BRIG JEN DATO’ AHMAD SAIFUDDIN BIN TALHA Pengerusi Kor Rejimen Semboyan Diraja
KATA-KATA ALUAN
PENGERUSI KOR REJIMEN SEMBOYAN DIRAJA
هتاكربو ا ةمحرو مكيلع ملاسل
Alhamdulillah, segala pujian dan syukur saya panjatkan ke hadrat llahi kerana dengan limpah dan rahmat-Nya, serta kesempatan ini untuk saya memberi sepatah dua kata dalam Buku Perlembagaan Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja. Perlembagaan ini merupakan sumber rujukan bagi ahli-ahli persatuan setelah 40 tahun tertubuhnya dari tahun 1980 sehingga kini telah berkembang seiring dengan arus pemodenan negara demi kebaikan warga persatuan pada masa hadapan.
Dengan terbitnya Buku Perlembagaan Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja akan menjadi Induk kepada semua Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan seluruh malaysia. Semoga dapat menjaga hal ehwal dan kebajikan dan dilihat sebagai suatu pemudahcara bagi menyalurkan maklumat terkini serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja.
Akhir kata saya mengucapkan syabas dan tahniah serta jutaan terima kasih kepada Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja telah berjaya menerbitkan buku perlembagaan.
02 Dis 2019
BRIG JEN DATO’AHMAD SAIFUDDIN BIN TALHA Pengerusi Kor Rejimen Semboyan Diraja
BRIG JEN HJ ZAKARIA BIN HJ ABU Ketua Pegawai Semboyan
KATA-KATA ALUAN KETUA PEGAWAI SEMBOYAN
تاكربو ا ةمحرو مكيلع ملاسل
Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah perkenan dan izinNya, diberi kesihatan dan kelapangan serta kesempatan ini untuk saya memberi sepatah dua kata di dalam Buku Perlembagaan Persatuan Veteren Rejimen Semboyan Diraja.
Syukur Alhamdulillah, Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja yang berperanan menjaga hal ehwal dan kebajikan warga persatuan, sebagai suatu pemudah cara bagi menyalurkan maklumat terkini serta aktiviti yang dijalankan oleh persatuan.
Dalam memastikan usaha dan matlamat meningkatkan taraf sosioekonomi, warga persatuan perlu bersama-sama mengembeling tenaga, usaha dan buah fikiran dalam memastikan perkhidmatan yang terbaik dan berkesan bukan sahaja kepada warga veteran, malah mampu memberi sumbangan dan impak positif kepada agama, bangsa dan negara.
Akhir kata kepada semua pihak yang telah berkerjasama membantu menerbitkan buku perlembagaan, saya rakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta tahniah dan terima kasih.
02 Dis 2019
BRIG JEN HJ ZAKARIA BIN HJ ABU Ketua Pegawai Semboyan
KATA-KATA ALUAN PRESIDEN
PERSATUAN VETERAN REJIMENSEMBOYAN DIRAJA تاكربو ا ةمحرو مكيلع لاسل
Alhamdulillah setinggi kesyukuran kita rafak’kan kepada Allah SWT kerana memberikan peluang dan kesempatan dengan penuh perasaan keimanan, ketakwaan dan kesyukuran yang hakiki untuk memberi sepatah dua kata dalam Buku Perlembagaan Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada jawatankuasa yang telah berusaha gigih untuk merealisasikan penerbitan buku perlembagaan ini. Dengan cara ini segala usaha dan tindakan yang dilaksanakan akan dapat mencapai objektif persatuan.
Saya yakin Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja mampu mengorak langkah menjadi sebuah persatuan yang mantap dan cemerlang dengan kerjasama semua lapisan warga persatuan. Saya mendoakan segala usaha yang telah dicurahkan mendapat keberkatan Allah SWT.
Akhir kata kepada yang telah berkerjasama membantu menerbitkan buku perlembagaan, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta tahniah dan terima kasih.
02 Dis 2019
KOL HJ MOHD AKRAM BIN MOHD AKBAR (BERSARA) Presiden
PERLEMBAGAAN
PERSATUAN VETERAN REJIMEN
SEMBOYAN DIRAJA
PERLEMBAGAAN
PERSATUAN VETERAN REJIMEN SEMBOYAN DIRAJA KANDUNGAN
FASAL PERKARA SURATMUKA
(a) (b) ( c)
1 Nama, Cogan Kata, Lambang, Lencana Dan Bendera 1-3
2 Takrif 3-4
3 Tujuan 4-6
4 Kelayakan Menjadi Ahli Dan Kategori Keahlian 6-9
5 Hak Ahli 9-11
6 Berhenti Menjadi Ahli 11
7 Berpindah Cawangan 11-12
8 Penggantungan Atau Pemecatan 12
9 Rayuan Penggantungan Atau Pemecatan 12-13 10 Perhimpunan Mesyuarat Agung Tahunan 13-14 11 Perhimpunan Mesyuarat Agung Khas 14-15 12 Korum Perhimpunan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan
Veteran Rejimen Semboyan Diraja 15-16
13 Majlis Tertinggi 16-19
14 Pegawai Utama Persatuan 16-22
15 Tanggungjawab Majlis Tertinggi 22-26
16 Peguam 26
17 Pembubaran Persatuan 26
19 Sumber Kewangan 27-28
20 Kewangan PVRSD 28-29
21 Penubuhan Cawangan 29-30
22 Perhimpunan Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan 30-34
23 Jawatankuasa Cawangan 34-37
24 Tugas Jawatankuasa Cawangan 37-40
25 Tanggungjawab Cawangan 40-42
26 Beliawira Dan Beliawanis 42
27 Penggantungan Atau Pembubaran Cawangan 42-43
28 Penasihat Dan Penaung 43-44
29. Tempat Urusan Cawangan 44
30. Disiplin 44-46
31. Kewangan Cawangan 47-48
32. Harta Tak Alih 48-49
33. Pemeriksa Kira-Kira 49
34. Peraturan Mesyuarat 49
35. Usul Tergempar 49-50
36. Undi Tidak Percaya 50
37. Meminda Perlembagaan 50-51
38. Peraturan Pentadbiran Dan Pengurusan 51
39. Tafsiran 51
PERLEMBAGAAN
PERSATUAN VETERAN REJIMEN SEMBOYAN DIRAJA
Fasal 1. NAMA, COGAN KATA, LAMBANG, LENCANA DAN BENDERA a. NAMA
Cetusan idea penubuhan Kelab Persara Rejimen Semboyan Diraja awal tahun 1980 dan telah diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Akta Penubuhan 1966 Akta 335 Seksyen 7 (ROS) pada 15 Disember 2005 dengan No Pendaftaran 2080-05-5 nama kini dikenali sebagai Kelab Pesara Rejimen Semboyan Diraja(Kelab Pesara RSD)
Penjenamaan semula kali ke dua dengan pendaftaran Akta Penubuhan 1966 Akta 335 Seksyen 7 (ROS) pada 13 April 2009 dengan No Pendaftaran 2080-05-5 nama persatuan ditukar kepada Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Malaysia.
Penjenamaan semula kali ke tiga dengan pendaftaraan di bawah Akta 740 Akta Veteran 2012 Seksyen 13 pada 26 Januari 2016 dengan No Pendaftaran JHEV ATM 91-14-15122005 nama persatuan ditukar kepada Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja.
Penjenamaan semula kali ke empat dengan pendaftaran di bawah Akta 740 Akta Veteran 2012 Seksyen 13 pada 02 Disember 2019 dengan No Pendaftaran JHEV ATM-500-14-02122019 nama persatuan ditukar kepada Induk Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja singkatannya Selepas ini disebut sebagai“ PVRSD”
b. COGAN KATA
Cogan kata Persatuan ini ialah“ PANTAS DAN PASTI”
Lambang Persatuan berbentuk bulat dan Scroll bertulis Cogan kata/Moto “PANTAS DAN PASTI” yang menjunjung mahkota berbucu lima yang diambil dari Lambang Rejimen Askar Melayu Diraja. Di dalam bulatan terdapat burung Camar Laut Terbang di atas bumi. Di bulatan pula terdapat perkataan Rejimen Semboyan Diraja sementara warna Rejimen dikekal sebagaimana lambang asal manakala di bahagian bawah lambang terdapat nama Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja atau Singkatannya “PVRSD”
b. LENCANA
PVRSD
Berlambangkan Logo Kor Rejimen Semboyan Diraja menjunjung mahkota dengan di atas. Dalam bulatan terdapat burung Camar Laut terbang. Di bahagian bawah logo terdapat nama Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja atau Singkatannya“ PVRSD”
e. BENDERA
Bendera Rejimen terdiri daripada garis-garis melintang menggunakan warna-warna iaitu biru muda, biru tua dan hijau, yang mewakili Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara. Tiga warna tersebut dipisahkan oleh warna kuning antara warna biru muda dengan biru tua dan warna merah menjadi pemisah antara warna biru tua dan warna hijau. Dua warna tambahan itu menggambarkan Rejimen Semboyan Diraja berasal daripada Rejimen Askar Melayu Diraja.Di bahagian bawah Bendara terdapat nama Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja atau Singkatannya“PVRSD”
Fasal 2. TAKRIF
a. Persatuan’ atau PVRSD bermaksud Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja yang ditubuhkan dan didaftarkan di bawah Akta 740 Akta Veteran ATM 2012 telah diluluskan pewartaannya pada 07 Oktober 2015 dan berkuatkuasa pada 15 Oktober 2015.
b. Peraturan Persatuan bermaksud peraturan yang dibuat oleh Majlis Tertinggi yang diperuntukan dalam Perlembagaan Fasal 15. u
c. Pendaftar’ ertinya p endaftar yang dilantik di bawah Seksyen 7
d. Persatuan veteran’ ertinya apa-apa persatuan yang didaftarkan di bawah Akta ini;
e. Veteran’ ertinya warganegara Malaysia yang telah berkhidmat sepenuh masa dan tidak pernah dibersarakan atau diberhentikan daripada perkhidmatan atas alasan salah laku dalam mana-mana Angkatan yang berikut:
(1) Angkatan Tentera Malaysia.
(2) Angkatan Sukarela yang dikerah sepenuh masa oleh Angkatan Tentera Malaysia tanpa mengira tempoh perkhidmatan.
(3) Tentera British yang telah berkhidmat di Malaya, Malaysia atau Singapura; dan
f. Bekas Tentera’ ertinya warganegara Malaysia yang pernah berkhidmat dalam Kor Rejimen Semboyan Diraja tetapi tidak diiktiraf sebagai veteran. g. Balu’ ertinya isteri kepada ahli yang telah meninggal dunia dan tidak
berkahwin lain.
h. Duda’ ertinya suami kepada ahli yang telah meninggal dunia dan tidak berkahwin lain.
i. Tumpangan’ ertinya ahli daripada semua Kor Angkatan Tentera Malaysia dan kakitangan awam yang pernah berkhidmat di mana-mana Pasukan Rejimen Semboyan Diraja sekurangnya tiga (3) bulan lebih.
j. Beliawira dan Beliawanis’ ertinya anak-anak ahli Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja yang berdaftar sebagai Ahli Bersekutu yang berumur tidak kurang 18 tahun sehingga 40 tahun.
Fasal 3. TUJUAN
Tujuan persatuan ditubuhkan adalah seperti berikut:
a. Menjaga kebajikan warga veteran dalam Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja.
b. Menghargai dan memelihara semangat muhibah di antara veteran yang telah berkhidmat dalam memerangi musuh Malaysia dan Negara sahabat
Malaysia serta menjaga darjat dan kehormatan yang baik di antara veteran dan bekas tentera.
c. Menjaga kepentingan ahli-ahli dan keluarga demi mengeratkan silaturrahim dan berkerjasama di antara warga persatuan.
d. Memberi pertolongan atau bantuan kepada warga persatuan dan keluarga mereka yang ditimpa kemalangan atau musibah yang berkehendakkan bantuan.
e. Memberi kesedaran kepada orang-orang awam untuk membantu veteran dan bekas tentera yang cacat, cedera kurang upaya dan daif.
f. Bertindak sebagai satu badan mewakili veteran dan bekas tentera serta tanggungan dan memberi pendapat dan buah fikiran dalam segala aspek kepentingan mereka. Secara langsung bertugas sebagai satu badan yang diiktiraf untuk dirujuk dalam segala masalah berhubungkait dengan veteran dan bekas tentera dan tanggungan mereka.
g. Mencari dan menerima pelbagai derma, hadiah dan sumbangan sama ada mutlak atau bersyarat untuk mencapai tujuan dan maksud persatuan.
h. Membeli, meminjam wang, memajak, mencagar, menukar atau sebagainya apa-apa juga harta benda kepunyaan persatuan.
i. Mentadbir, menjual, menyewa, memajak, menukar, atau sebagainya apa-apa juga harta benda kepunyaan persatuan.
j. Membina, menyelenggara dan membuat perubahan ke atas sebarang rumah atau bangunan yang difikirkan perlu atau berfaedah kepada persatuan. k. Melabur semua wang persatuan yang tidak dikehendaki segera untuk
menanam modal dalam apa-apa permodalan yang dibenarkan oleh undang-undang yang sedia ada.
l. Mengumpul wang mengikut ketetapan Perhimpunan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja.
m. Menubuhkan Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan di seluruh Malaysia.
n. Bergabung dengan lain-lain badan atau persatuan dalam Malaysia yang mempunyai tujuan yang sama atau seakan-akan sama dalam perjuangan demi kebaikan kepada warga veteran.
o. Mencetak dan mengeluarkan, sama ada dengan percuma atau dengan kos buku-buku, risalah-risalah dan rencana yang akan memberi kepada persatuan dan ahli-ahli setelah mendapat kelulusan pihak berkuasa terlebih dahulu.
p. Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh persatuan ini, hasil penyertaannya dalam mana-mana perniagaan akan digunakan semata-mata
q. Mengagihkan keuntungan atau bonus kepada ahli-ahli jika kemampuan kewangan persatuan tidak menghalang. Ini termasuk sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik seperti membayar gaji, perbelanjaan, imbuhan atau elaun-elaun atau pihak yang telah, sedang dan akan memberi perkhidmatan kepada persatuan.
Fasal 4. KELAYAKAN MENJADI AHLI DAN KATEGORI KEAHLIAN a. Bagi tujuan Perlembagaan ini “Veteran” dan “Bekas Tentera” yang layak
menjadi ahli Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja ialah:
(1) Anggota Angkatan Tentera Malaysia atau Komanwel selama tidak kurang daripada dua belas (12) bulan terus menerus.
(2) Anggota dalam mana-mana Pasukan Simpanan yang telah ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia dan dikerah berkhidmat sepenuh masa selama tidak kurang daripada dua belas (12) bulan terus menerus seperti Pasukan Simpanan Tentera Darat Malaysia (Wataniah).
(3) Terbuka kepada semua anggota bekas Royal Signals, Federation Signals dan Kor Rejimen Semboyan Diraja.
(4) Anggota tumpangan daripada unit-unit lain atau kakitangan awam yang pernah berkhidmat di mana-mana unit atau Pasukan Rejimen Semboyan Diraja sebelum ini tidak kurang tiga (3) bulan dalam perkhidmatan.
b. Permohonan Menjadi Ahli
Setiap permohonan menjadi Ahli Veteran Seumur Hidup atau Ahli Bersekutu Seumur Hidup hendaklah dicadang dan disokong oleh satu (1) orang ahli. Permohonan hendaklah dihantar terus kepada Setiausaha Agung, atau pun melalui Setiausaha Cawangan masing-masing. Seseorang itu hanya sah menjadi ahli persatuan setelah permohonan diluluskan oleh Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan masing-masing. Keputusan Cawangan berkenaan adalah muktamad.
c. Yuran Keahlian
Bayaran untuk menjadi ahli persatuan adalah RM25.00 yang merangkumi: (1) Bayaran pendaftaran dan Kad Ahli.
(2) Yuran Ahli Veteran Seumur Hidup dan Ahli Bersekutu Seumur Hidup.
(3) Majlis Tertinggi boleh menetapkan kadar yuran selain di atas bagi sesuatu tujuan dan jangkamasa tertentu.
d. Ahli Veteran Seumur Hidup
Ahli Veteran Seumur Hidup yang diperuntukan dalam Perlembagaan Fasal 4.a (1) dan (3) telah berdaftar menjadi ahli Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja dan membayar yuran keahlian mengikut peraturan yang ditetapkan.
E.e. Ahli Bersekutu Seumur Hidup
Ahli Bersekutu Seumur Hidup yang diperuntukan dalam Perlembagaan Fasal 4.a (2) dan (4) telah berdaftar menjadi ahli Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja dengan syarat mereka membuktikan kesahihan butir-butir perkhidmatan mereka, perkhidmatan suami atau isteri, bapa, atau ibu mereka atau lain lain pasukan yang diiktiraf oleh persatuan dan membayar yuran keahlian mengikut peraturan yang ditetapkan.
(1) Bekas Tentera
(2) Suami, isteri, duda, atau balu.
(3) Anak ahli persatuan yang berumur antara 18 tahun sehingga 40 tahun.
(4) Anggota tumpangan daripada unit-unit lain atau kakitangan awam yang pernah berkhidmat di mana-mana unit atau Pasukan Rejimen Semboyan Diraja sebelum ini dan selepas daripadanya tidak kurang dari (3) bulan dalam perkhidmatan.
f. Ahli Kehormat
(1) Majlis Tertinggi boleh mempelawa untuk dilantik sebagai Ahli Kehormat sesiapa yang difikirkan telah banyak berjasa atau akan memberi manfaat kepada persatuan.
(2) Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan juga boleh mempelawa untuk melantik menjadi Ahli Kehormat sesiapa yang difikirkan telah banyak berjasa. Walau bagaimanapun perlantikan perlu mendapat kelulusan Majlis Tertinggi terlebih dahulu.
Fasal 5. HAK-HAK AHLI
a. Tiap-tiap ahli mempunyai tanggungjawab dan hak seperti berikut: (1) Berhak mendapat faedah-faedah Persatuan
(2) Menjadi ahli bagi satu cawangan sahaja dalam satu masa, jika seseorang itu didapati menjadi ahli lebih daripada satu cawangan pada satu masa yang sama, maka Majlis Tertinggi berkuasa mengambil tindakan disiplin ke atasnya.
(3) Tertakluk kepada pematuhan peruntukan perlembagaan dan peraturan pentadbiran dan pengurusan persatuan, ahli berhak menghadiri, bersuara, mengundi, memilih, dicalon, dipilih dan dilantik untuk sebarang jawatan dalam persatuan selepas 90 hari daripada tarikh keahlian diluluskan tetapi hak mengundinya tidak boleh diwakilkan kepada sesiapa pun.
(4) Ahli yang sedang dalam cadangan untuk digantung atau dipecat, tidak hilang hak keahliannya sehingga keputusan dibuat Majlis Tertinggi dengan syarat mereka telah mematuhi yang diperuntukan dalam Perlembagaan Fasal 4. c (2).
(2) Ahli yang sedang dikenakan hukuman penjara atas kesalahan jenayah atau dihukum muflis atau telah dilarang oleh sebarang undang-undang tidak boleh dicalonkan yang diperuntukan dalam Perlembagaan Fasal 13. b (1) (2) (3) (4) (5) (6) dan (7) atau Fasal 23.a (1) (2) (3) (4) (5) (6) dan (7) dilantik untuk memegang sebarang jawatan dalam persatuan. Jika telah dilantik, jawatan terlucut dengan serta merta mulai dari tarikh hukuman itu dijatuhkan.
(3) Ahli-ahli yang telah disabitkan kesalahan mengikut undang-undang negara yang melarangnya memegang jawatan yang diperuntukan dalam Perlembagaan Fasal 13.b (1) 2) (3) (4) (5) (6) dan(7) atau Fasal 23.a (1) (2) (3) (4) (5) (6) dan (7) tidak dibenarkan memegang jawatan dalam persatuan. Jika telah dilantik, jawatan terlucut dengan serta merta mulai dari tarikh hukuman itu dijatuhkan.
b. Ahli Bersekutu mempunyai tanggungjawab dan hak seperti berikut: (1) Berhak mendapat faedah-faedah daripada Persatuan.
(2) Menjadi ahli bagi satu cawangan sahaja dalam satu masa. Jika seseorang itu didapati menjadi ahli lebih daripada satu cawangan pada satu masa yang sama, maka Majlis Tertinggi berkuasa mengambil tindakan disiplin ke atasnya.
(3) Ahli Bersekutu, tertakluk kepada pematuhan dan peruntukan perlembagaan dan peraturan, berhak menghadiri, bersuara, mengundi, memilih, dicalon atau dipilih kecuali jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha Agung dan Bendahari selain daripada itu, boleh memegang jawatan dalam Jawatankuasa Majlis Tertinggi Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja. hak mengundinya tidak boleh diwakilkan kepada sesiapa pun semasa pengundian dijalankan.
(4) Ahli Bersekutu yang sedang dalam cadangan untuk digantung atau dipecat, tidaklah hilang hak keahliannya sehingga keputusan dibuat
oleh Majlis Tertinggi.
(5) Ahli Bersekutu yang sedang dikenakan hukuman penjara atas kesalahan jenayah atau hukuman muflis atau dilarang oleh sebarang undang-undang tidak berhak mencalon, memilih, mengundi, dan bercakap dalam Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja atau Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan.
Fasal 6. BERHENTI MENJADI AHLI PERSATUAN a. Berhenti Secara Sukarela.
Seseorang Ahli Veteran dan Ahli Bersekutu boleh berhenti dari menjadi ahli bila-bila masa sahaja dengan memberi notis secara bertulis.
b. Permohonan Semula.
Tertakluk kepada apa-apa syarat dan terma yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi seorang bekas ahli persatuan yang telah berhenti secara sukarela boleh memohon semula untuk menjadi ahli baru selepas tempoh (3) bulan pemberhentian yang diperuntukan dalam Perlembagaan Fasal 4. c
Fasal 7. BERPINDAH CAWANGAN
a. Proses pemindahan ini adalah tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi dan dikehendaki mengisi borang pertukaran Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan untuk diberi kepada cawangan pertukaran tersebut.
b. Apabila seseorang ahli yang telah menjelaskan yurannya pendaftaran berpindah dari satu Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan tidak diperlukan membayar yuran keahlian sekali lagi.
c. Tarikh kelulusan perpindahan Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan hanya berkuatkuasa mulai tarikh kelulusan oleh cawangan yang menerima permohonan tersebut.
Fasal 8. PENGGANTUNGAN ATAU PEMECATAN
a. Majlis Tertinggi atau Jawatankuasa Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan dalam situasi mendesak yang kelak boleh menjejaskan imej atau kewibawaan persatuan, boleh mencadangkan penggantungan sesebuah cawangan berkenaan dan melaporkan tindakan kepada Majlis Tertinggi untuk tindakan dan kelulusan.
b. Majlis Tertinggi boleh menggantung atau memecat siapa jua ahli Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan yang didapati melanggar tatatertib,peraturan dan tatacara penggantungan dan pemecatan ini.
c. Majlis Tertinggi berkuasa menetapkan peraturan dan tatacara penggantungan dan pemecatan ini.
Fasal 9. RAYUAN PENGGANTUNGAN ATAU PEMECATAN
a. Seorang ahli yang tidak berpuas hati di atas pemecatan atau penggantungannya boleh membuat rayuan, dengan cara bertulis, dalam masa tiga puluh (30) hari setelah ianya dimaklumkan, dengan mematuhi peraturan yang ditetapkan.
b. Seseorang ahli yang telah digantung atau dipecat keahliannya dilarang hadir sebagai ahli semula di mana-mana Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan sebelum rayuannya diluluskan oleh Majlis Tertinggi.
c. Majlis Tertinggi berhak membuat sebarang keputusan dan menetapkan peraturan-peraturan atau syarat berhubung dengan rayuan tersebut.
Fasal 10. PERHIMPUNAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PVRSD
a. Perhimpunan Mesyuarat Agung Tahunan adalah kuasa tertinggi persatuan dan perjalanan persatuan adalah berasaskan kepada kuasa dan perintahnya tertakluk kepada Perlembagaan dan juga peraturan persatuan.
b. Perhimpunan Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan setahun sekali pada bila-bila masa yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi dengan syarat tidak lewat daripada lapan belas (18) bulan dari tarikh Perhimpunan Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu.
c. Tugas Presiden dan Timbalan Presiden:
(1) Mempengerusikan Perhimpunan Mesyuarat Agung Tahunan dan Khas. (2) Timbalan Presiden akan menjalankan tugas semasa ketiadaan Presiden. (3) Menentukan dasar Persatuan.
(4) Mengkaji kerja-kerja Majlis Tertinggi.
(5) Mengesahkan Minit Perhimpunan Mesyuarat Agung Tahunan yang lepas.
(6) Membentang Penyata Kira-Kira Tahunan yang berakhir 31hb Disember tahun lepas.
(7) Membentangkan laporan Majlis Tertinggi, Lembaga-Lembaga Amanah Persatuan, Laporan Anak-Anak Syarikat dan Penyata Kira-Kira Tahunan Lembaga-Lembaga Amanah Persatuan yang berakhir 31hb Disember tahun lepas jika ada.
(8) Melantik Juruaudit yang Bertauliah atau Pemeriksa Kira-Kira dan perlantikan terpulang kepada Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja.
(9) Membahas usul-usul.
d. Komposisi Perhimpunan Agung Tahunan : (1) Presiden
(2) Timbalan Presiden
(3) Ahli-Ahli Jawatankuasa Majlis Tertinggi
(4) Sepuluh (10) orang Perwakilan dari tiap-tiap Cawangan kecuali Cawangan Sabah dan Cawangan Sarawak dua (2) orang yang hadir telah dipilih dalam Perhimpunan Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan seluruh Negara.
(5) Tanpa menghiraukan apa-apa peruntukan lain di dalam Perlembagaan Pengerusi Cawangan merangkap sebagai Majlis Tertinggi boleh mengautomatiskan seorang penggantinya sebagai Perwakilan Cawangannya dari antara jumlah nisbah bilangan Perwakilan Cawangannya itu.
Fasal 11. PERHIMPUNAN MESYUARAT AGUNG KHAS
a. Perhimpunan Mesyuarat Agung Khas ini akan diadakan apabila dikehendaki oleh salah satu daripada empat (4) peruntukan seperti berikut: (1) Dengan kehendak Presiden.
(2) Untuk meminda Perlembagaan.
(3) Dengan permintaan bertulis daripada dua pertiga (2/3) Ahli-Ahli Jawatankuasa Majlis Tertinggi.
(4) Dengan permintaan bertulis oleh sekurang-kurangnya dua pertiga(2/3) daripada jumlah semua cawangan dengan syarat Cawangan-Cawangan itu telah mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan Khas atas masalah atau perkara yang sama atau syor meminda Perlembagaan.
b. Berasaskan kepada Fasal 11.a (3) dan (4) di atas, Setiausaha Agung hendaklah memanggil Perhimpunan Agung Tahunan Khas Majlis Tertinggi itu. Jika Setiausaha Agung tidak berbuat demikian dalam tempoh empat belas (14) hari selepas tarikh terakhir permohonan diterima, maka Perhimpunan Agung Tahunan Khas Majlis Tertinggi itu hendaklah dipanggil oleh Presiden atau Timbalannya. Andainya Presiden dan Timbalannya pula tidak berbuat demikian dalam tempoh tiga puluh (30) hari daripada selepas tarikh permohonan seperti Fasal 11.a (3) dan (4) diterima, Jawatankuasa Majlis Tertinggi yang memohon untuk diadakan Perhimpunan Agung Tahunan atau Perhimpunan Agung Khas Majlis Tertinggi boleh memanggil Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi tersebut.
Perhimpunan Agung Tahunan Khas Majlis Tertinggi hendaklah mengikut kaedah Fasal 10.d.
c. Perhimpunan Agung Tahunan atau Perhimpunan Agung Khas Majlis Tertinggi itu hendaklah mengikut kaedah Perwakilan-Perwakilan yang hadir dalam Perhimpunan Agung Tahunan Majlis Tertinggi yang baru lalu sahaja boleh hadir kecuali Perhimpunan Agung Tahunan Khas Cawangan yang memohon itu menggantikannya dengan Perwakilan lain.
d. Semua Perwakilan Cawangan dikehendaki hadir dalam Perhimpunan Mesyuarat Agung Tahunan Khas tersebut.
e. Korum bagi Perhimpunan Mesyuarat Agung Khas Majlis Tertinggi adalah seramai (50) orang perwakilan yang hadir.
Fasal 12 KORUM PERHIMPUNAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN a. Perhimpunan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Veteran Rejimen
Semboyan Diraja boleh dijalankan dengan korum seramai seratus (100) orang Perwakilan, daripada jumlah semua cawangan seluruh negara yang hadir.
b. Perhimpunan Mesyuarat Agung Khas tidak boleh dijalankan melainkan korum seramai lima puluh (50) orang Perwakilan, daripada jumlah semua cawangan seluruh negara yang hadir.
c. Apabila Perhimpunan diadakan semula seperti yang telah ditetapkan dan masih syarat korum tidak mencukupi, selepas tiga puluh (30) minit daripada jadual yang ditetapkan, maka Majlis Tertinggi atau cawangan berkuasa menjalankan mesyuarat itu. Walau bagaimanapun, mesyuarat itu tidak mempunyai sebarang kuasa untuk meminda Perlembagaan atau membuat keputusan yang melibatkan harta tetap persatuan dan undi tidak percaya terhadap mana-mana pucup pimpinan di mana-mana peringkat. d. Kaedah dalam fasal ini boleh diguna pakai untuk Perhimpunan Mesyuarat
Agung Tahunan Cawangan.
e. Korum bagi Mesyuarat Agung Khas Cawangan ialah seramai tiga puluh (30) orang Perwakilan yang hadir.
Fasal 13. MAJLIS TERTINGGI
a. Majlis Tertinggi adalah merupakan badan yang menentukan dasar dan peraturan-peraturan serta menjalankan pentadbiran hal ehwal persatuan di bawah kekuasaan dan kuasa melaksanakan sebarang langkah dan bertanggungjawab melaksanakan segala peraturan serta tindakan dalam setiap Perhimpunan Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Tertinggi.
b. Majlis Tertinggi terdiri daripada: (1) Presiden (2) Timbalan Presiden (3) Setiausaha Agung (4) Bendahari (5) Ketua Penerangan
(6) Enan Jawatankuasa Majlis Tertinggi (7) Dua Pemeriksa Kira-Kira
c. Perlantikan Jawatan Presiden terdiri daripada Veteran Pegawai atau LLP Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja di bawah Bidang Kuasa Khas Perlantikan oleh Jawatankuasa Kor Rejimen Semboyan Diraja yang diperuntukan dalam Perlembagaan Fasal 13. b (1).
d. Jika Jawatan Presiden menjadi kosong kerana sebab-sebab tertentu yang diperuntukan dalam Perlembagaan Fasal 13. b (1). Jawatankuasa Kor Rejimen Semboyan Diraja hendaklah membuat perlantikan baru terdiri daripada Veteran Pegawai atau LLP Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja.
e. Jika semua Majlis Tertinggi dalam Fasal 13.b (1)(2)(3)(4)(5)(6) dan (7) menjadi kosong kerana sebab-sebab tertentu. maka Jawatankuasa Kor Rejimen Semboyan Diraja hendaklah membuat Perlantikan Presiden baru terdiri daripada Veteran Pegawai atau LLP Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja yang diperuntukan dalam Perlembagaan Fasal 13.b (1). f. Perlantikan Jawatan Setiausaha Agung, Bendahari dan Ketua Penerangan
yang diperuntukan dalam Perlembagaan Fasal 13.b (3) (4) dan (5) di bawah Bidang Kuasa Presiden dan jawatan mereka adalah selama tempoh tiga (3) tahun kecuali mereka berhenti atau diberhentikan.
g. Mengadakan Perhimpunan Mesyuarat Agung Khas bagi menubuhkan Majlis Tertinggi dalam tempoh tidak lebih daripada (60) hari yang diperuntukan dalam Perlembagaan Fasal 13.b (2) (6) dan (7) Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja.
h. Jika Jawatan Timbalan Presiden menjadi kosong kerana sebab-sebab tertentu, maka Presiden memangku jawatan itu sehingga diadakan Perhimpunan Mesyuarat Agung Tahunan pemilihan yang diperuntukan dalam Perlembagaan Fasal 13.b (2) (6) dan (7).
i. Pemilihan Jawatankuasa Majlis Tertinggi Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja yang diperuntukan dalam Perlembagaan Fasal 13. b (2)
(6) dan (7) perlu mendapat pencalonan daripada perwakilan-perwakilan yang hadir, dicadangkan, nama pencalonan dan disokong dalam Perhimpunan Mesyuarat Agung Tahunan.
j. Pengerusi Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan yang memegang salah satu jawatan Presiden atau Timbalan Presiden yang diperuntukan dalam Perlembagaan Fasal 13.b (1) dan (2) berhak melantik penggantinya untuk hadir dalam mesyuarat Majlis Tertinggi yang diadakan.
k. Pengerusi Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan secara automatik merangkap sebagai Jawatankuasa Majlis Tertinggi yang diperuntukan dalam Perlembagaan Fasal 13. k.
l. Majlis Tertinggi Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga (3) bulan. Notis empat belas (14) hari adalah perlu dihantar untuk mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi.
m. Mesyuarat Majlis Tertinggi hendaklah bermesyuarat sekiranya diminta secara bertulis oleh satu pertiga (1/3) daripada Jawatankuasa Majlis Tertinggi diadakan.
n. Jawatankuasa Majlis Tertinggi yang gagal menghadiri mesyuarat tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang munasabah akan disifatkan telah meletakkan jawatan. Kecuali Pengerusi Cawangan merangkap sebagai Majlis Tertinggi yang diperuntukan dalam Perlembagaan Fasal 13.k Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja,
o. Jika seseorang Jawatankuasa Majlis Tertinggi yang diperuntukan dalam Perlembagaan Fasal 13.b (6) dan (7) meninggal dunia atau meletakan jawatan atas budi bicara Majlis Tertinggi boleh melantik daripada ahli-ahli veteran yang berkemampuan untuk melaksanakan tugas-tugas yang dikosongkan sehingga Perhimpunan Mesyuarat Agung Tahunan diadakan untuk dimaklumkan perlantikan kepada semua Perwakilan yang hadir. p. Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan dikehendaki
menghantar salinan Minit Mesyuarat Agung Tahunan, Laporan Ahli Jawatankuasa serta Penyata Bank Kepada Setiausaha Agung yang diperuntukan dalam Perlembagaan Fasal 13.h tidak lewat dari empat belas (14) hari sebelum Perhimpunan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja diadakan
q. Sekiranya Setiausaha Agung tidak memanggil mesyuarat mengikut Fasal 13.i dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh permohonan itu dibuat ,maka ahli-ahli yang memohon itu boleh memanggil mesyuarat itu dengan syarat semua Majlis Tertinggi di jemput hadir.
r. Dua Pertiga (2/3) daripada bilangan Majlis Tertinggi adalah menjadi cukup korum bagi meneruskan mesyuarat tersebut.
Fasal 14. PEGAWAI UTAMA PERSATUAN
Pegawai-Pegawai Utama Persatuan adalah mereka yang akan menentukan kewibawaan dan pelaksanaan pentadbiran dan operasi harian persatuan dan tugas-tugas serta tanggungjawab Majlis Tertinggi serta Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan.
a. Presiden
(1) Menjadi pemimpin paling utama dan bertanggungjawab menyelenggara kesempurnaan perjalanan operasi dan pentadbiran persatuan.
(2) Melantik, menggantung atau memecat Setiausaha Agung, Bendahari, Ketua Penerangan dan kakitangan persatuan setelah berunding dengan Majlis Tertinggi termasuk bertanggungjawab ke atas kesempurnaan tugas-tugas mereka.
(3) Memanggil dan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi serta menyelaras setiap minitnya sebelum dibentangkan untuk kelulusan jawatankuasa berkenaan.
(4) Mempunyai undi pemutus dalam mesyuarat Majlis Tertinggi. (5) Menandatangani semua cek-cek Ibu Pejabat.
(6) Membuat sesuatu keputusan ke atas perkara-perkara mendesak atau segera untuk kepentingan persatuan setelah berunding dengan Majlis Tertinggi.
b. Timbalan Presiden.
(1) Membantu tugas-tugas Presiden.
(2) Memangku Jawatan Presiden semasa ketiadaannya.
(3) Mempengerusi mesyuarat Majlis Tertinggi Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja apabila Presiden tidak hadir.
c. Setiausaha Agung
(1) Bertanggungjawab kepada Presiden.
(2) Melaksanakan ketetapan dan keputusan Perhimpunan Mesyuarat Agung Tahunan.
(3) Bertanggungjawab menyelaras dengan Presiden semua minit Perhimpunan Mesyuarat Agung Tahunan serta menyediakan minit-minit itu.
(4) Bertanggungjawab menentuka kesempurnaan pengurusa pentadbiran serta menyelenggara segala dokumen persatuan kecuali buku kira-kira serta rekod-rekod kewangan.
(5) Menyediakan laporan tahunan yang menerangkan pengurusan dan persatuan dalam masa setahun untuk Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Perhimpunaan Mesyuarat Agung Tahunan.
(6) Melaksanakan tugas-tugas lain seperti diarahkan oleh Presiden. d. Bendahari
(1) Bertanggungjawab atas kesempurnaan pengurusan kewangan Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja.
(2) Menyediakan Penyata Kira-Kira Kewangan Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja yang telah diperiksa dan disahkan oleh Juruaudit Bertauliah atau Pemeriksa Kira-Kira untuk dibentangkan dalam Perhimpunan Mesyuarat Agung Tahunan.
(3) Menyediakan penyata dan butir kira-kira bulanan Persatuan Ibu Pejabat kepada Majlis Tertinggi apabila mesyuarat diadakan.
(4) Menyediakan Penyata Kira-Kira berakhir 31hb Disember tiap-tiap tahun untuk diaudit oleh Juruaudit Bertauliah atau diperiksa oleh Pemeriksa Kira-Kira persatuan dan dihantar kepada Pendaftar Penubuhan.
(5) Memaklumkan kepada Perhimpunan Mesyuarat Agung Tahunan kedudukan harta benda milik persatuan dan Pemegang Amanah. (6) Menandatangani semua buku cek-cek Persatuan Veteran Rejimen
Semboyan Diraja.
(7) Melakukan pemeriksaan buku kira-kira mana-mana ahli jawatankuasa Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan apabila perlu. (8) Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Presiden
e. Ketua Penerangan
(1) Bertanggungjawab atas kesempurnaan kegiatan penerangan,publisiti perhubungan serta urusan-urusan berkaitan dan melaporkan kepada Majlis Tertinggi.
(2) Melaporkan kepada Majlis Tertinggi tugas-tugas aktiviti penerangan kepada Majlis Tertinggi
(3) Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Presiden. f. Jawatankuasa Majlis Tertinggi
(1) Bertanggungjawab ke atas segala keputusan dan menjalankan tugas yang diputuskan oleh Majlis Tertinggi.
(2) Membantu melaksanakaan aktiviti kebajikan kepada semua ahli-ahli Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja.
(3) Membantu Presiden hal-hal kebajikan dan sentiasa mempermudahkan bantuan kebajikan kepada semua veteran demi mengeratkan
silaturrahim dan ukhuwah.
(4) Membantu tugas-tugas yang diarahkan oleh Presiden. Fasal 15. TANGGUNGJAWAB MAJLIS TERTINGGI
a. Bertanggungjawab untuk menyelenggara serta mempertahankan kedaulatan perlembagaan persatuan dan menunaikan segala syarat yang dikehendaki olehAkta 740 Akta Veteran ATM 2012.
b. Mengadakan mesyuarat atas kehendak Presiden, tujuh (7) hari notis dalam keadaan biasa, jangka masa notis ini boleh dikurangkan sekiranya sesuatu perkara itu mendesak. Jika keadaan memerlukan, notis boleh dihantar melalui Media Elektronik dan Media Sosial seperti Email dan WhatsApp dan Instagran, disusuli melalui persuratan rasmi jika perlu.
c. Menjalankan sebarang usaha bersama dengan kumpulan-kumpulan lain atas hal-hal kebajikan atau lain-lain aktiviti yang sesuai dengan tujuan dan kepentingan persatuan.
d. Membentangkan kepada Perhimpunan Mesyuarat Agung Tahunan, Laporan Jawatankuasa dan Penyata Kira-Kira Tahunan berakhir 31hb Disember yang telah diperiksa dan disahkan oleh Juruaudit yang Bertauliah atau Pemeriksa Kira-Kira Persatuan.
e. Membentangkan kepada Perhimpunan Mesyuarat Agung Tahunan Laporan Tahunan Penyata Kira-Kira, Jawatankuasa Lembaga-Lembaga Amanah persatuan yang berakhir 31hb Disember tahun yang lepas.
f. Mentadbir wang serta harta persatuan sebaik-baiknya dan menamakan penandatangan cek-cek Ibu Pejabat selain dari Presiden, Bendahari dan Setiausaha Agung, serta membuat keputusan mengenal sebarang perbelanjaan daripada wang terkumpul bagi membiayai pentadbiran dan bantuan kebajikan.
g. Melantik mengawas dan menamatkan Pemegang Amanah bila-bila masa. h. Dengan suara dua pertiga (2/3) dari ahlinya bersetuju, boleh menggantung
atau melucutkan keahlian seorang ahli itu.
i. Menimbang semula dan membuat keputusan muktamat sebarang rayuan ke atas penggantungan atau perlucutan itu tertakluk kepada suara dua pertiga (2/3) ahli-ahlinya yang hadir mesyuarat.
Rejimen Semboyan Diraja dan Cawangan tertakluk kepada kelulusan Pendaftar Penubuhan.
k. Membuat peraturan untuk dipatuhi Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja dan Cawangan ke atas perlucutan ahli serta rayuan mengenepikannya.
l. Dengan persetujuan dua pertiga (2/3) daripada bilangan Majlis Tertinggi berhak menolak muktamad semua sekali ahli yang menghadiri Perhimpunan Mesyuarat Agung Tahunan yang didapati mana-mana ahli Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan yang tidak sah atau telah diambil sebarang tindakan disiplin.
m. Dengan persetujuan dua pertiga (2/3) daripada Majlis Tertinggi berhak menangguhkan Perhimpunan Mesyuarat Agung Tahunan sekiranya didapati atau terdapat perkara yang boleh menjejaskan suasana keselamatan atau perjalanan Perhimpunan Mesyuarat Agung Tahunan. n. Menetapkan tarikh Perhimpunan Mesyuarat Agung Tahunan supaya
membolehkan Jawatankuasa Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja dan Cawangan, mengadakan Perhimpunan Mesyuarat Agung Tahunan mereka selawat-selawatnya tiga puluh (30) hari sebelum tarikh Perhimpunan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja.
o. Membuat dan meminda bila masa perlu agenda Perhimpunan Mesyuarat Agung Tahunan serta Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan.
p. Membuat apa jua keputusan yang tidak terdapat dalam tugas dan tanggungjawab Majlis Tertinggi demi kesempurnaan atau kepentingan persatuan.
q. Mendapat sokongan daripada Jabatan Arah Semboyan untuk Permohonan Penganugerahan Darjah atau Pingat kepada ahli-ahli Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja yang berkelayakan bagi menghargai Jasa Pahlawan Negara.
r. Mentafsir muktamad fasal-fasal yang kurang jelas dalam perlembagaan apabila diperlukan.
s. Mentafsir menilai sesuatu keadaan dan seterusnya memberi nasihat pandangan kepada Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan ke atas perkara-perkara tertentu demi kepentingan persatuan. t. Majlis Tertinggi berkuasa membuat pindaan berhubungkait dengan
fasal-fasal dalam Perlembagaan Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja. u. Merangka dan menggubal strategi selaras dengan aktiviti penyelidikan dan
v. Menilai perkara-perkara luar biasa yang timbul melibatkan keutuhan atau keberkesanan pentadbiran serta operasi persatuan dan mengambil tindakan
yang sewajarnya demi kebaikan persatuan dan melaporkan kepada Majlis Tertinggi.
w. Mengkaji dan meneliti implikasi perkara-perkara yang disarankan oleh Presiden Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja serta memberi nasihat kepada Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan yang berkenaan.
x. Melantik biro-biro atau pasukan pertugas dan meneliti kajian-kajian yang dikendalikan oleh biro-biro atau pasukan pertugas dan memberi pandangan sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Majlis Tertinggi. y. Menyiasat apabila perlu dan membuat keputusan ke atas perselisihan di
dalam persatuan atau memberi pandangan atau sokongan untuk penelitian Ahli Jawatankuasa Peringkat Cawangan masing-masing sekirannya ianya tidak dapat membuat sebarang keputusan.
z. Bertindak menggantung sementara pentadbiran sesuatu organisasi bawahan yang lemah, bermasalah atau berada dalam keadaan yang akan menjejaskan nama baik, imej serta reputasi organisasi atau persatuan dan membentuk pasukan penyelaras.
aa. Khas, di peringkat Ibu Pejabat menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya berhubung dengan sesuatu perkara disiplin di mana cawangan gagal atau terlalu lambat mengambil tindakan terhadap sebuah cawangan atau seseorang ahli di bawah naungannya yang telah didapati melanggar perlembagaan atau peraturan persatuan.
ab. Meneliti dan memberi pandangan ke atas rayuan penggantungan atau perlucutan keahlian mengikut peraturan persatuan yang wujud atau yang diubahsuai (dari masa ke semasa) menganainya untuk diputuskan oleh Jawatankuasa Majlis Tertinggi berkenaan.
Fasal 16. PEGUAM
Majlis Tertinggi atau Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan boleh melantik seorang atau sebuah syarikat peguam jika perlu untuk memberi khidmat guaman kepada persatuan dan pegawai-pegawai persatuan dalam perkara-perkara yang dipersetujui sebagai perlu dan khidmat itu dibayar oleh pihak persatuan.
Fasal 17. PEMBUBARAN PERSATUAN
a. Persatuan boleh dibubarkan dengan cara sukarela dalam Perhimpunan Mesyuarat Agung Tahunan atau Khas atas ketetapan tidak kurang
daripada satu perdua (1/2) jumlah Keahlian Keseluruhan Ahli-Ahli Persatuan.
b. Apabila persatuan dibubarkan, ahli-ahli di semua cawangan hendaklah menamatkan kerja-kerja persatuan dan melepaskan semua harta-harta tetap persatuan. Setelah menjelaskan hutang piutang yang sahih, Majlis Tertinggi hendaklah membahagikan harta benda persatuan seperti mana yang ditetapkan oleh Perhimpunan Mesyuarat Agung Tahunan Khas semasa tindakan pembubaran persatuan itu.
c. Kenyataan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Penubuhan oleh Ibu Pejabat dalam masa enam puluh (60) hari dari tarikh pembubaran itu.
Fasal 18. TEMPAT URUSAN PVRSD
a. Tempat Urusan Persatuan bertempat di 306A, Lorong Selangor, Pusat Bandar Melawati, Taman Melawati, Ulu Kelang 53100 Kuala Lumpur atau di mana-mana tempat yang ditentukan oleh Majlis Tertinggi Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja dan diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.
b. Setiap kali pertukaran alamat, hendaklah di memaklumkan kepada Ibu Pejabat Pendaftar Penubuhan.
Fasal 19. SUMBER KEWANGAN
a. Bayaran yuran untuk menjadi Ahli Veteran Seumur Hidup dan Ahli Bersekutu Seumur Hidup RM25.00 (Dua Puluh Lima Ringgit Malaysia Sahaja) dan resit penerima akan dikeluarkan bagi setiap bayaran yuran ahli persatuan.
b. Ahli Kehormat tidak dikenakan sebarang bayaran yuran keahlian Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja dan Cawangan.
c. Persatuan ini dibenarkan untuk menerima sumbangan dalam bentuk wang dan barang. Sumbangan berbentuk wang hendaklah diisytiharkan dengan jelas dan tepat dalam Penyata Kewangan Tahunan Persatuan.
d. Persatuan ini boleh menjalankan kegiatan ekonomi seperti menjual, membeli, melabur, memiliki harta alih dan tak alih serta lain-lain kegiatan ekonomi persatuan dari masa ke semasa.
e. Kegiatan ekonomi di semua Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan perlu dipersetujui oleh Majlis Tertinggi.
f. Tahun kewangan persatuan ialah dari 01hb Januari hingga 31hb Disember setiap tahun.
g. Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan hendaklah menghantar Penyata Kira-Kira Kewangan Tahunan yang telah diluluskan dalam Perhimpunan Mesyuarat Agung Tahunan ke Ibu Pejabat Persatuaan Veteran Rejimen Semboyan Diraja tidak lewat dari tiga puluh (30) hari selepas sesuatu Perhimpunan Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan. Fasal 20. KEWANGAN PVRSD
a. Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam undang-undang ini, wang persatuan boleh digunakan untuk perkara yang memberi faedah bagi menjalankan tujuan-tujuan persatuan termasuk perbelanjaan pentadbiran, bayaran gaji, pembiayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah memeriksa Juruaudit.
b. Bendahari dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih dari RM1000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu Sahaja) pada sesuatu masa. wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank yang diluluskan oleh Majlis Tertinggi. Kira-kira bank itu hendaklah atas nama Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja.
c. Presiden persatuan diberi kuasa pengeluaran cek sehingga RM8000.00 (Ringgit Malaysia Lapan Ribu Sahaja) dan jumlah lebih daripada itu kuasa pengeluaran pada cek adalah dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi.
d. Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari kira-kira persatuan hendaklah ditandatangani bersama oleh Presiden, Setiausaha Agung dan Bendahari maka bolehlah jawatankuasa melantik sesiapa di antara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau kenyataan pengeluaran wang persatuan.
e. Penyata dari hal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Juruaudit yang Bertauliah atau Pemeriksa Kira-Kira dalaman yang diperuntukan dalam Perlembagaan Fasal 13.b (7) dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk diluluskan dalam Perhimpunan Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut dan salinannya hendaklah dikepilkan untuk maklumat ahli-ahli di tempat urusan persatuan.
f. Tahun kewangan persatuan bermula dari 01hb bulan Januari dan berakhir pada 31hb bulan Disember tiap-tiap tahun
Fasal 21. PENUBUHAN CAWANGAN
a. Majlis Tertinggi berkuasa menubuhkan cawangan di setiap negeri selepas ini dirujuk sebagai Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan
b. Majlis Tertinggi berkuasa memberi kebenaran menubuhkan sesebuah
cawangan di dalam negeri difikirkan perlu mengikut syarat dan peraturan-peraturan seperti berikut:
(1) Proses penubuhan mestilah melalui Majlis Tertinggi sebelum dimajukan kepada Pendaftar Penubuhan.
(2) Jawatankuasa penaja hendaklah ditubuhkan mengandungi tidak lebih daripada 13 orang Ahli Veteran Seumur Hidup dan Ahli Bersekutu Seumur Hidup dari mana-mana cawangan dalam negeri yang berkenaan. Jawatankuasa penaja hendaklah menerangkan dengan jelas tujuan cawangan baru perlu ditubuhkan.
(3) Jawatankuasa penaja perlu mendapatkan keahlian seramai tidak kurang dari 50 orang ahli baharu yang belum pernah mendaftar sebagai ahli sebelum memajukan permohonan ke Majlis Tertinggi. (4) Cawangan yang baharu ditubuhkan perlu mengadakan Mesyuarat
Agung Tahunan Pertama dalam masa tiga (3) bulan dari tarikh kelulusan penubuhan oleh Pendaftar Penubuhan.
(5) Permohonan pertukaran cawangan dan cawangan baharu hanya boleh dilakukan setelah cawangan baharu selesai mengadakan Perhimpunan Mesyuarat Agung Tahunan pertama.
a. Majlis Tertinggi hendaklah menyemak semua fakta dan dokumen-dokumen permohonan penubuhan cawangan baharu sebelum untuk disahkan sebelum dimajukan untuk kelulusan Pendaftar Penubuhan.
b. Majlis Tertinggi berkuasa membubarkan cawangan apabila bilangan keahlian kurang dari lima (50) orang ahli dalam persatuan itu
c. Majlis Tertinggi berkuasa menyekat penubuhan mana-mana cawangan baharu yang hendak ditubuhkan, hanya satu sahaja Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja di setiap negeri. Majlis Tertinggi berkuasa mengadakan apa-apa peraturan-peraturan tambahan sekiranya diperlukan dari masa ke semasa.
Fasal 22. PERHIMPUNAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN CAWANGAN a. Tertakluk kepada perlembagaan dan peraturan persatuan, perjalanan
Jawatankuasa Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan adalah berasaskan kepada kuasa dan Perintah Perhimpunan Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan.
b. Perhimpunan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan hendaklah diadakan setahun sekali, tidak lewat dari tiga puluh (30) hari sebelum Perhimpunan Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Tertinggi.
c. Tugas-Tugas Pengerusi Perhimpunan Mesyuarat Agung Tahunan: (1) Mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan Biasa dan Khas.
(2) Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan dan mesyuarat bulanan.
(3) Membentangkan Penyata Kira-Kira Tahunan yang berakhir pada 31hb Disember tahun lepas.
(4) Membentangkan Laporan Jawatankuasa Cawangan, Jawatankuasa Lembaga Amanah Cawangan dan anak- anak syarikat serta Penyata Kira-Kira Tahunan Lembaga Amanah Persatuan yang berakhir pada 31hb Disembertahun lepas.
(5) Membincangkan dasar persatuan untuk dikemukakan sebagai usul kepada Majlis Tertinggi.
(6) Memilih dua (2) orang Pemeriksa Kira-Kira dari kalangan ahli-ahli Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan.
(7) Mencadangkan calon-calon untuk bertanding menjadi Jawatankuasa Majlis Tertinggi mengikut diperuntukan dalam Perlembagaan Fasal 13.b (2) (6) dan (7) apabilan tiba masanya untuk tempoh tiga (3). (8) Calon-calon yang dicadangkan oleh Perwakilan Cawangan itu
hendaklah dikemukakan dan sampai kepada Setiausaha Agung tidak lewat dari dua puluh satu (21) hari sebelum Perhimpunan Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Tertinggi diadakan.
(9) Mengkaji kerja-kerja yang dibuat oleh Jawatankuasa Cawangan. (10) Memilih Perwakilan Cawangan ke Perhimpunan Mesyuarat Agung
Tahunan Majlis Tertinggi mengikut nisbah yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persatuan. Perwakilan Cawangan yang dipilih diluar daripada Mesyuarat Agung Tahuan atau sebarang pertukaran selepas itu adalah tidak sah. Setiausaha Cawangan hendaklah menghantar senarai nama kepada Setiausaha Agung dua puluh satu (21) hari sebelum Perhimpunan Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Tertinggi. (11)Seramai sepuluh (10) Perwakilan-Perwakilan daripada Cawangan ke
Perhimpunan Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Tertinggi. Pengerusi adalah secara automatik merangkap sebagai Majlis Tertinggi yang diperuntukan dalam Perlembagaan Fasal 13.k.
(12)Seramai dua (2) Perwakilan-Perwakilan daripada Cawangan Sabah dan Cawangan Sarawak hadir paling minimum. Pengerusi adalah secara automatik merangkap sebagai Majlis Tertinggi yang diperuntukan dalam Perlembagaan Fasal 13.k.
(13)Pemilihan Jawatankuasa Cawangan mengikut dan tertakluk kepada peruntukan dalam Perlembagaan Fasal 23.a (1) (2) (6) dan (7) apabila
tiba masanya untuk tempoh tiga (3) calon-calon hendaklah terdiri daripada Ahli-Ahli Cawangan itu sendiri
(14)Pemilihan dua (2) orang Pemeriksa Kira-Kira dari kalangan Ahli-Ahli Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan semasa Perhimpunan Mesyuarat Agung Tahunan yang diperuntukan dalam perlembagaan Fasal 22.c (14)
(15)Pemilihan Pengerusi Sementara oleh Perwakilan-Perwakilan Cawangan yang hadir dalam Perhimpunan Mesyuarat Agung Tahunan dicadang, nama pencalonan dan disokong atau mengekalkan pengerusi sesi yang lepas bagi menguruskan perjalanan Perhimpunan Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan yang diperuntukan dalam Perlembagaan Fasal 22.c (15)
(16)Pembubaran Jawatankuasa Majlis Tertinggi dan di peringkat Cawangan sesi yang lepas yang diperuntukan dalam Perlembagaan Fasal 22.c (16)
(17)Pelantikan Setiausaha Sementara bagi mencatit minit mesyuarat yang diperuntukan dalam Perlembagaan Fasal 22.c (17).
d. Komposisi Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan: (1) Ahli-Ahli Jawatankuasa Cawangan
(2) Ahli-Ahli Cawangan
(3) Ahli-Ahli Beliawira dan Beliawani yang telah mendaftar menjadi ahli berkeadaan mengikut Fasal 23.a (5) (6) dan (7) boleh mengambil bahagian dan mengundi di dalam Perhimpunan Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan serta boleh dipilih memegang jawatan sekiranya mendapat percalonan-percalonan daripada Perwakilan-Perwakilan yang hadir.
e. Perhimpunan Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan perlu diadakan apabila dikehendaki oleh salah satu daripada permintaan berikut:
(1) Dengan kehendak Pengerusi Cawangan.
(2) Dengan permintaan bertulis daripada sekurang-kurangnya dua pertiga (2/3) daripada Jawatankuasa Cawangan.
(3) Dengan permintaan dua pertiga (2/3) daripada jumlah ahli yang sah di dalam Cawangan itu.
(4) Dengan kehendak Majlis Tertinggi Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja.
f. Mesyuarat Agung Khas Cawangan hendaklah diadakan apabila dikehendaki oleh salah satu daripada permintaan berikut:
(2) Dengan permintaan bertulis daripada sekurang-kurangnya dua pertiga (2/3) daripada Jawatankuasa Cawangan.
(3) Dengan permintaan dua pertiga (2/3) daripada jumlah ahli yang sah di dalam Cawangan itu.
(4) Dengan kehendak Majlis Tertinggi Persatuan Veteran Rjimen Semboyan Diraja.
g. Setiausaha Cawangan hendaklah memanggil Mesyuarat Agung Khas Cawangan itu. Jika Setiausaha Cawangan tidak berbuat demikian dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh penerimaan permintaan atau arahan tersebut, maka Mesyuarat Agung Khas Cawangan itu hendaklah dipanggil oleh Majlis Tertinggi Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja.
h. Mesyuarat Agung Khas Cawangan itu hendaklah mengikut kaedah Mesyuarat Agung Cawangan dalam Fasal 22. d
i. Korum bagi Mesyuarat Agung Khas Cawangan adalah seramai tiga puluh (30) orang Perwakilan Cawangan yang hadir.
Fasal 23. JAWATANKUASA CAWANGAN a. Jawatankuasa Cawangan terdiri daripada:
(1) Pengerusi
(2) Timbalan Pengerusi (3) Setiausaha
(4) Bendahari
(5) Ketua Penerangan
(6) Enam Ahli Jawatankuasa (7) Dua Pemeriksa Kira-Kira
b. Pemilihan Jawatan Pengerusi, Timbalan Pengerusi serta Jawatankuasa Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan yang diperuntukan dalam Perlembagaan Fasal 23.a (1) (2) (6) dan (7) untuk tempuh tiga (3) tahun.
c. Pemilihan calon-calon hendaklah terdiri daripada ahli-ahli persatuan yang diperuntukan dalam Perlembagaan Fasal 4. c, d, e.
d. Pengerusi PersatuanVeteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan yang dipilih memegang salah satu jawatan Presiden, Timbalan Presiden yang diperuntukan dalam Perlembagaan Fasal 13.b (1) (2) berhak melantik penggantinya hadir dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi yang diadakan. e. Pengerusi Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan yang
perlantikan Setiausaha, Bendahari dan Ketua Penerangan untuk memegang jawatan mereka selama tempoh tiga (3) tahun kecuali mereka diberhentikan oleh Pengerusi atau mereka meletakkan jawatan dengan sukarela.
f. Jawatankuasa Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan yang dipilih tidak boleh menjadi kosong disebabkan seseorang ahli itu dilantik menjadi Setiausaha, Bendahari atau Ketua Penerangan atau meletakkan jawatan atau diberhentikan kerana apa sebab jua pun atau meninggal dunia.
g. Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan boleh dibubarkan dalam Perhimpunan Mesyuarat Agung Khas dengan undian tidak kurang daripada satu perdua (1/2) daripada jumlah Keseluruhan Keahlian Cawangan dalam Perhimpunan Mesyuarat Agung Khas.
h. Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam tempuh tiga (3) bulan. Notis empat belas (14) hari adalah perlu dihantar untuk sesuatu Mesyuarat Jawatankuasa diadakan. Bagaimana pun Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan hendaklah diadakan:
(1) Dengan kehendak Pengerusi.
(2) Dengan permintaan bertulis oleh dua pertiga (2/3) daripada Jawatankuasa Cawangan.
i. Jika Setiausaha Cawangan tidak memanggil mesyuarat mengikut Fasal 23.h yang dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh penerimaan permohonan yang dibuat itu, maka ahli-ahli yang memohon boleh memanggil mesyuarat itu dengan syarat semua Ahli-Ahli Jawatankuasa Cawangan dijemput hadir.
j. Dua pertiga (2/3) daripada jawatankuasa adalah menjadi cukup bilangan bagi menjalankan Mesyuarat Jawatankuasa Cawangan.
k. Jawatankuasa yang mungkin /gagal menghadiri mesyuarat tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang munasabah akan disifatkan telah meletakan jawatan dalam Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan.
l. Jika seseorang jawatankuasa yang diperuntukan dalam Perlembagaan Fasal 23.a (6) dan (7) meninggal dunia atau meletakan jawatan atas budi bicara Jawatankuasa Cawangan boleh melantik daripada ahli-ahli veteran yang berkemampuan untuk melaksanakan tugas-tugas yang dikosongkan sehingga Perhimpunan Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan diadakan
Untuk di maklumkan perlantikan kepada semua ahli yang hadir.
m. Jika Jawatan Pengerusi Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan menjadi kosong kerana sebab-sebab tertentu maka Timbalan Pengerusi memangku jawatan sehingga diadakan Perhimpunan Mesyuarat Agung Tahunan pemilihan Jawatankuasa Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan yang diperuntukan dalam Perlembagaan Fasal 23. a (1) (2) (6) dan (7).
n. Jika Jawatan Timbalan Pengerusi menjadi kosong kerana sebab-sebab tertentu maka Pengerusi akan memangku Jawatan Timbalan Pengerusi sehingga diadakan pemilihan Jawatankuasa Cawangan yang diperuntukan dalam Perlembagaan Fasal 23.a (1) (2) (6) dan (7).
o. Jika kesemua Jawatankuasa Cawangan menjadi kosong Pengerusi Sementara perlu dilantik oleh Majlis Tertinggi dalam tempuh tidak lebih daripada enan puluh (60) hari. Bagi mengadakan Perhimpunan Mesyuarat Agung Tahunan pemilihan Jawatankuasa Sesi baru yang diperuntukan dalam Perlembagaan Fasal 23.a (1) (2) (6) dan (7).
Fasal 24. TUGAS JAWATANKUASA CAWANGAN a. Pengerusi
(1) Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan Jawatankuasa Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan.
(2) Bertanggungjawab atas semua pegawai dan anggota pejabat.
(3) Memanggil dan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan dan berhak membuat undi pemutus.
(4) Bertanggungjawab meneliti semua minit mesyuarat Jawatankuasa Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan sebelum disediakan untuk dibentang dan menandatangani minit yang diluluskan oleh Jawatankuasa Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan.
(5) Melantik, menggantung atau memecat Setiausaha, Bendahari dan Ketua Penerangan, kakitangan pejabat Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan setelah berunding dengan Jawatankuasa Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan dan bertanggungjawab atas kesempurnaan tugas mereka.
(6) Menandatangani semua cek-cek Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan.
kepentingan Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan, setelah berunding dengan Jawatankuasa Cawangan.
b. Timbalan Pengerusi
(1) Membantu tugas-tugas Timbalan Pengerusi.
(2) Memangku Jawatan Pengerusi semasa ketiadaan Pengerusi.
(3) Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan apabila Pengerusi tidak hadir. c. Setiausaha
(1) Bertanggungjawab kepada Pengerusi.
(2) Bertanggungjawab atas kesempurnaan Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan.
(3) Bertanggungjawab menyelaraskan dengan Pengerusi semua minit mesyuarat Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan serta menyediakan minit.
(4) Melaksanakan segala ketetapan dan keputusan yang diambil oleh Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan.
(5) Bertanggungjawab atas kesempurnaan urusan pentadbiran dan surat menyuarat serta penyelenggaran buku dan dokumen kecuali buku kira-kira dan rekod kewangan Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan.
(6) Menyediakan laporan tahunan yang menerangkan pekerjaan dan kemajuan persatuan dalam masa setahun untuk jawatankuasa sebelum Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan.
(7) Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengerusi.
d. Bendahari
(1) Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan kewangan Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan.
(2) Menyediakan dan membentangkan penyata kewangan bulanan Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan semasa mesyuarat.
(3) Membentangkan Penyata Kewangan Tahunan yang disahkan oleh Juruaudit yang Bertauliah atau Pemeriksa Kira-Kira kepada Jawatankuasa Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan dalam Perhimpunan Mesyuarat Agung Tahunan.
(4) Menyelenggaran semua buku dan dokumen kira-kira Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan dengan sempurna. (5) Menandatangani semua cek-cek Persatuan Veteran Rejimen
Semboyan Diraja Cawangan.
(6) Memaklumkan kepada Jawatankuasa Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan kedudukan harta benda Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan dan amanah sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.
(7) Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengerusi. e. Ketua Penerangan
(1) Bertanggungjawab atas kesempurnaan penyelenggaran dan perlaksanaan tugas dan aktiviti penerangan Jawatankuasa Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan.
(2) Melaporkan kepada Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan akan tugas-tugas tersebut
(3) Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengerusi. f. Tugas Ahli Jawatankuasa
(1) Membantu menjalankan aktiviti kebajikan kepada semua Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan.
(2) Membantu pengerusi dalam hal-hal kebajikan dan sentiasa mempermudahkan bantuan kebajikan demi mengeratkan silaturrahim ahli-ahli Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja.
(3) Melaksanakan tugas jawatankuasa dengan penuh bertanggungjawab dan sentiasa mengambil berat dan sedia mendengar permasalah ahli-ahli Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan.
g. Tugas Ahli Jawantankuasa Kecil
(1) Bertanggungjawab segala keputusan cawangan dan menjalankan tugas tugas yang diarahkan oleh Pengerusi.
(1) Membantu mengenal pasti permasalah ahli-ahli di daerah masing-masing supaya tidak terlepas pandang oleh Jawatankuasa Cawangan. (2) Sentiasa berhubung dengan Jawatankuasa Cawangan demi
pemudahcara dalam menjaga kebajikan ahli daerah masing-masing. Fasal 25. TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA CAWANGAN
a. Menyelenggara serta mempertahankan kedaulatan Perlembagaan Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja.
b. Menentukan pematuhan ke atas segala syarat yang dikehendaki oleh Akta 740 Akta Veteran ATM 2012.
c. Merancang perjalanan dan pentadbiran Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan.
d. Mengawasi perjalanan dan menyelesaikan masalah-masalah Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan.
e. Mentadbir wang dan harta benda Jawatankuasa Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Cawangan dengan sempurna.
f. Membuat keputusan mengenal sebarang perbelanjaan daripada wang terkumpul Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan bagi membiayai pentadbiran dan bantuan kebajikan persatuan.
g. Mencadangkan kepada Majlis Tertinggi penggantungan keahlian atau pemecatan atau sebarang tindakan tatatertib terhadap seseorang ahli yang didapati melanggar peruntukkan perlembagaan atau peraturan atau tatatertib persatuan setelah sesuatu siasatan dibuat.
h. Membentangkan Laporan Jawatankuasa Tahunaan serta Penyata Kewangan yang telah disahkan oleh Juruaudit yang Bertauliah atau Pemeriksa Kira-Kira dalaman Perhimpunan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan.
i. Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan dikehendaki menghantar kepada Setiausaha Agung Laporan Aktiviti Tahunan, Minit Mesyuarat Agung Tahunan dan Penyata Kewangan Tahunan yang telah dibentang dan disahkan dalam Perhimpunan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan.
j. Menetapkan tempat menyimpan wang Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan dan menamakan ahli selain dari Pengerusi, Bendahari dan Setiausaha yang dibenarkan menandatangani cek-cek Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan.
k. Menentukan Perhimpunan Mesyuarat Agung Tahunan yang dipilih oleh Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja adalah layak dan sah, dan sekiranya didapati tidak sah atas sebab apa jua sekalipun, dengan persetujuan tidak kurang dari dua pertiga (2/3) Jawatankuasa Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja berhak memutuskan untuk menolak ke semua perkara tersebut dan dengan penolakan ini.
l. Keputusan Jawatankuasa Cawangan menjadi muktamad apabila disampaikan secara bertulis kepada persatuan tersebut.
m. Menetapkan tarikh Perhimpunan Mesyuarat Agung Persatuan setelah berunding dengan Majlis Tertinggi.
dan tanggungjawab Jawatankuasa Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan demi kesempurnaan atau kepentingan-kepentingan persatuan.
o. Dengan persetujuan dua pertiga (2/3) daripada bilangan jawatankuasa berhak menangguhkan Perhimpunan Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan sekiranya didapati atas terdapat perkara yang akan menjejaskan suasana keselamatan dan perjalanan Perhimpunan Mesyuarat Agung Tahunan.
Fasal 26. BELIAWIRA DAN BELIAWANIS
a. Keahlian Beliawira dan Beliawanis boleh diwujudkan di semua cawangan Majlis Tertinggi yang berkuasa membuat peraturan-peraturan untuk mereka Ahli Beliawira dan Beliawanis Cawangan masing-masing dibenarkan hadir.
b. Perhimpunan Mesyuarat Agung Tahunan dicadang nama pencalonan dan disokong ahli yang hadir untuk pemilihan jawatan yang diperuntukan dalam Perlembagaan Fasal 23.a (5) (6) dan (7).
Fasal 27. PENGGANTUNGAN ATAU PEMBUBARAN CAWANGAN
a. Sesebuah Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan itu boleh digantung oleh Majlis Tertinggi apabila Cawangan:
(1) Mempunyai kurang dari lima pulih (50) orang Ahli Seumur Hidup dan Ahli Bersekutu Seumur Hidup yang sah.
(2) Enggan mematuhi perlembagaan atau peraturan atau keputusan Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Tertinggi mengenal sesuatu hal. (3) Tidak menurut perintah atau peraturan-peraturan yang telah
ditetapkan oleh Pendaftar Penubuhan.
b. Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan boleh dibubarkan setelah mendapat kelulusan Majlis Tertinggi dengan secara sukarela oleh Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan atas ketetapan tidak kurang daripada satu perdua (1/2) jumlah Keahlian Keseluruhan Persatuan.
c. Majlis Tertinggi hendaklah memindahkan ahli-ahli cawangan itu kepada Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan lain mengikut pilihan ahli-ahli itu.
d. Majlis Tertinggi, tertakluk kepada tugasnya yang diperuntukan dalam Perlembagaan Fasal 15.a juga berkuasa menggantung sementara pentadbiran sesebuah cawangan itu bagi menyelasaikan masalah persatuan
jika persatuan didapati melakukan sesuatu yang boleh merosakkan nama baik persatuan.
e. Majlis Tertinggi hendaklah menubuhkan segera jawatankuasa penyelaras pentadbiran persatuan yang digantung sementara.
Fasal 28. PENASIHAT DAN PENAUNG
a. Pegawai Kanan Rejimen Semboyan Diraja yang dilantik sebagai Pengerusi Kor Rejimen Semboyan Diraja sebagai Penasihat Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja.
b. Majlis Tertinggi atau Jawatankuasa Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan boleh mencadangkan dan jika perlu melantik orang-orang yang layak menjadi Penaung Persatuan dengan syarat orang-orang yang dilantik itu menyatakan persetujuan secara bertulis terlebih dahulu kepada Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan sebelum mendapat kelulusan Majlis Tertinggi.
(1) Penasihat :Pengerusi Kor Rejimen Semboyan Diraja (2) Penaung : Individu-Individu yang berkelayakan Fasal 29. TEMPAT URUSAN CAWANGAN
a. Tempat Urusan Jawatankuasa Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan boleh ditempatkan di mana jua tempat yang ditentukan oleh Jawatankuasa Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan dengan Kelulusan Pendaftar Penubuhan.
b. Setiap kali pertukaran alamat cawangan hendaklah di memaklumkan kepada Majlis Tertinggi untuk Kelulusan Pendaftar Penubuhan.
Fasal 30. DISIPLIN KEAHLIAN PERSATUAN
a. Majlis Tertinggi berkuasa menubuhkan jawatankuasa disiplin dan menentukan peraturan-peraturan, bidang kuasanya dan boleh mengenakan hukuman kepada Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan dan ahli-ahli kerana melanggar peruntukan Perlembagaan, peraturan pentadbiran pengurusan termasuk kesalahan lain yang disenaraikan dalam tatatertib ahli persatuan atau mana-mana peraturan lain yang dikeluarkan oleh persatuan.
b. Mana-mana ahli atau pihak yang tidak puas hati dengan tindakan disiplin yang dikenakan ke atasnya boleh membuat rayuan kepada Majlis Tertinggi mengikut peraturan-peraturan yang wujud. Rayuan itu hendaklah dibuat dalam tempoh masa tiga puluh (30) hari dari tarikh notis tindakan itu
dikeluarkan kepadanya dan akan dikira tidak sah jika dibuat selepas jangka masa itu.
c. Tanpa menghiraukan apa-apa peruntukan lain dalam Perlembagaan ini, seseorang ahli atau pihak dalam persatuan yang membawa apa-apa jua perkara persatuan tanpa mematuhi sepenuhnya peraturan-peraturan persatuan boleh diambil tindakan tatatertib.
d. Semua ahli persatuan hendaklah:
(1) Patuh kepada Perlembagaan ini dan Tataetika Ahli (2) Mengikut perintah-perintah Persatuan.
(3) Menjalankan dasar-dasar Persatuan.
(4) Patuh dan menghormati keputusan-keputusan Persatuan. (5) Menjaga rahsia-rahsia Persatuan.
(6) Memelihara nama baik Persatuan.
(7) Sentiasa menunjukkan tatalaku yang bertertib.
e. Jawatankuasa Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan dikehendaki mengawasi kegiatan ahli-ahli dan mengambil tindakan sesuai apabila didapati mana-mana ahli itu melanggar disiplin persatuan. Jika tindakan tidak dapat diambil kerana sebab-sebab tertentu, melaporkan kepada Majlis Tertinggi untuk tindakan selanjutnya.
f. Mana-mana ahli yang melanggar peruntukan Perlembagaan atau peraturan-peraturan atau tatatertib persatuan, boleh dikenakan hukuman yang tersebut di bawah ini oleh Majlis Tertinggi:
(1) Diberi amaran.
(2) Digantung hak-haknya dalam Persatuan.
(3) Dilarang daripada bertanding mana-mana jawatan dalam Persatuan. (4) Digantung keahliannya dalam Persatuan.
(5) Dipecat dari Persatuan.
(6) Dilarang hadir dalam Perhimpunan Mesyuarat Agung Tahunan. (7) Dilarang selaku pemerhati dalam Mesyuarat Agung Tahunan
Cawangan atau Majlis Tertinggi.
(8) Dikenakan lain-lain hukuman yang difikirkan wajar dan seimbang. g. Majlis Tertinggi berkuasa membuat kaedah-kaedah dan
peraturan-peraturan, dari masa ke semasa, berkaitan dengan tatatertib dan disiplin peraturan, yang antara lain melarang penyalahgunaan wang dengan tujuan mendapat undi atau sokongan atau mempengaruhi mana-mana pemilihan bagi pihak sendiri atau bagi pihak lain supaya jangan mengundi mana-mana ahli dalam mana-mana-mana-mana pemilihan persatuan. Sebarang keputusan Majlis Tertinggi mengenai disiplin, tatatertib atau penyelesaian ke atas
sebarang perkara atau masalah persatuan adalah muktamad. Mahkamah tidak boleh diminta menerima atau membuat keputusan mengenai disiplin tatatertib atau penyelesaian perkara-perkara persatuan bersabitan pentadbiran dan pengurusan Persatuan.
h. LARANGAN
(1) Muflis. Sesiapa juga ahli yang telah diisytiharkan muflis boleh menjadi ahli persatuan atau meneruskan keahliannya tetapi tidak boleh memegang sebarang jawatan dalam mana-mana persatuan sehingga kemuflisan itu dimansuhkan. Keadaan ini adalah juga berkuatkuasa kepada Ahli Beliawira dan Beliawanis.
(2) Kurang Siuman. Sesiapa juga ahli yang disahkan mengidap penyakit tidak siuman oleh mana-mana pakar boleh meneruskan keahliannya tetapi tidak boleh lagi memegang sebarang jawatan dalam persatuan. i. Warganegara Malaysia. Jawatankuasa Persatuan Veteran Rejimen
Semboyan Diraja dan Cawangan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran dalam persatuan hendaklah terdiri daripada Warganegara Malaysia.
Fasal 31. KEWANGAN CAWANGAN
a. Taktakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam undang-undang ini, wang persatuan boleh digunakan untuk perkara yang memberi faedah bagi menjalankan tujuan-tujuan persatuan termasuk belanja pentadbiran bayaraan gaji, pembiayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah memeriksa Juruaudit.
b. Bendahari dibenarkan menyimpan wang tunai tidak lebih dari RM500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan dalam masa tujuh (7) hari ke dalam akaun bank di atas nama persatuan yang diluluskan oleh Jawatankuasa Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan. c. Pengerusi persatuan diberi kuasa pengeluaran cek sehingga RM5000.00
(Ringgit Malaysia Lima Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa pengeluaran cek. Manakala jumlah lebih daripada itu adalah bidang kuasa pengeluaran oleh Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan dengan dua pertiga (2/3) kehadiran jawatankuasa.
d. Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari akaun persatuan hendaklah ditandatangani bersama Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari. Walau bagaimana pun, jawatankuasa berhak melantik sesiapa antara