• Tidak ada hasil yang ditemukan

Nota SPM Reka Cipta - Sumber Pendidikan NOTA REKA CIPTA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "Nota SPM Reka Cipta - Sumber Pendidikan NOTA REKA CIPTA"

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)

Maksud Reka Cipta

Penghasilan produk baru (kerativiti) atau pengubahsuaian produk (inovasi) untuk memenuhi kehendak pengguna.

Proses Reka Cipta

1. Pengenalpastian masalah 2. Pemilihan idea

3. Perekaan projek

4. Pemilihan reka bentuk projek

5. Perancangan projek dan pembinaan projek

6. Pembinaan, pengujian dan pengubahsuaian projek 7. Pendokumentasian

Pengenalpastian masalah

1. Pengenalpastian masalah merupakan langkah asas dalam proses reka cipta.

2. Untuk menyelesaikan masalah, proses-proses berikut perlu dilakukan: a) Mengenal pasti masalah

b) Mengumpul maklumat dan data c) Menganalisis maklumat

d) Menyenarai pelbagai idea penyelesaian masalah

Pemilihan idea

1. Pemilihan idea ialah memilih satu daripada pilihan-pilihan idea yang ada dengan

mengambil kira kelebihan dan kelemahan setiap idea, serta dapat menarik minat pengguna.

2. Faktor-faktor penting dalam pemilihan idea : a) Keupayaan kendiri

b) Pengetahuan dan kemahiran sedia ada c) Bahan dan komponen

d) Cara pembuatan e) Kepentingan produk f) Mesra alam

Perekaan Projek

1. Perekaan projek ialah proses yang dilakukan untuk membentuk projek yang hendak dihasilkan.

(2)

Pemilihan Reka Bentuk

1. Pemilihan reka bentuk perlu berpandukan kepada kriteria reka bentuk yang dilakarkan.

2. Penilaian reka bentuk berpandukan kepada faktor berikut: a) Fungsi

b) Rupa bentuk c) Kesesuaian bahan d) Kaedah binaan e) Ketahanan f) Kos g) Kemasan h) Keselamatan i) Nilai komersial

3. Membuat lukisan kerja berdasarkan lukisan unjuran ortografik a) Pelan

b) Pandangan hadapan c) Pandangan sisi

Perancangan Pembinaan Projek

1. Bahan dan kesesuaiannya: Bahan yang dipilih perlu sesuai dengan ketahanan projek dan ada nilai komersial.

a) Papan lapis b) Kayu c) Kepingan logam d) PVC e) Perspek

f) Mounting board g) Pelekat

h) Medium Density Fibreboard (MDF)

2. Pemilihan alatan

Proses Alatan tangan yang digunakan

Mengukur& menanda Pensel, pembaris keluli, pita pengukur, sesiku L, tolok serong

Memotong Gergaji puting, gergaji tangan, gergaji lengkung halus

Membentuk Kikir parit, pahat tepi serong

Mencantum Tukul warrington, tukul kuku kambing, gandin kayu.

Kemasan Berus cat, berus syelek, pengikis, penyembur cat

(3)

Aktiviti / Minggu 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Mengenalpasti masalah ✔

Mengumpul maklumat dan

data ✔

Menjana idea, melakar, dan

memilih objek ✔

Perancangan dan pembinaan

objek ✔

Pemasangan, pengujian dan

pengubahsuaian ✔ ✔ ✔ ✔

Dokumentasi ✔ ✔ ✔ ✔ ✔ ✔ ✔ ✔

Persembahan ✔

Pengiraan Kos

1. Kos projek melibatkan kos bahan, kos upah dan kos overhead.

2. Kos bahan ialah perbelanjaan yang dikeluarkan bagi membeli bahan-bahan untuk membuat projek reka cipta.

3. Kos upah ialah gaji atau upah pekerja bagi menghasilkan projek reka cipta.

4. Kos overhead ialah perbelanjaan lain yang terlibat semasa proses penghasilan projek reka cipta.

Contoh pengiraan: (kos projek untuk 50 unit projek)

Kos bahan projek = RM 240.00

Kos upah (5 orang x 10 jam x RM3.00) = RM 150.00 Kos overhead (elektrik, air, telefon) = RM 35.00

Kos Pengeluaran = Kos Bahan+Kos Upah+Kos Overhead = RM 240.00 + RM 150.00 + RM 35.00 = RM 425.00

Kos Pengeluaran Seunit = Kos Pengeluaran Jumlah Unit = RM 425.00 50 unit = RM 8.50

Pembinaan, Pengujian dan Pengubahsuaian Projek 1. Mengukur, Menanda dan Memotong.

2. Membina dan Mencantum bahagian Projek

3. Memeriksa dan Menguji Sambungan & Pemasangan 4. Menguji dan Menilai Projek

(4)

Pendokumentasian

1. Mengumpul dan Merekodkan Maklumat.

Perkara yang diperlukan dalam pendokumentasian:

Bil Perkara

1 Tajuk projek Rak serbaguna

2 Latar belakang i. Pernyataan masalah ii. Produk sedia ada iii. Cadangan projek 3 Objektif dan fungsi produk Menyimpan alat-alat tulis 4 Deskripsi produk i. Bahan dan komponen

ii. Jadual kerja iii. Lukisan kerja iv. Pembinaan

5 Rujukan atau bibliografi Menyenaraikan semua bahan rujukan

6 Lampiran Katalog, model, lakaran reka bentuk.

2. Membuat Persembahan Projek

i. Menyatakan ciri-ciri projek seperti fungsi, jenis bahan, kos dan keistimewaan projek. ii. Merangkumi pengenalpastian masalah perancangan projek, pembinaan projej,

kemasan dan pengiraan kos.

iii. Menyatakan masalah yang dihadapi ketika menjalankan proses penghasilan projek iv. Memberi maklumat tepat dan jelas

v. Menyediakan bahan-bahan yang dapat membantu persembahan dan harus disediakan seperti gambar dan carta.

Referensi

Dokumen terkait

IV. Simpan pemotong sisi di panel alatan.. Jadual di atas menunjukkan beberapa kos bahan untuk menghasilkan 1 unit projek Rumah Api. Apakah fungsi komponen yang berlabel S di

Jika kilang itu membelanjakan RM 8000 seminggu untuk bahan A pada tahun 2018, cari perbelanjaan yang sepadan untuk bahan A pada tahun 2017.. Hitung indeks gubahan bagi

Tandakan (  ) pada kotak yang disediakan yang menunjukkan bahan-bahan yang menggunakan kaedah yang sama bagi memperoleh hasil sulingan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1..

Jadual 8 Skor min guru terhadap bahan bantu mengajar mengikut mata pelajaran Mata Pelajaran Teknologi Kejuruteraan n=71 Lukisan Kejuruteraan n=68 Reka Cipta n=37 Pembolehubah