• Tidak ada hasil yang ditemukan

OH YEAH! Skil Asas Fasilitator

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "OH YEAH! Skil Asas Fasilitator"

Copied!
39
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana

bahagian artikel dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan

apa cara sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman

atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada penulis.

Walaubagaimanapun anda dibenarkan berkongsi, pos di blog anda dan

memberi eBook ini kepada sesiapa yang anda rasa boleh mendapat manfaat

daripadanya dengan syarat meletakkan kredit kepada saya sebagai penulis

dengan harapan tidak wujud konflik pemilikan di masa akan datang.

(3)

Terima kasih

Allah SWT kerana memudahkan segala urusan.

Ayahanda dan Bonda tercinta, En Mahamad Fuad dan Puan Wan Ropiah atas sokongan yang diberikan.

Ahli Keluarga tercinta.

Tuan Kamarulzaman Tuan Mohd Rizal

Tuan Harun aka Cikgu Jinggo Cik Noor Shahbina Omar

Tuan Sultan Al Farahin Tuan Ejul Lutfi

dan rakan-rakan PLF yang disayangi.

(4)
(5)

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi

(faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara

yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji),

serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan

kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang

semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) diantara

mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik.

(6)

Bab 1

Definisi saya

Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barokatuh.

Alhamdullillah. Segala puji bagi Allah SWT, Pemilik segala cinta dan rasa kerana masih memberi kita kesempatan untuk menjalani kehidupan yang lebih baik.

Penulisan buku ini saya mulakan pada jam 07.41 pagi, bertarikh 27 Februari 2013 sebagai memenuhi salah satu tanggungjawab yang saya kira, buku seperti ini masih kurang di pasaran.

Buku ini, yang bertajuk Oh Yeah! Skil Asas menghimpunkan skil asas yang perlu dimiliki oleh seorang fasilitator untuk menjadikan suasana pembelajaran menarik dan super

(7)

Penulisan ini juga saya harap dapat menjadi pelaburan di akhirat kelak, dan semoga

ia dikira sebagai salah satu amal kebaikan.

Penulisan ini juga bertujuan perkongsian saya menjadi fasilitator, dan bagaimana saya menjadi fasilitator.

Ia menghimpunkan pengalaman saya, dan pengalaman fasilitator yang lain, sepanjang mereka membina diri untuk menjadi seorang fasilitator.

Sebelum anda meneruskan bacaan, izinkan saya untuk memetik definisi fasilitator.

Menurut Kamus Dewan (2002), fasilitator bermaksud individu yang membimbing suatu program pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan memudahkan, membebaskan

daripada kesusahan dan halangan, menggalak dan membantu supaya berkembang maju dan berjaya.

Kesimpulannya, fasilitator adalah pemudahcara.

Definisi saya

Definisi di atas, adalah yang saya petik dari Kamus Dewan (2002).

Namun, saya mempunyai pemahaman saya yang tersendiri tentang istilah fasilitator ini.

Fasilitator adalah jurujual, yang mempromosikan nilai hidup serta menyeru ke arah

kebaikan dan mencegah kemungkaran. Fasilitator juga menunjukkan cara atau membantu seseorang individu atau sekumpulan individu dan membantu menyelesaikan masalah.

Saya memetik firman Allah di dalam Al Quran, surah Ali Imran, ayat 110.

“Kamu [umat Islam] adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, iaitu kamu

menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan kamu

(8)

Anda akan mendapati bahawa perkataan ohsem akan wujud di dalam buku ini. Jangan pelik dan juga bimbang, kerana ohsem bukanlah perkataan yang dipinjam daripada planet marikh.

Perkataan ‘Ohsem’ adalah perkataan yang disebut di dalam bahasa Inggeris iaitu

awesome yang bermaksud hebat, dan menginspirasi.

Kenapa ‘Ohsem’?

Kerana fasilitator yang ‘Ohsem’ itu sendiri

menginspirasi audiens untuk menggencarkan perubahan, ke arah yang lebih baik.

Fasilitator yang ohsem itu adalah fasilitator yang penuh dengan kualiti.

Fasilitator yang ohsem akan berkasih sayang

dengan pesertanya seikhlas hati, bagaikan saudara sendiri.

Fasilitator yang ohsem akan berkongsi semua ilmu yang ada pada dirinya, tanpa ada

hasrat untuk menyembunyikan ilmu itu, walaupun sedikit.

Fasilitator yang ohsem akan memastikan proses pembelajaran sepanjang program bukanlah sesuatu yang kosong, tetapi padat dengan isi.

Jika anda ingin menjadi fasilitator yang ohsem. Maka buku ini wajib dimiliki oleh anda.

Seterusnya, ketahuilah bahawa buku ini bukanlah buku berfakta yang mengumpulkan pelbagai kajian daripada tokoh ternama tentang konsep fasilitator.

Tetapi ia adalah bacaan santai tentang tips dan sumber inspirasi untuk menjadi

(9)

Buku ini merupakan perkongsian pengalaman saya dan teman yang lain, sepanjang

beberapa tahun kami menjadi fasilitator.

Ianya perkongsian berdasarkan pengalaman saya dan teman yang lain.

Buku ini mungkin akan memuatkan perkataan yang biasa kita dengar, namun lain di

dengar oleh kaki program.

Errr.. Kaki program?

Maka sukalah untuk saya jelaskan beberapa terma berikut menurut pemahaman saya.

Modul : rangkuman aktiviti dan maklumat yang disusun secara sistematik untuk memudahkan pemahaman target dalam memahami sesuatu objektif.

Program : kursus, kem mahupun seminar yang digelar sebagai program. Program ini merangkumi kursus mahupun kem berbentuk kepimpinan, motivasi, akademik, pembangunan kerohanian dan sebagainya.

Kaki Program : seseorang yang suka melibatkan diri secara aktif di dalam program program motivasi kepimpinan, akademik mahupun pembangunan kerohanian.

Peserta : sekumpulan manusia yang menjalani program sebagai target untuk memastikan tercapainya objektif sesebuah program itu.

Fasi : Singkatan daripada perkataan fasilitator.

Siapa patut baca?

Buku ini amatlah dicadangkan kepada mereka yang ingin menjejakkan diri dalam dunia kejurulatihan samada fasilitator, jurulatih dan sebagainya.

Buku ini juga sesuai dijadikan panduan oleh naqib mahupun naqibah.

(10)

Diharapkan agar penulisan ini, dapat memberi impak yang besar kepada barisan

fasilitator secara amnya, dan barisan daie secara khusus.

Semoga penulisan ini, menjadi pelaburan dan hujah untuk saya di hadapan Allah SWT.

Semoga Allah bantu saya.

_________________________

Syafiq Aizat

Kerana kita Abdullah

(11)
(12)

Bab 2

Bercakaplah!

Seorang doktor perlu mempunyai skil dan ilmu pengetahuan berkenaan anatomi manusia dan juga ilmu biologi.

(13)

Seorang guru matematik pula perlu mempunyai ilmu pengetahuan mengenai nombor

, tambah kira, dan sebagainya sesuai dengan keperluan guru tersebut untuk mengajar.

Maka, begitulah juga halnya dengan fasilitator.

Apakah skil asas yang perlu ada pada seorang fasilitator?

Berikut saya kongsikan skil asas yang wajib ada pada fasilitator.

Bercakaplah!

Skil yang wajib ada pada seorang fasilitator adalah seseorang fasilitator itu mestilah

boleh bercakap di hadapan audiens.

Masakan mahu menjadi fasilitator yang ohsem kalau masih malu malu untuk berucap di khalayak?

Saya merupakan seorang pemidato sekolah. Menjadi seorang pemidato sekolah merupakan satu bonus buat saya. Jadi, bercakap di hadapan audiens bukanlah satu masalah yang besar bagi saya.

Maka bagi anda yang merupakan seorang pemidato sekolah, mungkin pendebat sekalipun. Maka ia adalah bonus untuk anda.

Ini kerana pemidato dan pendebat sekolah ini mempunyai level keyakinan yang tinggi

untuk bercakap di hadapan.

Namun, bagaimana pula dengan anda yang tidak mempunyai level keyakinan yang tinggi untuk bercakap di hadapan khalayak?

Adakah anda mempunyai masalah untuk bercakap di khalayak audiens?

Adakah ini bermakna anda tidak layak dikategorikan sebagai fasilitator yang ohsem?

Relaks.Tenangkan diri.

(14)

Masa is TIME!

Saya menggagumi Demosthenes, yang dianggap sebagai antara jurucakap terbaik

pada masa silam. Pada awalnya, dia seorang yang pemalu bahkan dia seorang yang tergagap gagap dan mempunyai kesukaran untuk bercakap.

Dia bertekad untuk menjadi seorang pemidato yang hebat. Bagi mengatasinya, dia meletakkan batu di dalam mulutnya dan bercakap dengan lantang ke arah laut selama berjam-jam setiap hari. Akhirnya, dia berjaya menghilangkan gagap dan

kesukarannya untuk berucap. Suaranya menjadi lebih lantang, kuat dan berkeyakinan. Dia muncul antara pemidato terbaik dalam sejarah ketamadunan Yunani.

Persoalannya sekarang, adakah saya akan sarankan anda untuk letakkan ketulan

batu di dalam mulut anda dan bercakap ke arah laut?

Tidak!

Skil bercakap di hadapan khalayak ini dapat dibentuk, bahkan semua orang

sebenarnya boleh bercakap di hadapan.

Namun disebabkan sikap kita yang malu malu seperti kucing ini, menyebabkan kita menolak untuk bercakap di depan khalayak.

Saya dapati, meskipun saya sering mewakili sekolah mahupun universiti ke pertandingan debat dan pidato, saya masih lagi mempunyai masalah kurang keyakinan diri untuk bercakap di hadapan audiens.

Simptom gementar, jantung berdegup kencang, gelabah di atas pentas.

Adakah anda juga merasakannya?

Semua simptom ini saya rasakan disebabkan saya juga mempunyai masalah keyakinan diri.

(15)

Berikut adalah beberapa cara yang saya praktiskan untuk meningkatkan keyakinan diri

saya, sekaligus menambahbaik skil pengucapan awam saya di khalayak.

1. Sentiasa memulakan salam perkenalan.

Apabila saya berada di tempat yang asing, saya akan pastikan diri saya

memulakan salam perkenalan dengan orang lain.

Misalnya, sewaktu saya menunggu giliran untuk membayar bil air, saya akan

cuba tegur pak cik yang duduk di sebelah saya. Tegur, lemparkan senyuman dan berbual.

Memulakan perkenalan dengan orang lain meningkatkan keyakinan diri untuk berkomunikasi dengan orang di sekeliling kita.

2. Hadiahkan senyuman sebanyak mungkin.

Saya suka membeli belah, samada di pasaraya, pesta buku, mahupun jualan gudang. Saya akan cuba sedaya upaya untuk menghadiahkan senyuman kepada sesiapa yang terpandang wajah dan cuba bertentang mata dengan

saya.

Sikap menghadiahkan senyuman kepada orang lain ini terbukti mampu

meningkatkan keyakinan terhadap diri sendiri.

3. Banyakkan mendengar ceramah

Sentiasa memperbanyakkan diri anda mendengar ceramah mahupun tazkirah

ringkas daripada sesiapa sahaja dan sesekali cubalah curi skil dia.

(16)

Maksud saya, belajar untuk tiru gaya percakapan penceramah tersebut, dan

gabungkan dengan skil yang ada pada anda. Maka ini akan memudahkan anda untuk menambahbaik skil pengucapan awam anda.

Saya gemar mendengar ceramah daripada Shaykh Zahir Mahmood. Ceramah beliau sentiasa menyemarakkan semangat sesiapa sahaja yang

mendengarnya. Adakalanya, isi isi penting ceramah Shaykh Zahir Mahmood ini saya kongsikan pula dengan audiens saya, malahan dengan cara yang sama seperti yang dipersembahkan oleh Shaykh Zahir Mahmood sendiri.

4. Cabar diri sendiri.

Saya mencabar diri saya sendiri, dengan tujuan untuk meningkatkan keyakinan diri saya. Maka apakah yang saya buat?

Saya masih ingat, pada hari tu saya menghadiri kenduri kahwin seorang teman saya di Sungai Petani. Maka untuk pulang ke rumah saya yang terletak di

Kampung Sanglang,ia memerlukan saya untuk menaiki bas ekspress ke Alor Star.

Sepanjang perjalanan ke Alor Star, saya perhatikan kebanyakkan penumpang bas tersebut adalah pelajar universiti dan juga pelajar sekolah.

Saya minta kebenaran pemandu bas, kemudian saya sampaikan tazkirah ringkas kepada 30 penumpang bas tersebut.

Hasilnya, masa lapang di dalam bas itu diisi dengan tazkirah ringkas daripada saya.

Ini adalah cara yang saya gunakan, untuk meningkatkan keyakinan diri saya. Maka

(17)

Penutup

Ada seorang pelajar datang berjumpa dengan saya.

“Abang, saya nak jadi fasilitator boleh?” Faizal meluahkan hasrat hatinya.

“Boleh, minggu depan datang lah ke surau Damansara. Saya ada program kat situ.”

Saya membalas mengalu-alukan hasrat hati beliau itu.

“Tapi saya tak boleh bercakap di depanlah, abang.”

Saya terdiam, kemudian menyoal.

“Awak ada suara?”

“Ada.”

“Awak tahu bahasa melayu atau bahasa inggeris?”

“Tahu.”

“Cuba ceritakan pada saya, seringkas mungkin tentang diri awak.”

Faizal pun bercerita tentang dirinya kepada saya. Selepas selesai, saya bertanya lagi.

“Apa yang awak buat tadi?”

“Saya bercerita tentang diri saya kepada abang, macam yang abang minta.”

“Apa perbuatan awak tadi tu?”

“Bercakap.”

“Jadi, bagaimana awak katakan yang awak tak boleh bercakap di hadapan?”

“Apa alasan awak?”

(18)

Mereka bertanya saya sekiranya ada kekosongan fasilitator dalam setiap program

yang saya sertai.

Maka, sudah tentulah saya akan mengajak mereka untuk menjadi fasilitator. Namun, apabila mereka diberikan tanggungjawab untuk mengemudi sesuatu aktiviti, mereka

menolak tanggungjawab tersebut.

Alasan mereka,

“Eh Syafiq,seganlah saya nak bercakap di hadapan orang ramai ni. Malu.”

“Nantilah, saya belum bersedia nak bercakap di hadapan.”

Aduh. Stres saya dibuat mereka.

Mereka memberi alasan!

Jika anda termasuk di dalam kategori orang seperti ini, sila ubah sikap anda!

(19)
(20)

Bab 3

Lapangkan hati!

Dalam dunia kejurulatihan, ada tiga watak fasilitator.

Satu. Watak fasilitator yang sangat garang. Mana-mana fasilitator yang memegang

watak ini tidak boleh senyum, dan harus bersikap ala-ala diktator . Tugas fasilitator ini adalah untuk mengawal disiplin peserta, selain memastikan peserta patuh kepada arahan.

Mudah kalau saya simpulkan unsur api terletak pada fasilitator ini. Fasilitator ber-unsur api akan memegang portfolio Disiplin dan Keselamatan.

Dua. Watak fasilitator yang sangat penyayang. Sesiapa yang memegang watak ini

harus sentiasa senyum dan bersikap mesra peserta. Tugas fasilitator ini adalah untuk meneutralkan situasi apabila peserta rasa tertekan atau stress.

Fasilitator jenis ini mempunyai unsur yang berlawanan dengan api, iaitu air.

Tiga. Watak fasilitator yang tidak memihak kepada mana-mana pihak. Samada peserta atau fasilitator. Kebiasaannya fasilitator yang memegang watak ini adalah

ketua fasilitator atau kem komandan.

(21)

Hati yang tertutup

Sepanjang tahun 2010 saya menjadi fasilitator , saya sering ditugaskan memegang

watak garang.

Saya dilatih dengan formula ini. Saya melihat logiknya apabila disiplin peserta sudah

tidak dapat dikawal, maka fasilitator yang memegang watak garang ini akan memainkan peranannya.

Meninggikan suara dan menengking mereka untuk diam. Untuk senyap.

Tindakan saya ini akan menyebabkan mereka stress, maka fasilitator yang berperanan sebagai peneutral akan menyejukkan suasana. Peserta akan lebih relaks.

Logik juga formula ini.

Maka kerana telah terbiasa, saya sentiasa mengaplikasikan formula ini di mana-mana program yang saya kendalikan. Watak garang seolah sebati dengan diri saya.

Malahan saya berbangga dengan watak garang yang saya pegang itu.

Namun, pada penghujung Disember 2010. Saya dihubungi oleh saudara Firdaus.

Dia meminta bantuan dan khidmat saya, menjadi fasilitator untuk sebuah program kerohanian di utara tanah air.

Saya tiba agak lewat, dan ketika itu sesi pembahagian kumpulan telah pun selesai.

Seramai sepuluh orang remaja berumur sekitar 12 - 15 tahun diamanahkan kepada saya. Saya perlu mengendalikan sesi taaruf di dalam kumpulan.

Saya membawa mereka agak jauh dari dewan utama. Sengaja mencari ruang yang agak jauh dari kumpulan kecil yang lain.

Kami saling berdiri, dan membentuk bulatan.

Saya tersenyum, cuba mengambil mood garang yang telah sebati dengan jiwa saya.

(22)

“Assalamualaikum.”

Semua peserta menanti perkataan seterusnya.

“Nama aku Syafiq Aizat bin Mahamad Fuad. Kalian boleh panggil aku, Syafiq.”

Dengan nada yang sama, saya arahkan seorang demi seorang untuk

memperkenalkan nama masing masing. Sesi taaruf yang sepatutnya menyeronokkan berlangsung dengan hambar. Tiada warna ceria terpalit pada sesi pagi itu. Saya

dapat melihat betapa wajah tidak senang mereka terhadap tindakan saya itu.

Serius, antara saya dan peserta kumpulan saya langsung tidak ada chemistry.

Namun, semua itu tidak saya pedulikan, lantaran formula garang telah sebati dengan

diri saya.

Pada hari kedua program, kami para fasilitator diminta untuk duduk bersama dengan para peserta. Kem Komandan mulai bercakap dan bertanya kepada peserta.

Antara soalannya yang paling saya ingat ialah,

“Adik-adik, ingat tak apa nama fasilitator kamu?”

Salah seorang peserta dalam kumpulan saya pantas menjawab,

“Nama aku Syafiq.”

Sambil disambut oleh gelak temannya yang lain.

Malam itu, usai post motem. Saya termenung, bermonolog sendirian.

(23)

Itu dan ini berbeza

Manakala di dalam program yang sama, ada seorang fasilitator daripada institusi

pengajian tinggi di utara. Namanya Shahril.

Pendekatan yang digunakan oleh Shahril jauh berbeza dengan saya.

Shahril mudah mesra dengan peserta. Melihat keletah beliau beraksi di pentas

membuat semua hadirin ketawa geli hati. Beliau dikenali dengan slogan, “Terbaik daripada ladiang.”

‘Ladiang’ adalah perkataan ladang, yang disebut dengan pelat dari utara.

Begitu juga pendekatan antara Shahril dengan ahli kumpulannya. Shahril melayani mereka seolah-olah mereka telah bertemu sekian lama.

(24)

Pada hari terakhir program, ramai peserta yang menangis seolah tidak merelakan

perpisahan antara mereka.

Bukalah hatimu

Cuba anda lihat penggunaan kata ganti diri yang saya gunakan sewaktu komunikasi

pertama antara saya dengan peserta.

AKU.

Saya menggunakan kata ganti diri AKU apabila membahasakan diri dengan peserta.

Kata ganti diri AKU telah membunuh segala rasa ceria yang peserta inginkan.

Dan itulah antara faktor yang menyebabkan kita tidak memiliki ciri-ciri seorang fasilitator yang ohsem.

(25)

Bab 4

Rapport oh Rapport!

Perbualan pertama :

Syafiq : helo, siapa di sana?

Lim Che Sern : Sayalah, Lim Che Sern. Lu ala masa tak? Lantii lu jumpa gua..

Syafiq : haiii yaaa Lim wa talak senang ooo.. lu latang sini la gua lagi sibuk oo..

Perbualan kedua :

Syafiq : Helo, siapa di sana?

Raju : Sayalah Raju. Ayoo yoo awak suda lupa saya punya nama ka?

(26)

Adakah perbualan ini pernah terjadi pada diri anda?

Semua ini terjadi secara spontan, kerana minda bawah sedar kita cuba untuk

menjalinkan hubungan yang erat bersama orang yang sedang bercakap dengan kita. Dalam NLP, ini disebut sebagai rapport.

Apakah rapport itu? Biskut Chipsmore ke? Sekali lagi, tidak ada biskut Chipsmore!

Saya memahami bahawa rapport adalah teknik untuk menjalinkan perhubungan

dengan baik dan berkesan. Noktah.

Rapport merupakan sebuah alat komunikasi yang sangat luarbiasa. Ia amat berkesan

untuk memulakan komunikasi, perbualan dan menjalin hubungan sedar mahupun bawah sedar, terutama dengan orang yang baru kita kenal.

Tetapi jika kita tidak memahami apa itu rapport, senjata ini akan menikam kita kembali.

Kerana dengan menggunakan rapport kita dapat memasuki wilayah hubungan yang lebih mendalam dan mesra. Dengan cara tersebut kita mudah mengendalikan fikiran orang yang disasarkan.

Rapport dimulakan dengan mencari titik persamaan, dengan tujuan mencari keserasian. Semua ini akan saya ceritakan di dalam Bab Campuran Bahan Kimia.

Ini Penting

Saya percaya, mudah untuk kita capai objektif sesebuah program apabila rapport telah terbina antara kita dan peserta.

Apakah yang menyebabkan pasukan bola sepak Sepanyol memenangi piala Eropah pada tahun 2012?

(27)

Keserasian perlu wujud di antara peserta dan fasilitator untuk memudahkan proses

tercapainya objektif program.

Kadang kadang saya hairan, dengan sikap sesetengah fasilitator yang memarahi peserta kerana tidak mendengar arahan daripada fasilitator.

Bukanlah saya katakan bahawa tindakan memarahi peserta yang melanggar peraturan itu salah, tetapi berpada-padalah.

Janganlah sampai langsung tidak nampak senyuman pada wajah anda selaku fasilitator.

Masih ingat definisi saya tentang fasilitator?

Menurut pandangan saya, fasilitator adalah jurujual, yang mempromosikan nilai hidup serta menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Fasilitator juga menunjukkan cara atau membantu seseorang individu atau sekumpulan individu dan

membantu menyelesaikan masalah.

Jadi bagaimana anda mahu menjual objektif program untuk disematkan ke dalam jiwa peserta sekiranya anda gagal mencari titik kemesraan antara anda dan peserta?

Cara Saya ber’rapport’

Saya ditugaskan untuk mengendalikan program Kepimpinan Super Leader bersama barisan pengawas SMK Banting.

Ia permintaan last minute. Saya telah maklumkan kepada penganjur bahawa saya ada kursus yang perlu dihadiri di Jelebu.

Tiba hari program yang telah ditetapkan, saya baharu sahaja pulang daripada Jelebu, dan setibanya di Kuala Lumpur. Saya terus bergegas ke tapak program yang terletak

(28)

Saya tiba agak lewat, dan ketika itu baharu sahaja selesai sesi taaruf berkumpulan.

Setibanya saya di tapak kem, saya diminta untuk mengendalikan slot Excellent Coaching.

Saya kongsikan teknik mengenal karakter individu menerusi anak mata. Saya lihat

peserta begitu teruja dan bersemangat untuk belajar teknik ini.

Slot Excellent Coaching itu tamat pada jam 10.30 malam. Fasilitator Fifi lantas

mengarahkan peserta untuk menikmati minum malam sebelum program dilanjutkan

untuk aktiviti yang seterusnya.

Saya duduk berehat di satu sudut di dalam dewan utama. Ada beberapa orang peserta yang tidak mahu menikmati minum malam. Kata mereka, sudah kenyang.

Saya berjalan perlahan, dan mampir dekat dengan mereka.

“Nama awak siapa?” Saya menghulurkan tangan.

“Hakim.” Tangan yang dihulur bersambut.

“Yang sebelah Hakim pulak?” Saya menghulurkan tangan lagi. Senyuman

dilemparkan. Saya betul betul ikhlas nak berkenalan!

“Saya Fahmi.”

Begitulah saya menghulurkan salam perkenalan. Saya pastikan perkenalan kami pada waktu itu tidak sia sia. Saya cuba sedaya upaya untuk mengingati nama mereka.

Saya buktikan pada mereka bahawa saya ingat pada mereka dengan menjadikan mereka sebagai watak dalam setiap contoh yang saya berikan sepanjang tempoh pembelajaran.

Saya sebut nama mereka sewaktu sesi ceramah saya. Saya yakin, mereka gembira apabila nama mereka disebut sebut!

Hasilnya saya dapati mereka lebih bersemangat untuk terus menjalani program

(29)

Oh, tersentuh hati!

Saya ingin berkongsi sebuah kisah yang menarik, tentang Imam Hassan Al Banna yang merupakan pengasas Ikhwanul Muslimin.

Imam Hassan Al Banna adalah seorang daie yang sangat gemar menghafal nama. Ketika Dewan Tertinggi Tentera mengumumkan pemindahan beliau ke Kota Qina di

wilayah Sha’id, Mesir pada tahun 1941.

Pada waktu itu, diadakan majlis sambutan kedatangan beliau oleh pemuda pemuda yang bergabung dalam gerakan Ikhwanul Muslimin, yang baru pertama kali itu

bertemu dengan beliau.

Mereka memberikan salam. Lalu Imam Hassan Al Banna berjabat tangan dan menyebut nama beberapa orang daripada mereka.

Mereka hairan, kerana detik itu adalah pertama kali mereka bertentang mata dan bersua wajah bersama dengan Imam Hassan Al Banna, apatah lagi duduk semeja.

Pemuda pemuda itu bertanya, “Bagaimana Imam Hassan Al Banna boleh tahu nama

kami? Sedangkan kita belum pernah bertemu?”

Imam Hassan Al banna melemparkan senyuman yang paling manis, lalu menjawab,

“Ketika saya menandatangani kad pendaftaran ahli Ikhwanul Muslimin, saya berusaha menghafal nama yang tertera dan raut wajahnya.”

Masa is TIME!

Ya, bina rapport antara anda dengan peserta. Dimulakan dengan mengingat nama mereka.

Mengingat nama merupakan salah pintu yang membuka ruang ke arah pembinaan

(30)

Hubungan yang baik antara peserta dan fasilitator membantu memudahkan objektif

program dapat dicapai.

Mahukah anda jika saya kongsikan bagaimana saya membina rapport dengan cepat secara praktikal?

Saya dilantik untuk mengendalikan sesi pembangunan potensi diri menggunakan teknik SOIF untuk pelajar SPM seluruh daerah Pasir Gudang di UNIKL MITEC.

Saya tiba dua jam lebih awal.

Program itu dikendalikan oleh saudara Fakhrudin, Fyda, dan teman sekampus. Mereka merupakan mahasiswa di UNIKL MITEC.

Saya mengambil kesempatan masa yang ada, dengan saya pergi berjalan – jalan di kafetaria. Saya dapati ada beberapa peserta sedang duduk sementara menanti program bermula.

Sengaja saya capai segelas air, dan duduk mampir dengan mereka.

“Peserta program inike?” Tanya saya memulakan perbualan.

Mereka mengangguk. Saya segera menghulurkan tangan, “Saya Syafiq Aizat.”

Mereka menyambut salam perkenalan, sambil memperkenalkan nama masing masing.

Mengapakah saya memperkenalkan diri saya dahulu?

Kerana jika saya yang mula-mula bertanyakan nama mereka, pasti akan menimbulkan

syak wasangka di dalam diri mereka. Dek kerana itulah, saya harus memulakan salam perkenalan.

Jadi bagaimana?

Anda sudah mengetahu tiga Skil Asas sebagai seorang fasilitator.

(31)

TAHNIAH!

Tahniah diucapkan kepada anda yang telah membaca ebook ini sehingga ke akhirnya. Maka untuk menjadikan input yang anda baca itu diserap dan dipraktikan sepenuhnya. Maka, ayuh isikan dengan nota anda.

Tuliskan pembelajaran anda sepanjang pembacaan anda tanpa melihat kembali bab tersebut.

Bab 1 : Definisi Saya

___________________________________________________________

___________________________________________________________

___________________________________________________________

___________________________________________________________

___________________________________________________________

___________________________________________________________

___________________________________________________________

Bab 2 : Bercakaplah!

___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________

(32)

Bab 3 : Lapangkan Hati

___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________

Bab 4 : Rapport oh Rapport

___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________

(33)

_____________________________________________________________________________________

Tentang Penulis

____________________________________________________________________________________

PLF Syafiq Aizat bin Mahamad Fuad

Syafiq Aizat Mahamad Fuad atau lebih dikenali dengan panggilan mesra Abang Syafiq merupakan mahasiswa tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan major Kewangan Islam.

Memulakan kerjaya beliau sebagai seorang fasilitator dengan menubuhkan Belia Islam Al Fateh, sebuah badan NGO yang bertindak menganjurkan Kem Smart Soleh di masjid sekitar daerah Kubang Pasu dan seterusnya menjadi fasilitator sambilan bersama BMQ, AW-C dan CSQ. Pada tahun 2012, beliau dilantik sebagai Ketua Fasilitator Kem Bina Insan, anjuran Sekretariat Pembangunan Insan Negeri Kedah Darul Aman.

Syafiq Aizat juga merupakan Certified SOIF (MASTERY) coach dan juga seorang pengamal sistem Profesional Learning Facilitator.

Kini, PLF Syafiq Aizat Mahamad Fuad merupakan pengasas Akademi Al Faruq.

Beliau telah mengendalikan lebih daripada 10,000 peserta di seluruh Malaysia.

Antara pengalaman beliau adalah :

Speaker, Program TeamBuilding, bersama staf Sime Darby Property.

Speaker, Program Pembangunan Personaliti bersama 100 pelajar Tahfiz Banting. Speaker, Program Teambuilding bersama pelajar BKP MRSM Baling.

Speaker, Program Pembangunan Diri, bersama pelajar Sekolah Arab Mersing. Ketua Fasilitator, Kem Bina Insan, SAIF

(34)

Let s Get Ohsem!

Sebuah modul pembangunan diri dengan mengenalpasti potensi yang ada pada diri peserta. Fokus diberikan kepada mengenali diri sendiri, seni menghargai orang lain, teknik bekerja bersama kumpulan dan dipasakkan dengan membina pelan tindakan sebagai action kepada modus akhir program. Teknik pembelajaran yang menggunakan teori VAKD, experiental Learning, dan pendekatan NLP menjadikan suasana pembelajaran sentiasa ceria dan superb attractive!

Aktiviti Menarik :

1. Break the Wall!

2. Choice vs Want

3. Saya Mahu! Saya Buat!

4. Value Of Me!

5. Kawan Oh Kawan.

6. Traffic Jamned

7. Get SMART.

8. SOIF

(35)

Get in Team, Mate!

Program ini akan membantu peserta untuk kenalpasti teknik kepimpinan dan praktiskan secepat boleh. Peserta akan belajar bagaimana untuk memenangi hati anak buah, mengubah lawan menjadi kawan dan memahami peri pentingnya bekerja sebagai 1 pasukan. Di akhir program, peserta akan mempunyai visi dan misi yang jelas dan akan memimpin dengan pelan tindakan yang sangat cemerlang.

Aktiviti Menarik :

1. Gunting Batu Kain.

2. Break The Wall!

3. Siapa Pencuri?

4. Excellent Connection!

5. The Art Of Followership

6. Get in team!

7. Traffic Jamned.

8. Lontarkan Ekspresimu

9. Branding People

10. SOIF

Cadangan Program : 3 hari / 2 hari

(36)

Awesome Facilitator!

Program ini akan mendedahkan peserta tentang elemen penting di dalam dunia fasilitator dan mempraktiskannya sepantas mungkin. Pendekatan NLP dan experiental learning dikongsikan untuk diaplikasikan oleh peserta. Tips tips untuk melaksanakan program, memudahcarakan peserta akan dikongsikan untuk dipraktiskan oleh peserta. Program ini sesuai untuk PRS, badan Usrah (Naqib dan Naqibah), dan bakal fasilitator.

Aktiviti Menarik :

1. Know You

2. Break the Wall

3. Get the Belief System

4. VAKD - People Around You

5. Make The Excitement

6. Bind The Bond

7. Api - Air - Tanah

8. The Modul of Learning

9. Create the Modul.

10. Let s Get the Program.

Cadangan Program : 3 Hari / 2 Hari.

(37)

Tahukah Anda?

Ada empat elemen penting untuk anda menjadi seorang fasilitator

yang awesome!

1. Saya sebagai seorang fasilitator.

2. The A of fasilitator.

3. Seni Pembentangan

4. Lets Get a Program!

Dapatkan sebuah bahan bacaan yang mempunyai empat elemen

penting tersebut dan mantapkan diri anda untuk menjadi

seorang

fasilitator yang super duper awesome

!

ebook yang wajib anda miliki!

(38)

Dapatkan segera!

Dapatkan Ebook OH YEAH! Sebenarnya saya

seorang Fasilitator! pada harga

promosi RM13

sahaja!

Bank in RM13 ke akaun

CIMB Islamic

Syafiq Aizat bin Mahamad Fuad

(39)

Referensi

Dokumen terkait

 Oi-­‐ keuskirjallisuudessa  on  myös  katsottu,  että  asianomistajalla  on  oikeudenkäynnissä  ne-­‐ gatiivinen  totuusvelvollisuus  eli  häntä  ei

Dengan kemampuan membuat flare yang memiliki ukuran optimal untuk memodifikasi awan dan mampu menyediakannya dalam jumlah yang memadai bagi keperluan operasional

Sisanya (88%) adalah pikiran bawah sadar (unconscious) yang masih dapat dimaksimalkan untuk memperoleh sesuatu yang lebih baik, menampilkan kemampuan terbaik setiap saat

Konsep Pembangunan Rumah Sehat Sederhana ini mengacu kepada : Pengembangan Lokasi menjadi area yang memenuhi kriteria perumahan untuk masyarakat berpenghasilan

LCC adalah suatu metode untuk mengevaluasi alternatif investasi proyek bangunan yang didasarkan pada biaya inisial, operasional dan biaya pemeliharaan selama umur bangunan

Dari pengertian-pengertian di atas, dapat diambil suatu kesimpulan bahwa pemasaran adalah seluruh kegiatan yang bertujuan memperlancar arus penyampaian barang dan

partisipatif pola PNPM Mandiri Perdesaan ke dalam sistem pembangunan daerah yang bersifat reguler. • Integrasi program dilakukan secara horisontal ,

dengan kata lain sehingga ada huruf atau harakat yang dihilangkan, huruf. kapital