L
ambakan buah-buahan dari negara jirandengan harga murah menyebabkan permintaan terhadapnya semakin tinggi tetapi tanpa disedari kebanyakan produk tersebut berkualiti rendah serta mempunyai kandungan racun yang boleh memudaratkan kesihatan.
Menyedari perlunya usaha untuk menyekat lambakan tersebut, kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menggalakkan pengeluaran dalam negara ditingkatkan agar dapat memenuhi permintaan domestik dan seterusnya mengurangkan pergantungan daripada luar kerana kebanyakan buah-buahan yang dibawa masuk boleh dikeluarkan dalam negara.
Memandangkan kesesuaian yang ada dengan permintaan yang tinggi, Tuan Haji Che Husain @ Che Ahmad bin Che Kob, 56 tahun dari Kampung Gong Kulim, Pasir Puteh, Kelantan mengambil inisiatif mengusahakan tanaman masmelon dan labu madu yang banyak dibawa masuk dari negara jiran.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Che Mat memperuntukkan modal sendiri sebanyak RM5,000, bagi mengusahakan tanaman masmelon dan labu madu sejak tahun 2000 di Kampung Kuala Kemubu,
Ketereh dengan keluasan 3.5 hektar yang menggunakan kaedah drip sistem (sistem titis) dan silver shine. Kaedah ini dijalankan dengan menyalurkan air baja menggunakan tiub khas ke pangkal pokok plastik yang ditutupi hamparan plastik sebagai sungkupan kepada batas tanaman pada peringkat penyediaan kawasan. Menurut beliau terdapat beberapa kebaikan jika menggunakan drip sistem dan plastik sebagai sungkupan. Antara kebaikan yang diperolehi ialah:
> Mengelakkan pembaziran baja kerana larutan baja disalurkan terus ke pangkal pokok untuk memudahkan akar menyerap unsur-unsur NPK.
> Mengawal pertumbuhan rumpai yang menjadi persaingan terhadap tanaman mendapatkan unsur-unsur NPK daripada tanah.
> Mengawal kelembapan dengan menghalang pancaran matahari terus kepada tanah.
> Mengurangkan serangan serangga perosak di mana kebanyakan serangga perosak menjadikan permukaan bawah daun sebagai pelindung. Dengan menggunakan silver shine, pancaran matahari yang panas akan dipantulkan semula ke permukaan bawah daun bagi menghindarkan serangga tersebut.
> Mengurangkan kos pengurusan ladang terutama kos pengawalan rumpai dan serangga.
Bagi memastikan usaha yang dilakukan berdaya saing, beliau sentiasa menimba pegetahuan dengan menghadiri kursus anjuran pelbagai jabatan dan agensi. Kursus Usahawan Budaya Cina anjuran Lembaga Pertubuhan Peladang dan Pengendalian Lepas Tuai anjuran Lembaga Pemasaran Persekutuan (FAMA) adalah antara kursus yang telah dihadiri.
Walaupun kaedah yang digunakan lebih kepada kaedah konvensional tetapi kesesuaiannya terhadap tanaman masmelon dan labu madu ternyata berjaya memberi pulangan memberangsangkan dengan hanya menggunakan dua orang tenaga pekerja.
Beliau yang merupakan Peladang Jaya Lelaki Kebangsaan 1996 dan ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bukit Awang memperolehi bekalan input pertanian secara kredit daripada PPK. Selain daripada itu, PPK juga turut memasarkan masmelon dan labu madu yang beliau hasilkan. Kebanyakkan masmelon dan labu madu, beliau pasarkan sendiri ke Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Dalam usaha mencari ruang pasaran baru, Che Mat memasarkannya kepada FAMA secara kontrak hanya
“Projek ini diusahakan kerana
pasaran yang telah tersedia
berikutan PPK menjadi pembekal cili
secara kontrak farming kepada
Syarikat Nestle.”
untuk buah masmelon sahaja. Pasaran buah masmelon dan labu madu yang diusahakan mampu memberi pulangan kasar sebanyak RM15,000 semusim iaitu tiga bulan.
Untuk mempelbagaikan projek sedia ada, beliau turut mengusahakan tanaman cili di kawasan seluas 0.8 hektar. Projek ini diusahakan kerana pasaran yang telah tersedia berikutan PPK menjadi pembekal cili secara kontrak farming kepada Syarikat Nestle. Usaha yang PPK lakukan ini mampu mewujudkan ramai usahawan peladang di kalangan penduduk setempat.
Menceritakan mengenai perancangan masa hadapan, beliau ingin mengusahakan tanaman cili yang sedia ada menggunakan kaedah fertigasi dan rumah kalis serangga kerana ia boleh dijalankan di kawasan terhad yang mampu memberi pulangan tinggi.
Pendahuluan
Y
ayasan Pelajaran Peladang (YPP) telah didaftarkan pada 23 Mei 1995 oleh Pendaftar Pertubuhan Peladang sebagai satu kaedah di bawah perlembagaan NAFAS. Langkah penubuhan tersebut dilakukan demi kepentingan dan kebajikan ahli dengan objektif tertentu. Antara objektif penubuhan Yayasan Pelajaran Peladang ialah:>
Untuk membantu ahli-ahli Peladang yang tidak mampu membiayai pendidikan anak-anak Peladang di semua peringkat melalui pemberian biasiswa, dermasiswa dan pinjaman.>
Untuk menggalakkan pencapaian kecemerlangan ilmu di kalangan anak-anak peladang dengan memberi hadiah atau anugerah kecemerlangan berbentuk wang dan lain-lain.>
Untuk memberikan kemudahan persekolahan kepada anak-anak peladang termasuk membina asrama-asrama di bandar.>
Untuk menampung pelajaran anak-anak peladang dengan mendirikan sekolah-sekolah dan maktab-maktab swasta di tempat-tempat yang sesuai.>
Untuk menggalakkan pengajian dan penyelidikan ilmu dalam bidang-bidang yang boleh dimanfaatkan masyarakat peladang di negara ini dengan memberi hadiah atau geran penyelidikan kepada para ilmuan yang berkenaan.>
Untuk menyediakan kemudahan-kemudahan latihan kepada para Peladang yang berkelayakan bagi mempertingkatkan kemahiran dan produktiviti mereka.>
Lain-lain aktiviti di masa hadapan yang difikirkan sesuai bagi mempertingkatkan pencapaian ilmu dan kemahiran di kalangan anak-anak peladang.Jawatankuasa Tadbir Yayasan
Selaras dengan penubuhannya satu Jawatankuasa Tadbir yang mengelolakan perjalanan YPP dibentuk dan ia silih berganti sejak diwujudkan. Pada masa kini jawatankuasa tersebut dianggotai oleh mereka yang benar-benar berpengalaman dan komited membantu ahli. Mereka adalah terdiri daripada:
i. Y.Bhg. Dato’ Sri Haji Abd. Rashid bin Haji Abd. Rahman - Pengerusi ii. Y.Bhg. Dato’ Dr. Haji Awang Ahmad
bin Haji Sulaiman
iii. YBhg.Dato Haji Abd Rahim bin Ahmad - Wakil Pendaftar
iv. Y.Bhg.Dato’ Haji Abd Wahid bin Baba v. Puan Hajjah Zaharah binti Yusoff vi. Tuan Haji Mohd. Agil bin Awang vii. Encik Ismail bin Umar
viii. Encik Bahren bin Samat
Pengurusan
Pengurusan YPP kini telah dikendalikan sepenuhnya di NAFAS setelah diserahkan pengurusannya oleh Bahagian Penyeliaan dan Penguatkuasaan, Ibu Pejabat Lembaga Pertubuhan Peladang pada 18 Oktober 2004 dengan pengurusannya dikendalikan oleh Encik Mohd Nor bin Jantan sebagai Pengurus Eksekutif dan Encik Umar Imran bin Sharudin sebagai Pengurus Akaun. Kedua-dua mereka merupakan
pegawai LPP yang dipinjamkan untuk tujuan pengurusan Yayasan.
Pendapatan YPP
Pendapatan utama YPP adalah daripada caruman yang dikenakan berdasarkan jumlah keuntungan bersih tahunan pertubuhan Peladang (PP). Daripada keuntungan bersih itu, potongan sebanyak 2% akan dikenakan sebagai caruman dalam YPP.
Caruman oleh PP akan digunakan untuk kebajikan ahli dalam menjalankan aktiviti membabitkan ahli dan anak ahli. Penyata caruman oleh PP sehingga 31 Mei 2006 ditunjukkan dalam jadual 1.
Bil Negeri Peruntukan Jumlah Jumlah
caruman (RM) diterima (RM) belum berbayar (RM)
1 Perlis 19,403 17,173 2,230 2 Kedah 107,347 81,251 26,096 3 Pulau Pinang 131,629 104,116 27,513 4 Perak 282,661 213,021 69,646 5 Selangor 140,858 94,580 46,278 6 Negeri Sembilan 77,588 67,722 9,866 7 Melaka 40,313 34,125 6,188 8 Johor 362,353 297,232 65,121 9 Pahang 182,629 123,674 58,955 10 Terengganu 166,707 120,666 46,041 11 Kelantan 122,664 58,970 63,694 12 W.P. Labuan 6,620 5,714 906 13 Sabah 95,552 72,805 22,747 14 KADA 116,892 75,577 41,315 15 NAFAS 140,000 140,000 0 Jumlah 1,993,216 1,506,626 486,590 Jadual 1
Aktiviti-aktiviti
Dengan peruntukan caruman yang ada YPP boleh merangka dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dibenarkan berkaitan kebajikan ahli. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilaksanakan melibatkan ahli dan anak ahli. Antara aktiviti tersebut ialah:
Anak Angkat
Seramai 10 orang anak ahli terpilih menjadi anak angkat YPP sempena Perlancaran Pertubuhan Peladang Berkualiti (PPQ). YPP menyumbangkan wang tunai untuk pembiayaan pelajaran berjumlah RM200 seorang diperingkat sekolah rendah dan RM500 diperingkat sekolah menengah setiap tahun.
Hadiah Kecemerlangan Pelajaran
Anugerah Hadiah Kecemerlangan Pelajaran diberikan kepada anak ahli yang mencapai kecemerlangan di peringkat UPSR, PMR dan SPM. Peruntukan sebanyak RM3,000 disediakan oleh YPP untuk setiap PPN. Pembayaran akan dilakukan setiap tahun semasa mesyuarat agung PPN.
Anugerah Perdana
Anugerah ini diberikan kepada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang diperingkat IPTA setiap tahun semasa perasmian mesyuarat agung tahunan NAFAS.
Pinjaman Pendidikan ke IPTA
Dalam membantu anak ahli yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA, satu kemudahan pinjaman pendidikan disediakan. Jumlah pinjaman yang diperuntukan untuk seorang anak ahli ialah RM1,000.
Program Motivasi Anak-anak Peladang/Anak Angkat
Pihak pengurusan YPP telah menyusun program motivasi ini dalam usaha memberi galakan dan semangat kepada anak ahli. Kursus dijalankan untuk anak ahli yang akan menghadapi peperiksaan dan sebagainya serta dijalankan di tempat tertentu atau di PPK sendiri.
Kursus Kepimpinan Unit Ahli
Kursus bertujuan memberi pendedahan kepada pemimpin-pemimpin dipelbagai peringkat khususnya
diperingkat unit mengenai kepentingan menjiwai kemahiran dan juga prinsip-prinsip asas kepimpinan yang diperlukan untuk memastikan kejayaan usaha yang dirancang.
Program Bakti Siswa di Unit Peladang
Program ini bertujuan mendedahkan pelajar IPTA kepada kehidupan masyarakat peladang dengan mengadakan pelbagai aktiviti dalam usaha meningkatkan keceriaan dan kemajuan unit peladang tersebut.
Penutup
Berdasarkan peranan, perancangan dan aktiviti yang dijalankan oleh YPP, kebajikan ahli terjaga dan matlamat serta objektif penubuhan YPP akan terlaksana. Di samping itu pengurusan YPP akan memastikan setiap program yang dijalankan melibatkan ahli peladang keseluruhannya.
C
ameron Highlands, Pahang terkenalsebagai salah sebuah tempat peranginan di Malaysia. Selain daripada itu, daerah ini merupakan pusat pengeluaran utama sayuran tanah tinggi, bunga-bungaan, buah-buahan dan teh
.
Kesuburan tanah dan kesesuaian iklim membuatkan kebanyakan tanaman boleh diusahakan. Melihatkan peluang yang ada ramai penduduk sekitar negeri Perak berhijrah ke tanah tinggi tersebut awal 70 an untuk bekerja di ladang teh atau kebun-kebun sayur.
Tidak terkecuali Tuan Haji Jamaluddin bin Lawani yang berasal dari Teluk Intan, Perak ini turut berhijrah ke Cameron Highlands pada tahun 1977 ketika berusia 23 tahun untuk bekerja di sebuah kebun sayur dan bunga. Setelah menimba pengalaman yang cukup selama lima belas tahun di situ, beliau telah
memberanikan diri untuk menjalankan sendiri usaha tersebut pada tahun 1992.
Dengan bermodalkan sebanyak RM7,000 serta bantuan tenaga daripada ahli keluarga yang lain, beliau mulakan dengan mengusahakan tanaman sayuran. Beliau kini merupakan antara salah seorang peladang yang berjaya di Cameron Highlands.
Peringkat permulaan Haji Jamaluddin mengusahakan tanaman kobis bulat, bunga kobis, capsicum dan ketumbar serta tanaman bunga carnation di Kampung Gerak Sepadu, Sungai Palas.
Memandangkan usaha yang dijalankan memberi pulangan yang menguntungkan beliau terus memperkembangkan projek dengan mengambil
inisiatif menyewa tanah yang tidak diusahakan daripada penduduk setempat.
Sebagai ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Cameron Highlands, beliau memohon peruntukan daripada Lembaga Pertubuhan Peladang melalui Program Pembangunan Usahawan Peladang sebanyak RM20,000, manakala Bank Pertanian Malaysia menyalurkan pinjaman bernilai RM70,000 bagi membesarkan usaha yang ada.
Oleh kerana keluasan tanah dan permintaan terhadap sayur-sayuran serta bunga semakin tinggi, beliau tidak mampu mengusahakannya secara bersendirian bersama keluarga. Bermula masa itu, beliau telah menggaji pekerja yang sehingga kini seramai 23 orang untuk bekerja di ladangnya seluas 15 hektar.
Sejajar dengan usaha kerajaan mentransformasi sektor pertanian, Peladang Jaya Kebangsaan 1995 ini mengambil pendekatan menggunakan teknologi terkini dalam usaha yang dijalankan. Sistem Fertigasi
“Sejajar dengan usaha
kerajaan mentransformasi
sektor pertanian, Peladang Jaya
Kebangsaan 1995 ini mengambil
pendekatan menggunakan
teknologi terkini dalam
usaha yang dijalankan.”
digunakan untuk tanaman sayuran seperti tomato yang memudahkan pengurusan ladang dan menjimatkan kos tenaga buruh.
Kelebihan sebagai ahli PPK digunakan bagi mendapatkan bantuan berupa khidmat nasihat dan input pertanian pada peringkat permulaan menggunakan kaedah fertigasi. Setelah beberapa pusingan menggunakan kaedah ini ternyata ia memudahkan pengurusan tetapi menurut beliau perkara yang amat ketara ialah kurangnya serangan serangga perosak terhadap tanaman.
Di samping itu, tanaman bunga carnation turut ditingkatkan dengan menggunakan benih yang terjamin supaya hasil yang diperolehi berkualiti. Tanaman sayuran yang beliau usahakan mengeluarkan hasil antara 1-2 tan sehari, sementara tanaman bunga carnation memberikan hampir 5,000 kuntum bunga sehari.
Kebanyakan sayur yang dihasilkan dihantar ke Kuala Lumpur dan turut dieksport ke Singapura serta Taiwan.
Sementara itu bunga carnation dieksport terus ke Thailand dan Taiwan kerana harga yang ditawarkan tinggi berbanding pasaran tempatan.
Melihat kedatangan pelancong dalam dan luar negara ke Cameron Highlands semakin bertambah, terlintas difikiran beliau untuk memasarkan hasil ladang secara segar kepada mereka. Ramai pengusaha ladang bersetuju dengan cadangan tersebut dan beliau telah mengenalpasti kawasan yang strategik bagi menjalankan perniagaan itu.
Oleh kerana usaha tersebut memerlukan modal yang agak besar, beliau bersama beberapa orang pengusaha berkongsi membangunkan Arked pada tahun 2001. Setelah setahun mengusahakan perniagaan tersebut sambutan pelancong amat menggalakkan.
Komen daripada pelancong yang ditemui menyatakan di Arked Peladang, pelbagai barangan yang dihasilkan di Cameron Highlands terdapat di sini. Ini memberikan pilihan kepada pelancong mendapatkan barangan yang dikehendaki. Antara barangan dan kemudahan yang terdapat di sini ialah:
> Pelbagai sayur-sayuran dan buah-buahan
> Bunga-bungaan
> Tanaman hiasan
> Kraftangan
> Sudut menjamu selera dengan pelbagai makanan
> Ruang untuk pelancong berehat
Disebabkan pertambahan bilangan pelancongan terutama dihujung minggu, beliau ingin membesarkan lagi perniagaan yang ada. Beliau bercadang menyewa Arked Peladang milik PPK bersebelahan dan perbincangan sedang dijalankan. Jika persetujuan dicapai, barangan yang terdapat akan dipelbagaikan untuk menarik pelancong singgah, berehat dan seterusnya membeli sebagai buah tangan untuk dibawa pulang.
Untuk kesemua usaha yang dijalankan, Tuan Haji Jamaluddin memperoleh pendapatan kasar RM500,000 bagi projek sayur-sayuran dan bunga. Manakala bagi perniagaan jualan di arked, beliau mendapat RM700,000 setahun. Beliau kini sedang memohon tanah daripada Kerajaan Negeri Pahang dalam usaha menceburi bidang perladangan.
P
erusahaan Kecil Sederhana pada masa kini sedang berkembang dengan galakan yang diberi kerajaan dalam usaha mempelbagaikan produk keluaran tempatan bertepatan kempen “Satu Kampung Satu Industri”.Kebanyakan Perusahaan Kecil Sederhana dijalankan oleh golongan bumiputera dengan tumpuan lebih kepada pemprosesan makanan. Pelbagai jenama makanan proses yang ada dipasaran dikeluarkan untuk memenuhi permintaan pengguna.
Memandangkan permintaan yang terdapat dan untuk menyahut seruan kerajaan, Tuan Syed Mashor bin Syed Ahmad, 43 tahun dari Negeri Kelantan telah mengusahakan projek pemprosesan makanan. Projek ini telah dimulakan secara kecil-kecilan bersebelahan rumahnya pada tahun 1989 berbekalkan modal sendiri berjumlah RM5,000 atas nama Adilah Products. Pada masa itu tumpuan diberikan kepada pemprosesan sos cili dan tomato serta kicap masin dan manis untuk pasaran sekitar menggunakan jenama Adilah.
Pengalaman dalam mengusahakan sesuatu projek perlu bagi memastikan keberkesanan dan terus berdaya maju. Untuk itu, beliau telah menghadiri pelbagai kursus dan latihan dalam usaha menambah
pengalaman dan pengurusan projek yang dijalankan. Antara kursus dan latihan yang dihadiri ialah:
> Kursus Pemprosesan Makanan Anjuran MARDI
> Kursus Pengurusan dan Pemasaran Anjuran MARA
> Kursus Perakaunan Anjuran NPC
Beliau merupakan AJK Kelab Usahawan Tani Malaysia (KUAT), Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri dan ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pengkalan Chepa, turut mendapatkan bantuan bagi memperolehi bahan mentah seperti cili dan tomato yang kebanyakkan diusahakan oleh ahli PPK.
Melihat produk yang dikeluarkan semakin mendapat tempat dipasaran sehingga kadang kala tidak mampu memenuhinya, beliau mengambil keputusan untuk
mendirikan kilang pemprosesan yang boleh menghasilkan kuantiti produk yang banyak bagi memenuhi permintaan pengguna.
Untuk membesarkan perusahaan yang ada, Syed Mashor menggunakan pinjaman daripada MARA untuk memperbesarkan kilang dan menambah mesin-mesin supaya pengeluaran dapat ditingkatkan. Dengan penambahan mesin-mesin tersebut, kilang yang terletak di Lot 932, Kampung Pasir Hor, Kota Bahru, Kelantan itu dapat mengeluarkan kicap dan sos sebanyak 10,000 sehari.
Dengan peralatan yang ada sekarang kilang tersebut mampu mengeluarkan sebanyak 21,000 botol sehari. Produk keluaran juga telah dipelbagaikan untuk pasaran seluruh Pantai Timur, Pantai Barat dan Selatan Semenanjung. Antara produk lain dihasilkan selain produk yang ada ialah:
> Kicap > Sos cili
> Sos tomato > Sos pencecah
> Cuka > Garam debu
> Perasa sirap ros > Sos bilis (budu)
Oleh kerana kilang yang didirikan mampu mengeluarkan produk dalam kuantiti yang banyak, ruang pasaran baru perlu dicari supaya tidak berlaku lambakan produk. Beliau telah meneroka ruang pasaran untu produknya di Thailand khususnya di bahagian selatan negara itu yang majoritinya beragama Islam.
Atas usaha yang dijalankan, beliau telah membuka kilang dengan nama Mashor Product Groups Thailand Co. Ltd yang beroperasi di Hatyai, Songkla
Thailand dan melantik beberapa ejen pemasaran di Selatan Thailand.
Produk yang dikeluarkan untuk pasaran di sana menggunakan dua jenama iaitu Adilah dan Mashor kerana telah dikenalpasti mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat. Kilang yang diusahakan tersebut merupakan satu-satunya PKS Bumiputera yang beroperasi di luar negara.
Sementara itu untuk pasaran tempatan jenama Adilah mempunyai permintaan tinggi oleh pengguna sekitar Kelantan, Terengganu dan Pahang. Kebanyakkan produk diedarkan sendiri kepada pengguna atau melalui pemborong-pemborong yang dilantik.
Bagi memastikan produk sentiasa berada dipasaran, beliau turut membuat kontrak bekalan kepada syarikat tempatan untuk jangkamasa panjang. Sebagai ahli, beliau turut mendapatkan bantuan PPK dalam mempromosikan produk keluarannya sekitar Kelantan.
Semua urusniaga yang dijalankan mampu menjana pendapatan bernilai RM1.8 - 2.5 juta setahun. Melihat kepada perkembangan tersebut, Syed Mashor ingin meningkatkan pengeluaran dan mempelbagaikan lagi produk untuk pasaran seluruh Malaysia pada masa depan dan membuat kontrak farming bagi mendapatkan bahan mentah daripada pengusaha yang terdiri ahli PPK.
Penaung
Y. Bhg. Dato’ Haji Abd. Rahim bin Haji Ahmad
Penasihat
Y. Bhg. Haji Arpan Shah bin Satu
Ketua Pengarang
Abd. Nasir bin Haji Ismail
Edisi Internet
Haninah bte Abd. Rahman
Diterbitkan Oleh:
Lembaga Pertubuhan Peladang,
Blok C Utara, Pusat Bandar Damansara, Bukit Damansara, 50990 Kuala Lumpur.
Penyunting
Azizan bin Othman Rohman bin Jasmani
Grafik/Illustrator
Rohman bin Jasmani Kamaruzzan bin Hanif
Berita Transformasi Elektronik boleh dilayari di
http://www.lpp.gov.my