Extra Curricular Experiential Learning
(ExCEL)
Assignment 1: Individual Assignment
Extra Curricular Activities Reflection Report
(Royal Engineering Festival)
REF
Reported by: Muhammad Al Fayed
Bin Mohd Yusri
Responding
- gembira kerana tak sabar
memulakan bidang tugas baru
- teruja ingin mempelajari ilmu baru dan bagaimana berfikir secara kritikal untuk meyelesaikan masalah.
Reporting
-memegang jawatan sebagai
ketua unit protokol
5R
Framework
Reflection
Relating
-pernah menjadi exco di
mgc ktc, maka saya menggunakan
pengalaman lepas untuk memastikan tugasan yang diberikan di program ini lebih teratur dan “well
planned”. Reconstruction
-Bagi memastikan program yang bakal dijalankan pada masa hadapan lebih
sistematik dan efektif, kerjasasma antara krew adalah aspek yang penting.
Reasoning
-memahami aspek yang paling penting di dalam program ini pengurusan dan perancangan
ROYAL ENGINEERING FESTIVAL(REF)
5 MARCH 2020-7 MARCH 2020
Reporting
Pada 5 Mac hingga 7 Mac 2020, Royal Engineering Festival (REF) telah diadakan. Program ini telah dianjurkan oleh Jawatan Kuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tuanku Canselor (JKM KTC). Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada semua organisasi KTC dan JKM untuk membuat program kepada orang ramai dalam slot masa yang diberikan. Selain itu, program ini bertujuan untuk warga UTM juga orang lain menceburkan diri dalam bidang kejuteraan. Program ini berlansung selama 3 hari. Pelbagai aktiviti menarik yang dilajalankan diantaranya ialah bengkel Arduino, Industrial Day, Bengkel Solidwork dan juga Catapult Challenge. Program ini terbuka kepada semua pelajar UTM tidak khusus kepada pelajar kejuruteraan elektrik sahaja. Program ini juga menerima pelajar Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor (KMKJ) sebagai peserta.
REF mendapat tajaan daripada Top Glove yang merupakan salah satu syarikat terbesar di Malaysia dalam bidang kejuruteraan. Program ini membuka ruang kepada pelajar tahun 3 yang bakal mengikuti latihan untuk ditemuduga. Selain Top Glove, Syarikat Alcon(Ciba Vision), dan Syarikat Exiatec Technology merupakan syarikat yang turut serta sebagai wakil dari industri. Saya melihat perkara ini sebagai satu peluang yang besar kepada pelajar yang bakal graduasi bagi mencari peluang pekerjaan. Hal ini kerana, setiap syarikat diberikan booth dan para pelajar boleh meninggalkan resume kepada wakil syarikat untuk disemak dan besar kemungkinan bakal di panggil untuk sesi temuduga. Sepanjang aktiviti Industrial talk ini berjalan, saya dapati bahawa ramai pelajar mengambil peluang untuk melontarkan soalan berkaitan alam pekerjaan kepada wakil setiap syarikat dan respon yang diperolehi
juga amat memberangsangkan sehingga meminta untuk aktiviti ini diadakan setiap tahun.
Seterusnya, bengkel seperti Arduino dan Solidwork merupakan aktiviti yang menjadi tumpuan ramai ketika program ini berjalan. Hal ini kerana kemahiran seperti ini adalah kemahiran tambahan yang diperlukan bukan sahaja ketika belajar tetapi boleh digunakan di alam pekerjaan. Bengkel ini telah diadakan di makmal-makmal sekolah kejuteraan elektrik dan disampaikan dari pensyarah pensyarah yang berpengalaman dan berkemahiran. Modul juga disediakan kepada para peserta yang berminat untuk menyertai bengkel ini. Para peserta terdiri bukan saja dari pelajar utm sahaja malah pelajar sekolah juga berminat menyertai aktiviti ini.
Sebagai unit protokol, saya memastikan bahawa setiap aktiviti berlangsung mengikut tentatif yang telah dirancang. Di sini ketepatan waktu amatlah dititik beratkan kerana kami berurusan bersama para pensyarah dan juga perserta. Masa merupakan perkara yang penting untuk memastikan aktiviti berjalan dengan lancar.
Responding
Kerja kerja yang saya lakukan ketika menjadi unit protokol sebelum program antaranya adalah menyediakan tentatif harian program, menyediakan “running order” dan meyediakan segala teks ucapan bagi majlis pembukaan dan penutupan. Sebelum program bermula, saya ditugaskan untuk merangkan tentang segala aktiviti yang bakal berjalan pada setiap hari di hadapan semua crew dan pemantau program. Pada awalnya, saya merasa agak gementar tetapi perasaan itu dapat diatasi dengan bantuan rakan rakan yang memberikan kata kata semangat. Saya berjaya menghabiskan perbentangan dengan baik dan saya juga mendapat pujian daripada pemantau program.
Saya berasa amat gembira. Situasi ini menyedarkan saya bahawa, percaya kepada diri sendiri adalah suatu perkara yang harus ada pada seorang ketua dan saya harus lah lebih yakin agar segala penerangan yang disampaikan dapat difahami dengan lebih jelas. Kemahiran berkomunikasi juga adalah satu kunci untuk memastikan orang yang akan berkerja dengan kita faham segala arahan dan suruhan agar kerja yang dilakukan dapat dijalankan dengan sempurna.
Saya percaya bahawa tugas protokol merupakan tugas yang berat terutama ketika mengedalikan suatu majlis yang melibatkan vip. Majlis penutupan REF telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Yang berusaha Prof. Dr Durisyah binti Idrus. Saya amatlah berdebar ketika majlis penutup hampir bermula tetapi, Yang Berusasha Prof masih belum tiba dan para hadirin mula bersuara kerana memunggu terlalu lama. Pada ketika ini, kemahiran berfikir secara kritkal saya amatlah diuji bagi menenangkan para hadirin sementara menunggu Yng Berusaha Prog tiba.
Langkah saya ambik adalah menarik perhatiaan para hadirin dengan tayangan video berkaitan REF sementara saya berhubung dengan pembantu peribadi Prof untuk memastikan keberadaan Prof pada ketika itu. Sebaik sahaja video yang ditanyangkan habis, Yang berusaha Prof. Dr Durisyah binti Idrus akhirnya tiba. Saya berasa amatlah lega dan bersyukur kerana semua berjalan lancar walaupun masa sedikit lari dari tentatif asal.
Relating
Sebelum saya menyertai REF, saya telah menyertai pelbagai program. Antara jawatan yang pernah saya sandang ialah exco aktiviti, exco teknikal dan exco teknikal. Selain itu, saya juga pernah menyandang jawatan sebagai exco protokol di dalam sebuah program iaitu Malam Gemilang Canselor Kolej Tuanku Canselor. Berdasarkan pengalaman saya yang lepas, banyak perkara yang saya belajar untuk saya praktikkan pada program seterusnya. Saya melihat persedian awal bagi sesebuah program secra teliti adalah penting bagi memastikan program berjalan seperti yang dirancang.
Oleh itu, saya telah mengambil langkah untuk menyenaraikan bidang kerja bagi setiap exco dan menyediakan gantt chard tugasan setiap crew sebagai persedian awal. Gantt chard adalah bertjuan bagi memastikan segala kerja kerja persedianaan dapat disiapkan pada masa yang telah ditetapkan.
Selain itu, pendekatan menggunakan Google drive sebagai platform pengkongsian maklumat atau fail juga adalah sangat efektif dan memudahkan semua crew untuk merujuk info dari exco yang berlainan. Berdasarkan program sebelum ini, saya melihat bahawa komunikasi adalah penting ketika kita menjalankan tugas sebagai satu pasukan. Komuniakasi yang baik dapat mngelakkan perselisiham faham antara crew dan program juga boleh dijalankan tanpa sebarang permasalahan dalaman. Semasa hari program, segala permasalahan yang datang diselesaikan dengan perbincangan bersama-sama.
Reasoning
Aspek yang paling penting di dalam program ini adalah pengurusan dan perancangan yang baik kerana jika kita gagal merancang, maka kita merancang untuk gagal. Pada pendapat saya, pengurusan adalah penyelarasan dan pentadbiran tugas untuk mencapai objektif program. Oleh itu pengurusan program termasuk mengatur strategi organisasi dan mengkoordinasikan tugas crew haruslah dilakukan dengan teliti. Pengurusan juga boleh merujuk kepada struktur kekananan anggota crew dalam organisasi.
Permasalahn boleh berlaku ketika beberapa individu tidak menyelesaikan tugasan tepat pada waktunya. Ia boleh menyebabkan masalah kepada orang lain. Untuk menjelaskannya, saya akan memberikan contoh perkara lain dan berkaitan dengan kehidupan sebenar. Sekiranya anda diberikan tugasan berkumpulan yang melibatkan beberapa fakulti lain. Sebagai pelajar elektrik, anda diminta membina robot badan dan haruslah bekerjasama dengan pelajar fakulti lain untuk membuat robot lengkap dan dapat berfungsi dengan baik. Sekiranya pasukan anda dari fakulti kejuruteraan elektrik tidak dapat membina badan robot, ia akan menyebabkan pelajar dari fakulti lain tidak dapat meneruskan bahagian-bahgian robot yang lain.
Seterusnya, aspek disiplin dan kerjasama juga adalah penting bagi memastikan tugasan yang dilaksanakan dengan baik. Di dalam program, kita perlulah komited terhadap kerja atau tugasan yang diberikan dan tidak mengambil mudah tentang tanggungjawab yang diberi. Oleh itu, saya berusaha sedaya upaya untuk memberi sepenuh komitmen terhadap tugas yang diamanahkan dengan sebaiknya.
Reconstructing
Jika saya diberikan peluang untuk melaksanakan program yang akan datang, saya akan memastikan saya mempunyai objektif yang jelas supaya program yang bakal dijalankan itun mampu memberi impak yang besar kepada semua individu yang menyertai program tersebut sebagai crew mahupun para peserta. Seterusnya, perancangann awal merupakan aspek penting dalam meganjurkan sesebuah program. Bermula dengan perancangan secara dasar, ia akan di ikuti dengan pemilihan crew yang berkredibiliti dan seterusnya perancangan secara teliti melibat bidang kerja setipa exco.
Selain itu, cara pelaksanaan program juga mesti diambil kira di dalam fasa perancangan program. Cara komunikasi yang baik juga akan memastikan program yang dijalankan kurang bermasalah. Segala infomasi atau arahan perlukan disalurkan melaui saluran yang betul dan medium yang betul. Hal ini dapat mengelakkan salah faham dan informasi penting untuk sampai ke individu yang betul. Mesyuarat atau pun perbincangan haruslah sentiasa dilalukan jika sebarang permasalahn timbul. Jika perkara asas seperti mengetahui bidang kerja dan mempunyai cara komunikasi yang baik ada setiap crew, saya pasti program yang bakal dijalankan akan berjaya.
Semasa hari program, kita harusalah berkerja sebagai satu pasukan dan tolong menolong antara satu sama lain. Saya melihat kerjasama adalah aspek penting untuk menjalakan program yang berkualiti dan berimpak besar. Apa yang saya pelajari daripada REF adalah mengamalkan sikap kerjasama sepanjang program berlangsung tidak mengira unit tugasan masing-masing. Kita haruslah sama-sama membantu unit lain yang memerlukan bantuan pada hari kejadian meskipun tugasan kita telah selesai.
Program Industrial Talk bersama pelajar-pelajar dari Kolej Matrikulasi Teknikal Johor (KMTJ)
Majlis perasmian dan penyampaian hadiah oleh Timbalan Naib Canselor UTM, Prof Dr Durrishah binti Idrus pada penutupan majlis Royal Engineering Festival(REF)