• Tidak ada hasil yang ditemukan

agama sebagai mekanisme kawalan sosial

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "agama sebagai mekanisme kawalan sosial"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

AGAMA SEBAGAI MEKANISMA KAWALAN SOSIAL

Pengenalan

Agama memainkan peranan yang amat penting dalam sesebuah masyarakat. Agama tidak boleh diabaikan dalam hidup bermasyarakat khususnya dalam konteks Malaysia kerana masyarakatnya sudah terbentuk berdasarkan penerapan Islam sebagai asas sejak dulu lagi.

Agama mempunyai dua dimensi utama. Dimensi pertama ialah keimanan. Aspek yang mengatur hubungan kita dengan Tuhan. Dimensi kedua ialah dimensi sosial yang mengkehendakkan kita mengaplikasikan ajaran agama dalam kehidupan kita agar hidup harmoni bermasyarakat didirikan.

Masalah sosial seperti perjudian, pembuangan bayi, pelacuran, ketagihan dadah, ketagihan arak, perzinaan yang banyak berlaku pada hari ini adalah disebabkan kelekaan mengamalkan ajaran-ajaran atau nilai-nilai murni yang dituntut oleh agama.

Dalam konteks negara kita, hidup beragama begitu sinonim dengan hidup bermasyarakat di negara ini. Setiap dasar yang diambil oleh kerajaan berkaitan kehidupan setiap lapisan masyarakat mengambil kira sensitiviti penganut agama di negara ini. Namun tidak semuanya "perfect", dalam usaha-usaha kerajaan menjaga sensitiviti dan kemahuan semua penganut agama, tercetus juga beberapa insiden melibatkan isu-isu kontroversi yang menggugat sensitiviti agama.

Pengertian Agama Menurut Para Ahli

Menurut Durkheim definisi Agama adalah merupakan suatu yang padu terdiri atau keyakinan dan praktis yang berhubungan dengan hal-hal yang suci dan menyatukan semua penganutnya dalam satu komuniti moral yang dinamakan sebagai umat.

(2)

Menurut Hendro Puspito definisi Agama adalah nilai yang mengatur hubungan manusia dan alam semesta yang berkaitan dengan keyakinan. Menurut Jappy Pellokild definisis Agama adalah percaya adanya Tuhan yang maha esa dan hukum-hakamnya.

Menurut Anthony F.C. Wallace definisi Agama adalah upacara yang diberi maksud untuk mencapai terjadinya perubahan keadaan pada manusia dan semesta.

Menurut Hendro Puspito definisi Agama adalah merupakan sejenis sosial yang dibuat oleh penganut-penganutnya yang bergantung kepada kekuatan-kekuatan non-empiris yang dipercayainya dan digunakannya untuk mencapai keselamatan bagi mereka dan masyarakat luas umumnya.

Falsafah dan tujuan syariah atau agama banyak merujuk kepada soal tingkah laku manusia. Manakala sains sosial moden pula yang banyak menjadi tumpuan kajiannya juga ialah mengenai manusia sebagai individu, kumpulan dan masyarakat. Begitu juga bagaimana memahami tingkah laku manusia itu sebagai seorang individu, kumpulan dan masyarakat seluruhnya.

Menurut Dukheim, agama didefinasikan sebagai suatu “sistem kepercayaan dan praktis yang telah dipersatukan yang berkaitan dengan hal-hal yang suci, kepercayaan-kepercayaan dan praktis-praktis yang bersatu menjadi suatu komuniti moral yang unggul. Dua unsur penting dalam definisi ini iaitu “sifat kudus” dari agama dan “praktis-praktis ritual agama”. Disini menyatakan bahawa, sesuatu agama tersebut bukan dilihat dari substansinya tetapi dari bentuknya, yang melibatkan dua ciri tersebut. Menurut Dukheim lagi, agama selalu memiliki hubungan dengan masyarakatnya, dan memiliki sifat yang historis.

(3)

ketaatan manusia terhadap agama yang berfungsi sebagi penguat solidariti atau penyatuan masyarakat.

Agama merupakan fenomena penting dalam kehidupan manusia. Agama bukan sahaja membantu manusia untuk mengenal Tuhan, tetapi juga memberi kesejahteraan hidup. Di Malaysia, agama dan etnik telah menjadi identiti kelompok yang saling melengkapi sehinggakan kelompok etnik

disamakan dengan kelompok agama. Orang Melayu dianggap sebagai orang Islam, orang India sebagai orang Hindu, orang Cina dan Siam sebagai orang Buddha serta masyarakat Orang Asli dan suku kaum bumiputera di

pedalaman Sabah dan Sarawak sebagai penganut animisme. Mereka yang bertukar agama dianggap telah keluar daripada kelompok etnik.

Takrif Agama

Secara umum agama bolehlah ditakrifkan sebagai hubungan antara manusia dengan sesuatu kekuasaan luar biasa yang dianggap dapat memberikan perlindungan. Hubungan yang dianggap suci ini membawa kepada rasa tunduk manusia kepadanya dan manusia mencintainya, mempercayai dan meminta perlindungan daripadanya. Dari perspektif antropologi, agama merupakan set peraturan yang mengatur hubungan manusia dengan kuasa ghaib, khususnya dengan Tuhan. Agama juga merupakan suatu sistem keyakinan yang dianut dan amalan yang diwujudkan oleh suatu kelompok atau masyarakat dalam mentafsirkan dan memberi respons terhadap apa – apa yang dirasakan dan diyakini sebagai yang ghaib dan suci. Daripada beberapa pendapat di atas, definisi agama boleh dilihat dari dua sudut, iaitu substantif dan fungsional. Takrif yang pertama melihat agama dari segi bentuk dan amalannya, sementara yang kedua, dari segi fungsi dan tujuan kewujudan agama tersebut.

Antara agama besar yang terdapat di dunia sekarang ialah Islam, Kristian, Buddhisme, Hinduisme, Sikhisme, Jainisme, Judaisme, Shinto, Bahai dan Zoroastrianisme. Selain itu, ada juga sistem kepercayaan suku kaum primitif yang terasing dan terpisah di kawasan dunia yang berlainan dan berkembang secara bebas tanpa hubungan sejarah antara satu sama lain seperti

(4)

Pengertian Agama Menurut Berbagai Agama

Menurut agama Hindu ialah satya, arta, tapa, brahma dan yajna bermaksud kebenaran yang pasti. Arta adalah dharma atau perundangan aturan hidup manusia. Diksa adalah penyucian. Tapa adalah semua perbuatan suci. Brahma adalah doa atau mantra-mantra. Yajna adalah korban.

Menurut agama Budha ialah suatu kepercayaan atau persujudan atau kepercayaan manusia akan adanya daya pengendalian yang istimewa dan terutama dari suatu manusia yang harus ditaati dan pengaruh pemujaan atas perilaku manusia.

Dalam pengertian yang lain bahwa agama adalah cara tertentu untuk pemujaan kepada para dewa, dewa agung iaitu adanya kekuatan gaya tak terlihat yang menguasai alam semesta.

Agama menurut agama kristian ialah segala bentuk hubungan manusia dengan yang suci. Terhadap yang suci ini manusia tergantung, takut kerana sifatnya yang dasyad dan manusia terbentuk kerana sifat-sifatnya yang mempesonakan.

Menurut agama Islam pula, kata Islam berasal dari kata salam yang artinya selamat, aman sentosa, sejahtera iaitu aturan hidup yang dapat

menyelamatkan manusia di dunia dan di akhirat.

Agama memainkan fungsi kawalan sosial yang amat penting,ini kerana keseluruhan agama di dunia adalah menyuruh manusia melakukan kepada kebaikan. Dalam ajaran agama itu sendiri sebenarnya telah menggariskan etika yang wajib dilakukan oleh penganutnya.

Manusia Beragama

Kebanyakan pengkaji sejarah agama sependapat bahawa agama ialah keperluan asasi setiap manusia. Oleh sebab itu, tiada sebuah masyarakat pun di dunia ini yang tidak mempunyai agama. Kepercayaan kepada agama merupakan sifat sejagat bagi seluruh manusia sama ada manusia moden ataupun primitif.

Pemikiran tentang agama sudah wujud dalam diri manusia sejak mereka lahir lagi. Bukti penemuan arkeologi menunjukkan kehidupan manusia terawal sudah dipengaruhi oleh agama. Selain naluri semula jadi, manusia

(5)

kesejahteraan, mengukuhkan ikatan persaudaraan dan mencari jawapan pada persoalan yang sukar dijawab.

Warisan kebudayaan merupakan faktor utama menentukan agama

seseorang manusia. Selalunya individu akan menganut agama yang dianuti oleh keluarga, suku kaum atau etnik yang diwarisi daripada satu generasi kepada satu generasi berikutnya. Misalnya, rata – rata etnik Melayu menganut agama Islam kerana keluarga dan nenek moyang mereka beragama Islam.

Faktor keselamatan juga memainkan peranannya kerana apabila memeluk sesuatu agama seseorang berasa selamat dan percaya bahawa kuasa agung yang dipercayainya akan menjaga keselamatannya. Kuasa agung juga

menjadi tempat mengadu hal serta mendapatkan pertolongan dan

perlindungan. Faktor kesejahteraan di akhirat juga adalah penting kerana kebanyakan agama menjanjikan kesejahteraan di akhirat kepada penganut yang patuh kepada ajaran agama masing – masing.

Akhirnya, agama diminati kerana agama merupakan elemen pengukuhan ikatan persaudaraan. Mengikut Gullick (1964) kepercayaan dan amalan yang sama dalam sesuatu agama akan menyatukan semua anggota yang

menganutinya dalam satu komuniti bermoral.

Definisi Kawalan Sosial

(6)

sedangkan Sharifah Alwiah Alsagoff dalam definasi beliau, lebih menitik beratkan kepada kesan tindakan.

Manakala Joseph S.Rouchek dan Roland L.Warren mengatakan bahawa definasi kawalan social mengandungi semua proses di mana masyarakat dan kelompok komponennya mempengaruhi tingkahlaku seseorang ahli supaya sesuai dengan norma kelompok. Definasi ini lebih umum dan meluas kerana ia menekankan sebarang proses yang memberi kesan kepada amalan dan tingkahlaku seseorang dalam menuruti norma atau kebiasaan sesuatu kumpulan.

Secara umumnya definasi kawalan sosial adalah aspek dalam masyarakat yang melindungi aturan moral. Kawalan sosial bermaksud percubaan masyarakat untuk menregulasi fikiran dan kelakuan ahli masyarakat dan ia juga member kesan yang negative kepada masyarakat.

Sementara itu, James Fulcher dan John Scott di dalam buku mereka, Sociology, mengatakan bahawa kawalan sosial membahaskan persoalan tentang bagaimana ketidaksamaan (inequality) dikendalikan. Ia adalah cara yang digunakan oleh masyarakat untuk mempengaruhi tingkah laku ahlinya supaya mereka mematuhi norma-norma sosial, tradisi dan pola-pola tingkah laku yang penting bagi melicinkan perjalanan masyarakat itu di mana ia boleh bercorak positif atau negatif dan kedua-dua bentuk ini juga boleh bersifat formal atau tidak formal.

Selain itu, kawalan sosial positif adalah ganjaran yang diterima oleh

seseorang yang mematuhi apa yang diharapkan oleh masyarakat. Ganjaran atau kesan (impak) yang diberi boleh jadi dalam bentuk senyuman, hadiah, kenaikan gaji atau pangkat, atau pemberian pingat untuk menunjukkan seseorang itu telah berjasa kepada masyarakat dan negara. Satu bentuk kawalan sosial yang lebih asas adalah bergantung kepada penghayatan individu mengenai norma sosial, nilai dan jangkaan penghayatan individu mengenai norma sosial, nilai dan jangkaan peranannya melalui proses sosialisasi. Akibat daripada proses ini, individu didorong untuk mematuhi norma-norma sosial yang dipercayainya.

(7)

yang tidak diingini atau ditegah oleh masyarakat. Secara umumnya, masyarakat tidak boleh wujud tanpa kawalan sosial.

Peranan Agama Dalam Konteks Perpaduan

Kebanyakan ahli falsafah, malah ahli rasionalis Zaman Kecemerlangan seperti Condocet bersetuju bahawa agama, sungguhpun palsu pada suatu ketika dahulu, mempunyai fungsi tertentu dalam kehidupan peribadi mahupun sosial. Dari kaca mata ahli fungsionalis, agama mempunyai fungsi peribadi kepada pemeluknya kerana agama memberi darjat jaminan yang

metenteramkan.

Agama menimbulkan keberanian kepada manusia ketika dicengkam ketakutan, memberikan kegigihan dalam kesukaran, kekuatan pada saat – saat manusia dalam keadaan lemah dan meringankan beban jiwa dalam menghadapi kekecewaan. Agama memberi harga diri dalam menelan kekalahan, kerendahan hati apabila sedang berjaya dan juga kepekaan hati nurani. Sementara peranan agama dalam kehidupan sosial adalah sebagai asas moral, kesenian, kebudayaan, kesusasteraan dan kewujudan tamadun bagi sesuatu bangsa dan masyarakat.

Peranan agama dilihat dalam konteks yang lebih luas adalah seperti

berikut:-Agama Sebagai Sumber Nilai Moral

Agama berperanan menjadi kod etika dan aturan moral yang dinamik dan menjadi pedoman bagi penganutnya dalam mengatur kehidupan spiritual supaya lebih bermakna. Mengikut Jesudason (1989) dengan adanya kod etika, Protestan dapat menyumbangkan kemakmuran ekonomi dan industri moden di England dan Eropah Barat. Keadaan ini terjadi kerana mereka berpegang kepada etika Protestan, iaitu percaya bahawa agama Kristian mengharapkan penganutnya bekerja kuat, menabung, melabur dan

(8)

Penyatuan

Agama menjadi sangat penting bagi masyarakat kerana agama

membangunkan ikatan sosial dan menyatukan individu dengan individu yang lain sehingga munculnya masyarakat, kelompok dan sebagainya. Agama mempunyai fungsi integratif kerana ajaran agama mengandungi nilai – nilai pemersatuan yang ada dalam setiap doktrinnya. Upacara keagamaan berfungsi mengukuhkan integrasi sosial dan memperbaharui solidariti kelompok. Melalui pelbagai upacara yang diraikan, anggota masyarakat kembali berkumpul dan membentuk solidariti organik.

Pendorong dan Pengesahan Program Pembangunan

Perubahan sosiobudaya yang cepat tidak bererti menurunkan peranan agama dalam pembangunan. Hal ini terbukti apabila agamawan sering digunakan untuk memberi pengesahan program pembangunan yang tidak mendapat sambutan daripada masyarakat. Kajian menunjukkan bahawa program pembangunan dapat segera diterima oleh masyarakat apabila disahkan oleh ahli agama atau apabila komunikasi dan informasi

pembangunan menggunakan bahasa agama.

Menumbuhkan Semangat Kebangsaan

Agama merupakan salah satu faktor penting bagi pertumbuhan nasionalisme seperti yang dibuktikan oleh Mansor Mohd. Noor, Abdul Rahman Aziz dan Mohammad Ainuddin Iskandar Lee (2006) dalam kajiannya di Filipina, Indonesia dan Burma. Hal ini kerana agama merupakan identiti yang membezakan antara penjajah dengan anak negeri. Mereka menganggap dirinya sebagai suatu bangsa yang memiliki bahasa, sejarah, adat istiadat dan agama yang sama sejak berabad-abad lamanya. Di Indonesia, sebelum abad ke-20, muncul pelbagai organisasi nasionalis yang bersifat keagamaan untuk menentang dominasi asing. Akibatnya, berlakulah Perang Jawa dan Perang Aceh.

Di Malaysia peranan ulama dalam hubungannya dengan gerakan nasionalis sebelum dan selepas kemerdekaan adalah cukup kuat. Mereka ialah

pemimpin gerakan kebangsaan dalam pertempuran melawan Inggeris. Begitu juga di Burma, pengaruh biara Buddha (Pongyikyang) dan organisasi

(9)

Perpaduan Nasional

Walaupun agama atau ideologi merupakan satu aspek sahaja daripada proses perpaduan, namun agama merupakan faktor yang terpenting, malah sebagai faktor penentu. Menurut Means (1976), pembentukan negara yang berdaulat timbul kerana faktor sentimen primordial. Agama dan etnik

merupakan dua aspek yang terpenting. Begitu juga ketika Malaysia merdeka, masalah utama yang menentukan kelangsungan sebuah negara baharu ini adalah tentang persoalan agama atau ideologi negara, iaitu Islam. Dalam konteks ini, Islam memiliki pengalaman sejarah dalam mengelola pluraliti seperti Piagam Madinah yang dapat menjelaskan bagaimana perjanjian untuk hidup bersama, membangunkan masyarakat yang adil, aman dan sejahtera berjaya dilakukan.

Peranan Agama Terhadap Masyarakat.

Secara amnya peranan agama dalam masyarakat ialah umpama membantu dalam merawat seseorang, apabila individu telah sembuh daripada penyakit, maka keluarganya pun sembuh dan seterusnya juga masyarakat.

Kebanyakkan penyakit dan gejala sosial hari ini boleh disembuhkan dengan mengikuti dan mematuhi kod moral dan etika dalam agama seperti kitab suci Al Quran dalam ajaran Islam, Injil dalam ajaran Kristian, ajaran kepercayaan Hindu dalam kitab Vaisya dan kepercayaan penganut Buddha dalam kitab Nirvananya. Agama merupakan makanan yang amat diperlukan jiwa manusia yang mana keperluan jiwa ini lebih penting dan lebih besar daripada

keperluan fizikal manusia.

Dari segi pragmatisme, seseorang itu menganut sesuatu agama adalah disebabkan oleh peranannya. Bagi kebanyakan orang, agama itu berfungsi untuk menjaga kebahagiaan dan keharmonian, mahupun dari segi rohani dan jasmani kehidupannya. Sebenarnya, agama memainkan peranan yang begitu penting dalam mengasaskan pembentukkan tamadun manusia kerana

agama mampu mengubah corak kehidupan masyarakat selain mempengaruhi cara pemikiran, pandangan dan perlakuan mereka.

(10)

persatuan agama bersama kerajaan memberi kesan langsung atau tidak langsung kepada masyarakat dalam menambah pengetahuan agama dan berpotensi dalam meningkatkan kefahaman dan keharmonian kepada masyarakat serta saling hormat menghormati antara satu sama lain dan dapat membina satu sistem pendidikan yang baik berasaskan sistem pendidikan agama. Dengan ini pendidikan agama dapat menjadikan masyarakat lebih konsisten dengan prinsip agama yang mereka anuti disamping melatih dan mendidik masyarakat mematuhi dan mengamalkan nilai prinsip yang baik dan harmoni. Secara langsungnya pendidikan agama ini sebagai satu mekanisme mengawal sosial masyarakat.

Di samping itu juga agama berperanan mempengaruhi nilai pegangan dalam masyarakat, hal ini dapat dilihat melalui adat resam masyarakat dan amalan agama yang di praktikkan oleh masyarakat itu sendiri. Pengaruh nilai agama jua dapat memelihara keharmonian dikalangan setiap penganut agama itu sendiri, yang mana setiap penganutnya diseru kepada mengamal dan melakukan perkara yang baik dalam kerukunan hidup sesama masyarakat sekelilingnya. Selain itu juga agama berperanan memberi pandangan kepada masyarakat dunia tentang sesuatu budaya dimana agama sentiasanya memberi penerangan dan bimbingan mengenai kehidupan dunia dan ahkirat serta hala tuju kedudukan manusia di dalam dunia ini. Antara lain agama juga memberikan rasa kekitaan kepada sesuatu kelompok sosial kerana sistem agama menimbulkan keseragaman bukan sahaja dari segi kepercayaan, malahan tingkah laku kehidupan masyarakat juga dapat dipandang dan dinilai dari perspektif yang sama.

Hampir semua masyarakat dunia dipengaruhi oleh pandangan agama atau kepercayaan dalam sejarah pembentukan dan pengembangan peradaban. Walaupun pemikiran sekular telah lama wujud, contohnya di Barat, nilai agama masih terus bertahan dan berperanan dalam pembentukan dan kawalan sosial masyarakatnya. Oleh kerana sifat kesejagatan pengaruh agama membentuk nilai dalam masyarakat, maka kajian mengenai

(11)

negara.

Pengaruh Agama ke atas Masyarakat

Berbagai agama telah lahir di dunia ini dan membentuk suatu syariat (aturan) yang mengatur kehidupan manusia, yang terkandung di dalam kitab-kitab suci, baik agama samawi (yang bersumber dari wahyu Ilahi) ataupun yang terdapat dalam agama ardli (budaya) yang bersumber dari pemikiran manusia. Semua agama, baik samawi ataupun ardli, mengajar manusia kearah moral atau akhlak yang mulia, berperanan dalam kehidupan manusia. Moral atau akhlak yang mulia tersebut adalah menunjukkan manusia kepada kebenaran sejati dan kebahagiaan hakiki dan mengatur seluruh kehidupan manusia agar tidak terpesung dari kebaikan dan meninggalkan keburukan. Agama telah memainkan fungsi dalam kehidupan manusia, setiap

penganutnya yang kuat beragama akan mempunyai pegangan dalam akidah, Dengan beragama sebagai anutan dan amalan hidup maka manusia secara individu dan kolektif melaksanakan ketaatan dan kebenaran yang diturunkan oleh-Nya dan dengan demikian juga manusia hidup dengan kerendahan dan ketundukan kepada Tuhan serta kebenaran yang diturunkan itu. Inilah yang menjamin kebahagiaan hakiki sebab manusia dilahirkan untuk mencapai keabadian diri kepada Tuhan bukan untuk melakukan perkara yang sia-sia.

Agama juga telah memberikan contoh yang konkrit mengenai kisah-kisah silam kehidupan sosial manusia pada masa lalu, yang dapat dijadikan contoh dan tauladan yang sangat baik bagi kehidupan bermasyarakat di masa kini. Meskipun tiada persamaannya dengan kehidupan masyarakat zaman sekarang, namun setidaknya itu dapat dijadikan pelajaran dan pengajaran yang berharga, misalnya agar tidak terjadi tragedi yang sama di masa yang akan datang serta mengambil langkah-langkah yang perlu untuk

(12)

Kegagalan masyarakat dalam mewujudkan keharmonian menyebabkan konflik, yang pada akhirnya membawa kepada krisis dalam kehidupan sosial kemanusiaan.

Dari aspek kepercayaan (religious), agama menyedarkan manusia, siapa penciptanya. Faktor keimanan juga mempengaruhi kerana iman adalah dasar agama. Secara antropologi, agama memberitahukan kepada manusia

tentang siapa, dari mana, dan mahu ke mana manusia. Dari segi sosiologi, agama berusaha mengubah manusia dari berbagai bentuk kegelapan, kekurangan, kemiskinan dan kemunduran. Agama juga menghubungkan masalah ritual ibadah dengan masalah sosial. Secara psikologi, agama mententeramkan, menenangkan, dan membahagiakan kehidupan jiwa seseorang. Dan secara moral, agama menunjukkan nilai dan norma-norma yang baik dan buruk, dan mendorong manusia berperilaku baik yakni akhlak yang mulia.

Fungsi agama juga sebagai pencapai tujuan kesejahteraan manusia di dunia ini, yaitu cita-cita manusia untuk mendapatkan kesejahteraan zahir dan batin. Pengertian yang lebih umum fungsi agama dalam kehidupan masyarakat adalah sebagai penguat penyatuan (solidarity) masyarakat. Seperti yang diungkapkan oleh Emile Durkheim, bahawa saranan-saranan keagamaan adalah lambang kemasyarakatan, bersumber pada kekuatan yang dinyatakan berlaku oleh masyarakat secara keseluruhan bagi setiap anggotanya, dan fungsinya adalah mempertahankan dan memperkuat rasa solidariti dan tanggongjawab sosial.

Semua agama, Islam, Buddha, Hindu, Sikh dan Kristian mengalami keadaan di mana ianya diheret dalam kancah konflik, sedangkan semua agama ini menyeru kepada kedamaian dan kerukunan hidup sesama manusia.

(13)

atau pemerintahan, ekonomi atau pun wilayah. Hakikatnya, kestabilan dan keharmonian yang sedia terjalin akan musnah kalau kita gagal memelihara keharmonian dan nilai yang dibawa oleh agama.

Penguatkuasaan dan Hukuman

Dalam kehidupan bermasyarakat, agama memiliki fungsi yang kukuh, yakni sebagai salah satu sumber hukum atau dijadikan sebagai panduan. Agama telah mengatur bagaimana gambaran kehidupan sosial yang ideal, yang sesuai dengan fitrah manusia. Agama juga merupakan satu faktor dalam pembentukan kelompok manusia. Kebanyakan agama di dunia ini

menyarankan kepada kebaikan. Dalam ajaran agama sendiri sebenarnya telah menggariskan panduan dan kod etika yang wajib dilakukan dan dipatuhi oleh penganutnya. Panduan dan etika agama inilah diguna pakai sebagai satu mekanisme yang memainkan fungsi peranan kawalan sosial.

Penguatkuasaan dan hukum agama mempunyai peranan sangat besar dan kegunaan yang sangat penting sekali dalam pergaulan hidup penganut atau masyarakat. Hal ini dapat di lihat dari ketertiban, ketenteraman dan tidak terjadinya ketegangan di dalam sosialisasi masyarakat, kerana penguat kuasaan dan hukum menganjur, mengatur, menentukan hak dan tanggung jawap serta melindungi kepentingan individu dan kepentingan sosial. Dalam hal ini adapun fungsi penguat kuasaan dan hukum agama itu dalam

kehidupan masyarakat adalah seperti mendisplinkan masyarakat dan peraturan pergaulan hidup, menyelesaikan konflik, memelihara dan mempertahankan hak, mengubah tingkah laku dan aturan-aturan dalam rangka penyesuaian dengan kehendak masyarakat, serta memenuhi tuntutan keadilan.

Tujuan utama penguat kuasaan dan hukum agama adalah untuk mengawal selia masyarakat supaya mematuhi segala perintah dan larangan, agar masyarakat itu sendiri berdisplin, teratur dan bertanggung jawap dalam menjalani kehidupan hariannya. Dengan tercapainya ketertiban dan

ketenteraman dalam diri masyarakat itu, diharapkan kepentingan masyarakat akan terlindung dalam mencapai tujuannya. Kerana penguat kuasaan dan hukum adalah untuk memelihara hak dan tanggung jawap antara

(14)

dalam kehidupan manusia yang semakin terus berkembang dengan seiringan perkembangan sosial masyarakat agar terus terpelihara keamanan,

kestabilan dan keharmoniannya.

Kesimpulan.

Maka dapatlah kami simpulkan bahawa betapa pentingnya kedudukkan agama sebagai satu mekanisme kawalan sosial masyarakat, Bahawa pada hakikatnya agama merupakan sumber moral utama dalam kehidupan

bermasyarakat kerana di dalam agama di ajarkan akhlak yang baik dan apa yang dilarang dan apa yang dituntutkan. Dalam kebangkitan sesuatu

peradaban, moral sangatlah penting karena suatu pembangunan tanpa moral yang kuat akan hanya membawa kepada krisis dan konflik yang

berpanjangan.Tanpa moral dan akhlak yang baik akan mengakibatkan sesuatu masyarakat itu terjerumus kearah kemusnahan.

Agama tidak hanya sekadar pembina moral dan akhlak semata- mata, tetapi juga sebagai pendoman dan pendorong. Agama yang jua berfungsi sebagai satu mekanisme kawalan sosial dalam mengisi kemajuan ketamadunan bangsa bagi mencapai tujuan yang telah ditetapkan yakni pembangunan disegala bidang, kehidupan masyarakat yang aman, adil dan makmur. Dengan mempelajari, memahami dan mengamalkan ajaran-ajaran agama yang sesuai dengan apa yang telah tersurat dan tersirat dalam kitab suci agama, kestabilan dan keharmonian yang sedia terjalin akan terjamin. Sebaliknya akan timbul konflik dan kemusnahan yang berpanjangan kalau kita gagal memelihara, mematuhi apa yang diperintah dan dilarang oleh agama.

Rujukan :

Anthony Giddens, Kapitalisme dan teori sosial modern: suatu analisis karya-tulis Marx, Durkheim dan Max Weber, diterjemahkan oleh Soeheba

Kramadibrata, Jakarta: UI-Press, 1986.

Gordon H. Clark tentang Definisi Agama dan Metode Psikologi Untuk Mendefinsikan Agama

(15)

Asyraf Hj. Ab Rahman, et al., 2006. Modal Insan dan Pembangunan Masa Kini. Terengganu: Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, KUSTEM.

Gullick, J. M.1964. Malaya. London: Ernest Benn.

Jesudason, J. 1989. Ethnicity and the Economy: The State, Chinese

Business, and Multinationals in Malaysia. Singapore: Oxford University Press.

Mansor Mohd. Noor, Abdul Rahman Aziz dan Mohammad Ainuddin Iskandar Lee. 2006. Hubungan Etnik di Malaysia. Kuala Lumpur: Prentice Hall

Malaysia.

Referensi

Dokumen terkait

Tujuan khusus dari penelitian ini adalah untuk mengetahui peningkatan penguasaan pengetahuan laundry melalui penggunaan video pembelajaran pada peserta didik SMKN

Berdasarkan uraian diatas, maka dalam penelitian ini akan dilakukan pemanfaatan zeolit alam sebagai material pengemban logam Tembaga (Cu) dan sebagai katalis

Excel visual basic tutorial free download : free top selling pc / laptop software training microsoft office word excel 2007 free,macros in excel 2007 tutorial pdf free for

Sedangkan dalam hal pelanggaran hak cipta yang ada dalam perbuatan cyber crime dalam bentuk phising, yang mana perbuatannya adalah membuat tampilan yang mirip dengan

Kata yang paling cocok untuk melengkapi kalimat di atas adalah.  memuaskan  menenteramkan  mengerikan

Piai

Hasil pengukuran radionuklida dengan radioaktivitas rendah dalam matrik sampel lingkungan dengan volume besar menggunakan spektrometer sinar gamma sangat dipengaruhi

Pada penelitian ini penulis hanya membangun perangkat lunak pendaftaran pasien berobat berbasis intranet menggunakan metode pengembangan Web Engineering dengan pendekatan