• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kajian Kes Persatuan Kitar Semula

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Kajian Kes Persatuan Kitar Semula"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

LAPORAN KAJIAN KES KELAB TAMAN KITAR SEMULA SEKOLAH KEBANGSAAN KEDAI BULOH 2

1.0 PENGENALAN

Berdasarkan kajian yang telah saya lakukan semasa Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) pada 12 Mac 2017 hingga 16 Mac 2017 di Sekolah Kebangsaan Kedai Buloh (2) pelbagai jenis persatuan telah ditubuhkan di sekolah tersebut antaranya, Kelab Taman Kitar Semula, Kelab Seni dan Kebudayaan, Kelab Komputer dan ICT, Persatuan Bahasa Inggeris, Persatuan Bahasa Melayu, Persatuan Sains dan Matematik dan Persatuan Agama dan Bahasa Arab. Saya telah memilih Kelab Taman Kitar Semula sebagai kajian kes saya yang berkaitan tentang asal usul penubuhan kelab dan proses bagaimana kelab itu dijalankan.

2.0 SEJARAH PENUBUHAN

Pelbagai kelab yang telah ditubuhkan di sekolah ini yang terdiri daripada kelab akademik dan kelab bukan akademik. Saya telah memilih kelab bukan akademik sebagai kajian kes saya iaitu Kelab Kitar Semula. Kelab Taman Kitar Semula di SK Kedai Buloh (2) telah ditubuhkan pada 17 hari bulan Ogos 2015, di bawah unit ko-kurikulum Sekolah Kebangsaan Kedai Buloh 2 bertempat di Dewan Bestari. Pihak sekolah SKKB 2 berhasrat untuk mewujudkan Kelab Kitar Semula atas kesedaran bahawa kurangnya tapak pelupusan sampah di sekolah. Lebih merunsingkan lagi, pembakaran secara terbuka di dalam kawasan sekolah akan menyebabkan gangguan proses pengajaran dan pembelajaran serta dapat menjejaskan kesihatan kemudian membahayakan keselamatan yang berkaitan dengan warga sekolah.

Oleh hal yang demikian, pihak sekolah telah berbincang untuk mengawal pencemaran di sekitar kawasan sekolah. Proses mengitar semula merupakan usaha mengumpul, memproses dan mengguna semula bahan-bahan terpakai. Sebagai permulaan, pihak sekolah bercadang untuk mengumpul bahan-bahan seperti kertas, surat khabar, kotak-kotak, botol plastik dan tin-tin minuman sahaja. Hal ini demikian kerana bahan-bahan tersebut mudah didapati di persekitaran kawasan sekolah. Sehubungan dengan itu, Kelab Taman Kitar Semula akan ditubuhkan sekali gus dirasmikan demi memastikan program seperti ini berterusan. Kelab ini juga akan bertanggungjawab dalam pengumpulan bahan-bahan sisa pepejal serta melancarkan program ini.

(2)

1. Melatih murid-murid untuk mempratikkan amalan kitar semula dalam kehidupan seharian.

2. Memupuk semangat cinta akan alam sekitar dalam diri murid-murid.

3. Mengurangkan pembuangan sampah merata-rata di dalam kawasan sekolah.

4. Menggalakkan para pelajar mengamalkan konsep dan kaedah 3R melalui program yang dijalankan.

3.0 KAEDAH DAN PROSES PENUBUHAN PERSATUAN

Bedasarkan maklumat yang saya perolehi, proses dan kaedah penubuhan kelab ini ialah melalui pelantikan setiausaha kokurikulum. Kemudian, satu kertas kerja telah disusulkan sebagai permohonan untuk menubuhkan kelab tersebut di sekolah. Setelah kertas kerja diluluskan, unit kokurikulum telah mengadakan mesyuarat agung untuk berbincang tentang takwim tahunan di samping melantik ahli jawatankuasa baru bagi kelab tersebut. Antara isu berbangkit yang dibincangkan ialah mengenai aktiviti yang dirancang, pendaftaran ahli, yuran kelab dan pelantikan ahli jawatankuasa baru.

Gambar 3.0

Menunjukkan Pelantikan Jawatankuasa baru

Setelah mendapatkan kelulusan daripada pihak atasan, majlis Penubuhan Kelab Kitar Semula ini telah dirasmikan oleh Dato’ Hj. Afandi bin Hj. Hazmah yang merupakan Pengarah SWCorp Negeri Kelantan. Majlis penubuhan ini dijalankan bermula pada pukul 8.00 pagi bertempat di Dewan Bestari SKKB 2.

(3)

4.0

AKTIVITI ATAU PERKHIDMATAN YANG DIAMALKAN

Pada 5 September 2015 yang lalu, Kelab Kitar Semula SKKB 2 telah mengadakan aktiviti kitar semula dengan kerjasama pihak sekolah yang melibatkan staf dan guru. Aktiviti ini dijalankan serentak dengan aktiviti gotong-royong bulanan. Sebelum bermulanya aktiviti gotong-royong, sebuah taklimat telah diadakan di perkarangan sekolah. Setelah taklimat diberikan oleh penasihat kelab, taklimat ringkas berkenaan aktiviti Kelab Kitar Semula yang turut disampaikan oleh pengerusi kelab iaitu saudara Mohd.Resmi. Tujuannya adalah untuk mendedahkan serta menghebahkan kepada para ahli yang terlibat tentang kewujudan kelab Kitar Semula ini.

Label ‘Kertas’, ‘Kaca & Plastik’ dan ‘Besi & Aluminium’ telah diletakkan di ruang setiap blok kelas dan di ruang legar blok guru serta kantin sekolah. Notis-notis hebahan telah ditampal pada papan notis untuk menggalakkan para murid meletakkan barang-barang kitar semula mereka di tempat yang disediakan. Ahli kelab yang bertanggungjawab telah mengutip hasil barang kitar semula menggunakan beg plastik hitam dan membawanya ke stor penyimpanan. Ahli kelab sangat berpuas hati dengan sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh murid dan pihak guru yang terlibat yang telah memilih untuk mengitar semula barang. Aktiviti ini akan terus dijalankan pada masa akan datang.

4.1 Aktiviti yang berpanjangan

(4)

Ker tas terpakai Besi dan Aluminium

Plastik dan Kaca

2. Penjimatan Tenaga Elektrik ( Mengikut tempoh masa dan tarikh tertentu ).

4.2 Aktiviti pendek

1. Majlis Perasmian Kelab

(5)

3. Kem Kelab 4. Lawatan

5. Kempen Alam Sekitar

6. Benchmarking ke mana - mana sekolah di Malaysia yang menjalankan eco-institute. 7. Gotong-royong Bulanan Peringkat Sekolah.

5.0 PERBANDINGAN PERKHIDMATAN

Berdasarkan temu bual saya dengan guru penasihat kelab ini iaitu Ustazah Rahimah, kekuatan yang amat ketara bagi kelab ini ialah murid-murid dapat belajar bagaimana menghargai alam sekitar. Bukan itu sahaja, malah tujuan kelab ini ditubuhkan adalah untuk memberi kesedaran kepada semua pihak yang telibat secara langsung dan tidak langsung untuk sama-sama bekerjasama menjaga kebersihan alam sekeliling. Melalui perbincangan kami, beliau berkata bahawa sumber kewangan semasa adalah daripada ibubapa dan juga murid. Mereka turut menyumbang untuk memajukan setiap program

Pihak sekolah telah mengadakan kempen kesedaran dengan memberi tumpuan kepada 3R (Reduce, Reuse, Recycle). Untuk mewujudkan impak yang lebih besar, pihak guru melaksanakan program pengasingan sisa di punca mulai 5 September 2015 bermula di kawasan sekolah. Semenjak itu, sebanyak RM300 sahaja dalam bulanan dibelanjakan bagi aktiviti kesedaran dan pendidikan kitar semula seperti penubuhan pusat kitar semula, perolehan tong kitar semula, promosi di media serta program pendidikan. Adalah menjadi hasrat pihak guru untuk menerapkan budaya 3R ini bermula di usia yang muda.

Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa bahan-bahan yang telah dikitar semula akan ditempatkan dalam satu tempat untuk memudahkan penyimpanan barang. Aktiviti kitar semula telah diadakan di SKKB 2 bagi menggalakkan para pelajar dan individu yang terlibat sedar akan kepentingan aktiviti kitar semula yang dapat melestarikan alam dengan penggunaan sumber semulajadi. Aktiviti kitar semula ini banyak memberi faedah dan kebaikan pada generasi kini dan akan datang kerana penggunaan sumber alam dapat dihadkan. Selain itu, aktiviti ini juga dapat mengurangkan kos pelupusan sisa. Pendapatan turut dapat dijana dengan

(6)

kreativiti tersendiri. Akhir sekali, pihak sekolah telah bercadang untuk membina satu taman yang diperbuat daripada bahan-bahan kitar semula.

Gambar 5.0 menunjukkan hasil seni daripada bahan-bahan kitar semula yang digunakan untuk menghias pentas.

6.0 STRATEGI MENJANA SUMBER KEWANGAN

Berdasarkan perbincangan dengan penasihat Kelab Kitar Semula, beliau berkata bahawa sumber kewangan didapati daripada kebajikan ibubapa dan murid. Jadi, sumber kewangan amatlah terhad dan tidak konsisten dari semasa ke semasa. Oleh itu, beliau bercadang untuk menggunakan hasil buatan daripada bahan-bahan kitar semula dijual di pasaran. Secara langsung, hasil jualan lumayan untuk keperluan pembelian barang-barang untuk kegunaan kelab tersebut. Tambah beliau lagi, bahan seperti tin-tin minuman akan dikumpul dan dijual untuk menambahkan lagi pendapatan.

(7)

Selain itu, kelab ini juga menyediakan satu tabung untuk menjana pendapatan setiap kelab sendiri melalui aktiviti-aktiviti yang mereka jalankan seperti program kitar semula di kawasan negeri Kelantan. Tabung ini berfungsi sebagai panduan untuk kelab untuk menjaga sumber kewangan kelab tersebut. Yuran pendaftaran ahli juga menyumbang kepada sumber kewangan kelab tersebut. Menurut beliau lagi, sejak dari dulu mereka mencari penaja yang sudi untuk menyumbang kepada kelab tersebut. Bentuk bantuan kewangan yang diberikan secara ikhlas dan bukan berasaskan kepentingan perniagaan adalah diharapkan oleh beliau.

7.0 ISU-ISU BERBANGKIT

Seperti yang kita tahu, setiap program yang dilaksanakan memang tidak boleh dielakkan cabaran yang datang. Berdasarkan apa yang dibincangkan dengan Penasihat Kelab Kitar Semula, saya dapa ulaskan bahawa kelab tersebut telah menghadapi masalah dari segi kewangan. Menurut beliau, satu taman yang dicadangkan untuk pameran hasil buatan dan kraftangan daripada bahan-bahan kitar semula. Jadi, mereka telah menghadapi masalah dalam mengumpul dana untuk membentuk taman tersebut. Ahli-ahli kelab berusaha untuk mencari sumber kewangan dari pelbagai sumber. Misalnya mereka telah mendapatkan penaja dari syarikat kebajikan yang berkenaan.

Selain itu, pihak sekolah sukar untuk menguruskan masa dalam menjalankan program selain dari waktu sekolah dan aktiviti yang dijalankan hanya terbatas pada aras murid sekolah rendah tahap 2. Hal ini kerana murid tahap 2, iaitu tahun 4,5 dan 6 sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan pada waktu petang. Jadi, pihak guru sukar untuk menguruskan masa supaya kedua-dua tahap murid dapat melaksanakan program bersama-sama. Hal ini supaya dapat mengeratkan lagi hubungan antara murid dan murid dan juga murid dan guru semasa melaksanakan program kitar semula.

Di samping itu, sikap pengguna adalah penyumbang utama kepada isu pencemaran bahan buangan toksik dan sampah sarap di merata-rata tempat. Bahan buangan toksik dan sampah sarap seperti kaca, tin minuman akan membahayakan kawasan sekeliling. Misalnya, murid-murid bermain kejaran-kejaran dan terpijak kaca tersebut akan

(8)

menyebabkan kecederaan. Oleh itu, pihak guru mestilah menyediakan tempat yang sepatutnya untuk membuang sampah sarap.

8.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Untuk perancangan akan datang, pihak

sekolah berharap dapat meneruskan program

ini dengan memantau keberkesanannya dari semasa ke semasa dan menggalakkan penglibatan murid dalam mengumpulkan bahan kitar semula dengan cara membuat pengumuman pada setiap minggu semasa perhimpunan pagi. Kemudian, menambahkan lagi aktiviti dan program yang berkaitan tentang kesedaran kitar semula dan ia akan dijadikan aktiviti wajib setiap tahun seperti program 3R ‘Rethink, Reuse, Recycle.

Kemudian, kelab ini akan berusaha untuk mencari sumber kewangan dengan mencari penaja yang sudi menyumbang kepada kelab mereka. Selain itu, mereka akan menghasilkan kraftangan daripada bahan-bahan terbuang untuk dijual di pasaran dan kegunaan semasa. Sebagai contoh, bunga yang diperbuat daripada kertas terbuang. Mereka juga akan bekerjasama mengumpul tin-tin kosong dan botol untuk dijadikan sebagai hiasan.

Gambar di atas merupakan bunga kertas yang dihasilkan daripada kertas-kertas terbuang.

Cadangan yang terakhir ialah pihak sekolah telah menyediakan perkhidmatan seperti tempat pelupusan sampah dan tempat pembuangan sampah yang secukupnya. Hal ini

(9)

untuk memudahkan pihak pengguna mengitar semula di samping menyemai sikap cinta akan alam sekitar.

MENGANALISIS SECARA PEMIKIRAN KRITIKAL TENTANG PENUBUHAN PERSATUAN DAN KEBOLEHAN MENYELESAIKAN MASALAH.

Berdasarkan maklumat temu bual, saya dapat meringkaskan bahawa penubuhan kelab kitar semula ini memang sesuai dirasmikan terutamanya di sekolah agar dapat menyedarkan pihak yang terlibat tentang pentingnya penjagaan alam sekeliling. Hal ini juga dapat memberi pendedahan kepada warga sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan program-program mesra alam.

Selain itu, aktiviti yang melibatkan pelajar seperti penjimatan pengunaan air dan tenaga elektrik, cara-cara menjaga alam sekitar dan mengitar semula bahan-bahan yang tidak berguna. Hal ini secara tidak langsung akan mendidik mereka untuk sentiasa berjimat dengan penggunaan air dan tenaga elektrik sama ada di sekolah ataupun di luar sekolah. Kesannya, sikap bertanggungjawab kepada bumi dan alam sekitar dengan memberi dan menyediakan peluang dapat dipupuk dalam diri mereka

Sementalahan itu, saya juga dapat meringkaskan bahawa sekolah ini telah berjaya mewujudkan suasana yang kondusif bagi melahirkan warga sekolah yang mempraktikkan amalan hidup lestari. Hal ini demikian kerana tempat pembuangan dan pelupusan sampah berada berjauhan daripada kawasan persekolahan disebabkan pihak sekolah tidak mahu membahayakan murid-murid daripada pencemaran seperti asap yang terhasil akibat pembakaran.

Akhir sekali ialah Kelab Kitar Semula ini telah mewujudkan warga sekolah yang dapat memanfaatkan program ini dengan mempraktikkan amalan kitar semula tidak kira di dalam sekolah mahupun di luar sekolah. Mereka juga dapat menambah ilmu serta berfikir secara kreatif dengan membuat kraftangan menggunakan bahan-bahan buangan tersebut. Oleh itu, secara tidak langsung, hasil-hasil kraftangan tersebut dapat dijadikan sebagai sumber pendapatan dari hasil jualan barangan kitar semula yang dikumpulkan itu.

(10)

9.0 MEMPAMERKAN KEMAHIRAN PENGURUSAN KEUSAHAWANAN SERTA KEBOLEHAN MENGENALPASTI PELUANG-PELUANG PERNIAGAAN UNTUK MENJANA KEWANGAN BAGI PERSATUAN

Berdasarkan pemerhatian saya, Kelab Kitar Semula SKKB 2 ini bersungguh-sungguh dalam melaksanakan program. Selain itu, pengurusan kewangan juga. Kelab ini juga berhak untuk mendapatkan penaja agar program yang lebih besar dapat dijalankan. Contoh aktiviti yang dijalankan ialah membina kraftangan daripada bahan kitar semula dan menjualnya di pasaran. Hasil pendapatan amatlah lumayan dan dapat digunakan untuk membeli barang keperluan kelab. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah telah mengadakan satu pertandingan di antara murid untuk mengasah dan mengembangkan kreativiti murid dalam bidang seni.

10.0 KESIMPULAN

Konklusinya, Kelab Kitar Semula ini dapat memberi kesedaran serta meningkatkan lagi tahap kreativiti murid mahupun guru dalam bidang seni dan kraftangan. Hal ini juga dapat memberi kesedaran kepada pihak sekolah untuk menjaga kebersihan dan keselamatan sekolah. Kemudian, dengan wujudnya kelab seperti ini, warga sekolah dapat mempraktikkan tanggungjawab masing-masing untuk menjaga keamanan alam sekitar dalam kehidupan seharian. Akhir sekali, saya berharap agar kelab ini dapat menjalankan program-program yang lebih bermakna lagi.

Gambar

Gambar 3.1 Perasmian Kelab Kitar Semula
Gambar 5.0 menunjukkan hasil seni daripada bahan-bahan kitar semula yang digunakan untuk menghias pentas.
Gambar di atas merupakan bunga kertas yang dihasilkan daripada kertas-kertas terbuang.

Referensi

Dokumen terkait

Selain royalti 0% yang ditegaskan dalam Undang-Undang Cipta Kerja dan aturan turunannya, pemerintah juga menyiapkan harga khusus batubara untuk hilirisasi dan

Beberapa bukti adanya angin matahari yang dapat dirasakan atau dilihat dari bumi adalah badai geomagnetik berenergi tinggi yang merusak satelit dan sistem listrik, aurora di

Assisted Test Badan Kepegawaian Negara (CAT BKN) Dengan Protokol Kesehatan Pencegahan Dan Pengendalian Corona Virus Disease 2019 (Covid-19) sebagaimana tersebut

Soalan:Sistem Ahli yang diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu telah meninggalkan corak pemerintahan dan pentadbiran yang cemerlang terhadap negara kita pada masa

Hasil akhir dari perancangan Sistem Informasi Geografis ini adalah sebuah peta yang ditampilkan pada software ArcGIS yang mampu menampilkan informasi secara cepat dan akurat

Jadi dapat disimpulkan bahwa ada pengaruh dari segi kualitatif dan dari segi kuantitatif dikarenakan terjadi perbedaan kategori hasil belajar dan nilai rata-rata

Alat pada sistem akuisisi data suhu, dan kelembaban ini menggunakan sensor suhu DHT11 yang mampu membaca suhu dan kelembaban sekaligus.. Data yang diterima oleh DHT11 dan