NOTIS PELAWAAN SEBUT HARGA
Sebut harga adalah dipelawa daripada kontraktor/pembekal yang berdaftar dengan Universiti Malaysia Pahang dan Kementerian Kewangan Malaysia untuk membuat tawaran bagi sebut harga seperti berikut:
BIL TAJUK SEBUTHARGA KOD BIDANG /
NO. UNTUK DIHUBUNGI
TARIKH JUALAN / TARIKH TUTUP 1 UMP/BEND/RT/2022(15)
Perkhidmatan Menyediakan Latihan Bagi Menjalankan Program UMP Management Retreat, Universiti Malaysia Pahang.
Kementerian Kewangan Malaysia Kod Bidang:
221110
Perkhidmatan Guna Tenaga Khidmat Latihan, Tenaga Pengajar
Dan Moderator/Negotiator Nama Pegawai:
Puan Nurul Mardhiah binti Mahusin No.Tel: 09-431 6884
Emel:
[email protected] Alamat :
Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar
Universiti Malaysia Pahang Email :
Mulai: 19 Mei 2022 Hingga: 2 Jun 2022
Tarikh Tutup : 2 Jun 2022 (Khamis) Jam:12.00 Tengah hari
1.0 Dokumen sebutharga boleh dimuaturun untuk pihak syarikat melengkapkan dokumen pelawaan. NASKAH INI ADALAH PERCUMA.
2.0 Syarikat hendaklah menyertakan :
i. Salinan Sijil Kementerian Kewangan (KKM)
ii. Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
iii. Salinan Penyata Bank bagi tiga (3) bulan terakhir yang telah disahkan oleh pegawai bank iv. Salinan pengalaman kerja (jika ada).
3.0 Dokumen tawaran sebutharga yang telah disempurnakan hendaklah dikemukakan secara email kepada [email protected] sebelum atau pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan seperti di atas.
Sebutharga yang lewat dikemukakan tidak akan dipertimbangkan.
4.0 Pihak Universiti tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau sebarang tawaran.
Notis sebutharga ini juga dipaparkan di laman web rasmi UMP. Sila layari https://apps.ump.edu.my/vendor/vendor/
BENDAHARI / KETUA PEGAWAI KEWANGAN UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG --- BORANG SEMAKAN DOKUMEN Sila semak dan tandakan ( / ) dokumen yang disertakan :
SENARAI SEMAK Semakan
Syarikat
Semakan Urusetia 1. Lengkapkan Dokumen Sebutharga
2. Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM/ROC) 3. Salinan Sijil Kementerian Kewangan (KKM)
4. Salinan Sijil Pendaftaran SST Kastam (Jika ada) 5. Salinan Sijil Taraf Bumiputera (Jika ada)
6. Salinan Penyata Bank bagi tiga (3) bulan terakhir yang telah disahkan oleh pegawai bank
7. Jadual Penentuan Teknikal Dan Harga 8. Borang Jaminan Pembekal
9. Borang Kebenaran Mengakses Data Syarikat 10. Katalog Produk (Jika ada)
11. Semua Dokumen Dalam Senarai Semak Hendaklah Di Emailkan Kepada [email protected]
PENGESAHAN OLEH SYARIKAT
Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat- syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen sebut harga. Semua maklumat yang dikemukakan adalah benar.
Tandatangan:
Nama:
Jawatan:
Tarikh:
UNTUK KEGUNAAN JABATAN
Jawatankuasa Pembuka Sebutharga mengesahkan penerimaan dokumen bertanda kecuali bagi perkara bil. ... (jika ada).
Tandatangan:
Nama Pengerusi:
Jawatan:
Tarikh:
KOD SYARIKAT ___________
DOKUMEN PELAWAAN SEBUTHARGA UNTUK BEKALAN/PERKHIDMATAN NO.
SEBUTHARGA :
UMP/BEND/RT/2022(15) TAJUK
SEBUTHARGA
: PERKHIDMATAN MENYEDIAKAN LATIHAN BAGI MENJALANKAN PROGRAM UMP MANAGEMENT RETREAT, UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG.
1.0 TUJUAN
Sebutharga ini bertujuan untuk mempelawa pembekal/kontraktor yang berkelayakan bagi menyempurnakan pembekalan/perkhidmatan di atas.
2.0 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
Sebutharga ini mempunyai syarat-syarat dan spesifikasi yang perlu dipatuhi oleh semua pembekal/kontraktor. Pembekal/kontraktor perlu mematuhi keperluan spesifikasi dan syarat-syarat yang ditetapkan seperti tertera di bawah:
2.1 Tawaran ini dibuka kepada pembekal/kontraktor yang telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia didalam kod bidang 221110 Perkhidmatan Guna Tenaga Khidmat Latihan, Tenaga Pengajar dan Moderator/Negotiator serta pendaftarannya masih lagi berkuatkuasa bagi menyempurnakan bekalan/perkhidmatan tersebut.
2.2 Salinan sijil Kementerian Kewangan & Sijil bumiputera (sekiranya ada) hendaklah disertakan dalam sebut harga. Sila lampirkan 3 BULAN PENYATA AKAUN TERKINI YANG TELAH DISAHKAN OLEH PEGAWAI BANK untuk memastikan pembekal mampu menyediakan bekalan seperti yang diperlukan dan salinan LO jika pembekal pernah menyempurnakan bekalan di UMP atau Agensi Kerajaan sebelum ini.
2.3 Kegagalan mematuhi mana-mana syarat dan terma di bawah ini membolehkan syarikat ditolak/disenaraihitamkan.
2.4 Tarikh sah laku sebut harga adalah selama sembilan puluh (90) hari daripada tarikh penyerahan. Pembekal/Kontraktor tidak boleh menarik balik sebut harganya dalam tempoh tersebut. Universiti Malaysia Pahang akan mengeluarkan Surat Setuju Terima dan pesanan tempatan (LO) kepada Pembekal/Kontraktor yang berjaya.
2.5 Universiti Malaysia Pahang tidak akan melayan sebarang surat-menyurat dari Pembekal/Kontraktor-Pembekal/Kontraktor mengenai sebab-sebab Sebut harga mereka tidak berjaya.
2.6 Risalah (brochure), katalog dan lain-lain dokumen berkaitan hendaklah disertakan dalam Sebut harga (Jika ada). Butiran yang ditawarkan hendaklah dicatitkan dengan terang. Bila- bila dikehendaki, pembekal mestilah sanggup untuk mengadakan persembahan/
demontrasi alat-alat yang ditawarkan.
3.0 TAWARAN HARGA
3.1 Semua Sebut harga mestilah dalam Ringgit Malaysia. Harga yang ditawarkan hendaklah harga bersih CIF (Cost, Insurance & Freight) termasuk semua kos bekalan/peralatan yang dikehendaki, segala kos pengangkutan hingga ke Universiti, pemasangan, pengujian dan latihan.
3.2 Jumlah keseluruhan tawaran harga hendaklah dicatatkan dalam Jadual Penentuan Teknikal dan Harga. Semua tawaran harga oleh syarikat hendaklah dikemukakan dengan dinyatakan harga tawaran perkhidmatan dan Cukai Perkhidmatan secara berasingan.
Pihak syarikat hendaklah memastikan pengiraan harga per item serta keseluruhan harga tersebut adalah betul. Pihak UMP berhak menolak tawaran syarikat sekiranya berlaku kesilapan dalam mengisi borang tersebut.
3.3 Harga yang ditawarkan mestilah tidak melebihi dua angka perpuluhan. Sebagai contoh : RM0.15/unit
3.4 Tempoh yang dinyatakan hendaklah merangkumi kesemua kerja-kerja pembekalan, penghantaran, pemasangan, pengujian dan latihan yang dicadangkan.
4.0 PEMBAYARAN
4.1 Pembayaran bagi bekalan/perkhidmatan dibuat dalam Ringgit Malaysia (RM).
4.2 Pembayaran akan dibuat sekiranya semua bekalan perkhidmatan atau bekalan/perkhidmatan bagi setiap satu jenis item dalam kontrak yang dilaksanakan berperingkat-peringkat telah dilaksanakan dengan sempurna, sebagaimana yang telah dipersetujui dan disahkan oleh Pihak Tanggungjawab Fakulti/Jabatan, Universiti mengikut harga dan masa yang dipersetujui.
4.3 Pembayaran bagi tiap-tiap penyerahan akan dibuat oleh Bendahari, Universiti Malaysia Pahang dalam tempoh satu bulan (30 Hari) selepas barang diterima dan dipasang dengan memuaskan dan setelah inbois dikemukakan oleh Jabatan/Fakulti.
5.0 TEMPOH KONTRAK / JADUAL PELAKSANAAN PERKHIDMATAN DAN PENYEMPURNAAN PEMBEKALAN
5.1 Bagi setiap pesanan yang dikeluarkan oleh pihak Universiti, pembekal/kontraktor yang berjaya dikehendaki membuat penghantaran mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
5.2 Tempoh penyempurnaan pembekalan hendaklah dinyatakan dengan jelas di dalam sebutharga. Tempoh yang dinyatakan hendaklah merangkumi kesemua kerja-kerja pembekalan, penghantaran, pemasangan, pengujian dan latihan yang dicadangkan.
5.3 Barang yang dibekal hendaklah dijamin dari kecacatannya untuk tempoh 1 tahun dari tarikh pembekalan/perkhidmatan dan dalam tempoh itu pembekal hendaklah memberi perkhidmatan menyelenggara, servis dan alat-alat ganti dengan percuma.
6.0 PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH
6.1 Perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694);
6.2 Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota Perkhidmatan Awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
7.0 PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan berkaitan dengan Syarat dan Spesifikasi Penentuan Teknikal boleh menghubungi pegawai berikut :
Puan Nurul Mardhiah binti Mahusin No.Tel: 09-431 6884
Emel: [email protected]
Waktu Pejabat : 8:30 pagi - 4:30 petang (Isnin hingga Jumaat)
8.0 SERAHAN DOKUMEN SEBUTHARGA
1. DOKUMEN PENILAIAN KEWANGAN (BAHAGIAN A) a. Jadual Kadar Harga
b. Maklumat Kewangan Pembekal c. Borang Jaminan Pembekal
d. Borang Kebenaran Mengakses Data Syarikat e. Sijil-Sijil dan Maklumat Syarikat
2. DOKUMEN PENILAIAN TEKNIKAL (BAHAGIAN B) a. Jadual Teknikal
b. Katalog Produk c. Sampel (jika berkaitan)
d. Dokumen-dokumen lain yang berkaitan
Dokumen penilaian kewangan dan dokumen penilaian teknikal yang telah lengkap hendaklah dimuatnaik ke email [email protected] dengan dua folder yang berbeza (Bahagian A &
Bahagian B). Dokumen tersebut perlu diemail dalam satu email yang sama sebelum atau pada tarikh seperti di bawah:
TARIKH BUKA : 19 Mei 2022
TARIKH TUTUP : 2 Jun 2022 , JAM: 12.00 Tengahari
BAHAGIAN A:
DOKUMEN PENILAIAN KEWANGAN 1. Jadual Kadar Harga
2. Maklumat Kewangan Pembekal 3. Borang Jaminan Pembekal 4. Sijil-Sijil Dan Maklumat Syarikat
(i) Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM/ROC) (ii) Salinan Sijil Kementerian Kewangan (MOF) (iii) Salinan Sijil Taraf Bumiputera (Jika ada)
(iv) Salinan Dokumen Tawaran Kontrak Yang Lepas (v) Salinan Penyata Bank bagi tiga (3) bulan terakhir
(terkini dan disahkan oleh Pegawai Bank) (vi)
(vii)
Surat Overdraf / Pembiayaan Bank @ Institusi Kewangan Salinan Sijil Pendaftaran SST kastam (Jika ada)
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG JADUAL KADAR HARGA
NO. SEBUTHARGA : UMP/BEND/RT/2022(15)
TAJUK SEBUTHARGA : PERKHIDMATAN MENYEDIAKAN LATIHAN BAGI MENJALANKAN PROGRAM UMP MANAGEMENT RETREAT, UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG.
*Perkhidmatan ini adalah perkhidmatan bercukai di bawah perkhidmatan professional, mohon pihak syarikat untuk kemukakan sijil pendaftaran SST jika pihak syarikat telah berdaftar dengan kastam
……….…..………..
(Tandatangan & Cop Syarikat)
Nama :………..
Alamat :………..
……….
Tarikh :……….………..
Bil. PERKARA KADAR PER
PESERTA
NILAI WANG PERUNTUKAN
SEMENTARA (RM)
1.
Syarikat dikehendaki menawarkan perkhidmatan program latihan dan bimbingan program kepimpinan bagi meningkatkan kualiti kumpulan bakat UMP yang berkemahiran dalam kompetensi kepimpinan UMP. Anggaran peserta adalah 100 orang . Senarai modul latihan adalah seperti berikut :
I. Future Work – VUCA World
II. Digitalization – Transformational Leaders Mindset & Behaviors III. Professionalism – Innovative Ideas & Solutions
IV. Pengukuhan GREAT V. Pengukuhan Nilai Teras
Perincian modul latihan boleh didapati di Bahagian B (Jadual Penentuan Teknikal)
RM 47,800.00
CUKAI PERKHIDMATAN 6%
JUMLAH KESELURUHAN DI BAWA KE BORANG JAMINAN PEMBEKAL (RM)
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
MAKLUMAT KEWANGAN PEMBEKAL
NAMA SYARIKAT:
PENYATA BANK 3 BULAN TERKINI (RM) Nama Bank:
No.Akaun:
Bulan Pertama Bulan Kedua Bulan Ketiga
Nama Bulan:
Jumlah Penyata Terakhir (RM)
KEMUDAHAN PINJAMAN BANK (RM)
Overdraft Pinjaman Kemudahan-Kemudahan Kredit
lain Nama Bank:
Nilaian (RM):
BORANG JAMINAN PEMBEKAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
26600 Pekan, Pahang Darul Makmur Tuan,
TAJUK SEBUTHARGA : PERKHIDMATAN MENYEDIAKAN LATIHAN BAGI MENJALANKAN PROGRAM UMP MANAGEMENT RETREAT, UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG.
NO. SEBUTHARGA : UMP/BEND/RT/2022(15)
Saya yang bertandatangan di bawah ini adalah dengan ini menawarkan untuk membekal, menghantar, memasang dan menyelenggara barang/
perkhidmatan dengan menepati segala penentuan dalam Jadual Penentuan Teknikal dan Harga berlampir dengan Harga Tawaran sebanyak Ringgit Malaysia (Dengan Perkataan :………...
..………
(RM……….……….)
2. Saya dengan ini mengesahkan bahawa akan menyempurnakan bekalan/perkhidmatan tersebut dalam tempoh masa 2 TAHUN dari tarikh dokumen tawaran.
……….…..………..
(Tandatangan & Cop Syarikat)
Nama :………..
Alamat :………..
……….
Tarikh :……….………..
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
BORANG KEBENARAN MENGAKSES DATA SYARIKAT
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG 26600 Pekan, Pahang Darul Makmur
Tuan,
TAJUK SEBUTHARGA : PERKHIDMATAN MENYEDIAKAN LATIHAN BAGI MENJALANKAN PROGRAM UMP MANAGEMENT RETREAT, UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG.
NO. SEBUTHARGA : UMP/BEND/RT/2022(15)
Saya yang bertandatangan di bawah ini adalah memberi kebenaran kepada pihak Universiti Malaysia Pahang untuk mendapatkan maklumat syarikat ini daripada pihak-pihak berikut:
a) Kerajaan Malaysia, pemberi dana, kementerian atau lain-lain pihak berkuasa;
b) Juruaudit, peguam atau penasihat-penasihat professional; dan
c) Pihak bank yang berkaitan sepertimana yang dikehendaki oleh Bank Negara Malaysia
……….…..………..
(Tandatangan & Cop Syarikat)
Nama :………..
Alamat :………..
……….
Tarikh :……….………..
BAHAGIAN B:
DOKUMEN PENILAIAN TEKNIKAL
1. Jadual Penentuan Teknikal (BEND/UP/007) (i) Cadangan Teknikal Pembekal (sekiranya ada) (ii) Katalog Produk
(iii) Carta Aliran Penyempurnaan Pembekalan (iv) Cadangan Kandungan Latihan
(v) Sampel (jika berkaitan)
(vi) Dokumen-dokumen lain yang berkaitan.