• Tidak ada hasil yang ditemukan

KOD AMALAN PENYAMPAIAN KURIKULUM 1.0 PENGENALAN

Dalam dokumen DASAR AKADEMIK INSTITUT PENDIDIKAN GURU (Halaman 30-35)

Penyampaian kurikulum ialah proses untuk mencapai hasil pembelajaran program yang melibatkan perancangan mengajar, menjadi moderator, mencatat serta melaporkan proses pembelajaran dan pengajaran dengan disokong oleh pentaksiran. Penyampaian PdP yang sesuai, efektif dan terancang hendaklah berpandukan amalan pengajaran dan pendidikan terbaik termasuk penggunaan pendekatan pendidikan terkini, dan penggunaan teknologi secara optimum selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Kod Amalan Penyampaian Kurikulum ini disediakan kepada staf akademik sebagai panduan dalam merancang dan melaksanakan aktiviti PdP yang dapat membantu pelajar ke arah perkembangan pengetahuan, kemahiran, moral dan rohani dalam melahirkan graduan yang mempunyai daya saing yang tinggi di peringkat nasional dan antarabangsa.

2.0 SKOP

Dasar ini diguna pakai bagi semua program pengajian sepenuh masa dan separuh masa.

3.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB 3.1 Pengarah Kampus

Pengarah Kampus bertanggungjawab ke atas/terhadap penyampaian kurikulum seperti berikut:

i. Mengetuai perancangan reka bentuk kurikulum, menilai kurikulum dan menyemak semula kurikulum dari masa ke masa mengikut keperluan.

ii. Mengawal selia penyampaian kurikulum mengikut standard kualiti yang ditetapkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia, Malaysian Qualification Agency (MQA).

iii. Mengawal selia pelaksanaan penilaian dan pentaksiran kurikulum mengikut garis panduan yang ditetapkan

iv. Melantik Penyelaras Program dan Jawatankuasa Program berkenaan diwujudkan.

v. Menyediakan perkhidmatan sokongan yang mencukupi bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang kondusif.

vi. Mengawal selia pelan pembangunan fasiliti yang mencukupi bagi memastikan penyampaian kurikulum dapat dilaksanakan dengan berkesan.

vii. Menerajui penyelidikan dan inovasi dalam PdP.

viii. Menambah baik penyampaian hasil pembelajaran program melalui

maklum balas yang diperoleh daripada pemegang taruh.

ix. Menyediakan peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada warga IPG sebagai satu perkhidmatan

3.2 Staf Akademik

Staf akademik bertanggungjawab memberi khidmat PdP berkualiti yang boleh membantu perkembangan pelajar ke arah kecemerlangan akademik dan pembentukan keperibadian yang positif. Untuk mencapai matlamat ini, staf akademik perlu:

i. Memastikan RMK/MK yang digunakan adalah yang terkini.

ii. Menyediakan Rancangan Semester dan Rancangan Mingguan bagi kursus yang dikendalikan

iii. Sentiasa menyemak dan mengemas kini bahan PdP bagi kursus yang dikendalikan.

iv. Mengedar dan menjelaskan RMK/MK (versi pelajar) serta bahan PdP bagi kursus yang dikendalikan kepada semua pelajar yang telah mendaftar bagi kursus tersebut

v. Menjalankan kuliah, tutorial, amali, pentaksiran dan lain-lain aktiviti PdP pada hari, masa dan tempat yang telah ditetapkan.

vi. Mengoptimumkan e-Pembelajaran dalam PdP.

vii. Memenuhi jumlah jam pembelajaran bersemuka bagi kursus yang berkenaan seperti yang dinyatakan dalam RMK/MK.

viii. Menggunakan pelbagai pendekatan, strategi dan kaedah PdP yang sesuai dengan kursus tersebut dan sejajar dengan keperluan pendidikan terkini

ix. Merekod kehadiran pelajar pada setiap interaksi bersemuka dan mengambil tindakan seperti yang dinyatakan dalam Panduan dan Syarat Penganugerahan Sijil/Diploma/Ijazah terkini bagi pelajar yang tidak hadir kuliah.

x. Melaksanakan penambahbaikan ke atas penyampaian PdP berdasarkan laporan maklumbalas daripada Penambahbaikan Kualiti Kurikulum Berterusan / Continous Curriculum Quality Improvement (CCQI)

3.3 Pelajar

Pelajar bertanggungjawab:

i. Memahami maklumat terkini tentang struktur program, objektif pendidikan program, hasil pembelajaran program dan kursus, nilai

ii. Mematuhi semua prosedur dan peraturan yang ditetapkan oleh IPG dalam aspek berkaitan PdP seperti kehadiran, penglibatan dalam semua aktiviti PdP, memenuhi keperluan pentaksiran yang ditetapkan, dan menepati waktu.

iii. Mematuhi semua peraturan yang ditetapkan di dalam Buku Peraturan Pelajar IPG terkini dalam aspek-aspek berkaitan etika berpakaian, tata laku dan lain-lain.

iv. Bertanggungjawab terhadap aktiviti pembelajaran dan perkembangan kendiri dengan:

a. Mementingkan peningkatan pengetahuan dan penguasaan kemahiran termasuk kemahiran insaniah dalam bidang pengkhususan yang diikuti.

b. Menggunakan segala sumber dan kemudahan yang disediakan oleh IPG dalam mengoptimumkan perkembangan pengetahuan dan kemahiran khusus serta kemahiran insaniah.

c. Berusaha memperkayakan pengalaman pembelajaran dengan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti kampus yang bersesuaian.

d. Mendapatkan khidmat nasihat daripada staf akademik atau kaunselor pelajar (Jika perlu)

e. Menyediakan porfolio pembelajaran bagi setiap semester pengajian

4.0 PANDUAN PELAKSANAAN

Prosedur dan panduan berikut disediakan untuk memastikan penyampaian kurikulum dijalankan dengan efektif:

4.1 Panduan Am

Secara amnya, pelaksanaan PdP yang sesuai dan efektif melibatkan amalan dan aktiviti di dalam atau di luar kelas yang berikut:

i. Menghayati visi, misi dan objektif IPG dan matlamat program.

ii. Mematuhi amalan dan keperluan profesional serta badan akreditasi.

iii. Memberi fokus kepada keupayaan kognitif, psikomotor dan afektif tahap tinggi.

iv. Menggalakkan pembangunan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar termasuk aspek emosi dan rohani.

v. Menggalakkan aplikasi teori bidang pengajian dalam konteks kerjaya pelajar.

vi. Menggunakan pelbagai teknik dalam penyampaian PdP antaranya:

a. Penyampaian secara bersemuka, contohnya syarahan, tutorial dan makmal

b. Pembelajaran tindakan c. Pembelajaran kolaboratif d. Pembelajaran kendiri

e. Pembelajaran koperatif, seperti pembelajaran berasaskan masalah dan pembelajaran berasaskan projek

f. Penyampaian berasaskan teknologi seperti kaedah dalam talian, telesidang, berasaskan permainan dan penggunaan sistem mudah alih

g. Kaedah berasaskan pengalaman seperti kerja lapangan, pengalaman berasaskan sekolah (PBS) dan lawatan.

h. Kaedah pembelajaran berasaskan kerja seperti praktikum dan internship serta program sangkutan kerja

vii. Menggalakkan PdP yang berpusatkan pelajar dan penglibatan aktif pelajar.

viii. Sentiasa responsif kepada perkembangan pendidikan masa kini.

4.2 PdP Berasaskan Hasil Pembelajaran

i. Pengendalian sesuatu kursus mesti berasaskan hasil pembelajaran yang dinyatakan dalam RMK/MK dan dimaklumkan kepada pelajar pada awal semester.

ii. Staf akademik mesti memastikan berlakunya penjajaran antara hasil pembelajaran, kaedah PdP dan kaedah pentaksiran bagi pelaksanaan sesuatu kursus.

4.3 Kemahiran Insaniah Dalam PdP

i. Aktiviti PdP perlu mengaplikasikan teori dalam pelbagaimkonteks serta memupuk sikap jati diri, disiplin, etika, dan kemahiran insaniah yang lain.

ii. Kemahiran insaniah yang dijadikan panduan dalam aktiviti PdP adalah seperti yang disenaraikan dalam RMK/MK.

4.4 Kepelbagaian Pelajar

i. Kaedah PdP yang diamalkan perlu mengambil kira kepelbagaian pelajar dari segi latar belakang sosio ekonomi, pengetahuan, personaliti, gaya pembelajaran, tahap penguasaan bahasa dan lain-lain.

ii. Kepelbagaian penyampaian PdP mesti merangkumi pelbagai kaedah yang mantap dan terbukti berkesan misalnya pembelajaran koperatif dan pembelajaran berasaskan masalah.

4.5 Amalan Pengajaran dan Pembelajaran

Sumber-sumber hasil kajian boleh terdiri daripada kajian tindakan (action research), atau kajian pendidikan atau kajian mengenai bidang kandungan oleh staf akademik ataupun ahli-ahli penyelidik dari institusi yang lain

ii. Amalan pengajaran reflektif

Pelbagai sumber maklumat harus digunakan dalam usaha penambahbaikan berterusan seperti maklum balas dari pelajar, rakan sejawat, ketua jabatan, pencapaian pelajar, kajian tindakan, semakan semula RMK/MK dan lain-lain mekanisme.

iii. Pembangunan profesional diri

Staf akademik perlu berusaha meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka dengan menyertai kursus peningkatan kemahiran profesional di dalam dan di luar IPG.

4.6 Bahasa Pengantar Dalam PdP

i. Bahasa pengantar rasmi yang digunakan dalam penyampaian PdP di IPG ialah Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, staf akademik hendaklah memastikan pelajar berupaya/bersedia membuat rujukan daripada pelbagai sumber dan bahasa, terutamanya sumber dalam Bahasa Inggeris.

ii. Bahasa pengantar selain daripada Bahasa Melayu boleh digunakan mengikut keperluan program pengajian bidang bahasa. Bagi kursus-kursus yang bahasa pengantar bukan Bahasa Melayu, staf akademik perlu mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memastikan prestasi pelajar tidak terjejas disebabkan bahasa pengantar yang digunakan.

5.0 RUJUKAN

i. Agensi Kelayaan Malaysia. (2017). Code of Practice for Programme Accreditation (2nd Edition). Petaling Jaya: MQA.

ii. Agensi Kelayakan Malaysia. (2011). Garis Panduan Amalan Baik: Reka Bentuk dan Penyampaian Kurikulum). Petaling Jaya: MQA.

iii. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2018). Reka Bentuk dan Penyampaian Kurikulum: IPGM-PPK-PT-05. Cyberjaya: Institut Pendidikan Guru Malaysia.

KOD AMALAN PENTAKSIRAN PELAJAR

Dalam dokumen DASAR AKADEMIK INSTITUT PENDIDIKAN GURU (Halaman 30-35)

Dokumen terkait