(1) Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan Jawatankuasa Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan.
(2) Bertanggungjawab atas semua pegawai dan anggota pejabat.
(3) Memanggil dan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan dan berhak membuat undi pemutus.
(4) Bertanggungjawab meneliti semua minit mesyuarat Jawatankuasa Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan sebelum disediakan untuk dibentang dan menandatangani minit yang diluluskan oleh Jawatankuasa Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan.
(5) Melantik, menggantung atau memecat Setiausaha, Bendahari dan Ketua Penerangan, kakitangan pejabat Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan setelah berunding dengan Jawatankuasa Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan dan bertanggungjawab atas kesempurnaan tugas mereka.
(6) Menandatangani semua cek-cek Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan.
kepentingan Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan, setelah berunding dengan Jawatankuasa Cawangan.
b. Timbalan Pengerusi
(1) Membantu tugas-tugas Timbalan Pengerusi.
(2) Memangku Jawatan Pengerusi semasa ketiadaan Pengerusi.
(3) Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan apabila Pengerusi tidak hadir. c. Setiausaha
(1) Bertanggungjawab kepada Pengerusi.
(2) Bertanggungjawab atas kesempurnaan Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan.
(3) Bertanggungjawab menyelaraskan dengan Pengerusi semua minit mesyuarat Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan serta menyediakan minit.
(4) Melaksanakan segala ketetapan dan keputusan yang diambil oleh Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan.
(5) Bertanggungjawab atas kesempurnaan urusan pentadbiran dan surat menyuarat serta penyelenggaran buku dan dokumen kecuali buku kira-kira dan rekod kewangan Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan.
(6) Menyediakan laporan tahunan yang menerangkan pekerjaan dan kemajuan persatuan dalam masa setahun untuk jawatankuasa sebelum Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan.
(7) Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengerusi.
d. Bendahari
(1) Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan kewangan Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan.
(2) Menyediakan dan membentangkan penyata kewangan bulanan Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan semasa mesyuarat.
(3) Membentangkan Penyata Kewangan Tahunan yang disahkan oleh Juruaudit yang Bertauliah atau Pemeriksa Kira-Kira kepada Jawatankuasa Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan dalam Perhimpunan Mesyuarat Agung Tahunan.
(4) Menyelenggaran semua buku dan dokumen kira-kira Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan dengan sempurna. (5) Menandatangani semua cek-cek Persatuan Veteran Rejimen
Semboyan Diraja Cawangan.
(6) Memaklumkan kepada Jawatankuasa Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan kedudukan harta benda Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan dan amanah sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.
(7) Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengerusi. e. Ketua Penerangan
(1) Bertanggungjawab atas kesempurnaan penyelenggaran dan perlaksanaan tugas dan aktiviti penerangan Jawatankuasa Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan.
(2) Melaporkan kepada Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan akan tugas-tugas tersebut
(3) Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengerusi. f. Tugas Ahli Jawatankuasa
(1) Membantu menjalankan aktiviti kebajikan kepada semua Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan.
(2) Membantu pengerusi dalam hal-hal kebajikan dan sentiasa mempermudahkan bantuan kebajikan demi mengeratkan silaturrahim ahli-ahli Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja.
(3) Melaksanakan tugas jawatankuasa dengan penuh bertanggungjawab dan sentiasa mengambil berat dan sedia mendengar permasalah ahli-ahli Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan.
g. Tugas Ahli Jawantankuasa Kecil
(1) Bertanggungjawab segala keputusan cawangan dan menjalankan tugas tugas yang diarahkan oleh Pengerusi.
(1) Membantu mengenal pasti permasalah ahli-ahli di daerah masing-masing supaya tidak terlepas pandang oleh Jawatankuasa Cawangan. (2) Sentiasa berhubung dengan Jawatankuasa Cawangan demi
pemudahcara dalam menjaga kebajikan ahli daerah masing-masing. Fasal 25. TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA CAWANGAN
a. Menyelenggara serta mempertahankan kedaulatan Perlembagaan Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja.
b. Menentukan pematuhan ke atas segala syarat yang dikehendaki oleh Akta 740 Akta Veteran ATM 2012.
c. Merancang perjalanan dan pentadbiran Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan.
d. Mengawasi perjalanan dan menyelesaikan masalah-masalah Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan.
e. Mentadbir wang dan harta benda Jawatankuasa Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Cawangan dengan sempurna.
f. Membuat keputusan mengenal sebarang perbelanjaan daripada wang terkumpul Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan bagi membiayai pentadbiran dan bantuan kebajikan persatuan.
g. Mencadangkan kepada Majlis Tertinggi penggantungan keahlian atau pemecatan atau sebarang tindakan tatatertib terhadap seseorang ahli yang didapati melanggar peruntukkan perlembagaan atau peraturan atau tatatertib persatuan setelah sesuatu siasatan dibuat.
h. Membentangkan Laporan Jawatankuasa Tahunaan serta Penyata Kewangan yang telah disahkan oleh Juruaudit yang Bertauliah atau Pemeriksa Kira-Kira dalaman Perhimpunan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan.
i. Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan dikehendaki menghantar kepada Setiausaha Agung Laporan Aktiviti Tahunan, Minit Mesyuarat Agung Tahunan dan Penyata Kewangan Tahunan yang telah dibentang dan disahkan dalam Perhimpunan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan.
j. Menetapkan tempat menyimpan wang Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan dan menamakan ahli selain dari Pengerusi, Bendahari dan Setiausaha yang dibenarkan menandatangani cek-cek Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan.
k. Menentukan Perhimpunan Mesyuarat Agung Tahunan yang dipilih oleh Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja adalah layak dan sah, dan sekiranya didapati tidak sah atas sebab apa jua sekalipun, dengan persetujuan tidak kurang dari dua pertiga (2/3) Jawatankuasa Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja berhak memutuskan untuk menolak ke semua perkara tersebut dan dengan penolakan ini.
l. Keputusan Jawatankuasa Cawangan menjadi muktamad apabila disampaikan secara bertulis kepada persatuan tersebut.
m. Menetapkan tarikh Perhimpunan Mesyuarat Agung Persatuan setelah berunding dengan Majlis Tertinggi.
dan tanggungjawab Jawatankuasa Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja Cawangan demi kesempurnaan atau kepentingan-kepentingan persatuan.
o. Dengan persetujuan dua pertiga (2/3) daripada bilangan jawatankuasa berhak menangguhkan Perhimpunan Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan sekiranya didapati atas terdapat perkara yang akan menjejaskan suasana keselamatan dan perjalanan Perhimpunan Mesyuarat Agung Tahunan.