• Tidak ada hasil yang ditemukan

Jurnal Kesan Penggunaan Laman Sosial ke

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Jurnal Kesan Penggunaan Laman Sosial ke"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

Kesan Penggunaan Laman Sosial ke atas Kaedah Perbincangan di

dalam Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran Sejarah

Rossafri Mohamad & Shabariah Binti Mohamad Shariff

Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia, Universiti Sains Malaysia

rossafri@usm.my, sha1461@yahoo.com

Abstrak

Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti kaedah perbincangan yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah dengan menggunakan laman sosial ‘Facebook’ dapat meningkatkan motivasi dan kefahaman pelajar mengenai topik Tamadun Yunani dan Tamadun Rom bagi mata pelajaran Sejarah Tingkatan 4. Sampel kajian terdiri daripada 60 orang pelajar yang dipilih secara rawak dari sebuah sekolah luar bandar di Pulau Pinang. Soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian dan data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan Statistik Deskriptif dan Statistik Inferensi. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah pembelajaran menggunakan laman sosial dengan mengaplikasikan penggunaan facebook dapat meningkatkan motivasi dan kefahaman pelajar berdasarkan jantina dan aliran. Kajian ini juga mendapati terdapat perbezaan min yang signifikan dalam peningkatan motivasi berdasarkan jantina dan kefahaman pelajar berdasarkan aliran. Min keseluruhan ialah 3.81. Namun begitu, pemahaman pelajar dalam kaedah pembelajaran secara ICT dengan mengaplikasikan penggunaan facebook tidak bergantung kepada kemahiran komputer pelajar, dapatan kajian mendapati terdapat tidak perbezaan min yang signifikan dalam peningkatan kefahaman pelajar berdasarkan kemahiran komputer.

Mohamad, R. & Mohamad Shariff, S. (2011). Kesan Penggunaan Laman Sosial ke atas Kaedah Perbincangan di dalam Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran Sejarah. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia, 1(1), 75-80.

Pengenalan

Kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan menggunakan pendekatan perbincangan dalam kumpulan merupakan salah satu kaedah yang sering digunakan oleh guru semasa sesi pengajaran. Hal ini kerana ia dapat menggalakkan pelajar untuk mengemukakan idea dan pendapat secara bebas. Namun begitu, perbincangan sering gagal berfungsi sebagai satu unit kerana interaksi yang berkesan sesama pelajar tidak berlaku. Oleh itu, peluang ini digunakan oleh pengkaji untuk memperkenalkan pembelajaran menggunakan laman sosial bagi memperbaiki kaedah perbincangan secara kumpulan. Dalam konteks ini, kajian dilakukan untuk melihat tahap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif dalam mata pelajaran Sejarah Tingkatan 4 dengan mengaplikasikan penggunaan facebook agar dapat meningkatkan kefahaman dan memotivasi pelajar serta mengatasi permasalahan yang wujud.

Pernyataan Masalah

(2)

merupakan satu cabaran yang paling besar kepada guru-guru memandangkan ia merupakan mata pelajaran teras di dalam peperiksaan SPM dan juga merupakan mata pelajaran wajib lulus. Kini P&P mata pelajaran terlalu terarah kepada transmisi pengetahuan dan berorientasikan peperiksaan yang secara langsung mempengaruhi gaya pengajaran guru. Trigwell et al (1999) dan Meade (1997) berpendapat bahawa pihak sekolah patut menukar cara pengajaran dan pembelajaran yang memusatkan guru kepada memusatkan pelajar. Oleh itu, kaedah pembelajaran secara perbincangan dengan menggunakan laman sosial perlu dilaksanakan untuk mengaktifkan suasana pembelajaran dan meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah. Pendekatan ini diharapkan dapat dijadikan alternatif dalam pembelajaran Sejarah iaitu dengan memindahkan beberapa tajuk dan sub tajuk dalam bentuk paparan komputer yang boleh diakses pada bila-bila masa. Dalam kaedah ini, penggunaan laman sosial dimanipulasi selari dengan minat generasi yang suka meneroka persekitaran yang baru. Persekitaran yang baru akan menyebabkan pelajar memberi tumpuan kepada kaedah penggunaan dan penerokaan (Wlodkowski, 1978) seterusnya mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih seronok dan mencabar.

Signifikan Kajian

Kajian ini dijalankan setelah mendapati kurangnya kajian yang dijalankan terhadap penggunaan laman sosial dalam pembelajaran Sejarah khususnya bagi topik Tamadun Yunani dan Tamadun Rom untuk menjadikan P&P lebih bermakna dan menyeronokkan. Tambahan pula, selaras dengan perkembangan ICT ia bagi membolehkan pelajar mengakses maklumat mengikut masa dan kebebasan pelajar merka sendiri. Keadaan ini secara tidak langsung akan menggalakkan proses penambahan dan percambahan ilmu pengetahuan. Antara objektif yang hendak dicapai melalui kajian ini adalah untuk mengenalpasti sama ada P&P menggunakan kaedah perbincangan dengan laman sosial dapat ; a) meningkatkan motivasi pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah; b) meningkatkan teknik dan gaya pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah; c) meningkatkan kefahaman pelajar mengenai topik yang dipelajari dan ; d) mengatasi masalah atau kekangan masa dalam P&P Sejarah.

Metodologi Kajian

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan penggunaan instrument soal selidik Skala Likert 5 peringkat yang mengandungi empat konstruk. Dua pembolehubah digunakan dalam kajian ini iaitu pembolehubah bersandar dan pembolehubah moderator. Pembolehubah bersandar ialah motivasi dan kefahaman dan pembolehubah moderator ialah jantina, aliran dan kemahiran. Sampel kajian terdiri daripada pelajar Tingkatan 4 daripada sebuah sekolah menengah harian biasa yang terletak di kawasan luar bandar di Pulau Pinang. Lingkungan umur sampel adalah antara 16 hingga 17 tahun. 60 orang responden dipilih secara rawak. Semua responden dipilih dari sekolah yang sama kerana mereka memiliki ciri-ciri yang sama dari segi budaya dan suasana pembelajaran. Kesemua sampel telah mempunyai pengetahuan sedia ada tentang Tamadun Awal Manusia dalam bab sebelumnya mengikut sukatan pelajaran Sejarah Menengah Atas.

Analisis Data

a. Analisis Statistik Inferensi Dalam Peningkatan Motivasi Berdasarkan Jantina

Ho1 Tidak terdapat perbezaan yang siginifikan terhadap kaedah perbincangan dengan penggunaan

(3)

Jadual 1 Min dan Sisihan Piawai Motivasi Mengikut Jantina Pelajar

Jantina N Min Sisihan Piawai

Motivasi Lelaki 31 3.71 0.12

Perempuan 29 3.63 0.16

Levene's Test for Equality of Variances dalam Jadual 2 menunjukkan nilai keberangkalian p ialah 0.335 iaitu p > 0.05. Ini bermakna varians adalah tidak homogen di antara kedua-dua kumpulan. Dalam ujian t sample bebas terdapat perbezaan yang signifikan antara min dalam peningkatan motivasi pelajar berdasarkan jantina. Min motivasi bagi pelajar lelaki ialah 3.71 dan sisihan piawai ialah 0.12. Manakala min motivasi bagi pelajar perempuan ialah 3.63 dan sisihan piawai 0.16 di mana t=2.086,d.f = 58, p = 0.041 iaitu p  0.05. Oleh itu,terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik. Maka hipotesis nol ditolak.

Jadual 2 Keputusan Ujian t bagi Motivasi Berdasarkan Jantina

Levene’s Test for Equakity of

Variences

t-test for Equality of

Means

Item F Sig. Nilai t df Sig.

(2-tailed) Motivasi Kesamaan

varian diandaikan

.945 .335 2.086 58 0.041

Kesamaan varian tidak

diandaikan

2.069 52.80 0.043

*Aras Signifikan p  0.05

b. Analisis Statistik Inferensi Dalam Peningkatan Kefahaman Pelajar Berdasarkan Jurusan.

Ho2 Tidak terdapat perbezaan yang siginifikan terhadap kaedah perbincangan dengan penggunaan

aplikasi laman sosial dalam peningkatan kefahaman pelajar berdasarkan jurusan.

Jadual 3 Min dan Sisihan Piawai Kefahaman Mengikut Jurusan Pelajar

Jurusan N Min Sisihan Piawai

Kefahaman Sains 25 4.85 0.16

Sastera 35 4.76 0.18

(4)

Jadual 4 Keputusan Ujian t bagi Kefahaman Berdasarkan Jurusan

Levene's Test for Equality of Variances dalam Jadual 4 menunjukkan nilai keberangkalian p ialah 0.142 iaitu p >0.05. Ini bermakna varians adalah tidak homogen di antara kedua-dua kumpulan. Dalam ujian t sample bebas terdapat perbezaan yang tidak min dalam peningkatan kefahaman pelajar berdasarkan aliran. Min motivasi bagi jurusan sains min ialah 4.85 dan sisihan piawai ialah 0.16. Manakala min motivasi bagi jurusan sastera ialah 4.76 dan sisihan piawai ialah 0.18 di mana t=-2.047,d.f = 58, p = 0.045 iaitu p  0.05. Oleh itu,terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik. Maka hipotesis nol ditolak

c. Analisis Statistik Inferensi Dalam Peningkatan Kefahaman Pelajar Berdasarkan Kemahiran

Komputer.

Ho3 Tidak terdapat perbezaan yang siginifikan terhadap kaedah perbincangan dengan penggunaan

aplikasi laman sosial dalam peningkatan kefahaman pelajar berdasarkan kemahiran komputer.

Jadual 5 Ujian ANOVA Satu Hala berdasarkan peningkatan kefahaman pelajar mengikut kemahiran computer

(5)

Perbincangan Dapatan

Dapatan keseluruhan kajian ini menunjukkan jumlah keseluruhan min bagi 74 item ialah sebanyak 15.24 dengan purata keseluruhan min ialah 3.81. Dapatan ini menunjukkan bahawa responden bersetuju kaedah pengajaran dan pembelajaran secara perbincangan dalam mata pelajaran Sejarah dengan mengaplikasikan penggunaan laman sosial mampu meningkatkan motivasi, gaya pembelajaran, kefahaman dan mengatasi masalah/kekangan yang dihadapi pelajar kerana aras aras nilai min berada pada tahap tinggi iaitu lebih daripada 3.66 (Jadual 6). Secara keseluruhannya dapatan daripada data ini telah menjawab semua persoalan kajian dan hipotesis.

Jadual 6 Jumlah min keseluruhan dan purata

Jumlah Keseluruhan Min Item

Purata Keseluruhan Min Kaedah Pembelajaran

15.24 3.81 Baik

Secara keseluruhannya dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua persoalan kajian yang dikemukakan telah dapat dijawab. Soalan kajian yang pertama ialah adakah kaedah perbincangan dengan penggunaan aplikasi laman sosial dapat meningkatkan motivasi pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah? Hasil kajian menunjukkan bahawa kaedah perbincangan dengan penggunaan aplikasi laman sosial dapat meningkatkan motivasi pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah. Hal ini kerana daripada 36 item yang diuji dengan purata min keseluruhan ialah 3.67.

Soalan kajian yang kedua ialah adakah kaedah perbincangan dengan penggunaan aplikasi laman sosial dapat meningkatkan teknik dan gaya pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah? Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengajaran dan pembelajaran secara perbincangan dengan menggunakan aplikasi laman social berjaya meningkatkan teknik dan gaya pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah. Gaya pembelajaran ini meliputi cara pembelajaran secara kumpulan (kolaboratif), interaksi dua hala dan pembelajaran kendiri yang akhirnya memperoleh pembelajaran yang berkesan. Purata min keseluruhan teknik dan gaya pembelajaran ialah 3.86 daripada 10 item yang diuji. Kajian Martin (2002) menyatakan bahawa motivasi dan pencapaian pelajar akan menjadi lebih tinggi sekiranya kaedah pengajaran disesuaikan dengan mod pembelajaran yang disukai pelajar.

Bagi menjawab soalan kajian yang ketiga iaitu, adakah kaedah perbincangan dengan penggunaan aplikasi laman sosial dapat menguasai kefahaman topik tersebut? Daripada 12 item yang diuji didapati purata min keseluruhan bagi kefahaman tentang topik kajian ialah 4.80. Hal ini menggambarkan bahawa kaedah perbincangan dengan penggunaan aplikasi laman sosial dapat menguasai kefahaman pelajar berkaitan dengan topik Tamadun Yunani dan Tamadun Rom. Interaksi dua hala, kerjasama dan pembelajaran kendiri akan meningkatkan lagi pemahaman pelajar terhadap topik tersebut. Pendapat ini disokong oleh Windle dan Waren (2005), iaitu teori pembelajaran secara kolaboratif boleh menimbulkan minat dan motivasi pelajar. Guru membimbing penglibatan individu dalam proses kolaboratif dan perbincangan supaya dapat membina satu hubungan interaksi antara pelajar untuk membangunkan kemahiran berfikir seseorang pelajar dan mencapai pemahaman tentang sesuatu konsep.

(6)

dihadapi berada pada tahap sederhana. Hal ini bermakna pelajar mempunyai pandangan yang berbeza terhadap masalah yang berlaku semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Perasaan bimbang wujud dalam diri pelajar sekiranya menggunakan laman sosial kerana berkemungkinan besar pembaziran masa akan berlaku.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, kajian ini merumuskan bahawa dengan penggunaan kaedah perbincangan melalui laman sosial dapat meningkatkan motivasi dan kefahaman pelajar. Pendekatan ini merupakan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar dengan memberi peluang kepada pelajar terlibat dalam aktiviti dengan secara aktif serta membolehkan pembelajaran sosial berlaku melalui perbincangan kolaboratif semasa menghadapi masalah atau ketidakfahaman tentang sesuatu perkara. Seterusnya, motivasi pelajar terhadap bahan pengajaran dan pembelajaran terbentuk secara tidak langsung melalui penggunaan laman sosial. Justeru itu, pembelajaran yang berkesan akan berlaku dan diikuti oleh peningkatan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sejarah.

Rujukan

Keller J.M. (1987). Development and Use of the ARCS Model of Motivational Design. Journal of Instructional Development, 10(3), 2-10.

Martin, K.(2002). Issues of Teaching and Learning - Focussing on the student. In Focusing on the Student. Proceedings of the 11th Annual Teaching Learning Forum, 5-6 February. Perth: Edith Cowan University.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2002). Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Sejarah Tingkatan 4. Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.

Trigwell, K., Prosser, M. & Waterhouse, F. (1999) Relations between teachers’ approaches to teaching and students’ approaches to learning. Higher Education, 37, 57-70.

Windle, R. & Warren, S. (1999).Collaborative Problem Solving and Dispite Resolution in Special Education: Training Manual. Retrived November 27, 2009, from www.directionservices.org/cadre/contents.cfm.

Referensi

Dokumen terkait

Dari hasil pra survey pada beberapa Toko Alat Musik terkemuka di Kota Semarang sebagaimana nampak pada Tabel 1.2 dapat ditarik informasi bahwa minat pembelian alat

dengan metode kolom penukar anion masih perlu dilakukan penelitian lebih lanjut terutama aspek pengukuran radioaktifitas dan parameter yang digunakan dalam proses, agar

Yang bertanda tangan di bawah ini saya, Enggar Bangkit Laksono menyatakan bahwa skripsi dengan judul “Analisis Pengaruh Promosi, Inovasi Produk, dan Saluran

Dalam upaya memberikan nilai tambah dari bahan/material lokal yang melimpah, pembuatan keramik film tebal berbasis Fe 2 O 3 dari bahan lokal mineral yarosit dengan

software AMOS, digunakan untuk menganalisis data yang diperoleh, hasil analisis menunjukkan bahwa persepsi harga dan kualitas layanan berpengaruh positif terhadap

Populasi mikroba fungsional pada media tanam tanaman bawang merah yang mendapatkan perlakuan pemberian air limbah industri susu (ALIS) pada berbagai konsentrasi..

Dalam pembuatan Tugas Ontologi dalam Penelitian Ekonomi dikaitkan dengan Sumber Pengetahuan menggunakan Sumber Sekunder. Sumber Sekunder adalah merupakan sumber yang

Punca dan Sebab Kesalahan Bil. Ini kerana peribadi rakan akan mencerminkan diri kita. Pelatih I menyatakan bahawa beliau bukanlah seorang yang terlalu bebas atau liar