• Tidak ada hasil yang ditemukan

LAPORAN RINGKAS HEJIM 2015

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "LAPORAN RINGKAS HEJIM 2015"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

LAPORAN RINGKAS HEJIM 2015

Pada tahun ini, Prof. Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh telah dilantik sebagai Ketua HEJIM yang baru dan telah menggantikan Prof. Noor Azah Abd Aziz. Di bawah kelolaan Prof. Sharifa Ezat, pelbagai aktiviti berbentuk komuniti dan berkaitan dengan industri telah dijalankan.

Program Komuniti dan kesukarelawanan

Antara program berbentuk komuniti yang dijalankan di kawasan PPUKM ialah gotong-royong perdana yag dianjurkan untuk membasmi Aedes. Gotong-royong ini adalah anjuran bersama Unit Keselamatan Pekerjaan dan Persekitaran, Jabatan Keselamatan dan beberapa jabatan lain dengan tujuan membersihkan kawasan hospital dan mengurangkan tempat pembiakan nyamuk Aedes disamping menggalakkan penglibatan kakitangan. Lebih 120 kakitangan PPUKM telah melibatkan diri dalam aktiviti ini.

Selain program ini, jabatan-jabatan juga banyak menganjurkan program khidmat masyarakat di pusat jagaan kanak-kanak dan warga emas, program saringan kesihatan di sekolah, melawat dan membuat aktiviti di rumah-rumah kebajikan dan pemberian sumbangan mangsa banjir. Tahun ini HEJIM menerima 23 permohonan dan kertas kerja program khidmat masyarakat daripada pelbagai jabatan. Antara permohonan tersebut ialah Program Kebajikan Projek Bantuan Mangsa Banjir, Program JPB Prihatin – Pusat Jagaan Al-Fikrah, Program Kesedaran Kesihatan Wanita, Khidmat Masyarakat di Zoo Negara, Kenduri Doa Selamat Bersama Anak-anak Yatim Rumah Jalinan Kasih, Saringan Kesihatan di Rumah Kanak-kanak Rohingya.

Sinergi Rakyat

Selain itu, HEJIM PPUKM telibat dalam Program Sinergi Rakyat. Program yang di bawah Yayasan Kelana Ehsan ini ialah khidmat bergerak yang disertai jabatan dan agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan juga sukarelawan. Aktiviti yang dilakukan dalam program ini ialah perkhidmatan saringan kesihatan, pemberian ubatan serta khidmat nasihat secara percuma kepada komuniti setempat di Taman Medan, Pelabuhan Klang, Kuala Sleangor, dan Kota Damansara. Kakitangan yang terlibat adalah daripada Jabatan Perubatan Keluarga, Jabatan Kesihatan Masyarakat, Jabatan Kecemasan dan Jabatan Kejururawatan.

(2)

Misi Bantuan Bencana dan Sukarelawan

HEJIM turut dalam membantu dalam melicinkan misi bantuan bencana dan kesukarelawan bersama MERCY Malaysia. Selain bantuan bencana banjir pada awal tahun 2015, PPUKM juga menghantar 5 orang pakar perubatan bersama Mercy Malaysia dalam Misi Bantuan Gempa Bumi di Nepal. Misi Bantuan di Nepal melibatkan kepakaran perubatan dari Jabatan Surgeri, Jabatan Ortopedik, Jabatan Farmasi dan Jabatan Kecemasan. HEJIM PPUKM dan MERCY Malaysia juga turut mengembangkan aktiviti kolaborasi bersama dengan ‘Program Youth For Humanity’ iaitu program kesukarelawan untuk pelajar UKM yang berminat. Program ini telah dianjurkan November 2015 dan seramai 43 orang peserta pelbagai fakulti telah menyertai program ini.

Seminar iSihat 2

Seminar iSihat telah diadakan bersama dengan USM dan Usaha Strategik Sdn Bhd. Penceramah adalah daripada pensyarah-pensyarah PPUKM dan USM yang pakar dalam bidang strok, barah, penyakit telinga, dan kesukarelawanan. Penganjur juga telah menjemput S.S. Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan dijemput untuk sesi istimewa dengan ceramah beliau bertajuk Al-Qur’an Penawar Penyakit. Seramai 150 orang peserta yang mendaftar yang terdiri daripada kakitangan kesihatan di hospital kerajaan dan swasta, serta orang awam yang berminat.

(3)

Endowmen

Dalam memainkan peranan sebagai hubungan jaringan industri, HEJIM dan Yayasan Canselori UKM mengusahakan pencarian endownmen untuk PPUKM dan secara amnya untuk UKM. Pencarian dana endowmen ini adalah cetusan idea Naib Canselor dan manfaatnya adalah untuk PPUKM dan UKM. Kerjasama bersama dengan Samsung pada tahun ini telah menubuhkan Pusat Latihan Sonografi “UKMMC-SAMSUNG Sono School”. Pengubahsuaian bilik di Tingkat 1, ASSC dan semua peralatan telah ditaja oleh Samsung. Sebanyak 5 unit teknologi ultrasound terkini Samsung dan perabot-perabot di dalamnya telah disumbangkan untuk Sono School.

Kerjasama MOU/MOA

Tahun ini, sebanyak dua ikatan perjanjian telah diadakan iaitu bersama dengan syarikat MSD dan SAMSUNG. HEJIM telah menjalinkan kerjasama MoU dengan syarikat Merck Sharp and Dohme dari sudut pendidikan dan promosi kesihatan untuk masyarakat manakala memeterai MoA bersama Samsung Malaysia dalam pembangunan Samsung SONO School di ASSC untuk kursus kepakaran Sonografi. Kedua-dua jaringan industri ini adalah untuk kepentingan komuniti dan orang awam dari sudut kesihatan dan pendidikan.

(4)

Aktiviti SIPK

SIPK yang terletak di Lobi Utama HCTM PPUKM dibawah penyelarasan HEJIM juga turut bergerak aktif disamping sebagai hab sudut informasi kesihatan untuk pelawat. Program yang diadakan di SIPK berbentuk aktiviti/program anjuran syarikat yang berminat. Lebih 20 aktiviti dijalankan oleh syarikat industri di SIPK sepanjang tahun 2015. Antara syarikat yang bekerjasama ialah KontraPharma, PrefectFit, Malaysia Milk, SCA Hygiene, Silver Bird, dan lain-lain. Pada tahun ini sebanyak 6 industri baru yang menjalankan aktiviti di SIPK. Penerimaan penglibatan syarikat ini adalah sebagai satu batu loncatan HEJIM untuk membina jaringan industri dengan lebih kukuh dan menarik penglibatan industri untuk program-program secara bersama di masa akan datang.

Selain aktiviti industri, SIPK juga menganjurkan ceramah pendidikan kesihatan bersama MSD untuk orang awam, pelawat dan pesakit. Ceramah pendidikan ini adalah untuk memberi kesedaran dan pengetahuan kesihatan kepada awam dan warga PPUKM. Anggaran kehadiran peserta dalam ceramah ini ialah 30-45 orang pada satu masa. Ceramah kesihatan ini diadakan setiap bulan dengan tajuk-tajuk berkaitan dengan penyakit serta rawatan dan pencegahan. Selain itu, ceramah berkaitan kesihatan dan demo juga diadakan bersama syarikat yang berminat.

Program Kerohanian “Nur Ramadhan” dan “Nur Zulhijjah”

Walaupun program-program HEJIM memberikan banyak manfaat kepada komuniti awam, namun warga PPUKM juga tidak dipinggirkan. Menyedari warga PPUKM memainkan peranan penting dalam pengurusan dan pentadbiran PPUKM, HEJIM menganjurkan program kerohanian dan ceramah agama untuk warga PPUKM khususnya kakitangan beragama Islam. Program Nur Ramadhan kami telah menjemput Ustaz Syed Mohd Norhisyam Al-Idrus untuk memberi ceramah bertajuk Bantu-membantu Dalam Islam. Program Nur Ramadhan ini telah mendapat sambutan ramai berikutan lebih 250 warga PPUKM hadir pada waktu itu. Program dianjurkan bersama Unit Latihan Jabatan Sumber Manusia. Program Nur Zulhijjah telah menjemput ustaz selebriti iaitu Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani. Program ini dianjurkan bersama Sekretariat Pentadbiran Fakulti.

(5)

Latihan Sistem eKhidmat

Penggunaan Sistem eKhidmat yang menggantikan ICEsys adalah untuk merekodkan aktiviti-aktiviti komuniti, penyelidikan, dan industri. Sebanyak 2 demo dan bengkel berkaitan dengan eKhidmat telah dijalankan untuk memberi kesedaran dan pengetahuan penggunaan system ini.

Latihan Lamanweb Jabatan

Sebanyak 2 latihan lamanweb telah dijalankan bagi tahun 2015. Latihan pertama telah menjemput lebih kurang 60 orang kakitangan yang mentadbir web jabatan manakala latihan ke-2 telah menjemput 12 orang pentadbir web yang memerlukan latihan semula. Pentadbir web bertanggungjawab terhadap maklumat di lamanweb jabatan.

(6)

Membantu dalam program berbentuk CSR

HEJIM juga turut membantu beberapa jabatan yang bekerjasama dengan industri atau aktiviti berbentuk khidmat masyarakat. Aktiviti/majlis yang telah membantu ialah World Prematuarity Day 2015 (Jabatan Pediatrik), Parkinson Days 2015 (Jabatan Perubatan), Penyampaian Sumbangan Komputer Kepada Sekolah di Kelantan (Jabatan Kewangan dan Jabatan Teknologi Maklumat), Hari Mesra Pelanggan (Jabatan Khidmat Pelanggan dan Jabatan Kualiti) dan Program Bersama Warga Emas (Jabatan Kesihatan Masyarakat). Program dan aktiviti yang dijalankan adalah terbuka kepada awam. Aktiviti yang dijalankan ialah ceramah, khidmat nasihat, pembukaan booth, aktiviti bersama pesakit dan lain-lain.

(7)

LAPORAN TAHUNAN SUDUT INFORMASI DAN PERKHIDMATAN ( SIPK ) 2015

Sudut Informasi dan Perkhidmatan Kesihatan (SIPK ) yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Sumber Informasi Bersepadu (PSIB) yang terletakdi Lobi Utama, Hospital Canselor Tuanku Muhriz,Pusat Perubatan UKM telah dirasmikan pada 30 Mei 2012 oleh D.Y.M.M. Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus,mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Oktober 2012.

SIPK ditubuhkan sebagai tempat pemberitahuan maklumat khususnya untuk para pesakit dan pelanggan yang datang ke Pusat Perubatan UKM mengenai maklumat yang berkaitan dengan PPUKM serta pendidikan kesihatan dan informasi mengenai perkhidmatan serta kemudahan yang di sediakan oleh pihak hospital.

Waktu Operasi

 Isnin – Khamis : 8.00 – 4.30 petang  Rehat : 1.00 – 2.00 petang  Jumaat : 8.00 – 4.30 petang  Rehat : 12.15 – 2.45 petang Perkhidmatan yang disediakan di SIPK :

 Informasi Kesihatan di hujung jari ( touch screen computer )  Portal Pesakit

 Sudut Informasi Payudara

 Portal Direktori Sumber Komuniti  Pameran Kesihatan Berkala  Ruangan Bacaan Santai

(8)

AKTIVITI –AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN DI SIPK 1) Pameran dan Ceramah Kesihatan Berkala

Objektif program ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan kesedaran ,rundingcara kesihatan serta memperkenalkan produk kesihatan kepada warga PPUKM dan masyarakat melalui pameran dan penerangan khusus.

Program ini mempromosikan gaya hidup sihat dan dilihat sebagai langkah tambahan untuk masyarakat mendapat akses perkhidmatan kesihatan yang terbaik. Selain mendapat khidmat nasihat oleh wakil syarikat, pelbagai aktiviti yang dijalankan iaitu pameran kesihatan, edaran risalah,sampel percuma, ceramah kesihatan dan khidmat nasihat dari pakar.

Sambutan terhadap pameran berkala ini amat memberangsangkan dan mendapat sambutan yang amat baik dari warga PPUKM dan orang awam. Program ini juga merupakan satu bentuk perkongsian pintar dan pemindahan ilmu disamping kempen komunikasi bersepadu serta kempen-kempen lain yang dijalankan di SIPK bersama badan-badan korporat, badan bukan kerajaan, syarikat-syarikat dan kerajaan.

Antara syarikat-syarikat yang telah menganjurkan pameran kesihatan ialah Malaysia Milk Sdn Bhd (Vitagen ), Kontra Pharma Sdn Bhd (Appeton), Flo Diapers,Simba Baby (M) Sdn Bhd, MC Ocean Sdn Bhd,Anteik Sdn Bhd, Silver Bird ( High 5 ), Stemtech, Perfect Fit , SCA Hygiene, Equal dan Karangkraf Sdn Bhd.

(9)

2) Ceramah / Aktiviti Berkala Msd 2015

Program ceramah Kesihatan ini bermula pada April 2015 atas kesedaran masyarakat untuk mendapatkan lebih banyak maklumat dan penerangan kesihatan dan penyakit-penyakit melalui doktor pakar.Antara ceramah yang telah di jalankan sepanjang tahun ini ialah seperti jadual di bawah :

Ceramah/Aktiviti Berkala MSD di SIPK

BULAN TAJUK PENCERAMAH

25 April 2015 Ceramah warga tua and empowerment ke atas adolescents

Prof Rosnah (Karnival Warga Emas) 12 Mei 2015 Majlis Perlancaran Kerjsama Kesihatan

UKM-MSD Ceramah Parkinson

-

Datin Prof. Dr Norlinah 24 Jun 2015 Diabetes dan rawatan Prof. Madya. Dr Norashikin 30 Julai 2015 Tekanan Darah Tinggi Dr.Choor Chee Ken

10 Ogos 2015 Shingles Prof.Madya Dr.Adawiyah

Jamil

3 September 2015 Kolestrol Dr.Mohd Shawal Faizal

Mohamad

6 Oktober 2015 Pain Management Dr. Rizal Abdul Rani

19 November 2015 Osteoporosis Dr. Ashraff bin Mohd Ariff 21 Disember 2015 Respiratory Issues Dr.Abdul Aziz Marwan

(10)

3) Lawatan Delegasi Luar Ke Sudut Informasi Dan Perkhidmatan Kesihatan 2015

Pelawat yang berkunjung di Sudut Informasi ini biasanya diiringi oleh pihak Jabatan Perhubungan Awam. Pelawat-pelawat yang datang adalah delegasi luar yang berminat untuk melihat prasarana dan perkhidmatan yang disediakan di hospital. Antara maklumat dan taklimat yang diberikan kepada pelawat ialah pengenalan, kegunaan dan fungsi Sudut Informasi.

SENARAI DELEGASI 2015

BIL PELAWAT JUMLAH PELAWAT TARIKH

1. KOLEJ KEJURURAWATAN MEDAN,INDONESIA 25 ORANG 9 JANUARI 2015 2. UNIVERSITY JAKARTA INDONESIA 35 ORANG 6 MAC 2015 3. KOLEJ KEJURURAWATAN BANDUNG INDONESIA 20 ORANG 12 MEI 2015 4. KOLEJ PERBIDANAN PADANG,INDONESIA 30 ORANG 3 DECEMBER 2015

(11)

STATISTIK TAHUNAN SUDUT INFORMASI DAN PERKHIDMATAN KESIHATAN 2015

Purata pesakit datang ke sudut informasi pada setiap bulan adalah antara 100 hingga 250 orang. Antara Khidmat yang digunakan oleh orang awam di Sudut Informasi ini ialah kesihatan/penyakit, penggunaan kiosk, aduan, penunjuk arah dan surat rujukan. Dibawah disertakan jadual statistik secara terperinci kedatangan orang awam ke Sudut Informasi dan Perkhidmatan Kesihatan.

0 200 400 600 800 1000 1200 1400 1600 1800 KESIHATAN /PENYAKIT PENGGUNA AN KIOSK PENUNJUK ARAH ADUAN PELANGGA N SURAT RUJUKAN jumlah pelanggan 854 226 1627 0 362 JUM LA H PE N GG UNA

(12)

SENARAI PROGRAM KETERLIBATAN HEJIM 2015

Bil.

Tajuk Kerjasama MOU Tarikh

Aktiviti 1 Bengkel Lamanweb Menggunakan

Wordpress - -

14-15/1/2015 2

Bengkel Long Term Stroke Care Jabatan Perubatan Keluarga, UCTC

Nottingham

University 5-6/2/2015 3

Program Sembang-sembang Motivasi KESUKMA, Kelab

Kebudayaan PPUKM - 6/3

4 Program Khidmat Masyarakat di Tasik

Banding Perak KESUKMA, HEJIM UKM - 20-22/3

5 Program Khidmat Masyarakat Mesra Warga Emas Di Pusat Jagaan Al Fikrah

KESUKMA, Jabatan Kerja

Sosial Perubatan - 28/3/2015

6 Emergency Response Unit (ERU)

Lecture Training 1/2015 MERCY MERCY 28/3/2015

7 Latihan eKhidmat Siri 1 HEJIM UKM - 9/4

8 Program Gotong Royong Perdana Bebas Denggi

Unit Keselamatan dan

Persekitaran Pekerjaan - 24/4/2015 9

Seminar i-Sihat Siri ke-2 HUSM, Usaha Strategik

Sdn Bhd - 26/4/2015

10 Karnival Warga Emas dan Keusahawanan Sosial

Jabatan Kesihatan Masyarakat

Persatuan

Warga Emas 26/4/2015 11 Majlis Perasmian Kerjasama Kesihatan

UKM– MSD, Sambutan Hari Parkinson PPUKM 2015 dan Sumbangan

Komputer Kepada Sekolah-sekolah

Jabatan Perubatan, MSD, Jabatan Teknologi Maklumat, Jabatan

Kewangan

MSD 11/5/2015

12 Program Kerjasama Kesihatan UKM-MSD “Ceramah Diabetes dan rawatan”

MSD MSD 24/6/2015

13 Program Nur Ramadhan Jabatan Sumber Manusia - 25/6/2015

14

Program Gotong-royang Bubur Lambuk Perdana

KESUKMA, Jabatan Kejururawatan, Jabatan

Keselamatan

- 30/6/2015

15 Program Kerjasama Kesihatan

UKM-MSD “Tekanan Darah Tinggi” MSD MSD 30/7

16 Program Sangkutan Pelajar

Kejururawatan Universiti SHIGA Shiga University

Shiga

University 3-14/8 17 Program Bersama Warga Emas di

Hulu Langat ‘Cergas selepas Ramadhan’ dan ‘Program Sukarelawan’

Jabatan Kesihatan Masyarakat

Persatuan

Warga Emas 5/8 18 Program Motivasi dan Kecemerlangan

Diri KESUKMA - 8/8

19 Program Kerjasama Kesihatan

UKM-MSD “Penyakit Kayap” MSD MSD 10/8

(13)

Medan dan Pelabuhan Klang 21

Seminar Pencegahan Kebakaran Fire Preventor’s Society

KL - 17/8

22 Program Sangkutan Pelajar Perubatan

Universiti SHIGA Shiga University

Shiga

University 24/8 – 11/9

23 Latihan eKhidmat Siri 2 HEJIM UKM - 26/8

24 Program Kerjasama Kesihatan

UKM-MSD “Kolestrol” MSD MSD 3/9

25 Program Nur Zulhijjah Sekretariat Fakulti - 9/9

26 Program Sinergi Rakyat Kota

Damansara Yayasan Kelana Ehsan - 17/10

27 Majlis Penyampaian Sumbangan Komputer Terpakai kepada Pejabat Pendidikan Daerah

Jabatan Teknologi Maklumat, Jabatan

Kewangan

- 18/9/2015

28 Program Kursus Pra-Perkahwinan Anjuran HEJIM bersama Majlis Perwakilan Pelajar

Majlis Perwakilan Pelajar - 19/9/2015-20/9/2015 29 Sesi Latihan Demonstrasi Penggunaan

Ultrasound Samsung SAMSUNG SAMSUNG 28/9/2015

30 Program Makanan Sihat Hidro Semulajadi

Kumpulan Bersatu Bumi

Perak - 13/10

31

Hari Mesra Pelanggan Jabatan Khidmat

Pelanggan, Jabatan Kualiti - 27/10 32

Seminar Dan Taklimat Kerjaya Dan Kewangan Menurut Islam

Syarikat Takaful Ikhlas Berhad dan Perbadanan

Waqaf Selangor.

27/10 33 Program UKM-MERCY “Youth For

Humanity”

HEJIM, MERCY, UCTC

UKM MERCY 7/11 – 11/11

34 Latihan Pemantapan Web Jabatan - - 9/11

35 Majlis Perasmian SONO School dan

Pertukaran MOA UKM-SAMSUNG HEJIM UKM SAMSUNG 17/11

36 Majlis Perasmian Kempen Kesedaran Kelahiran Pramatang Dan Perlancaran Buku “Feeding The Preterm Infant”

PEDIATRIK - 19/11

37

Program Kerjasama Kesihatan

UKM-MSD “Osteoporosis” MSD MSD 19/11

38 Program Wacana Ilmiah: “You need a budget and doctors beyond borders”

Majlis Perwakilan Pelajar,

Malaysia Relief Agency - 21/11

39 Program Sinergi Rakyat di Kuala

Selangor Yayasan Kelana Ehsan - 5/12

40 Bicara Kota: “Selamatkah Kehidupan

di Kota?” Muzium UKM - 12/12

41 Program Kerjasama Kesihatan

(14)

Referensi

Dokumen terkait

Suhu udara kelas 4A dalam tiga Eksperimen yang berbeda dapat diketahu bahwa suhu terendah ada pada Eksperimen 3 (ventilasi terbuka semua) yaitu 25 °C sedangkan

Menimbang, bahwa Pengadilan Tinggi setelah membaca dan meneliti secara cermat memori banding yang diajukan oleh pihak Tergugat/Pembanding dan kotra memori banding

Adalah bagian otak besar yang berfungsi mengontrol atau mengendalikan.. pergerakan tubuh bagian kiri, fungsinya

a. Pemahaman terhadap arti, tujuan dan hakikat pengelolaan kelas, akan memberikan arah kepada apa, mengapa dan bagaimana harus berbuat dalam pengelolaan kelas. Pemahaman

Instruksi pekerjaan yang diberikan mentor adalah mereview pekerjaan tanggal 26 April 2013, yaitu Detail & Cutting Plan Shell, Bottom Plate dan Roof Plate Lube Oil Blending

Secara Singkat) time study saw Hasil Pekerjaan (pilih salah satu) Tidak Dikerjakan Tuliskan Hasil Pekerjaan Jika. Telah Selesai Dikerjakan (Singkat

Karenanya dalam melakukan kewajiban di sini, seorang dokter harus memperhitungkan faktor kepentingan yang berhubungan dengan masyarakat

Keberadaan karikatur maupun gambar kartun dalam media massa cetak, khususnya pada majalah tidak hanya melengkapi artikel tulisan-tulisan dimajalah saja, tetapi juga