• Tidak ada hasil yang ditemukan

Buku motor tua sejarah 1 rs

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Buku motor tua sejarah 1 rs"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

AKTIVITI PASUKAN

Batalion Pertama Rejimen Sempadan telah berjaya melaksanakan hal pentadbiran, tugas operasi dan latihan pasukan disepanjang penubuhannya dengan jayanya. Tumpuan utama Pasukan adalah memberi penekanan yang lebih di dalam aspek sukan diperingkat pasukan dan Briged Sempadan. Kejayaan di dalam acara sukan bukan sahaja telah meningkatkan imej pasukan dan kualiti anggota malah telah menyumbang dari aspek mendidik dan melatih peringkat pertengahan dalam pasukan untuk merancang, mentadbir, mengurus, melatih dan seterusnya melaksanakan perancangan dan pertandingan acara-acara sukan. Kejayaan yang dicapai telah meningkatkan semangat kekitaan dan sayangkan pasukan.

GERAKAN

Pasukan terlibat sepenuhnya dalam melaksanakan dua operasi dengan kitaran penugasan selama dua bulan setiap tahun iaitu OP ZON UTARA dan OP PEJARAK. Pasukan telah melaksanakan OP ZON UTARA dalam tempoh selama dua bulan mulai 3 Jul sehingga 3 Sep 2010 dengan mengaturgerakkan 3 x Komp Repal/1 x Skn yang melibatkan sektor OP PAGAR II, OP PAGAR III, OP MERPATI M1 dan OP MERPATI M2. Sepanjang tempoh melaksanakan operasi, pasukan telah berjaya menahan dan mencegah keluar serta masuk Pendatang Haram Thai (PHT), Pekerja Thai/Indonesia Tanpa Permit, Perjumpan Senjata dan juga Rampasan Tanpa Tuan (RTT) dari negara jiran. Sepanjang operasi dilaksanakan pasukan telah berjaya membuat tangkapan PTI dan tangkapan Pekerja Thai/Indonesia Tanpa Permit. Tangkapan tersebut hanya berlaku di OP PAGAR II, WAWASAN dan MERPATI. Kejayaan pasukan dalam melaksanakan operasi (2008-2011) adalah melibatkan:

a. Tangkapan PTI

-b. Rampasan Tampa Tuan - RM

Kejayaan yang paling membanggakan pasukan semasa 121155H Jul 2010, 1 x Sek Tinjau semasa membuat rondaan pembersihan di Kawasan Am Pos 802 (GR QT 386345) Sektor OP PAGAR III, telah berjumpa 1 laras senjata jenis CZ 452-2E ZKM American bersama 1 kelopak, 5 butir peluru point 22 dan 3 helai balaclavar di kawasan tersebut. Senjata serta lain-lain peralatan yang dijumpai telah diserahkan kepada pihak polis di Balai Polis Kampung Air Panas pada 13 Jul 2010 selepas siasatan dalaman dibuat oleh pasukan dan DKM Kedah/Perlis.

Lawatan

Sepanjang pasukan melaksakan operasi melaksanakan operasi, pasukan telah menerima banyak lawatan dari ahli politik dan Pegawai Kanan TD. Antara lawatan penting adalah seperti:

a. Lawatan Timbalan Menteri Pertahanan pada 17 Jul 2010 di OP PAGAR II (Pos 1-5) bertujuan untuk meninjau keadaan dan penempatan pos serta perjumpaan dengan anggota bertugas.

(2)

c. dlllllll

Selain dari lawatan oleh pemimpin negara dan juga panglima formasi, terdapat juga lawatan pentadbiran bagi membantu gerakan yang dilaksanakan seperti pada 12 Jul 2010, lawatan oleh Tim Senggaraan 8 Bgd yang diketuai Pegawai Staf 3 Gerak 8 Bgd bersama 2 anggota Jutra telah melakukan lawatan terhadap semua pos-pos Sektor M1 bertujuan untuk mengenalpasti pos-pos yang perlu dibuat senggaraan bagi tujuan pendaftaran semula semua bangunan hak milik BKN.

Lawatan Pegawai Perubatan MK 8 Bgd iaitu Mej (DR) Shamsul Bahri bin Mohamad telah membuat lawatan pada 3 Ogos 2010 bagi melawat Pos Renap Sektor M1 dan Pos Tok O serta Pos Kajang Sektor M2 untuk memberi khidmat nasihat dan panduan dalam usaha mencegah daripada dihidapi penyakit Demam Denggi dan Leptospirosis. Sektor M1 dan M2 dipercayai sektor yang mempunyai risiko tinggi bahaya penyakit tersebut.

Semburan pencegahan Nyamuk Aedes telah dilaksanakan Dilaksanakan oleh Jabatan Kesihatan Pengkalan Hulu dan Dilaksanakan oleh Jabatan Kesihatan Pasir Mas di kawasan yang berisiko serta pos-pos bagi mencegah penyakit Demam Denggi di kawasan OP PAGAR II dan MERPATI M1 6 Jul 2010 2 Ogos 2010 dan 22 Ogos 2010

Senggaraan Kawasan Operasi

Semasa melaksanakan operasi, pasukan juga membuat senggaraan kubu pertahanan di Sektor OP PAGAR, MERPATI dan WAWASAN yang perlu dibuat pembaikan senggaraan dan baik pulih. Kubu-kubu berkenaan didapati telah rosak disebabkan oleh faktor masa dan cuaca kerana zink telah berkarat serta guni pasir telah reput. Melalui Laporan Tamat OP ZON UTARA SIRI 11/2010, pasukan telah memohon untuk dipertimbangkan membina semula kubu-kubu sementara yang diperbuat daripada zink dan guni pasir. Kawasan tersebut kerap ditenggelami air semasa banjir yang menyebabkan kubu-kubu cepat mengalami kerosakan. Pasukan mencadangkan supaya pembinaan kubu tetap yang didirikan dengan konkrit secara kolektif.

Pencapaian Operasi

Secara keseluruhannya pasukan telah berjaya melaksanakan operasi ini tanpa menghadapi sebarang masalah besar kecuali kekurangan bantuan kenderaan yang menjejaskan mobiliti semasa operasi dan pergerakan logistik harian pos-pos statik dan juga menyukarkan aturgerak semasa mengikut senario operasi. Pasukan juga telah berjaya menamatkan operasi tanpa berlaku sebarang kecederaan dan sebarang kehilangan aset-aset perkhidmatan.

(3)

Dalam usaha meningkatkan pelaksanaan operasi, pasukan berpendapat perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian bagi melancarkan pelaksanaan gerakan yang dipercayai akan membawa kepada kejayaan yang lebih besar.

a. Serviceability kenderaan pasukan perlu ditingkatkan sebelum aturgerak

operasi. MK Bgd setempat perlu memberi perhatian dan keutamaan terhadap baik pulih kenderaan-kenderaan pasukan yang akan melaksanakan gerakan dalam tempoh tersebut.

b. Keperluan dan koordinasi Kenderaan Barisan Kedua seharusnya diselaraskan oleh Staf MK Bgd setempat. Dalam keadaan semasa segala keperluan logistik luar pegangan pasukan diusahakan sendiri oleh pegawai staf pasukan.

c. Pasukan berpendapat penugasan kenderaan tumpangan tugas operasi, pinjaman alat-alat optronik dan juga komunikasi sepatutnya dikoordinasi oleh Mk Kawalan Operasi, bukan secara terus oleh pasukan yang lain.

Operasi Pulau PEJARAK mula dilaksanakan pada tahun 2010, pertama kalinya pasukan telah ditugaskan melaksanakan OP PEJARAK dalam kitaran 2 bulan. Aturgerak melibatkan 1 x Pl di Pulau Perak dan 1 x Pl di Pulau Jarak. Komp B telah ditugaskan melaksanakan operasi ini. Pasukan telah mengambilalih sektor OP PEJARAK bermula pada 30 Okt 2010 untuk Pulau Perak dan 3 Nov 2010 untuk Pulau Jarak. Konsep ulang bekal dilakukan dilaksanakan dalam tempoh 14 hari sekali dengan menggunakan Pesawat Nuri dari Pengkalan Udara TUDM Butterworth untuk OP PULAU PERAK dan menggunakan kapal laut TLDM Lumut bagi OP PULAU JARAK. Secara amnya anggota tidak mengalami sebarang masalah kerana operasi ini adalah seiring dengan pelaksanaan OP PASIR yang mana ketika dahulu anggota pasukan kerap diaturgerakkan untuk palaksanaan OP PASIR.

OP MURNI

Penugasan OP MURNI pasukan melibatkan Sektor KTJ Jajahan Tanah Merah dan Machang sebelum tahun 2010 dan pada tahun 2011, Sektor Tanggung Jawab adalah Tanah Merah dan Pasir Mas. Kawasan utama yang selalu dinaiki air adalah Pasir Mas dan Rantau Panjang. Pasukan akan menghantar seorang Pegawai Perhubungan di Bilik Gerakan Pasir Mas dan di Balai Bomba Rantau Panjang. Pasukan akan dibantu oleh MK 8 Bgd dan MKN bagi menyediakan bot yang mengcukupi. Seramai 12 anggota akan terlibat disetiap pusat perpindahan bagi membantu mangsa banjir.

Operasi Bersama.

(4)

Aktiviti bilateral ini baik kerana ianya bukan sahaja dapat mengeratkan perhubungan kedua negara malah menunjukkan kesungguhan agensi penguatkuasaan mencegah aktiviti lintas batas di kawasan masing-masing serta meningkatkan keselamatan di sempadan. Pasukan juga berpendapat JBP ini akan lebih berkesan sekiranya sistem komunikasi antara MALAYSIA/THAILAND boleh diselaraskan semasa pelaksanaan gerakan.

LATIHAN

Keperluan latihan pasukan adalah menjadi keutamaan kepada setiap peringkat anggota bagi memastikan kesiapsiagaan berada pada tahap yang tinggi. Objektif umum Latihan Pasukan adalah seperti berikut:

a. Mengekal dan mempertingkatkan keupayaan serta kemahiran warga pasukan dalam melaksanakan operasi PMI melalui latihan-latihan kelompok dan latihan dalam operasi berdasarkan perjawatan dan tugas teras.

b. Mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran ketenteraan individu dan kelompok.

c. Meningkatkan kemahiran daya tempur pasukan dalam semua fasa peperangan dengan menumpukan latihan yang berkonsepkan konvensional dengan menggabungkan semua elemen tempur, bantuan tempur dan bantuan perkhidmatan serta logistik.

d. Memberi pendedahan dan meningkatkan pengetahuan dan keupayaan untuk melaksanakan MOOTW seperti HADR, PSO dan NEO.

e. Meningkatkan pencapaian ke tahap juara bagi acara-acara sukan di peringkat Bgd, Div, PMTD dan TD.

f. Meningkatkan terus mutu pengurusan dan latihan Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) bagi melahirkan bakal pemimpin yang bertanggungjawab, berdisiplin, berjiwa patriotik, tahan lasak dan berdikari.

Bagi memastikan latihan dapat dilaksanakan dengan jayanya, pendekatan latihan adalah kepada peningkatan kompetensi individu berdasarkan perjawatan dan pelaksanaan tugas. Semua bentuk latihan individu dan kolektif dilaksanakan secara formal dan tidak formal. Latihan kerohanian turut diberi penekanan bagi meningkatkan jati diri setiap anggota pasukan manakala latihan fizikal dilaksanakan secara berterusan sepanjang masa. Pelaksanaan pertandingan sukan turut diberi penekanan kerana ianya akan memupuk semangat kekitaan dan membina budaya daya saing ang tinggi.

(5)

Pencapaian Latihan

Secara umumya pada setiap tahun, pasukan telah berjaya melaksanakn ujian Latihan Individu sepertimana keperluan pihak atasan berpandukan PROTAP PMTD No 4 dan 23. Pencapaian ujian Latihan Individu berada pada purata 87-98 peratus setiap tahun. Ujian yang telah dilaksanakan pada setiap tahun adalah melibatkan UKA 1 dan 2, UKT, UJL 15 KM, UKKI. Ujian Latihan Menembak Individu dan Tim pula dilaksanakan di Pasukan, Lapangsasar Pak Yunub, Lapangsasar Bukit Merbau dan Lapangsasar Horbat Kem.

Pasukan akan sentiasa memastikan berlaku peningkatan pencapaian berdasarkan pemantauan dan komitmen yang tinggi dari semua peringkat lapisan pemerintah dalam menentukan pelaksanaan semua jenis ujian dilaksanakan ke atas setiap anggota yang layak diuji. Selain dari itu peningkatan pencapaian ini juga adalah hasil latihan jasmani yang dipantau rapi setiap hari dan juga hasil usaha ulangkaji semasa Latihan Kolektif peringkat pasukan.

Pasukan telah melaksanakan EK SATRIA BERANI (CPX) Siri 1/2010 bersama dengan Bn Ke 5 RS pada 4 hingga 8 Okt 2010 di Kem Bukit Kayu Hitam dan Siri 1/2011 di pasukan, manakala EK SATRIA TANGKAS (FTX) Siri 1/2010 telah dilaksanakan pada 25 hingga 30 Okt 2010 di kawasan Am Felda Kemahang.

Pasukan secara amnya telah berjaya melaksanakan Latihan Kolektif seperti yang dirancang dan pencapaian di tahap yang memuaskan. Penekanan terhadap pengetahuan dan taktik asas sentiasa dititikberatkan khususnya di kalangan pemimpin peringkat rendah terutamanya pelajaran Ilmu Medan Perang (IMP). Penekanan ini penting agar semua peringkat anggota mahir dan mampu melaksanakan tanggungjawab masing-masing di dalam setiap latihan dan operasi yang akan dilaksanakan. Tumpuan akan diberi dalam bentuk latihan Peperangan Konvensional (PK) dan Peperangan Melawan Insurgensi (PMI) bagi meningkatkan kefahaman setiap anggota dalam taktik dan teknik peperangan. Ia juga merangkumi aspek-aspek dalam memperkemaskan prosedur-prosedur tempur, pengendalian senjata, baca peta dan percakapan radio bagi mempersiapkan semua peringkat anggota agar lebih bersedia dan mampu memikul tanggungjawab masing-masing dengan lebih berkesan.

Kursus Kerjaya dan Fungsional

Pasukan telah dipertanggungjawabkan untuk menganjurkan Kursus Kadar Peringkat Bgd Sempadan sebanyak 2 siri setiap setahun. Pada tahun 2011, pasukan juga berjaya menganjurkan Kursus Asas TTS Peringkat Bgd Sempadan.

Secara umumnya pasukan telah berjaya melaksanakan semua kursus Kerjaya dan Fungsional yang telah dirancang dan semua calon kursus telah menghadiri kursus-kursus tersebut. Pemerintah di setiap lapisan telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam menentukan calon-calon kursus menghadiri kursus tanpa gagal.

Hari Pengajian dan Seminar

(6)

Briged Sempadan yang telah dilaksanakan pada 19 hingga 23 Apr 2010. Hari Pengajian tersebut bertujuan untuk memberi bimbingan dan persiapan bagi pegawai yang akan menduduki Peperiksaan Kenaikan Pangkat Kapt ke Mej (Amali) bagi tahun 2010. Seramai 9 x Kapt telah menghadiri Hari Pengajian tersebut. Hari Pengajian tersebut telah dilaksanakan di 3 RS. Hari pengajian kedua telah dilaksanakan pada dilaksanakan pada 29 Nov hingga 3 Dis 2010. Hari pengajian tersebut bertujuan untuk memberi bimbingan dan persiapan bagi pegawai yang akan menduduki Peperiksaan Kenaikan Pangkat Kapt ke Mej (Bertulis) bagi tahun 2010. Seramai 8 x Kapt telah menghadiri Hari Pengajian tersebut. Sebahagian dari hari pengajian yang telah berjaya dilaksanakan diperingkat pasukan adalah seperti, Basic English’, ’Peranan Penyuburan Pemerintahan Dalam Penyebaran Maklumat̒̒ Serta Aspek Ketenteraan Berdasarkan Latar Belakang Rejimen Sempadan’, ̒̒Pos Pemerhati dan Pendengaran’, AID MEMO’, Tugas dan Tanggungjawab PTT Rendah’ ’OBUA’dan sebagainya.

Hasil dari hari pengajian yang dijalankan oleh pasukan telah memberi kesan yang positif dalam usaha untuk meningkatkan pengetahuan dan meningkatkan kecenderungan intelektual peserta. Topik perbincangan telah memberi percambahan idea dan telah memberi keyakinan kepada peserta untuk diimplimentasikan dalam pentadbiran harian. Penyertaan pegawai dan anggota menyertai hari pengajian sehingga ke peringkat Bgd serba sedikit dapat membentuk pegawai dan PTT Kanan mahir dalam berinteraksi dan komunikasi.

Pasukan juga terlibat dengan penganjuran dan menghantar Pegawai dan anggota untuk menghadiri seminra. Antara seminar yang sering disertai oleh anggota pasukan in adalah Seminar Pegawai/PTT Kanan Api Pasukan Siri 1/2010 di Kem Desa Pahlawan telah dihadiri oleh 1 x Pegawai dan 1 x PTTK, Seminar Ketua Komplek Sajian Peringkat 2 Div di MSS Pulau Pinang telah dihadiri oleh 1 x PTT Kanan. Seminar Piket Api Pasukan Siri 2/2010 di SBTD Kem Desa Pahlawan dan Bengkel Pengurusan Rangsum Pasukan di PL Bek KPD. Syarahan Gaji

Sel gaji pasukan telah melaksanakan beberapa aktiviti bagi anggota di pasukan untuk memberi pendedahan dan melancarkan pentadbiran di peringkat pasukan. Aktiviti-aktiviti yang telah dilakasanakan adalah Ceramah Gaji dan Elaun, Ceramah untuk Dokumentasi bagi Bakal Persara, Pemeriksaan Audit dari BADSA, Pemeriksaan Pakar Gaji dari MK Bgd Sempadan, Ceramah Gaji dan Elaun untuk Penuntut Kursus KADAR dan Soldadu Muda.

Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM).

Matlamat pasukan dalam aktiviti PKBM adalah untuk melahirkan individu yang berdisplin, bersemangat patriotik dan mempunyai daya kepimpinan. Dalam hal ini, pasukan akan terus memberi bantuan untuk merealisasikan matlamat tersebut bagi membantu sekolah-sekolah dibawah naungan pasukan ini supaya setiap anggota PKBM lebih terlatih. Pasukan akan terus memberi bantuan latihan, logistik dan kelengkapan kemudahan yang diperlukan kepada sekolah terlibat. Sekolah-sekolah dibawah naungan pasukan adalah Sekolah Menengah Tanah Merah 1 dan Sekolah Menengah Sultan Ibrahim II Pasir Mas.

(7)

PKBM yang akan mewakili sekolah ke Perkhemahan Peringkat Negeri Kelantan. Seramai 2 x Guru dan 50-80 anggota PKBM telah terlibat di dalam perkhemahan tersebut.

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)

Pasukan juga diberi tanggungjawab untuk menganjurkan Latihan Menembak PLKN Siri 7/2010 dan ke atas di di Lapangsasar Bukit Pak Junoh, Pasir Mas, Kelantan dan di kem Butonomi, Gua Musang. . Penglibatan pasukan seramai 3 x Peg dan 43 x LLP tidak termasuk tumpangan Pranita dari 8 Bgd. Jumlah keseluruhan adalah seramai 3 x Peg dan 51 x LLP. Selain itu, Pasukan telah menerima lawatan PLKN Kem Cancun Park Pasir Mas Kelantan pada 25 Feb 2010. Acara-acara yang telah dipertunjukkan sempena lawatan tersebut adalah Kawad Tempur Platun, Tatu, Pameran Peralatan Tentera dan Tarian Perang.

Sukan Peringkat Formasi.

Pasukan telah dipertanggungjawabkan sebagai Pusat Cemerlang Bgd Sempadan di dalam acara sukan Hoki, Tinju dan UKLI. Pasukan telah menyertai pertandingan Hoki Enam Sebelah ATM mulai 21 hingga 24 Feb 2010 di Stadium Sultan Azlan Shah Ipoh Perak. Tim Hoki Kor telah mendapat tempat Keempat dan menjadi johan salah satu piala yang dipertandingkan di Kejohanan Hoki 6 Sebelah ATM Piala Sultan Azlan Shah pada tahun 2011 di Stadium Seremban 2.

Pasukan juga menyertai Pertandingan Hoki antara Briged Sempadan, menyertai pertandingan bolasepak Piala Liga Rejimen Sempadan 2010 telah dilaksanakan pada 19 hingga 23 Apr 2010 di Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani, Kedah yang telah dianjurkan oleh Batalion 2 RS dan menjadi Johan dalam pertandingan tersebut.

Ragbi Piala Liga Rejimen Sempadan 2010 telah dilaksanakan pada 20 hingga 24 Feb 2010 di Batalion 5 RS. Tim Ragbi Pasukan telah mendapat tempat Kelima dalam Liga Rejimen Sempadan.

Sepak Takraw Piala Liga Rejimen Sempadan telah dilaksanakan pada 27 Sep hingga 1 Okt 2010 di Batalion 3 RS. Pasukan telah menjadi johan keseluruhan di dalam pertandingan tersebut. Keputusan terperinci pertandingan adalah johan kategori remaja dan veteran dan naib johan berpasukan.

Sukan Peringkat Pasukan.

Bagi memastikan kecemerlagan sukan pasukan berterusan, pasukan telah melaksanakan pertandingan sukan peringkat pasukan seperti Bola Tampar Sepak Takraw, Hoki, Futsal, Merentas Desa, Bola Sepak, Jalan Laju 15 KM, UKM dan Merentas Halangan Antara Kompeni.

(8)

Pasukan juga turut memberi tanggungjawab kepada pegawai yang dilantik dalam mentadbir sesuatu sukan dikehendaki membuat laporan dan maklumbalas yang terperinci bagi mencari kelemahan yang dikenalpasti dalam usaha pasukan memartabatkan sukan.

Latihan Kerohanian.

Tumpuan kepada pendekatan latihan kerohanian kepada semua peringkat anggota juga turut ditekan melibatkan aktiviti seperti Majlis Khatam Al-Quran Perdana Pemerintahan Medan Sempena HUT TD di Surau Pasukan, Forum Ehwal Islam HUT Pasukan di Dewan Besar Pasukan, Majlis Tahlil Pasukan dan Upacara Memeluk Agama Islam, Kursus Cepat Baca Al-Quran (CBQ), Program Islah Diri (Saudara Muslim), Program Qiamullail dan aktiviti keagamaan pada bulan Ramadhan

PENTADBIRAN

Pasukan sentiasa mengamalkan Pengurusan pentadbiran yang sistematik dan teratur di setiap peringkat pemerintahan dalam pasukan adalah teras kepada pengurusan sumber manusia yang menjurus kepada pembentukan sebuah pasukan yang kredibel dan kompiten. Secara umumnya pengurusan pentadbiran pasukan bagi tahun 2010 telah dilaksanakan dengan memuaskan. Pemeriksaan oleh Tim BADSA pada 11 dan 12 Okt 2010 telah mengkategorikan pasukan di tahap Sangat Baik dan diberi penarafan Empat Bintang. Namun begitu pasukan berpendapat masih terdapat ruang untuk menambahbaikan aspek pengurusan sumber manusia di dalam pasukan.

Di dalam melaksanakan pengurusan pentadbiran yang sistematik dan teratur pasukan telah menggariskan wawasan, misi dan objektif seperti berikut:

a. Wawasan. Menjadi sebuah pasukan Inf yang mampu melaksanakan peranan, tugas dan tanggungjawab dengan berkesan semasa aman mahu pun semasa perang serta berteraskan kepada Sistem Pemerintahan Rejimental. Pasukan akan sentiasa berusaha ke arah mewujudkan organisasi yang sentiasa mempunyai kesiapsiagaan tempur yang tinggi, seimbang, terlatih, lengkap, bermotivasi tinggi dan berdedikasi serta berupaya melaksanakan peranan dan tugas yang dipertanggunjawabkan sebilang masa.

b. Misi. Melaksanakan tugas sebagai pasukan infantri yang kompiten, kridibel dan mampan.

c. Objektif. Menentukan tahap pentadbiran pasukan diurustadbir berdasarkan arahan dan prosedur yang ditetapkan oleh Markas Atasan bagi melahir sumber manusia yang komited dan kompiten.

PENDIDIKAN

(9)

serta asrama putera-puteri Kem Terendak kepada anak-anak anggota pasukan ini. Harapan staf pendidikan pasukan ini ialah setiap anggota yang bersara mempunyai sekurang-kurangnya sijil SPM.

Statistik purata kelulusan akademik pegawai dan anggota lain-lain pangkat adalah Pegawai yang memiliki Diploma dan ke atas ialah 28.57 peratus, STPM dan ke bawah ialah 71.43 peratus. LLP yang memiliki kelulusan SPM dan ke atas ialah 29.13 peratus, PMR ialah 53.98 peratus dan lain-lain kelulusan ialah 16.89 peratus. Pasukan terus menggalakkan anggota-anggota untuk melanjutkan pelajaran dan memberi peluang kepada pegawai dan anggota-anggota LLP untuk meningkatkan tahap akademik melalui cara-cara menduduki Peperiksaan SPM Secara Persendirian, mengikuti Kursus SPM di Pusat Pendidikan Wilayah, mengikuti Program

K-Force, mengikuti Program Jarak Jauh (PJJ) dan Skim Pengajian Tinggi Tentera Darat

(SPTTD). Pada tahun 2011, pasukan telah mnghantar 15 anggota LLP untuk mengikuti Kursus SPM di Pusat Pendidikan Wilayah 8 Bgd dan 3 LLP berjaya untuk mengikuti Ijazah Pentadbiran di UPNN.

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) melalui kerjasama Syarikat Boustead Holding Berhad telah menyediakan Skim Biasiswa Yayasan Warisan Perajurit (YWP) untuk anak-anak tentera untuk memberi pengiktirafan kepada anak-anak-anak-anak yang mencapai keputusan cemerlang di dalam keputusan peperiksaan UPSR dan PMR. Bilangan anak-anak tentera yang memperolehi skim biasiswa di atas seramai 25 orang penerima (2010).

Tabung Pendidikan Kanak-Kanak AT (Armed Forces Children’s Education Fund) ialah sebuah tabung kecil di bawah tabung induk Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT) yang telah disatukan. Tabung ini ditubuhkan bertujuan untuk memberi galakan dan bantuan pendidikan kepada anak-anak yang bersekolah di sekolah bantuan penuh kerajaan dari darjah 3 hingga kelas peralihan hingga ke tingkatan 5. Bagi tahun 2009 seramai 34 orang anggota telah menjadi ahli Tabung Pendidikan Kanak-Kanak AT. Bagi tahun 2010 jumlah keahlian bertambah seramai 29 orang iaitu meningkat kepada 20 peratus setahun.

Program ini merupakan Program Motivasi Akademik anjuran ATM dan PERNAMA yang bertujuan untuk meningkatkan pencapaian akademik anak-anak warga tentera khususnya yang bakal menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Objektif program adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar dan melengkapkan diri untuk menghadapi peperiksaan sebenar. Di samping itu, pelajar akan didedahkan dengan teknik-teknik belajar secara lebih bersistematik dan teknik menjawab soalan dengan betul. Bagi Zon Pantai Timur, Program Motivasi Peringkat UPSR diadakan di SK Kem Desa Pahlawan manakala Program Motivasi Peringkat PMR dan SPM di Wisma Kedepan, Kem Desa Pahlawan. Bagi memastikan ibubapa turut sama terlibat dalam meningkat pencapaian akademik anank-anak, Program Seni Keibubapaan turut diadakan anjuran bersama ATM dan PERNAMA untuk anak-anak ATM. Dimasa yang sama, warga ATM juga akan didedahkan dengan teknik-teknik mendidik anak-anak supaya menjadi pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan akhlaknya. Program ini telah diadakan pada 1 Jul 2010 di dewan Tan Sri Hamid Bidin Kem Pengkalan Chepa dan telah dihadiri seramai 11 anggota daripada pasukan ini.

Perkhidmatan Perpustakaan

(10)

arah kebaikan dan pembaikan pada masa yang akan datang. Pejabat Pendidikan pasukan ini telah menyenaraikan buku-buku untuk pembelian melalui bahagian perolehan Perpustakaan KEMENTAH. Bermula pada 26 Jul 2010, pasukan telah memperolehi sebanyak 21 buah dari perpustakaan KEMENTAH. Pejabat Pendidikan pasukan telah berusaha membuat hebahan bahan bacaan terbaru kesemua kompeni dan jabatan bagi menerapkan nilai-nilai murni dengan memupuk tabiat suka membaca dan menimba ilmu sepanjang hayat.

Perkhidmatan Internet

Sejajar dalam usaha pasukan untuk menaikkan taraf celik komputer kepada setiap anggota pasukan ini perkhidmatan internet secara percuma disediakan di perpustakaan bagi kemudahan setiap anggota menggunakanya. Ia bertujuan untuk mencari maklumat dan sebagainya. Perkhidmatan Wifi turut disediakan di beberapa tempat di pasukan ini termasuk di perpustakaan. Kemudahan ini diadakan supaya setiap anggota boleh mengakses internet di mana-mana tempat di dalam kem seperti di Bilik Bujang dan di pejabat-pejabat.

Program Bahasa Inggeris

Pasukan juga menganjurkan program Bahasa Inggeris bagi meningkatkan prestasi penguasaan komunikasi kedua negara. Pasukan ini telah mengadakan kelas bahasa inggeris untuk anak-anak anggota sepanjang cuti sekolah. Kelas telah diadakan di Perpustakaan Pasukan setiap hari selama sejam bermula jam 1500 sehingga 1600. Program pembelajaran tertumpu kepada penulisan dan pemahaman.

AGAMA

Sel Agama pasukan mempunyai peranan meliputi memberi Pendidikan Kerohanian dan Pengurusan Keagamaan kepada anggota dari masa ke semasa bertujuan mencegah kemungkaran berasaskan kepada penerapan nilai-nilai Islam yang telah ditetapkan oleh hukum syarak. Selain itu, Sel Agama juga menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dan bersesuaian dengan pentadbiran agama sebagaimana yang diarahkan oleh pihak atasan. Tumpuan kepada penganjuran dan mengadakan kursus-kursus yang berkaitan dengan hal keagamaan dari masa ke semasa serta khidmat kaunseling kepada anggota dan keluarga yang bermasalah turut diadakan.

Kursus Agama

Sel Agama turut menganjurkan beberapa siri kursus khusus untuk anggota pasukan pada setiap tahun melibatkan Kursus Pengurusan Jenazah, Cepat Baca Quran, Kerohanian Islam, Soldadu Muda, Islah Diri (Saudara Baru) dan Fardhu Ain melibatkan pegawai dan anggota. Kursus Luar Pasukan yang turut dihadiri oleh anggota pasukan adalah seperti Cepat Baca Quran, Pra Perkahwinan Imam dan Khidmat Nasihat Sosial, Kem Motivasi, Solat Saudara Muslim, Kepimpinan Islam KSM, Kefahaman Islam, Bahasa Arab Komunikasi LLP dan Kepimpinan Islam, kursus telah dilaksanakan di ILMI dan JAIK.

Aktiviti Semasa Keagamaan

(11)

pada malam Jumaat minggu Keempat setiap bulan. Acara lain yang telah dianjurkan oleh pasukan adalah Forum Perdana HUT Pasukan, Khatam Al-Quran Sempena HUT TD, Upacara Syahadah Memeluk Agama Islam, Majlis Berbuka Puasa Bersama Peg Mem, Berbuka Puasa Bersama Dato’ Mustapha, Solat Sunat Terawikh Bersama Dato’ Mustapa, Ceramah Ramadhan, Majlis Khatam Al-Quran, Kutipan Zakat Fitrah, Solat Hari raya Aidil Fitri, Majlis Qurban, Sambutan Asura, Sambutan Isra’ Mikraj, Tahlil Bakat Pasukan, Perarakan Mailidur Rasul, Solat Hajat Sempena Selamat Operasi dan Anak-anak Menghadapi Peperiksaan dan Gotong Royong Bersama AJK Masjid Tanah Merah.

KESIHATAN

Penjagaan kesihata pasaukan sentiasa ditik beratkan oleh pemerintah sebilang masa. Sebelum tahun 2011, Pasukan tidak mempunyai Pegawai perubatan. Lawatan telah dilakukan oleh SMO MK 8 Bgd dikawasan Pos Kajang, Pos Tok O dan Pos Renap yang telah disyaki demam denggi. Lawatan dalam kawasan kem dilakukan oleh Staf Kesihatan MK 8 Bgd melibatkan pemeriksaan kawasan kem, bekalan air dan sistem perparitan dan pembuangan sampah sarap (pelupusan) serta kawalan vektor pembawa penyakit berjangkit seperti nyamuk dan lalat. Jabatan Kesihatan Tanah Merah juga turut membuat semburan forging di Kawasan Kem Batu apabila terdapat anggota yang disyaki demam denggi.

Lembaga Perubatan bagi menentukan darjah kategori anggota BE/LE yang dirujuk kepada Pakar Perubatan/Pakar Orthopedik di 96 HAT Lumut atau Hospital Tengku Mizan Kuala Lumpur. Setelah surat pakar diperolehi, BAT F 19 (Lembaga Perubatan) diisi oleh Pegawai Perubatan dan akan dihantar ke MK 2 Div bagi pengesahan Penolong Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan MK 2 Div.

Keperluan anggota yang mempunyai Kursus Kombat Medik di setiap Kompeni menyababkan Pasukan telah mensasarkan bahawa setiap kompeni mesti mempunyai sekurang-kurangnya 5 anggota yang mempuyai Kursus Kombat Medik.

Pasukan amat mementingkan penjagaan kebersihan bagi mengelak sebarang penyakit berjangkit. Untuk tujuan ini pasukan telah menetapkan supaya setiap hari Jumaat diadakan Gotong-royong Perdana untuk membersihan keseluruhan kawasan kem.

Pembangunan Fasilitas Pergigian PPAT Pasukan

Pasukan telah merancang untuk membuat tempat rawatan pergigian di PPAT pasukan pada tahun 2010 dan telah memohon peruntukan bagi kos pembangunan tersebut. Projek pembangunan ini tidak dapat dilaksanakan kerana kos yang diperlukan sebanyak RM 7000.00. Walaubagaimana pun pasukan telah memasukkan projek ini dalam senggaraan tahun 2011 dan akan dilaksanakan di bawah program Army Care.

LOGISTIK

(12)

menentukan keberkesanan serta tahap kesiapsiagaan pasukan sentiasa berada di tahap yang tinggi. Pegangan Anggota Platun Logistik dan kekurangan adalah seperti berikut:

OBJEKTIF

Bagi memastikan bantuan logistik sentiasa afisyen, Pasukan telah mengariskan objektif pengurusan logistik seperti berikut:

a. Memastikan keupayaan boleh tempur individu kolektif dan pasukan berada ditahap tinggi sebilang masa.

b. Pengurusan aset-aset secara efektif bagi memastikan jangka hayat ke tahap maksima.

c. Pengurusan kerja-kerja senggaraan yang teratur mengikut keutamaan dan mematuhi arahan-arahan dan peraturan-peraturan perkhidmatan.

d. Pengurusan kewangan yang terancang, cekap dan telus dari segi semua aspek pengurusan perbelanjaan kewangan.

e. Meningkat budaya menyayangi dan menghargai harta benda perkhidmatan. Peruntukan Pembangunan dan Senggaraan Kem

Peruntukan senggaraan tahunan yang diterima bagi pembangunan dan senggaraan kem telah digunakan dengan sebaik mungkin oleh pemerintah. Antara projek senggaraan yang telah dilakukan adalah memasang longkang di Madrasah ke padang bola di sekitar kawasan kem, mengganti dinding, siling dan kerja-kerja berkaitan di JP&P 58 – Wisma Perwira, mengganti dinding, bumbung, siling dan kerja mengecat semula luar dan dalam bangunan di JP&P 43 – Pej TKR/Kedai Gunting, membaiki tandas di JP&P 73 -Bangunan Komp A dan B dan Membaiki bumbung bocor di JP&P 4 - Madarsah Pasukan. Manakala Peruntukan Projek Daya Tahan Negara melibatkan projek menggantikan bangunan kayu kepada batu di JP&P 67, JP&P 76, JP&P 80 dan JP&P 81- Penginapan.

(13)

Pasukan juga mempunyai Peruntukan Kecemasan yang digunakan untuk Mengganti dinding, bumbung, siling dan kerja mengecat semula luar dan dalam bangunan JP&P 84 – Rumah BAKAT, JP&P 73 - Pejabat Komp A dan B, JP&P 36 – Platun Semboyan, JP&P- Bilik Penginapan, JP&P 34 – Pejabat MT. Peruntukkan tersebut turut digunakan dalam kawasan kem seperti membaiki (benteng) Tanah Runtuh, menanam rumput di Madrasah Pasukan dan kerja-kerja berkaitan yang tidak dinyatakan untuk kesempurnaan kerja, membaiki (benteng)Tanah Runtuh, menanam rumput di Pusat Perubatan dan kerja-kerja berkaitan yang tidak dinyatakan untuk kesempurnaan kerja.

BAKAT

Sejarah BAKAT

Badan Amal Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) telah wujud sejak zaman colonial dengan nama Kelab Keluarga (family club). Perkembangan pesat ATM menyebabkan struktur organisasi Kelab Keluarga ini disusun semula pada 1 Jun 1976 dan dibahagikan kepada 3 komponen iaitu Persatuan Isteri-isteri Tentera Darat (PERISAD), Pesatuan Isteri-isteri Tentera Laut (PERISTELA) dan Persatuan Isteri-isteri Tentera Laut (PERISTU). Pada 1 Okt 1979, ketiga-tiga persatuan ini digabungkan menjadi satu organisasi dinamakan Badan Amal Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT).

Badan Amal Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) Pasukan 1 RS telah ditubuhkan pada tahun 1979 semasa penubuhan Bn Inf Siri 300 AW. Organisasi dan struktur BAKAT 1 RS adalah sama diawal penubuhannya dan diletakkan di bawah Briged Setempat. Peranan BAKAT Pasukan adalah bertujuan untuk menjaga hal kebajikan keluarga anggota tentera terutamanya semasa suami terlibat dengan operasi, kursus dan latihan. Pasukan telah mengatur aktiviti yang bersesuaian dengan keperluan semasa.

Pengerusi BAKAT Pasukan

Bermula penubuhan Bn 301 Inf (AW) seramai 17 orang Pengerusi BAKAT yang telah menerajui kepimpinan BAKAT Bn 301 (AW). Seramai tiga Pengerusi BAKAT pula menyambung perjuangan mereka selepas penubuhan Rejimen Sempadan.

Pengerusi BAKAT pertama adalah Puan……isteri kepada Lt KolAmirudin bin Dato’ Sulaiman. Beliau dilahirkan di……pada………Beliau mula terlibat didalm BAKAT selepas mendirikan rumag tanggan pada……. Beliau mempunyai ….cahaya mata terdiri daripada….lelaki dan …perempuan. Beliau merupakan …….

Kepimpinan BAKAT pasukan seterunya diambilalih oleh Puan……isteri kepada Lt KolAmirudin bin Dato’ Sulaiman. Beliau dilahirkan di……pada………Beliau mula terlibat didalm BAKAT selepas mendirikan rumag tanggan pada……. Beliau mempunyai ….cahaya mata terdiri daripada….lelaki dan …perempuan. Beliau merupakan …….

(14)

Organisasi BAKAT Pasukan

Organisasi BAKAT Pasukan adalah seperti berikut:

Misi

Merancang dan melaksanakan aktiviti terkordinasi selaras dengan pembangunan pasukan. Objektif

Pegawai Memerintah telah mengariskan objektif pembagunan BAKAT Pasukan seperti berikut:

a. Mewujudkan persekitaran yang harmoni bagi memupuk semangat kekeluargaan dikalangan anggota BAKAT.

b. Meningkatkan ilmu Pengetahuan kekeluargaan di kalangan anggota BAKAT bagi tujuan membentuk sosial keluargaan yang cemerlang.

c. Merapatkan silaturrahim dan sentiasa bertolak ansur sesama ahli BAKAT dan pemimpin.

d. Memberi sokongan moral dan emosi kepada anggota BAKAT dan keluarga yang memerlukan.

Purata Statistik Keanggotaan Ahli BAKAT di pasukan adalah seramai melebihi 70 peratus. Kebanyakkan ahli BAKAT Pasukan melebihi umur 35 tahun ke atas. Ketiadaan Rumah Keluarga Angkatan Tentera menyebabkan ahli BAKAT tinggal berselerakan melebihi 30 Km dari pasukan. Namum begitu, sambutan kehadiran aktiviti BAKAT adalah melebihi 200 ahli setiap kali aktiviti BAKAT dilaksanakan.

AKTIVITI BAKAT

Aktiviti BAKAT yang dijalankan adalah melibatkan empat peringkat iaitu, Peringkat Pasukan, Formasi Atasan, Kerajaan Negeri dan Persekutuan. Antara aktiviti yang pernah dilaksankan oleh BAKAT di Peringkat Pasukan adalah Hari Keluarga dan Sukaneka, Perlawanan Bola Tampar BAKAT di antara Komp, Perlawanan Bola Jaring BAKAT di antara Komp, Meyertai Pertandingan Aerobik Jajahan Jeli, Penutup Aktiviti BAKAT, Pertandingan Futsal BAKAT, Majlis Bacaan Yasin di Surau Pasukan, Ceramah Agama Kekeluargaan Islam – ‘Membina Keluarga Bahagia’, Lawatan Pengerusi BAKAT 8 Bgd ke Rumah BAKAT Pasukan.

(15)

Di peringkat Negeri pula, aktiviti yang telah dilaksanakan adalah Hi Tea bersama Isteri Tok Pa, Raja Permaisuri Kelantan dan di Peringkat Persekutuan adalah Perjumpaan Bersama Menteri Pembangunan Wanita dan Luar Bandar di Jeli.

Kumpulan Dikir Barat BAKAT

Referensi

Dokumen terkait

Hal ini berarti bahwa penerimaan peternak gurami pada kolam sempit dan kolam luas tidak sama dengan total biaya yang dikeluarkan pada kolam sempit dan kolam

diharapkan didapatkan analisis dampak dari erupsi terhadap permukiman penduduk serta dapat menentukan jalur evakuasi yang aman bagi para korban erupsi gunung

Secara makroskopis dapat diamati bentuk morfologi yang berbeda dari koloni bakteri endofit yang berkolonisasi pada akar tumbuhan Andaleh.. Hasil isolasi bakteri

Bantuan hukum bukanlah belas kasihan dan diberi oleh Negara, pemerintah, masyarakat, organisasi masyarakat, dan semua pihak dalam masyarakat seperti para advokat,

Peningkatan ini diketahui berdasarkan hasil analisis uji hipotesis terhadap data ( pretest dan posttest ) dengan kriteria t hitung > t tabel (2,34 > 1,67)

Klien mengatakan aktivitas sehari-hari selalu dilakukan sendiri seperti makan, mandi, BAB, BAK. Setelah masuk RS aktivitas klien dibantu oleh perawat dan keluarga. Klien

As MMP-9 is released by neutrophils, monocytes and macrophages during the course of an infl ammatory response, increased infl ammation found in these patients could be a

Zona hambat bakteri disebabkan oleh adanya antibiotik penisilin yang dihasilkan oleh Penicillium chrysogenum yang dapat menghambat sintesis dinding sel