3 .874 3.10 Sederha na Media

Sosial 0 0.0 0 0.0 20 16.

6 6 5

54.

2 35 29.

2 .668 4.13 Tinggi Online

Learning System

2 1.7 7 5.8 44 36.

7 5 8

48.

3 9 7.5 .787 3.54 Tinggi

Min keseluruhan .760 3.59 Tinggi Nota :, SP-Sangat perlahan, P-Perlahan, S-Sederhana, L-Laju, SL-Sangat laju, K-kekerapan, SP-Sisihan Piawai, Int-Interpretasi

Bagi dapatan berkaitan kekangan yang dihadapi sepanjang ODL, pengkaji telah membina item jawapan merujuk kepada maklum balas responden bagi tujuan memudahkan proses menganalisa data berbentuk terbuka. 7 item telah dibentuk iaitu rangkaian internet, peralatan belajar, kemahiran teknologi maklumat, pembelajaran ODL, sikap, persekitaran dan tiada. Merujuk jadual 3.3 (d), kekangan yang paling tinggi dihadapi oleh responden semasa PdP secara ODL adalah isu rangkaian internet dengan peratusan 70.0% (84 orang) manakala kekangan yang paling rendah pula adalah kemahiran teknologi dengan peratusan 0.8% (1 orang). Seramai 18 orang (15%) responden menjawab tiada masalah manakala kekangan lain seperti masalah persekitaran dengan peratusan 5.8% (7 orang), masalah peralatan belajar dan sikap masing-masing dengan peratusan 3.3% (4 orang) dan masalah pembelajaran ODL sebanyak 1.7% (2 orang).

Jadual 3.3 (d) : Kekangan reponden semasa PdP secara Online Distance and Learning (ODL) Item 11 : Kekangan yang dihadapi Kekerapan Peratus

1. Rangkaian internet 84 70.0

(10)

2. Peralatan belajar 4 3.3 3. Kemahiran teknologi maklumat 1 0.8

4. Pembelajaran ODL 2 1.7

5. Sikap 4 3.3

6. Persekitaran 7 5.8

7. Tiada 18 15.0

Jumlah 120 100%

Perbincangan dapatan

Berdasarkan dapatan kajian di atas, kestabilan rangkaian komunikasi internet memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran secara ODL, sungguhpun sebahagian besar mahasiswa mempunyai peralatan belajar untuk memenuhi ODL namun dalam masa yang sama majoriti mahasiswa terpaksa menggunakan data prepaid yang banyak untuk memenuhi proses PdP. Penggunaan data tersebut semestinya melibatkan kos yang tinggi sedangkan sebahagian besar mahasiswa (67.4%) adalah golongan keluarga B40 dengan pendapatan isi rumah (ayah dan ibu) RM4000 ke bawah sebagaimana menurut Zarinah et al. (2018) yang mengatakan keluarga B40 atau keluarga berpendapatan rendah adalah keluarga yang mempunyai pendapatan isi rumah RM3855 sebulan dan ke bawah.

Rangkaian komunikasi Celcom menjadi rangkaian yang paling tinggi digunakan oleh mahasiswa namun dapatan tidak menunjukkan perbezaan yang ketara dengan rangkaian komunikasi yang lain. Dapatan juga menunjukkan sekalipun penggunaan rangkaian komunikasi itu tinggi, ia tidak menyumbang kepada tahap kelajuan yang memberansangkan dalam kalangan mahasiswa kerana dapatan keseluruhan tahap kelajuan berada pada tahap sederhana walaupun ada sedikit perbezaan antara mahasiwa tinggal di bandar dan luar bandar.

Majoriti mahasiswa dapat mengakses ke semua aplikasi kaedah ODL bagi memenuhi tuntutan PdP di kawasan kediaman masing-masing. Aplikasi Google App dan Social Media menjadi pilihan aplikasi yang paling mudah diakses oleh mahasiswa dan tahap kelajuan kedua- dua aplikasi ini juga turut berada di tahap tinggi. Dapatan positif ini membuktikan bahawa mahasiswa sudah dapat menyesuaikan diri dengan norma baharu PdP secara ODL pada musim pandamik covid-19. Walaubagaimana pun, isu rangkaian internet masih menjadi kekangan utama kepada mahasiswa dalam PdP disamping kekangan lain sekalipun tidak ketara menyumbang kepada isu yang besar dalm PdP.

Sehubungan itu, pengkaji ingin mencadangkan agar institusi yang mengamalkan PdP secara ODL dapat menggunakan kaedah yang sesuai memandangkan ramai pelajar yang terlibat merupakan golongan B40. Seterusnya dicadangkan juga agar para pensyarah terlebih dahulu meneliti latar belakang mahasiswa sebelum memilih kaedah ODL dalam PdP. Disamping itu, peranan rangkaian komunikasi juga perlu diperkasa dan dipertingkatkan dari sudut perkhidmatan langganan yang lebih baik merangkumi kawasan bandar dan luar bandar kerana ODL ini memerlukan satu rangkaian yang stabil bagi melancarkan proses PdP dan melibatkan mahasiswa dari pelbagai latar belakang. Atas dasar keperihatian terhadap isu pendidikan, dicadangkan juga agar kerajaan dapat memberi inisiatif rangkaian percuma kepada mahasiswa agar perlaksanaan ODL dapat dijalankan dengan kaedah yang lebih luas dan pelbagai.

(11)

PENUTUP

ODL merupakan norma baharu dalam bidang pendidikan dan sudah tentu melibatkan pelbagai pihak dalam kalangan industri komunikasi dan kemudahan alat yang dipilih untuk memastikan PdP berjalan dengan baik. Isu lokasi dan penempatan serta latar belakang keluarga menjadi elemen yang perlu diambil perhatian agar seluruh warga mendapat peluang yang adil dan saksama dalam menerima pendidikan secara atas talian ini. Kepelbagaian aplikasi ODL perlu diperluaskan penggunaanya dalam kalangan tenaga pengajar dan mahasiswa sebagai satu langkah awal untuk mencapai “Education 5.0” yang menjadikan cara mengoptimalisasi penggunaan teknologi sebagai alat bantu dalam pendidikan ke arah revolusi industri 5.0.

RUJUKAN

Adlina Ab. Halim, Ahmad Nasir Mohd Yusoff, Arfah Ab Majid, Normala Othman, Norasyikin Azri & Nasrina M. Samir. 2020. Penerimaan pelajar terhadap aplikasi MOOC TITAS Versi 2.0 di Universiti Awam Malaysia. Jurnal Sains Insani 5(1): 73-78.

Au, O.T.-S., Li, K. & Wong, T.M. 2018. Student persistence in open and distance learning:

success factors and challenges. Asian Association of Open Universities Journal 13(2):

191-202.

Borneo, Utusan. (2020, April 19). Capaian internet kekangan utama pelajar di luar bandar.

Retrieved April 9, 2021, from Utusan Borneo Online:

https://www.utusanborneo.com.my/2020/04/19/capaian-internet-kekangan-utama- pelajar-di-luar-bandar.

Hafidzul Hilmi Mohd Noor. (2020, May 27). Belajar dalam talian hingga 31 Disember.

Retrieved April 8, 2020, from Harian Metro Online:

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/05/583080/belajar-dalam-talian-hingga- 31-disember.

Hafiza Haron, Supyan Hussin & Ahmad Rizal Yusof. 2020. Penerimaan teknologi Massive Open Online Course (MOOC) di kalangan pelajar di UKM: satu kajian rintis. Jurnal Sains Insani 5(1): 142-147.

Harits Asyraf Hasnan. (2020, April 12). Masalah internet, infrasruktur PdP di rumah jadi keluhan rakyat Malaysia. Retrieved April 12, 2021, from Astra Awani:

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/masalah-internet-infrastruktur-pp-di- rumah-jadi-keluhan-rakyat-malaysia-kajian-237984.

Mohan Rathakrishnan. (2020, July 14). COVID - 19 ubah pengajaran dan pembelajaran di rumah. Retrieved April 9, 2020, from Berita Harian Online : https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/ 2020/07/710464/covid-19-ubah- pengajaran-dan-pembelajaran-dari-rumah.

Norfarahi Zulkifli, Mohd Isa Hamzah & Khadijah Abdul Razak. 2020. Isu dan cabaran pengguna MOOC dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Journal of Research, Policy and Practice of Teachers and Teacher Education 10(1): 77-94.

Nur Amanina Haziqah Abdul Halim & NorHafizah Adnan. 2020. Implementasi video pengajaran dalam pembelajaran HTML melalui Massive Open Online Courses

(12)

(MOOC). Jurnal Dunia Pendidikan 2(2): 205-212.

Rohaniza Idris. (2021, January 31). 6 Kategori pelajar dibenarkan kembali ke kampus 1 Mac.

Retrieved April 8, 2021, from Berita Harian Online:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/01/781661/6-kategori-pelajar- dibenarkan-kembali-ke-kampus-1-mac.

Ros Aiza Mohd Mokhtar, Abd Hakim Mohad, Latifah Abdul Latiff & Mashitah Sulaiman.

2019. Blended Learning dalam kursus TITAS : Kajian terhadap penggunaan TITAS MOOC dalam kalangan pelajar UMS. Jurnal Sains Insani 4(1): 54-60.

Saima Ghosh, Joyshree Nath, Shalabh Agarwal, Asoke Nath & A K Chaudhuri. 2012. Open and Distance Learning (ODL) Education System: past, present and future - A systematic study of an alternatif and education system. Journal of global research in computer sains 3(4): 53-57.

Siti Hajar Taib, Mohd Azaharin Ismail & Maimun Aqsha Lubis Abdin Lubis. 2019. Inovasi kesepaduan dan strategi pengajaran dan pembelajaran di Era Revolusi Industri 4.0.

ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization 3(2): 38- 54.

Syed Lamsah Syed Chear. 2017. Pengajaran dan pembelajaran melalui aplikasi Whatsapp dan telegram di universiti swasta. Jurnal Pendidikan Malaysia 42(2):1-14.

UiTM, BHEA. (n.d.). Garis panduan penglibatan pelajar dalam pembelajaran terbuka dan secara jarak jauh (ODL) di UiTM. Retrieved April 9, 2021, from BHEA UiTM:

https://sites.google.com/uitm.edu.my/covid19uitmhea/home.

Referensi

Dokumen terkait

Students readiness is also a challenge faced by students in online learning. EFL students experienced unpreparedness in using new applications in the first days of online

When I read in English, I like to finish my reading assignments before other students (Ketika saya membaca tulisan berbahasa Inggris, saya suka menyelesaikan tugas

Identifying the impact of the COVID-19 pandemic on students' involvement inside and outside of the classroom.. Exploring students' experience of engagement during the

Distance learning requires a plan for the implementation process, due to the covid-19 pandemic in which learning that is usually done at school is now conducted online.. Facilities

This study employed the attitude questionnaire for high school students when learning biology during the Covid-19 pandemic (A1) and the questionnaire on students' strategies

Based on the formulation of the problem above, the researchers aim to reveal: (1) social support received by students; (2) student time management; (3) student learning

A Case Study of Exchange Students’ Experience with Online Learning during the COVID-19 Pandemic in the Republic of Korea.” Journal of Research on Technology in Education

Abstract: This study aimed to see how the Zoom Application can affect students' speaking skills during online learning during the pandemic covid-19.. The