• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sistem Demokrasi Berparlimen Dominasi Ek

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Sistem Demokrasi Berparlimen Dominasi Ek"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

Sistem Demokrasi Berparlimen: Dominasi Eksuketif ke Atas Legislatif 1.0 Latarbelakang

Sistem Parlimen merupakan pendekatan yang digunakan bagi mentadbir badan perundangan sesebuah negara. Parlimen ialah sebuah badan atau tempat wakil rakyat untuk bersidang dan berbahas mengenai perundangan negara serta dasar-kerajaan. Fungsi dan peranan parlimen bersesuaian dengan maksud asal perkataan parlimen iaitu bercakap atau berucap dalam bahasa Perancis iaitu parler [ CITATION God97 \l 1033 ]. Konsep parlimen demokrasi digunakan dalam sistem ini berteraskan pemilihan wakil rakyat atau perwakilan menerusi pilihanraya. Pemilihan wakil rakyat ini selari dengan prinsip demokrasi liberal yang memberi kuasa kepada rakyat untuk memilih wakil mereka bagi membuat keputusan dalam dewan perundangan seperti parlimen [ CITATION Hel99 \p 77 \l 1033 ]. Wakil rakyat yang dipilih bertanggungjawab melaksanakan amanah yang diberi dan perlu mewakili suara rakyat yang diwakilinya.

Kerajaan dalam sistem parlimen ini merujuk kepada sebuah badan eksekutif yang dikenali sebagai kabinet. Dalam sistem parlimen, parti yang memenangi pilihan raya akan membentuk kerajaan dan parti kedua tertinggi akan menjadi pihak pembangkang. Ahli kabinet atau menteri perlu dilantik dalam kalangan ahli parlimen itu sendiri. Robertson (1985) memberi definisi bahawa kabinet merupakan kumpulan kecil yang dibentuk oleh parti kanan yang dilantik sebagai menteri untuk mentadbir negara. Pembentukan kabinet ini jelas menujukkan bahawa terdapat hubungan jelas antara badan eksekutif dan badan perundangan dalam sistem parlimen. Oleh sebab itu, sistem parlimen juga turut dirujuk dengan nama sistem kabinet berparlimen kerana ahli eksekutifnya terdiri daripada ahli legislatif.

(2)

kerana mempunyai kuasa majoriti tetapi parlimen masih mengawal akauntibiliti kuasa eksekutif dalam pemerintahan negara.

2.0 PERBINCANGAN

2.1 Dominasi Kabinet Dalam Parlimen

Kabinet ialah sebuah badan eksekutif dan diketuai oleh Perdana Menteri yang merupakan ketua parti yang memenangi undi majoriti paling tinggi dalam parlimen. Walaupun dari segi teorinya raja merupakan merupakan ketua eksekutif, tetapi Perdana Menteri akan melaksanakan tugas eksekutif secara praktikal. Pembentukan kabinet ini dilakukan oleh Perdana Menteri bagi membantunya dalam menguruskan pentadbiran negara. Kabinet merupakan badan utama dalam membuat keputusan dengan merangka dasar dan undang-undang negara untuk dibawa ke parlimen bagi diperdebatkan serta diluluskan. Proses perjalanan parlimen juga diatur oleh pihak kabinet yang diketuai oleh Perdana Menteri. Dalam soal kewangan negara, kabinet mempunyai kuasa untuk merangka belanjawan negara dan membuat peraturan serta mengawal sistem percukaian yang dikenakan kepada masyarakat. Oleh hal yang demikian, sistem kerajaan berparlimen juga dikenali sebagai sistem kerajaan berkabinet kerana segala keputusan kabinet mendahului parlimen. Peranan dan tugas kabinet ini memperlihatkan dominasi mereka dalam urusan parlimen. Daaldar (1963) menyatakan bahawa dominasi ini berlaku kerana kabinet merupakan ahli yang terdiri daripada majoriti parti yang menang, maka peranan parlimen dilihat sebagai tempat perdebataan di antara kerajaan dan pembangkang berbanding peranan sebagai badan pengawalan undang-undang. Istilah ‘kabinet diktaktor’ digunakan bagi menggambarkan kekuasan kabinet ke atas parlimen. Kekuasan kabinet ini berlaku dengan beberapa sebab seperti sistem parti yang digunakan, limitasi masa parlimen dalam membahaskan isu secara terperinci dan hak Perdana Menteri untuk menggubarkan parlimen [ CITATION NJa02 \l 1033 ]. Parlimen dilihat hanya berperanan sebagai tempat meluluskan undang-undang berbanding untuk menggubal undang-undang. Perdana Menteri dan kabinetnya mempunyai tanggungjawab akauntibiliti kepada parlimen iaitu tanggungjawab menteri secara individu dan tanggungjawab bersama kabinet.

(3)

Menteri kabinet mempunyai tanggungjawab ke atas pentadbiran jabatannya, dasar yang dilaksanakan serta tindakannya sebagai seorang menteri. Tanggunjawab menteri bermaksud seseorang menteri itu perlu mengekalkan tanggunjawab ke atas kabinet secara konsisten dan menikmati kepercayaan parlimen ke atas dirinya. Menteri bertanggungjawab dalam memastikan pelaksanaan kerja yang dilaksanakan oleh penjawat awam di jabatannya mengikut undang-undang dan berjalan lancar. Segala kesilapan dan kesalahan yang dilakukan oleh penjawat awam dalam jabatannya juga turut ditanggung oleh menteri. Enright (2001) menyatakan bahawa antara prinsip tanggungjawab menteri ialah setiap menteri perlu menjawab segala pertanyaan di parlimen. Oleh hal yang demikian, menteri perlu bersiap sedia untuk mempertahankan posisinya sebagai menteri dan jabatannya dalam menjawab pertanyaan di parlimen. Persoalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen kepada menteri tentang jabatannya merupakan kaedah digunakan untuk melihat ketulusan menteri dalam melaksanakan sesuatu dasar.

Menteri yang gagal menjawab pertanyaan parlimen serta gagal bertnggungjawab ke atas kesalahan jabatannya boleh dipaksa untuk meletak jawatan. Pada tahun 1954, Sir Thomas Dugdale telah meletak jawatan sebagai menteri kerana kesalahan penjawat awamnya terlibat dengan skandal iaitu ‘Crichel Down Affairs’ [ CITATION Kei95 \l 1033 ]. Peletakan jawatan seseorang menteri kerana kesilapan jabatanya kurang berlaku. Kebanyakan menteri akan meletakkan jawatan mereka kerana sebab peribadi seperti skandal, rasuah dan mendapat sokongan rendah wakil rakyat berbanding kesalahan penjawat awam dalam jabatanya [ CITATION Bud07 \l 1033 ]. Tambahan pula, terdapat beberapa halangan yang menyukarkan perlatakan jawatan sesorang menteri. Sokongan daripada ahli parti majoriti dalam parlimen serta prinsip tanggungjawab bersama ahli kabinet menyebabkan peletakan jawatan menteri dan undi tidak percaya ke atas seorang menteri sukar dilakukan. Oleh hal yang demikian, tanggungjawab menteri secara individu tidak dipandang serius secara praktikalnya dalam memastikan akauntibiliti seseorang menteri. Peletakan atau pemecatan menteri bukan satu kayu ukur bagi memperlihatkan bahawa prinsip tanggungjawab menteri itu berkesan dan berlaku secara praktikal. Perkara utama yang perlu ditekankan ialah amalan akauntibiliti yang dijalankan oleh parlimen dalam memastikan menteri melaksanakan tugasnya mengikut undang-undang.

(4)

Menteri bukan sahaja bertanggungjawab ke atas dirinya dan jabatannya tetapi mempunyai tanggungjawab bersama dengan ahli kabinet yang lain. Prinsip tanggungjawab bersama ini bermaksud keputusan yang dibuat oleh kabinet perlu dipegang bersama oleh semua menteri kabinet dan pegawai awam dalam melaksanakan perjalanan setiap jabatan kerajaan [ CITATION Kes10 \l 1033 ]. Mesyuarat kabinet berfungsi sebagai tempat untuk membuat keputusan penting dan setiap keputusan dibuat dalam mesyuarat perlu dituruti bersama oleh semua menteri. Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat kabinet adalah seperti membuat dasar-dasar kerajaan, merangka belanjawan negara dan membincangkan isu-isu jabatan.

(5)

Setiap menteri perlu bertolak ansur dan menerima keputusan kabinet secara bersama mengikut prinsip tanggungjawab bersama. Walaubagaimanapun, menteri yang membantah keputusan kabinet boleh meletak jawatan sebagai tanda tidak bersetuju dengan keputusan kabinet[ CITATION Ste06 \l 1033 ]. Pada tahun 2003, Robin Cook, Lord President Of Council pada zaman pentadbiran Perdana Menteri British, Tony Blair telah meletak jawatan kerana tidak bersetuju dengan keputusan kabinet untuk melancarkan tindakan ketenteraan ke atas Iraq tanpa perjanjian antarabangsa dan sokongan domestik. Prinsip tanggungjawab bersama ini menunjukkan betapa pentingnya penyatuan dalam kabinet dan setiap menteri tidak boleh membuat keputusan melepasi keputusan mesyuarat kabinet. Peranan penjawat awam dan Jawatankuasa Kabinet dalam membuat dasar serta konsep tanggungjawab bersama memberi limitasi kepada menteri secara individu dalam membuat keputusan dalam kabinet [ CITATION Nik12 \l 1033 ]. Fungsi ini jelas menunjukkan bahawa konsep tanggungjawab bersama ini turut menjadikan menteri perlu bergerak mengikut kehendak bersama ahli kabinet. Setiap keputusan kabinet perlu dipertahankan bersama oleh menteri kabinetnya terutamnya dalam sesi parlimen. Konsep tanggunjawab bersama ini juga memperlihatkan penyatuan dan kekuatan kerajaan dalam kalangan masyarakat serta parlimen dalam melaksnakan tugas mereka.

2.3 Penjawat Awam dan Kabinet

(6)

kepentingan dan pemikiran politik kepartian dan tidak bertanggungjawab ke atas dasar-dasar yang dilakukan berbanding menteri.

Kemahiran penjawat awam dalam merangka sesuatu dasar menyebabkan fungsi kabinet dalam membuat keputusan dan merangka dasar menjadi kurang efektif. Setiap keputusan kabinet atau menteri perlu melalui nasihat penjawat awam yang turut mendominasi peranan menteri dalm membuat keputusan kabinet [ CITATION Rho06 \l 1033 ]. Mr. Wilson telah menubuhkan Unit Dasar dalam kerajaan yang berperanan dalam memberi nasihat politik kepada dirinya. Hubungan antara penjawat awam dan menteri kabinet juga amat penting dalam memastikan bahawa setiap perancangan dan pelaksanaan dasar kerajaan dapat dijalankan. Ketidak harmonian dan perselisihan antara penjawat awam dan menteri menyebabkan pentadbiran kerajaan rapuh dan tidak kukuh. Realitinya, tanggungjawab bersama kabinet untuk membuat keputusan perlu mengambil kira peranan penjawat awam dalam proses tersebut. Pentadbiran awam dan karenah birokrasi yang kompleks memerlukan kemahiran yang tinggi daripada penjawat awam untuk melaksanakannya. Dalam proses membuat keputusan, menunjukkan bahawa penjawat awam lebih menekankan cara sesuatu dasar itu perlu dilaksanakan secara praktikal berbanding menteri yang hanya menekankan prinsip yang perlu ada dalam membuat sesuatu dasar [ CITATION Col99 \l 1033 ]. Kedua-dua perspektif iaitu antara kabinet dan penjawat awam perlu bagi menghasilkan dasar atau pentadbiran yang berkualiti.

Terdapat beberapa kritikan tentang penjawat awam yang dilihat mempunyai pengaruh yang besar dalam membuat keputusan untuk menteri kabinet. Setiap nasihat dan pandangan daripada penjawat awam boleh ditolak oleh menteri kerana keputusan muktamad terletak pada keperluannya dan bukan penjawat awam [ CITATION Mah08 \l 1033 ]. Menteri yang membuat keputusan perlu menanggung risiko dalam membuat sesuatu keputusan kerana perkara tersebut merupakan tanggungjawab seorang menteri terutamnya semasa sesi soal jawab di parlimen. Pihak penjawat awam tidak mempunyai tanggungjawab secara langsung terhadap sesuatu dasar kerajaan kerana perkara tersebut terletak dalam tugas kabinet dan Menteri itu sendiri.

2.3 Dominasi Perdana Menteri Dalam Kabinet

(7)

Perdana Menteri boleh memberi peluang kepada dirinya untuk mendominasi kabinet terutamanya dalam membuat keputusan. Oleh hal yang demikian, kerajaan kabinet berparlimen juga sering kali digelar sebagai kerajaan Perdanan Menteri. Terdapat beberapa perkara yang memperlihatkan penguasaan Perdana Menteri ke atas kabinet seperti kuasa dalam melantik dan memecat ahli kabinet, peningkatan organisasi dan disiplin parti serta kawalan ke atas penjawat awam. Baylis (1998) meilihat peningkatan dominasi Perdana Menteri ke atas kabinet menerusi kuasanya untuk melantik dan memecat ahli kabinet, menyusun agenda mesyurat kabinet serta membuat keputusan mesyuarat mengikut keperluannya. Penguasaan yang dilakukan oleh Perdana Menteri ini adalah untuk mengembangkan pengaruhnya dalam proses membuat keputusan mengikut matlamatnya dalam kerajaan. Contohnya, Margeret Thatcher menggunakan kedudukannya untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa kabinet iaitu Unit Dasar (Policy Unit) yang terdiri daripada penyokongnya bagi memastikan dasar tersebut selari dengan ideanya [ CITATION Jon03 \l 1033 ]. Dominasi Perdana Menteri dalam urusan kabinet dan pentadbiran kerajaan juga mempunyai risiko yang boleh mempengaruhi kedudukannya sebagai ketua kabinet. Sokongan daripada ahli parlimen (backbenchers) dan kabinet penting untuk Perdana Menteri bagi membuat keputusan dan menjalankan pentadbiraan kerajaan. Tindakan Perdana Menteri yang membelakangkan keputusan ahli kabinetnya akan menimbulkan penentangan daripada ahli parlimen dan menteri kabinet. Dalam isu dominasi Perdana Menteri ke atas kabinet, Cook (2002) menyatakan bahawa dominasi Perdana Menteri akan menyebabkan berlakunya beberapa kesulitan dalam kerajaan. Perdana Menteri British daripada parti konsevetif, Mergeret Thatcher, mendapat tekanan daripada ahli parlimen daripada partinya untuk meletak jawatan kerana memperkenalkan cukai kepala atau ‘Poll Tax’, cukai yang dikenakan kepada pemilik kedai judi. Keputusan tersebut ditentang kerana kebanyakkan ahli parlimen partinya tidak diberitahu tentang pelaksanaan cukai tersebut terlebih dahulu.

(8)

keputusan yang perlu dilakukan oleh badan eksekutif dikuasai oleh seorang pemimpin iaitu Perdana Menteri. Peningkatan dominasi Perdana Menteri dalam membuat keputusan menyebabkan kedudukannya boleh disamakan dengan seorang Presiden. Walaubagaimanapun, kuasa Perdana Menteri berbeza dengan Presiden. Menurut McNoughton (2011) perbezaan ketara antara Perdana Menteri dan Presiden ialah Perdana Menteri akan dikawal oleh parlimen dan bertanggungjawab ke atas kabinet dan partinya tetapi Presiden mempunyai kebebasan dalam membuat sesuatu keputusan. Perdana Menteri boleh menjadi pemimpin yang dominan dalam kabinetnya tetapi perkara tersebut tidak membuktikan bahawa kuasa Perdana Menteri boleh disamakan dengan Presiden. Perkara yang paling utama sebgai seorang Perdana Menteri adalah mengekalkan sokongan daripada ahli kabinet dan ahli parlimen bagi meneruskan tugasnya. 2.4 Peranan Parlimen Ke Atas Kabinet

(9)

British telah menolak usul yang dibawa oleh Perdana Menteri British, David Cameroon untuk membuat tindakan ketenteraan terhadap Syria walaupun beliau mempunyai majoriti ahli parti yang banyak di dalam parlimen [ CITATION Ant13 \l 1033 ]. Perkara ini jelas menujukkan bahawa kabinet perlu bertanggunjawab ke atas parlimen dan perlu mengekalkan kepercayaan parlimen bagi mengekalkan kedudukannya dalam kabinet

Parlimen juga boleh menguji ketulusan dan akauntibiliti menteri kabinet menerusi sesi perdebatan dan soal jawab dalam parlimen. Setiap menteri kabinet perlu berhadapan dengan soal yang dikemukan oleh parlimen. Kegagalan menteri menjawab pertanyaan ini akan memperlihatkan kerapuhan jabatan yang diketuainya serta kerajaan kabinet. Oleh hal yang demikian setiap menteri kabinet perlu menjawab soal yang ditanya oleh ahli parlimen, terutamanya pihak pembangkang dengan baik. Pihak pembangkang mempunyai peluang untuk memperlihatkan keberkesanan pihaknya berbanding pihak kerajaan. Kelemahan yang ditimbulkan oleh ahli kabinet di parlimen akan memberi peluang kepada pihak pembangkang untuk menunjukkan prestasi yang lebih baik. Peluang pihak pembangkang dapat dilihat semasa proses perdebatan yang membolehkan pembangkang menyiasat segala isu yang berlaku terhadap kerajaan serta menarik perhatian umum tentang masalah yang timbul [ CITATION Mui05 \l 1033 ]. Tambahan pula, kedudukan kerajaan mampu tergugat dengan penstrukturan kabinet bayangan daripada pihak pembangkang. Menurut Ishiyama (2012) kabinet bayangan menjadi bayangan kepada kerajaan dengan mengemukakan dasar alternatif sekiranya mereka memerintah serta menyemak segala kelemahan dasar yang dibuat oleh kerajaan. Pihak kerajaan perlu merangka dasar-dasar dan menunjukkan pretasi yang baik dalam melaksanakan tugas mereka. Kesilapan dan kelemahan dasar akan memberi peluang kepada pihak pembangkang mengkritik dan melemahkan kerajaan.

(10)

seperti rasuah dan pemborosan wang negara [ CITATION Sta06 \l 1033 ]. Jawatankuasa parlimen dibentuk bagi menjalankan tugas dalam memerhatikan dan mengawal perbelanjaan kerajaan dalam menggunakan wang negara. Pembentukan jawatankuasa parlimen yang terdiri daripada wakil rakyat pihak pembangkang dan kerajaan adalah untuk memperincikan lagi tugas parlimen dalam mengawal perbelanjaan negara yang dilaksanakan oleh kerajaan. Contohnya, parlimen Malaysia telah menubuhkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara bagi memantau pengurusan dan perbelanjaan wang badan-badan kerajaan. Semakan yang dilakukan oleh jawatankuasa parlimen menerusi penyemakan laporan kewangan atau mendengar laporan siasatan [ CITATION RKS04 \l 1033 ]. Dengan adanya Jawatankuasa Parlimen, terutamnya dalam soal belanjawan negara, segala pelaksanaan kabinet akan diteliti secara berhemah bagi memastikan tidak berlakunya ketirisan wang negara. Oleh hal yang demikian, kabinet perlu bijak dalam menguruskan penggunaan wang secara berkesan dan telus.

3.0 Kesimpulan

Kabinet merupakan tunjang utama dalam mengerakkan pentadbiran sesebuah negara yang menggunakan sistem berparlimen. Perdana Menteri dan kabinetnya mempunyai peranan penting dalam melaksanakan tugas eksekutifnya dengan efektif. Sistem berparlimen yang memberi beberapa kelabihan kepada kuasa eksekutif terutamnya dalam membuat dasar-dasar negara dan keputusan penting. Undang-undang atau dasar kerajaan mudah diluluskan oleh parlimen kerana Perdana Menteri dan kabintenya mempunyai sokongan majoriti parti. Beban tugas Perdana Menteri dan kabinet menyebabkan proses dalam membuat keputusan menjadi lebih kompleks dan memerlukan bantuan daripada penjawat awam yang mempunyai kemahiran yang tinggi dalam urusan pentadbiran.

(11)

Referensi

Dokumen terkait

Surindra (2013) telah membuat simulasi dengan menggunakan Matlab untuk memodelkan control PID yang mengendalikan motor DC sehingga dapat mensimulasikan aplikasi controller

Dari uraian di atas, dapat diketahui bahwa selain berdasarkan pada sistem hisab (perhitungan) dengan akurasi yang sangat tinggi, pengamatan Hilal yang dilakukan

Bab ini menguraikan mengenai metodologi penyusunan tugas akhir ini, dalam bab ini berisikan mengenai kerangka pemikiran, profiel tempat penelitian, analisis gambaran umum

Skala Kawasan Perdesaan PENGOLAHAN dan PEMASARAN DESA BIBIT RUMPUT LAUT PERKOTAAN DESA PEMASOK RUMPUT LAUT DESA WISATA DESA PEMASOK RUMPUT LAUT KAWASAN PERDESAAN

Hasil penelitian menunjukkan bahwa di perairan laut Jayapura ditemukan 52 jenis plankton, 1 diantaranya belum teridentifikasi, yakni dari kelompok

Sebagai dokumen perencanaan jangka menengah Perangkat Daerah yang memuat indicator sasaran dan atau indicator Kinerja Utama Perangkat Daerah yang diimplementasikan

16.75 Mandarsari, Banjarmasin - Kalsel RUSBANI 081348246930 SURABAYA Komplek Pergudangan Bumi Maspion Jl.. Raya Bumi Maspion