• Tidak ada hasil yang ditemukan

LAMPIRAN E Bahagian Institusi Institusi (1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "LAMPIRAN E Bahagian Institusi Institusi (1)"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

LAMPIRAN E

Bahagian Institusi-Institusi Kementerian Pelajaran,

Tingkat 12-14, Bangunan Bank Pertanian, Kuala Lumpur.

KP(BS)8591/Jld.II/(38) 17 Jun 1985.

Semua Pengarah Pelajaran Negeri, Malaysia.

Y.B. Datuk / Tuan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 7/1985

Latihan Mengajar Bagi Guru-Guru Pelatih

Maktab Perguruan, Pusat / Fakulti Pendidikan Universiti

Salah satu usaha untuk melatih guru-guru yang dapat memberi perkhidmatan yang berkesan ialah dengan memperkemaskan lagi peraturan latihan mengajar bagi guru-guru pelatih dari maktab-maktab perguruan dan universiti-universiti. Dalam hubungan ini, institusi-institusi yang dipilih sebagai tempat untuk latihan mengajar bagi guru-guru tersebut adalah diharap dapat memainkan peranan yang lebih berkesan lagi bagi mencapai matlamat tersebut. Guru Besar dan guru-guru hendaklah memberi kerjasama untuk membantu guru-guru pelatih semasa menjalani latihan mengajar.

2. Surat pekeliling ini adalah bertujuan untuk memberi panduan kepada pihak institusi yang terlibat dengan latihan mengajar, mengenai beberapa tindakan yang perlu diambil.

2.1 Guru Besar

2.1.1 Memberi taklimat atau penerangan kepada guru-guru pelatih mengenai: 2.1.1.1 Organisasi dan pengurusan serta budaya institusi, termasuklah latar

belakang murid dan masyarakat setempat; 2.1.1.2 Peraturan dan disiplin institusi;

2.1.1.3 Tanggungjawab dan tugas guru darjah/tingkatan;

2.1.1.4 Pengelolaan gerakerja ko-kurikulum dan lain-lain penerangan yang difikirkan sesuai dan perlu.

2.1.2 Menyemak persiapan guru-guru pelatih dan jika perlu, mengarahkan guru darjah dan jika perlu, mengarahkan guru darjah/tingkatan atau guru kanan matapelajaran untuk menyemaknya pada tiap-tiap minggu. Ini termasuklah memeriksa buku persediaan mengajar, rancangan kerja, nota-nota mengajar dan alat-alat bantuan mengajar yang disediakan oleh guru-guru pelatih. 2.1.3 Melantik beberapa orang guru terlatih yang berpengalaman untuk membantu

dan membimbing guru-guru pelatih menambah kecekapan serta pengalaman mengajar yang berguna. Salah satu cara ialah dengan meminta guru-guru pelatih itu, jika tidak mengajar, berada di kelas, memerhati dan mempelajari teknik-teknik pengajaran dan sebagainya dari guru-guru terlatih yang sedang mengajar.

2.1.4 Menentukan bahawa guru-guru pelatih menjadi guru pembantu kepada guru- guru lain seperti guru darjah/tingkatan/sukan/penasihat persatuan/bimbingan. 2.1.5 Menentukan guru-guru pelatih yang mengikuti kursus Perguruan Institusi

(2)

Institusi Rendah (KBSR). Bagi guru-guru pelatih institusi menengah pula, Guru Besar hendaklah memberi kesempatan kepada mereka mengajar mata- mata pelajaran opsyen masing-masing.

2.1.6 Mengisi borang laporan sulit bagi tiap-tiap guru pelatih yang menjalani latihan mengajar di institusinya. Laporan sulit ini hendaklah dikembalikan kepada Pengetua-Pengetua maktab atau pihak berkuasa universiti seminggu selepas tempoh latihan mengajar selesai dijalankan. (Laporan sulit ini akan diambil kira di dalam penilaian pencapaian latihan mengajar keseluruhannya bagi seseorang guru pelatih itu).

2.2 Guru Darjah/Tingkatan

2.2.1 Semasa guru-guru pelatih mengajar, guru darjah/tingkatan (yang mana kelas- kelas mereka diambil alih oleh guru-guru pelatih tersebut) hendaklah berada di dalam bilik darjah masing-masing, kecuali sewaktu penyelia/pensyarah sedang menjalankan penyeliaan.

2.2.2 Memberi panduan dan nasihat kepada guru-guru pelatih tersebut dengan mengadakan perbincangan dan sebagainya, sekurang-kurangnya 2 kali dalam tempoh sepanjang latihan mengajar.

2.3 Guru-Guru Pelatih

2.3.1 Guru-guru pelatih adalah tertakluk di bawah arahan dan pentadbiran Guru Besar Institusi berkenaan, sama seperti mana guru-guru terlatih yang lain. Oleh itu, mereka juga adalah dikehendaki mematuhi peraturan institusi. 2.3.2 Mereka tidak dibenarkan mengambil cuti semasa menjalani latihan mengajar.

Jika sakit, surat akuan doktor hendaklah diserahkan kepada Guru Besar untuk dipanjangkan kepada pihak-pihak berkuasa maktab-maktab perguruan atau universiti.

2.4 Penyelia/Pensyarah

2.4.1 Berjumpa dan berbincang dengan Guru Besar mengenai hal-hal yang berkaitan dengan latihan mengajar guru-guru pelatih, sebelum latihan mengajar dimulakan.

2.4.2 Memahami peraturan institusi seperti tatatertib, pakaian, rambut, waktu masuk dan balik serta lain-lain peraturan yang terdapat di institusi berkenaan, supaya mereka dapat memastikan bahawa semua guru pelatih mematuhi peraturan tersebut di sepanjang tempoh latihan mengajar.

2.4.3 Memberi syor kepada pihak institusi bagi mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru pelatih, jika ada, semasa menjalani latihan mengajar. 2.4.4 Berbincang dan bertukar-tukar fikiran tentang perkara-perkara ikhtisas

dengan guru-guru terlatih untuk faedah bersama.

(3)

Adalah diharapkan Y.B. Dato’/ Tuan dapat memaklumkan kandungan surat pekeliling ini kepada semua institusi.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

T.T.

(DATO’ HAJI IDRIS BIN HAJI TAIN)

Referensi

Dokumen terkait

Kata kunci : Muatan Lokal Seni Batik Tulis, Anak Usia 11 Tahun ke-atas, Pengetahuan Batik, Keterampilan Membatik, Metode Penelitian Campuran, Rapid Etnografi,

Tingginya kandungan phospor pada pupuk organik cair kombinasi batang pisang, sabut kelapa dan kotoran ayam berdasarkan hasil pengujian dikarenakan air rendaman

Misalnya ruang yang terlalu sempit akan mengakibatkan rasa tidak nyaman dalam belajar, terutama bagi anak berkebutuhan khusus, yang mana ruang sempit dapat membuat mereka tertekan

Permohonan adalah dipelawa daripada pelajar yang telah mendapat surat tawaran untuk melanjutkan pengajian peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda mulai Sesi 2014/2015 di

Permohonan dibuka kepada pelajar yang telah mendapat surat tawaran untuk melanjutkan pengajian di peringkat diploma atau ijazah sarjana muda mulai Sesi 2009/2010

• Teori Inovasi dari Laba Ekonomi Teori Inovasi dari Laba Ekonomi menjelaskan menjelaskan bahwa laba di atas normal dapat timbul sebagai bahwa laba di atas normal dapat

Dari uraian pengertian diatas, dapat disimpulkan bahwa Museum Gamelan Jawa di Yogyakarta adalah suatu wadah yang diusahakan untuk kepentingan umum, bertujuan untuk melindungi