• Tidak ada hasil yang ditemukan

BULETIN RELASIS PSAS POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "BULETIN RELASIS PSAS POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH"

Copied!
71
0
0

Teks penuh

(1)

PO LIT EKN IK S ULTAN AZLAN S H AH 2016

BULET IN R ELASIS PSA S

[Sejarah Penubuhan RELASIS | Transformasi RELA | Susunan Kronologi Penubuhan RELASIS di PSAS | Sorotan Aktiviti-Aktiviti RELASIS | Laporan Aktiviti]

HAKCIPTA BRIGED RELASIS POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH MALAYSIA TERBITAN 2016

(2)

BULETIN RELASIS PSAS | 2016

ISI KANDUNGAN MUKASURAT

BULETIN RELASIS PSAS 2016

Sidang Redaksi 3

Kata-kata Aluan Pengarah PSAS 4

Kata-kata Aluan Atjuten RELASIS 5

Dari Meja Ketua Editor 6

Sekalung Penghargaan 7

Sejarah Penubuhan RELASIS 8

Transformasi RELA 8

Susunan Kronologi Penubuhan RELASIS di PSAS 9

Sorotan Aktiviti-Aktiviti RELASIS 10

Lampiran

Laporan Aktiviti RELASIS 47

UKMR 48

3rd MalPRAC 51

UKMR-K (Kebangsaan) 56

Perkhemahan Ulu Geleting 59

Program Khidmat Bakti 63

Program CMT Teluk Segadas 67

(3)

| 3 P a g e

BULETIN RELASIS PSAS | 2016

SIDANG REDAKSI

[ PENAUNG 1 ]

PPjKR Haji Zairon Bin Mustapha Pengarah Politeknik Sultan Azlan Shah

[ PENAUNG 2 ]

PPjR Haji Mohd Anuar bin Dris Timb. Peng. (A) Politeknik Sultan Azlan Shah

[ PENGERUSI ]

PgR. Hanapi bin Jusoh

Adjutan RELASIS Penguasa RELA (Bers.)

[ SIDANG PENGARANG ]

PgR. Azuwan bin Salehudin

PgR. Eliza binti Shamsudin Penguasa RELA (Bers.)

[ WARTAWAN ]

PgR. Feroz Shah bin Zainordin Penguasa RELA (Bers.)

[ KETUA EDITOR ]

Encik Mohd Mizan bin Abdul Malik Pensyarah

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

[ FOTOGRAFI ]

Encik Abdul Rahman bin Zakaria Puan Haslinda Binti Zulkifli

Jurulatih RELASIS PSAS

(4)

BULETIN RELASIS PSAS | 2016

KATA-KATA ALUAN PENGARAH PSAS

A ssalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Buletin RELASIS PSAS ini merupakan salah satu usaha kami untuk menyampaikan kepada warga politeknik khasnya dan kepada dunia luar umumnya tentang tertubuhnya RELASIS di PSAS serta sorotan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan.

Seperti yang telah sedia maklum, Briged RELASIS masih baru ditubuhkan di politeknik, maka dengan adanya bahan penulisan dan penerbitan seperti Buletin RELASIS PSAS ini, dapat memerikan informasi yang jelas berkenaan dengan Briged RELASIS, tujuan dan halatuju dalam memupuk semanagat patriotisme serta semangat sukarelawan di kalangan pelajar politeknik.

Paparan gambar aktiviti yang telah diselitkan dalam buletin ini diharapkan dapat dijadikan sebagai perkongsian maklumat untuk membolehkan masyarakat diluar mendekati RELASIS PSAS dengan lebih mendalam lagi.

Syabas saya ucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam usaha menerbitkan buletin ini. Segala usaha yang dicurahkan harap dapat dijadikan oleh Allah S.W.T sebagai ganjaran pahala di akhirat kelak.

Akhir kata saya mengharapkan agar isi kandungan buletin ini dapat memupuk sikap cintakan Negara Malaysia yang aman dan makmur ini.

Sekian, Wassalam.

PPjKR Haji Zairon Bin Mustapha Pengarah

Politeknik Sultan Azlan Shah

(5)

| 5 P a g e

BULETIN RELASIS PSAS | 2016

KATA-KATA ALUAN ADJUTAN

A ssalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih dan Penyayang. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W, Rasul terakhir, kekasih Allah dan penghulu para anbiya’. Seterusnya kepada seluruh ahli keluarga dan para sahabat dan pengikut sahabat.

Setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Illahi, kerana dengan kemunculan sulung Buletin RELASIS PSAS ini dapat menjadi media penghubung kepada warga politeknik tanpa mengira bangsa dan agama. Semoga buletin ini mendapat sambutan baik oleh warga politeknik.

Saya juga mengharapkan bahawa aktiviti-aktiviti RELASIS seperti ini dapat diperbanyakkan dan dipergiatkan lagi di politeknik supaya para pelajar mendapat manfaat sambil menimba ilmu pelajaran mereka.

Bagi mengakhiri kata-kata, saya menyokong dan menggalakkan lagi penerbitan dan penulisan buletin seperti ini dalam menjadikan nama RELASIS PSAS antara briged yang terbaik di antara seluruh politeknik.

Sekian, Terima Kasih.

PgR. (Bersekutu) Mohd Hanapi bin Jusoh Adjutan RELASIS

Penguasa RELA (Bers.)

(6)

BULETIN RELASIS PSAS | 2016

DARI MEJA KETUA EDITOR

A ssalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T kerana memberi peluang kepada saya dan sidang redaksi menghasilkan Buletin RELASIS PSAS yang pertama bagi tahun 2016.

Ia adalah sebuah karya yang menceritakan tentang sejarah RELA, Kronologi penubuhan Briged RELASIS di PSAS, sorotan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan serta laporan-laporan yang telah dicatat sepanjang tahun 2015 hinggalah ke tahun 2016.

Pada peringkat permulaan, buletin ini dipersembahkan dalam bentuk digital ke dalam portal PSAS untuk tujuan edaran dalaman warga polteknik. Selepas itu, barulah ia dihebahkan dalam bentuk bahan bercetak bagi memberi maklumat terkini kepada masyarakat umum tentang Perasmian Pelancaran Briged RELASIS Politeknik Sultan Azlan Shah dan Pemakaian Pangkat serta Pentauliahan Pegawai Bersekutu RELA Negeri Perak.

Diharapkan juga supaya buletin ini sedikit sebanyak memberi informasi terkini terhadap kursus Ko-Kurikulum Pakaian Seragam iaitu RELASIS di politeknik Malaysia. Moga-moga dapat memberikan impak positif kepada aktiviti-aktiviti pelajar dengan menerapkan nilai- nilai patriotisme dan cintakan tanah air Malaysia serta memperluaskan semangat

sukarelawan pada masyarakat umum.

Sekian, Terima Kasih.

Encik Mohd Mizan bin Abdul Malik Ketua Editor

Buletin RELASIS PSAS 2016

(7)

| 7 P a g e

BULETIN RELASIS PSAS | 2016

PENGHARGAAN

YBhg. KPjR Datuk Kamariah Binti Mohd Noah Ketua Pengarah Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)

YBhg. Datuk TPjR (kehormat) Hj. Mohlis Bin Jaafar Ketua Pengarah Jabtan Pendidikan Politeknik Malaysia

Tuan Abdul Karim Bin Jaafar

Mantan Pengarah Politeknik Sultan Azlan Shah

TKPjR Tuan Kamaruddin Bin Md Rapiq

Timbalan Ketua Pengarah Operasi, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)

PPjKR Tuan Ahmad Bin Abdul Wahab

Pengarah Rela Negeri Perak

(8)

BULETIN RELASIS PSAS | 2016

SEJARAH PENUBUHAN RELASIS

Awal tahun 2010, satu perbincangan secara tidak formal antara wakil pihak UTHM dan ibupejabat RELA Malaysia (IPRM) telah diadakan semasa program lawatan Menteri Dalam Negeri ke Kawasan Parlimen Sembrong. Cadangan pemilihan UTHM sebagai universiti perintis dalam penubuhan RELA adalah di atas dasar di mana Menteri Dalam Negeri merupakan Menteri Mentor UTHM.

Pada 23 hingga 27 Mei 2010, Jabatan Kokurikulum UTHM dengan kerjasama Bahagian Latihan, Ibupejabat RELA Malaysia telah menganjurkan bengkel pembangunan silabus RELA di Johor Bahru. Setiap silabus dibentangkan bagi memastikan kedua-dua pihak memahami isi kandungan yang akan dipelajari oleh setiap pelajar. Outcome Based Education telah diterapkan secara langsung dalam proses pembangunan silabus ini.

Pada 15 Jun 2010, satu mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Zaidon bin Haji Asmun (Mantan Ketua Pengara RELA) yang dihadiri oleh wakil Ibu pejabat RELA dan wakil UTHM bagi membincangkan penubuhan RELASIS di UTHM. Pada mesyuarat tersebut silabus RELA juga telah dibentangkan.

Hasrat RELA berada di Kampus telah direalisasikan Pada 9 Julai 2010, YB Dato’ Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Dalam Negeri telah menyempurnakan majlis perasmian penubuhan Briged RELA UTHM.

Akhirnya, pada 19 November 2011 Majlis Pelancaran Buku Panduan Briged RELA Siswa Siswi (RELASIS) IPT dan Penganugerahan Pangkat Kehormat RELA UTHM telah disempurnakan oleh oleh YB. Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri di UTHM.

Pada 16 Mei 2013 Politeknik Merlimau Melaka telah berjaya menubuhkan Briged RELASIS Politeknik Merlimau dan seterusnya telah mendapat pengiktirafan sebagai POLITEKNIK PERTAMA yang telah menubuhkan Briged RELASIS. Selaku politeknik pertama pelbagai usaha dan aktiviti telah dijalankan untuk memperkasakan modal insan pelajar dan seterusnya meningkatkan martabat Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA). Usaha murni ini dipanjangkan oleh Tuan Pengarah Politeknik Merlimau, PPjKR (K) Zolkarnain bin Haji Jobshi kepada Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Latihan Kerjaya (BPKLK), Jabatan Pengajian Politeknik untuk dimasukkan didalam silibus Kokurikulum Unit Beruniform pada 27 Januari 2014.

TRANFORMASI RELA

Adalah menjadi satu hasrat Universiti untuk bersama-sama menyumbangkan

pengelaman, idea dalam penyediaan sumber manusia membantu “TRANSFOM

RELA” dan memperkasakan RELA MELALUI RELASIS. Sebagai pencetus

semangat perpaduan dan integrasi antara kaum selaras dengan konsep Satu Malaysia

yang digagaskan oleh YAB Perdana Menteri.

(9)

| 9 P a g e

BULETIN RELASIS PSAS | 2016

SUSUNAN KRONOLOGI PENUBUHAN RELASIS DI PSAS

(10)

BULETIN RELASIS PSAS | 2016 Mesyuarat Penubuhan Brigade RELASIS PSAS telah diadakan pada 20 Oktober 2015 bertempat di

Bilik Persidangan PSAS. Mesyuarat tersebut telah di pengerusikan oleh Pengarah PSAS , YBHG. Tuan Abdul Karim bin Jaafar . Turut bersama dalam mesyuarat tersebut adalah YBHG. Pengarah RELA Negeri , PPjKR Tuan Zubir bin Mustaffa, YDHT Timbalan Pengarah RELA Negeri , YDHT PPjR Tuan Lazarus bin Abd Manap (Wakil dari IPRM),seorang PRD Operasi Negeri, seorang PRD Slim River dan dua orang PPRD. Pihak Politeknik diwakili oleh 7 orang pensyarah.

(11)

| 11 P a g e

BULETIN RELASIS PSAS | 2016

(12)

BULETIN RELASIS PSAS | 2016

(13)

| 13 P a g e

BULETIN RELASIS PSAS | 2016

Mesyuarat memutuskan bagi menubuhkan Brigade RELASIS di PSAS. Brigade RELASIS PSAS adalah yang pertama ditubuhkan di Negeri Perak. Susulan daripada penubuhan ini , pihak pengurusan RELASIS PSAS dengan kerjasama pihak Badan Beruniform dan Ko Kurikulum PSAS telah berjaya mendaftarkan pelajar seramai 35 orang pelajar.

Peringkat awal penubuhan, satu taklimat telah diberikan oleh PPjR Mohammad Izzad bin Khairuddin (Pegawai RELA Daerah Mualim) pada 30/12/2015 kepada pelajar bertempat di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal , PSAS.

(14)

BULETIN RELASIS PSAS | 2016

(15)

| 15 P a g e

BULETIN RELASIS PSAS | 2016

(16)

BULETIN RELASIS PSAS | 2016 Satu Majlis Perjumpaan dan Penyerahan Pakaian Operasi Digital (POD) kepada Pengarah PSAS, En.

Abdul Karim bin Jaafar pada 30hb Disember 2015 bertempat di Bilik Pengarah sendiri.

(17)

| 17 P a g e

BULETIN RELASIS PSAS | 2016

(18)

BULETIN RELASIS PSAS | 2016 Sesi lawatan YBHG. Tuan Pengarah RELA Negeri Perak bersama YDH. Tuan Timbalan Pengarah RELA

Negeri Perak pada 27 Januari 2016 bertempat di Bilik Kuliah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal.

(19)

| 19 P a g e

BULETIN RELASIS PSAS | 2016

(20)

BULETIN RELASIS PSAS | 2016 Mesyuarat Perasmian Pelancaran Briged RELASIS Politeknik Sultan Azlan Shah dan Pemakaian

Pangkat serta Pentauliahan Pegawai Bersekutu RELA Negeri Perak bertempat di Bilik Mesyuarat Kualiti PSAS pada 1 Mac 2016. Mesyuarat di pengerusikan oleh YBHG Tuan Abdul Karim bin Jaafar, Pengarah Politeknik Sultan Azlan Shah.

(21)

| 21 P a g e

BULETIN RELASIS PSAS | 2016

(22)

BULETIN RELASIS PSAS | 2016 Mesyuarat Perasmian Pelancaran Briged RELASIS Politeknik Sultan Azlan Shah dan Pemakaian

Pangkat serta Pentauliahan Pegawai Bersekutu RELA Negeri Perak kali kedua bertempat di Bilik Mesyuarat Unit Sukan dan Ko Kurikulum PSAS pada 9 Mac 2016. Mesyuarat di pengerusikan oleh YDH Tuan Hj Hazril bin Hj Hussin , Ketua Unit Badan Beruniform Politeknik Sultan Azlan Shah.

(23)

| 23 P a g e

BULETIN RELASIS PSAS | 2016

(24)

BULETIN RELASIS PSAS | 2016 14-16 Mac 2016 : Pameran RELA di Dewan Serbaguna PSAS

(25)

| 25 P a g e

BULETIN RELASIS PSAS | 2016

(26)

BULETIN RELASIS PSAS | 2016

(27)

| 27 P a g e

BULETIN RELASIS PSAS | 2016

(28)

BULETIN RELASIS PSAS | 2016 Mesyuarat Perasmian Pelancaran Briged RELASIS Politeknik Sultan Azlan Shah dan Pemakaian

Pangkat serta Pentauliahan Pegawai Bersekutu RELA Negeri Perak kali ketiga bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat RELA Negeri Perak pada 17 Mac 2016. Mesyuarat di pengerusikan oleh YDH Tuan Hj Hazril bin Hj Hussin, Ketua Unit Badan Beruniform, Politeknik Sultan Azlan Shah.

(29)

| 29 P a g e

BULETIN RELASIS PSAS | 2016

(30)

BULETIN RELASIS PSAS | 2016 Aktiviti-aktiviti RELASIS

Aktiviti RELASIS yang pertama telah dijalankan pada 20 Januari 2016. Pelajar telah didedahkan dengan latihan kawad asas.

(31)

| 31 P a g e

BULETIN RELASIS PSAS | 2016

3 Februari 2016 - Penerangan awal sebelum latihan kawad asas

(32)

BULETIN RELASIS PSAS | 2016

24 Februari 2016 : Menerima arahan latihan kawad asas

(33)

| 33 P a g e

BULETIN RELASIS PSAS | 2016

2 Mac 2016 : Latihan kawad asas bagi pelajar baru

(34)

BULETIN RELASIS PSAS | 2016

(35)

| 35 P a g e

BULETIN RELASIS PSAS | 2016

7 Mac 2016 : Latihan Persembahan T Baton dikendalikan oleh PgR Tuan Roslan bin Anwar.

(36)

BULETIN RELASIS PSAS | 2016

(37)

| 37 P a g e

BULETIN RELASIS PSAS | 2016

9 Mac 2016 Latihan Pandu Arah dan Peta (Compass Matching)

(38)

BULETIN RELASIS PSAS | 2016

(39)

| 39 P a g e

BULETIN RELASIS PSAS | 2016

22 – 24 Mac 2016 : UKMR di ALARM Melaka

(40)

BULETIN RELASIS PSAS | 2016

(41)

| 41 P a g e

BULETIN RELASIS PSAS | 2016

(42)

BULETIN RELASIS PSAS | 2016

(43)

| 43 P a g e

BULETIN RELASIS PSAS | 2016

(44)

BULETIN RELASIS PSAS | 2016

(45)

| 45 P a g e

BULETIN RELASIS PSAS | 2016

(46)

BULETIN RELASIS PSAS | 2016

(47)

| 47 P a g e

BULETIN RELASIS PSAS | 2016

Lampiran

Laporan Aktiviti RELASIS

(48)

BULETIN RELASIS PSAS | 2016

LAPORAN

UJIAN KEMAHIRAN MENEMBAK RELA (UKMR)

TARIKH:

22 Mac 2016 – 23 Mac 2016

ANJURAN:

RELA DAERAH MUALLIM RELASIS PSAS

TEMPAT:

AKADEMIK LATIHAN RELA MALAYSIA (ALARM)

(49)

| 49 P a g e

BULETIN RELASIS PSAS | 2016

LAPORAN SEMESTER KOKURIKULUM UNIT SUKAN DAN KOKURIKULUM

Nama Pensyarah : Pgr Eliza binti Shamsudin

DRB2001 : RELASIS

Tarikh Laporan : 25 Oktober 2016

Sesi : Jun 2016

Butiran laporan /aktiviti

Program Latihan menembak RELASIS PSAS yang terdiri daripada 29 orang pelajar dijalankan selama DUA (2) hari di ALARM. Tujuan program ini untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang asas menembak menggunakan senapang M16 dan Shotgun untuk melatih mereka bagaimana teknik-teknik menembak yang sepatutnya. Selain itu juga, ia dapat melatih mereka menjadi seorang berani dan bijak dalam membuat keputusan.

1.0 Objektif Program

i. Program ini bertujuan untuk memenuhi silibus RELASIS pada semester tersebut disamping memberi pendedahan kepada para pelajar tentang teknik-teknik asas menembak.

ii. Memberi latihan sebagai persediaan untuk memasuki Pertandingan 3rd MalPRAC yang dijangka akan diadakan pada bulan hadapan.

2.0 Tarikh, Hari dan Tempat Program i. Tarikh : 22 – 23 Mac 2016 ii. Hari : Selasa – Rabu

iii. Tempat : Akademi Latihan RELA Malaysia (ALARM)

Kesimpulannya, objektif program ini dapat dicapai dengan penglibatan pelajar RELASIS dan staf RELA. Pelajar telah dapat mempelajari teknik-teknik yang diperlukan semasa latihan menembak dijalankan. Selain itu, pelajar RELASIS PSAS telah mendapat tempat ke-2 didalam pertandingan menembak MalPRAC yang telah disertai buat pertama kali.

(50)

BULETIN RELASIS PSAS | 2016

(51)

| 51 P a g e

BULETIN RELASIS PSAS | 2016

LAPORAN

3

RD

MALAYSIAN POLYTECNIC RELASIS ANNUAL CAMP

(MalPRAC)

TARIKH:

25-29 April 2016

ANJURAN:

JABATAN SUKARELAWAN MALAYSIA

TEMPAT:

POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN

(52)

BULETIN RELASIS PSAS | 2016 LAPORAN PROGRAM RELASIS PSAS BIL 2/2016

Nama Program: 3rd Malaysian Polytechnic RELASIS Annual Camp Tempat: Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

Tarikh: 25 April 2016 – 29 April 2016

Nama Pensyarah : Pgr Eliza binti Shamsudin

DRB2001 : RELASIS

Tarikh Laporan : 25 Oktober 2016

Sesi : Jun 2016

Butiran laporan /aktiviti

Malaysia Polytecnic RELASIS Annual Camp 2016 (3rd MalPRAC’ 16) merupakan pertandingan yang melibatkan semua pasukan RELASIS Politeknik Malaysia. Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) telah menyertai MalPRAC’ 16 buat pertama kalinya di PSMZ Dungun Terengganu.

Seramai 22 orang pelajar telah terpilih untuk menyertai pertandingan ini. Diantara acara yang dipertandingan di MalPRAC’ 16 adalah pertandingan kawad, pertandingan jalan lasak 5km, Pertandingan Menembak (SG12 & M16) dan pertandingan kebudayaan.

3.0 Objektif Pertandingan

iii. Pertandingan ini bertujuan untuk memupuk ciri-ciri kepimpinan yang mantap dikalangan anggota RELASIS.

iv. Meningkatkan jati diri dan menanam pekerti mulia dalam anggota RELASIS.

v. Menyemai dan menjunjung nilai permuafakatan dalam melaksanakan setiap aktiviti pertandingan yang dijalankan untuk mencapai kejayaan.

4.0 Tarikh, Hari dan Tempat Program iv. Tarikh : 25 – 29 April 2016

v. Hari : Isnin – Jumaat

vi. Tempat : Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, PSMZ

Pencapaian PSAS dalam pertandingan menembak dengan mendapat Naib Johan bagi kategori M16.

Berikut merupakan keputusan penuh pertandingan.

(53)

| 53 P a g e

BULETIN RELASIS PSAS | 2016

PERTANDINGAN KAWAD

Johan : Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) Naib johan : Politeknik Merlimau (PMM)

Ketiga : Politeknik Kuching Sarawak (PKS)

PERTANDINGAN JALAN LASAK 5KM Johan : Politeknik Seberang Perai (PSP) Naib Johan : Politeknik Merlimau (PMM) Ketiga : Politeknik Kuching Sarawak (PKS)

PERTANDINGAN MENEMBAK (SG 12 & M16) Johan : Politeknik Merlimau (PMM)

Naib Johan : Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) Ketiga : Politeknik Kota Bharu (PKB)

PERTANDINGAN KEBUDAYAAN Johan : Politeknik Seberang Perai (PSP)

Naib Johan : Politeknik Kuching Sarawak (PKS)

Ketiga : Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA)

Pertandingan Kawad Pertandingan Menembak

(54)

BULETIN RELASIS PSAS | 2016 Malam Kebudayaan

Pertandingan Jalan Lasak

(55)

| 55 P a g e

BULETIN RELASIS PSAS | 2016

Majlis Penutup MalPRAC’ 16 Aktiviti Khidmat Bakti RELASIS

(56)

BULETIN RELASIS PSAS | 2016

LAPORAN

UJIAN KEMAHIRAN MENEMBAK RELA KEBANGSAAN (UKMR-K)

TARIKH:

30 Mei – 3 Jun 2016

ANJURAN:

JABATAN SUKARELAWAN MALAYSIA

TEMPAT:

AKADEMI LATIHAN RELA MALAYSIA, SUNGAI UDANG

MELAKA

(57)

| 57 P a g e

BULETIN RELASIS PSAS | 2016

LAPORAN PROGRAM RELASIS PSAS BIL 2/2016

Nama Program: Ujian Kemahiran Menembak RELA Kebangsaan (UKMR-K) Tempat: Akademi Latihan RELA Malaysia, Sungai Udang Melaka

Tarikh: 30 Mei – 3 Jun 2016

Nama Pensyarah : Pgr Eliza binti Shamsudin

DRB2001 : RELASIS

Tarikh Laporan : 25 Oktober 2016

Sesi : Jun 2016

Butiran laporan /aktiviti

Ujian Kemahiran Menembak RELA Kebangsaan (UKMR-K) telah disertai oleh EMPAT (4) orang pelajar PSAS yang telah terpilih dari kemenangan MalPRAC’ 16 yang lepas. Pelajar tersebut terpilih untuk mewakili RELASIS dalam acara senjata M16 dengan kaedah perlaksanaan pertandingan individu dan jatuh piring M16.

5.0 Objektif Pertandingan

vi. Pertandingan ini bertujuan untuk memupuk ciri-ciri kepimpinan yang mantap dikalangan anggota RELASIS.

vii. Meningkatkan jati diri dan menanam pekerti mulia dalam anggota RELASIS.

viii. Menyemai dan menjunjung nilai permuafakatan dalam melaksanakan setiap aktiviti pertandingan yang dijalankan untuk mencapai kejayaan.

6.0 Tarikh, Hari dan Tempat Program vii. Tarikh : 30 Mei – 3 Jun 2016 viii. Hari : Isnin – Jumaat

ix. Tempat : Akademi Latihan RELA Malaysia, Sungai Udang Melaka

Diakhir pertandingan pelajar dapat merasai pengalaman untuk menyertai pertandingan UKMR di peringkat kebangsaan walaupun tidak memenangi apa-apa pingat.

(58)

BULETIN RELASIS PSAS | 2016 Anggota RELASIS yang menyertai UKMR-K

Pelajar dari RELASIS PSAS yang terpilih

(59)

| 59 P a g e

BULETIN RELASIS PSAS | 2016

LAPORAN

PERKHEMAHAN DAN LATIHAN ILMU MEDAN PERANG (IMP) & LATIHAN MERENTAS

HALANGAN

TARIKH:

29-31 Julai 2016

ANJURAN:

JABATAN SUKARELAWAN MALAYSIA (RELA) DAERAH MUALLIM

TEMPAT:

Ulu Geleting

Kampung Ulu Slim, Slim River Perak

(60)

BULETIN RELASIS PSAS | 2016 LAPORAN PROGRAM RELASIS PSAS BIL 4/2016

Nama Program: Perkhemahan dan Latihan Ilmu Medan Perang (IMP) Tempat: Ulu Geleting, Kampung Ulu Slim, Slim River, Perak

Tarikh: 29 – 31 Julai 2016

Nama Pensyarah : Pgr Eliza binti Shamsudin

DRB2001 : RELASIS

Tarikh Laporan : 25 Oktober 2016

Sesi : Jun 2016

Butiran laporan /aktiviti

Kursus perkhemahan dan Latihan Ilmu Medan Perang (IM) dijalankan untuk semester 2 pelajar RELASIS. Seramai 29 orang pelajar telah menyertai kursus ini dari 30 orang. Justifikasi kursus ini dijalankan untuk mempraktik ilmu teori yang telah dipelajari semasa di semester 1 serta memberi pendedahan kepada pelajar mengenai IMP dan merentasi halangan. Diantara pengisian semasa program ini adalah, asas perkhemahan iktiar hidup, asas penggunaan kompas dan protector, asas ilmu medan perang dan asas pertolongan cemas.

7.0 Objektif Program

ix. Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai IMP dan latihan merentasi halangan x. Mempelajari teknik-teknik IMP

xi. Persediaan menyertai pertandingan MalPRAC’17 yang akan dijangka diadakan pada tahun hadapan.

xii. Membuktikan bahawa pelajar PSAS mampu bersaing di peringkat yang lebih tinggi.

8.0 Tarikh, Hari dan Tempat Program x. Tarikh : 29 – 31 Julai 2016 xi. Hari : Jumaat - Ahad

xii. Tempat : Ulu Geleting, Kampung Ulu Slim, Slim River Perak.

Diakhir kursus ini pelajar-pelajar dapat mempelajari ilmu-ilmu IMP dan merentas halangan dari jurulatih RELA daerah Muallim dan Manjung. Oleh itu, melalui program ini pelajar RELASIS

(61)

| 61 P a g e

BULETIN RELASIS PSAS | 2016

dapat mempraktik ilmu yang dipelajari dan dapat digunakan untuk pertandingan MalPRAC akan datang.

Mempraktis Ilmu Medan Perang

Peta lokasi tapak perkhemahan

(62)

BULETIN RELASIS PSAS | 2016 Merentas halangan

(63)

| 63 P a g e

BULETIN RELASIS PSAS | 2016

LAPORAN

PROGRAM KHIDMAT BAKTI RELASIS

TARIKH:

17 Ogos 2016

ANJURAN:

JABATAN SUKARELAWAN MALAYSIA (RELA) DAERAH MUALLIM

TEMPAT:

SURAU NURUL ISLAM

FELDA BESOUT, SUNGKAI

(64)

BULETIN RELASIS PSAS | 2016 LAPORAN PROGRAM RELASIS PSAS BIL 5/2016

Nama Program: Program Khidmat Bakti RELASIS Polieknik Sultan Azlan Shah Tempat: Surau Nurul Islam, Masjid Besout 1, Surau Nur Khairiyah

Tarikh: 17 Ogos 2016

Nama Pensyarah : Pgr Eliza binti Shamsudin

DRB2001 : RELASIS

Tarikh Laporan : 27 Oktober 2016

Sesi : Jun 2016

Butiran laporan /aktiviti

Program Khidmat Bakti dijalankan untuk pelajar RELASIS semester 1 dan semester 2. Seramai 65 orang pelajar telah menyertai program ini. Justifikasi program ini dijalankan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai konsep RELA iaitu membantu tugas secara sukarela. .

9.0 Objektif Program

xiii. Menghayati konsep sukarela dikalangan pelajar RELASIS xiv. Penyatuan dan perpaduan bangsa

xv. Sukarela dalam konteks tuntutan agama.

xvi. Melatih pelajar untuk melakukan tugas dengan cergas.

10.0 Tarikh, Hari dan Tempat Program xiii. Tarikh : 17 Ogos 2016 xiv. Hari : Rabu

xv. Tempat : Surau Nurul Islam, Masjid Besout 1, Surau Nur Khairiyah

Diakhir program ini, pelajar dapat menyemai dalam diri untuk menghayati konsep sukarela bersama dengan penduduk Felda Besout, Sungkai. Selain itu juga, dengan program khidmat bakti ini, penyatuan dan perpaduan bangsa dapat diterapkan dengan penglibatan pelajar RELASIS dari pelbagai bangsa dan kaum. Serta pelajar dapat melatih diti untuk lebih cergas bagi menghadapi tugasan-tugasan yang mencabar di masa akan datang.

(65)

| 65 P a g e

BULETIN RELASIS PSAS | 2016

(66)

BULETIN RELASIS PSAS | 2016

(67)

| 67 P a g e

BULETIN RELASIS PSAS | 2016

LAPORAN

KURSUS ASAS PASUKAN PENGURUSAN KRISIS

(CMT)

TARIKH:

30 Sept - 2 Okt 2016

ANJURAN:

JABATAN SUKARELAWAN MALAYSIA (RELA) DAERAH MUALLIM

TEMPAT:

Teluk Segadas, Pulau Pangkor, Manjung Perak

(68)

BULETIN RELASIS PSAS | 2016 LAPORAN PROGRAM RELASIS PSAS BIL 6/2016

Nama Program: Kursus Crisis Management Team (CMT) Tempat: Teluk Segadas, Pulau Pangkor Manjung Perak

Tarikh: 30 Sept – 2 Okt 2016

Nama Pensyarah : Pgr Eliza binti Shamsudin

DRB2001 : RELASIS

Tarikh Laporan : 27 Oktober 2016

Sesi : Jun 2016

Butiran laporan /aktiviti

Kursus Crisis Management Team (CMT) dijalankan untuk semester 2 pelajar RELASIS. Seramai 50 orang pelajar termasuk semester 1. Justifikasi kursus ini dijalankan bagi membina tahap kecergasaan pelajar dari segi mental dan fizikal dalam aspek kemahiran asas perkhemahan, latihan

‘water confident’, sesi ice breaking secara berkumpulan, aktiviti lasak dan abseiling serta pelajaran asas T-Baton.

11.0 Objektif Program

xvii. Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai Kursus Asas Pasukan Pengurusan Krisis

xviii. Mempelajari teknik-teknik menangani bencana

xix. Persediaan menyertai pertandingan MalPRAC’17 yang akan dijangka diadadakan pada tahun hadapan.

xx. Membuktikan bahawa pelajar-pelajar PSAS mampu bersaing di peringkat yang lebih tinggi.

12.0 Tarikh, Hari dan Tempat Program xvi. Tarikh : 30 Sept – 2 Okt 2016 xvii. Hari : Jumaat- Ahad

xviii. Tempat : Teluk Segadas, Pulau Pangkor Manjung Perak

Diakhir kursus ini, pelajar-pelajar dapat mempraktikan ilmu-ilmu CMT yang terdiri dari jurulatih- jurulatih daerah Manjung, Kinta serta anggota Bomba bagi latihan ‘water confident’.

(69)

| 69 P a g e

BULETIN RELASIS PSAS | 2016

(70)

BULETIN RELASIS PSAS | 2016

(71)

| 71 P a g e

BULETIN RELASIS PSAS | 2016

Autograf

Referensi

Dokumen terkait