• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pemahaman. Modul PT3 SM 201. Nama :

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Pemahaman. Modul PT3 SM 201. Nama :"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah

Edubest

Pemahaman

Modul PT3

SM

2

01

(2)

Analisis Puisi

Genre Puisi Tradisional

Pantun Syair Moden Sajak Tema Persoalan Bentuk Terikat

Rima akhir Pantun : ab / abab Rima akhir Syair : aaaa

Bebas Rima akhir Sajak : abcdef

Unsur Bahasa

Pengulangan

Pengulangan baris Repitisi

Pengulangan Kata

Ulang kata depan Anafora Ulang kata belakang Responsi Ulang kata tengah Epifora

Sinkope Singkatan : ku, mu, nak Inversi terbalik : akan kuambil Perlambangan Bunga : wanita Personifikasi bersifat manusia Hiperbola Melebih-lebihkan

Unsur bunyi Pengulangan abjad

Ulang vokal (a,e,i,o,u) Asonansi Ulang Konsonan (b,c,d,f,g...) Aliterasi

Nada

Romantis cinta, kasih sayang Melankolik sedih

Protes membantah

Sinis menyindir / mengejek

Nilai Pengajaran

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(3)

Pemahaman Petikan

Aiman merupakan murid Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Kuala. Dia agak lemah dalam pcelajaran. Dia ketinggalan dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, Maternmatik, dan Sains. Ayah dan ibu Aiman selalu menasihatinya agar rajin berusaha seperti kata peribahasa "belakang parang kalau diasah lagikan tajam'

Aiman menyedari kelemahannya dan berazam untuk memperbaiki kelemahan itu. Dia bertekad akan belajar dengan bersungguh-sungguh. Ayah dan ibu Aiman juga sentiasa memberikan dorongan kepada Aiman di samping membelikan buku-buku rujukan untuk Aiman. Aiman semakin bersemangat untuk belajar. Dia mengetahui bahawa ilmu itu sangat penting.

Aiman membuat jadual belajar dan belajar mengikut jadual. Aiman juga telah mengikuti kelas-kelas tambahan di sekolah dan di pusat tuisyen. Kelemahanya dalam pelajaran sudah dapat diperbaiki dari semasa ke semasa. Hal ini terbukti apabila dia mendapat markah yang agak tinggi dalam ujian bulanan.

Aiman semakin bersemangat untuk meningkatkan prestasinya dalam pelajaran. Dia mengikuti segala nasihat guru-gurunya dan mencatat segala nota yang diberikan. Aiman juga semakin rajin mengulang kaji pelajaran sama ada seeara bersendirian atau secara berkumpulan.Dia bertanya tentang pelajaran kepada rakan-rakan yang pintar sepeni Aqif dan Airil. Keyakinan yang tinggi membuatkan Aiman semakin dapat meningkatkan prestasi akademiknva.

Dalam peperiksaan akhir tahun Arman akhimta memperoleh keputusan yang cemerlang. Dia merupakan antara sepuluh orang murid yang dalam di sekolahnya. Ayah dan ibu Aiman sangat gembira kerana Aiman mahu mendengar nasihat mereka agar belajar dengan bersungguh-sungguh kerana kejayaan itu tidak datang bergolek.

1. Apakah kelemahan Aiman?

A Sangat lemah dalam semua mata pelapnm B Amat lemah dalam beberapa mala pelajaran

Bahasa

Melayu

(4)

E Sukar untuk membaiki kelemahan diri D Sedih kerana ketinggalan dalam pelajaran

2. Semua yang berikut ialah cara-cara Aiman mengatasi masalahnya, kecuali A belajar seeara berkumpulan.

B belajar mengikut jadual yang disusun. E berkawan dengan rakan yang pintar sahaja. D mengikuti kelas tambahan di pusat tuisyen.

3. Apakah maksud rangkai kata memperoleh keputusan yang cemerlang? A Meningkatkan pencapaian

B Mencapai kejayaan yang gemilang E Mendengar keputusan yang sangat baik D Mendapat markah yang memberangsangkan

4. Pada pendapat anda. apakah pengajaran yang dapat dibuat berkaitan dengan cerita di atas ? (KBAT)

A Kita harus mematuhi nasihat ibu bapa dan guru-guru. B Kejayaan akan dapat dicapai dengan usaha yang gigih. E Kecemerlangan dalam pelajaran amat membanggakan.

D Peranan ibu bapa sangat penting bagi menjamin kejayaan anak-anak.

( /8)

Bahasa

Melayu

(5)

Pemahaman Puisi Tradisional - Pantun

Pantun Alam Remaja (10 markah)

1 Elok rupanya kumbang jati, Dibawa itik pulang petang; Tidak terkatakan besar hati,

Melihat ibu sudah pulang.

2 Dibawa itik pulang petang,

Dapat di rumput bilang-bilang; Melihat ibu sudah pulang,

Hati cemas menjadi hilang.

3 Ayam kinantan terbang mengekas, Hinggap di ranting bilang-bilang; Melihat bonda pulang lekas,

Hatiku besar bukan kepalang.

4 Kita menari keluar bilik,

Sebarang tari kita tarikan; Kita menyanyi adik-beradik,

Sebarang nyanyi kita nyanyikan.

5 Hanyut batang berlilit kumpai,

Terdampar di ujung Tanjung Jati; Bonda pulang bapa pun sampai,

Kita semua berbesar hati.

Bahasa

Melayu

(6)

6 Ramai orang bersorak-sorak,

Menepuk gendang dengan rebana; Alang besarnya hati awak,

Mendapat baju dengan celana.

7 Mahulah kami hendak melapun, Lapun dibawa orang menjaja; Jangan marah kami berpantun,

Budak kecil biasa manja.

(Dipetik daripada antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2, Arah Pendidikan Sdn. Bhd.)

Maksud Pantun – “Pantun Alam Remaja” Rangkap 1

Anak-anak akan berasa sangat gembira sewaktu menyambut kepulangan ibu ke rumah.

Rangkap 2

Ketakutan dan kerisauan anak-anak sewaktu ketiadaan ibu akan hilang apabila melihat ibu pulang ke rumah.

Rangkap 3

Anak-anak akan berasa sangat gembira jika ibu cepat pulang ke rumah.

Rangkap 4

Adik-beradik menyanyikan sebarang lagu bersama-sama.

Rangkap 5

Bahasa

Melayu

(7)

Kepulangan ayah dan ibu ke rumah merupakan detik yang paling menggembirakan bagi anak-anak.

Rangkap 6

Pemberian atau hadiah daripada ibu bapa membuatkan anak-anak berasa gembira.

Rangkap 7

Ibu bapa tidak sewajarnya memarahi anak-anak yang gemar berpantun kerana anak-anak yang masih kecil biasanya manja.

Tema

Kegembiraan anak-anak sewaktu menyambut kepulangan ibu bapa mereka ke rumah.

Persoalan

(a) Tanggungjawab ibu bapa ialah memberikan kasih sayang dan kebahagiaan kepada anak-anak.

(b) Anak-anak akan sentiasa cemas dan risau sewaktu ketiadaan ibu bapa di rumah.

(c) Kegembiraan bagi anak-anak adalah sewaktu menyambut kepulangan ibu bapa mereka pulang bekerja.

(d) Aktiviti nyanyian bersama-sama ahli keluarga dapat mengeratkan hubungan antara adik-beradik,

(e) Pemberian hadiah daripada ibu bapa dapat menggembirakan hati anak-anak.

Bahasa

Melayu

(8)

Bentuk

(a) Pantun ini terdiri daripada tujuh rangkap.

(b) Bilangan baris pada setiap rangkap adalah sama. Contohnya, • rangkap 1: empat baris,

• rangkap 2: empat baris, • rangkap 3: empat baris, • rangkap 4: empat baris, • rangkap 5: empat baris, • rangkap 6: empat baris, • rangkap 7: empat baris.

(c) Ada pembayang dan maksudnya.

(d) Panjang pendek baris tidak sama, iaitu antara tiga hingga lima patah kata. Contohnya,

Kita menyanyi adik-beradik (3 patah kata)

Terdampar di ujung Tanjung Jati (5 patah kata) (e) Jumlah suku kata dalam pantun ini antara sembilan hingga sepuluh suku kata. Contohnya,

Elok rupanya kumbang jati (9 patah kata)

Mendapat baju dengan celana (10 patah kata)

(f) Pantun ini berbentuk terikat.

Unsur Bunyi

(a) Asonansi. Contohnya,

• Tidak terkatakan besar hati (perulangan vokal a); • Menepuk gendang dengan rebana (perulangan vokal e); • Hinggap di ranting bilang-bilang (perulangan vokal i); • Melihat ibu sudah pulang (perulangan vokal u). (b) Aliterasi. Contohnya,

Bahasa

Melayu

(9)

• Hanyut batang berlilit kumpai (perulangan konsonan b); • Dibawa itik pulang petang (perulangan konsonan p). (c) Rima akhirnya terikat. Contohnya,

• rangkap 1: abab; • rangkap 2: aaaa; • rangkap 3: abab; • rangkap 4: abab; • rangkap 5: abab; • rangkap 6: abab; • rangkap 7: abab. Gaya Bahasa

(a) Inversi. Contohnya, Elok rupanya kumbang jati; Sebarang tari kita tarikan; Sebarang nyanyi kita nyanyikan.

(b) Kata ganda. Contohnya, adik-beradik; bilang-bilang; bersorak-sorak. (c) Penggunaan unsur alam. Contohnya, kumbang jati; itik; rumput; ayam kinantan; ranting; dan kumpai.

(d) Peribahasa. Contohnya, besar hati. (e) Repetisi. Contohnya,

• kita (rangkap 4, baris 1,2,3, dan 4)

• hati (rangkap 1, baris 3; rangkap 2, baris 4; rangkap 3, baris 4, rangkap 5, baris 4; rangkap 6, baris 3)

• pulang (rangkap 1, baris 2 dan 4; rangkap 2, baris 1 dan 3; rangkap 3, baris 3; rangkap 5, baris 3)

Bahasa

Melayu

(10)

Nilai

(a) Kasih sayang. Contohnya, kasih sayang antara ibu bapa dan anak-anak menjamin kebahagiaan keluarga.

(b) Bertanggungjawab. Contohnya, ibu bapa bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan anak-anak.

(c) Baik hati. Contohnya, pemberian hadiah daripada seseorang dapat menggembirakan hati penerima.

(d) Pemaaf. Contohnya, orang yang memaafkan kesilapan orang lain sewaktu bergurau senda merupakan sikap yang terpuji.

(e) Hormat-menghormati. Contohnya, sikap hormat-menghormati perlu diamalkan dalam kalangan anggota keluarga.

Pengajaran

(a) Kita mestilah menyayangi anak-anak untuk mendapatkan kebahagiaan keluarga.

(b) Kita mestilah bertanggungjawab terhadap keselamatan anak-anak.

(c) Kita haruslah bersikap pemurah untuk mengukuhkan ikatan antara anggota keluarga.

(d) Janganlah kita mengambil hati, sebaliknya perlu saling memaafkan jika berlaku kesilapan sewaktu bergurau senda.

(e) Kita haruslah menghormati ibu bapa kerana merekalah yang telah menjaga kita hingga dewasa.

Bahasa

Melayu

(11)

Pemahaman :

(i) Mengapakah anak-anak sentiasa menunggu kepulangan ibu bapa mereka? [3 markah] ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ _______________________________________________________________

(ii) Pelbagai unsur gaya bahasa digunakan dalam Pantun Alam Remaja. Nyatakan dua gaya bahasa yang terdapat dalam pantun tersebut berserta contoh yang sesuai.

[3 markah] ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________

(iii) Setiap insan mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia. Pada pendapat

anda, bagaimanakah cara untuk mewujudkan keluarga yang bahagia?

(KBAT) [4 markah] _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ ( /10)

Bahasa

Melayu

Edubest

(12)

Pelan Lokasi

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

Referensi

Dokumen terkait

Koordinator BK adalah konselor yang mempunyai tugas, tanggung jawab, wewenang dan hak secara penuh dalam kegiatan BK terhadap sejumlah peserta didik. Pelayanan BK

Nama Umur Pendidikan Terakhir Jumlah Tanggungan (jiwa) Lamanya Berjualan (tahun) 16 H... Karakteristik Ekonomi Penjual Daging Sapi di Pasar Tradisional Kota Medan

Anwar, J. Ekologi Ekosistem Sumatera. Yogyakarta: UGM Press. Hortikultura aspek budaya. Cagar Alam Leuweung Sancang. In Informasi Kawasan Konservasi Propinsi Jawa Barat

Kedua, karya lukis perupa BYAR Imajinasi bergaya seni lukis kontemporer yang terlihat dari ciri meminjam idiom masa lalu untuk digunakan dalam konteks baru, berkarya pada tema

Oleh karena itu, untuk meringankan beban pajak terutang bagi wajib pajak, maka besarnya pajak yang dipotong atas penghasilan yang diterima atau diperoleh subjek pajak dalam negeri

Skema sertifikasi Okupasi Buku Elektronik/E-Book Developer adalah skema sertifikasi okupasi yang dikembangkan oleh Direktorat Pendidikan Vokasi Kementerian Pendidikan dan

Bapak/Ibu Dosen pengajar beserta staf yang telah memberikan ilmu yang bermanfaat dan fasilitas yang memadai dalam menempuh pendidikan tinggi di Fakultas Ekonomi dan