• Tidak ada hasil yang ditemukan

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dalam Aspek Kualiti Udara Dalaman

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dalam Aspek Kualiti Udara Dalaman"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

Oral Theme C 1

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dalam Aspek Kualiti Udara Dalaman Sytty Mazian Mazlana (P80184), Muhammad Rizal Razmana dan Kadir Arifinb

a

Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI),

Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia

b

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia

Email:

Penyataan Masalah: Kajian ini mengetengahkan permasalahan pokok iaitu adakah kejayaan pengurusan persekitaran pekerjaan yang lestari berdasarkan perundangan dan bukan perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam aspek kualiti udara dalaman berdasarkan teori sosiologi alam sekitar dipengaruhi oleh salah satu atau kombinasi di antara pendekatan holistik dan reduktsionisme. Objektif: Mengenalpasti perundangan dan bukan perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam aspek kualiti udara dalaman dalam mempengaruhi kejayaan pengurusan persekitaran pekerjaan yang lestari. Metodologi: Penyelidikan kualitatif digunakan bagi mendapatkan dapatan kajian dalam pengumpulan data-data sekunder dengan menggunakan perisian NVIVO 11. Hasil: Tiga perundangan telah dikenalpasti iaitu Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514), Akta Kilang dan Jentera 1967 (Akta 139), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) dan dua bukan perundangan iaitu Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan Kod Amalan Kecekapan dan Penggunaan Tenaga yang Diperbaharui untuk Bangunan Bukan Kediaman (MS 1525:2014). Governans kelestarian daripada pelbagai pihak kepentingan sama ada di peringkat kerajaan, industri dan orang awam adalah penting dalam perlaksanaan perundangan dan bukan perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam mewujudkan kejayaan pengurusan persekitaran pekerjaan yang lestari. Kesimpulan: Interaksi antara kumpulan organisasi manusia dan alam sekitar adalah penting dalam mewujudkan pengurusan persekitaran pekerjaan yang lestari dan juga selaras dengan keperluan Prinsip 1, 4, 10 dan 15 Deklarasi Rio 1992.

(2)

Oral Theme C 2

Kemudahterancaman Perubahan Iklim: Kajian kes Komuniti Jahai di RPS Air Banun, Perak. Ronzi Mohd Yusoff (P59712), Joy Jacqueline Pereira, Sharina Abdul Halim,

Hood Salleh dan Mustaffa Omar

Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI),

Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia Email: ronziisa@gmail.com

Pernyataan Masalah: Memahami kemudahterancaman sesebuah komuniti terhadap fenomena perubahan iklim adalah agenda penting untuk berhadapan dengan ketidakpastian impak fenomena tersebut dan menjadi asas dalam membangunkan strategi adaptasi. Objektif: Bagi mengenalpasti keadaan tersebut dua objektif utama yang memandu kajian ini iaitu; (1) untuk memahami sejauh mana kebergantungan komuniti Jahai terhadap sumber tabii; (2) mengkaji fenomena kepelbagaian iklim dan kesannya terhadap sumber tabii dan kemudahterancaman komuniti Jahai. Metodologi: Kewujudan fenomena perubahan iklim di kawasan kajian dikesan menerusi kejadian kepelbagaian iklim. Kajian ini dilakukan di kawasan Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Orang Asli Jahai yang terletak di puncak Banjaran Titiwangsa selama satu tahun iaitu bermula pada Januari 2014 sehingga Disember 2014. Kerja lapangan banyak memfokuskan kepada pendekatan kualitatif. Manakala, tinjauan menggunakan borang soal selidik turut diaplikasikan dalam mengumpul data di lapangan. Temuramah secara mendalam menerusi sejarah hidup dilakukan ke atas generasi pertama RPS seramai 10 orang. Generasi pertama RPS Air Banun terdiri daripada mereka yang berumur dari 35 tahun dan ke atas. Hasil: Hasil analisis dapatan kajian mendapati walau pun analisis tren menunjukkan kemerosotan dalam keseluruhan amalan iaitu kegiatan ekonomi sara diri, kegiatan ekonomi komersial, pemakanan, kesihatan dan budaya dan adat resam namun pergantung kepada sumber tabii terutamanya dalam kegiatan ekonomi sara diri masih lagi tinggi. Selain itu hasil dapatan kajian juga menunjukkan wujudnya fenomena kepelbagaian iklim di kawasan kajian. Tren kemerosotan amalan-amalan tersebut didapati selari dengan tren kepelbagaian iklim di kawasan kajian. Analisis tren keterdapatan sumber turut berlaku sedemikian. Keadaan tersebut didapati meningkatkan lagi impak fenomena perubahan iklim terhadap kemudahteracaman yang telah sedia wujud dalam komuniti Jahai. Impak kepelbagaian iklim di kawasan kajian berlaku dalam dua keadaan, secara langsung dan tidak langsung. Impak secara langsung dikesan berlaku terhadap aspek fizikal dan aspek kesihatan. Manakala impak secara tidak langsung pula didapati berlaku terhadap amalan tradisi seperti kegiatan ekonomi, pemakanan, dan budaya dan adat resam. Kesimpulan: Langkah-langkah untuk memperkasakan warga peribumi perlu diberi perhatian sewajarnya bagi mengurangkan kemudahterancaman mereka terhadap impak fenomena kepelbagaian iklim dan pada masa yang sama memantapkan lagi strategi adaptasi di masa akan datang.

(3)

Oral Theme C 3

Menilai Penerapan dan Perlaksanaan Tanggungjawab Sosial Industri Kimia di Lembangan Sungai Langat ke Arah Pembangunan Kelestarian

Noor Syazwani Binti Hassan (P78121) Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI),

Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia Email:

Pernyataan Masalah: Perkembangan industri yang pesat di Malaysia menyebabkan Perdana Menteri telah mengumumkan dalam ucapan belanjawan pada tahun 2007, syarikat awam tersenarai (PLC) dikehendaki untuk menzahirkan aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka sebagai inisiatif untuk mencapai pembangunan kelestarian. Oleh itu, Keperluan Penyenaraian dipinda untuk mengenakan kewajipan baru kepada PLC untuk melaporkan prestasi CSR mereka dalam laporan tahunan. Industri kimia merupakan antara penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia (KDNK). Sehingga 2015, terdapat 626 syarikat yang dikategorikan sebagai bahan kimia dan bahan kimia pembuatan di Malaysia. Terdapat sebanyak 73 syarikat kimia di sekitar Lembangan Sungai Langat (LSL). Walau bagaimanapun, tidak semua syarikat kimia tersebut melaksanakan CSR. Oleh itu, terdapat keperluan untuk mengkaji CSR daripada 73 syarikat kimia dalam LSL ke arah pembangunan kelestarian. Objektif: Objektif pertama kajian ini adalah untuk mengenal pasti komponen CSR untuk diterima pakai dan dilaksanakan oleh industri kimia di Malaysia ke arah pembangunan kelestarian. Objektif kedua adalah untuk menentukan hubungan antara komponen CSR dan pembangunan kelestarian yang boleh diterima pakai dan dilaksanakan oleh industri kimia di Malaysia. Objektif ketiga ialah untuk menilai penerimaan dan pelaksanaan CSR di 73 syarikat kimia dalam LSL ke arah pembangunan kelestarian. Metodologi: Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah berasaskan teori kajian kepustakaan daripada laporan tahunan, soal selidik dan temubual. Dalam kajian ini, 12 komponen CSR telah dikenal pasti untuk diterima pakai dan melaksanakan dalam industri kimia Malaysia berdasarkan empat tahap CSR, iaitu Ekonomi, Undang-undang, Etika dan Kebajikan, dan tiga asas untuk pembangunan kelestarian, iaitu sosial, ekonomi dan alam sekitar. Hubungan antara 12 komponen CSR dapat dijelaskan oleh 61 petunjuk yang diguna pakai oleh syarikat kimia di Malaysia. Hasil: Kajian menunjukkan bahawa 22 daripada 73 syarikat-syarikat kimia di LSL telah menerima pakai dan melaksanakan CSR di mana terdapat 1 Syarikat Awam Tersenarai (PLC), 13 Multi-National Companies (MNC), 8 Syarikat Tempatan (LC) tetapi tiada Syarikat Kecil Serdehana (SME) yang menunjukkan prestasi CSR. Kesimpulan: Dua belas komponen CSR yang dinilai kepada 73 syarikat-syarikat kimia dalam LSL menunjukkan bahawa tahap penerapan dan pelaksanaan CSR adalah rendah terutamanya MNC, SME dan LC kerana mereka tidak diwajibkan untuk melaksanakan CSR dan penemuan ini memainkan peranan penting kepada industri kimia dalam LSL bagi mengetahui prestasi mereka dalam aktiviti CSR dan membantu untuk meningkatkan aktiviti CSR ke arah pembangunan kelestarian.

(4)

Oral Theme C 4

Penjanaan Ilmu Kelestarian Alam Sekitar di Kalangan Murid Sekolah Rendah Azlinawati Abdullah (P67224)

Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI),

Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia Email:

Pernyataan Masalah: Kanak-kanak di Malaysia mempelajari tentang alam sekitar secara formal, tidak formal dan bukan formal, sama ada melalui pendidikan di sekolah, melalui pihak berpengaruh luar (ibu bapa dan keluarga, NGO, persatuan alam sekitar) dan media (bercetak dan elektronik). Namun, adakah pengetahuan alam sekitar yang diterima memberi makna dan boleh diterjemahkan serta disampaikan kepada pihak lain? Sehubungan itu adalah penting untuk mengenal pasti sumber penjanaan ilmu kanak-kanak tentang alam sekitar, tahap pengetahuan dan pemahaman mereka tentang alam sekitar dan bagaimana mereka menterjemahkan pemahaman tersebut dalam bentuk yang mudah difahami oleh orang lain. Juga perlu dipastikan kandungan pembelajaran alam sekitar dapat dibentuk mengikut pemahaman kanak-kanak ini. Objektif: Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sumber penjanaan ilmu, tahap pengetahuan dan model mental kanak-kanak tentang alam sekitar. Metodologi: Kajian ini dijalankan pada 4 – 14 November 2014 di empat buah sekolah di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, iaitu di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang. Seramai 480 murid tahap dua (tahun 4, 5 dan 6) yang terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Kaedah yang digunakan meliputi kaedah analisis kandungan, soal selidik dan teknik visual (lukisan), manakala dapatan kajian dianalisis menggunakan kedua-dua analisis deskriptif dan inferensi. Hasil: Kajian mendapati bahawa sumber penjanaan ilmu yang utama bagi murid-murid mengenai kelestarian alam sekitar adalah melalui sumber di luar sekolah (94.0%), sementara itu tahap pengetahuan murid tentang kelestarian alam sekitar berada di tahap sederhana (44.4%). Hasil kajian terhadap teknik visual, iaitu lukisan murid mengenai alam sekitar menunjukkan sebahagian besar (96.7%) murid menunjukkan komponen biotik merupakan komponen alam sekitar yang paling banyak dilukis oleh murid-murid, manakala manusia merupakan komponen alam sekitar yang paling sedikit dilukis oleh mereka, iaitu hanya sebanyak 12.5%. Akhir sekali, model mental yang paling dominan dalam kajian ini adalah Model Mental 2, iaitu model mental yang tidak lengkap kerana terdapat satu atau lebih komponen alam sekitar tidak wujud dalam lukisan murid-murid ini, serta interaksi yang ditunjukkan juga adalah tidak jelas atau secara asas sahaja. Hasil ujian khi kuasa dua menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara (1) sumber penjanaan ilmu di sekolah dengan umur, (2) model mental dengan umur, dan (3) model mental dengan jantina. Kesimpulan: Memandangkan dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan murid yang sederhana dan model mental yang tidak lengkap tentang alam sekitar, lebih usaha perlu dilakukan oleh pelbagai pihak untuk meningkatkan pemahaman dan pengetahuan murid tentang alam sekitar, supaya kelestarian alam sekitar dapat dicapai dan dibudayakan oleh golongan peneraju masa hadapan ini.

(5)

Oral Theme C 5

Pendorong Kitar Semula Sisa Bateri: Kajian Kes di Bangi, Selangor Farhah Abdillahil Moktamin (P70009)

Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI),

Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia Email:

Pernyataan Masalah: Kaedah terbaik untuk menguruskan sisa bateri secara minimum adalah dengan melakukan kitar semula. Namun, kebanyakan pelajar kurang berminat untuk mengitar semula sisa bateri kerana mereka merasa ini bukan tanggungjawab mereka. Mereka membuang sisa bateri bersama sisa lain ke dalam tong sampah, sungai atau menyimpan sisa bateri di rumah. Pelajar perlu mengubah sikap mereka agar dapat memelihara alam sekitar dengan mengitar semula sisa bateri dan menterjemahkan kesedaran mereka ke dalam bentuk komitmen. Objektif: Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji faktor yang mendorong kepada kitar semula sisa bateri dengan memahami tingkah laku dan kesedaran pelajar terhadap pengurusan sisa bateri menggunakan teori tingkah laku terancang (TPB) di kalangan pelajar sekolah di Bangi. Metodologi: Data diperoleh secara kuantitatif melalui kaedah soal kaji selidik. Seramai 349 responden dipilih secara rawak berlapis. Hasil: Kajian menunjukkan bahawa faktor norma sosial merupakan penyumbang utama kepada pendorong kitar semula sisa bateri di kalangan responden berdasarkan teori TPB diikuti dengan faktor kesanggupan membayar, sikap dan kawalan tingkah laku. Manakala wujud beberapa hubungan positif dan signifikan antara faktor infrastruktur dan kawalan tingkah laku (r2=0.359); tanggungjawab dan kawalan tingkah laku (r2=0.395); sikap dan niat (r2=0.182); kesanggupan membayar dan tingkah laku (r2=0.332). Kesimpulan: Ini menunjukkan bahawa norma sosial yang tinggi dapat mempengaruhi tingkah laku responden dalam mengitar semula sisa bateri dan meningkatkan kesedaran mereka. Sikap responden akan meningkat sekiranya diberikan pelbagai ganjaran sebagai tanda penghargaan mereka melakukan amalan tersebut. Para pelajar memerlukan informasi yang tepat supaya mereka dapat mengubah sikap mereka agar lebih mudah dan bertanggungjawab untuk mengitar semula sisa bateri dan seterusnya meningkatkan kesedaran mereka.

(6)

Oral Theme C 6

Faktor Kritikal Kejayaan dan Cabaran Inisiatif CSR dalam Kalangan Syarikat Swasta Terpilih Naziatul Aziah Mohd Radzi (P80743), Sharina Abdul Halim, Chamhuri Siwar, Lee Khai Ern

Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI),

Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia Email: naziatulaziah@gmail.com

Pernyataan Masalah: Inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) merupakan aspek penting sesebuah organisasi untuk memastikan kelestarian operasi dan meraih kepercayaan dari pihak berkepentingan yang terdiri daripada pelanggan, penggubal undang-undang dan komuniti sekeliling. Inisiatif CSR yang berkesan perlu dilaksanakan agar program yang direncanakan benar-benar memberi sumbangan kepada golongan sasaran. Amalan CSR telah lama bertapak di Malaysia, namun perlaksanaan dan sumbangan inisiatif sendiri ke arah peningkatan kesejahteraan dan kebajikan rakyat masih dipertikaikan dan kurang pembuktian secara empirikal mengenainya. Tambahan pula, di Malaysia tiada perundangan khusus dan nyata terhadap amalan CSR jika dibandingkan dengan negara membangun lain seperti India. Kajian sedia ada lebih banyak memfokuskan faedah perlaksanaan inisiatif CSR terhadap syarikat itu sendiri. Sektor swasta mempunyai peranan terhadap pembangunan sosial melalui amalan CSR. Peranan ini dianggap dapat meringankan beban kerajaan yang sedia menanggung pelbagai kapasiti perbelanjaan. Namun, sehingga sekarang peranan sektor swasta melalui amalan CSR di Malaysia masih kurang mendapat liputan. Perlaksanaan di peringkat syarikat pula lebih tersusun dan terancang jika melibatkan syarikat swasta yang bersaiz besar. Objektif: Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti cabaran yang mendepani perlaksanaan inisiatif CSR dan faktor kritikal kejayaan yang menyumbang kepada perlaksanaan inisiatif CSR. Beberapa cabaran perlaksanaan dan faktor kritikal kejayaan telah dikenal pasti berdasarkan perspektif pihak pelaksana inisiatif CSR dalam kalangan empat yayasan yang mewakili syarikat swasta terpilih. Aspek cabaran dan faktor kritikal kejayaan dikenal pasti berdasarkan kajian lepas dan diaplikasikan untuk kajian ini. Metodologi: Borang soal selidik yang mengandungi empat bahagian diedarkan kepada pihak pelaksana CSR dalam kalangan syarikat swasta terpilih dari bulan Julai hingga September 2016. Hasil analisis kajian menunjukkan bahawa faktor kejayaan strategik (nilai min=4.2029) paling tinggi menyumbang faktor kritikal kejayaan diikuti oleh faktor pemasaran (nilai min=4.1857) dan sumber manusia (nilai min=4.1623) dan faktor kewangan (nilai min=4.1389) serta akhir sekali faktor persekitaran (nilai min=4.0556). Manakala kos yang tinggi (nilai min=3.4167), perlaksanaan terlalu rumit (nilai min=3.3611) dan faedah perniagaan tidak segera diperolehi (nilai min=3.2778) merupakan cabaran yang paling tinggi. Pengenalpastian faktor kritikal kejayaan dan cabaran berkaitan inisiatif CSR adalah penting supaya perancangan dan perlaksanaan inisiatif dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan untuk menyumbang kepada golongan sasaran. Kesimpulan: Dalam persekitaran ketidaktentuan ekonomi dan peralihan zaman globalisasi tentunya memerlukan perancangan perlaksanaan inisiatif CSR yang teliti bagi menjamin keberkesanan program supaya memenuhi matlamat asal syarikat iaitu memenuhi keperluan tanggungjawab sosial kepada pihak berkepentingan. Perlaksanaan inisiatif CSR adalah sangat diperlukan namun adalah lebih baik jika inisiatif CSR diberikan perhatian sewajarnya terutamanya dari pihak penggubal undang-undang dan juga masyarakat supaya usaha dari syarikat swasta terhadap tanggungjawab sosial adalah jelas, berbaloi dan tidak dipersoalkan. Satu instrumen perundangan khusus ke atas inisiatif CSR perlu diwujudkan bagi menggalakkan lebih ramai penyertaan dari syarikat swasta dan penglibatan dari pelbagai lapisan masyarakat.

Referensi

Dokumen terkait

dibandingkan jenis pupuk agroprobiotik air cucian beras yang lain; (2) waktu pemberian pupuk agroprobiotik pada pagi hari (07.00-08.00) memberikan pengaruh lebih baik

palmifolia dari 6 lokasi yang berbeda yaitu Srengat Blitar Jawa Timur, Tawangmangu Karanganyar Jawa Tengah, Cijeruk Bogor Jawa Barat, Balikpapan Balikpapan Kalimantan Timur,

tidak bisa menolak hipotesis yang menyatakan “Kualitas Pelayanan berpengaruh signifikan terhadap Loyalitas Pelanggan pada PT. Bravo Satria. Perkasa. Nilai beta dalam

Tujuan audit atas laporan keuangan oleh auditor independen adalah untuk menyatakan pendapat tentang kewajaran, dalam semua hal yang material, posisi keuangan,

Pondok Pesantren Al-Munawwir Komplek Q krapyak sebagai sebuah institusi pendidikan yang juga memiliki tujuan sebagaimana institusi pendidikan lainnya dengan

Dari penelitian ini dapat disimpulkan bahwa pola pendetailan sengkang pengikat pada portal yang terdiri dari pola sengkang silang pada kolom dengan pola

Dasar mengenai cara penanaman tanaman TOGA yang telah diperoleh pada pelaksanaan program PKK tahun 2014 akan menjadi bekal untuk mengolah hasil taman TOGA yang

Bentuk program yang akan dilaksanakan oleh peserta KKN-Tematik adalah program pendidikan dan pelatihan, desa oleh dosen pelaksana dan didampingi oleh mahasiswa