• Tidak ada hasil yang ditemukan

Meningkatkan Kefahaman Murid tahun Berkeperlua

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Meningkatkan Kefahaman Murid tahun Berkeperlua"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

77

Meningkatkan Kefahaman Murid Berkeperluan Pendidikan Khas

Penglihatan Melalui Pembelajaran Aktif

Nor Jannah Hassan1,*, Norshidah Mohamad Salleh2 , dan Safani Bari3

1,2,3

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor. Malaysia norjannah.ukm@gmail.com

nshidah@ukm.edu.my safani_bari@ukm.edu.my

ABSTRAK

Pembelajaran matematik dalam kalangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Penglihatan akan lebih bermakna sekiranya mereka diberikan peluang untuk mengambil bahagian secara aktif dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran Aktif yang dibangunkan berasaskan pendekatan learning by

doing diperkenalkan dalam pengajaran Matematik Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Penglihatan. Pendekatan ini memerlukan penglibatan penuh murid secara aktif dalam aktiviti yang boleh merangsang dan membangunkan kemahiran-kemahiran yang ingin diterapkan berdasarkan objektif pembelajaran. Pendekatan ini bertentangan dengan amalan pengajaran yang diamalkan dalam bilik darjah yang berpusatkan guru. Untuk meneroka pandangan guru mengenai pembelajaran aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Penglihatan berasaskan pembangunan pengajaran aktif ini, satu kajian telah dijalankan di sebuah sekolah pendidikan khas masalah penglihatan. Responden kajian ialah seramai empat orang guru matematik. Pendekatan kajian secara kualitatif dijalankan dengan menilai amalan pengajaran keempat-empat guru secara tradisional. Penilaian kedua dijalankan setelah pembelajaran secara aktif dijalankan. Dapatan kajian telah memperoleh empat penemuan utama. Pertama, guru menekankan bahawa pengajaran berpusatkan guru kurang membantu meningkatkan kefahaman murid terhadap konsep matematik dan kemahiran berfikir murid. Kedua, aktiviti berpusatkan guru menyebabkan kebergantungan murid yang berterusan kepada bantuan guru dalam menyelesaikan tugasan dan latihan yang diberikan. Ketiga, kaedah penyampaian pengajaran yang biasa diamalkan oleh guru tidak membantu murid mengaktifkan kemahiran berfikir secara kritis. Dapatan yang keempat menunjukkan kemahiran berfikir murid dapat dirangsang dengan baik dan kefahaman murid dapat ditingkatkan melalui pendekatan pembelajaran aktif iaitu semasa murid melakukan aktiviti secara amali. Kesimpulannya, dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik untuk Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Penglihatan strategi pengajaran yang dapat meningkatkan kefahaman murid terhadap matematik adalah berasaskan kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif.

Kata kunci: Pembelajaran Aktif, Pengajaran Efektif, Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Penglihatan.

Abstrak

(3)

78

learning of Special Needs Education Students With Visual Impairment based on active learning instruction developed, a study was conducted at a special education school. Respondents in this study were four teachers. Qualitative research approach was conducted to evaluate instructional practices of the four traditional teachers. Second evaluation was conducted after active learning was carried out. The study obtained four major findings. First, the teacher emphasizes that less teacher-centered teaching helps improving students' understanding of mathematical concepts and thinking skills of students. Second, teacher-centered activities cause dependence pupils to keep seeking help from the teachers in completing tasks and training provided. Third, instructional delivery methods that are normally used by teachers did not help the students to activate critical thinking skills. The fourth finding shows that thinking skills can be boosted and student understanding can be improved through active learning approach when students did practical activities. In conclusion, in the teaching and learning of mathematics for Special Needs Education Students with Visual Impairment, the teaching strategy to enhance students' understanding of mathematics is based on the effective teaching and learning process.

Keywords: Active Learning, Effective Teaching, Special Needs Education Students with Visual

Impairment.

PENDAHULUAN

Di Malaysia, kurikulum Matematik untuk Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Penglihatan (MBPKP) melibatkan bidang kandungan sama seperti murid tipikal. Namun, murid yang dilahirkan dengan ketidakupayaan penglihatan sama ada ringan, sederhana atau teruk akan mengalami kesukaran memperoleh maklumat visual dan seterusnya mengekang mereka menerima maklumat secara langsung dari persekitaran yang akan membataskan pengalaman dan peluang pembelajaran murid (Sack & Silberman, 2010; Norshidah, 2009; Khalim & Norshidah, 2009; Friend, 2008). Kekangan ini akan menyebabkan pencapaian MBPKP dalam Matematik jauh lebih rendah berbanding murid tipikal (Kapperman & Sticken, 2010). Kejayaan akademik MBPKP bergantung pada setakat mana peluang murid untuk memperoleh pengetahuan daripada pengajaran dan pembelajaran (Holbrook & Koenig, 2010) di samping kebijaksanaan dan kreativiti guru memilih dan merancang kaedah pengajaran dan pembelajaran p&p yang sesuai

(Abdul Jamir, Ab Halim & A’dawiyah, 2012) dengan keperluan dan ketidakupayaan murid serta dapat menarik minat murid untuk mengikutinya. Pemilihan gaya pengajaran, bahan pengajaran, dan matlamat pendidikan yang bersesuaian dengan keperluan MBPKP akan mengoptimumkan kebolehan dan pengalaman pembelajaran visual mereka melalui media pembelajaran lain seperti pendengaran dan sentuhan (Norshidah & Khalim, 2010).

(4)

79

terhadap topik yang dipelajari. Menurut Benton (2001) sepanjang dekad yang lalu kajian menunjukkan pendekatan p&p Matematik lebih kepada pembelajaran tradisional. Oleh itu, guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran dengan memperkenalkan pendekatan pembelajaran

aktif yang semakin popular era ini (Abdul Jamir, Ab Halim & A’dawiyah, 2012) . Pembelajaran aktif merupakan satu pendekatan berpusatkan murid dan merupakan alternatif ke arah p&p yang lebih efektif dalam mata pelajaran matematik untuk MBPKP. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk meneroka pandangan guru matematik mengenai penggunaan pendekatan pembelajaran aktif dalam proses p&p Matematik bagi MBPKP di sebuah Sekolah Rendah Pendidikan Khas Penglihatan.

MURID BERKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS PENGLIHATAN

Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Penglihatan (MBPKP) merujuk kepada kecacatan atau ketidakupayaan yang ketara pada deria penglihatan, walaupun individu itu telah memakai kanta pembetulan (corrective lenses), dan masalah penglihatan ini akan menyukarkan mereka dalam proses pembelajaran (Gargiulo, 2006). Sifat dan tahap penglihatan antara individu mungkin berbeza dengan ketara, oleh itu setiap murid mungkin memerlukan penyesuaian secara individu kepada amalan pengajaran dan bahan-bahan pembelajaran untuk membantu mereka belajar dengan berkesan (Carney, Engbretson, Scammell, & Sheppard, 2003; Friend, 2008; Dursin, 2012). Menurut Ballard (2013) masalah penglihatan boleh dialami sejak lahir disebabkan oleh kecacatan genetik; penyakit; kemalangan; kesan ubat dan bahan kimia. Pengalaman sedia ada murid banyak dipengaruhi oleh penglihatan. Oleh itu, tempoh masa seseorang murid itu mempunyai keupayaan visual sangat mempengaruhi perkembangan kognitif mereka (Heward, 2006; Gargiulo, 2006; Lusk & Corn, 2006).

(5)

80

tentang persekitaran berbanding dengan murid yang hilang penglihatan selepas berusia 12 tahun. Murid yang hilang penglihatan sejak lahir belajar tentang persekitaran melalui deria rasa, pendengaran, dan sentuhan. Manakala murid yang mengalami masalah penglihatan selepas berumur 5 hingga 12 tahun akan mengekalkan memori penglihatan mereka tentang perkara dan peristiwa yang pernah mereka alami, lihat dan belajar. Memori ini akan membantu mereka dalam proses pembelajaran (Gargiulo, 2008; Heward, 2006; Lusk & Corn, 2006). Sehubungan itu, proses p&p yang berkesan perlu mengambil kira pengetahuan tentang jenis ketidakupayaan MBPKP, faktor penyebab ketidakupayaan dan tahap ketidakupayaan murid agar dapat membantu guru membina strategi p&p yang bersesuaian dengan keperluan murid.

PENGAJARAN EFEKTIF

(6)

81

ketepatan MBPKP membuat pengiraan. MBPKP akan memperoleh p&p yang bermakna sekiranya langkah-langkah pengajaran yang efektif ini dipatuhi dan menjadi amalan para guru.

PEMBELAJARAN AKTIF

Pembelajaran aktif merupakan satu pendekatan learning by doing iaitu teknik pengajaran yang memberi tumpuan kepada interaksi dan penglibatan penuh murid dalam melakukan aktiviti yang merangsang dan membangunkan kemahiran yang ingin diterapkan berdasarkan objektif pembelajaran (Nielson, 2004; Salman, 2009). Dalam pembelajaran aktif ini, guru berperanan sebagai pemudah cara, pembimbing dan pemantau serta bertanggungjawab menyediakan ruang, bahan yang menarik dan selamat. Manakala murid meneroka ruang pembelajaran yang disediakan oleh guru secara aktif sama ada secara individu atau berkumpulan. Nielson (2004) menjelaskan bahawa dalam kehidupan harian, masyarakat selalu beranggapan bahawa MBPKP harus dibimbing setiap masa. Tanggapan ini bertentangan dengan pendapat Nielson (1990) dalam Shafer (1995) yang menegaskan guru perlu membuka minda bahawa MBPKP mempunyai cara tersendiri untuk meneroka ilmu pengetahuan dan kadangkala tindakan dan tindak balas daripada MBPKP adalah di luar jangkaan guru. MBPKP hanya perlu dibimbing untuk meneroka sendiri ilmu pengetahuan dan mereka akan menemui banyak ilmu baru dalam proses penerokaan pembelajaran itu. Terdapat empat aspek yang perlu diberi perhatian. Antaranya masa yang mencukupi; menyediakan ruang yang sesuai; menyediakan bahan yang sesuai; dan menyediakan persekitaran yang selamat.

(7)

82

di aras yang terlalu rendah, ia mungkin boleh menghilangkan minat dan motivasi murid untuk mengikuti p&p dalam bilik darjah.

METADOLOGI

(8)

83

DAPATAN KAJIAN

DAPATAN DARIPADA PEMERHATIAN

Jadual 1 ringkasan pemerhatian p&p guru matematik berdasarkan borang catatan pemerhatian dan semakan dokumen (Rancangan Pengajaran Harian)

Bil KAEDAH/AKTIVITI P&P MATA PELAJARAN MATEMATIK 1 Guru melakukan perancangan dalam

aktiviti pengajaran dan pembelajaran sebelum pengajaran dijalankan

√ √ √ √ √ √ √ √

2 Kaedah dan aktiviti pengajaran yang selalu guru jalankan semasa

3 Alat bantuan mengajar yang digunakan oleh guru

a. Komputer b. Kad board

c. Papan putih dan marker d. Lembaran kerja 4 Kaedah dan aktiviti pengajaran yang

guru jalankan semasa perkembangan 5 Kaedah dan aktiviti pengajaran yang

(9)

84

DAPATAN DARIPADA TEMU BUAL BERSTRUKTUR

Jadual 2 ringkasan pemerhatian p&p dan temu bual berstruktur guru matematik berdasarkan objektif kajian

Bil Tema dan contoh petikan dalam perbualan terhadap tema yang dibina serta keterangan tambahan daripada penyelidik (jika ada)

(tandakan √ dan komen (jika ada)

GPK1 GPK2 GPK3 GPK4 1 Kefahaman GPK terhadap konsep Pembelajaran Aktif dalam mata

pelajaran Matematik:

a. Guru sebagai pembimbing b. Guru pemberi arahan c. Guru sebagai pemantau

d. Murid melaksanakan aktiviti sendiri e. Murid meneroka sendiri

f. Murid guna pengalaman sedia ada + pemahaman baru membentuk pengetahuan baru

g. Tak ambil tahu definisi

√ 2 Kesesuaian Pembelajaran Aktif diaplikasikan dalam pengajaran dan

pembelajaran Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Penglihatan: a. Sesuai

b. Meningkatkan kefahaman murid terhadap konsep matematik

c. Meningkatkan kemahiran berfikir d. Mengelakkan murid pasif e. Belajar secara seronok

f. Murid berpeluang melakukan kerja amali g. Ambil kira tahap kognitif murid

√ 3 Cadangan guru tentang aktiviti yang sesuai dan berkaitan dengan

konsep pembelajaran aktif: a. Lakonan

b. Main peranan

c. Melibatkan pergerakan murid d. Aktiviti amali 4 Pendapat GPK tentang amalan pengajaran dan pembelajaran melalui

pembelajaran aktif:

a. Boleh dilaksanakan bergantung keadaan ketidakupayaan murid.

(10)

85

berkembang dalam bidang sains dan teknologi sama seperti murid tipikal. Pada peringkat awal kajian mendapati peserta kajian kurang menguasai pedagogi pengajaran menyebabkan guru kurang kreatif menghasilkan strategi dan pendekatan pengajaran yang pelbagai. Guru kebanyakannya meneruskan amalan sedia ada iaitu pengajaran berpusatkan guru di mana guru berperanan sebagai penyampai ilmu dan murid menjadi pendengar dan pencatat nota. Amalan pengajaran yang statik ini tidak membantu guru meningkatkan kaedah pengajaran dan tidak dapat memastikan murid menerima pengetahuan Matematik asas yang kukuh. Secara umumnya, kaedah pendidikan tradisional tidak mungkin menjadi satu cara terbaik untuk semua murid untuk selamanya. Pendekatan dan kaedah pengajaran baru perlu dicuba dan disesuaikan dengan keperluan murid. Kepelbagaian kaedah ini memberi peluang kepada murid untuk memilih kaedah yang paling sesuai untuk mereka menerima pengetahuan dengan lebih mudah (James, Allison & McKenzie, 2011).

Pendekatan pengajaran tradisional menggunakan soal jawab, penerangan dan latihan pengukuhan sebagai penilaian pastinya membosankan murid jika diamalkan setiap hari. Oleh yang demikian, pembelajaran aktif yang membawa konsep berbeza pastinya lebih menarik. Aplikasi praktikal untuk matematik memberi peluang murid untuk mengaitkan konsep dengan pengalaman mereka dan ia lebih mudah bagi mereka untuk memahami proses (James, 2009 dalam James, Allison & McKenzie 2011). Aktiviti yang lebih interaktif membantu murid menyelesaikan masalah menggunakan apa yang telah dipelajari dalam keadaan dunia sebenar atau dalam keadaan sebenar.

(11)

86

Justeru itu, dapat disimpulkan daripada maklum balas guru bahawa terdapat topik tertentu dalam kurikulum Matematik sekolah rendah yang sukar untuk diajar. Dengan mengambil kira bahawa pembelajaran aktif didapati mempunyai kesan positif ke atas sikap, minat dan motivasi MBPKP terhadap subjek matematik. Keupayaan untuk mereka bentuk aktiviti oleh guru-guru sekolah rendah akan meringankan kesukaran guru dengan pengajaran topik-topik tertentu dalam mata pelajaran Matematik dan meningkatkan pembelajaran bermakna.

RUMUSAN

Pendekatan pembelajaran aktif melihat proses p&p matematik dalam cara yang boleh melibatkan murid berperanan secara giat dalam proses pembelajaran. Pendekatan ini melibatkan perubahan yang besar kepada pedagogi pengajaran guru terutamanya subjek matematik. Walau bagaimanapun sikap dan kesungguhan guru merupakan cabaran utama pelaksanaan pendekatan aktif ini. Kebanyakan guru terbiasa dan selesa dengan pembelajaran tradisional. Persepsi guru yang selalu meremehkan ketidakupayaan MBPKP mungkin merupakan faktor lumrah yang menyumbang kepada kurangnya penggunaan pendekatan aktif ini. Menurut Ernest (1996) dalam Benton (2001) Matematik adalah satu aspek aktiviti manusia dan budaya, yang boleh membawa keseronokan dan daya tarikan. Beliau menekankan bahawa semua orang harus mempunyai peluang untuk mempunyai pengalaman yang positif. Guru seharusnya memainkan peranan penting mewujudkan budaya pembelajaran yang aktif di dalam kelas mereka.

Pada keseluruhannya, pendekatan pembelajaran aktif yang dilaksanakan terhadap MBPKP menunjukkan tindak balas yang baik daripada murid. Murid mampu bertindak balas terhadap arahan guru dan melaksanakan aktiviti yang melibatkan pergerakan secara individu dan berkumpulan. Tindak balas yang positif ini menunjukkan pendekatan ini boleh diaplikasikan dalam p&p bagi memberikan MBPKP satu suasana pembelajaran yang bermakna dan menyeronokkan.

RUJUKAN

Abdul Jamir Md Saad, Ab Halim Tamuri dan A’dawiyah Ismail. (2012). Pembelajaran aktif

dalam pengajaran dan pembelajaran berkesan Pendidikan Islam. Retrieved from

(12)

87

Ballard, C. (2013). Mata: Kecederaan, Penyakit dan Kesihatan. Terj. Noor Junainah Masjuni. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia.

Benton, N.R. (2001). Active Learning of Mathematics. Te Rito o the Matauranga: Experiential Learning for the Third Millenium. Vol 2, 159-168.

Carney, S., Engbretson, C., Scammell, K., & Sheppard, V. (2003). Teaching Students with Visual impairments. A Guide for the Support Team. Saskatchewan Learning. Retrieved from http://www.sasked.gov.sk.ca/k/pecs/se/publications.html.

Curry, S.A., & Hatlen, P.H. (2007). Expanded Core Curriculum Advocacy: Meeting The Unique Educational Needs Of Visually Impaired Pupils Through Appropriate Placement. Journal of Visual Impairment & Blindness. April. American Foundation for the Blind and Perkins School for the Blind. Retrieved from http://www.eccadvocacy.org

Dursin, A.G. (2012). Information Design And Education For Visual Impaired And Blind People. Procedia Social And Behavioral Sciences. 46: 5568-5572. Retrieved from

www.sciencedirect.com Doi:10.1016/j.sbspro.2012.06.477.

Ferrell, K.A. (2006). Evidence-Based Practices For Students With Visual Disabilities. Communication Disorders Quarterly, 28(1): 42-48. Retrieved from

http://cdq.sagepub.com doi: 10.1177/15257401060280010701.

Friend, M. (2008). Special Education: Contemporary Perspectives For School Professionals. New York: Pearson Education, Inc.

Gargiulo, R. M. (2006). Special Education In Contemporary Society. An Introduction to Exceptionally (2nd eds). USA: Thomson Learning Inc.

Gargiulo, R. M. (2008). Special Education In Contemporary Society. An Introduction to Exceptionally (3rd eds.). London: SAGE Publications, Ins.

Heward, W. L. (2006). Exceptional Children: An Introduction To Special Education (8th eds.). New Jersey: Pearson Merrill Prentice Hall.

Holbrook, M.C., & Koenig, A.J. (2010). Basic Techniques for Modifying Instruction. Dlm. Alan J. Koenig & M. Cay Holbrook. Foundations of Education (2nd Eds). Volume II: Instructional strategies for teaching children and youths with visual impairments.(hlm.173-195). New York: AFB Press.

Houwen, S., Visscher, C., Lemmink, K., & Hartman, E. (2009). Motor Skill Performance Of Children And Adolescents With Visual Impairments: A Review. Exceptional Children. 75(4): 464-467.

James, A. N., Allison, S. B., & McKenzie, C. Z. (2011). Active Lessons for Active Brains. Teaching Boys and other experiential learners, Grade 3-10. Corwin, USA: Sage Company.

Kapperman, G., & Sticken, J. (2010). Modifying and Designing Instruction: Assistive Technology. Dlm. Alan J. Koenig & M. Cay Holbrook (Pnyt.). Foundations of Education (2nd Eds). Volume II: Instructional strategies for teaching children and youths with visual impairments.(hlm.500-528). New York: AFB Press.

Khalim Zainal & Norshidah Mohamad Salleh. (2009). Disciplinary Problems Among Students With Sensory Impairments In Malaysia: A Case Study. The International Journal of Learning. 16(9): 419-431.

(13)

88

Madungwe, L.S. 2013. Teaching Mathematics to Visually Impaired Students: Case Study of Margaretta Hugo Schools for the blind: Zimbabwe. International Journal of Research in Education Methodology. 2(3): 146-154.

Merriam, S.B. (1998). Qualitative Research And Case Study Applications In Education. UK: John Wiley & Son, Inc.

Morrison, G.R., Ross, S.M., Kalman, H.K. & Kemp, J.E. (2011). Designing Effective Instruction. (6th eds.). New York, NY: John Wiley & Sons, Inc.

Moss, K. (2004). Five Phases Of Educational Treatment Used In Active Learning Based On Excerpts from Are You Blind? By Dr. Lilli Nielsen. Texas School for the Blind and Visually Impaired. Retrieved from www.tsbvi.edu.

Nielson, G.L. (2004). Active Learning And Blind, Multiply Disabled Child. Future Reflections. Retrieved from https://nfb.org/images/nfb/publications/fr/fr14/fr04se08.htm.

Noraini Idris. (2010). Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: McGraw Hill.

Norshidah Mohamad Salleh. (2009). Kanak-kanak Bermasalah Penglihatan. Dlm. Zalizan Mohd Jelas. (pnyt.) Pendidikan Kanak-kanak Berkeperluan Khas: Konsep dan Amalan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Norshidah Mohamad Salleh & Khalim Zainal. (2010). How and why the visually impaired students socially behave the way they do. Procedia Social dan Behavioral Sciences, 9, 859-863. Retrieved from Elsevier. www.sciencedirect.com

doi:10.1016/j.sbspro.2010.12.249.

Prince, M. (2004). Does Active Learning Work? A Review of the Research. Journal of Engineering Education, 93(3), 223-231.

Salman, M.F. (2009). Active Learning Technique (ALT) in a Mathematics Workshop: Nigerian Primary School Teachers Assessment. International Electronic Journal of Mathematics Education (IEJME), February, 4(1), 23-35. ISSN: 1306-3030. Retrieved from

www.iejme.com .

Sacks, S.Z., & Silberman, R.K. (2010). Modifying and designing Instruction: Social skills. Dlm. Koenig, A.J., & Holbrook, M.C. (pnyt.) Foundations of Education. Volume II: Instructional Strategies for Teaching Children and Youths with Visual Impairments. (2nd eds.). hlm. 616-652. New York: AFB Press.

Referensi

Dokumen terkait

STEL batas paparan jangka pendek: 2) batas paparan jangka pendek: nilai batas yang di atasnya paparan hendaknya tidak terjadi dan yang terkait dengan jangka 15-menit (kecuali

Sementara itu, pelanggan lebih suka food truck daripada restoran karena layanannya yang lebih cepat; pilihan makanan yang sehat; menu yang berbeda dari rumah dan juga

Melanjutkan tugas yang diberikan Pak Bayu, Mengkoreksi instalasi pipa instalasi pipa di windlal diforcestle dan Mooring winch diburitan. NAMA GALANGAN:

Beberapa ketentuan dalam Peraturan Menteri Dalam Negeri Nomor 15 Tahun 2008 Tentang Pedoman Umum Pelaksanaan Pengarusutamaan Gender Di Daerah diubah sebagai berikut:..

Pimpinan Puskesmas dan Penanggung jawab Upaya Puskesmas secara teratur melakukan penilaian kinerja pengelolaan dan pelaksanaan program dan kegiatan Puskesmas3. • SK dan SOP

Spermatogenesis adalah suatu rangkaian perkembangan sel spermatogonia dari epitel tubulus seminiferus yang mengadakan proliferasi dan selanjutnya berubah menjadi spermatozoa

Sehingga hal tersebut mendasari penggunaan diagram kendali MEWMV dan MEWMA untuk memonitoring variabilitas dan target proses Ex-Mixer produk BR 1 SP Crumble, dimana

Hutang Usaha s eluruhnya dari pihak ketiga dan dalam bentuk mata uang rupiah. Hal-I;al yang memerlukan penjelasan lebih lanjut:2. a. Pada periode tersebut Entitas I nc' uk