• Tidak ada hasil yang ditemukan

KEPIMPINAN WANITA DALAM POLITIK DAN HALA TUJU POLISI AWAM MALAYSIA: KAJIAN KES PILIHAN RAYA UMUM KE-12

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KEPIMPINAN WANITA DALAM POLITIK DAN HALA TUJU POLISI AWAM MALAYSIA: KAJIAN KES PILIHAN RAYA UMUM KE-12"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

PROSIDING

Seminar

OLITIK MALAYSIA

Penyunting

Worran Hj. Kabul

Shireen Haron

Mat Zin Mat Kib

Abdul Kadir Rosline

Pusat Penerbitan Universiti (UPENA) Universiti Teknologi MARA • SHAH ALAM • 2008

(2)

KEPIMPINAN WANITA DALAM POLITIK DAN

HALA TUJU POLISI AWAM MALAYSIA:

KAJIAN KES PILIHAN RAYA UMUM KE-12

Noorun Nashriah Hj.Ramli

A B S T R A K

Kqjian ini adalah untuk mengkaji "Kepimpinan Wanita Dalam Politik dan Halatuju Polisi Awam Malaysia menerusi Kajian Kes pilihan raya Umum ke-12". Penyertaan calon wanita Melayu dari Pakatan Rakyat merupakan antara tumpuan menarik dalam pilihan raya Umum ke-12. Prestasi calon wanita pembangkang nampak lebih menyerlah dalam pilihan raya tersebut kesemua 13 calon wanita dari parti pembangkang yang bertanding di negeri Selangor dan Kuala Lumpur telah menang dengan majoriti yang besar. Kemenangan calon wanita dari Pakatan Rakyat telah menyumbang kepada kemenangan besar Pakatan Rakyat di Selangor sehingga berjaya membentuk kerajaan baru. Gelombang kebangkitan rakyat di Malaysia selepas pilihan raya Umum ke-12 telah mengubah proses serta halatuju politik negara. Begitujuga dengan sikap dan peranan wanita dalam politik yang pasti akan merubah proses penggubalan polisi awam di Malaysia. Bagi memastikan kajian ini mencapai objektif, temubual berstruktur telah dijakmkan terhadap lima orang calon, kinipemimpin wanita PR yang menang di kawasan Selangor. Mereka yang ditemubual adalah YB Dr Siti Mariah Mahmud (PAS) Parlimen Kota Raja, YB Dr Halimah Ali (PAS) Adun Selat Kelang, YB Puan Haniza bt Talha (Keadilan) Adun Taman Medan, YB Puan Rodziah Ismail (Keadilan) Adun Batu Tiga Shah Alam dan YB Puan Zuraida Kamaruddin (Keadilan) Parlimen Ampang J ay a. Hasil daripada temubual yang dijalankan, terdapat keunikan pada lima orang calon wanita Melayu pembangkang terutama dari aspek sosialisasi politik. Ironiknya, terdapat

"trademark" yang dibawa oleh calon wanita PKR dan PAS yang mana seakan-akan memberi gambaran terhadap identiti parti yang disertai oleh mereka. Malah dalam temubual ini juga, isu-isu dan strategi yang dibawa oleh calon wanita sewaktu pilihan raya Umum ke-12 telah dapat dikenal pasti. Justeru itu, di akhir kajian ini akan dapat melihat kesan penglibatan wanita dalam proses politik dan juga kesan penyertaan tersebut terhadap halatuju penggubalan Polisi Awam di Malaysia.

PENGENALAN

Pilihan raya Umum 8 Mac 2008 lalu menyaksikan penyertaan tertinggi wanita dalam sejarah pilihan raya Umum Malaysia di mana seramai 87 calon wanita bertanding di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala 43 lagi di peringkat Parlimen. Hasilnya, 24 calon wanita menang di peringkat Parlimen atau (10.8 peratus) berbanding dengan 21 orang (10.5 peratus) pada pilihan raya Umum

(3)

SEMINAR POUTIK MALAYSIA

2004 dan 20 orang (10.4 peratus) pada pilihan raya Umum 1999.1 Walaupun peningkatan penyertaan

calon wanita di Parlimen dan DUN tidak begitu memberangsangkan iaitu kurang dari 1% dari 1999 ke 2004 dan peningkatan 1% dari 2004 ke 2008, namun ada beberapa faktor menarik mengenai penyertaan wanita dalam pilihan raya Umum ke 12 dan seterusnya mengenai komposisi wanita di Parlimen dan DUN. Antaranya adalah dari segi kualiti calon wanita Melayu yang bertanding khusus mewakili parti-parti pembangkang.2 Malah isu-isu yang dibangkitkan sepanjang kempen pilihan

raya tersebut termasuk kandungan manifesto juga mendapat perhatian rakyat Malaysia.3

Penyertaan calon wanita Melayu dari Pakatan Rakyat merupakan antara tumpuan menarik dalam pilihan raya Umum ke 12. Prestasi calon wanita pembangkang nampak lebih menyerlah dalam pilihan raya Umum tersebut. Ini adalah kerana kesemua (100%) calon wanita dari parti pembangkang yang bertanding di negeri Selangor dan Kuala Lumpur telah menang dengan majoriti yang besar apabila setiap calon wanita yang bertanding telah menang dengan majoriti sekalipun bertanding di kerusi panas.4

Jadual 1: Senarai Calon-Calon Wanita Melayu Pembangkang Yang Memenangi Pilihan raya Umum ke-12 di kawasan Selangor.

Nama 1. 2. 3. 4. 5.

YB Dr. Siti Mariah Mahmud (PAS)-Parlimen

YB Dr. Halimah Ali Abdullah (PAS)-DUN

YB Zuraida Kamaruddin (ADIL)-Parlimen

YB Haniza binti Mohamed Talha

(ADIL)-DUN

YB Rodziah binti Ismail

(ADIL)-DUN

Bahagian pilihan raya

P.111 Kota Raja, Selangor Menewaskan Calon BN, S.A Vigneswaran (17,879)

N.45 Selat Kelang, Selangor Menewaskan Calon BN, Norliza Ahmad (9,978)

P 99 Ampang menewaskan calon BN Azman Wahid (23,319)

N 33 Taman Medan menewaskan calon BN Munaliza binti Hamzah (12,370)

N 41 Batu Tiga menewaskan calon BN Salamon bin Selamat (12,289)

Jumlah Majoriti Undi

Jumlah Undi: 38,630 Majoriti Menang : 20,751 Jumlah Undi: 11,437 Majoriti Menang : 1,459 Jumlah Undi: 51,097 Menang: 26,995 Majoriti Menang: 3,676 Jumlah Undi: 29,652 Menang: 16, 803 Majoriti Menang: 4,433 Jumlah Undi: 28,526 Menang: 15,852 Majoriti Menang:3,563

Jadual 1 menunjukkan bilangan calon-calon wanita Melayu Pakatan Rakyat yang telah memenangi pilihan raya Umum ke 12. Berdasarkan analisis demografi, calon wanita parti pembangkang di Selangor memilih untuk bertanding di kawasan yang terdiri daripada pengundi pelbagai etnik, agama dan budaya iaitu orang Melayu, Cina, India dan lain-lain lagi. Meskipun ke

(4)

lima-lima YB berbangsa Melayu, sokongan kaum bukan Melayu yang ditunjukkan melalui keputusan pilihan raya Umum ke 12 amat mengejutkan. Keadaan ini jelas menunjukkan pengundi di negeri Selangor telah melakukan satu pembaharuan dalam perlakuan politik mereka apabila bertindak tidak lagi memilih calon berdasarkan parti, agama, atau gender. Sebaliknya, pengundi lebih cenderung memilih calon berdasarkan kewibawaan. Justeru, perubahan yang berlaku di negeri Selangor telah memberi pengiktirafan kepada calon-calon wanita parti pembangkang untuk menunjukkan bakat kepimpinan mereka.

Kemenangan calon-calon wanita pembangkang Pakatan Rakyat telah menyumbang kepada kemenangan besar parti tersebut di Selangor sehingga berjaya membentuk kerajaan baru. Penyertaan wanita dalam politik pada tahun 2008 berjaya menunjukkan peningkatan yang membanggakan apabila seramai 4 orang wanita atau (40% peratus) yang terdiri daripada 2 wanita Melayu dan 2 wanita bukan Melayu dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Selangor (Exco). Di antara jawatan yang disandang oleh wanita ialah Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan yang dipimpin oleh YB Cik Elizabeth Wong, Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi oleh YB Puan Rodziah bt Ismail, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi, dan Pembangunan Modal Insan oleh YB Dr. Halimah AH manakala Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar dipimpin oleh YB Cik Teresa Kok.5

Menurut YB Rodziah iaitu Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, pelantikan wanita sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Selangor bukanlah berdasarkan kuota tetapi lebih kepada kesesuaian dan kepakaran mereka. Jelas beliau lagi, setelah meneliti kelayakan calon wanita dan lelaki, akhirnya Menteri Besar Selangor yang baru iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim secara tidak langsung telah mengumpulkan empat orang wanita sebagai Ahli Majlis Mesyuarat. Secara tidak langsung, penyertaan lebih ramai wanita dalam politik dijangka akan dapat membawa perubahan baru dalam proses politik dan juga penggubalan polisi awam yang lebih mantap lagi di Malaysia.6

Sikap wanita yang prihatin, komited, telus dan "less corrupted" akan dapat membantu memperhalusi dasar yang sedia ada.

Gelombang kebangkitan rakyat di Malaysia selepas pilihan raya Umum ke 12 dijangka mengubah proses serta halatuju politik negara Malaysia. Begitu juga dengan sikap dan peranan wanita dalam politik yang pasti akan merubah proses penggubalan polisi awam di Malaysia. Buktinya, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail telah menyatakan dengan berani dan yakin bahawa di Malaysia tidak mustahil jika satu hari nanti wanita akan menjadi Perdana Menteri seperti mana yang telah berlaku di Indonesia yang pernah melantik Megawati sebagai Presiden.7

Tahun 2008 juga telah menyaksikan pelantikan YB Puan Haniza bt Talha, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan sebagai Timbalan Speaker yangjulung kalinya disandang oleh seorang wanita. Pelantikan ini jelas menunjukkan wanita di Malaysia kini mampu memberikan saingan hebat kepada golongan lelaki dalam bidang politik yang sekian lama merupakan satu bidang yang didominasi oleh lelaki. Malah dalam beberapa aspek, wanita di Malaysia jauh lebih ke hadapan berbanding lelaki.

Untuk sekian lamanya, penyertaan wanita dalam politik di Malaysia, khusus di peringkat pembuatan dasar tidak begitu membanggakan. Jelas wanita di Malaysia sebelum ini seakan-akan

(5)

SEMINAR POLITIK MALAYSIA

tenggelam dalam arena politik. Namun demikian, selepas pilihan raya Umum ke 12 senario tersebut telah sedikitberubah. "Political tsunami" yang berlaku bukan sahaja membabitkan perlawanan sengit di antara parti-parti yang bertanding, malah personaliti atau ketokohan calon-calon yang dipilih untuk bertanding, khusus wanita. Antara kejutan tersebut adalah kemenangan kesemua calon-calon wanita parti pembangkang di kawasan bandar di Selangor dan Kuala Lumpur.

Kemenangan calon wanita pada pilihan raya Umum ke 12 merupakan satu petanda awal masyarakat di Malaysia telah bersedia menerima dan mengakui ketokohan kepimpinan wanita. Malah situasi ini menyuntik semangat wanita lain untuk sama-sama berjuang dalam arena politik. Dalam kertas kerja ini akan menjelaskan proses sosialisasi politik calon wanita Pakatan Rakyat, misi dan visi serta isu-isu yang diperjuangkan semasa dan selepas pilihan raya Umum ke 12 yang diperolehi menerusi temubual yang dijalankan ke atas ke lima-lima orang YB tersebut. Tidak ketinggalan strategi pilihan raya yang digunakan oleh calon wanita PKR dan corak kepimpinan baru khusus kepimpinan wanita, bakal mencorakkan halatuju politik dan polisi awam Malaysia.

LATAR BELAKANG

Lewat tahun 1950an, dalam konteks pembangunan negara, wanita masih dianggap sebagai surirumah, isteri dan ibu sahaja. Ini boleh dilihat melalui pendekatan-pendekatan yang dibuat oleh pihak kerajaan dalam dasar-dasar pembangunannya pada waktu itu. Kebanyakan program berkaitan dengan perancang keluarga, menjarakkan kehamilan, kesihatan ibu dan anak-anak. Caroline Moser (1989) melihat pembangunan di atas sebagai pendekatan kebajikan (welfare approach). Menurut Moser, dalam konteks ini wanita dilihat sebagai penerima dasar kepada proses pembangunan yang dibuat dan bukannya rakan kepada pembangunan itu sendiri.8

Namun demikian dalam era 1950an, terdapat juga golongan elit wanita di Tanah Melayu yang mula bergerak ke arena politik seperti Fatimah Hashim, Ibu Zain dan Khatijah Sidek.9 Golongan

ini mula berpartisipasi secara aktif dalam aktiviti kemasyarakatan, termasuk bidang politik. Penglibatan wanita dalam politik dilihat sebagai satu perkembangan yang amat baik dalam memastikan penyertaan mereka seiringan dengan agenda pembangunan negara.

Menurut sejarah kemerdekaan Malaysia, wanita telah bekerja keras dalam usaha membantu negara mendapatkan kemerdekaan negara daripada kuasa British di Tanah Melayu. Suara-suara mereka amat kuat sehingga akhirnya British bersedia memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Dalam dekad 1960an, beribu wanita telah keluar dari kampung ke bandar untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai pekerja kilang di kawasan Zon Industri Bebas.10 Jelas, wanita semeraangnya

memainkan peranan penting dalam agenda pembangunan negara.

Setelah mencapai 50 tahun kemerdekaan, wanita di Malaysia semakin maju ke hadapan seiring dengan matlamat pembangunan negara. Malah terdapat beberapa tokoh wanita yang amat dikagumi dalam pelbagai sektor, antaranya perbankan, ekonomi, pendidikan, undang-undang, hiburan dan sebagainya.11 Kebolehan wanita sebagai pemimpin terbukti dengan adanya wanita yang berjaya

menjawat jawatan penting dalam sektor kerajaan dan swasta.

Pada masa ini, terdapat ramai wanita telah berjaya mengetuai organisasi dalam sektor awam dan swasta termasuk korporat. Antara tokoh wanita berjaya ialah Dato' Seri Shahrizat Jalil (Ahli

(6)

Politik), Dato Seri Wan Azizah Wan Ismail (Ketua Pembangkang), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz (Ketua Gabenor Bank Negara), Tan Sri Nuraizah Abdul Hamid ( Mantan Pegawai Tadbir dan Diplomatik), Datuk Zarinah Anwar (Penolong Ketua Eksekutif Securiti Commission Malaysia), Zainah Anwar (Pengarah 'Sisters In Islam', NGO) dan tidak terkecuali kejayaan wanita dalam bidang pengarahan filem seperti Yasmin Ahmad yang menjadi pencetus pembaharuan dalam karya filem dan banyak lagi.

Namun begitu apabila dikaji dengan lebih terperinci lagi, rekod wanita dalam politik tidaklah begitu membanggakan. Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2, jumlah penyertaan wanita di Dewan Rakyat adalah tidak lebih dari 10% walaupun sudah 50 tahun negara merdeka.12 Ini sekaligus

meletakkan satu jurang atau ketidakseimbangan di antara pencapaian wanita dalam pendidikan dengan penyertaan aktif wanita dan politik di Malaysia. Menurut sarjana Ilmu Politik, Dr Rashila Ramli, pemilihan wanita dalam proses pilihan raya adalah tidak telus kerana kerana unsur gender lebih mempengaruhi berbanding dengan kredibiliti kepimpinan.13

12.0- 10.0-

8.0-fi

§ 6.0-2.0' 0.0 10.4 7.3 S,A

^wm

2,"i *1

A

:< >?-..•-.* a * %*.v jr. •<!#. 1959 1«90

mm

T a h u n / Year 2007

Rajah 3: Peratusan Wanita di dalam Dewan Rakyat dari 1959-2007 Sumber: Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Berdasarkan temubual bersama salah seorang calon wanita parti pembangkang di Selangor iaitu YB Puan Zuraida, Ahli Parlimen Ampang Jaya, di antara punca kurangnya penglibatan wanita dalam politik adalah kerana gambaran atau persepsi yang buruk tentang politik, misalnya pendekatan politik yang diamalkan oleh parti pemerintah yang dilihat sebagai suatu yang kotor, di mana berlaku 'tikam-menikam', berpuak-puak dan cenderung mendominasi serta suka memburukkan antara satu sama lain.14 Mas beliau lagi, satu definisi baru tentang politik harus diberikan. Melalui Parti Keadilan

sendiri, wanita didedahkan dengan defmisi "politikbaru" iaitu politik ditafsirkan sebagai perjuangan mendapatkan keadilan dan wadah perjuangan untuk wanita. Menurut YB Puan Zuraida lagi, definisi 'politik baru'yang diberikan oleh Parti Keadilan Rakyat telah berjaya menarik perhatian pemimpin-pemimpin muda dan golongan berpendidikan untuk berjuang dalam wadah baru politik.

(7)

SEMINAR POLITIK MALAYSIA

Begitu juga dengan manifesto yang dibawa oleh Pakatan Rakyat iaitu "Negara Berkebajikan" juga telah berjaya menarik perhatian golongan muda terhadap politik. Malah, manifesto tersebut telah memberi peluang kepada calon wanita pembangkang menunjukkan bakat kepimpinan mereka. Bagi Timbalan Speaker yang juga Adun Taman Medan, YB Puan Haniza bt Talha perkataan "kebajikan" itu sendiri dekat dengan naluri semulajadi wanita yang begitu mudah membantu.15

Kesemua calon wanita PKR telah terlebih dahulu didedahkan dengan masyarakat melalui penyertaan NGO dan aktiviti kesukarelawan sebelum menyertai politik. Oleh yang demikian, isu yang dibawa sewaktu berkempen dalam PRU 12 adalah berkait rapat dengan "Quality of Life" dan kepentingan sejagat.16 Sebagai contoh, isu tempat tinggal, alam sekitar, kesihatan, isu kebebasan

beragama, kemudahan awam seperti jalan raya, padang bola dan isu kenaikan harga barang adalah isu yang menyentuh kehidupan setiap individu.

ASAS PERJUANGAN: CALON WANITA SELANGOR

Menerusi temubual dan profail yang diperolehi jelas dilihat kesemua calon wanita Melayu pembangkang telah bergiat dalam aktiviti "kesukarelawan" dan NGO sebelum menyertai politik. Malah, tidak dapat dinafikan peristiwa pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim bekas Timbalan Menteri Malaysia pada tahun 1998 merupakan antara faktor utama yang menjadi asas perjuangan mereka dalam politik. Berdasarkan latarbelakang penglibatan "kesukarelawan" ke lima-lima calon wanita ini mereka telah membawa perubahan baru dalam dunia politik. Antara kelainan yang ditemui oleh penulis melalui kajian ini ialah mereka mudah dihubungi, ringkas atau tidak terikat dengan protokol, mempunyai personaliti atau penampilan muslimah, sebagai contoh bertudung dan memakai sarung tangan ketika bersalam dengan lelaki.17

Berkenaan aspek pendidikan, kelima-lima calon wanita pembangkang telah menerima pendidikan tinggi termasuk ijazah daripada luar negara. Kesemua mereka merupakan golongan profesional seperti doktor, jurutera, ahli korporat, arkitek dan penulis. Kelebihan yang paling ketara yang dapat dilihat ialah ke lima-lima calon bergiat aktif dalam aktiviti "kesukarelawan" atau NGO di mana kepakaran yang ada telah diterjemahkan melalui badan tersebut. Sebagai contoh YB Puan Haniza, YB Puan Rodziah dan YB Puan Zuraida daripada PKR menganggotai Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bertujuan membantu golongan wanita, orang miskin dan mendidik kanak-kanak di peringkat Taska. Dalam temubual bersama YB Puan Zuraida beliau memaklumkan bahawa, menerusi kegiatan NGO dan Taska, beliau dapat memperkenalkan parti Keadilan kepada masyarakat selain berpeluang membantu golongan susah.

Jelas, penubuhan NGO ini juga merupakan satu lagi agen sosialisasi yang dapat membantu masyarakat mengenali parti politik khusus bagi parti Keadilan. Malah, strategi yang sama juga diambil oleh calon wanita PAS iaitu menggunakan kepakaran sebagai doktor untuk menjalankan kerja "kesukarelawan" dengan mengadakan klinik bergerak untuk penduduk setempat.

Malah dalam temubual itu, YB Puan Zuraida turut menjelaskan bahawa di dalam Parti Keadilan asas perjuangan wanita adalah melayan sama rata setiap individu tanpa "memilih bulu'. Jelas beliau lagi, perjuangan wanita Melayu dalam Pakatan Rakyat mementingkan prinsip keadilan kerana keadilan disebut dalam AL-Quran sebagai elemen penting untuk memelihara kesejahteraan sesebuah

(8)

negara. Maka, manifesto yang di bawa iaitu "Negara Berkebajikan" telah menjadi asas perjuangan bagi calon wanita Keadilan dan PAS di Selangor selepas memenangi pilihan raya Umum ke 12.

Naluri dan semangat berbakti kepada masyarakat melalui aktiviti kesukarelawan seperti mengelola TASKA, klinik bergerak dan NGO telah memberi jalan untuk calon wanita menembusi ruang politik sekaligus meletakkan kelima-lima calon sebagai wakil rakyat. Stigma lama masyarakat mengenai kepimpinan golongan wanita bangsawan menerusi kesinambungan tradisi kepimpinan oleh suami dan saudara lelaki kini kian terhakis apabila aktivis wanita mula melangkah ke dalam dunia politik menerusi mmat, bakat kepimpinan dan persekitaran semasa yang menggalakkan mereka bergiat dalam politik.

Justeru, kemenangan kelima-lima calon wanita pada pilihan raya Umum ke 12 merupakan pembuka jalan kepada mereka untuk berbakti sekaligus kewibawaan calon wanita. Malah cabaran paling hebat adalah keberkesanan calon wanita sebagai pemimpin bakal dinilai oleh seluruh rakyat Malaysia.

ISU DAN STRATEGI CALON WANITA SELANGOR

Isu-isu yang di bawa merupakan isu pokok atau 'basic' dalam kehidupan masyarakat seharian.18

Apabila isu yang menjadi keperluan rutin masyarakat disentuh ia menjadi harapan bahawa calon-calon wanita ini kelak akan membantu masyarakat untuk menjalani kehidupan yang lebih baik. Malahan, peranan sebenar 'wakil rakyat' akan tercapai apabila calon-calon wanita berjaya menjadi suara rakyat di dalam dewan Parlimen sekaligus membantu memperbaiki polisi-polisi yang sedia ada melalui input yang diberikan sendiri oleh rakyat.19 Maka, perubahan yang di bawa oleh calon

wanita pembangkang adalah perubahan baru dalam dunia politik sekaligus mengubah pemikiran rakyat terhadap peranan mereka ke atas proses penggubalan polisi awam.

Berdasarkan keputusan pada pilihan raya Umum ke 12, prestasi yang cukup membanggakan telah ditunjukkan oleh calon wanita pembangkang. Menurut YB Puan Haniza bt Talha antara punca kemenangan calon wanita di kawasan Selangor adalah pengalaman dalam NGO dan persediaan selama setahun sebelum pilihan raya Umum di adakan.20 Berdasarkan temubual bersama lima orang

calon wanita pembangkang, terdapat beberapa kelainan dan juga keunikan dalam pilihan raya Umum ke 12 berbanding dengan PRU ke 11.

Pada pilihan raya Umum ke 12, calon wanita pembangkang telah bersedia untuk bertanding. Setahun sebelum pilihan raya, sayap wanita PAS dan PKR telah menyusun pelbagai strategi untuk pengukuhkan kedudukan calon-calon wanita pembangkang yang bertanding. Sikap kreativiti dan innovasi yang dimiliki meletakkan calon wanita setanding dengan kepimpinan lelaki. Maka di sini, penulis akan menghuraikan strategi berkempen setiap seorang calon wanita PAS dan PKR sewaktu pilihan raya Umum ke 12 yang diperolehi daripada temubual.

Berdasarkan temubual bersama YB Dr Siti Mariah, beliau terlibat dengan gerak kerja pilihan raya muslimat pada tahun 1999. Pada mulanya beliau telah belajar berkempen dari rumah ke rumah dengan bimbingan Dewan Muslimat. Komited pada perjuangan parti akhirnya pada tahun 2004 YB Dr Siti Mariah dicalonkan bertanding untuk Parlimen Kota Raja. Idea meletakkan semula calon

(9)

SEMINAR POLITIK MALAYSIA

wanita timbul pada tahun 2004 setelah cadangan pada tahun 1999 dan 2000 tidak diterima. Namun begitu. nasib tidak menyebelahi beliau apabila YB Dr Siti Mariah kalah kepada calon BN pada PRU ll.21

Meskipun kalah pada PRU 11 tidak sesekali mematahkan semangat YB Dr Siti Mariah untuk aktif berpolitik. Sekali lagipadaPRU 12PAS telahmemberi satulagipeluangdanjugapenghormatan apabila mencadangkan nama YB Dr Siti Mariah sebagai calon Kota Raja. Kali ini situasi berbeza dengan PRU 11 kerana jentera pilihan raya PAS berusaha keras untuk mempertahankan beliau sebagai calon. Dengan sokongan daripada jentera pilihan raya kawasan Kota Raja, YB Dr Siti Mariah berasa amat semangat untuk bekerja di tempat yang boleh menerima kepimpinan beliau dan seterusnya bekerja keras untuk merampas kerusi Parlimen Kota Raja pada pilihan raya Umum ke 12.

Menurut YB Dr Siti Mariah, terdapat faktor lain yang mampu membuatkan kemenangan berpihak kepada calon wanita PAS pada PRU 12. Antaranya kemarahan kepada calon BN, calon BN tidak banyak membantu, persepsi bahawa calon PAS sebagai orang yang amanah di samping faktor jentera yang mesra dan mengenali masyarakat (Sejak 2004 telah mengenali kawasan). Malah faktor perjuangan wanita iaitu melayan sama rata tanpa memilih bulu menjadi kepercayaan masyarakat Kota Raja untuk mengundi YB Dr Siti Mariah.22

Bagi memastikan kemenangan pada PRU 12, YB Dr Siti Mariah telah menyusun beberapa strategi. Namun strategi berkempen adalah berdasarkan kepada peringkat lapisan masyarakat. Menurut YB Dr Siti Mariah, ketika berkempen beliau tidak akan sesekali membuat janji-janji kosong pada masyarakat Kota Raja bagi mengelak kekecewaan masyarakat. Antara kata-kata yang selalu di bawa sewaktu berkempen ialah:

'Say a cakap kepada tnereka say a pembangkang. Say a tidak buat janji-janji kosong. Say a bercakap "I cannot give you the heaven but will try my best untuk menjadi suara kepada mereka'

Tambah beliau lagi, falsafah hidup beliau iaitu "Membuat kerja kerana Allah Taala" jadi samada beliau kalah atau menang itu ketentuan Allah swt. Pastinya beliau bekerja secara ikhlas tanpa mengira kulit warna dan agama. Apa sahaja tugas dalam parti beliau akan terima dan buat yang terbaik. Dalam pada itu, beliau tidak menggunakan blog seperti yang digembar-gemburkan sebagai 'politik baru' kerana masyarakat Kota Raja bukan dari kalangan pengguna Internet.

Walau bagaimanapun YB Dr Halimah Ali mempunyai pengalaman dan strategi berbeza berbanding YB Dr Siti Mariah meskipun dari parti yang sama. Berdasarkan kepada latarbelakang pendidikan dan pekerjaan YB Dr Halimah Ali telah 19 tahun berkhidmat sebagai doktor di kawasan Selat Kelang. Kedudukan beliau sebagai doktor di kawasan bertanding telah memudahkan YB Dr Siti Halimah melakukan kerja-kerja berkempen dengan menggunakan kepakaran sendiri. Melibatkan diri dalam politik selepas pilihan raya Umum ke 11 iaitu setelah suami Dr Zulkifli kalah selama dua penggal berturut-turut di kawasan Selat Kelang.

Menurut YB Dr Halimah Ali, empat hari sebelum pilihan raya beliau telah melakukan Usrah bersama kumpulan muslimat. Enam bulan sebelum pilihan raya Umum ke 12, pelbagai program telah disediakan. Antaranya pemeriksaan perubatan percuma kepada masyarakat setempat. Ini bertujuan agar orang ramai dapat mengenali beliau sebagai calon wanita pembangkang yang akan

(10)

bertanding di kawasan Selat Kelang. Selain itu, beliau juga mempunyai blog yang boleh dilawati iaitu "halimahali.blogsport.my".23 Jelas YB Dr Halimah, kemenangan beliau dalam pilihan raya

Umum ke 12 adalah kerana sokongan besar daripada masyarakat bukan Melayu terutama di kawasan Pulau Ketam yang banyak di diami oleh kaum Cina.

Secara keseluruhan, dua orang calon wanita PAS mempunyai strategi yang berbeza. Namun bagi calon wanita pembangkang daripada Parti Keadilan Rakyat terdapat persamaan dari segi strategi yang digunakan sewaktu bertanding. Menurut Ketua Wanita Keadilan YB Zuraida bt Kamaruddin, kesemua calon wanita yang bertanding telah melakukan persediaan awal sebagai contoh kawasan beliau di Ampang, telah memulakan kempen seawal bulan Jun, 2007.

Dalam temubual bersama YB Puan Zuraida di kediaman beliau, keinginan untuk bertanding di kawasan Ampang adalah kerana beliau tinggal di Ampang. Sekalipun beliau kalah YB Zuraida akan terus berkhidmat untuk penduduk di Ampang. Kata-kata hikmah yang selalu dipegang ialah: "Kalah

dalam tangan menang dengan Allah swt"

Sebagai Ketua Wanita Keadilan YB Zuraidah telah menggunakan pelbagai strategi dan pendekatan sewaktu berkempen.24 Antaranya jika ada hari gum atau apa-apa hari yang istimewa

beliau akan membuat banner dan meletakkan gambar beliau sendiri bagi tujuan memperkenalkan diri di kawasan bertanding.

Selain itu, pengikut YB Puan Zuraida juga telah membuat kajian rumah ke rumah untuk mendapat maklumat kecenderungan masyarakat setempat terhadap parti yang disokong. Jelas YB Zuraida caranya ialah menggunakan nama penduduk yang ada dan buat jumlah peratusan 10% iaitu bersamaan dengan 10,000 responden (penduduk). Daripada kajian ini pihak YB Zuraida boleh membaca kecenderungan parti yang dipilih oleh masyarakat di kawasan Ampang tersebut hardcore BN atau tidak.

Strategi lain ialah melantik penyokong parti PKR sebagai jentera pilihan raya, pengundi yang dikenalpasti atas pagar akan didekati dengan cara membuat kerja-kerja kebajikan seperti majlis kematian, bantuan kepada ibu tunggal manakala yang dikenalpasti sebagai hardcore UMNO, YB Puan Zuraida akan mengadakan majlis penerangan tentang perkara-perkara yang mereka tidak tahu. Sebagai contoh sebelum pilihan raya Umum ke 12 beliau ada berjumpa dengan pemimpin-pemimpin UMNO untuk memberi penerangan tentang perjuangan yang dibawa oleh PKR dan terpulang kepada mereka untuk menerima atau tidak.

Hasil kajian yang dijalankan oleh jentera pilihan raya YB Puan Zuraida, masih ada penduduk di Ampang yang masih tidak mengetahui kewujudan PKR. Menurut YB Puan Zuraida situasi tersebut amat menakutkan terutama menjelang pilihan raya. Jadi, sebagai langkah proaktif mempromosikan PKR, beliau telah menyusun kembali strategi iaitu menggunakan trooper yang beliau ada dan mengecat dengan warna Parti Keadilan Rakyat.25 Trooper tersebut telah digunakan oleh ahli-ahli

PKR untuk membuat pusingan di kawasan yang dikenalpasti sebagai tidak mengenali Parti Keadilan Rakyat. Malah yang lebih menarik, pusingan trooper telah diiringi dengan lagu pergerakan PKR pada setiap hari bermula Jun 2007 sehingga tiba waktu pilihan raya Umum ke 12.

Mengambil peluang untuk memperkenalkan PKR sambil membuat kebajikan, YB Puan Zuraida telah memberi juadah pada bulan puasa untuk penduduk sekitar Ampang. Teknik mengedar juadah

(11)

SEMINAR POLITIK MALAYSIA

bulan puasa diambil sewaktu beliau bertugas sebagai sukarelawaii di Afganistan di mana juadah tersebut akan disediakan menggunakan periuk besar dan membuat mengumumkan kepada penduduk supaya turun dengan membawa pinggan masing-masing. Tugas ini akan dilakukan pada pukul 5.30 petang iaitu tiga kali seminggu bermula Jumaat, Sabtu dan Ahad. Pada Hari Raya pula YB Puan Zuraida akan beri duit pada ibu-ibu tunggal dan orang-orang miskin manakala pada waktu malam beliau akan pergi berterawih setiap malam di masjid-masjid yang berlainan. Pada Hari Aidiladha pula, YB Puan Zuraida akan memanggil 33 wakil kawasan undi supaya mengagih-agihkan lembu yang dikorbankan oleh PKR.26

Manakala pada Tahun Baru Cina YB Puan Zuraida akan turun di kawasan pasar. Sabtu minggu pula, ahli-ahli YB Puan Zuraida akan keluar memberi risalah pergerakan. Apa yang beliau buat telah menjadi contoh kepada calon-calon wanita dalam PKR. Maknanya dalam sebulan YB Puan Zuraida akan turun sebanyak tiga kali untuk bertemu masyarakat setempat. Jelas YB Puan Zuraida yang penting apa yang dilakukan akan dapat memperkenalkan diri beliau dan Parti Keadilan Rakyat kepada masyarakat setempat. Menurut beliau lagi, ini adalah model strategi bagi PRU 12 oleh wanita dengan menggunakan model Ampang malah yang lebih mengejutkan, carta parti kawasan Ampang telah mendapat tempat pertama walaupun pada asalnya bukan merupakan kawasan tumpu.

Jelas YB Puan Zuraida strategi menjelang pilihan raya berbeza dengan sebelum pilihan raya. Ini kerana menurut YB Puan Zuraida selepas Parlimen dibubarkan beliau telah membahagikan jentera pilihan raya kepada 4 kumpulan iaitu satu kumpulan ditugaskan untuk pasang bendera, satu kumpulan untuk menguruskan pejabat gerakan, kemudian kumpulan untuk menjaga logistik dan kumpulan untuk berkempen. Antara bentuk kerja yang dilakukan kumpulan-kumpulan tersebut ialah menunggu di kawasan traffic light iaitu exit point. Hal yang demikian kerana susah bagi pihak pembangkang untuk mendapatkan media justeru mendorong YB Puan Zuraida untuk mengatur strategi tersebut. YB Puan Zuraida memanggil program tersebut sebagai "catch the morning traffic". Justeru itu, beliau telah memilih lokasi traffic yang mengalami kesesakan teruk seperti di Flamingo, Taman Kosas dan di hadapan Taman Dato Ahmad Razali.27

Dalam temubual bersama YB Puan Zuraida beliau menjelaskan, walaupun cara tersebut agak gila-gila, namun telah dapat menarik perhatian orang ramai. Sementara itu, ruang yang ada pada waktu makan tengahari juga tidak disia-siakan apabila beliau melakukan kempen di restauran Cina, Melayu, India. Manakala pada waktu petang YB Puan Zuraida akan melakukan evening walk dari rumah ke rumah untuk menggerakkan lagi kempen beliau. Tidak cukup dengan starategi secara/ace

to face penggunaan teknologi maklumat turut digunakan seperti membuat blog, sms dan email kepada

semua pengundi Ampang sehari sebelum undi dan pada hari undi. Bagi pengundi UMNO beliau telah memberi email berserta kaset ceramah serta biadata dengan harapan dapat menarik mereka sebagai swing voters.2^

Temubual bersama dua orang calon wanita pembangkang daripada parti yang sama iaitu YB Puan Rodziah bt Ismail dan YB Puan Haniza bt Talha juga memberi jawapan yang sama dengan strategi yang digunakan oleh Ketua Wanita Keadilan Pusat iaitu YB Puan Zuraida bt Kamaruddin. Jelas, calon wanita pembangkang dari PKR dan PAS telah membuat persediaan yang begitu awal untuk menghadapi PRU 12 dengan menggunakan setiap ruang yang ada. Malah sifat mereka yang mesra dan mudah didekati menyebabkan calon wanita pembangkang menang dengan majoriti 100% di Selangor.

(12)

KEPIMPINAN WANITA DALAM POUTIK DAN HALATUJU POLISI AWAM MALAYSIA

Pengalaman yang diperolehi sewaktu calon wanita PKR dan PAS aktif dalam kumpulan sukarelawan dan NGO menyebabkan mereka tidak kekok berhadapan dengan pelbagai lapisan masyarakat. Namun di sini tidak dapat dinafikan terdapat faktor lain yang menyebabkan kemenangan berpihak kepada calon wanita pembangkang iaitu faktor isu yang dibawa sewaktu pilihan raya.

KEUNIKAN CALON WANITA PKR DAN PAS

Terdapat beberapa keunikan pada calon wanita PKR dan PAS yang diperolehi menerusi temubual tersebut. Pertama dari segi perubahan pemikiran iaitu calon wanita PKR dan PAS telah berani bertanding di kerusi panas berbanding sebelum PRU 12 lebih gemar untuk bertanding di kerusi selamat.29 Bukan itu sahaja, calon wanita pembangkang telah berani bersuara khusus calon wanita

dari parti PAS yang sebelum ini telah dihalang penyertaan mereka untuk bertanding dalam pilihan raya umum.

Keunikan kedua ialah calon-calon wanita PKR dan PAS tidak begitu mengemari publisiti. Cukup bagi mereka perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat. Menurut YB Rodziah agak kurang selesa jika diberi publisiti diberi pada mereka jika bukan memberi faedah kepada masyarakat. Jelas beliau lagi publisiti yang berlebihan tidak baik memandangkan kesemua calon wanita pembangkang telah berumahtangga dan dikhuatiri akan dimanipulasi pihak tertentu.30 Manakala

bagi YB Puan Haniza, kerana keterbiasaan dengan personaliti NGO maka beliau agak keberatan dengan publisiti yang diberi secara berlebihan.31 Malah menurut YB Puan Haniza dalam sayap

Wanita tidak ada perebutan jawatan seperti yang berlaku dalam Wanita Umno, Puteri Umno dan Wanita MCA. Wanita Keadilan sentiasa memberi laluan kepada sesiapa sahaja yang bersedia untuk bertanding.

Keunikan yang ketiga ialah calon bertanding boleh pergi kepada 'on the ground' iaitu duduk dan berbincang bersama masyarakat. Menurut YB Puan Rodziah 'politik baru" sebenarnya adalah lebih kepada politik rakyat bukan lagi politik bangsawan. Pada masa kini rakyat bijak untuk memilih siapa calon yang terbaik buat mereka bukan seperti sebelum ini lebih kepada ketaksuban parti.

Manakala keunikan yang ke empat calon wanita PKR dan PAS mempunyai latarbelakang "kesukarelawan" dan NGO. Melalui perjuangan politik akar umbi telah mendorong agar calon wanita PKR dan PAS sentiasa peka terhadap isu-isu yang dihadapi wanita dan masyarakat. Kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan wanita tidak harus dibiarkan begitu sahaja. Menerusi prinsip keikhlasan bekerja telah memudahkan calon-calon wanita ini berkhidmat untuk masyarakat meskipun berhadapan dengan pelbagai cabaran dan rintangan.

KESIMPULAN

Manifesto yang di bawa iaitu "Negara Berkebajikan" menjadi asas perjuangan calon wanita PAS dan PKR di Selangor. Menerusi interpretasi baru terhadap dunia politik iaitu "Politik adalah kebajikan" diharap perjalanan polisi awam Malaysia akan menjadi lebih telus sekaligus membantu meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia. Definisi politik baru yang digembar-gemburkan bukan hanya tertakluk kepada ciri-ciri tingkah laku tetapi juga tindakan yang dilakukan selepas pilihan raya terutama

(13)

janji-SEMINAR POLITIK MALAYSIA

janji yang perlu ditunaikan dalam tempoh mendapat mandat daripada rakyat. Memetik kata-kata YB Puan Rodziah menerusi temubual bersama beliau,

"Dalam NGOjust to educate tetapi dalam politik pengaruhnya lebih berbanding NGO. Sejak itulah saya cuba menanam dalam minda tak salah wanita berkecimpung dalam politik. Saya rasa politik di Malaysia perlu diubah kepada yang lebih bersih, less corruption dan dapat menerima kepimpinan wanita dalam politik".32

NOTA AKHIR

1 "Pemilihan Calon Wanita Tidak Telus" komen daripada Rashila Ramli penganalisis politik UKM dalam ruangan Malaysiakini.

Akses pada 2 Mei, 2008 di laman web http://www.malavsiakini.com/news/82133.

2 Parti-parti pembangkang adalah merujuk kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Democratic Action People (DAP) dan Parti Islam

Se Malaya (PAS) yang kini bersatu menjadi Pakatan Rakyat selepas Pilihan Raya Umum ke 12.

3 Isu-isu dan manifesto Parti Keadilan Rakyat boleh layari ke laman web seperti di bawah. Akses pada 2 Mei, 2008 di laman web

http://www.keadilanrakvat.org/index.php/content/view/545/103/.

4 Pengkaji amat berterima kasih kepada Dr Khadijah Md. Khalid kerana membantu dalam menghuraikan istilah "kerusi panas"

dalam PRU Malaysia. "Kerusi Panas" biasanya merujuk kepada kawasan-kawasan tertentu yang sejarahnya telah menyaksikan pertandingan calon-calon yang menarik dan persaingan sengit calon-calon yang bertanding. Persaingan tersebut juga bergantung kepada ketokohan atau personaliti calon-calon yang bertanding. Sebagai contoh, "kerusi panas" di kawasan Parlimen Lembah Pantai pernah menyaksikan pertandingan sengit antara Shahrizat dan Salleh Abbas (1995), Zainur Zakaria (1999) dan terkini (2008) Nurul Izzah Anwar. Ringkasnya, tercetusnya perkataan "kerusi panas" kerana ia ditandingi oleh individu berpengaruh dan mempunyai karisma atau kelebihan tersendiri. Namun bagi pengundi pula, istilah 'kerusi panas' itu tidak hanya memberi fokus kepada personaliti atau status individu yang bertanding tetapi menilai kemampuan calon dalam meyakinkan rakyat melalui manifesto parti masing-masing.

5 Senarai Penuh Exco Selangor 2008. Akses pada 3 Mei, 2008 di laman web

http://www.suarakeadilan.com/isi/2008/03/24/senarai-penuh-exco-selangor-diumumkan

6 Temubual bersama YB Rodziah di Pejabat Exco Selangor Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, pada

15 Mei 2008.

7 Akhbar Sinar Harian dalam ruangan Wanita Kini: Kebangkitan Wanita di Malaysia bertarikh 4-10 Mei 2008 hal. 22.

8 Proses perubahan wanita dalam pembangunan. Pada era 1950an konsep wanita lebih dikenali sebagai "Women in Develepment"

iaitu wanita hanya sebagai penerima dasar sebelum beralih kepada konsep "Women and Development" iaitu wanita sebagai rakan kongsi pembangunan. Bacaan lanjut boleh merujuk kepada buku Moser, Caroline O.N, Gender Planning in The Third World: Meeting Practical and Strategical Gender Needs (eds) dalam World Development. Vol. 17/11, 1989, hal 1799-1825 yang dipetik dalam buku Wanita dan Keadilan.

9 Lenore Manderson, Women Politics and Change, The Kaum Ibu UMNO, Malaysia, 1945- 1972. Kuala Lumpur, Oxford University

Press, 1970, hal 11.

10 Sila lihat jurnal Rohana Arifin bertajuk Malaysia Women in the Modem Era, from the Copenhagen Journal of Asian Studies, 1995,

hal.71-75.

11 Tokoh- tokoh Wanita di Malaysia di dalam She: A Tribute to The Women of Malaysia sumber dari Kementerian Wanita, Keluarga

dan Masyarakat.

12 Statistik Peratusan Penyertaan di dalam Dewan Rakyat, daripada Kementerian Wanita Keluarga dan Masyarakat. Akses pada 6

Mei, 2008 di laman web http://www.kpwkm.gov.mv/Bm/statistic.asp

13 Dr Rashila Ramli memberi komen berkaitan Wanita Sebagai Calon pilihan raya Umum dalam ruangan Pemilihan Calon Wanita

Tidak Telus. Akses pada 7 Mei, 2008 di laman web Malaysiakini http://www.malaysiakini.com/news/82133.

14 Temubual bersama YB Zuraida iaitu Ahli Parlimen Ampang Jaya di kediaman beliau di Kampung Melayu Ampang pada 17 Mei

2008. Menerusi temubual beliau cuba menerangkan definisi baru yang diberikan oleh PKR berkenaan politik kepada golongan muda supaya berminat menyertai politik.

(14)

15 Temubual bersama YB Haniza Talha iaitu ADUN Taman Medan di Pejabat Sementara beliau di Petaling Jaya Utatna,

Selangor pada 5 Mei 2008.

16 Sinar Harian, Alang Azizah Mokhtar, 'Selangor komited realisasikan kerajaan berkebajikan', Ahad 20 Julai, 2008. Hal

S14. Dalam ruangan ini YB Rodziah selaku Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi akan terus komited untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Selangor selaras dengan isu-isu dan janji yang dibangkitkan sewaktu berkempen.

11 Berdasarkan pengamatan penulis calon Wanita Pakatan Rakyat tidak begitu mengamalkan protokol. Personaliti yang

bersahaja memudahkan sesi temubual. Malah dalam ruangan wawancara menerusi akhbar Sinar Harian juga mengakui kebenaran tersebut sewaktu mewawancara YB Puan Haniza bt Talha, Adun Taman Medan. Kupasan wawancara tersebut ditulis oleh Fouziah Amir Fouziah menerusi akhbar Sinar Harian, Isnin 7 Julai 2008 di halaman S 16.

18 Sinar Harian, ' Sistem perparitan perlu diperbaiki', Ahad 11 Mei, 2008. Berdasarkan artikel tersebut YB Dr Halimah Ali

begitu prihatin terhadap sistem infrastruktur dan alam sekitar yang menjadi masalah asas penduduk di kawasan Klang. Menurut kenyataan beliau dalam ruangan tersebut, jika sistem perparitan tidak diselenggara dengan baik akan mendatangkan bahaya kepada penduduk malah pelbagai penyakit akan muncul seperti demam denggi.

"Sinar Harian, ' Peranan Wakil Rakyat sebagai orang tengah', Isnin 5 Mei, 2008. Dalam artikel tersebut YB Puan Rodziah menegaskan supaya Wakil Rakyat di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor bertindak sebagai 'orang tengah' untuk membantu masyarakat menyelesaikan masalah-masalah utama yang dihadapi oleh rakyat dan menyampaikan masalah tersebut kepada pihak yang berkenaan. Selain itu, Wakil Rakyat juga ditugaskan untuk memastikan peranan-peranan oleh semua jabatan yang terdapat di dalam negeri Selangor seperti pihak berkuasa temptan (PBT) yang terlibat dalam penyediaan kemudahan infrastruktur dan pasukan keselamatan seperti polis supaya sentiasa bekerjasama dengan pemimpin dan masyarakat.

20 Dalam temubual bersama YB Puan Haniza antara faktor yang membantu kemenangan calon wanita adalah kerana persediaan

yang lama sebelum menghadapi PRU 12. Malah menurut beliau prestasi yang ditunjukkan oleh Wanita Keadilan jauh melangkaui prestasi Angkatan Pemuda Keadilan.

21 Maklumat ini diperolehi melalui temubual yang telah dijalankan bersama YB Dr Siti Mariah pada 9 Mei, 2008 bertempat

di Pejabat beliau di Kota Raja.

22 Menurut kenyataan yang diberi oleh YB Dr Siti Mariah terdapat faktor-faktor yang memberikan kemenangan kepada

calon PAS antaranya adalah: Kemarahan kepada calon BN, Calon BN tidak banyak membantu, Pas sebagai orang yang lurus- faktor jentera yang mesra dan mengenali masyarakat (Sejak 2004 telah mengenali kawasan), faktor wanita (perjuangan wanita iaitu melayan sama rata tanpa memilih bulu.

23 Semua visi dan misi YB Dr Halimah Ali telah diperoleh daripada risalah kempen yang bertajuk " Stand By Me And I Wil Stand Up

For You". Risalah tersebut digunakan semasa kempen PRU 12 yang telah diedarkan kepada penduduk di kawasan N45 Dun Selat Kelang.

24 Temubual bersama YB Puan Zuraida di kediaman beliau di Kampung Melayu Ampang pada 17 Mei 2008.

25 Temubual dijalankan bersama YB Puan Zuraida di kediaman beliau di Kampung Melayu Ampang pada 17 Mei 2008. Menurut YB

Zuraida dalam temubual idea penggunaan Trooper sambil diiringi lagu parti Keadilan telah berjaya menarik perhatian pemuda dan penghuni setempat. Ini kerana penduduk setempat berpendapat idea yang digunakan amat kreatif sehingga masyarakat dapat menghafal lagu dan logo PKR.

26 Temubual dijalankan bersama YB Puan Zuraida di kediaman beliau di Kampung Melayu Ampang pada 17 Mei 2008.

27 Semasa menemubual YB Puan Zuraida, beliau telah menerangkan strategi-strategi yang dilakukan Sayap Wanita Keadilan untuk

menghadapi PRU 12. Jelas YB lagi, kerja berkempen bukan mudah dan memerlukan komitmen semua pihak.

28 Dalam temubual yang dijalankan bersama YB Puan Zuraida terdapat kelainan terhadap calon Barisan Nasional di mana menurut beliau kurang berlaku pertembungan sengit berbanding kempen pilihan raya lepas.

25 Kenyataan ini telah dikemukakan oleh YB Puan Rodziah sewaktu sesi temubual diadakan di pejabat beliau di Shah Alam. 30 YB Puan Rodziah menjelaskan bahawa beliau kurang selesa dengan publisiti kerana yang penting bagi beliau adalah berkhidmat

untuk masyarakat.

31 Kenyataan ini telah dikemukakan oleh YB Puan Haniza sewaktu sesi temubual diadakan di pejabat beliau di Petaling Jaya. 32Temubual bersama YB Puan Rodziah di Pejabat Exco Selangor, Shah Alam pada 19 Mei, 2008.

Referensi

Dokumen terkait

Penelitian ini dilakukan untuk mengembangkan teknik penumbuhan lapisan semikonduktor yang konstruksinya sederhana dan biaya pengoperasiannya murah, dengan demikian tema

Kepala Desa/Lurah atau yang disebut dengan nama lain yang berhasil menggerakkan perangkatnya dan masyarakat dalam bidang pemberdayaan, kesehatan/gizi, ekonomi, dan

beberapa dokumen yang digunakan dalam tahap pengamatan (observasi) seperti lembar observasi dosen dan mahasiswa untuk memantau proses pembelajaran, angket

[r]

Kondisi tersebut merupakan suatu potensi dalam mendukung pengembangan Pasar Daerah Gempol dimana sektor pertanian merupakan salah satu sektor penggerak ekonomi masyarakat dan

Kondisi terumbu karang Teluk Buyat dalam kondisi baik dan mempelihatkan keha- diran beberapa spesies ikan yang memiliki pre- ferensi habitat yang luas dengan

a) Komunikasi, yaitu anak yang memiliki kepercayaan diri lahir dapat melakukan komunikasi dengan setiap orang dari segala usia. b) Ketegasan, yaitu anak yang memiliki

BRTI akan membentuk Tim Pengawasan dan pengendalian dalam waktu selambat-lambatnya 5 (lima) hari kerja setelah menetapkan perlu dilakukan pengawasan dan pengendalian