• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kesahan Instrumen Asas Teknologi Ict Dalam Kalangan Pelajar Tahun Satu Universiti

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Kesahan Instrumen Asas Teknologi Ict Dalam Kalangan Pelajar Tahun Satu Universiti"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

Kesahan Instrumen Asas Teknologi Ict Dalam Kalangan Pelajar Tahun Satu Universiti

1Siti Zuraida Abdul Manaf,2Rosseni Din,3Analisa Hamdan,4Hafizi Shafiin,5Nor Syazwani Mat

Salleh &6Intan Farahana Kamsin, 1-5Personalized Education Research Group,

Faculty Of Education,

Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Ukm Bangi, Selangor, Malaysia

Abstrak

Bidang sains dan teknologi sentiasa bergerak pantas dalam menjana idea dan strategi demi memupuk kemakmuran dalam kehidupan. Aktiviti kehidupan dan teknologi juga tidak dapat dipisahkan. Penggunaan asas teknologi digital sudah sebati dalam kehidupan masyarakat seharian masa kini sama ada di pejabat, rumah, dan juga institusi pendidikan. Kajian ini bertujuan untuk mengesahkan instrumen faktor-faktor asas penggunaan teknologi digital asas ICT dalam kalangan pelajar tahun satu universiti. Kajian tinjauan ini dijalankan terhadap 80 orang pelajar universiti di Universiti Sains Islam Malaysia. Pelajar tersebut terdiri dalam gugusan Sastera dan Sains. Literasi asas penggunaan teknologi diukur berdasarkan lapan perkara Literasi asas ICT iaitu penguasaan penggunaan komputer peribadi, penggunaan tetikus, penggunaan cakera dan fail, menggunakan aplikasi Microsoft Word, menggunakan Windows, membuat persembahan multimedia, mengendalikan pencetak, dan penggunaan Internet. Berdasarkan kajian ini, instrumen baru asas ICT dapat dihasilkan dan boleh diguna pakai untuk mengukur tahap literasi asas ICT para pelajar tahun satu universiti. Instrumen kajian ini juga penting untuk melihat sejauh mana tahap penguasaan asas Literasi ICT dalam kalangan pelajar baharu universiti. Keadaan ini adalah penting untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif menggunakan aplikasi teknologi. Justeru, sistem pembelajaran maya juga dapat diwujudkan dengan berkesan untuk menghasilkan modan insan yang celik ICT. Dengan menerapkan teknologi digital ICT dalam sistem pendidikan, kelestarian ilmu dapat disebarkan ke semua lapisan masyarakat.

Kata kunci: Literasi ICT, Pelajar Universiti, Kesahan Instrumen, Partial Least Square

1. PENGENALAN

Ledakan perkembangan teknologi dalam kehidupan seharian masa kini mempengaruhi masyarakat untuk beralih kepada paradigma pembudayaan teknologi dalam kehidupan seharian. Teknologi juga dianggap sebagai pemudahcara dalam aktiviti harian sama ada di pejabat, institusi pendidikan, dan juga hampir setiap rumah. Teknologi ICT (teknologi maklumat komunikasi) juga merupakan alternatif yang digunakan untuk menyelesaikan urusan harian.

(2)

Dengan ledakan teknologi pada masa kini, pengetahuan ilmu dapat dipertingkatkan melalui pembelajaran berbantukan komputer seperti e-pembelajaran iaitu pembelajaran dalam talian (Hashim & Rahman 2014). Bidang ilmuan juga cukup luas, sebagai manusia dan khalifah di bumi seharusnya berlumba-lumba perlu menambahkan ilmu pengetahuan.

2. LATARBELAKANG KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk mengukur literasi asas ICT dalam kalangan pelajar universiti iaitu dari segi (i) penguasaan penggunaan komputer peribadi, (ii) penggunaan tetikus, (iii) penggunaan cakera dan fail, (iv) menggunakan aplikasi Microsoft Word, (v) menggunakan Windows, (vi) membuat persembahan multimedia, (vii) mengendalikan pencetak, dan (vii) penggunaan Internet dalam kalangan pelajar tahun satu universiti. Lapan perkara asas ini perlu ada bagi pelajar universiti untuk melengkapkan pengetahuan asas pengetahuan ICT berdasarkan piawaian Perkhidmatan Pendidikan ICT Combridgeshire (Cambridgeshire Education ICT Service). Mengikut piawaian Perkhidmatan Pendidikan ICT Combridgeshire lapan komponen dan gagasan ini diperlukan untuk mengukur literasi ICT. Dengan pengetahuan asas ini pelajar akan dapat mengkonsepsikan ilmu dengan jitu untuk membentuk perkembangan bakat dalam diri siswazah tersebut bagi memenuhi keperluan modal insan negara yang terbilang. Dengan adanya instrumen asas ICT yang bersesuaian untuk menguji tahap literasi asas ICT dapat memberikan sumbangan dalam dunia ilmu pendidikan. Rajah 1 menerangkan mengenai elemen-elemen yang diukur untuk membentuk instrumen kajian literasi asas ICT.

(i) Penguasaan Penggunaan Komputer Peribadi

Penguasaaan penggunaan komputer peribadi adalah kebolehan dari segi menggunakan komputer peribadi. Perkara asas yang diukur adalah seperti berkebolehan membuka dan menutup komputer, menggunakan kekunci, menggunakan pembesar suara, mencari dan menggunakan bar tugas pada desktop, dan menggunakan CD-ROM.

(i) Penggunaan Tetikus

Penggunaan tetikus juga merupakan salah satu elemen asas literasi ICT yang diukur. Memang tidak dinafikan sesetengah dari pelajar yang menggunakan komputer riba tidak

(3)

menggunakan tetikus, tetapi item-item ini adalah berdasarkan penggunaan kekunci yang terdapat di komputer tersebut. Penggunaan tetikus ini diukur dari segi memilih ikon, membuka dan menutup Windows, klik sekali dan klik dua kali pada butang tetikus, menggunakan tetikus untuk menyeret dan melepaskan objek ketika melaksanakan kerja, menggunakan butang tutup, minimize, mengembalikan paparan kerja dari bar tugas dan sebagainya.

(ii) Penggunaan Cakera dan Fail

Antara item yang berkaitan dengan penggunaan cakera dan fail adalah menamakan kerja dan menyimpan dalam cakera keras (hard drive), memindahkan kerja ke dalam fail lain, mengakses kembali fail peribadi, membuat fail baru untuk menyimpan kerja, menyusun fail, menamakan fail, mencari fail-fail yang tertentu, memuat dan memadam perisian baru, membuat salinan fail-fail penting ke pemacu pena, menyimpan fail dalam pemacu keras dan pemacu cakera liut.

(iii)Menggunakan Aplikasi Microsoft Word

Penggunaan Microsoft Word juga merupakan satu perluan asas untuk memenuhi literasi asas ICT mengikut piawaian Perkhidmatan Pendidikan ICT Combridgeshire. Antara yang diukur adalah berkaitan penggunaan Microsoft Word seperti menggunakan papan kekunci untuk menaip, menukar saiz kertas kerja dalam Microsoft Word, menukar saiz aksara huruf, menyerlahkan teks, menukar susun atur halaman, menggunakan suntingan, menyalin, menampal, memotong dan menampal, memasukkan headers dan footes, memasukkan nombor halaman, melaraskan margin, menggunakan bullet dan penomboran, menggunakan lajur, memaparkan susun atur dalam halaman pencetak, membuat format perenggan, menggunakan template, memasukkan hyperlink, memasukkan gambar dari clip-art, menukar format jadual, mengakses alat lukisan dan mengakses paparan halaman yang berbeza.

(4)

Antara item untuk menggunakan Windows yang diukur adalah seperti memaksimakan tetingkap (Windows), mengubah saiz tetingkap seperti mengheret ke tepi atau mana-mana sudut, menguruskan skrin, da menggunakan alat bar untuk mengakses.

(v) Membuat Persembahan Multimedia

Antara item yang berkaitan dalam elemen persembahan multimedia adalah seperti berkebolehan untuk memasukkan gambar ke dalam dokumen, mengimbas dan menyimpan gambar pilihan, memasukkan gambar digital, menukar saiz gambar, merakam dan menyimpan fail bunyi, memasukkan pautan (hyperlink), mencipta pautan pada halaman, dan mewujudkan dokumen yang mengandungi pelbagai jenis maklumat seperti teks, gambar, bunyi, muka surat yang berkaitan.

(vi)Mengendalikan Pencetak

Pengendalian pencetak juga dilihat sebagai salah satu elemen penting dalam asas literasi ICT. Item yang diukur adalah berkaitan seperti dapat menghidupkan pencetak untuk digunakan, menggunakan butang pencetak pada toolbar, mencetak melebihi satu salinan, menggunakan pilihan pra tonton cetak (Print Preview), mencetak halaman yang lebih panjang, dan dapat menukar tetapan pencetak seperti dapat mencetak dalam warna hitam dan putih serta transparency.

(vii) Peggunaan Internet

Penggunaan Internet diukur berdasarkan kebolehan memasuki halaman Internet, mencari laman web yang betul dengan memasuki alamat (uniform resource locator) URL seperti HTTP, menambahkan laman web kegemaran, melakukan carian maklumat di Internet, biasa dengan enjin carian seperti Google, Yahoo, Bing, MSN dan sebagainya, membuat salinan teks dan imej, memuat turun perisian, dan juga dapat Log keluar dari Internet.

(5)

Rajah 1 Kemahiran literasi ICT

3. TUJUAN KAJIAN

Kajian dijalankan untuk mengesahkan perhubungan lapan konstruk dan item yang wujud dalam instrumen kajian Literasi asas ICT dalam kalangan pelajar baharu universiti.

4. DEMOGRAFI

Responden kajian adalah terdiri daripada pelajar tahun satu Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) iaitu seramai 35 orang pelajar lelaki dan 45 orang pelajar perempuan.

Jadual 1: Bilangan Responden Kajian

Jantina Bilangan Pelajar Peratusan

Lelaki 35 43.8

Perempuan 45 56.2

Jumlah 80 100

Responden kajian adalah terdiri daripada pelbagai bidang iaitu bidang Sains dan Sastera. Pelajar bidang sains terdiri dalam bidang Sains Teknologi dan Perubatan. Bidang sastera pula terdiri dalam kalangan pelajar Pengajian Islam, Pengajian Bahasa Utama, Ekonomi, Komunikasi dan Syariah Perundangan. Dalam kajian ini responden kajian yang terdiri dalam kalangan bidang sastera melebihi bidang sains sebanyak 67 peratus seperti dalam jadual 2.

(6)

Jadual 2: Bilangaan Responden Kajian Mengikut Bidang Sains dan Sastera

Bidang Pengajian Responden Jumlah Peratusan

Sains 13 16.3

Sastera 67 83.7

Total 80 100.0

5. KONSTRUK KAJIAN ASAS LITERASI ICT

Terdapat lapan konstruk utama yang digunakan untuk mengukur literasi asas ICT, antaranya adalah (i) penguasaan penggunaan komputer peribadi, (ii) penggunaan tetikus, (iii) penggunaan cakera dan fail, (iv) menggunakan aplikasi Microsoft Word, (v) menggunakan Windows, (vi) membuat persembahan multimedia, (vii) mengendalikan pencetak, dan (viii) penggunaan Internet.

6. ANALISIS KAJIAN

Kajian dijalankan dengan menggunakan kaedah Statistical Equation Modeling (SEM) dengan menggunakan Partial Least Square (PLS).

Command method variance

Command method variance (CMV) adalah adalah varians yang boleh dikaitkan dengan kaedah pengukuran dan bukan membina langkah-langkah mewakili (Podsakoff, MacKenzie & Lee 2003). CMV mewujudkan ketekalan dalaman palsu iaitu korelasi jelas antara pembolehubah yang dihasilkan. Sebagai contoh CMV boleh berlaku jika seorang penyelidik meminta responden untuk menilai keupayaan organisasi dan prestasi antarabangsa firma dalam kajian yang sama. Dalam kes sedemikian, data laporan boleh mewujudkan korelasi palsu jika responden mempunyai kecenderungan untuk menyediakan jawapan yang konsisten kepada tinjauan yang lain yang tidak berkaitan. Beberapa prosedur kajian dapat ditadbirkan,seperti penggunaan jenis skala yang berbeza boleh mengurangkan kemungkinan CMV. Rajah 2 menunjukkan nilai peratusan 41.712 iaitu kurang dari nilai 50 peratus adalah boleh diterima dan responden kajian ini boleh dipercayai.

(7)

Rajah 2: Nilai command method variance (CMV) Model Pengukuran

Rajah 3 menunjukkan model pengukuran lapan konstruk iaitu (i) penguasaan penggunaan komputer peribadi (PC), (ii) penggunaan tetikus (MO), (iii) penggunaan cakera dan fail (DF), (iv) menggunakan aplikasi Microsoft Word (WP), (v) menggunakan Windows (WI), (vi) membuat persembahan multimedia (MP), (vii) mengendalikan pencetak (MP), dan (vii) penggunaan Internet (EM). Setiap konstruk tersebut menujukkan nilai loading bagi setiap item-item yang mewakili konstruk tersebut.

(8)

Rajah 3: Model Pengukuran Literasi Asas ICT

Dalam kajian literasi asas ICT, hanya item yang melebihi nilai 0.7 sahaja dikekalkan dalam kajian ini untuk menghasilkan item-item atau indikator yang sahih dan boleh diterima. Selepas melaksanakan proses mengekalkan item yang terbaik sahaja, jadual cross loading untuk setiap item adalah seperti dalam Jadual 3 berikut. Cross loading merupakan bebanan atau (loading) yang perlu lebih tinggi daripada bebanan/loading ke atas semua pembolehubah terpendam yang lain.

Jadual 3: Cross Loading Bagi Item Literasi Asas ICT

DF EM MO MP PC PR WI WP DF1 0.852 0.534 0.389 0.617 0.655 0.468 0.730 0.525 DF2 0.890 0.633 0.420 0.669 0.671 0.568 0.766 0.593 DF4 0.877 0.627 0.518 0.694 0.643 0.602 0.739 0.665 DF5 0.939 0.679 0.536 0.700 0.738 0.539 0.850 0.602 DF6 0.882 0.558 0.458 0.565 0.639 0.462 0.820 0.524 DF9 0.900 0.579 0.524 0.635 0.651 0.530 0.734 0.604 DF10 0.824 0.659 0.418 0.629 0.682 0.509 0.655 0.661 EM1 0.689 0.874 0.390 0.636 0.616 0.541 0.607 0.466 EM2 0.608 0.826 0.343 0.550 0.556 0.477 0.478 0.394 EM3 0.444 0.758 0.209 0.456 0.369 0.483 0.378 0.344 EM4 0.628 0.848 0.380 0.558 0.521 0.594 0.526 0.451 EM5 0.553 0.830 0.369 0.658 0.570 0.626 0.447 0.576 EM7 0.523 0.856 0.269 0.587 0.497 0.622 0.405 0.583 EM8 0.526 0.766 0.217 0.558 0.525 0.580 0.458 0.581 EM9 0.596 0.854 0.270 0.630 0.533 0.548 0.450 0.525 MO1 0.521 0.279 0.858 0.329 0.403 0.290 0.484 0.250 MO2 0.423 0.221 0.794 0.244 0.405 0.271 0.379 0.254 MO3 0.437 0.264 0.851 0.276 0.398 0.241 0.489 0.181 MO4 0.390 0.243 0.797 0.262 0.299 0.265 0.430 0.178 MO5 0.406 0.372 0.769 0.324 0.356 0.343 0.400 0.323 MO6 0.390 0.420 0.774 0.359 0.416 0.407 0.385 0.333 MP1 0.724 0.644 0.385 0.902 0.650 0.571 0.677 0.731 MP2 0.692 0.631 0.277 0.875 0.556 0.532 0.618 0.728 MP3 0.544 0.598 0.318 0.842 0.493 0.450 0.497 0.603 MP4 0.615 0.661 0.335 0.894 0.605 0.490 0.532 0.664 MP5 0.576 0.505 0.289 0.804 0.524 0.573 0.487 0.687 PC3 0.564 0.541 0.424 0.503 0.810 0.370 0.551 0.433 PC4 0.660 0.522 0.440 0.482 0.850 0.454 0.647 0.470 PC5 0.683 0.553 0.349 0.546 0.861 0.507 0.586 0.597

(9)

DF EM MO MP PC PR WI WP PC6 0.607 0.526 0.353 0.610 0.834 0.436 0.553 0.585 PC8 0.601 0.501 0.376 0.558 0.815 0.472 0.507 0.535 PC9 0.684 0.559 0.431 0.593 0.843 0.403 0.659 0.468 PR1 0.555 0.539 0.408 0.494 0.485 0.868 0.533 0.563 PR2 0.553 0.670 0.389 0.574 0.505 0.897 0.533 0.589 PR3 0.510 0.630 0.317 0.568 0.481 0.891 0.479 0.557 PR4 0.515 0.583 0.263 0.552 0.492 0.855 0.502 0.575 PR5 0.480 0.560 0.294 0.429 0.437 0.862 0.445 0.504 PR6 0.461 0.501 0.257 0.503 0.299 0.772 0.405 0.491 WI2 0.820 0.515 0.531 0.613 0.681 0.408 0.884 0.498 WI3 0.801 0.525 0.465 0.577 0.620 0.391 0.916 0.472 WI4 0.829 0.512 0.469 0.575 0.596 0.449 0.895 0.556 WI5 0.726 0.495 0.430 0.514 0.630 0.504 0.878 0.492 WI6 0.745 0.521 0.401 0.540 0.570 0.513 0.894 0.476 WI7 0.623 0.400 0.418 0.562 0.528 0.539 0.851 0.529 WI8 0.738 0.537 0.534 0.639 0.665 0.658 0.845 0.644 WP10 0.597 0.521 0.332 0.722 0.560 0.641 0.560 0.866 WP14 0.595 0.513 0.247 0.686 0.459 0.453 0.540 0.842 WP15 0.554 0.420 0.214 0.674 0.482 0.463 0.473 0.885 WP17 0.680 0.676 0.386 0.717 0.646 0.655 0.573 0.848 WP18 0.582 0.462 0.252 0.641 0.537 0.575 0.512 0.900 WP19 0.489 0.483 0.179 0.660 0.493 0.485 0.426 0.844

Nota: i) penguasaan penggunaan komputer peribadi (PC), (ii) penggunaan tetikus (MO), (iii) penggunaan cakera dan fail (DF), (iv) menggunakan aplikasi Microsoft Word (WP), (v) menggunakan Windows (WI), (vi) membuat persembahan multimedia (MP), (vii) mengendalikan pencetak (MP), dan (vii) penggunaan Internet (EM)

Kesahan Konvergen Kajian

Jadual 4 menunjukkan kesahan konvergen literasi asas ICT (nilai AVE, CR dan Cronbachs Alpha). Kesahan konvergen dijalankan untuk mengenal pasti tahap kesesuaian item dalam setiap konstruk yang dibina. Analisis kesahan konvergen dijalankan terhadap komponen literasi asas ICT. Jadual 4 Cross Loading literasi asas ICT menunjukkan hasil loading yang diperoleh dari hasil kajian yang telah dilaksanakan di Universiti Sains Islam Malaysia. Kesahan konvergen juga adalah untuk melihat sejauh mana item-item mengukur konsep yang sama. Menurut Hair (2010), bagi melihat kesahan konvergen, loading skor, kebolehpercayaan komposit dan Average Variance Extracted (AVE) akan dikaji. Bebanan/loading bagi kesemua item haruslah melebihi 0.6. (Hair et al. 2013; 2010; Ramayah, Lee & Boey 2011). Bagi kebolehpercayaan komposit

(10)

itu, bagi menentukan kesahan konvergen dengan lebih tepat lagi, Gefen dan Straub (2005) juga mencadangkan penggunaan nilai AVE. Nilai AVE adalah merujuk kepada purata varians yang berkongsi di antara antara konstruk dengan item-item yang dibina. AVE juga perlu mempunyai nilai lebih daripada 0.50 (Band 2006; Barclay et al., 1995). Jadual 4 menunjukkan nilai kebolehpercayaan komposit setiap konstruk melebihi 0.7. Dalam kajian ini juga nilai AVE bagi kesemua konstruk adalah melebihi 0.5. Dengan itu, dapatlah dinyatakan bahawa konstruk dalam kajian ini adalah menepati syarat kesahan konvergen.

Menurut Julie Palant (2010), kebolehpercayaan adalah kesahan sebenar dalam dunia nyata dan sebenar. Kebolehpercayaan juga menggambarkan sejauh mana satu skala pengukuran bebas dari ralat rawak atau (random error). Kebolehpercayaan juga dapat diukur dengan mengetahui ketekalan dalaman (internal consistency) antara satu item dengan item yang lain dengan skala antara 0-1. Nilai yang dikira adalah berdasarkan korelasi antara item-item yang dibina dalam setiap konstruk. Pelbagai cara untuk menghitung atau mengira nilai kebolehpercayaan, namun cara yang paling umum digunakan adalah berdasarkan nilai pekali (Cronbach Alpha). Menurut Nunally (1978), nilai minimum untuk Cronbach Alfa ialah 0.70 untuk menunjukkan wujud kebolehpercayaan bagi skala pengukuran yang berkenaan. Pekali ini juga bergantung pada jumlah item. Chin (1998) menyatakan Cronbach Alpha berkecenderungan merendahkan dalam mengukur kebolehpercayaan sedangkan Composite Realibility (CR) adalah lebih tepat. Jadual 3.0 dan Jadual 4.0 menunjukkan kesahan konvergen bagi literasi ICT dan pembelajaran bermakna. Nilai Average Variance Extracted (AVE) merupakan nisbah varians yang dijelaskan dalam analisis faktor. Julat nilai adalah dari 0 dan 1. AVE harus melebihi 0.5 yang menunjukkan kesahihan tumpu mencukupi (Bagozzi & Yi, 1988; Fornell & Larcker, 1981). Berdasarkan data-data yang diperolehi, nilai AVE dan CR telah mencapai kesahan konvergen kerana nilai AVE untuk setiap konstruk adalah melebihi 0.5 dan nilai CR melebihi 0.7. Kebolehpercayaan CR haruslah 0.7 atau lebih tinggi untuk menunjukkan penumpuan yang mencukupi dan secara konsisten (Gefen, Straub, & Boudreau 2000). Berdasarkan hasil analisis kajian ini, menunjukkan instrumen yang dibina ini boleh diguna pakai bagi mengukur Literasi asas ICT dalam kalangan pelajar baharu universiti.

(11)

Konstruk Kod Loading AVE CR α

DF1 0.852 0.776 0.960 0.952 DF2 0.890

Disks folder dan fail DF4 0.877

DF5 0.939 DF6 0.882 DF9 0.900 DF10 0.824 EM1 0.874 0.685 0.946 0.934 EM2 0.826 emel EM3 0.758 EM4 0.848 EM5 0.830 EM7 0.856 EM8 0.766 EM9 0.854 MO1 0.858 0.653 0.919 0.893 MO2 0.794 mouse MO3 0.851 MO4 0.797 MO5 0.769 MO6 0.774 MP1 0.902 0.747 0.936 0.915 persembahan MP2 0.875 multimedia MP3 0.842 MP4 0.894 MP5 0.804 PC3 0.810 0.698 0.933 0.914 persenal pc PC4 0.850 PC5 0.861 PC6 0.834 PC8 0.815 PC9 0.843 PR1 0.868 0.737 0.944 0.928 printing PR2 0.897 PR3 0.891 PR4 0.855 PR5 0.862 PR6 0.772 WI2 0.884 0.776 0.960 0.952

(12)

Konstruk Kod Loading AVE CR α WI5 0.878 WI6 0.894 WI7 0.851 WI8 0.845 WP10 0.866 0.747 0.947 0.932 word WP14 0.842 WP15 0.885 WP17 0.848 WP18 0.900 WP19 0.844 DF 0.894 EM 0.742 MO 0.609 0.642 0.934 MP 0.850 SECOND PC 0.841 ORDER PR 0.773 WI 0.846 WP 0.821

Nota: a) Composite Reliability (CR) = (square of the summation of the factor loadings)/((square of the summation of the factor loadings) + (square of the summation of the error variances))

b) Average Variance Extracted (AVE) = (summation of the square of the factor loadings)/(( summation of the square of the factor loadings) + (summation of the error variances))

a Kebolehpercayaan Komposit (CR) = (kuasa dua jumlah keseluruhan beban faktor)/{(kuasa dua jumlah keseluruhan beban faktor) + (kuasa dua jumlah keseluruhan ralat varians)}

b Average variance extracted (AVE) = (jumlah keseluruhan beban faktor kuasa dua)/{(jumlah keseluruhan beban faktor kuasa dua) + (jumlah keseluruhan ralat varians)}

Kesahan Diskriminan

Bagi kesahan diskriman, setiap pembolehubah terpendam dijelaskan dengan lebih baik dan menunjukkan perbezaan iaitu mempunyai penunjuk sendiri antara pembolehubah terpendam yang lain. Pembolehubah terpendam AVE perlu tinggi daripada hubungan kuasa dua antara pembolehubah lain. (Chin, 2010; Chin 1998b; Fornell & Larcker, 1981). Jadual 5 menunjukkan kesahan diskriminan bagi semua konstruk untuk kajian ini. Berdasarkan kesahan diskriman ini, didapati semua nilai konstruk berada dalam nilai yang tertinggi, dan setiap item yang wujud dalam kajian ini boleh digunapakai untuk kajian seterusnya. Kesahan diskriminan perlu di ambil kira untuk menguji sesuatu model pengukuran. Kesahan diskriminan merujuk kepada nilai pengukuran terhadap konstruk berbeza dengan pengukuran bagi konstruk yang lain dalam model yang sama, seperti dalam kajian asas literasi ini iaitu lapan konstruk yang dibina. Oleh itu, setiap

(13)

konstruk perlu mempunyai korelasi yang tinggi berbanding dengan konstruk lain yang wujud. Item perlu mempunyai nilai bebanan/loading yang lebih tinggi dan kuat dalam konstruk untuk sebuah model. Nilai purata varians antara setiap konstruk dan nilai pengukuran seharusnya lebih besar dari varians kondtruk yang lain (Compeau et al. 1999). Jadual 5 menunjukkan kesahan diskriminan untuk setiap konstruk literasi asas ICT. Didapati kesemua konstruk menepati syarat kesahan diskriminan kerana nilai varians untuk setiap konstruk adalah lebih besar berbanding dari nilai purata varians antara konstruk yang lain.

Jadual 5: Kesahan diskriminan

DF EM MO MP PC PR WI WP DF 0.881 EM 0.694 0.827 MO 0.531 0.374 0.808 MP 0.733 0.705 0.372 0.864 PC 0.759 0.638 0.472 0.658 0.836 PR 0.598 0.678 0.377 0.607 0.528 0.858 WI 0.859 0.570 0.530 0.655 0.699 0.565 0.881 WP 0.678 0.598 0.316 0.792 0.618 0.639 0.599 0.864

Jadual 6.0 menunjukkan hasil dari hipotesis kajian. Hipotesis kajian menunjukkan pertalian antara konstruk adalah positif. Nilai P<0.05 positif dan melebihi nilai 1.645 menunjukkan pertalian yang positif antara item-item dan kostruk yang terbina (Yusliza & T.Ramayah 2011). Dengan ini menjawab tujuan kajian untuk membina instrumen literasi asas ICT dan perhubungan lapan konstruk dan item yang wujud dalam instrumen kajian literasi asas ICT. Berdasarkan nilai yang diperolehi didapati memang wujud lapan konstruk untuk mengukur literasi asas ICT.

Jadual 6: Hipotesis Untuk Setiap Konstruk Kajian Literasi Asas ICT

hipotesis Pertalian Beta Standard

Error nilai t Keputusan

H1 asas -> DF 0.8942 0.0276 32.4344 Diterima

H2 asas -> EM 0.7422 0.0746 9.9551 Diterima

H3 asas -> MO 0.6086 0.1388 4.3864 Diterima

H4 asas -> MP 0.8503 0.0578 14.7129 Diterima

(14)

H7 asas -> WI 0.8459 0.0493 17.1455 Diterima

H8 asas -> WP 0.8211 0.0512 16.0336 Diterima

*P<0.05 (1.645), **P<0.01(2.33), P***<0.10(1.28)

7. KEPENTINGAN KAJIAN

Dari hasil kajian yang diperolehi, satu penemuan ilmu baru dapat diperolehi iaitu dapat membina model pengukuran literasi asas ICT dan instrument kajian yang boleh dijadikan alat ukur untuk menentukan tahap literasi asas ICT dalam kalangan pelajar universiti. Terdapat lapan pembolehubah dikenalpasti yang diperlukan untuk mengukur tahap literasi asas ICT. Dengan adanya kelapan-lapan literasi asas ICT, dapat dinyatakan bahawa seseorang pelajar itu mempunyai literasi asas ICT. Model literasi asas ICT juga dapat dihasilkan. Dengan penggunakan kaedah SEM dapat memantapkan lagi metodologi dan prosidur kajian dengan lebih komprehensif menggunakan kaedah kuantitatif. Hasil kajian ini juga dapat memberi nilai tambah dalam bidang ilmu pengetahuan dan dapat mewujudkan model pengukuran yang dapat digunakan. Alternatif baru juga dapat diperkenalkan dalam pengukuran tahap asas literasi ICT.

KESIMPULAN

Dengan adanya instrumen Literasi asas ICT dapat digunakan untuk mengukur tahap literasi pelajar baharu universiti. Tahap literasi pelajar ini dapat dilihat sebelum mereka mengikuti kuliah di universiti. Seperti yang kita sedia maklum, masa kini penggunaan teknologi ICT adalah salah satu keperluan yang wajib untuk pelajar-pelajar universiti. Keadaan ini adalah penting untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif menggunakan aplikasi teknologi. Seyogia, sistem pembelajaran maya juga dapat diwujudkan dengan berkesan untuk menghasilkan modan insan yang celik ICT. Dengan menerapkan teknologi digital ICT dalam sistem pendidikan, kelestarian ilmu dapat disebarkan ke semua lapisan masyarakat. Dengan penerapan literasi ICT sekaligus dapat menghasilkan ulul albab yang bukan hanya mahir dalam bidang yang dipelajarinya di universiti tetapi dapat mengusai ilmu ICT untuk kecemerlangan bangsa dan negara.

(15)

RUJUKAN

http://www.cambridgeshire.gov.uk/

Chin, W. W. 2010. How to write up and report PLS analyses. In Handbook of partial least squares (pp. 655-690). Springer Berlin Heidelberg.

Chin, W. W. (1998). Commentary: Issues and opinion on structural equation modeling.

Compeau, D., Higgins, C. A., & Huff, S. 1999. Social cognitive theory and individual reactions to computing technology: A longitudinal study. Mis Quarterly, 23(2).

Fornell, C., & Larcker, D. F. 1981. Evaluating structural equation models with unobservable variables and measurement error. Journal of Marketing Research (JMR), 18(1).

Gefen, D., Straub, D. W., & Boudreau, M. C. 2000. AND REGRESSION: GUIDELINES FOR RESEARCH PRACTICE.

Hashim, S., & Rahman, N. M. A. 2014. Kaedah pengajaran dan pembelajaran kerohanian kanak-kanak. PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.

Hair Jr, Joseph F, Hult, G Tomas M, Ringle, Christian, & Sarstedt, Marko. 2013. A primer on partial least squares structural equation modeling (PLS-SEM): SAGE Publications, Incorporated. Hair, Joe F, Ringle, Christian M, & Sarstedt, Marko. 2011. PLS-SEM: Indeed a silver bullet. The Journal

of Marketing Theory and Practice, 19(2), 139-152.

Pallant, Julie. (2010). SPSS survival manual: A step by step guide to data analysis using SPSS: Open University Press.

Podsakoff, P. M., MacKenzie, S. B., Lee, J. Y., & Podsakoff, N. P. 2003. Common method biases inbehavioral research: a critical review of the literature and recommended remedies. Journal of applied psychology, 88(5), 879.

Ramayah, T., Lee, J. W. C., & In, J. B. C. 2011. Network collaboration and performance in the tourism sector. Service Business, 5(4), 411-428.

Nunnally, J. (1978). Psychometric methods. McGraw-Hill, New York, NY.

Yusliza, M. Y., & Ramayah, T. 2011. Explaining the Intention to Use Electronic HRM among HR Professionals: Results from a Pilot Study.Australian Journal of Basic & Applied Sciences, 5(8).

Referensi

Dokumen terkait

Hasil penelitian yang telah dilakukan dapat diketahui bahwa pemberian pupuk tauge kacang hijau berpengaruh terhadap kepadatan dan kandungan karotenoid D..

5 Pasaribu (1983), Proses Belajar Mengajar, Bandung: Tarsito, hal.. belajar terdistribusi ke dalam beberapa kategori. Menurut Holtman {1965) meliputi: kebiasaan mengikuci

Gambar 2 tersebut memperlihatkan bahwa implementasi pelatihan tentang pembelajaran berbasis kecer dasan jamak telah dapat meningkatkan pemahaman guru tentang proses

Berdasarkan hasil penelitian maka dapat disimpulkan bahwa Indeks keanekaragaman jenis kepiting bakau setiap stasiun pengamatan di hutan mangrove Blok Bedul Taman Nasional

Dari hasil penelitian dan pembahasan, maka dapat ditarik kesimpulan bahwa sebagian besar Lansia yang tinggal di Panti werdha menderita kecemasan yaitu sebanyak 51 responden

Aroma yang menyengat yang dihasilkan water kefir teh pecut Kuda berasal dari proses metabolisme yang terjadi selama fermentasi dalam kefir grain sehingga

Validasi hasil prediksi Jaringan Saraf Tiruan dilakukan untuk melihat apakah hasil dari analisis elemen hingga yang merupakan dasar dari prediksi Jaringan Saraf