DASAR AKADEMIK
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
DASAR AKADEMIK
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
Pusat Pembangunan Akademik Institut Pendidikan Guru
Kementerian Pendidikan Malaysia
Diterbitkan oleh:
PENERBIT IPG KPM
Aras 1-3, Blok 2250, Jalan Usahawan 1,63000 Cyberjaya
Selangor Darul Ehsan Malaysia.
Tel : 03-83126666 Faks : 03-83126655
ISBN e978-967-16536-0-9
© Hak Cipta Institut Pendidikan Guru Malaysia
Semua hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitklan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar ke dalam bentuk elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia terlebih dahulu.
Diluluskan oleh:
Mesyuarat Senat Kali Ke-46 Tahun 2018
Penaung
Dr. RUSMINI BINTI KU AHMAD Rektor
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Penasihat
Dr JAMIAH BINTI MOHAMAD Timbalan Rektor
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Panel Penggubal
Hjh Nor Azian binti Mohd. Darus (Timbalan Pengarah IPG KDA) Hj Abdul Muhaimin bin Osman (Timbalan Pengarah IPG KPerlis)
Dr Rafiah binti Abdul Rahman (Timbalan Pengarah IPG KTHO) Abu Bakar bin Mohamad Rashid (Ketua Jabatan, JPKK, IPGM)
Zulkifli bin Mat Som (Ketua Jabatan, JPPS, IPGM) Haliza binti Hamzah (IPG KPT)
Hjh Halimah binti Che Mat (IPG KPM) Hjh Norma binti Bajuria (IPG KDRI) Hjh Zakiah binti Mahmud (IPG KDA) Dr. Yusminah binti Mohd Yusof (IPG KPI)
Joy Nesamalar Samuel (IPG KPT) Zainun bin Johari (IPG KRM) Rafidah binti Ruhani (IPG KIK) Dr Ismail bin Mohamed (JPPS, IPGM)
Maiyumi binti Ahmat (SKP, IPGM) Dr Nazifah binti Shaik Ismail (PPA, IPGM)
Zainab Bee binti Hamid (PPA, IPGM)
ISI KANDUNGAN
TAJUK MUKA
SURAT
Dasar Akademik IPG 1
Kod Amalan Reka Bentuk Dan Pembangunan Kurikulum 15
Kod Amalan Penyampaian Kurikulum 22
Kod Amalan Pentaksiran Pelajar 27
Garis Panduan Pencegahan Plagiarisme 33
Garis Panduan Anugerah Kecemerlangan Akademik 40 Kod Amalan Infrasumber Pengajaran Dan Pembelajaran (PdP) 43 Kod Amalan Pemantauan, Semakan Dan Penambahbaikan
Kurikulum 48
KATA ALU-ALUAN Rektor
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pusat Pembangunan Akademik IPGM kerana berjaya menerbitkan dokumen Dasar Akademik Institut Pendidikan Guru. Pastinya Kod-kod amalan dalam Dasar Akademik ini akan merupakan rujukan rasmi pengurusan akademik dalam menyediakan program pendidikan guru yang berkualiti dan memenuhi aspirasi negara.
Penghasilan dokumen ini menunjukkan bahawa IPG sentiasa komited untuk mengekalkan kualiti pendidikan seiring dengan perubahan dinamis perkembangan pendidikan negara. Kecekapan pelaksanaan pengurusan akademik melalui program pembangunan guru yang dinamik akan merealisasikan visi IPG
Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru. Tadbir urus akademik yang berkesanakan melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik sekaligus dapat melakar nama IPG di peringkat kebangsaan dan global.
Akhir kata, saya berharap seluruh warga IPG dapat menjadikan dokumen Dasar Akademik Institusi Pendidikan Guru ini sebagai rujukan rasmi dalam menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan.
Salam hormat dan terima kasih,
Rektor IPGM
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah. Puji-pujian bagi Allah S.W.T.
Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.
DASAR AKADEMIK INSTITUT PENDIDIKAN GURU
1.0 PENGENALAN
Institut Pendidikan Guru (IPG) merupakan sebuah institusi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menawarkan kursus perguruan pada peringkat Program Persediaan, Diploma dan Ijazah. Justeru itu, IPG komited dalam menyediakan program perguruan yang berkualiti bagi memenuhi aspirasi pendidikan dan pembangunan negara. Salah satu usahanya adalah dengan merealisasikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di IPG berlandaskan visi IPG sebagai peneraju kecemerlangan pendidikan guru dan misi IPG untuk melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui program pembangunan guru yang dinamik ke arah pendidikan sekolah bertaraf dunia.
Fokus IPG adalah terhadap pelaksanaan kurikulum pendidikan guru yang merangkumi pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti, amalan profesional, kokurikulum dan membudayakan amalan penyelidikan. Justeru, wajarlah Dasar Akademik menjadi asas bagi melahirkan modal insan guru yang dinamik, berilmu dan berakhlak mulia.
Dasar Akademik yang diguna pakai oleh IPG ini juga berpaksikan matlamat untuk peningkatan dan pengawalan keberkesanan dan standard program akademik yang ditawarkan. Standard ini dinilai melalui amalan jaminan kualiti seperti yang diperlukan oleh Kerangka Kelayakan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Malah Dasar Akademik ini selaras dengan Fungsi Senat Perkara 7(a) di bawah Akta Pendidikan 1996: Peraturan-Peraturan Pendidikan (Institut-Institut Pendidikan Guru) 2010.
2.0 MATLAMAT DASAR AKADEMIK
2.1 Matlamat Dasar Akademik dalam mencapai visi dan misi IPG adalah untuk:
i. menyediakan program pendidikan guru yang berkualiti untuk memenuhi aspirasi negara.
ii. menyediakan peluang pelajar mempelajari, menguasai dan meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam bidang penguruan yang diikuti.
iii. menyediakan pengalaman pembelajaran perguruan yang bermakna dan mampu meningkatkan pencapaian akademik dan potensi pelajar.
iv. menyediakan persekitaran pembelajaran perguruan yang sentiasa menggalakkan perkembangan dan percambahan idea sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.
2.2 Untuk mencapai matlamat di atas, IPG komited untuk:
i. mengekalkan kecemerlangan akademik bagi setiap program perguruan yang ditawarkan.
ii. menyediakan staf akademik yang berkelayakan, profesional dan berwibawa.
iii. merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan hasil pembelajaran yang dinyatakan dalam Ringkasan Maklumat Kursus / Maklumat Kursus, selari dengan keperluan pendidikan berasaskan hasil (Outcome Based Education).
iv. menyediakan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif bagi memenuhi keperluan pembelajaran pelajar.
v. membekalkan pelajar dengan pengalaman dan situasi autentik alam perguruan melalui Amalan Profesional.
vi. meningkatkan tahap profesionalisme staf akademik dan staf sokongan dari semasa ke semasa.
3.0 SKOP
Dasar akademik ini merangkumi skop berikut:
i. Reka bentuk dan Pembangunan Kurikulum.
ii. Penyampaian Kurikulum.
iii. Pentaksiran Pelajar.
iv. Infrasumber Pengajaran Dan Pembelajaran (PdP)
v. Pemantauan, Semakan dan Penambahbaikan Kurikulum.
4.0 DEFINISI 4.1 Istilah
i. Program
Program pengajian yang diluluskan oleh Senat IPG untuk tujuan penganugerahan sijil, diploma atau ijazah perguruan.
ii. Program Pengajian Sepenuh Masa
a. Mod pengajian yang diikuti pelajar berdasarkan kalendar akademik IPG untuk melengkapkan kesemua kredit yang diperuntukkan
untuk sesuatu program. Mod ini dilaksanakan sepenuhnya melalui interaksi secara bersemuka di IPG.
b. Mod pengajian yang diikuti pelajar berdasarkan kalendar akademik Program Pengajian Sambilan IPG melalui kursus hujung minggu dan semasa cuti sekolah secara bersemuka, pembelajaran dalam talian dan modul pembelajaran bagi melengkapkan kesemua kredit yang diperuntukkan bagi sesuatu program.
iii. Sistem pengajian
Sistem pengajian semester atau apa-apa sistem pengajian lain yang ditetapkan oleh Senat.
iv. Kurikulum
Kurikulum merujuk kepada kandungan atau maklumat kursus yang meliputi akademik, kokurikulum dan praktikum.
v. Panel penggubal
Panel penggubal merujuk kepada staf akademik IPG, staf akademik institut pengajian tinggi, pegawai KPM dan pihak-pihak lain yang dilantik oleh Rektor untuk membangunkan rekabentuk dan menggubal kurikulum pendidikan guru.
vi. Pakar rujuk
Pakar rujuk adalah pihak yang mempunyai kepakaran dalam bidang pengkhususan masing-masing yang dilantik oleh Rektor untuk memberi pandangan profesional berhubung kurikulum pendidikan guru.
vii. Struktur kurikulum
Struktur kurikulum merujuk kepada pengagihan kursus dan jam kredit mengikut semester.
viii. Dokumen Akademik
Dokumen Akademik merangkumi Struktur Kurikulum, Ringkasan Maklumat Kursus / Maklumat Kursus dan Modul
ix. Kursus
Kursus bermaksud komponen kurikulum yang mempunyai Ringkasan Maklumat Kursus / Maklumat Kursus dan kod tersendiri mengikut bidang masing-masing.
x. Staf Akademik
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang dilantik secara tetap, kontrak atau sambilan ke jawatan staf akademik, jurulatih kokurikulum dan staf akademik pakar (pensyarah cemerlang).
xi. Pelajar
Pelajar yang telah menyempurnakan pendaftaran kursus akademik dan mengikuti pengajian sama ada di peringkat sijil, diploma dan ijazah.
xii. Pengajaran dan Pembelajaran
Pengajaran melibatkan perancangan dan pelaksanaan aktiviti yang dirangka di dalam atau di luar bilik kuliah untuk menyediakan pelajar dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan membentuk sahsiah pelajar.
Pembelajaran adalah aktiviti pelajar memperoleh ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai murni secara formal atau tidak formal.
xiii. Pendidikan Berasaskan Hasil (Outcome Based Education)
Pendidikan Berasaskan Hasil menjurus kepada perancangan dan hasil yang bakal diperoleh oleh setiap pelajar dalam setiap program yang diikuti. Hasil pembelajaran menitikberatkan persoalan mengenai pengetahuan, sikap dan kemahiran yang perlu dicapai semasa pengajian dan diaplikasi dalam kerjaya perguruan
xiv. Ringkasan Maklumat Kursus (RMK) / Maklumat Kursus (MK)
Ringkasan Maklumat Kursus (RMK) / Maklumat Kursus merujuk kepada dokumen yang disediakan oleh pakar bidang (Subject Matter Expert) bagi setiap kursus yang diajar pada sesuatu semester.
xv. Hasil Pembelajaran Kursus (Course Learning Outcome)
Hasil Pembelajaran Kursus adalah penyataan berkenaan aspek kognitif, psikomotor dan afektif yang perlu dicapai oleh pelajar di akhir kursus.
Setiap pernyataan Hasil Pembelajaran Kursus mestilah boleh diukur dan mengandungi elemen-elemen SMARTO (Specific, Measurable, Achievable, Realistic, Time Frame, Observable).
xvi. Jam Kredit
Jam kredit adalah unit yang digunakan untuk menentukan jumlah jam pembelajaran pelajar. Satu kredit bersamaan 40 jam pembelajaran pelajar merangkumi interaksi bersemuka dan interaksi bukan bersemuka.
iii. Jam Pembelajaran Pelajar (Student Learning Time)
Jam Pembelajaran Pelajar adalah bilangan jam yang diperlukan oleh seseorang pelajar untuk mencapai hasil pembelajaran yang ditentukan melalui interaksi bersemuka dan bukan bersemuka. Jam Pembelajaran Pelajar mengambil kira kaedah penyampaian iaitu kuliah, tutorial, amali dan semua aktiviti pembelajaran.
iv. e-Pembelajaran
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi untuk memudah cara proses pengajaran dan pembelajaran.
v. Jadual Waktu
Jadual Waktu ialah dokumen agihan waktu mengajar staf akademik.
vi. Folio Staf Akademik
Folio Staf Akademik adalah merujuk kepada rekod dan dokumen yang perlu disediakan mengikut keperluan Dokumen Kualiti ISO.
vii. Portfolio Pembelajaran
Portfolio Pembelajaran merupakan satu kompilasi bahan artifak, refleksi terhadap pengetahuan, kemahiran teknikal dan kemahiran insaniah yang dikuasai pelajar bagi tujuan meningkatkan kualiti dan akauntabiliti pelajar terhadap pencapaian akademik mereka.
viii. Infrasumber
Fasiliti yang disediakan untuk Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) termasuk infrastruktur dan infostruktur.
ix. Sumber PdP
Bahan bercetak seperti buku, jurnal, prosiding, kertas kerja, makalah, tesis, disertasi, surat khabar, peta, buletin dan sebagainya
Bahan tidak bercetak seperti nota, jurnal, buku, tesis dan disertasi, pita video, video, CD-ROM, DVD dan mikrofilem dalam sistem e- pembelajaran.
Perisian komputer atau aplikasi digital.
x. Infrastruktur PdP
Kemudahan asas yang melibatkan aspek-aspek sivil, elektrikal dan mekanikal yang digunakan secara formal untuk PdP di IPG.
xi. Penilaian Pengajaran Staf Akademik
Penilaian yang dilakukan oleh pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran staf akademik sekurang-kurangnya sekali dalam setiap semester dengan menggunakan kaedah dan instrumen yang ditetapkan oleh IPG.
xii. Pemantauan Pelaksanaan Kurikulum
Pemantauan Pelaksanaan Kurikulum ialah proses pemantauan yang dilaksanakan oleh KJA/KU terhadap kaedah pelaksanaan PdP yang dikendalikan oleh staf akademik dalam sesuatu kursus.
xiii. Pentaksiran Pembelajaran Pelajar
Pentaksiran Pembelajaran Pelajar adalah termasuk pengujian, pengukuran dan penilaian berterusan yang dijalankan sepanjang tempoh kursus pengajian dan program latihan, yang membawa markah atau gred, atau kedua-duanya; sama ada dalam bentuk ujian bertulis, kerja- kerja makmal, bengkel, studio, projek, latihan amali, praktikum dan sebagainya.
xiv. Pentaksiran formatif
Pentaksiran formatif merujuk kepada pelbagai jenis kaedah yang digunakan untuk menguji penguasaan pelajar, keperluan pembelajaran, dan kemajuan akademik dalam proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu unit atau kursus.
xv. Pentaksiran sumatif
Pentaksiran sumatif digunakan untuk menilai pembelajaran pelajar, pemerolehan kemahiran, dan pencapaian akademik pada akhir tempoh pengajian.
xvi. Pentaksiran rujukan norma
Pentaksiran rujukan norma direkabentuk untuk membandingkan markah seseorang pelajar terhadap markah sekumpulan pelajar yang telah mengambil peperiksaan yang sama, yang dipanggil 'norma kumpulan’.
xvii. Pentaksiran rujukan kriteria
Pentaksiran rujukan kriteria direkabentuk untuk mengukur prestasi pelajar terhadap satu set kriteria atau standard pembelajaran yang telah ditetapkan.
xviii. Purata Nilai Gred (PNG)
Purata Nilai Gred ertinya jumlah nilai gred dibahagi dengan jumlah kredit yang telah diambil bagi sesuatu semester.
xix. Purata Nilai Gred Terkumpul (PNGT)
Purata Nilai Gred Terkumpul yang diperoleh seseorang pelajar dalam semua peperiksaan yang telah diambil dan dikira seperti berikut
Jumlah nilai kredit yang diperoleh dalam penilaian di semua semester
PNGT = --- Jumlah unit kredit yang terkumpul dalam semua semester
xx. Curriculum Continual Quality Improvement – CCQI
CCQI merupakan pemantauan, penyemakan dan penambahbaikan kualiti kurikulum secara berterusan.
xxi. Closing the Loop (CDL)
Satu mekanisme yang melibatkan penilaian jajaran antara CLO-PLO-LO- KI melalui pentaksiran secara langsung (direct assessment) dan tidak langsung (indirect assessment).
xxii. Entrance Exit Survey
Mekanisme digunakan untuk mengukur hasil pembelajaran secara tidak langsung.
Entrance Survey : Menilai tahap pengetahuan pelajar di awal kursus Exit Survey : Menilai pencapaian pelajar setelah tamat kursus
xxiii. CLO-PLO-LO-KI
CLO-PLO-LO-KI adalah merupakan instrumen berkaitan persepsi pensyarah tentang penjajaran konstruktif dalam kursus yang diajar.
xxiv. OBE-SCL Implementation
Instrumen penilaian persepsi pensyarah terhadap tahap pelaksanaan OBE-SCL.
xxv. Pengesanan Graduan
Satu bentuk kajian yang ditadbirkan kepada graduan PISMP selepas satu tahun tamat pengajian bagi tujuan untuk menilai dan menambah baik program.
xxvi. Pelaporan penilaian kendiri (self-review report)
Laporan dalaman yang digunakan untuk menilai keberkesanan polisi jaminan kualiti untuk mengenalpasti amalan-amalan terbaik.
xxvii. Pemeriksa luar (external examiner)
Pemeriksa luar yang memastikan IPG mengekalkan standard pemarkahan dan peperiksaan yang telah ditetapkan bagi program atau kursus yang berkaitan.
xxviii. Panel penasihat industri (industry advisory panel)
Pengamal profesional yang berpengalaman, berkepakaran dan berperanan untuk menyediakan perspektif industri terhadap fungsi dan operasi pelbagai jabatan akademik.
xxix. Plagiarisme
Plagiarisme merupakan peniruan hasil kerja dan/atau pendapat orang lain sama ada menerusi bahan bercetak atau elektronik tanpa mengiktiraf atau membuat pengakuan akan sumbernya.
xxx. Pengalaman Berasaskan Sekolah
Pendedahan awal kepada pelajar tentang alam persekolahan daripada perspektif seorang guru.
xxxi. Praktikum
Latihan mengajar yang memberi peluang kepada pelajar untuk mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam situasi sebenar bilik darjah dan sekolah.
xxxii. Internship
Peringkat transisi profesional bertujuan mengaitkan pengalaman amalan profesional pelajar dengan tugas guru permulaan.
4.2 Singkatan
KPM : Kementerian Pendidikan Malaysia IPGM : Institut Pendidikan Guru Malaysia IPG : Institut Pendidikan Guru
PA IPGM : Pengurusan Atasan Institut Pendidikan Guru Malaysia PA IPG : Pengurusan Atasan Institut Pendidikan Guru
JKPA : Jawatankuasa Pembangunan Akademik PJKA : Pasukan Jaminan Kualiti Akademik PPA : Pusat Pembangunan Akademik
TP : Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru SUA : Setiausaha Akademik
KJA : Ketua Jabatan Akademik
KU : Ketua Unit
PdP : Pengajaran dan Pembelajaran KKM : Kerangka Kelayakan Malaysia OBE : Outcome Based Education CLO : Course Learning Outcome
LO : Learning Outcome
PLO : Programme Learning Outcome PEO : Programme Educational Objectives TMK : Teknologi Maklumat dan Komunikasi SLT : Student Learning Time
SRR : Self Review Report
CDL : Closing The Loop
CCQI : Curriculum Continual Quality Improvement PNGT : Purata Nilai Gred Terkumpul
PNG : Purata Nilai Gred
RMK : Ringkasan Maklumat Kursus
MK : Maklumat Kursus
SME : Subject Matter Expert KI : Kemahiran Insaniah EES : Entrance Exit Survey
ES : Exit Survey
SCL : Student Centred Learning
MQF : Malaysian Qualification Framework
COPPA : Code of Practice for Programme Accredition
SMARTO : Specific, Measurable, Achievalable, Realistic, Time Frame, Observable
5.0 REKA BENTUK DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
5.1 Mereka bentuk dan membangunkan kurikulum berasaskan Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM), Pendidikan Berasaskan Hasil (OBE), Pembelajaran Berpusatkan Pelajar (SCL), Dasar Pendidikan dan keperluan pendidikan semasa.
5.2 Peranan merekabentuk dan membangunkan kurikulum ini dipertanggungjawabkan kepada Pengurusan Tertinggi IPGM, Senat IPGM, Pasukan Jaminan Kualiti Akademik (PJKA), Jawatankuasa Pembangunan Akademik (JKPA) dan IPG.
5.3 Kurikulum Pendidikan Guru juga disemak dan ditambahbaik secara berterusan bagi memenuhi keperluan standard KKM dan juga bertujuan meningkatkan nilai pasaran graduan IPG.
6.0 PENYAMPAIAN KURIKULUM
6.1 Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran hendaklah menjurus ke arah melahirkan guru yang berkualiti, kreatif, inovatif, berketrampilan dan cekap serta mampu berdaya saing berlandaskan nilai-nilai moral dan etika keguruan.
6.2 Memastikan staf akademik mengamalkan pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, efektif dan terancang berpandukan amalan
pedagogi yang terkini selaras dengan Falsafah Pendidikan Guru, Standard Guru Malaysia dan mematuhi keperluan piawaian yang diperakui oleh MQA.
Kepelbagaian pendekatan ini membantu pelajar mempelajari, menguasai, meneroka, menyelidik dan memperkembang ilmu pengetahuan serta potensi diri.
6.3 Staf akademik berperanan untuk mewujudkan suasana persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan serta menggalakkan pembelajaran aktif bagi merangsang penglibatan pelajar semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
6.4 Staf akademik melaksanakan penyelidikan dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran secara berterusan.
6.5 IPG komited dalam merancang, membangun dan mengaplikasi e- pembelajaran sebagai satu pendekatan alternatif yang dapat membantu meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
6.6 Bahan e-pembelajaran yang dihasilkan oleh staf akademik hendaklah bersifat asli dan autentik tertakluk kepada Akta Hak Cipta, Percetakan dan Penerbitan Intelek.
6.7 Dalam usaha meningkatkan kualiti dan akauntabiliti pelajar terhadap proses pembelajaran akademik, penghasilan portfolio melalui pengumpulan bahan- bahan pembelajaran, amalan refleksi, pemikiran kritis dan kreatif serta kemahiran pemprosesan maklumat perlu dilaksanakan.
6.8 Penghasilan portfolio pembelajaran ini merupakan pemangkin dalam membudayakan amalan menulis, pembelajaran akses kendiridan pembelajaran terarah yang berfungsi sebagai nilai tambah kepada budaya pembelajaran. pelajar.
6.9 Portfolio pembelajaran ini merupakan bukti bahawa proses pembelajaran telah berlaku melalui pengumpulan bahan-bahan secara sistematik dan berkesan.
sepanjang proses pembelajaran.
7.0 PENTAKSIRAN PELAJAR
7.1 Sistem pentaksiran pelajar merujuk kepada komponen-komponen pentaksiran berdasarkan Ringkasan Maklumat Kursus / Maklumat Kursus bagi menilai pencapaian hasil pembelajaran kursus bagi setiap program.
7.2 Dalam pelaksanaan pentaksiran, IPG merancang, melaksana, mengurus, mengawal dan memantau pentaksiran pembelajaran selaras dengan prinsip- prinsip
penilaian.
7.3 Pentaksiran dilaksanakan berdasarkan Garis Panduan Pentaksiran dalam Buku Panduan Pentaksiran yang sedang berkuat kuasa. Data pentaksiran
dijadikan sebagai salah satu sumber maklum balas untuk penambahbaikan sesuatu program.
7.4 Sistem penilaian boleh melibatkan pentaksiran formatif yang dilaksanakan secara berterusan, pentaksiran sumatif pada akhir semester, penilaian kecekapan pelajar dalam sesuatu kemahiran profesional dan lain-lain kaedah pentaksiran yang relevan berdasarkan Ringkasan Maklumat Kursus / Maklumat Kursus.
7.5 Agihan peratus bagi komponen-komponen yang ditaksir dalam sistem penilaian pelajar perlu dimaklumkan kepada pelajar menerusi Ringkasan Maklumat Kursus / Maklumat Kursus. Bagi kursus yang ada peperiksaan akhir semester, sumbangan komponen peperiksaan akhir semester dalam sistem penilaian adalah dari 30 peratus ke 70 peratus daripada jumlah keseluruhan penilaian.
7.6 Pentaksiran juga berasaskan keperluan individu pelajar dengan mengambil isu- isu ekuiti dan inklusif untuk memastikan setiap pelajar diberi hak pendidikan yang sama.
7.7 Pencegahan plagiarisme merupakan salah satu komitmen IPG dalam menegakkan integriti pentaksiran. Plagiarisme merupakan perbuatan seseorang yang mengatakan bahawa sesuatu idea, yang telah diterbitkan ataupun yang belum terbit, penulisan, karya atau ciptaan orang lain, merupakan usaha intelektualnya sendiri tanpa memberi penghargaan yang jelas tentang pengarang asal atau sumber.
7.8 Garis Panduan Pencegahan Plagiarisme menerangkan komitmen jitu IPG untuk menegakkan integriti akademik dan akan berkuat kuasa apabila terdapat suatu pelanggaran tata kelakuan akademik berkait dengan plagiarisme.
7.9 Anugerah kecemerlangan akademik merupakan satu sistem ganjaran kepada pelajar untuk meningkatkan kualiti hasil pembelajaran mereka. Pelajar yang mencapai Purata Nilai Gred Semester melebihi 3.75 layak menerima anugerah tersebut.
7.10 IPG perlu memaklumkan sistem ganjaran ini kepada pelajar dan menghebahkan senarai nama pelajar yang menerima anugerah ini.
8.0 INFRASUMBER SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)
8.1 Sumber pengajaran dan pembelajaran merupakan salah satu faktor yang membantu dalam kejayaan menyampaikan pengajaran dan pembelajaran.
8.2 IPG komited untuk menyediakan sumber pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti, relevan dan terkini selari dengan keperluan pengajaran dan pembelajaran.
8.3 IPG komited untuk mempelbagaikan sumber dan media pengajaran dan pembelajaran supaya keperluan pelajar yang mempunyai pelbagai latar
belakang akademik dan gaya pembelajaran dapat dipenuhi dan seterusnya memperkaya lagi pengalaman pembelajaran pelajar tersebut.
8.4 Melengkapkan dan menaik taraf infrastruktur, infostruktur dan peralatan pembelajaran selaras dengan perkembangan dan amalan pendidikan terkini.
8.5 Menyediakan infrastruktur, infostruktur dan persekitaran sokongan yang membantu dan meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
9.0 PEMANTAUAN, SEMAKAN DAN PENAMBAHBAIKAN KURIKULUM
9.1 Bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa dipertingkatkan, IPG perlu mendapat maklum balas daripada pelajar dan pihak berkepentingan secara berkala. Maklum balas tersebut perlu diambil kira dalam proses perancangan dan pelaksanaan kurikulum IPG.
9.2 IPG perlu melaksanakan proses pemantauan dan semakan pelaksanaan kurikulum bagi tujuan penambahbaikan berterusan iaitu Continuous Quality improvement (CQI).
9.3 Laporan penambahbaikan berterusan IPG perlu dihantar ke Pusat Pembangunan Akademik IPGM pada setiap semester untuk tujuan penambahbaikan kurikulum secara keseluruhan.
9.4 IPG juga perlu melaksanakan proses penanda aras untuk membandingkan proses pengajaran dan pembelajaran di institusi-institusi lain. Hasil daripada proses ini IPG perlu mengambil tindakan untuk penambahbaikan kurikulum.
10.0 RUJUKAN
Agensi Kelayaan Malaysia. (2017). Code of Practice for Programme Accreditation (2nd Edition). Petaling Jaya: MQA.
Agensi Kelayakan Malaysia. (2014). Educational Programme Standards. Petaling Jaya: MQA.
Agensi Kelayakan Malaysia. (2011). Garis Panduan Amalan Baik: Reka Bentuk dan Penyampaian Kurikulum). Petaling Jaya: MQA.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2017). Buku Panduan Program Diploma Pendidikan Lepas Ijazah. Cyberjaya: Institut Pendidikan Guru Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2017). Buku Panduan Program Diploma Perguruan Malaysia. Cyberjaya: Institut Pendidikan Guru Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2017). Buku Panduan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Cyberjaya: Institut Pendidikan Guru Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2017). Buku Panduan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Cyberjaya: Institut Pendidikan Guru Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2017). Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional. Cyberjaya: Institut Pendidikan Guru Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2018). Manual Kualiti IPGM-PPK-MK-01.
Cyberjaya: Institut Pendidikan Guru Malaysia.
Kementerian Pengajian Tinggi. (2010). Garis Panduan Penulisan Program Akademik.
Putrajaya: KPT.
Kementerian Pengajian Tinggi. (2016). Garis Panduan Matapelajaran Pengajian Umum (MPU). Putrajaya: KPT.
Kerajaan Malaysia. (2012). Akta Pendidikan 1996. Kuala Lumpur: Kerajaan Malaysia.
Kerajaan Malaysia. (2010). Akta Pendidikan 1996. Peraturan-Peraturan Pendidikan (Institut-institut Pendidikan Guru). Kuala Lumpur: Kerajaan Malaysia.
KOD AMALAN REKA BENTUK DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
1.0 PENGENALAN
Institut Pendidikan Guru (IPG) komited dalam menyediakan program latihan guru yang selaras dengan visi IPG sebagai peneraju kecemerlangan pendidikan guru dan misi IPG untuk melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui program pembangunan guru yang dinamik ke arah pendidikan sekolah bertaraf dunia.
Kod Amalan Reka Bentuk dan Pembangunan Kurikulum Pendidikan Guru diperlukan untuk memastikan program akademik yang ditawarkan bertepatan dan relevan dengan kehendak pihak berkepentingan. Kurikulum Pendidikan Guru perlu direka bentuk dan dibangunkan secara terancang, sistematik dan mematuhi amalan jaminan kualiti seperti yang diperlukan oleh Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM) serta memenuhi keperluan pendidikan negara.
Kod ini menjelaskan peranan, komitmen dan aspirasi IPG ke arah melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui program pembangunan guru yang dinamik.
2.0 SKOP
Kod amalan ini digunapakai oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Institut Pendidikan Guru (IPG) dan pihak luar yang terlibat dalam mereka bentuk dan membangunkan kurikulum bagi semua peringkat pengajian program iaitu sijil, diploma atau ijazah perguruan secara sepenuh masa dan sambilan.
3.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
3.1 Pengurusan Atasan Institut Pendidikan Guru Malaysia (PA IPGM)
Mesyuarat Pengurusan Atasan IPGM bertanggungjawab memperakukan program pengajian yang akan ditawarkan untuk kelulusan Pengurusan Tertinggi KPM.
3.2 Senat
Senat Institut-Institut Pendidikan Guru bertanggungjawab untuk meluluskan program pengajian yang memenuhi keperluan negara dan menepati dasar jaminan kualiti IPGM serta Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM).
3.3 IPGM dan IPG
IPGM dan IPG bertanggungjawab untuk mereka bentuk dan membangunkan kurikulum mengikut keperluan Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM) dan dasar jaminan kualiti IPGM. Oleh itu pihak berkenaan berperanan untuk:
i. mengenal pasti pegawai dan panel yang bertanggungjawab untuk mereka bentuk dan membangunkan kurikulum setiap program yang ditawarkan di IPG.
ii. membuat penandaarasan (benchmarking), kajian latar belakang (background study) untuk mendapatkan maklumat tentang kurikulum program yang akan dibangunkan.
iii. mendapatkan pandangan dari pakar rujuk dan/atau pihak yang berkepentingan semasa mereka bentuk dan membangunkan kurikulum kursus.
iv. menyediakan struktur program dan Ringkasan Maklumat Kursus/Maklumat Kursus untuk kurikulum yang dibangunkan.
v. menyediakan kertas cadangan untuk mendapatkan kelulusan.
3.4 Pasukan Jaminan Kualiti Akademik (PJKA)
Pasukan Jaminan Kualiti Akademik bertanggungjawab untuk membantu Pusat Pembangunan Akademik dalam menyemak dan mencadangkan penambahbaikan dokumen akademik sebelum dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Akademik (JKPA) IPGM dan Mesyuarat Senat Institut-Institut Pendidikan Guru. Penelitian dokumen akademik merangkumi:
i. keakuran struktur program dan Ringkasan Maklumat Kursus/Maklumat Kursus kepada dasar jaminan kualiti IPGM serta Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM).
ii. isi kandungan program yang relevan, tepat dan jelas.
iii. format dokumen yang betul tanpa kesilapan (zero error).
3.5 Jawatankuasa Pembangunan Akademik (JKPA)
Jawatankuasa Pembangunan Akademik yang ditubuhkan di bawah kuasa Senat Institut-Institut Pendidikan Guru mempunyai tanggungjawab berikut:
i. Menyemak dan memberi maklum balas terhadap objektif program serta hasil pembelajaran program yang dicadangkan.
ii. Meneliti dan memberi maklum balas terhadap struktur kurikulum yang dibentangkan dari aspek:
a. komponen b. senarai kursus c. jumlah kredit
d. peratus pemberatan kredit
e. taburan jam bersemuka kuliah, tutorial, amali dan kerja bengkel f. agihan kredit mengikut semester
g. kesesuaian kursus dalam setiap komponen
iii. Menyemak kesesuaian isi kandungan bagi setiap kursus termasuk hasil pembelajaran kursus, rujukan asas dan rujukan tambahan.
iv. Meneliti dan memberi maklum balas terhadap pengagihan dan penggunaan Jam Pembelajaran Pelajar (Student Learning Time) bagi setiap kursus supaya selaras dengan Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM).
v. Meneliti dan memberi maklum balas terhadap amalan profesionalisme yang dicadangkan.
vi. Mengkaji dan memberi maklumbalas terhadap struktur dan kaedah pentaksiran bagi setiap program pengajian yang dibentangkan khususnya dari segi agihan peratus pemberatan bagi kerja kursus dan peperiksaan.
vii. Meneliti cadangan pemeriksa luar untuk penambahbaikan berterusan.
viii. Meneliti hal-hal berkaitan pindah kredit dan pengecualian kredit.
3.6 Pengarah Pusat Pembangunan Akademik (PPA)
Pengarah PPA bertanggungjawab untuk merancangpembangunan kurikulum pendidikan guru mengikut prosedur kualiti yang ditetapkan.
Pengarah PPA bertanggungjawab memastikan:
i. pembangunan/pindaan struktur kurikulum setelah menerima punca kuasa.
ii. proses penandaarasan (benchmarking) dan kajian latar belakang (background study) iii. perlantikan panel penggubal dan pakar rujuk.
iv. penyediaan data dan dokumen sokongan yang diperlukan.
v. penggubalan/(pindaan) mengemaskini RMK/Maklumat Kursus mengikut struktur yang diluluskan.
vi. penyemakan oleh Mesyuarat Pasukan Jaminan Kualiti Akademik (PJKA) vii. persetujuan Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Akademik (JKPA) viii. kelulusan Mesyuarat Senat
3.7 Pengurusan Atasan/Panel Penggubal IPG
i. Pengurusan Atasan IPG bertanggungjawab memastikan:
a. staf akademik yang dilantik sebagai panel penggubal oleh IPGM/IPG melaksanakan penggubalan/pindaan RMK/Maklumat Kursus mengikut struktur yang diluluskan.
b. panel penggubal membentang RMK/Maklumat Kursus untuk mendapatkan pandangan dalam Mesyuarat Pasukan Jaminan Kualiti Akademik (PJKA)
c. panel penggubal membentang RMK/Maklumat Kursus untuk mendapatkan persetujuan Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Akademik (JKPA)
ii. Peranan panel penggubal adalah untuk:
a. menerima arahan penggubalan Ringkasan Maklumat Kursus/Maklumat Kursus daripada pihak pengurusan IPGM.
b. menggubal Ringkasan Maklumat Kursus/Maklumat Kursus mengikut format yang telah ditetapkan.
c. menyemak dan memberi maklum balas berkaitan Ringkasan Maklumat Kursus/Maklumat Kursus yang dipertanggungjawabkan.
d. menyediakan data dan dokumen sokongan seperti yang diperlukan dalam proses penyediaan kurikulum.
4.0 PROSES DAN PELAKSANAAN
4.1 Kurikulum direka bentuk dan dibangunkan dengan mengambil kira:
i. Visi dan Misi IPG
ii. Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM)
iii. Laporan Penandaarasan dan Kajian Latar Belakang
iv. Laporan Pakar Rujuk
v. Keperluan pihak-pihak yang berkepentingan seperti berikut : a. Sekolah
b. Pelajar c. Ibu Bapa d. Masyarakat e. Ahli Akademik f. Alumni
g. Badan-badan Profesional h. Penaja
i. Kementerian Pendidikan Malaysia j. Jabatan Perkhidmatan Awam k. Pihak-pihak lain yang berkaitan
4.2 Reka bentuk dan pembangunan kurikulum mesti dibuat berasaskan:
i. Dasar Pendidikan Negara dan keperluan pendidikan semasa
ii. Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM) dan dasar jaminan kualiti IPGM iii. Pendidikan Berasaskan Hasil (Outcome-Based Education) yang
mengambil kira keperluan pihak yang berkepentingan.
iv. Pembelajaran berpusatkan pelajar (student-centred learning)
v. Penguasaan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengkhususan yang diikuti.
vi. Penguasaan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar vii. Penggunaan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran viii. Penggunaan pelbagai kaedah pentaksiran pembelajaran
ix. Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran secara optimum
4.3 Komponen penting kurikulum terdiri daripada:
i. Objektif Pendidikan Program (Programme Educational Objectives) ii. Hasil Pembelajaran Program (Programme Learning Outcomes) iii. Nama kursus dan bilangan kredit
iv. Hasil Pembelajaran Kursus (Course Learning Outcomes)
v. Kerangka Kursus
vi. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran vii. Pentaksiran
viii. Senarai rujukan kursus
4.4 Pembangunan hasil pembelajaran mengambil kira perkara berikut:
i. tahap kelayakan dan bidang pengajian.
ii. elemen-elemen yang telah ditetapkan dalam hasil pembelajaran.
iii. pengetahuan, kemahiran praktikal dan kemahiran insaniah yang perlu dicapai oleh pelajar apabila menamatkan sesuatu program.
iv. menunjukkan bagaimana proses penyampaian berkeupayaan menyumbang kepada pencapaian hasil pembelajaran program tersebut.
v. memperlihatkan bagaimana pelajar boleh mencapai hasil pembelajaran.
4.5 Pemetaan Kurikulum dengan Hasil Pembelajaran melibatkan:
i. penjelasan secara keseluruhan bagaimana pelajar memperolehi sesuatu hasil pembelajaran melalui kursus yang ditawarkan.
ii. kaedah pemetaan dilakukan dengan membentuk jadual bagi menyemak beberapa isu dalam kurikulum seperti:
a. Hasil pembelajaran program diberi penekanan dalam kursus yang ditentukan.
b. Status kebolehan kemahiran insaniah dalam sesuatu kursus sama ada diperkenalkan atau dinilai.
iii. pemetaan dilakukan dengan menghubungkaitkan hasil pembelajaran dengan senarai kursus dalam kurikulum. Kadar sumbangan setiap kursus terhadap hasil pembelajaran selaras dengan saranan KKM.
4.6 Pihak yang terlibat dalam mereka bentuk dan membangunkan kurikulum program akademik adalah:
i. Pengarah PPA ii. Pengarah IPG
iii. Timbalan Pengarah IPG iv. Pakar Rujuk
v. Panel Penggubal IPG
vi. Pasukan Jaminan Kualiti Akademik (PJKA) vii. Jawatankuasa Pembangunan Akademik (JKPA) viii. Ahli Senat Institut-Institut Pendidikan Guru
ix. Pihak-pihak yang berkepentingan
4.7 Dalam membangunkan kurikulum, PPA mesti:
i. mereka bentuk Struktur Kurikulum Program Pendidikan Guru dengan:
a. membangunkan dan menambahbaik struktur kurikulum setelah menerima punca kuasa.
b. mendapat pandangan ahli Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Akademik (JKPA)
c. mendapat persetujuan Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Akademik (JKPA)
d. mendapatkan kelulusan Mesyuarat Senat
ii. membangunkan kurikulum dengan cara
a. menggubal, meminda atau mengemaskini dokumen kurikulum mengikut struktur yang diluluskan.
b. proses penandaarasan (benchmarking) dan kajian latar belakang (background study)
c. melantik Pakar Rujuk dan panel penggubal.
d. penyediaan data dan dokumen sokongan yang diperlukan.
e. mendapatkan pandangan Mesyuarat Pasukan Jaminan Kualiti Akademik (PJKA)
f. mendapat persetujuan Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Akademik (JKPA)
g. mendapatkan kelulusan Mesyuarat Senat
h. menyerahkan dokumen kurikulum akademik yang telah mendapat kelulusan Senat kepada IPGK untuk dilaksanakan setelah melalui fasa orientasi kurikulum iaitu induksi kepada pemilik program (programme owner) dan pensyarah diadakan.
KOD AMALAN PENYAMPAIAN KURIKULUM 1.0 PENGENALAN
Penyampaian kurikulum ialah proses untuk mencapai hasil pembelajaran program yang melibatkan perancangan mengajar, menjadi moderator, mencatat serta melaporkan proses pembelajaran dan pengajaran dengan disokong oleh pentaksiran. Penyampaian PdP yang sesuai, efektif dan terancang hendaklah berpandukan amalan pengajaran dan pendidikan terbaik termasuk penggunaan pendekatan pendidikan terkini, dan penggunaan teknologi secara optimum selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Kod Amalan Penyampaian Kurikulum ini disediakan kepada staf akademik sebagai panduan dalam merancang dan melaksanakan aktiviti PdP yang dapat membantu pelajar ke arah perkembangan pengetahuan, kemahiran, moral dan rohani dalam melahirkan graduan yang mempunyai daya saing yang tinggi di peringkat nasional dan antarabangsa.
2.0 SKOP
Dasar ini diguna pakai bagi semua program pengajian sepenuh masa dan separuh masa.
3.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB 3.1 Pengarah Kampus
Pengarah Kampus bertanggungjawab ke atas/terhadap penyampaian kurikulum seperti berikut:
i. Mengetuai perancangan reka bentuk kurikulum, menilai kurikulum dan menyemak semula kurikulum dari masa ke masa mengikut keperluan.
ii. Mengawal selia penyampaian kurikulum mengikut standard kualiti yang ditetapkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia, Malaysian Qualification Agency (MQA).
iii. Mengawal selia pelaksanaan penilaian dan pentaksiran kurikulum mengikut garis panduan yang ditetapkan
iv. Melantik Penyelaras Program dan Jawatankuasa Program berkenaan diwujudkan.
v. Menyediakan perkhidmatan sokongan yang mencukupi bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang kondusif.
vi. Mengawal selia pelan pembangunan fasiliti yang mencukupi bagi memastikan penyampaian kurikulum dapat dilaksanakan dengan berkesan.
vii. Menerajui penyelidikan dan inovasi dalam PdP.
viii. Menambah baik penyampaian hasil pembelajaran program melalui
maklum balas yang diperoleh daripada pemegang taruh.
ix. Menyediakan peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada warga IPG sebagai satu perkhidmatan
3.2 Staf Akademik
Staf akademik bertanggungjawab memberi khidmat PdP berkualiti yang boleh membantu perkembangan pelajar ke arah kecemerlangan akademik dan pembentukan keperibadian yang positif. Untuk mencapai matlamat ini, staf akademik perlu:
i. Memastikan RMK/MK yang digunakan adalah yang terkini.
ii. Menyediakan Rancangan Semester dan Rancangan Mingguan bagi kursus yang dikendalikan
iii. Sentiasa menyemak dan mengemas kini bahan PdP bagi kursus yang dikendalikan.
iv. Mengedar dan menjelaskan RMK/MK (versi pelajar) serta bahan PdP bagi kursus yang dikendalikan kepada semua pelajar yang telah mendaftar bagi kursus tersebut
v. Menjalankan kuliah, tutorial, amali, pentaksiran dan lain-lain aktiviti PdP pada hari, masa dan tempat yang telah ditetapkan.
vi. Mengoptimumkan e-Pembelajaran dalam PdP.
vii. Memenuhi jumlah jam pembelajaran bersemuka bagi kursus yang berkenaan seperti yang dinyatakan dalam RMK/MK.
viii. Menggunakan pelbagai pendekatan, strategi dan kaedah PdP yang sesuai dengan kursus tersebut dan sejajar dengan keperluan pendidikan terkini
ix. Merekod kehadiran pelajar pada setiap interaksi bersemuka dan mengambil tindakan seperti yang dinyatakan dalam Panduan dan Syarat Penganugerahan Sijil/Diploma/Ijazah terkini bagi pelajar yang tidak hadir kuliah.
x. Melaksanakan penambahbaikan ke atas penyampaian PdP berdasarkan laporan maklumbalas daripada Penambahbaikan Kualiti Kurikulum Berterusan / Continous Curriculum Quality Improvement (CCQI)
3.3 Pelajar
Pelajar bertanggungjawab:
i. Memahami maklumat terkini tentang struktur program, objektif pendidikan program, hasil pembelajaran program dan kursus, nilai
ii. Mematuhi semua prosedur dan peraturan yang ditetapkan oleh IPG dalam aspek berkaitan PdP seperti kehadiran, penglibatan dalam semua aktiviti PdP, memenuhi keperluan pentaksiran yang ditetapkan, dan menepati waktu.
iii. Mematuhi semua peraturan yang ditetapkan di dalam Buku Peraturan Pelajar IPG terkini dalam aspek-aspek berkaitan etika berpakaian, tata laku dan lain-lain.
iv. Bertanggungjawab terhadap aktiviti pembelajaran dan perkembangan kendiri dengan:
a. Mementingkan peningkatan pengetahuan dan penguasaan kemahiran termasuk kemahiran insaniah dalam bidang pengkhususan yang diikuti.
b. Menggunakan segala sumber dan kemudahan yang disediakan oleh IPG dalam mengoptimumkan perkembangan pengetahuan dan kemahiran khusus serta kemahiran insaniah.
c. Berusaha memperkayakan pengalaman pembelajaran dengan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti kampus yang bersesuaian.
d. Mendapatkan khidmat nasihat daripada staf akademik atau kaunselor pelajar (Jika perlu)
e. Menyediakan porfolio pembelajaran bagi setiap semester pengajian
4.0 PANDUAN PELAKSANAAN
Prosedur dan panduan berikut disediakan untuk memastikan penyampaian kurikulum dijalankan dengan efektif:
4.1 Panduan Am
Secara amnya, pelaksanaan PdP yang sesuai dan efektif melibatkan amalan dan aktiviti di dalam atau di luar kelas yang berikut:
i. Menghayati visi, misi dan objektif IPG dan matlamat program.
ii. Mematuhi amalan dan keperluan profesional serta badan akreditasi.
iii. Memberi fokus kepada keupayaan kognitif, psikomotor dan afektif tahap tinggi.
iv. Menggalakkan pembangunan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar termasuk aspek emosi dan rohani.
v. Menggalakkan aplikasi teori bidang pengajian dalam konteks kerjaya pelajar.
vi. Menggunakan pelbagai teknik dalam penyampaian PdP antaranya:
a. Penyampaian secara bersemuka, contohnya syarahan, tutorial dan makmal
b. Pembelajaran tindakan c. Pembelajaran kolaboratif d. Pembelajaran kendiri
e. Pembelajaran koperatif, seperti pembelajaran berasaskan masalah dan pembelajaran berasaskan projek
f. Penyampaian berasaskan teknologi seperti kaedah dalam talian, telesidang, berasaskan permainan dan penggunaan sistem mudah alih
g. Kaedah berasaskan pengalaman seperti kerja lapangan, pengalaman berasaskan sekolah (PBS) dan lawatan.
h. Kaedah pembelajaran berasaskan kerja seperti praktikum dan internship serta program sangkutan kerja
vii. Menggalakkan PdP yang berpusatkan pelajar dan penglibatan aktif pelajar.
viii. Sentiasa responsif kepada perkembangan pendidikan masa kini.
4.2 PdP Berasaskan Hasil Pembelajaran
i. Pengendalian sesuatu kursus mesti berasaskan hasil pembelajaran yang dinyatakan dalam RMK/MK dan dimaklumkan kepada pelajar pada awal semester.
ii. Staf akademik mesti memastikan berlakunya penjajaran antara hasil pembelajaran, kaedah PdP dan kaedah pentaksiran bagi pelaksanaan sesuatu kursus.
4.3 Kemahiran Insaniah Dalam PdP
i. Aktiviti PdP perlu mengaplikasikan teori dalam pelbagaimkonteks serta memupuk sikap jati diri, disiplin, etika, dan kemahiran insaniah yang lain.
ii. Kemahiran insaniah yang dijadikan panduan dalam aktiviti PdP adalah seperti yang disenaraikan dalam RMK/MK.
4.4 Kepelbagaian Pelajar
i. Kaedah PdP yang diamalkan perlu mengambil kira kepelbagaian pelajar dari segi latar belakang sosio ekonomi, pengetahuan, personaliti, gaya pembelajaran, tahap penguasaan bahasa dan lain-lain.
ii. Kepelbagaian penyampaian PdP mesti merangkumi pelbagai kaedah yang mantap dan terbukti berkesan misalnya pembelajaran koperatif dan pembelajaran berasaskan masalah.
4.5 Amalan Pengajaran dan Pembelajaran
Sumber-sumber hasil kajian boleh terdiri daripada kajian tindakan (action research), atau kajian pendidikan atau kajian mengenai bidang kandungan oleh staf akademik ataupun ahli-ahli penyelidik dari institusi yang lain
ii. Amalan pengajaran reflektif
Pelbagai sumber maklumat harus digunakan dalam usaha penambahbaikan berterusan seperti maklum balas dari pelajar, rakan sejawat, ketua jabatan, pencapaian pelajar, kajian tindakan, semakan semula RMK/MK dan lain-lain mekanisme.
iii. Pembangunan profesional diri
Staf akademik perlu berusaha meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka dengan menyertai kursus peningkatan kemahiran profesional di dalam dan di luar IPG.
4.6 Bahasa Pengantar Dalam PdP
i. Bahasa pengantar rasmi yang digunakan dalam penyampaian PdP di IPG ialah Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, staf akademik hendaklah memastikan pelajar berupaya/bersedia membuat rujukan daripada pelbagai sumber dan bahasa, terutamanya sumber dalam Bahasa Inggeris.
ii. Bahasa pengantar selain daripada Bahasa Melayu boleh digunakan mengikut keperluan program pengajian bidang bahasa. Bagi kursus- kursus yang bahasa pengantar bukan Bahasa Melayu, staf akademik perlu mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memastikan prestasi pelajar tidak terjejas disebabkan bahasa pengantar yang digunakan.
5.0 RUJUKAN
i. Agensi Kelayaan Malaysia. (2017). Code of Practice for Programme Accreditation (2nd Edition). Petaling Jaya: MQA.
ii. Agensi Kelayakan Malaysia. (2011). Garis Panduan Amalan Baik: Reka Bentuk dan Penyampaian Kurikulum). Petaling Jaya: MQA.
iii. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2018). Reka Bentuk dan Penyampaian Kurikulum: IPGM-PPK-PT-05. Cyberjaya: Institut Pendidikan Guru Malaysia.
KOD AMALAN PENTAKSIRAN PELAJAR 1.0 PENGENALAN
Pentaksiran merupakan satu mekanisme bagi mengukur hasil pembelajaran sesuatu kursus dan perkembangan pelajar di Institut Pendidikan Guru (IPG). Maklum balas kemajuan pelajar melalui proses pentaksiran bertujuan menentukan prestasi dan pencapaian pelajar bagi tujuan penganugerahan. Perkara ini bertepatan dengan peranan IPG sebagai peneraju utama dalam latihan pendidikan guru yang bertanggungjawab merealisasikan hasrat negara dalam melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi serta relevan dengan keperluan pendidikan masa kini dan akan datang.
Bagi menjamin sistem pentaksiran pendidikan guru dilaksanakan mengikut kaedah dan prosedur secara terancang, sistematik dan berkualiti, prosedur operasi standard (standard operating procedure) yang termaktub dalam MS ISO 9001:2015 dan Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) dipatuhi sepenuhnya.
Kod amalan ini adalah selaras dengan fungsi-fungsi Senat yang dinyatakan dalam Perkara 7(a) dan 7(k), Peraturan-Peraturan Pendidikan (Institut-institut Pendidikan Guru) 2010. Kod amalan ini menjadi asas kepada pelaksanaan proses pentaksiran berdasarkan amalan terbaik untuk memastikan pencapaian visi dan misi IPG dan memenuhi aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kod Amalan Pentaksiran Pelajar merangkumi Garis Panduan Pembangunan Portfolio Pelajar dan Garis Panduan Pencegahan Plagiarisme.
2.0 NAMA DOKUMEN
Dokumen ini dinamakan Kod Amalan Pentaksiran Pelajar.
3.0 KETETAPAN KOD AMALAN
Kod amalan ini termaktub kepada Senat IPG, pensyarah-pensyarah, kakitangan, pelajar-pelajar dan pihak-pihak berkaitan di semua IPG dan perlu dipatuhi melainkan jika terdapat kenyataan yang menyatakan sebaliknya.
4.0 MATLAMAT KOD AMALAN PENTAKSIRAN PELAJAR
4.1 Pentaksiran adalah teras kepada aktiviti akademik dan komponen penting dalam proses pembelajaran. Kod amalan pentaksiran pelajar ini adalah untuk mencapai matlamat berikut:
i. Menetapkan prinsip-prinsip yang menyokong pendekatan pentaksiran Institut Pendidikan Guru.
ii. Memastikan kaedah-kaedah pentaksiran yang dibangunkan adalah berdasarkan Garis Panduan Amalan Baik Penilaian Pelajar.
iii. Memberi maklum balas perkembangan dan pencapaian prestasi pelajar terhadap standard yang ditetapkan untuk meneruskan pengajian dan bergraduasi.
4.2 Pentaksiran dilaksanakan untuk mencapai objektif yang berikut:
i. Menilai tahap prestasi pelajar berdasarkan hasil pembelajaran kursus dan program.
ii. Menggerakkan proses pembelajaran pelajar sejajar dengan perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif.
iii. Menilai tahap prestasi pelajar untuk menghubungkaitkan teori dan praktis dengan menggalakkan transformasi dan integrasi ilmu, pengalaman dan refleksi kendiri.
iv. Membantu pelajar mencari makna melalui pengalaman sendiri, mencari kebenaran dalam kepercayaan, pengetahuan dan tindakannya bagi meningkatkan kualiti diri dan seterusnya menjadi pengamal refleksi.
5.0 PRINSIP-PRINSIP PENTAKSIRAN
5.1 Kaedah pentaksiran yang digunakan bergantung kepada skop kandungan dan hasil pembelajaran kursus yang ditawarkan. Penilaian berterusan juga diterapkan bagi semua program dan tidak sepenuhnya berdasarkan penilaian akhir.
i. Prinsip-prinsip pentaksiran berikut menjadi asas pertimbangan yang dipatuhi di semua Institut Pendidikan Guru:
ii. Pentaksiran formatif dan sumatif dilaksanakan berdasarkan rujukan kriteria dan rujukan norma.
iii. Pentaksiran komponen kerja kursus dan peperiksaan berdasarkan Taksonomi Bloom dengan disemak semula (Anderson & Krathwohl, 2001).
iv. Pentaksiran merangkumi pelbagai kaedah, formal atau tidak formal untuk mencapai hasil pembelajaran setiap kursus.
v. Pentaksiran dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti yang mencabar minda dan melibatkan pemikiran aras tinggi bagi mengukur pencapaian hasil pembelajaran setiap kursus yang melibatkan domain kognitif, psikomotor dan afektif.
vi. Pentaksiran amali dilaksanakan secara berterusan bagi kursus yang berteraskan kemahiran bertujuan mengukur kebolehan pelajar mengaplikasikan ilmu yang diperoleh dalam bentuk penguasaan kemahiran psikomotor, kemahiran manipulatif, kreativiti dan sikap.
vii. Amalan pentaksiran disampaikan dengan jelas kepada pelajar dan pensyarah. Setiap kursus yang ditawarkan menyatakan dengan jelas dan terperinci berkaitan objektif, bentuk dan wajaran pentaksiran bagi membolehkan pelajar merancang pembelajaran mereka.
viii. Tugasan pentaksiran perlu autentik dan KBAT serta sesuai dengan konteks disiplin ilmu dan profesional. Tugasan pentaksiran perlu bebas daripada amalan plagiarisme. Pentaksiran pencapaian pelajar adalah berdasarkan kriteria dan piawaianyang ditetapkan selaras dengan hasil pembelajaran.
vii. Pentaksiran juga berasaskan keperluan khusus individu pelajar dengan mengambil kira isu-isu ekuiti dan inklusif untuk memastikan setiap pelajar diberi hak pendidikan yang sama.
viii. Tugasan pentaksiran, hasil tugasan dan peperiksaan perlu dimoderasikan oleh rakan akademik sebagai maklum balas amalan terbaik.
ix. Pentaksiran perlu dikemaskini sejajar dengan hasil pembelajaran program atau atribut graduan.
x. Reka bentuk, pelaksanaan dan proses moderasi pentaksiran perlu dilakukan mengikut standard prosedur kerja yang telah ditetapkan.
Pensyarah perlu meningkatkan kompetensi mereka dalam proses reka bentuk, pelaksanaan dan moderasi dari semasa ke semasa melalui program pembangunan profesionalisme.
6.0 REKA BENTUK PENTAKSIRAN
6.1 Pentaksiran adalah sebahagian daripada proses pembelajaran untuk mendapatkan maklumat tentang prestasi pelajar dan seterusnya membuat penilaian tentang produk sesuatu proses pendidikan.
6.2 Pentaksiran mempunyai beberapa tujuan. Secara umumnya, tujuan ini boleh dikelompokkan kepada tiga kategori utama, iaitu pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning); pentaksiran sebagai pembelajaran (assessment as learning); dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning) (Assessment Reform Group, 2002).
6.3 Pentaksiran secara berterusan adalah aktiviti utama akademik dan merupakan komponen asas dalam proses pembelajaran. Pentaksiran berterusan melibatkan pengukuran hasil pembelajaran, maklum balas diberikan kepada pelajar secara berterusan dan penggredan diberikan pada akhir proses pentaksiran. Pentaksiran terbahagi kepada 2 iaitu tugasan kerja kursus dan peperiksaan akhir.
i. Tugasan kerja kursus yang dibina hendaklah dapat mengukur hasil pembelajaran, atribut graduan, kemahiran generik serta kemahiran insaniah yang terkandung dalam sesuatu kursus.
ii. Peperiksaan akhir dilaksanakan pada akhir kursus untuk mengukur hasil pembelajaran yang terkandung dalam sesuatu kursus.
6.4 Tugasan pentaksiran direka bentuk bagi memastikan ianya :
i. dapat memperlihatkan pencapaian hasil pembelajaran serta menggunakan instrumen yang sejajar dan sesuai.
ii. berkaitan dengan disiplin ilmu dan sebarang syarat akreditasi bagi sesuatu disiplin ilmu.
iii. dapat membantu pelajar mencapai hasil pembelajaran yang khusus untuk kursus/program tersebut.
iv. menggunakan tugasan yang pelbagai untuk menilai hasil pembelajaran unit atau program yang berlainan.
v. mencabar pelajar dari aspek kedalaman pembelajaran dan menyediakan peluang untuk pelajar menunjukkan kebolehan mereka.
vi. menggunakan kriteria dan standard yang dapat mendiskriminasikan kebolehan dan pencapaian pelajar.
vii. boleh dibandingkan sekiranya ditawarkan di lebih dari satu lokasi atau mod pengajian.
viii. adalah setara dari aspek wajarannya dengan aras kursus/program, jumlah tugasan yang diperlukan, dan objektif pembelajaran kursus/program yang dinilai oleh tugasan/aktiviti.
ix. menggalakkan peluang sama rata kepada pelajar dari pelbagai latar belakang, dan pelajar kurang upaya.
x. mematuhi kod amalan pentaksiran dan garis panduan etika penilaian yang melibatkan pelajar dan/atau pensyarah dalam proses pentaksiran sesuatu tugasan.
6.5 Reka bentuk pentaksiran berkumpulan
Sekiranya tugasan melibatkan kerja kumpulan, bilangan ahli dihadkan kepada 2 hingga 3 orang sahaja kecuali aktiviti tertentu yang diperlukan dalam kursus berkaitan. Wajaran markah bagi kerja kumpulan dalam sesuatu kerja kursus tidak melebihi 30% daripada keseluruhan 100% pentaksiran kerja kursus.
6.6 Penilaian Amalan Profesional
i. Penilaian Amalan Profesional melibatkan penilaian Praktikum, Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran dan Internship.
ii. Penilaian praktikum melibatkan dua bidang iaitu bidang teras dan bidang elektif teras. Penilaian bagi bidang teras terdiri daripada 4 komponen iaitu: perancangan dan pelaksanaan, pentaksiran, peranan-peranan lain dan pembinaan portfolio. Penilaian bagi bidang elektif teras terdiri daripada perancangan dan pelaksanaan, pentaksiran, kokurikulum dan pembinaan portfolio.
iii. Penilaian PBS merupakan sebahagian daripada peratusan markah kerja kursus Asas Pendidikan, Bidang Teras dan Elektif Teras
iv. Penilaian Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran melibatkan pentaksiran Kerja Kursus secara individu dan secara kumpulan.
v. Penilaian Internship melibatkan penilaian kepada lima komponen iaitu Perancangan projek/aktiviti, Pelaksanaan projek/aktiviti, Penulisan projek/aktiviti, Catatan Refleksi dan Pembinaan portfolio.
6.7 Bilangan dan wajaran pentaksiran tugasan
i. Di dalam kes-kes tertentu, terdapat pengecualian berkaitan protokol dan wajaran pentaksiran. Sebagai pertimbangan asas, pentaksiran berterusan hendaklah tidak kurang daripada 50% markah keseluruhan, manakala wajaran peperiksaan akhir hendaklah dinilai tidak lebih daripada 50% kecuali dengan kelulusan Senat. Walau bagaimanapun, terdapat kursus yang ditaksir secara kerja kursus 100% dan terdapat juga kursus yang ditaksir secara 100% Peperiksaan Akhir. Walau bagaimanapun serakan markah, kesahan, kebolehpercayaan, keobjektifan, konsistensi, keadilan, ketelusan, kejelasan dan kualiti pentaksiran tidak boleh dikompromi.
ii. Pentaksiran yang dicadangkan untuk sesuatu kursus harus melibatkan dua atau tiga tugasan pentaksiran, setiap satu tugasan tidak melebihi 60% wajaran keseluruhan pentaksiran unit tersebut.
iii. Pencapaian lulus di dalam tugasan pentaksiran individu bagi sesuatu kursus bukanlah prasyarat untuk lulus keseluruhan kerja kursus melainkan tugasan itu berkait dengan keperluan standard kompetensi khusus, dan keperluan tersebut dinyatakan secara jelas di dalam maklumat kursus.
6.8 Pelaksanaan pentaksiran seharusnya:
i. dinyatakan di dalam maklumat kursus.
ii. menyatakan dengan jelas arahan dan maklumat perubahan tingkah laku yang dikehendaki daripada hasil pembelajaran sesuatu kursus.
iii. memberi peruntukan masa yang mencukup bagi pelajar melaksanakan tugasan, pemarkahan dan maklum balas daripada tenaga pengajar.
iv. menyediakan standard serta kriteria pemarkahan yang jelas yang boleh membantu pelajar mencapai hasil pembelajaran kursus/program.
6.9 Tiada bentuk tugasan yang tamat pada minggu terakhir interaksi atau minggu ulangkaji bagi unit yang dinilai dengan peperiksaan.
6.10 Bagi unit yang tidak dinilai dengan peperiksaan, tarikh akhir untuk menghantar ugasan atau sebarang bentuk kerja kursus boleh dilanjutkan ke minggu pertama peperiksaan. Sekiranya terdapat pertembungan antara kedua pentaksiran tersebut, peperiksaan akan diutamakan dan kerja kursus atau tugasan itu perlu di jadualkan semula.
6.11 Maklum balas kepada pelajar
i. Penyediaan maklum balas kepada pelajar berkaitan pencapaian dalam tugasan pentaksiran adalah penting dalam proses pembelajaran pelajar dan tugasan pentaksiran perlu dirangka untuk membantu pelajar memantau perkembangan dalam pelbagai peringkat dalam sesuatu kursus supaya perubahan dapat dibuat untuk meningkatkan pembelajaran.
ii. Maklum balas perlu diberi dalam masa 3 minggu selepas tugasan dihantar ataupun sekurang-kurangnya 5 hari bekerja sebelum tarikh akhir menghantar tugasan berikutnya. Sebelum peperiksaan bermula, pelajar perlu menerima maklum balas mengenai semua tugasan yang telah dihantar, kecuali jika tarikh akhir menghantar tugasan tersebut adalah dua minggu sebelum semester berakhir.
iii. Pelajar hanya mempunyai akses kepada markah, gred dan maklum balas tugasan mereka sendiri.
iv. Penghantaran draf tugasan untuk mendapatkan maklum balas bagi tujuan membaiki kualiti tugasan adalah dibenarkan sekiranya proses tersebut tercatat dalam keperluan tugasan pentaksiran (Contoh: draf kertas cadangan penyelidikan atau laporan akhir penyelidikan). Tiada lagi bimbingan atau ruang untuk memperbaiki tugasan selepas tugasan dihantar.
7.0 SYARAT LULUS PENGAJIAN, PENGANUGERAHAN DAN TATACARA RAYUAN KEPUTUSAN
Institut Pendidikan Guru akan menganugerahkan gred sebagaimana yang termaktub dalam buku Panduan dan Syarat Penganugerahan Sijil/Diploma/Ijazah.
Pelajar mempunyai hak untuk membuat rayuan semakan semula keputusan sebagaimana yang termaktub dalam buku Panduan dan Syarat Penganugerahan Sijil/Diploma/Ijazah.
GARIS PANDUAN PENCEGAHAN PLAGIARISME 1.0 PENGENALAN
1.1 Reputasi sesebuah institusi akademik bergantung kepada keupayaannya untuk mencapai dan melestarikan kecemerlangan akademik melalui pelaksanaan integriti akademik. Integriti akademik adalah berasaskan kejujuran, kepercayaan, kesaksamaan, rasa hormat, kebertanggungjawaban dan akauntabiliti, yang membentuk asas kepada kesemua hasil karya akademik.
1.2 Satu daripada aspek hilangnya integriti akademik adalah plagiarisme.
Justeru, IPG komited untuk mencegah plagiarisme dengan mewujudkan Garis Panduan Pencegahan Plagiarisme IPG.
1.3 Garis Panduan Pencegahan Plagiarisme menerangkan komitmen jitu IPG untuk menegakkan integriti akademik. Hal ini akan berkuat kuasa apabila terdapat suatu pelanggaran tata kelakuan akademik berkait dengan plagiarisme.
2.0 SKOP DAN APLIKASI
2.1 Garis Panduan ini bersifat mendidik dan mencegah serta boleh dijadikan asas sekiranya pelajar IPG melanggar mana-mana etika/peraturan yang telah ditetapkan oleh IPG berkaitan penulisan akademik.
2.2 Garis Panduan ini terpakai kepada semua pelajar IPG.
2.3 Semua warga IPG perlu sentiasa dimaklumkan tentang plagiarisme melalui taklimat kerja kursus, kursus/seminar/bengkel kesedaran, dan wacana pendidikan.
3.0 GARIS PANDUAN DAN PRINSIP
Garis Panduan ini hendaklah dibaca bersama dengan Akta 174 dan tidak mengetepikan atau menggantikan hak dan kewajipan pelajar di bawah Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang lain yang sedang berkuatkuasa di Malaysia.
3.1 Tujuan
i. Menanam kesedaran dalam kalangan warga IPG tentang integriti akademik dan penyelidikan, nilai etika dan amalan baik. Pelajar harus sedar bahawa plagiarisme adalah satu pelanggaran hak integriti dan boleh mencemarkan imej dan reputasi IPG.
ii. Memberi panduan kepada pelajar IPG supaya dapat mengenal pasti isu berkaitan dengan plagiarisme dan salah laku akademik yang mungkin timbul sekalipun mereka telah ditempatkan di sekolah.
iii. Merekod dan menyenggara perbuatan plagiarisme dengan merujuk Panduan dan Syarat Penganugerahan Sijil/Diploma/Ijazah IPG KPM berkuat kuasa 2013.
3.2 Amalan Akademik yang Baik i. Integriti Akademik
Semua warga IPG perlu mencegah sebarang salah laku yang merangkumi salah guna data, mencuri idea atau plagiarisme secara terang-terangan, mengganggu dengan sengaja dan gagal bertindak dengan integriti dalam penciptaan, perkembangan, aplikasi dan penggunaan ilmu pengetahuan, idea dan maklumat berhubung dengan karya orang lain.
ii. Harta Intelek
IPG mempertahankan semua aset yang dihasilkan daripada penyelidikan, inovasi, reka cipta dan output kreatif IPG yang melibatkan pengurusan, penciptaan, perlindungan, pengkomersialan, eksploitasi dan pengembangan hak-hak yang berkaitan.
3.3 Kesaksamaan dan Keadilan Asasi
Kod Amalan ini akan mematuhi prinsip "Kesaksamaan dan Keadilan Asasi"
bagi semua pihak yang terlibat.
IPG akan mematuhi prinsip-prinsip kesaksamaan dan keadilan asasi, khususnya:
i. Memberikan kepada pihak yang dituduh secara bertulis, perincian tentang dakwaan salah laku terhadap dirinya, termasuk satu salinan sebarang dokumen yang diserahkan sebagai bukti oleh pihak pengadu;
ii. Memberikan kepada pihak yang dituduh peluang untuk didengar;
iii. Membenarkan pihak yang dituduh untuk menghadirkan diri di sepanjang temu duga (kecuali diketepikan oleh pengadu kerana sengaja mengganggu prosiding);
iv. Memberikan kenyataan sebab bagi sebarang keputusan, yang akan termasuk satu perihalan fakta dan bukti yang menjadi asas kepada keputusan yang dibuat; dan
v. Membenarkan pihak yang dituduh hak diwakili di sisi undang-undang seperti yang ditetapkan di bawah Akta 332, Akta 174 dan Perintah Am.
4.0 TATACARA DAN TINDAKAN
4.1 Pelajar yang melanggar Kod Amalan Pencegahan Plagiarisme boleh dikenakan tindakan tatatertib seperti yang diperuntukkan Akta 174, Akta Institusi-Institusi Pelajaran Tatatertib Pindaan 2012 – Bahagian V (Tatacara Tatatertib).
4.2 Seseorang pelajar yang didapati melanggar mana-mana kaedah plagiarism boleh dikenakan tindakan seperti berikut:
i. Amaran
ii. Dimansuhkan markah penilaian bagi kursus berkenaan dan diberikan Gred F dan Nilai Mata Gred 0.00.
4.3 Tatacara pelaksanaan tindakan tatatertib di bawah Akta 174 adalah berdasarkan Garis Panduan Pelaksanaan Tindakan Tatatertib: Akta 174 Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 di Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.
5.0 TAHAP PLAGIARISME
Perbuatan plagiarisme merujuk kepada hal-hal berikut:
i. Memetik secara verbatim (menyalin kata demi kata) hasil karya orang lain.
ii. Memparafrasa karya orang lain dengan mengubah sesetengah daripada perkataan, atau susunan kata, tanpa memberi perakuan yang sewajarnya kepada sumber asalnya.
iii. Menghantar karya orang lain secara keseluruhan atau sebahagiannya sebagai karya sendiri.
iv. Autoplagiarisme atau swaplagiarisme (self-plagiarism) karya sendiri (yang telah diterbitkan) atau karya yang sudah pun dihantar untuk penilaian atau bagi mana-mana anugerah dan menyerahkannya sebagai ciptaan yang baharu tanpa memetik kandungan asal.
v. Menyerahkan karya yang sudah pun dihantar untuk penilaian atau untuk tujuan mana-mana anugerah dan menyatakan bahawa karya tersebut sebagai karya baharu tanpa memetik sumber kandungan asal.
vi. Penulisan rujukan sumber yang tidak mencukupi atau mengelirukan.
Pembaca meragui samada sesuatu karya itu telah dipetik dengan tepat dan/atau secara adil.
Plagiarisme boleh dilihat dari segi tahap plagiarisme kualitatif/deskriptif (Rujuk Lampiran 1).
Tindakan terhadap plagiarisme adalah berdasarkan tahap keseriusan plagiarisme seperti jadual dalam lampiran: (Rujuk Lampiran 2).
6.0 PERISIAN PENGESAN
IPG menyokong penggunaan perisian teknologi pendidikan untuk mencegah dan mengesan plagiarisme, dan akan menggalakkan secara aktif penggunaan perisian pengesan dalam pengajaran dan pembelajaran. IPG akan sentiasa memantau dan menambah baik pelaksanaan perisian pengesan sepertimana ia sepatutnya digunakan.
6.1 Definisi
Perisian yang direka bentuk bagi mengesan dan melaporkan peratusan kesamaan, berasaskan algoritma khusus, yang terdapat sama ada secara komersial atau sebaliknya.
6.2 Tujuan
Tujuan perisian pengesan adalah seperti berikut:
i. memantau perbuatan plagiarisme.
ii. menghadkan atau mencegah amalan plagiarisme.
iii. membantu komuniti akademik dalam sesetengah aspek etika penerbitan.
iv. memudahkan penyiasatan kejadian plagiarisme.
vi. mendidik dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar dan staf tentang amalan akademik yang baik.
Lampiran 1: Faktor Penentu Keseriusan Plagiarisme: Tahap I, II dan III
KRITERIA TAHAP 1 TAHAP 2 TAHAP 3
Pengalaman Pelajar Jangkaan sejauh mana kesedaran pelajar tentang kesalahan plagiat
Contoh:
Pelajar tahun pertama atau semester
pertama.
Tiada maklumat mengenai penulisan beretika atau plagiat
Contoh:
Pelajar yang telah menamatkan semester pertama tetapi belum berada di tahun akhir program.
Pelajar telah menerima maklumat mengenai plagiat.
Pelajar pasca siswasah yang masih di dalam proses menulis tesis.
Contoh:
Pelajar tahun akhir atau pelajar yang diandaikan telah mempunyai
pengetahuan tentang plagiat dan
mempamerkan integriti akademik.
Draf atau tesis tahun akhir pelajar pasca siswazah.
Jenis Plagiat Bentuk Plagiat yang spesifik
Contoh:
Petikan tugasan tidak jelas, tidak cukup atau mempunyai beberapa kesilapan.
Parafrasa yang tidak wajar/sesuai.
Contoh:
Kegagalan
menyertakan rujukan dan/ atau membuat petikan yang mencukupi.
Meniru/ menyalin sebahagian tugasan pelajar lain.
Meniru dari laman web, buku dan lain-lain penerbitan.
Menyerahkan semula keseluruhan atau sebahagian dari tugasan yang pernah diserahkan.
Contoh:
Rujukan atau petikan yang direka-reka Data yang direka atau disuai pinda
Tugasan yang ditiru keseluruhannya (sama ada dari pelajar atau lain-lain sumber) Tugasan penulisan yang berbayar Kerja / tugasan yang dicuri.