• Tidak ada hasil yang ditemukan

JUADAH MINDA JKE 2020

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "JUADAH MINDA JKE 2020"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

JUADAH MINDA JKE 2020

“Empowering Technology Towards IR 4.0”

Diterbitkan Oleh:

POLITEKNIK PORT DICKSON

KM14, Jalan Pantai, 71050 Si Rusa, Port Dickson

Negeri Sembilan. Tel: 06-662 2000 / 2111 Fax: 06-662 2026 / 2027

(3)

KANDUNGAN

Sidang Redaksi i

Kata Aluan ii

Kandungan iii

1 Pandemik COVID-19 (2019-nCov), Norma Baharu Dalam Pendidikan.

Nur Hidayah binti Moktar, Jumaliah binti Jahuri, Hasnida binti Saari

1

2 Keselamatan Siber Di Politeknik Port Dickson: Mudahkah Sistem Talian Politeknik Port Dickson Digodam Dari Pihak Luar?

Ong Seng Keong

10

3 Impak Latihan & Sijil Kepakaran Gentian Optik Terhadap Minat dan Penempatan Latihan Industri Pelajar

Erni Alina Hanim binti Abd Aziz, Mimi Suhana binti Abd Aziz, Munirah binti Md Nujid

19

4 Penyampaian Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Talian Bagi Pembelajaran Berbentuk Kemahiran TVET: Suatu Tinjauan AwaL

Norhanani Abd Rahman, Noor Asilah Yaacob, Mohd Syahrizad Elias

25

5 Smart Energy Socket (Soket Tenaga Pintar)

Norlie Yuzzana Binti Ibrahim. Aqilah Husna Binti Abdul Halim, Ibnul Asiff Bin Malek

34

6 Sistem IoT Pembuka Pintu Bagi Rumah Inap Desa Menggunakan Kod QR

Muhaini binti Muhammad, Faezriyoshiwa bin Panjang, Badrul Raihan bin Zainee

45

7 Stability Test on Energy Harvesting Nanocomposite Stress Driven d33 Mode Generator Device: The Preliminary Study

Elyani Abu Bakar, Mohd Ambri Mohamed

58

8 Smart Gas Leakage System

Azrinawati bt Samaon, Barathgummar A/L Manimaran, Agihlan A/L Krishnamurty

62

9 Membangunkan Alat Bantu Mengajar (Papan Litar Kawalan 3Fasa-Motor Elektrik)

Rahayu Binti Jonit, Mohd Zaini Bin Kemon

69

10 Sistem Pemantauan Dan Pengendalian Rumah Hijau Secara Masa Nyata Berdasarkan IoT

Noremy Bt Che Azemi, Norashida Binti Ismail

79

11 Low Cost Smart Home System

Roselinda bt Samion, Mohd Hafiz bin Hassan, Karthega a/p Shanmugam

(4)

12 Smart Power Meter Socket

Amrah Binti Mat Safri, Nur Amira Natasha Binti Zairol, Norlaila Binti Ismail

100

13 Pigeon Hole Alert System

Maizun Binti Jamil

108

14 Implementation of Variable Frequency Driver (VFD) for Induction Motor Acceleration

Thiruchelve a/p Ramasamy, Mohd. Zaini Bin Kemon, Wong Kee Meng

119

15 Courier Safety Box

Siti Zalina Binti Mokhtar, Nursheda Binti Zainudin, Noorhashima Binti Harun

127

16 Encryption Challenges in Today’s Time

Rabindra A/L Gandhi Thangarajoo, Nurfarhanah Binti Omar

138

17 Plastik Biodegradasi

Azlina Binti Khairi, Nor Juhaliza Binti Nordin

146

18 Exploring Linux Operating System Using VMware

Rozanita Binti Baharudin

151

19 A Review: Constraints of Usage the Renewable Energy Technologies at Rural Area

Nurul Huda bt Jamil, Nurzaimawani bt Hussin

167

20 Basics of wireless communication

Karthega a/p Shanmugam, Roselinda bt Samion

174

21 Teknologi Ikatan Klip Komponen Separa Pengalir: Analisa Data Kebarangkalian Punca Kecacatan Klip Terlucut

Mimi Suhana Abd Aziz

183

22 Visual Basic Programming: About Components

Fadilah Mat Assain@Hashim

193

23 Ledakan Revolusi Industri 4.0 Mempengaruhi Proses PdP Masa Kini

Suhaida binti Abdul Halim, Siti Rohani Binti Abu Bakar, Ahmad Fakrul Zaman Bin Ariffin

(5)

JUADAH MINDA JKE 2020 / EMPOWERING TECHNOLOGY TOWARDS IR 4.0

Page 1

Pandemik COVID-19 (2019-nCov), Norma Baharu

Dalam Pendidikan

Nur Hidayah binti Moktar1, Jumaliah binti Jahuri2, Hasnida binti Saari 3

1Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Port Dickson; hidayah.moktar@polipd.edu.my

2Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Port Dickson; jumaliah@polipd.edu.my 3Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Port Dickson; hasnida@polipd.edu.my

ABSTRAK

Pandemik COVID-19 sehingga ke hari ini terus menular di seluruh dunia. Sistem pendidikan memainkan peranan yang besar dalam memastikan anak-anak bangsa terus menguasai ilmu dalam apa jua keadaan sekalipun. Keadaan ini menyebabkan wujudnya norma baharu dalam pendidikan bagi meneruskan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Para pendidik perlu mendapatkan strategik yang boleh menyebabkan ilmu terus disalurkan kepada para pelajar. Pembelajaran alaf COVID- 19 seperti Microsoft Teams, big blue button, cisco webex, telegram, google classroom, learning with zoom, whiteboard maya akan terus digunakan dalam terus memberi ilmu pendidikan dan pelajar akan terus menguasai ilmu yang diberi. Bagaimanapun aplikasi pembelajaran yang menjadi pilihan ketika pandemik COVID-19 bagi pendidik di Malaysia adalah penggunaan platform

Google Classroom. Kelebihan platform Google Classroom adalah ianya terbuka kepada umum, sangat mesra pengguna dan mudah dikendalikan. Satu lagi aplikasi yang banyak juga digunakan ketika berlakunya pandemik Covid-19 ini adalah Google Meet. Dalam memastikan pembelajaran dan pembelajaran dapat terus dilaksanakan dalam keadaan yang selesa dan selamat, langkah-langkah pencegahan perlu sentiasa dipatuhi oleh setiap individu. Pematuhan dalam mematuhi garis panduan yang ditetapkan juga dapat membendung penularan pandemik Coronavirus (2019-nCov).

Katakunci : COVID-19, Pembelajaran, Pencegahan

1.0 PENDAHULUAN

Coronavirus(CoV) adalah sejenis virus yang mengakibatkan pelbagai penyakit dari selesema hingga ke penyakit radang paru-paru yang lebih teruk seperti MERS-CoV dan

SAR-CoV. Novel Coronavirus pula adalah merujuk kepada spesis baru yang belum penah ditemui oleh manusia dan ia pertama kalinya ditemui di China. Kes positif yang pertama dikesan di Malaysia adalah pada 24 Januari 2020 yang merupakan lelaki berusia 41 tahun yang mana dikesan menyebarkan jangkitan pertama dari manusia ke manusia pertama coronavirus novel (2019-nCoV) yang berasal dari Wuhan di Malaysia (Geraldine Tong, 2020). Rajah 1 menunjukkan bahawa Amerika Syarikat merupakan negara dengan jumlah kes tertinggi di dunia bagi data sehingga 21 Jun 2020 dengan jumlah kes jangkitan melebihi 2 juta orang. Merujuk kepada Rajah 2, Malaysia mempunyai jangkitan kes ke 4 tertinggi di

(6)

JUADAH MINDA JKE 2020 / EMPOWERING TECHNOLOGY TOWARDS IR 4.0

Page 2 ASEAN di mana untuk tempoh 150 hari bilangan jangkitan telah melonjak kepada 8572 kes.

Rajah 1. Negara dengan jumlah kes COVID-19 tertinggi di dunia sehingga 21 Jun 2020

Rajah 2. Negara dengan kes tertinggi di ASEAN sehingga 21 Jun 2020

Pandemik Covid-19 pada ketika ini bukan sahaja memberi kesan pada sektor kesihatan, sektor ekonomi, sektor pembinaan malahan juga telah menghentikan seketika dan merubah sistem dan lanskap sistem pendidikan negara. Covid-19 telah menyebabkan sistem pendidikan negara ditutup sepenuhnya untuk tempoh masa yang agak panjang mengakibatkan para pendidik perlu mencari alternatif lain dalam terus menyampaikankan ilmu kepada pelajar. Norma kelaziman baharu turut perlu dilaksanakan dalam sistem pendidikan di Malaysia. Kualiti pendidikan bergantung sepenuhnya kepada daya usaha para pendidik dengan mencari jalan keluar daripada kaedah yang telah sebati dengan kaedah yang sesuai dengan norma kelaziman baharu ini. Pelbagai strategi mengikut kreativiti

(7)

JUADAH MINDA JKE 2020 / EMPOWERING TECHNOLOGY TOWARDS IR 4.0

Page 3

pendidik perlu dilaksanakan untuk meneruskan kemenjadian pelajar dalam halatuju masa depan dalam pembangunan negara pada 2025. Para pendidik perlu melakukan anjakan paradigma untuk menguasai ilmu pengetahuan teknologi maklumat yang terkini untuk terus merealisasikan halatuju tersebut.

Pembelajaran dalam kelaziman baharu menyebabkan wujudnya pelbagai platform. Para pendidik perlu lebih bersifat proaktif dengan membiasakan mengajar tanpa bersemuka masa yang sama perlu mencari jalan supaya dapat menarik minat pelajar. Dengan itu pelbagai teknologi untuk tujuan pendidikan perlu dipelajari dan digunakan. Pembelajaran alaf covid 19 seperti Microsoft Teams, big blue button, cisco webex, telegram, google classroom, learning with zoom, whiteboard maya akan terus digunakan dalam terus memberi ilmu pendidikan dan pelajar akan terus menguasai ilmu yang diberi. Bagaimanapun penggunaan e-learning sangat bergantung kepada capaian internet di sesuatu kawasan. Bagi kawasan capaian internet yang rendah dan kurang stabil sangat digalakkan menggunakan pembelajaran tidak segerak seperti Google Classroom dan

Edmodo manakala kawasan yang capaian internetnya adalah stabil digalakkan menggunakan e-pembelajaran seperti Webex, Google Meet, Zoom.

2.0 APLIKASI PEMBELAJARAN KETIKA PANDEMIK COVID-19

Penularan pandemik Covid-19 telah menyebabkan pembelajaran dan pengajaran secara konvensional tertangguh. Keadaan ini telah memberikan cabaran baharu kepada para pendidik kerana mereka perlu menyesuaikan diri dengan norma baharu yang mana mereka perlu meneruskan proses pembelajaran dan pengajaran secara dalam talian.

Google Classroom adalah aplikasi percuma yang dibangunkan oleh Google untuk mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara dalam talian. Melalui

Google Classroom, pengajar boleh menghantar pengumuman, berkongsi bahan pembelajaran, memberi tugasan serta menggred tugasan yang diberi kepada pelajar.

Menurut laporan satu portal berita, Malaysia tersenarai di tangga pertama di dunia bagi carian frasa ’Google Classroom’ bagi tempoh Mac 2020 sehingga Jun 2020 (Norhidayah Hairom, 2020). Ini membuktikan terdapat usaha yang tinggi di kalangan para pendidik di Malaysia untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran tetap dijalankan walaupun ketika tempoh krisis wabak koronavirus (Covid-19).

(8)

JUADAH MINDA JKE 2020 / EMPOWERING TECHNOLOGY TOWARDS IR 4.0

Page 4

Rajah 3. Statistik Carian Frasa ‘Google Classroom’

Kelebihan platform Google Classroom adalah ianya terbuka kepada umum, sangat mesra pengguna dan mudah dikendalikan. Perisian ini boleh diakses menerusi pelayar web

dan aplikasi pintar pada Chrome OS, iOS serta Android dengan syarat pengguna perlu memiliki akaun Google untuk mengakses perkhidmatan ini.

Sebuah aplikasi persidangan video yang diasaskan oleh Eric Yuan, Zoom mula dikenali ketika bermulanya pandemik Covid-19. Seperti mana Google Classroom, aplikasi ini juga sangat mudah digunakan dan boleh diakses pada mana-mana peranti seperti komputer riba, komputer meja, iPAD, iPhone mahupun peranti Android. Apa yang perlu dilakukan oleh pengguna adalah mereka hanya perlu memuat turun dan memasangnya. Untuk menyertai sebarang persidangan menggunakan aplikasi ini, pengguna hanya perlu klik pada pautan Zoom dalam jemputan. Aplikasi ini juga agak menyeronokkan kerana pengguna boleh menambah latar belakang yang menarik seperti berada di luar negara atau berada di pantai. Selain menyediakan perkongsian skrin dan ruang Chat, aplikasi berasaskan panggilan video ini juga menawarkan tempoh masa percuma yang lama iaitu selama 40 minit dengan paparan kualiti strim yang baik serta boleh disertai sehingga 100 orang dalam 1 masa yang sama.

Walaubagaimanapun, Zoom telah berhadapan dengan isu keselamatan siber yang menyebabkan akaun bank beberapa pengguna telah dicerobohi. Susulan kes ini, pihak

Cybersecurity Malaysia telah mengeluarkan Garis Panduan Keselamatan Penggunaan Aplikasi Persidangan Video Dalam Talian. Pihak kerajaan Malaysia juga telah

(9)

JUADAH MINDA JKE 2020 / EMPOWERING TECHNOLOGY TOWARDS IR 4.0

Page 5

mengeluarkan kenyataan berkaitan penggunaan aplikasi Zoom dan menyarankan agar menggunakan aplikasi percuma yang lain. Antara aplikasi alternatif yang lain adalah

Google Meet, Microsoft Teams, Jitsi, Webex dan banyak lagi.

Rajah 4. Garis Panduan Keselamatan Penggunaan Aplikasi Persidangan Video Dalam Talian

Satu lagi aplikasi yang banyak digunakan ketika berlakunya pandemik Covid-19 ini adalah Google Meet yang dulunya dikenali sebagai Hangouts Meet. Persidangan video yang premium ini, kini telah menjadi percuma kepada semua orang. Aplikasi in mempunyai fungsi perkongsian skrin, dokumen dan kolaborasi dokumen dalam masa semasa. Di antara ciri-ciri yang dimiliki oleh Google Meet adalah menyokong video dan audio berdefinisi tinggi sehingga 250 peserta, kapsyen masa nyata yang dikuasakan oleh Google speech-to-text technology dan integrasi dengan Google Calendar serta mempunyai kebolehan merekod terus video panggilan yang dibuat ke dalam Google Drive. Akses ke Google Meet

juga mudah. Pengguna hanya perlu klik pada pautan yang dikongsikan oleh pentadbir.

Google Meet bakal menawarkan ciri menukar latar belakang kepada gambar khas seperti aplikasi Zoom.

(10)

JUADAH MINDA JKE 2020 / EMPOWERING TECHNOLOGY TOWARDS IR 4.0

Page 6

3.0 LANGKAH PENCEGAHAN

Disebabkan dunia telah mencatatkan jumlah kematian yang di luar pemikiran normal manusia, pelbagai langkah telah digariskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi membendung penularan pandemik Coronavirus (2019-nCov). Malaysia juga tidak terkecuali berinteraksi dan menggunapakai garis panduan yang telah ditetapkan oleh WHO bagi memastikan kemaslahatan rakyat terpelihara. Dengan termaktubnya garis panduan yang digunapakai mampu menjadi penunjuk aras kepada Malaysia dalam memastikan tindakan lebih bersepadu dilaksanakan sebagai usaha membendung penularan pandemik berjangkit ini. Rakyat Malaysia seharusnya berbangga kerana mempunyai pakar yang berkaliber dalam usaha menentang perang biologi 2019-nCov antaranya ialah Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau telah dinobatkan antara doktor terbaik dunia oleh China Global TV Network (CGTN) dan merupakan antara tiga doktor terbaik peringkat global dalam membasmi coronavirus, selain pakar penyakit berjangkit Amerika Syarikat (AS), Dr Anthony Fauci dan Ketua Pengarah Kesihatan New Zealand, Ashley Bloomfield (Khairil Anwar Mohd Amin, 2020).

Terdapat beberapa langkah-langkah pencegahan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam usaha membendung penularan wabak ini termasuklah di rumah, di institusi awam dan swasta, di tempat kerja, di tempat-tempat awam dan lain-lain lagi. Di pejabat contohnya, majikan bertanggungjawab memastikan pejabat sentiasa bersih dan dinyahkuman. Antara tempat yang perlu disinfeksi ialah permukaan yang mudah dicemari oleh kuman seperti ruangan kerja, tombol pintu, kaunter perkhidmatan, papan kekunci berkomputer, di ruangan guna sama dan tempat-tempat lain yang dikhuatiri bergejala. Majikan juga perlulah sentiasa memastikan kesihatan perkerja yang hadir bekerja. Sekiranya terdapat pekerja yang bergejala, pekerja tersebut perlulah diberi kemudahan cuti kuarantin bagi mengelakkan penularan wabak tersebut kepada individu lain. Kawasan tempat pekerjaan tidak perlu ditutup sebaliknya, proses nyahkuman secara lebih kerap perlulah dilaksanakan. Tindakan proaktif perlu dilaksanakan bagi memastikan potensi penularan ‘local trasmission’ dapat dikurangkan. Pemeriksaan suhu badan, pemakaian penutup mulut dan hidung (mask) dan sanitasi tangan perlu diambilberat oleh pekerja sebelum memasuki premis bagi menjaga kesihatan diri dan individu lain.

Di samping itu, antara langkah proaktif yang boleh dilaksanakan ialah penjarakan sosial di antara setiap individu yang hadir bekerja. Majikan perlulah memastikan penjarakan diri pekerja sekurang-kurangnya satu meter sekiranya bergejala. Aktiviti berkumpulan seperti mesyuarat di ruangan sempit wajar dihindarkn bagi mengelakkan berlaku kesesakan pekerja dalm satu-satu masa. Majikan juga boleh menyediakan tempat untuk pekerja membasuh tangan dengan sabun dan ‘hand sanitizer’ secara kerap. Dengan mengamalkan kebersihan tangan dan diri, mampu membendung individu dari menjadi potensi ke arah pandemik berjangkit 2019-nCov ini.

Di dalam institusi pendidikan umumnya, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi telah memberi garis panduan kepada sekolah-sekolah dan institusi awam dan swasta sebelum pembukaan persekolahan pada 24 Jun 2020. Setiap institusi perlu memastikan pematuhan garis panduan bagi memastikan keselamatan pelajar

(11)

JUADAH MINDA JKE 2020 / EMPOWERING TECHNOLOGY TOWARDS IR 4.0

Page 7

dan pendidik terjamin. Antara yang digariskan merangkumi penjarakan sosial satu meter di dalam bilik kuliah, susun atur di asrama, dewan makan dan makmal. Pemeriksaan kesihatan para pelajar meliputi suhu badan, pemakaian hand pensanitasi tangan dan pemantauan seperti gejala demam, sakit tekak dan batuk dan sesak nafas dilaksanakan sebelum pembelajaran berlangsung. Kementerian juga telah menggariskan untuk menggupakai kaedah pembelajaran secara atas talian atau e-pembelajaran bagi pelajar yang tidak dapat mengikuti pembelajaran di bilik darjah/kuliah atas faktor penjarakan sosial. Pelbagai platform boleh digunapakai oleh para pendidik antaranya termasuk Google Classroom, Cidos, Edmodo, Kahoot, Skype dan lain-lain yang dirasakan bersesuaian. Para pendidik boleh menggunakan kreativiti masing-masing bagi merancang teknik yang menarik untuk melaksanakan proses pembelajaran secara atas talian bersama pelajar.

Selain itu, setiap individu juga perlulah sentiasa cakna dalam usaha membasmi wabak ini. Di rumah misalnya, individu perlulah memastikan tutup mulut dan hidung menggunakan tisu sekiranya batuk atau bersin. Tisu yang telah digunakan mestilah dibuang ke dalam tong sampah dan hendaklah basuh tangan dengan sabun dan mengamalkan pemakaian ‘hand sanitizer’ sekiranya perlu. Elakkan dari menyentuh mata, hidung dan mulut dengan kerap sekiranya bergejala bagi mengelakkan penularan wabak. Individu juga boleh mengelakkan diri dari melawat ke negara-negara yang berwabak seperti Amerika Syarikat, China dan lain-lain negara yang tersenarai dalam 18 negara yang dijangkiti wabak (Mohd Iskandar Ibrahim, 2020). Kawalan pergerakan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia antara alternatif yang dianggap berjaya membendung penularan wabak ini.

Menurut Imam Al-Bukhari, Saidina Usamah bin Zaid RA pernah menceritakan kepada Sa’d, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sekiranya kamu mendengar tentang (penyebaran) wabak di sesuatu tempat maka janganlah kamu masuk. Dan sekiranya kamu sudah berada dalam kawasan (penularan wabak) tersebut, maka janganlah kamu keluar darinya. Al-Imam Ibn al-Qayyim telah menjelaskan beberapa hikmah Rasulullah SAW menyarankan agar kawalan pergerakan dilaksanakan iaitu antaranya ialah mengutamakan kesihatan manusia sejagat dimana kesejahtaeraan dan kesihatan manusia merupakan asas kepada kehidupan. Selain itu, manusia disarankan menjauhi sebab-sebab yang boleh membinasakan seperti menjauhi udara yang dicemari kerana dibimbangi akan mengjangkiti orang lain dan menyebabkan ramai yang lebih sakit (Azmi, A . S. ,2020).

Justeru, kita sebagai rakyat Malaysia, sebuah negara Islam wajib bersatu hati membendung gejala n-Cov ini bersama-sama. Jangan disebabkan sikap pentingkan diri, kita menjadi punca kepada kesengsaraan orang lain. Oleh itu, marilah kita bersama-sama berjuang bagi memerangi gejala ini. Barisan hadapan Malaysia yang telah bermati-matian mengeluarkan keringat masa malahan nyawa mereka bagi membendung penularan kuman ini wajarlah diberi pujian di atas segala penat lelah mereka dalam usaha membendung penularan n-Cov ini. Memetik kata Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin, perjuangan seterusnya adalah tanggungjawab rakyat. Barisan hadapan telah berhempas pulas dan amanah seterusnya adalah digalas di bahu seluruh rakyat Malaysia bagi membasmi penularan wabak n-Cov ini. Justeru, sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, kita perlulah berganding bahu

(12)

JUADAH MINDA JKE 2020 / EMPOWERING TECHNOLOGY TOWARDS IR 4.0

Page 8 membendung gejala ini sehingga ‘KITA MENANG DALAM PEPERANGAN INI’. ALLAH HUAKBAR!!!

4.0 PENUTUP

Pastinya penularan pandemik covid-19 ini membuka lembaran dan cabaran baru kepada seluruh warga pendidik. Warga pendidik perlu mengharungi kebiasaan baharu dalam proses pengajaran dan pembelajaran PdP. E-learning masa kini bukan lagi pilihan tetapi sudah menjadi kemestian sebagai alternatif untuk mengajar. Pelbagai platform yag sesuai boleh terus dikuasai penggunaannya oleh para pendidik dan boleh digunapakai bagi tujuan sistem pengurusan pembelajaran secara digital.

Kementerian Pengajian Tinggi juga telah menetapkan arahan yang mana garis panduan pengurusan operasi IPT serta garis panduan pengendalian pengajaran dan pembelajaran perlu dipatuhi. Antara garis panduan yang telah ditetapkan adalah berkenaan dengan keselamatan institusi, pengurusan akademik dan penilaian, pengurusan pendaftaran serta pengajuran aktiviti pelajar. Garis panduan ini perlulah dipatuhi dari semasa ke semasa sehingga setiap individu menjadikan norma baharu ini sebagai kebiasaan baharu dalam meneruskan rutin harian.

REFERENCES

Azmi, A . S. (2020). 40 Hadis tentang Wabak Penyakit, 13-14. Diambil dari https://www.researchgate.net/publication/340877686_40_HADIS_WABAK_PENY AKIT_-_DR_SANUSI.html

Geraldine Tong (Feb 2020) Kontak rapat warga Malaysia pertama dijangkiti koronavirus dikesan. Diambil dari https://www.malaysiakini.com/news/510091

Hakim Zazli(2020, Jun 20). Google Meet ikut Zoom, bakal hadir dengan ciri kaburkan latar belakang. https://bm.technave.com/google-meet-ikut-zoom-akan-hadir-dengan-ciri-kabur-dan-latar-belakang-12641

Imran Abdul Jabar (2020). Zoom Aplikasi Mesyuarat Online: Isu Keselamatan dan

Aplikasi Alternatif.

https://sifoo.com/zoom-aplikasi-mesyuarat-online-isu-keselamatan-dan-aplikasi-alternatif/

Jay J. Van Bavel et al. Using social and behavioural science to support COVID-19 pandemic response. May 2020,460-471

Mohd Iskandar Ibrahim (2020). Diambil dari

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/01/651509/who- isytihar-darurat-perkongsian-maklumat-gerak-kerja-akan-lebih.html

(13)

JUADAH MINDA JKE 2020 / EMPOWERING TECHNOLOGY TOWARDS IR 4.0

Page 9

Muhammad Yusri Muzamir (2020). Diambil dari

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/02/653461/malaysia-kongsi-maklumat-coronavirus-dengan-asean-who.html

Norhidayah Hairom(2020, April 17). Carian 'Google Classroom' di Malaysia tertinggi di dunia. https://www.sinarharian.com.my/article/79328/BERITA/Nasional/Carian-Google-Classroom-di-Malaysia-tertinggi-di-dunia

PKP beri peluang guru berjinak dengan pendidik digital(2020, April 22). Diambil dari https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/680093/pkp-beri-peluang-guru-berjinak-dengan-pendidikan-digital.html

Zailah Zainudin, James Ang Jit Eng (May 2020). Wacana Profesional: Norma Baharu

Dalam PAK21:Pasca Covic-19. Retrieved from

https://www.youtube.com/user/drzailah.

Khairil Anwar Mohd Amin (2020, April 15). Diambil dari

https://www.sinarharian.com.my/article/79092/KHAS/Koronavirus/Noor-Hisham-antara-tiga-doktor-terbaik-diyakini-di-dunia.html

Referensi

Dokumen terkait

keuangan konsolidasi, telah terjadi pandemi virus COVID-19 yang menyebabkan penurunan perekonomian dalam negeri di awal tahun 2020, yang antara lain ditandai

Rekomendasi untuk langkah selanjutnya bagi pendidik dalam menghadapi masa new normal covid-19 dalam program penguatan pendidikan karakter dengan menerapkan pendekatan flipped

Sejak masa pandemi covid 19 yang terjadi di Negara ini awal februari tahun 2020, peneliti tertarik untuk meneliti tentang aplikasi zoom yang digunakan sebagai

Fenomena virus covid 19 menyebabkan adanya batasan dalam ruang gerak kebebasan berekspresi para seniman, sehingga banyak seniman mencari alternatif lain sebagai

Proses kebijakan pendidikan dasar Islam masa pandemi COVID-19 dimulai sejak 12 Maret 2020, BSNP mengeluarkan instruksi nomor 0113/SDAR/BSNP/III/2020 tentang

4 tahun 2020 tentang pelaksanaan kebijakan Pendidikan dalam masa darurat Penyebaran Covid-19;.. Kepala SMA Negeri 1 Singgahan

Transmit power of small cell network lower when the antenna density is higher than massive MIMO but it is more energy efficient when the power consumption more than small

Kebijakan ini mengakibatkan proses pembelajaran yang awalnya dilakukan dengan tatap muka menjadi pembelajaran jarak jauh (Arto, 2020). Pandemi Covid-19 menyebabkan