• Tidak ada hasil yang ditemukan

KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR BERHAD ATURAN-ATURAN PINJAMAN PERIBADI (AL-BAI AINAH)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR BERHAD ATURAN-ATURAN PINJAMAN PERIBADI (AL-BAI AINAH)"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR BERHAD ATURAN-ATURAN PINJAMAN PERIBADI (AL-BAI’ AINAH)

1. NAMA:

1.1 Aturan-aturan ini adalah dinamakan Aturan-aturan Al-Bai’ Ainah Koperasi Pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur Berhad.

1.2 Aturan-aturan ini diwujudkan di bawah Undang-undang Kecil 8(3) dan 8(4) dan dikuatkuasakan selepas persetujuan Mesyuarat Agung Perwakilan Koperasi ini selaras dengan Peraturan 26 Peraturan- peraturan Koperasi 1995.

2. TAFSIRAN:

Dalam aturan ini melainkan tertentu maksudnya maka:- a. “ Agama ” maknanya Agama Islam.

b. “ Akta ” maknanya Akta Koperasi 1993.

c. “ Al-Bai’ Ainah ” maknanya pinjaman atau jual beli tunai / segera, bertujuan untuk mendapatkan lebihan dalam pinjaman atau jual beli dengan cara hikmat atau satu kaedah menjual sesuatu barangan ( ‘ain atau nilaian yang bermanfaat ) dengan harga tangguh kemudian membelinya semula daripada pembeli secara tunai dengan harga kurang daripada harga jualan.

d. “ Anggota ” maknanya anggota Koperasi Pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur Berhad.

e. “ Aturan ” maknanya Aturan-aturan Al-Bai' Ainah Koperasi Pegawai- pegawai Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur Berhad.

f. “ Bai’ ” maknanya jual beli, dari segi bahasa bererti pertukaran sesuatu benda dengan sesuatu benda yang lain sementara dari segi istilah bererti suatu aqad untuk memiliki sesuatu secara kekal sama ada yang berupa harta / manfaat dengan cara tukar menukar harta mengikut syarat-syaratnya.

g. “ Barang ” maknanya benda atau alatan pengguna yang boleh diambil manfaatnya pada Hukum Syarak yang dipersetujui untuk dijual beli.

h. “ BPA ” maknanya Biro Perkhidmatan Angkasa.

i. “ Hartanah ” maknanya rumah atau tanah yang ada mempunyai surat hakmilik yang sah.

(2)

j. “ Jual beli salam ” maknanya menjual sesuatu benda yang belum ada dihadapan mata, barang itu ada dalam tanggungan si penjual, hanya ditentukan sifat-sifat dan kadarnya dengan menggunakan perkataan salam, atau jual beli hutang dari pihak penjual dan tunai dari pihak pembeli kerana wang telah dibayar sewaktu aqad.

k. “ Koperasi ” maknanya Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur Berhad.

l. “ Lembaga ” maknanya Lembaga Koperasi Pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur Berhad.

m. “ Mesyuarat Agung ” maknanya Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Koperasi Pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur Berhad.

n. “ Pekerja ” maknanya pekerja Koperasi Pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur Berhad.

o. “ Pembeli ” maknanya orang yang membeli sesuatu atau barang.

p. “ Penjual ” maknanya orang yang menjual sesuatu atau barang.

q. “ Peraturan ” maknanya Peraturan-peraturan Koperasi 1995.

r. “ Perjanjian ” maknanya rakaman urusniaga bertulis antara penjual dan pembeli.

s. “ Saksi ” maknanya orang yang menyaksikan jual beli sama ada salam atau tunai.

t. “ Siberhutang ” maknanya anggota yang mengambil kemudahan Al- Bai’ Ainah.

u. “ Sighah ” maknanya lafaz akad jual beli seperti berkut:-

i. Akad Pembeli – “Saya membeli sesuatu / barang dengan harga tangguh / tunai.

ii. Akad Penjual – “Saya menjual sesuatu / barang dengan harga tangguh / tunai.

v. “ Sipenerima ” maknanya anggota yang menerima Al-Bai' Ainah.

w. “ Tunai ” maknanya penerimaan bayaran dengan wang tunai atau cek.

x. “ Undang-undang Kecil ” maknanya Undang-undang Kecil 1995 Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur Berhad.

(3)

3. TUJUAN:

Membantu anggota-anggota atau pekerja mendapatkan kemudahan tunai bagi kegunaan peribadi dengan kaedah menjual sesuatu barang atau tunai dengan kaedah Al-Bai’ Ainah.

4. KAEDAH:

4.1 Koperasi akan menyediakan wang tunai atau satu barangan yang berharga milik koperasi untuk diberi pinjaman.

4.2 Koperasi akan menjual barangan tersebut kepada anggota atau pekerja yang memerlukan pinjaman wang tunai dengan harga tangguh dan kemudian membelinya kembali dengan harga tunai.

4.3 Koperasi akan mengeluarkan bayaran dalam bentuk cek kepada anggota atau pekerja di atas pinjaman / pembelian bagi aqad jual beli tersebut.

5. KELAYAKAN MENYERTAI AL-BAI’ AINAH:

5.1 Telah menjadi anggota tidak kurang dari enam bulan atau menjadi pekerja tidak kurang dari lapan belas bulan.

5.2 Berpendapatan tetap yang pada pendapat Lembaga mencukupi bagi menyertai rancangan ini.

5.3 Dapat mengadakan penjamin-penjamin dari kalangan anggota- anggota dan pekerja yang boleh diterima oleh Lembaga.

5.4 Bayaran ansuran bulanannya tidak membebankan pendapatan tetap bulanannya.

5.5 Pinjaman berlapis tidak dibenarkan dan anggota yang masih mempunyai baki pinjaman yang terdahulu hendaklah menjelaskan semua baki pinjaman tersebut.

5.6 Baki gaji bersih anggota setelah ditolak ansuran bulanan pinjaman yang dipohon hendaklah tidak kurang daripada RM200.00 dan bagi pekerja pula tidak kurang daripada 50% daripada jumlah pendapatan kasar ( gaji dan elaun-elaun tetap ).

5.7 Bagi permohonan Al-Bai’ Ainah ( Bercagar ), modal yuran anggota hendaklah tidak kurang daripada ¼ jumlah pinjaman yang dipohon.

5.8 Modal Yuran boleh ditambah pada bila-bila masa bagi melayakkan anggota mendapatkan Al-Bai’ Ainah ( Bercagar ).

5.9 Bagi permohonan Al-Bai’ Ainah ( Pendidikan ), anggota hendaklah menyertakan salinan dokumen sokongan yang perlu dan disahkan berhubung dengan tawaran kemasukan ke institusi pengajian tinggi terbabit. Kelayakan pinjaman adalah bagi anggota dan anak anggota dalam pengajian peringkat diploma, ijazah dan ke atas sahaja.

(4)

5.10 Lembaga adalah berkuasa menimbang dan meluluskan sebarang permohonan Al-Bai’ Ainah apabila berpuas hati bahawa terdapatnya keadaan-keadaan khas untuk berbuat demikian dengan syarat sekurang-kurangnya 2/3 daripada kehadiran sesuatu Mesyuarat Lembaga itu bersetuju dengan keputusan berkenaan.

6. HAD AL-BAI’ AINAH:

Setinggi-tinggi had Al-Bai' Ainah yang boleh diberikan kepada anggota atau pekerja adalah seperti berikut:-

a. Al-Bai’ Ainah ( Kecemasan ) hanya diberikan kepada anggota sehingga RM2,000.00, tidak termasuk bayaran-bayaran lain yang berkaitan dan bersangkutan yang dikenakan dengan syarat anggota yang kurang daripada dua tahun keanggotaannya hendaklah mengemukakan seorang penjamin bagi menjamin permohonan pinjaman tersebut.

b. Al-Bai’ Ainah ( Tanpa Jaminan ) hanya diberikan kepada anggota- anggota sahaja tidak melebihi 80% daripada jumlah wang yuran berbayar sipenerima atau RM20,000.00, mana-mana yang kurang tidak termasuk bayaran-bayaran lain yang berkaitan dan bersangkutan yang dikenakan. Anggota yang mendapat kemudahan Al-Bai’ Ainah ( Tanpa Jaminan ) tidak layak mendapat kemudahan Al-Bai’ Ainah ( Berjamin ).

c. Al-Bai’ Ainah ( Berjamin ) diberikan tidak melebihi dari kadar lapan bulan gaji dan dicampur jumlah yuran yang berbayar atau RM20,000.00, mana-mana yang kurang bagi anggota-anggota, sementara bagi pekerja pula pada kadar lapan bulan gaji sahaja, dengan dua orang penjamin tidak termasuk bayaran-bayaran lain yang berkaitan dan bersangkutan yang dikenakan. Anggota yang mendapat kemudahan Al-Bai’ Ainah ( Berjamin ) tidak layak mendapat kemudahan Al-Bai’ Ainah ( Tanpa Jaminan ).

d. Al-Bai’ Ainah ( Bercagar ) diberikan tidak melebihi dari kadar separuh daripada nilaian hartanah yang hendak dicagar atau RM40,000.00, mana-mana yang kurang tidak termasuk bayaran-bayaran lain yang berkaitan dan bersangkutan yang dikenakan. Anggota atau pekerja yang mendapat kemudahan Al-Bai’ Ainah ( Bercagar ) tidak layak mendapat lain-lain kemudahan Al-Bai’ Ainah kecuali Al-Bai’ Ainah ( Kecemasan ) dan Al-Bai’ Ainah ( Pendidikan ).

e. Al-Bai’ Ainah ( Pendidikan ) diberikan tidak melebihi RM2,000.00, tidak termasuk bayaran-bayaran lain yang berkaitan dan bersangkutan yang dikenakan dengan syarat anggota yang kurang daripada dua tahun keanggotaannya hendaklah mengemukakan seorang penjamin bagi menjamin permohonan pinjaman tersebut.

7. TANGGUNGJAWAB KOPERASI:

Memastikan barangan, harga dan syarat-syarat lain yang dipersetujukan dari semasa ke semasa.

(5)

8. TANGGUNGJAWAB PENJAMIN-PENJAMIN:

8.1 Tiap-tiap penjamin itu akan bersama-sama atau berasingan bertanggung jawab di atas bayaran sepenuhnya ansuran hutang atas pinjaman tersebut.

8.2 Penjamin-penjamin itu hendaklah membiayai kesemuanya ansuran hutang yang diberikan kepada siberhutang jika sekiranya siberhutang tidak dapat membayar balik ansuran hutang itu mengikut perjanjian yang telah dipersetujui.

9. GADAIAN:

9.1 Al-Bai' Ainah ( Bercagar ) mengkehendaki hartanah digadaikan kepada Koperasi sebagai jaminan dengan persetujuan Lembaga.

9.2 Lembaga berhak menerima atau menolak sebarang hartanah sebagai gadaian.

10. SKIM PERLINDUNGAN:

Setiap anggota atau pekerja yang mendapat kemudahan Al-Bai’ Ainah diwajibkan mencarum di dalam skim perlindungan pinjaman berkumpulan yang disediakan oleh Koperasi sekiranya belum menyertai mana-mana skim perlindungan yang sedia ada dan segala perbelanjaan berkenaan skim perlindungan tersebut adalah ditanggung oleh peminjam.

11. TANGGUNGJAWAB ANGGOTA ATAU PEKERJA:

11.1 Mengesahkan penerimaan wang tunai hasil daripada jual beli barangan dengan KPKP.

11.2 Membuat bayaran ansuran tanpa gagal dan menepati masa- masanya.

11.3 Menanggung semua kos yang terlibat dalam membuat bayaran itu.

12. PENGAKUAN ANGGOTA ATAU PEKERJA YANG MEMOHON AL-BAI’ AINAH:

Seseorang anggota atau pekerja yang memohon Al-Bai' Ainah hendaklah membuat pengakuan-pengakuan bertulis seperti berikut:-

a. Bahawa ia menyatakan bersama-sama permohonannya itu satu keterangan yang benar dan lengkap berkenaan dengan wang yuran dan saham serta tanggungannya di Koperasi ini sama ada sebagai penerima atau siberhutang atau penjamin-penjamin atau ketiga- tiganya.

b. Bahawa ia mengaku tidak akan menjadi penjamin atau mendapatkan Al-Bai’ Ainah atau lain-lain hutang selain daripada Koperasi ini melainkan dengan kebenaran Lembaga.

(6)

c. Bahawa ia tidak akan berhenti dari menjadi anggota atau pekerja sebelum ansuran hutangnya kepada Koperasi ini selesai dibayar balik.

d. Bahawa ansuran hutang bulanannya tidak membebankan pendapatan bulanannya.

13. TEMPOH BAYARAN BALIK AL-BAI’ AINAH:

13.1 Bayaran balik Al-Bai’ Ainah ( Kecemasan ) hendaklah dibuat dalam tempoh tidak melebihi 24 bulan.

13.2 Bayaran balik Al-Bai' Ainah ( Tanpa Jaminan ) dan ( Berjamin ) hendaklah dibuat dalam tempoh tidak melebihi 36 bulan. Jika anggota-anggota dan pekerja menghadapi kesulitan bayaran, tempoh bayaran bolehlah dipohon untuk dilanjutkan sehingga 120 bulan mengikut pertimbangan dan keputusan Lembaga.

13.3 Bayaran balik Al-Bai' Ainah ( Bercagar ) hendaklah dibuat dalam tempoh tidak melebihi 120 bulan.

13.4 Bayaran balik Al-Bai’ Ainah ( Pendidikan ) hendaklah dibuat dalam tempoh tidak melebihi 48 bulan.

14. CARA BAYARAN ANSURAN:

Bayaran hendaklah dibayar terus kepada Koperasi melalui BPA atau lain-lain cara yang munasabah.

15. PENOLAKAN PERMOHONAN AL-BAI’ AINAH:

15.1 Lembaga adalah berkuasa menolak sebarang permohonan dari anggota atau pekerja untuk kemudahan Al-Bai’ Ainah, menghadkan jumlahnya dan menolak sesiapa jua anggota atau pekerja atau apa- apa penjamin atau gadaian.

15.2 Tidak ada anggota atau pekerja boleh menuntut supaya ia diberikan Al-Bai' Ainah sebagai suatu hak.

16. HUTANG DIBAYAR BALIK DENGAN SERTA-MERTA:

Siberhutang hendaklah membayar balik dengan serta-merta segala hutang kepada Koperasi ini mengikut keadaan berikut:-

a. Jika siberhutang berhenti daripada menjadi anggota atau pekerja.

b. Jika tidak dapat mencari penjamin atau gadaian yang lain dalam tempoh 2 bulan bagi menggantikan penjamin yang layak atau gadaian yang tidak mencukupi nilai pada kos.

(7)

17. PERMOHONAN AL-BAI’ AINAH:

Permohonan dari anggota atau pekerja bagi mendapatkan Al-Bai' Ainah hendaklah dikemukakan kepada Lembaga dengan mengisi borang yang ditetapkan dari semasa ke semasa.

18. PERMOHONAN DARIPADA ANGGOTA LEMBAGA:

Seseorang yang masih menjadi anggota Lembaga boleh menyertai rancangan ini tetapi tidak boleh menjadi penjamin kepada sebarang jenis pinjaman atau hutang dengan syarat ia hendaklah mengisytiharkan sepenuhnya kepada Lembaga mengenai kepentingannya selaras dengan Undang-undang Kecil 44(2).

19. PENYELESAIAN

Jika seseorang anggota atau pekerja yang masih berhutang berhenti daripada menjadi anggota atau pekerja gagal meneruskan pembayaran balik hutangnya atau baki hutangnya dan ia atau wakil waris-warisnya atau pengganti-pengganti dirinya atau penjamin-penjaminya yang telah diberi peluang untuk menjelaskan hutang atau baki hutang di dalam tempoh masa yang munasabah sebagaimana ditetapkan oleh Lembaga, tetapi tiada dapat berbuat demikian, maka Koperasi bolehlah melelong atau menjual hartanah yang telah digadaikan kepada Koperasi sebagai jaminannya berhutang dahulu. Koperasi ini akan mengembalikan baki jualan gadaian itu kepada tuanpunya gadaian selepas ditolak segala hutang atau tanggungan- nya kepada Koperasi dan segala perbelanjaan yang timbul dalam urusan penjualan hartanah tersebut.

20. TAKRIF:

Jika timbul sebarang perbezaan takrif mengenai Aturan-aturan ini, maka takrif Lembaga adalah muktamad.

21. PINDAAN KEPADA ATURAN-ATURAN INI:

21.1 Aturan-aturan ini hendaklah dibaca bersama dengan Undang-undang Kecil Koperasi dan Akta serta Peraturan-peraturan.

21.2 Lembaga Koperasi ini, dengan persetujuan Mesyuarat Agung dan Ketua Pendaftar Koperasi, bolehlah meminda sebarang peruntukan dalam peraturan ini apabila difikirkan mustahak untuk memudahkan perjalanan dan pengurusan skim ini.

Diakui inilah Aturan-aturan yang dibentang dan diterima oleh Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur Berhad.

--- --- --- (PENGERUSI) (SETIAUSAHA) (BENDAHARI)

Referensi

Dokumen terkait

Merpati balap oleh kalangan penggemar merpati disebut dengan merpati lokal atau merpati biasa, Jarak yang ditempuh dalam lomba balap merpati ini 500-1.200 meter. Ketika

Perbandingan Selisih Anggaran Dan Realisasi Biaya BBM Tahun 2004 Pada PT.. sayang yang tulus yang ta{ter6ata.s dan tit!aftperfu 6erfufas tUfafafi tempat Iman.. dan 1far9a

Defenisi system konstruksi dalam bangunan merupakan bagian atau elemen yang menempel pada system struktur utama, sedangkan fungsi dari system konstruksi adalah elemen yang

WP 1.4; KADAR DAN SYARAT TUNTUTAN ELAUN, KEMUDAHAN DAN BAYARAN KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM KERANA MENJALANKAN TUGAS RASMI (TIDAK TERMASUK ANGGOTA TENTERA DAN ANGGOTA POLIS).

telah selesai. Tuntutan RM100 apabila fail ditutup.. Sekiranya rayuan itu ditarik balik oleh perayu atau peguam bela dipecat atau menarik diri, peguam tersebut berhak

Pengarah-Pengarah, Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Duopharma Biotech tidak boleh memberi, menawar atau menerima rasuah, sogokan, bayaran-bayaran korup, bayaran pemudahan, atau

Data sekunder adalah data yang berasal dari sumber lain seperti hasil penelitian sebelumnya, jurnal dan Iain-lain, yang digunakan untuk mendapatkan dan menggali teori-teori yang

16 Philipus M. Perlindungan Hukum Bagi Rakyat Indonesia, PT.. peniruan akan produk-produk lokal seperti kasus pada gambaran kopi Toraja. Kejadian ini menggambarkan bahwa