• Tidak ada hasil yang ditemukan

Perjuangan: Perjuangan: Perjuangan:

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "Perjuangan: Perjuangan: Perjuangan:"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

18

CIKGU SHANTINA & CIKGU KHAIROL FAIZAL-JOM NAK LULUS SEJARAH T4 SPM 2021 7.1 LATAR BELAKANG IDEA NEGARA

MERDEKA

Bincangkan/terangkan/jelaskan latar belakang idea negara merdeka.

Kesatuan Melayu Muda (KMM) 1939 Pemimpin : Ibrahim Haji Yaakob Perjuangan :

• Memperjuang kemerdekaan melalui konsep Melayu Raya

• Merupakan penyatuan bangsa dan dunia Melayu berdasarkan aspek persamaan daerah, darah, kebudayaan dan bahasa yang menjadi satu rumpun yang sama iaitu Melayu

• Selepas KMM diharamkan

• Idea Melayu Raya terus diperjuangkan oleh Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)

Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)1945 Pemimpin :

 Dr. Burhanuddin al-Helmi

 Ishak Haji Muhammad

 Ahmad Boestamam Matlamat :

• Menaikkan semangat kebangsaan

• Bekerjasama dengan pelbagai kaum untuk membentuk perpaduan

Perjuangan:

• Konsep “Melayu Raya”

• Melalui slogan “Merdeka”

Angkatan Pemuda Insaf (API) 1946 Pemimpin : Ahmad Boestaman Perjuangan:

• Memperjuangkan idea negara merdeka yang menekankan pemerintahan demokrasi

• Dasar ekonomi yang mengutamakan rakyat keadilan sosial

• Menerbitkan Risalah Testament Politik API

• Slogan “Merdeka dengan Darah”

• Menyeru perjuangan mencapai kemerdekaan bangsa dan tanah air dengan jalan terbuka secara lembut

• Namun perjuangan akan diteruskan melalui kekerasan jika terpaksa

• Pendekatan dan imej radikal menyebabkan API diharamkan oleh British

Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak 1946 Pemimpin : Datu Patinggi Abang Haji Abdillah Perjuangan:

• Mahu Sarawak menjadi negeri merdeka di bawah pemerintahan Raja Brooke

• Inginkan kemerdekaan seperti yang dijanjikan dalam Perlembagaan 1941 oleh Raja Brooke Pergerakan Pemuda Melayu (PPM) 1946 Perjuangan:

• Rela berkorban jiwa untuk mendapatkan kemerdekaan Sarawak

• Catatan “Merdeka” menjelaskan bahawa gerakan PPM adalah untuk merdekakan Sarawak

• Menubuhkan pakatan sulit Rukun 13 dan nekad membunuh gabenor

United Malays National Organisation (UMNO) 1946

Pemimpin : Dato ‘ Onn Jaafar Perjuangan:

• Berusaha menyatukan orang Melayu untuk pertahankan hak bangsa Melayu dan kedudukan Raja-raja Melayu

• Slogan “Hidup Melayu”

• UMNO berjuang menentang Malayan Union bagi memelihara status quo orang Melayu dan kedaulatan Raja-raja Melayu

• 1951, slogan diubah kepada “Merdeka” untuk perjuangkan merdeka melalui rundingan

Parti Kebangsaan Melayu Labuan (PKML) 1946 Pemimpin : Tengku Noordin dan Zakaria Gunn Perjuangan:

• Menjalankan dasar tidak bekerjasama dengan penjajah

• Menuntut Sabah dimerdekakan daripada British

• Laungan “Hidup Melayu - Merdeka” dalam surat Zakaria Gunn kesedaran untuk merdeka BAB 7 : USAHA KE ARAH

KEMERDEKAAN

(2)

19

CIKGU SHANTINA & CIKGU KHAIROL FAIZAL-JOM NAK LULUS SEJARAH T4 SPM 2021 Malayan Indian Congres (MIC) 1946

Pemimpin: John Thivy Perjuangan:

• Bekerjasama dengan kaum lain dalam usaha kemerdekaan

• Menegaskan bahawa kewarganegaraan tunggal kepada mereka yang menerima Tanah Melayu sebagai tanah air

• Sedia taat setia kepada Tanah Melayu

Hizbul Muslimin 1947 Pemimpin:

• Abu Bakar al-Baqir

• Sheikh Fadhlulah Suhaimi

• Sheikh Abdullah Fahim Perjuangan:

• Mencapai kemerdekaan Tanah Melayu sebuah negara Islam

Malayan Chinese Assocation (MCA) 1949 Pemimpin: Tan Cheng Lock

Perjuangan:

• Menjadikan Tanah Melayu sebagai negara berbentuk demokrasi

• Menyatukan kaum cina dengan kaum lain bagi membentuk perpaduan dan kemerdekaan

Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) 1949 Pemimpin: Dr. Burhanuddin al-Helmi Perjuangan:

• Membina satu negara bangsa dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang tunggal

• Kemerdekaan bagi PAS ialah Tanah Melayu merdeka dengan menjalankan hukum Islam

Independence of Malayan Party (IMP) 1949 Pemimpin : Dato’ Onn Jaafar

Perjuangan:

• Melaksanakan idea “Tanah Melayu untuk Malayan” dan perpaduan kebangsaan

• Orang bukan Melayu yang turut mempunyai hak dalam politik dan ekonomi

7.2 JAWATANKUASA HUBUNGAN ANTARA KAUM (CLC)

Terangkan/bincangkan/jelaskan latar belakang Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC)

• CLC ditubuhkan pada Januari 1949

• Menghimpunkan pemimpin utama pelbagai kaum

• Moto-“Kesamaan dan keadilan untuk penduduk Tanah Melayu”

• Penasihat-Malcolm MacDonald (Gabenor Jeneral British di AsiaTenggara)

• Pengerusi-E.E.C Thuraisingham (Wakil orang Ceylon)

• Wakil Melayu-Dato’ Onn Jaafar, Dato’

Panglima Bukit Gantang, Mohd Salleh Hakim, Dr. Mustapha Osman, Zainal Abidin Hj Abas

• Wakil Cina-Tan Cheng Lock, Lee Tiang Keng, C.C Tan, Yong Shook Lin.

• Ahli Lain-Roland Braddell, L.R. Doraisamy, Dr. J.S. Goonting

Apakah objektif penubuhan CLC?

• Mengkaji hubungan kaum secara mendalam

• Membetulkan keadaan politik

• Membetulkan keadaan ekonomi

• Membetulkan keadaan sosial

• Mewujudkan keadaan harmoni

• Mewujudkan keadaan muhibah

Terangkan/huraikan/bincangkan peranan penubuhan CLC.

• Mencadangkan peralihan ke arah berkerajaan sendiri

• Memberikan pengalaman pilihan raya secara berperingkat kepada penduduk Tanah Melayu

• Kedudukan istimewa orang Melayu

• Taat setia yang tidak berbelah bahagi

• Mengiktiraf negara ini satu-satunya tanah air mereka

• Kedudukan ekonomi orang Melayu

• Meningkatkan pendidikan orang Melayu

(3)

20

CIKGU SHANTINA & CIKGU KHAIROL FAIZAL-JOM NAK LULUS SEJARAH T4 SPM 2021 7.3 SISTEM AHLI

Terangkan/jelaskan/bincangkan latar belakang pembentukan Sistem Ahli.

• Diumumkan pada Tahun 1951 oleh Sir Henry Gurney (Pesuruhjaya Tinggi British)

• Sistem yang melatih penduduk tempatan menerajui pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu

• Ahli terdiri beberapa orang anggota Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) diberikan tanggungjawab terhadap beberapa jabatan dan agensi kerajaan

• Tujuan memberikan latihan kepada penduduk tempatan berkaitan dengan pentadbiran negeri sebelum British memberikan kemerdekaan

• Tiga portfolio kekal di bawah British iaitu;

• Hal Ehwal Ekonomi

• Perindustrian dan Perhubungan Sosial

• Perumahan dan Kerja Raya

Jelaskan ciri-ciri pembentukan Sistem Ahli.

• Ahli bertaraf “Menteri”

• Satu sistem kabinet bayangan yang terdiri daripada beberapa pegawai tadbir dan tokoh masyarakat

• Menjaga portfolio yang mengandungi jabatan dan agensi kerajaan

• Mencadangkan undang-undang yang berkaitan dengan jabatannya untuk dibentangkan dalam MPP

• Dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis Raja-Raja

• Diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi

Senaraikan/nyatakan portfolio Sistem Ahli.

• Dato’ Onn Jaafar - Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri

• EEC Thuraisingham - Ahli Pelajaran

• Lee Tiang Keng - Ahli Kesihatan

• Tunku Yaacob - Ahli Pertanian & Perhutanan

• Dato’ Mahmud Mat - Ahli Tanah, Lombong dan Perhubungan

• Dato’ Nik Ahmad Kamil - Ahli Kerajaan Tempatan, Perumahan & Perancang bandar

• H.S Lee - Ahli Pengangkutan

• Dr. Ismail - Ahli Hasil Bumi

Mengapakah/faktor Sistem Ahli penting kepada negara kita?

• Menyediakan asas penting untuk melatih orang tempatan ke arah berkerajaan sendiri

• Memberikan pendedahan kepada penduduk tempatan untuk belajar mentadbir dan menerajui kerajaan menjelang kemerdekaan

• Merupakan proses memupuk perpaduan kaum kerana ahlinya terdiri daripada gabungan pemimpin pelbagai kaum

• Menentukan kemerdekaan yang diperoleh mendapat sokongan seluruh penduduk PTM

7.4 SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Jelaskan/terangkan/bincangkan latar belakang sistem pendidikan di negara kita.

• Sistem persekolahan menggunakan bahasa pengantar dan kurikulum berlainan mengikut kaum.

• Terdapat sekolah vernakular Melayu, Cina dan Tamil, aliran Inggeris dan agama.

• Persekolahan di Sarawak dan Sabah terbahagi kepada vernakular Melayu, Cina dan sekolah mubaligh kristian

• Menggunakan bahasa pengantar dan kurikulum yang berlainan

• Menimbulkan jurang perbezaan ekonomi dan sosial ketara

• Situasi ini menghalang usaha menyatupadukan rakyat bagi melahirkan satu bangsa dan negara.

Jelaskan/terangkan/huraikan/bincangkan cadangan yang dikemukakan dalam Laporan Barnes 1951

• Jawatankuasa Pelajaran Melayu dipengerusikan oleh L.J. Barnes

• Menekankan kepentingan sekolah rendah untuk membina satu rupa bangsa

• Penduduk yang menganggap Tanah Melayu sebagai tempat yang kekal

• Tumpuan taat setia

• Kandungan Laporan Barnes 1951:

• Sekolah rendah menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

• Sekolah menengah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

(4)

21

CIKGU SHANTINA & CIKGU KHAIROL FAIZAL-JOM NAK LULUS SEJARAH T4 SPM 2021 Jelaskan/terangkan/huraikan/bincangkan

cadangan yang dikemukakan dalam Laporan Fenn- Wu 1951

• Diterbitkan kerana bantahan masyarakat Cina terhadap laporan Barnes

• Mengkaji pendidikan cina

• Mencadangkan penambahbaikan sekolah Cina institusi bermanfaat kepada Tanah Melayu

• Kandungan Laporan Fenn-Wu 1951:

• Sekolah Cina diteruskan secara berasingan di bawah sistem kebangsaan

• Pendidikan sekolah Cina haruslah berorientasikan Tanah Melayu

Jelaskan/terangkan/huraikan/bincangkan cadangan yang dikemukakan dalam Ordinan Pelajaran 1952

• Bertujuan membentuk sistem pendidikan yang menggunakan bahasa rasmi

• Murid pelbagai bangsa disatukan dalam satu sistem berorientasikan Tanah Melayu

• Kandungan Ordinan Pelajaran 1952:

• Tanah Melayu mempunyai dua jenis sekolah rendah

• Menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar

• Sekolah menengah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar

• Bahasa Cina dan Tamil sebagai bahasa ketiga (Jika ada lebih 15 orang murid)

Jelaskan/terangkan/huraikan/bincangkan cadangan yang dikemukakan dalam Laporan Woodhead 1955

• Kandungan Cadangan Laporan Woodhead 1955 di Sarawak dan Sabah

• Memperkasa pendidikan peringkat rendah dan menengah

• Menitikberatkan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar

• Mewujudkan sistem pembiayaan pendidikan yang teratur

• Cadangan pembentukan sistem pendidikan kebangsaan di Sarawak

• Mewujudkan sekolah menengah berbilang kaum menggunakan bahasa Inggeris

• Menyeragamkan sukatan pelajaran dan peperiksaan

• Memperkenalkan buku teks berlatar belakang unsur tempatan

• Pindaan Laporan Woodhead 1955 yang diterima di Sabah

• Mempertingkatkan pengajaran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris di sekolah Cina

• Memastikan sekolah Melayu diajar bahasa Inggeris dan bahasa Melayu diajar di sekolah Inggeris

• Menetapkan peperiksaan di sekolah menengah dikendalikan dalam bahasa Inggeris

Mengapakah/faktor Jawatankuasa Pelajaran 1956 penting kepada rakyat dan negara?

• Memupuk integrasi dan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum

• Sistem persekolahan yang sama bagi kanak- kanak daripada semua bangsa

• Bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama

• Kandungan kurikulum yang seragam dan bercorak kebangsaan

• BM dan BI dijadikan mata pelajaran wajib di semua sekolah.

• Sekolah Menengah Kebangsaan menggunakan BM sebagai bahasa pengantar manakala BI menjadi mata pelajaran

• Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 menjadi asas kepada pembentukan sistem pendidikan kebangsaan

7.5 PENUBUHAN PARTI POLITIK

Nyatakan/senaraikan tokoh pemimpin Parti Kebangsaan Melayu Malaya

• Dr Burhanuddin al-Helmi

• Ishak Hj Muhammad

• Ahmad Boestamam

Jelaskan/terangkan/bincangkan/huraikan perjuangan Parti kebangsaan Melayu Malaya

• Kesedaran politik masyarakat Melayu

• Menekankan perpaduan antara kaum

• Mencapai kemerdekaan

• Memperjuangkan Melayu Raya

(5)

22

CIKGU SHANTINA & CIKGU KHAIROL FAIZAL-JOM NAK LULUS SEJARAH T4 SPM 2021 HIMPUNAN SOALAN KBAT

Bagaimanakah penubuhan persatuan di sekolah dapat mengukuhkan perpaduan dalam kalangan murid?

• Dianggotai pelbagai latar belakang murid

• Melakukan aktiviti secara bersama

• Menyertai pertandingan yang dianjurkan

• Seperti mendeklamasi sajak, kuiz

• Membentuk kerjasama yang erat antara pelajar pelbagai kaum

• Kesimpulannya, penyertaan pelajar dalam persatuan di sekolah dapat mengukuhkan perpaduan

• Mana-mana jawapan yang munasabah Penubuhan CLC menggambarkan

kebijaksanaan kepemimpinan di negara kita.

Berikan hujah anda.

• Berpandangan jauh

• Menyatukan penduduk

• Kepemimpinan yang berwibawa

• Bijaksana dalam setiap tindakan

• Kepentingan kerjasama yang baik antara satu sama lain

• Mengamalkan dasar tolak ansur

• Kesimpulannya, kepemimpinan yang mengutamakan kepentingan negara

• Mana-mana jawapan yang munasabah Huraikan impak pelaksanaan Sistem Ahli.

• Kepentingan kerjasama yang baik antara satu sama lain

• Mengamalkan dasar tolak ansur

• Mengelakkan perpecahan

• Menghargai perjuangan tokoh terdahulu

• Berusaha mengekalkan keharmonian

• Tidak mementingkan diri sendiri

• Kesimpulannya, impak positif Sistem Ahli membuktikan kebijaksanaan pemimpin terdahulu dalam perjuangan

• Mana-mana jawapan yang munasabah

Mengapakah pelaksanaan Sistem Ahli boleh dicontohi oleh pentadbiran masa kini?

• Melatih penduduk tempatan menjalankan pentadbiran

• Melahirkan ramai tokoh berwibawa

• Membentuk perpaduan dalam kalangan pemimpin pelbagai kaum

• Seperti pemimpin Melayu, Cina dan India

• Mewujudkan pentadbiran yang sistematik

• Kesimpulannya pentadbiran negara teratur dan menyumbang kepada kemajuan

• Mana-mana jawapan yang munasabah

Pentadbiran yang mantap berupaya

mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat di negara kita. Berikan hujah anda.

• Mentadbir dengan berkesan

• Melahirkan ramai pemimpin yang berwibawa

• Seperti Tun Dr Mahathir Mohamad

• Berupaya menyelesaikan masalah dengan bijaksana

• Mendapat sokongan daripada pelbagai kaum

• Tidak dipengaruhi oleh anasir luar

• Kesimpulannya pentadbiran yang berkesan dapat memantapkan perpaduan

Pelbagai isu yang dihadapi oleh negara kita untuk memajukan pendidikan. Jelaskan isu-isu tersebut dan cadangkan usaha-usaha bagi mengatasinya.

Isu yang dihadapi

• Kekurangan minat dalam kalangan murid

• Kos yang meningkat

• Kekurangan tenaga profesional

• Persaingan dari negara lain Usaha mengatasi

• Memperkasakan peranan unit kaunseling

• Mendapatkan kerjasama daripada sektor swasta

• Mengadakan pertukaran tenaga pengajar dengan negara lain

• Menyediakan prasarana yang moden

• Mana-mana jawapan yang munasabah

Jelaskan kepentingan penubuhan sesebuah parti di negara kita.

• Menjaga kepentingan ahli

• Bertukar-tukar pandangan sesama ahli

• Menyuarakan pendapat melalui sokongan majoriti

• Seperti melalui mesyuarat atau undian

• Kesimpulannya penubuhan sesebuah parti bermatlamat menjaga kebajikan ahli serta mencapai matlamat perjuangan parti tersebut

• Mana-mana jawapan yang munasabah

Referensi

Dokumen terkait

Bagi sebuah gerai ponsel penyedia kebutuhan telekomunikasi, dengan banyaknya produk dan jenis barang yang dijual, maka akan semakin banyak juga waktu yang digunakan untuk

Definisi Manfaat media dari beberapa pendapat ahli tersebut, dapat disimpulkan bahwa manfaat media pembelajaran dapat memperjelas pesan yang akan disampaikan oleh

Jadi tujuan pembelajaran harus menunjukkan tingkah laku akhir atau hasil belajar yang dituntut dapat dilakukan siswa sebagai bukti usaha belajarnya telah berhasil.. KD

a.. Jumlah keseluruhan biaya untuk pembangunan sarana fisik Desa yang lokasinya dirumuskan dan ditentukan berdasarkan musyawarah mufakat bersama lembaga

Kliring merupakan jasa penyelesaian utang piutang antar bank dengan cara saling menyerahkan warkat-warkat yang akan dikliringkan dilembaga kliring (Penagihan warkat seperti cek atau

Siswa yang memiliki minat baca yang rendah, sangat tergantung pada pembelajaran yang diberikan oleh guru, mereka tidak memiliki inisiatif untuk membaca saat di perintah

Namun maksud utama pendidikan akhlak/moral sama, yaitu menanamkan kepercayaan peserta didik terhadap standar moral untuk kemudian mengekspresikannya menjadi sikap dan tindakan

Membran sel Sitoplasma Reseptor Lipomodulin Asam arakidonat (terikat) Asam arakidonat (bebas) fosfolipase A2 Siklooksigenase Tromboksan Prostaglandin PGE 2 , PGI 2