• Tidak ada hasil yang ditemukan

PROGRAM ULUL ALBAB SUATU PROSES TRANFORM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PROGRAM ULUL ALBAB SUATU PROSES TRANFORM"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

1

PROGRAM ULUL ALBAB SUATU PROSES TRANFORMASI PENDIDIKAN Malaysia: KAJIAN KES SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ, TERENGGANU1

Norhazriah Mohamed @ Ismail2

Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan

Universiti Sains Malaysia 11800 USM, Pulau Pinang

ABSTRAK

Program Ulul Albab (UA) adalah suatu proses penambahbaikkan dalam sistem pendidikan di Malaysia, khususnya di Sekolah Menengah Imtiaz, Terengganu. Pendekatan yang di perkenalkan oleh program UA adalah bercirikan Quran, Ijtihad dan Ensaiklopedia. Tujuan penambahbaikkan sistem pendidikan ini adalah bertujuan untuk menghasilkan generasi yang bukan sahaja celik mata tetapi celik hati sebagai wadah pembentukkan sahsiah dan jati diri. Pendidikan yang sedia ada lebih menekankan soal duniawi sehingga soal ukhrawi terabai. Kekurangan sistem pendidikan yang ada telah melahirkan ramai generasi yang bijak pandai tetapi pincang dari segi akhlak dan sahsiah diri. Keadaan ini telah membuka mata sesetengah pihak dan berusaha dalam mentransformatifkan pendidikan melalui gandingan dua cabang ilmu iaitu ilmu duniawi (sains) dan ilmu ukhrawi (agama) melalui program UA. Oleh itu kertas kerja ini dibina untuk mengenal pasti dan menganalisis corak yang telah diterapkan dalam program UA

sebagai satu medium transformasi pendidikan di Malaysia. Persoalannya,

sejauhmanakah corak program UA berkembang dan merebak serta diterima umum di dalam arus pendidikan Malaysia? Kajian ini dilakukan dengan menggunakan reka bentuk kajian kes dan analisis kandungan melalui sumber perpustakaan dalam mencapai objektif kajian.

Kata kunci: Corak program UA, Transformasi Pendidikan

1

Kertas kerja yang bertajuk program Ulul Albab sebagai suatu proses transformasi pendidikan Malaysia. Kajian kes: sek. Men. Imtiaz, Terengganu dibentangkan di“Workshop Antarabangsa Pembangunan Berteraskan Islam V (WAPI-5) pada 10 April 2012 bertempat di Kampus Universitas Muhammadiyah Sumatera (UMSU), Jalan Kapten Mukhtar Basri Nomor 3 Medan, Indonesia.

2

(2)

2 Pengenalan

Dalam temboh beberapa abad, Malaysia telah mengalami perubahan demi perubahan

dalam sistem pendidikan dan perubahan ini mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.

Perubahan ini mengikut kehendak dan keperluan masyarakat pada zaman itu. Perubahan

dan perkembangan ini bermula sejak dari zaman pramerdeka (sebelum 1957), zaman

pascamerdeka (1957-1970), zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), zaman

Pembangunan Negara (1991-2000) dan zaman Dasar Wawasan Negara (2001 hingga

sekarang). Apa yang jelas, perubahan dan perkembangan sistem pendidikan Malaysia

lebih menumpukan usaha dalam merapatkan jurang perhubungan kaum, kemudian

memberi tumpuan terhadap kelahiran generasi yang berinovasi, berdaya saing dan bijak

pandai serta menekankan pendidikan sains dan teknologi sehingga sedikit sebanyak

terlepas pandang akan kepentingan pendidikan agama dalam sektor pendidikan

Malaysia.

Walau bagaimanapun, pada tahun 2005, kerajaan telah mula memperkenalkan program

j-QAF di sekolah-sekolah rendah. Program ini terus diperluaskan pada tahun 2006

sehingga sekarang bagi memastikan murid beragama Islam menguasai Jawi, Al-Quran,

Bahasa Arab dan Fardu Ain apabila tamat sekolah rendah (Keputusan Jemaah Menteri,

2003).

Pada tahun 2005 juga, kerajaan negeri Terengganu telah melaksanakan program UA

sebagai salah satu usaha dalam mengatasi kemelut pendidikan. Program ini menjulang

misi menjana kepimpinan muslim yang bertaraf global sebagai satu sistem pembelajaran

yang diberi nilai tambah serta sebagai satu medium transformatif pendidikan Malaysia di

Terengganu umumnya dan di Sekolah Menengah Imtiaz khususnya. Program UA

berlangsung dengan berpandukan kepada tiga ciri, iaitu Quran3, Ijtihad4 dan

Ensiklopedia5.

Oleh sebab itu, penulisan kertas kerja ini adalah bertujuan untuk melihat bagaimana corak

program UA ini berlangsung serta memberi perubahan dalam salah satu usaha

mentransformasikan pendidikan di Malaysia.

3

Hafiz 30 juzuk al-Quran semasa tingkatan 3 serta memahami tuntutan al-Quran berdasarkan konsep baca, ingat, faham, fikir, amal, sebar (BIFFAS).

4

Berkeupayaan memberikan pandangan dalam penyelesaian umat, memaksimakan keupayaan otak dan minda, berfikiran kreatif dan inovatif serta berteknologi tinggi.

5

(3)

3 Program Ulul Albab: Analisi Konsep

Ungkapan Ulul Albab jarang-jarang didengari apatah lagi mendapat perhatian daripada

rakyat umum. Namun begitu, ungkapan ini bukanlah suatu yang baru tetapi ia telah

disebut sebanyak enam belas kali di dalam al-Quran (Ali Syari‟ati, 1985; 17). Ungkapan

ini mula menjalar apabila ia mula diperkenalkan dan diuar-uarkan oleh mantan Perdana

Menteri Malaysia Ke-5 dalam ucapan beliau di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) 15

November 2006, berkata:

GAGASAN KETIGA: membangunkan modal insan; melalui program pendidikan berkualiti dan holistik untuk memperlengkapkan warga Malaysia bagi menghadapi dunia global; disusuli dengan kelahiran masyarakat kreatif dan inovatif yang menjadi komponen kepada barisan warga berfikiran dan berbudaya kelas pertama. Kita memerlukan barisan warga yang menguasai pengetahuan, ilmu, kemahiran dan maklumat.

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih

bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang

berakal”. (Ali Imran:190).

Ayat ini memperingatkan manusia betapa pentingnya akal. Justeru itu akal manusia perlu dibangunkan. Program pembangunan akal

manusia adalah usaha untuk membangunkan masyarakat „Ulul Albab‟, merupakan barisan insan yang berupaya menganalisis,

menguasai sains, memahami falsafah dan menguasai teknologi. Ayat ini menuntut umat untuk memperlengkapkan minda, agar manusia memiliki keupayaan menghadapi dunia moden. Membangunankan masyarakat Ulul Albab terdiri daripada saintis dan teknologis, usahawan dan teknokrat adalah suatu kewajipan yang membolehkan ummah mendaki tangga kemajuan hingga sampai ke punjak kejayaan. Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan menyediakan prasarana dan membekalkan kemudahan untuk melahirkan

masyarakat Ulul Albab.‟

Rentetan daripada itu, kerajaan negeri Terengganu telah menyambut baik akan seruan

Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke-5 dengan memperkasakan sistem pendidikan

yang telah sedia ada dengan mengenengahkan program UA di Sekolah Menengah

Imtiaz, Terengganu. Istilah ini merupakan salah satu usaha dalam mentransformatifkan

dua bidang ilmu iaitu ilmu duniawi (sains) dan ilmu ukhrawi (agama) di dalam sistem

pendidikan Malaysia. Program UA merupakan sistem pelaksanaan kurikulum,

ko-kurikulum dan hafazan al-Quran yang berpaksikan kepada tiga ciri iaitu Quran, Ijtihad

(4)

4 Modul Program Ulul Albab

Dalam sesuatu pelaksanaan sistem atau program sudah pasti mempunyai modul atau

dokumen sebagai bahan rujukan pihak-pihak yang terbabit. Begitu juga dengan program

UA yang dilaksanakan di Sekolah Menengah Imtiaz, Terengganu. Kandungan yang

terdapat di dalam modul Program Ulul Albab Sekolah Menengah Imtiaz adalah seperti visi,

misi, moto, pelan perancangan strategi Sekolah Menengah Imtiaz, kurikulum (hal ehwal

akademik), hal ehwal pelajar, ensiklopedia, ijtihad dan ko-kurikulum.

Visi yang digariskan di dalam program UA di Sekolah Menengah Imtiaz Terengganu ialah

menjadi institusi pendidikan bertaraf dunia yang mampu melahirkan generasi UA

bercirikan Quran, Ensiklopedia dan Ijtihad menjelang tahun 2015. Seiring dengan motonya

“Ulul Albab Mencipta Zaman”, misi adalah menjadikan al-Quran sebagai teras

pembelajaran dalam mendidik pelajar supaya mampu menguasai pelbagai disiplin ilmu,

bahas dan kemahiran serta menyediakan prasarana pendidikan dan iklim pembelajaran

yang kondusif.

Bagi pelan perancangan strategi sekolah (2010-2015), telah melakarkan beberapa

strategik. Pertama ialah melahirkan 50% hafiz dan hafizah menjelang 2015, pelan kedua

memberi penekanan kepada semua pelajar untuk menghafal sekurang-kurangnya 20 juz

semasa tingkatan 3 dan ketiga, memartabatkan kurikulum diniyyah dan hafazan al-Quran

ke peringkat nasional. Pelan keempat lebih menjurus kepada menjadikannya sebagai one

stop center bagi hafazan al-Quran dan pusat rujukan masyarakat dalam bidang al-Quran.

Strategi yang kelima pula mensasarkan setiap 100 keluarga mempunyai seorang hafiz

atau hafizah menjelang 2015 dan seterusnya keenam menetapkan matlamat untuk

mendapat keputusan dengan gred purata sekolah (GPS) 1.0 bagi peperiksaan PMR dan

1.2 bagi SPM menjelang 2015. Strategi seterusnya (ketujuh) kemudian mensasarkan

menjelang 2015 sebanyak 40% pelajar dapat melanjutkan pelajaran ke universiti

terkemuka luar negara melalui program fast track dan yang kelapan adalah dapat

menjuarai semua pertandingan akademik seperti olympaid, matematik dan sains peringkat

kebangsaan. Setelah dijalankan 8 strategi ini, jaringan kerjasama dengan universiti

tempatan seperti USIM, Kolej Universiti Darul Quran dan UIA bagi tujuan

penambahbaikkan program serta kesinambungan program UA di jalinkan. Kesepuluh ialah

mengadakan program menganak angkatkan sekolah rendah bagi memberi pendedahan

lebih awal kepada murid sekolah rendah tentang program hafazan al-Quran dan program

UA bagi menimbulkan minat lebih awal kepada murid-murid pada tahun 1 hingga 6

(5)

5

menjelang 2015 semua Sekolah Menengah Imtiaz dapat dinobatkan sebagai sekolah

terbaik di peringkat kebangsaan.

Melihat kepada perubahan dan perkembangan dalam pendidikan Malaysia, pada awal

abad ke-21, beberapa perubahan dan perkembangan dalam sistem pendidikan Malaysia

telah berlaku disebabkan oleh cabaran yang dihadapi akibat kesan globalisasi, liberalisasi

dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Dalam menentukan hala tuju

sistem pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menggubal misi

pendidikan sebagai fokus yang ingin dicapai dalam mengangkat martabat Malaysia dalam

dunia global. Misi pendidikan Malaysia ialah;

“Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia

bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan

memenuhi aspirasi negara Malaysia”.

Selaras dengan misi tersebut Malaysia telah menetapkan matlamat pendidikan negara

bagi melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu, melahirkan insan

yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera juga menyediakan

sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara dan seterusnya memberi

peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

Bagi mencapai matlamat tersebut, sistem pendidikan Malaysia adalah bertunjangkan

kepada falsafah pendidikan kebangsaan (FPK) iaitu;

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat

dan negara”. (Falsafah pendidikan kebangsaan)

Banyak usaha yang telah dilakukan oleh Malaysia bagi memastikan taraf pendidikan

berkualiti mencakupi semua bidang dan aspek kehidupan. Walau bagaimanapun, tidak

dinafikan soal pendidikan lebih mengutamakan akademik yang beraliran duniawi (sains,

teknologi, kemahiran) berbanding aliran ukhurawi (agama) walaupun di dalam matlamat

pendidikan Malaysia tercatat isu melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia dan

berilmu.

Berdasarkan kepada penelitian semasa, Malaysia telah melahirkan ramai generasi bijak

(6)

6

merujuk kepada permasalahan moral dan kemelut sosial yang semakin meruncing, yang

kebanyakannya melibatkan remaja dan muda mudi. Melihat pula pada dada-dada akhbar

pasti isu keruntuhan akhlak dan moral sering di isukan. Daripada permasalahan salah

guna najis dadah, rompak, samun, rogol, bunuh, pembuangan bayi, seks di luar nikah,

Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT), Pengkid, Gothic, Black Metal,

pergaulan bebas, rempit dan lain-lain. Pendek kata, terlalu banyak permasalahan sosial

yang berkembang biak di Malaysia.

Terdapat banyak penelitian yang melihat permasalahan ini. Hasil penelitian yang banyak

diperolehi, memaparkan kepada banyak faktor yang menyumbang ke arah permasalahan

yang dibicarakan. Walau bagaimanapun, faktor sistem pendidikan merupakan antara

faktor yang terbesar yang telah menyumbang di dalam permasalahan ini. Jadi, di

manakah kurangnya sistem pendidikan Malaysia yang telah dibentuk dan digubal oleh

kerajaan Malaysia? Bagaimanakah corak dan pendekatan yang dilaksanakan dalam

sistem pendidikan Malaysia? Bersepadukah antara dua bidang ilmu iaitu ilmu duniawi

(sains) dan ilmu ukhrawi (agama) di dalam sistem pendidikan Malaysia? Atau, setulus

manakah para pendidik menyampaikan ilmu kepada anak didiknya? Adakah sistem

pendidikan Malaysia hanya menekankan pembelajaran berorientasikan peperiksaan

semata-mata?

Sejak tahun 1979 (Mok Soon Sang, 1990; 104), sistem pendidikan telah berakar umbi di

dalam sistem pendidikan Malaysia, tetapi masih tidak dapat menyelesaikan permasalahan

ini. Keadaan ini mungkin kerana sistem pendidikan yang tidak holistik yang tidak

menghubungkan dunia akademik dengan cabaran semasa seperti cabaran sosial,

ekonomi dan sebagainya. Oleh itu, program UA cuba menggabungkan kelemahan ini

dengan tuntutan semasa dengan menerapkan kedua-dua bidang ilmu iaitu ilmu duniawi

dan ilmu ukhrawi.

Program Ulul Albab dalam Transformasi Pendidikan

Tujuan pendidikan menentukan keadaan dan kandungan kurikulum setiap sukatan

pelajaran. Jika baik tujuannya maka berkualitilah dapatannya. Ini kerana pendidikan

bukanlah berakhir dalam diri pelakunya tetapi merupakan satu jalan untuk sampai ke satu

matlamat. Walaupun, ada sesetengah pihak yang beranggapan memperoleh ilmu adalah

(7)

7

matlamat pendidikan sejajar dengan tuntutan Islam iaitu menjadi seorang hamba Allah

yang taat dan alim.

Pendidikan hendaklah menukarkan sifat semula jadi pelajar menurut arah yang betul dan

membolehkan mereka baik dari segi mental, fizikal, budaya, akhlak mahupun amali untuk

menjadi hamba Allah yang bersyukur. Mereka harus dibentuk menerusi pendidikan

supaya mereka selalu berfikir, merancang dan bertindak menurut kehendak

Pencipta_Allah swt. (Afzalur Rahman, 1990; 107).

Tidak dinafikan, di dalam falsafah pendidikan Malaysia telah jelas menyatakan hasrat

pendidikan terhadap generasi pemangkin negara. Walau bagaimanapun, apabila laporan

semasa menunjukkan statistik keruntuhan akhlak dan moral yang semakin hari makin

berleluasa dan populasi keterlibatannya adalah golongan belia muda mudi Islam.

Keadaan ini jelas membuktikan ada yang tidak kena dengan pendidikan Malaysia. Apatah

lagi, cabaran dan godaan dunia globalisasi yang menghimpit kini menuntut perubahan

dan penambahbaikkan dalam sistem pendidikan yang ada.

Sedar atau tidak, sedikit sebanyak pendidikan Malaysia yang ada telah dipengaruhi oleh

pendidikan asing. Kini, apabila Malaysia mula membuka mata dan menyedari hakikat

sistem pendidikan asing gagal menyediakan pendidikan yang sewajarnya kepada individu

dan masyarakat seperti yang dituntut oleh Islam, maka sudah sampai masanya

orang-orang Islam kembali kepada kitab suci al-Quran dan sunah Rasulullah SAW sebagai

sumber rujukan utama bagi teori-teori pendidikan.

Atas desakan kesedaran terhadap sistem pendidikan yang telah mencorakkan

pembentukkan akhlak dan jati diri muda mudi, kerajaan dan pihak-pihak yang prihatin

mula mengambil inisiatif dalam usaha untuk mentransformatifkan pendidikan agar

seimbang di antara pendidikan tabii dan agama. Di sekolah-sekolah rendah (tahun 1-6) di

bekalkan dengan kelas KAFA (fardhu ain) dan yang terbaru sistem j-QAF. Di

sekolah-sekolah menengah pula di wajibkan pendidikan Islam dan moral (bagi non-muslim).

Selain itu, sekolah-sekolah beraliran agama sudah pasti mendapat dedahan pendidikan

agama. Dan ternyata, banyak sekali sekolah-sekolah yang beraliran agama dan maahad

tahfiz di Malaysia. Tetapi, kita harus waspada, memenuhi piawaian sukatan pelajaran di

akhir pengajian secara menghafal bukanlah satu cara yang baik untuk memupuk

pendidikan dalam pemikiran muda mudi. Penerapan adalah sangat penting bukan

(8)

8

Tuntutan perubahan yang sewajarnya di dalam sistem pendidikan Malaysia juga telah

memberi ilham kepada kerajaan negeri Terengganu dalam mengusahakan salah satu

proses memperkasakan pendidikan. Di mana, pemerkasaan ini memberi nilai tambah

dalam sistem pembelajaran sedia ada yang dikenali sebagai program UA. Penerapan

yang digunakan dalam program ini ialah membudayakan Quran serta meletakkan

al-Quran sebagai teras pembelajaran dengan menggabungkan sistem pendidikan Kurikulum

Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Ia mula diperkenalkan di Terengganu khususnya

di Sekolah Menengah Imtiaz.

Pembentukkan satu modul sebagai garis panduan untuk program UA dalam mencapai

misi, visi, matlamat dan strategi yang berasaskan kepada tiga ciri iaitu Quran, Ijtihad dan

ensiklopedia. Tujuan utama di dalam pendidikan yang bersumberkan al-Quran ialah

tuntutan untuk melahirkan insan yang baik dan beriman supaya mereka akan menerajui

corak kehidupan yang sejahtera dan kebahagiaan di akhirat kelak. Kehidupan insan yang

sebenarnya ditentukan oleh peraturan dan undang-undang Allah swt seperti yang

termaktub di dalam al-Quran6. Allah swt berfirman, ertinya;

“Tidak ada apa-apa pun yang kami tertinggal dalam kitab suci ini”. (Q 6: 38).

Corak pendidikan daripada program UA telah berkembang biak bukan sahaja di

Terengganu malah di beberapa buah negeri yang ada di Malaysia. Terdapat lima buah

Sekolah Menengah Imtiaz di Terengganu iaitu di Besut, Kuala Terengganu, Kuala

Berang, Dungun dan Kemaman. Selain itu, Pihak Majlis Agama Islam Wilayah

Persekutuan (MAIWP)7 telah menubuhkan sebuah Sekolah Menengah Imtiaz yang juga

menggunakan pendekatan program UA. Pihak jabatan MARA8 juga telah menyerapkan

program UA di dalam tiga buah institusi pendidikan di peringkat sekolah iaitu MRSM9

yang beroperasi di Kota Putra, Terengganu, Gemecheh, Negeri Sembilan dan Kepala

Batas, Pulau Pinang. Bahkan, di negara jiran iaitu indonesia juga turut menggunakan

pendekatan UA dalam sistem pendidikan mereka lewat tahun 90-an iaitu Sekolah Maahad

Al-Zaytun10 dan Universiti Islam Negeri Maulana Malik Ibrahim Malang11.

6

Muhammad Hamid. (1990). Menuju ke arah kurikulum Islam. hlm. 3

7

Haji Anan C. Mohd. Agihan Zakat: Isu, Impak Dan Pengharapan. 26 Oktober 2010. Hlmn. 5-6.

8

Majlis Amanah Rakyat

9

Maktab Rendah Sains Mara

10

Al- Zaytun. (2005). Brochure & Corporate Video. Indonesia.

11

(9)

9

Perkembangan program UA jelas menunjukkan ia mendapat sambutan positif daripada

pelbagai pihak dan masyarakat. Malah pelajar-pelajar yang mendaftar di Sekolah-Sekolah

Imtiaz, Terengganu turut bertambah dari mula diperkenalkan sehingga sekarang. Pada

tahun 2009, sebahagian jumlah pelajar sekolah menengah imtiaz, Terengganu ialah

dalam sekitar 744 orang. Justeru, keadaan ini telah membuka mata banyak pihak.

Menurut satu laporan akhbar12, Perlis rancang lahirkan lebih ramai penghafaz al-Quran

oleh pengerusi Majlis Agama Negeri, Jefperi Othman.

Pengikhtirafan dan penghargaan turut diberikan terhadap kecemerlangan pelajar-pelajar

Sekolah Menengah Imtiaz, Terengganu di dalam ujian atau khatam al-Quran 30 juzuk dan

peperiksaan PMR dan SPM. Seramai 177 orang pelajar pada tahun 2008 dan seramai

185 orang pelajar pada tahun 2011 yang berjaya mengkhatam al-Quran. Manakala, bagi

keputusan peperiksaan PMR pada tahun 2009 ialah seramai 164 orang daripada 295

orang pelajar yang mendapat 9A iaitu sebanyak 55.59%. dan peperiksaan SPM pada

tahun 2009 pula seramai 12 orang yang mendapat straight A13. Program UA turut

mengadakan peperiksaan i‟dadi terhadap pelajar yang berada di tingkatan 1-3.

Penutup

Laporan-aporan melalui dada akhbar dan menjelajah dunia di hujung jari (internet) telah

mendedahkan maklumat lepas, semasa dan terkini kepada umum. Perkembangan dan

perubahan telah banyak berlaku di dalam sistem pendidikan Malaysia. Malah banyak

pihak yang telah berusaha dalam mentransformasi dan memperkasakan pendidikan

negara.

Susulan dari itu, wujud sebahagian pihak yang mula menyedari akan kepentingan

gandingan di antara kedua-dua bidang ilmu iaitu ilmu duniawi (sains) dan ilmu ukhrawi

(agama) di dalam sistem pendidikan. Dan salah satunya ialah Program UA. Dengan itu,

nilai-nilai murni dapat diterapkan secara mendalam di dalam jati diri belia muda mudi.

Kesedaran ini berputik apabila keruntuhan moral dan akhlak belia muda mudi menjadi

semakin parah dan bernanah sehingga kemelesetan akhlak umpama satu lumrah

kehidupan muda mudi kini.

12

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Timur

13

(10)

10

Perubahan dan perkembangan dalam sistem pendidikan sedikit sebanyak mula

menampakkan usaha ke arah memartabat dan menitik beratkan soal pendidikan agama

(al-Quran) terhadap pembentukkan akhlak dan jati diri belia muda mudi yang dikatakan

berkait rapat dengan permasalahan keruntuhan akhlak dan moral. Oleh itu, dengan

terlaksananya program UA yang semakin bercambah dan mula menyubur dalam sistem

pendidikan Malaysia, sedikit sebanyak agar dapat membantu dalam membentuk sahsiah

dan jati diri belia muda mudi pada zaman globalisasi yang penuh cabaran tidak kira sama

ada dari sudut sains, teknologi, komunikasi, ekonomi, agama, budaya, jati diri,

perundangan malah juga pendidikan.

Dan oleh sebab, pendidikan merupakan sesuatu yang maha penting untuk memandu

kehidupan manusia, maka segala falsafah dan dasarnya mesti dipetik secara ekslusif dari

(11)

11 Bibliografi

Abdullah Sani Yahaya. (2003). Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Bentong, Pahang: PTS Pub & Distributor Sdn. Bhd.

Abdullah Taib. (1991). “Pengalaman Penyelidikan: Metodologi dan Analysis” dlm. Jurnal Antropologi dan Sosiologi. Vol. 19. No 37-47. Hlmn. 38.

Abdul Wahab Bin Mohd Arshad (Sekolah Menengah Imtiaz Besut, Besut, Terengganu). Kepimpinan Instruksional Ke Arah Transformasi Sekolah: Satu Perkongsian Pengalaman. Diakses dari:

http://www.iabu.moe.gov.my/kolokium2011/kertas%20kerja%20pdf/8.%2 0Abdul%2 0Wahab%20Mohd%20Arshad-1st%20Proof.pdf.

Ali Syari‟ati. (1985). Ideology Kaum Intelektual Suatu Wawasan Islam. Bandung: Penerbit Mizan. Hlmn. 17

.

Al- Zaytun. (2005). Brochure & Corporate Video. Indonesia.

Jamil Ahmad & Norlia Goolamally. Pentadbiran dan Pengurusan Sistem Pendidikan Malaysia Ke Arah Pendidikan Berkualiti. UKM & OU.

Kementerian Pelajaran Malaysia, (2005). Pendidikan di Malaysia: Memartabatkan Kecemerlangan Pendidikan Negara. KPM: Putrajaya.

Mok soon sang. (1990). Pemulihan, Pengayaan dan Isu Pendidikan. Kuala Lumpur: Vinlin Press Sdn. Bhd. Hlmn. 104.

Rohana Yusof. (2003). Penyelidikan Sains Sosial. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Sabitha Marican. (2005). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Sufean Hussin. (2002). Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia. Teori dan Analisis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Ucapan Dasar Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Presiden UMNO. Bertajuk: Kata Dikota. Diperhimpunan Agung AMNO Ke-57. Di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC), 15 November 2006.

http://www.uinmalang.ac.id/index.php?option=com_content&view=category&id= 11:sistem-akademik&Itemid=146&layout=default

http://ytrg.terengganu.gov.my/v2/bahagian/pengurusan-imtiaz

http://www.myimtiaz.com.my/v4/index.php?option=com_content&view=article&id=134:ker

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan hasil analisis data dari 2 subjek penelitian tersebut maka dapat disimpulkan sebagai berikut: (1) Kemampuan komunikasi matematis dari tipe kepribadian

Achmadino tidak mempermasalahkan Karena yang penting komunitas ini bisa menjadi wadah kumpul bersama sesama pecinta klub yang berlokasi di Ibukota Itali. Terbentuknya

Dalam rangka pencapaian pelaksanaan tujuan-tujuan pengawasan, terdapat berbagai faktor yang menurut penulis menjadi faktor-faktor penyebab terjadinya alih fungsi bangunan

Oleh karena itu penelitian ini ingin mengambil yang spesifik mengenai perencanaan proyek pembanguan Taman Rajekwesi, perencanaan pembangunan Taman Rajekwesi ini perlu

Kita rindu di dalam kehidupan ini dapat peka dan taat saat Tuhan membentuk kita melalui berbagai peristiwa. Ada saatnya Tuhan memerintahkan kita untuk mencari buli-buli, ada

Hasil analisis kebutuhan yang dilakukan maka peneliti mendapatkan hasil utama dari penelitian dan pengembangan media pembelajaran audio visual berbasis prezi untuk siswa

Hasil Penelitian ini menunjukkan adanya pengaruh secara simultan antara variabel independen service quality dan brand experience terhadap variabel dependen yaitu

Penelitian ini bertujuan untuk memperoleh hasil prediksi dan akurasi terbaik dengan menganalisis hasil penerapan model individual algoritma C4.5 dengan algortima