• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERKEMBANGAN dan DRAMA DI MALAYSIA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PERKEMBANGAN dan DRAMA DI MALAYSIA"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

1.0 PENGENALAN

Drama adalah karya sastera yang disusun untuk melukiskan hidup dan aktiviti menggunakan pelbagai tindakan, dialog dan permainan watak. Drama penuh dengan permainan lakonan dan watak yang mampu memukau penonton. Drama merupakan karya yang dirancang bagi pentas teater. Oleh yang demikian, drama sangat mementingkan kreativiti serta unsur seni supaya drama yang dilakonkan itu dapat menarik perhatian penonton. (Endraswara 2003)

2.0 DEFINISI DRAMA

Hashim Awang dalam Mohamad (2000) mendefinisikan drama sebagai jenis sastera yang tercipta untuk dipentaskan atau dilakonkan. Pelakon melakonkan aksi-aksi yang ditetapkan dan melafazkan dialog yang disediakan. Hal ini bertepatan dengan konsep drama moden yang memerlukan skrip untuk dihafal seterusnya dilafazkan dalam lakonan.

Sharif Shaary dalam Mohammad (1994) pula menghuraikan, drama sebagai satu daripada genre kesusasteraan yang boleh berbentuk prosa atau puisi. Berbeza daripada novel dan cerpen, drama biasanya ditulis untuk teater, dan para pelakon mengambil alih peranan watak-watak yang memainkan aksi yang diarahkan dan melafazkan dialog iaitu skrip yang telah dihafal.

Jelaslah, drama merupakan satu genre kesusasteraan yang dihasilkan dalam bentuk dialog bahasa prosa atau bahasa puisi. Drama yang menarik menyatukan seluruh unsur seni yang ada. Kejayaan drama bukan setakat bergantung pada aspek lakonan semata-mata, tetapi kuat bergantung kepada skrip drama itu sendiri.

3.0 SEJARAH DRAMA DI DUNIA

Sejarah drama di dunia boleh dikatakan bermula pada zaman dunia purba iaitu pendidikan orang Athen semasa abad ke-5 berpandukan kesusasteraan, muzik dan lakonan fizikal. Kesusasteraan termasuklah membaca, menulis, ilmu kira-kira dan mendeklamasikan sajak, khususnya karya Homer. (Rahmah Bujang, 1991).

(2)

lakonan orang Romawi yang mempunyai unsur lucah. Kedua, budaya orang yang tidak menganut apa-apa agama mempunyai unsur mimetik dan dramatik dan akhir sekali, berlaku konflik fahaman antara dunia dan alam roh serta tradisi penentangan Plato terhadap teater.

Tetapi sejak abad ke-9, perkara ini perlahan-lahan berubah. Menerusi karya Aristotle pada zaman itu, masyarakat umum mulai faham dan memberikan persetujuan terhadap lakonan selagi ia bersifat rekreasi, dan menjadi satu permainan dan hiburan jika memberikan ketenangan setelah bekerja keras.

Setelah itu, drama semakin berkembang hingga memasuki zaman pembaharuan. Pada zaman ini, tamadun manusia dibongkar semula melalui penemuan buku-buku klasik. Menurut Rahmah Bujang (1991), pengaruh dramatik yang paling besar adalah Akademi Romawi tentang Pomponius Laetus. Dari sini, pengaruh dramatik menular kepada kanak-kanak. Vittorion de Feltra merupakan sebuah sekolah yang paling masyhur pada zaman itu kerana telah memperkenalkan kurikulum yang paling berkemungkinan dramatik.

Seterusnya, drama telah memasuki zaman romantis. Pada akhir abad ke-18 hampir keseluruhan pemikiran Eropah beralih kepada aliran Romantisme. “Alam Semula jadi” merupakan konsep asas aliran ini iaitu apa yang semula jadi adalah sangat bernilai dan sebaliknya adalah tidak bernilai. Konsep romantik yang utama ialah keduaan proses kehidupan. Manusia tertakluk di bawah dua kuasa yang masing-masing menariknya ke sana dan ke sini. Gothe dalam Rahmah Bujang (1991) melihatnya sebagai suatu kematian dan kehidupan semula. Manusia mestilah kehilangan sebahagian dari dirinya sebelum mengasimilasikan yang baru. Apa yang Gothe ingin sampaikan ialah, situasi dramatik ini seperti hidup itu sendiri yang melibatkan kematian dan kelahiran semula sebelum drama itu mampu memberikan makna.

4.0 SEJARAH DRAMA DI MALAYSIA

Perkembangan drama Melayu moden mempunyai kesinambungan dengan sejarah pertumbuhan drama Melayu tradisional. Beberapa ciri drama tradisional itu ternyata digunakan dalam menghasilkan drama Melayu moden. Sejarah drama di Malaysia boleh dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu sebelum perang dunia kedua, zaman pemerintah jepun dan tahun-tahun menjelang kemerdekaan.

4.1 SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA

(3)

nyanyian dan tarian, manakala di Malaysia pula ada aktiviti yang sama bentuk dan isinya seperti main pantai, puja pantai, main puteri dan lain-lain yang mempunyai unsur-unsur animisme. Daripada upacara-upacara keagamaan inilah terbentuk drama tradisional.

Drama tradisional Melayu yang pertama ialah wayang kulit, wayang kulit telah wujud sejak abad ke-13 dan ke-14 yang mana ia dikatakan berasal dari Jawa dan berkembang pada zaman kesultanan dan berkembang pada zaman Kesultanan Melayu Melaka (Mana Sikana 1988). Namun, setelah masuk abad ke-19 Masihi, drama Melayu mempunyai ciri yang menunjukkan kesempurnaannya sebagai sifat sebuah drama dan tidak bercorak lagi. Hal ini kerana drama-drama ini telah tersebar ke seluruh negara. Drama ini dikenali sebagai bangsawan yang mana ianya bukanlah asli Melayu.

Pada tahun 1930-an, drama-drama Shakespeare telah mula menular ke dalam drama Melayu. Kumpulan-kumpulan bangsawan telah mengambil isi dasar cerita-cerita tersebut, peristiwa, watak dan dialognya dan diolah dengan suasana setempat untuk dipersembahkan dalam bentuk komedi. Daripada adaptasi inilah bermulanya istilah ‘opera’ dan akhirnya istilah ini lebih kerap digunakan berbanding istilah ‘drama’. Antara drama masyhur yang dipentaskan pada tahun 1930 ialah drama Anak Setia oleh Shaharom Husain dan drama Nasib Si Buta pada tahun 1932 (Mana Sikana, 1988)

4.2 ZAMAN PEMERINTAHAN JEPUN

Dikatakan zaman pemerintahan Jepun merupakan zaman penderitaan kerana pada zaman itu makanan dan pakaian sangat terhad serta kesihatan juga tidak terkawal. Sesiapa yang hendak melawan Jepun akan ditangkap dan dipancung. Walaubagaimanapun drama di Malaysia tidak terkubur begitu sahaja. Masih ada beberapa penulis yang masih meneruskan penulisannya dalam genre drama. Shaharom Husain pada zaman itu sempat mementaskan dramanya yang bertajuk ‘Lawyer Dahlan’ yang bertempat di Gunung Pulai, Johor dihadapan masyarakat setempat serta beberapa orang pegawai Jepun.

(4)

Husain telah menulis drama ini sebelum kedatangan Jepun dan dipentaskan setelah kedatangan Jepun iaitu pada tahun 1942.

Kedua, ada juga drama ditulis dan dipentaskan pada zaman Jepun. Hal ini telah dilakukan oleh Syed Alwi al-Hady. Pada mulanya beliau menulis dan mementaskan Tariq bin Ziad: Pahlawan Islam. Setelah dram ini mendapat sambutan, beliau menulis dan mementaskan lagi drama Hang Tuah Pahlawan Melayu.

Akhir sekali ialah, menurut beberapa orang pemerhati seperti Abdul Rahman al-Ahmady, sememangnya ada drama dihasilkan pada zaman Jepun itu. Maksudnya, terdapat skrip drama ditulis dan dipentaskan, namun skrip itu tidak disimpan untuk diterbitkan. Kegiatan berdrama sememangnya ada, cuma tidak begitu hebat. Pihak Jepun tidaklah anti-drama, namun drama yang dipentaskan itu bukannya anti-Jepun.

4.3 TAHUN-TAHUN MENJELANG KEMERDEKAAN

Pada awal tahun 1946, drama Lawyer Dahlan telah dipentaskan sekali lagi di Pesta Kebudayaan di padang Sekolah Melayu Batu Putih, Batu Pahat sempena Kelahiran Pergerakan Melayu Semenanjung Johor pimpinan Dato’ Onn bin Ja’afar.

Menjelang zaman pra 50-an, drama Malaysia mula menunjukkan ciri-ciri yang berunsurkan sejarah dan lebih matang. Keseluruhannya drama sejarah bertujuan untuk menghidupkan keagungan , kebesaran sesebuah kerajaan dengan penentangan terhadap anasir lain yang ingin menceroboh. Ketika ini, gerakan nasionalisme sedang memuncak untuk mendapatkan kemerdekaan.

Pada tahun 1950-an dunia sastera Melayu digerakkan oleh ASAS ’50. Namun begitu, ASAS ’50 lebih menumpukan kepada bentuk puisi dan cerpen. Hanya Jymy Asmara yang menghasilkan drama-drama pendek. ASAS ’50 tidak menjadikan genre drama sebagai landasan perjuangannya. Walaubagaimanapun Shaharom Husain masih menghasilkan karya-karya dramanya seperti Tun Fatimah (1952), Keris Laksamana Bentan (1954). (Mana Sikana, 1988).

(5)

1930-40 lagi Za’ba menggesa penglibat teater supaya menulis skrip. Pada tahun 1951, Za’ba masih belum berpuas hati dengan mutu drama Melayu dengan mengatakan tidak ada sebuah pun drama Melayu yang baik dan tinggi Mutunya.

Ringkasnya, zaman ini merupakan zaman kegemilangan sandiwara. Kita telah melihat bagaimana gigihnya beberapa orang penulis menghasilkan karya yang bermutu. Antara karyawan masyhur pada zaman ini ialah Shaharom Husain, Kalam Hamidy, Kala Dewata, Usman Awang dan lain-lain. Manakala hasil karya yang terpenting dalam zaman ini ialah Si Bongkok Tanjung Puteri karya Shaharom Husain. Megat Trawis juga merupakan drama yang disebut-sebut pada zaman ini dan drama ini juga yang memulakan drama bercetak di Malaysia. Manakala drama Malam Kemerdekaan karya Usman Awang telah mengungkap dilema kemerdekaan pada saat menjelangnya tarikh bersejarah 1957.

5.0 KATEGORI DRAMA

5.1 DRAMA TRADISIONAL

Sebagaimana yang telah saya nyatakan dalam bahagian Sejarah Drama di Malaysia, Drama tradisional telah wujud sejak abad ke-13 dan ke-14 dengan adanya wayang kulit yang dikatakan berasal dari jawa. Kemudian, pada abad ke-18 telah dimasukkan lagi sebuah drama yang berasal dari Negeri Thai iaitu Makyung. Makyung boleh dikatakan sebagai drama kerana mempunyai cerita, tarian, dan lakonan.

Drama tradisional Melayu Lebih cenderung bercorak setempat. Contohnya, di Pulau Pinang, adanya drama boria. Walaupun tumpuannya lebih kepada tarian, namun dalamnya ada terselit lakonan yang mempunya cerita dan bermotifkan masyarakat.

Sememangnya pada zaman tradisional ini, masyarakat Melayu masing-masing dengan hukum kebudayaannya memperkembangkan bentuk-bentuk drama, yang sesuai dengan kepercayaannya.

5.2 DRAMA MODEN

(6)

konsep teater kontemporari yang cenderung bermain dengan lambang-lambang.

Selain itu, drama moden juga merupakan lanjutan daripada proses perkembangan konsep dan aliran yang berkembang dari barat (Zakaria Ariffin, 1984). Drama ini juga disebut sebagai absurdisme. Menurut Zakaria Ariffin (1984) drama absurd ini sudah berkembang di Barat pada awal tahun 50-an dan nama-nama seperti Samuel Backett, Eugene Ionesco, Arthur Adamov dan Harold Pinter disebut sebagai dramatis-dramatis terawal yang menghasilkan karya-karya absurd.

Tambahan lagi, pada tahun 1973, Dinsman telah mementaskan dramanya yang berjudul “Jebat”, Dinsman dikatakan dramatis yang terawal mencari perubahan-perubahan sedemikian selepas Noordin Hassan. Kemudian, Dinsman membuat kemunculan pada tahun 1975 dengan dramanya “Bukan Bunuh Diri”. Pementasan ini dianggap sebagai satu percubaan yang lebih berani, baik dari aspek teknik persembahannya mahupun persoalan-persoalan yang diutarakan. Antara karya-karya lain yang membawa perubahan kepada drama moden ialah “Vakum” (1978) oleh Anuar Nor Arai, “Apa-apa”, “Bunuh” dan “Azimat” (1976) oleh Mana Sikana.

6.0 ALIRAN DRAMA

6.1 ALIRAN REALISME

Menurut Zakaria Ariffin (1984), realisme bermaksud berhampiran kepada kenyataan atau kehampiran kepada hal-hal yang nyata terutamanya dalam hubungannya dengan penulisan sesebuah karya sastera atau pementasan sesebuah drama pentas. Ia bermaksud kepercayaan bahawa sesuatu itu dapat dilihat dan disentuh. Contohnya, sebuah kerusi, bermakna kerusi itu betul-betul wujud di situ dan boleh disentuh.

Dalam konteks drama, konsep realisme seseorang penulis lebih menekankan kepada gambaran kehidupan sebagaimana yang dapat dilihat betul-betul berlaku, bukannya gambaran kehidupan yang bakal atau mungkin berlaku

(7)

dipentingkan ialah cerita dan bagaimana hendak menyudah atau menyelesaikan cerita.

Mustapha Kamil Yassin telah menegaskan konsep aliran realisme melalui dramanya Atap Genting Atap Rembia (1963). Dalam eseinya (“Beberapa Persoalan Drama dari Segi Penulisan”, Dewan Masyarakat, Oktober 1963), Mustapha dengan tegas menolak drama-drama bangsawan serta sandiwara yang pada waktu itu sudah meninggalkan alam fantasi dan mula membawa tema dan plot yang masuk akal, tetapi masih belum pembaharuan ke arah konsep moden dalam perkembangan drama Melayu waktu itu. Menurut Mustapha dalam eseinya dalam Zakaria Ariffin (1984), sandiwara, “belum mengemukakan lakonan sebagai satu kesenian. Senikatanya masih terpulang kepada para peserta yang melahirkan ucapan mengikut kehendak peristiwa. Perabot dan alat-alanya masih ditarik, digulung atau dilepaskan. Sandiwara tidak lepas dari menjadi alat penghibur semata dan bukan sebagai seni yang berkesan.”

Tambahan lagi, Hassan Ahmad juga bersetuju dengan Mustapha Kamil tentang drama aliran realisme. Hal ini boleh dilihat dalam eseinya “Sepintas Lalu Mengenai Drama” (Dewan Bahasa, Jun 1960). Menurutnya, “pengarang drama zaman sekarang, zaman serba baharu dan maju, mesti menitikberatkan soal tema dan bahan-bahan cerita yang sesuao dengan masyarakat penontonnya. Antara drama yang membawa aliran realisme ialah “Manusia Hina” karya Kala Dewata dan “Malam Kemerdekaan” yang dipentaskan pada tahun 1960, bersesuaian dengan masyarakat pada zaman itu.

6.2 ALIRAN BUKAN REALISME

Drama aliran bukan realisme amat berbeza dengan aliran realisme. Hal ini kerana drama ini mendokong sifat yang tidak logik dan tidak masuk akal. Drama tradisional tergolong dalam drama aliran bukan realisme. Hal ini kerana drama ini mempunyai gaya penceritaan yang dipengaruhi kepercayaan dan budaya.

(8)

unsur bukan aliran realisme apabila penulis menyatakan lembu mengeluarkan buih yang dalamnya terdapat seorang manusia. Jika mengikut logik akal, mana mungkin seekor lembu dapat mengeluarkan seorang manusia. Inilah yang dinamakan unsur aliran bukan realisme dalam drama.

7.0 RUMUSAN

Referensi

Dokumen terkait