• Tidak ada hasil yang ditemukan

Saimen bahasa melayu pengurusan. docx

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Saimen bahasa melayu pengurusan. docx"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

Tajuk: Seminar Pengurusan Sumber Manusia Alaf Baharu

DI MAJLIS PERASMIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

ALAF BAHARU TAHUN 2012

1.KATA ALU-ALUAN

Y.A.B TAN SRI MUHYIDDIN BIN YASSIN MENTERI PELAJARAN MALAYSIA

Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua jawatan kuasa yang terlibat kerana berjaya

menzahirkan Persidangan dalam Seminar Pengurusan Sumber Manusia Alaf Baharu ini dengan

jayanya dalam satu pemuafakatan yang jitu bagi merealisasikan sebuah negara bangsa yang utuh

dan cemerlang. Kejayaan dan keberkesanan pendidikan banyak berkait rapat dengan kesedaran,

keinsafan dan tanggungjawab guru sebagai pendidik, di samping mempunyai kelengkapan

keilmuan yang cukup dan sahsiah luhur. Guru turut akur dengan tuntutan perubahan nilai masa,

justeru menyatukan semua elemen seperti tanggungjawab terhadap pelajar, tanggungjawab

(2)

mewujudkan sebuah negara bangsa yang berjaya. Guru Cemerlang adalah suatu pengiktirafan

pihak kerajaan untuk menghargai peranan yang telah dilaksanakan oleh golongan guru dalam

Seminar Pengurusan Sumber Manusia Alaf Baharu menentukan hala tuju negara mengikut acuan

yang kita perlukan. Kejayaan negara sehingga kini, sebahagian besarnya adalah hasil sumbangan

kerjaya keguruan yang bertungkus lumus menyediakan modal insan bagi memenuhi keperluan

tenaga kerja negara dalam semua sektor.

Akhir kata, saya berharap agar MGC akan menjadi cerminan kepada semua guru di Malaysia

bagi menterjemahkan hasrat dan harapan negara terhadap peranan mereka dalam dunia

pendidikan. Saya juga yakin, rasa kasih sayang para pendidik kepada murid-murid boleh

menghasilkan kesungguhan untuk mendidik dan membimbing mereka tanpa rasa jemu dan putus

asa. Para pelajar yang ceria biasanya dihasilkan melalui kesungguhan, iltizam dan kreativiti para

guru yang telah mendidik mereka.

“SATU MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PRESTASI DIUTAMAKAN”

TAN SRI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN

(3)

DI MAJLIS PERASMIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

ALAF BAHARU TAHUN 2010

2.KATA ALU-ALUAN

Y.BHG. DATO’ HAJI ALIMUDDIN BIN HAJI MOHD.DOM KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Bersyukur saya ke hadrat

Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya saya berpeluang untuk mencoretkan sepatah dua kata

dalam buku cenderamata Persidangan Guru Cemerlang 2010 ini. Terlebih dahulu saya

merakamkan ucapan terima kasih, dan tahniah kepada Majlis Seminar Pengurusan Sumber

Manusia Alaf Baharu kerana telah berusaha sekali lagi untuk mengadakan majlis ini bagi tahun

2010. Setinggi-tinggi penghargaan dan syabas diucapkan kepada Majlis Guru Cemerlang kerana

terus berdiri teguh dalam usaha memartabatkan profesion keguruan. Sesungguhnya usaha

berterusan daripada Seminar Pengurusan Sumber Manusia Alaf Baharu ini akan menjadi

penyuntik semangat para guru untuk meningkatkan komitmen dan kecemerlangan mereka dalam

usaha melahirkan modal insan kelas pertama. Jika hasrat ini tercapai akan lahirlah warga

Malaysia yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang yang akan merealisasikan hasrat negara

(4)

kerajaan dalam apa-apa jua program yang diadakan oleh Seminar Pengurusan Sumber Manusia

Alaf Baharu akan memberi kesan dalam melahirkan generasi baru yang berupaya bersaing dalam

era yang sangat mencabar ini. Sokongan daripada pihak kerajaaan akan membolehkan para guru

terus mengorak langkah bagi membentuk wajah-wajah Malaysia melalui sistem pendidikan

negara yang mantap berasaskan nilai dan budaya yang kita sanjungi.

Akhir kata, saya yakin dan percaya bahawa program sebegini akan menjadi dorongan dan

perangsang kepada guru-guru untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang. Saya ingin

menyeru kepada semua guru agar sentiasa bersyukur dan mengutamakan kecemerlangan dengan

melahirkan modal insan yang berkualiti, berjiwa patriotik dan memahami tanggungjawab

membina masa depan negara serta mempertahankan kemerdekaan tanah air.

“ SELAMAT MAJU JAYA”

DATO’HAJI ALIMUDDIN BIN HAJI MOHD.DOM

(5)

DI MAJLIS PERASMIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

ALAF BAHARU

3.KATA ALU-ALUAN

YBhg. Tan Sri Abd Ghafar bin Mahmud

KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Bersyukur saya ke hadrat

Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya saya berpeluang untuk mencoretkan sepatah dua kata

dalam Seminar Pengurusan Sumber Manusia Alaf Baharu ini. Terlebih dahulu saya merakamkan

ucapan terima kasih, dan tahniah kepada Sidang Redaksi kerana telah berusaha sekali lagi untuk

menerbitkaan majalah tahunan ini dengan gaya dan penampilan yang lebih inovatif dan kreatif.

Setinggi-tinggi penghargaan dan syabas diucapkan kepada guru-guru SMKIS kerana terus berdiri

teguh dalam usaha memartabatkan profesion keguruan. Sesungguhnya keikhlasan dalam

melaksanakaan tugas dan usaha yang berterusan para guru akan menjadi azimat dalam

(6)

pertama. Jika hasrat ini tercapai akan lahirlah warga Malaysia yang Cemerlang, Gemilang dan

Terbilang yang akan merealisasikan hasrat negara untuk mencapai Wawasan 2020. Sokongan dan

sumbangan yang tidak ternilai daripada para guru dalam apa-apa jua program yang diadakan di

sekolah akan memberi kesan dalam melahirkan generasi baru yang berupaya bersaing dalam era

yang sangat mencabar ini. Pihak kementerian sentiasa berdiri di belakaang para guru untuk terus

mengorak langkah bagi membentuk wajah-wajah Malaysia melalui sistem pendidikan negara

yang mantap berasaskan nilai dan budaya yang kita sanjungi.

Akhir kata, saya yakin dan percaya bahawa penerbitan majalah sekolah melalui Seminar

Pengurusan Sumber Manusia Alaf Baharu sebegini akan menjadi dorongan dan perangsang

kepada para pelajar untuk mempamerkan bakat dan ketrampilan diri masing-masing dalam

bidang penulisan. Saya ingin menyeru kepada semua warga SMK Iskandar Shah agar sentiasa

bersyukur dan mengutamakan kecemerlangan akademik sebagai persediaan menghadapi dunia

yang semakin mencabar masa ini. dengan melahirkan modal insan yang berkualiti, berjiwa

patriotik dan memahami tanggungjawab membina masa depan negara serta mempertahankan

kemerdekaan tanah air. Oleh itu, saya sangat berharap agar api ‘kesungguhan’ dan ‘kemahuan’

yang menyala dalam jiwa anak-anak semua tidak akan pernah padam, sebaliknya terus menyala

dan panasnya hingga ke penghujung perjalanan.

(7)

Tanamkan kudrat pada keazaman. Angin Barat bertiup nyaman, Burung gagak terbang ke rimba, Tanamkan kudrat pada keazaman, Bulan tidak jatuh ke riba.

Saya akhiri ucapan saya dengan lafaz Assalamualaikum w.r.b. Terima kasih

“ SELAMAT MAJU JAYA”

YBhg. Tan Sri Abd Ghafar bin Mahmud

(8)

DI MAJLIS PERASMIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

ALAF BAHARU

4.Kata Alu-Aluan

Y.BHG. DATO’ ABDUL GHAFAR BIN MOHD.DOM

TIMBALAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

Terima kasih saudara/i pengerusi majlis,

Yang Berhormat

Dato’ Wira Hj.Ahmad bin Hamzah,

Ahli Parlimen Jasin

Yang Berbahagia

Tn.Hj.Seman bin Derus,

Pengerusi Biro Pelajaran dan Pendidikan Tinggi,

(9)

Yang Berusaha,

Guru-guru, serta anak-anak pelajar yang dikasihi .

Assalamualaikum w.r.b dan salam sejahtera. Tahniah kepada anak-anak pelajar generasi berilmu

kerana berupaya berkolaborasi sebagai satu pasukan dalam menghasilkan Seminar Pengurusan

Sumber Manusia Alaf Baharu yang mencerminkan wajah sekolah ini buat tatapan semua.

Kesempurnaan dalam semua aspek perlu dititiberatkan kerana majalah ini akan menjadi medium

rujukan terhadap segala perkembangan yang berlaku serta peristiwa suka duka yang terlakar di

bumi SMK Iskandar Shah ini. Seminar Pengurusan Sumber Manusia Alaf Baharu dalam dunia

pendidikan pada alaf ini semakin kompleks dan bersifat global. Malah ilmu menjadi prasyarat

kepada pembikinan mana-mana tamadun yang pernah terbina di dunia. Menyedari hakikat

pentingnya ilmu pengetahuan sebagai kandil penyuluh yang menerangi kegelitaan hidup, maka

kerajaan telah menjadikan pendidikan sebagai salah satu daripada Enam Bidang Keberhasilan

Negara (NKRA) bertujuan untuk memastikan anak-anak bangsa mendapat akses kepada

(10)

mesti berfikiran kreatif, berinovatif, bercirikan nilai murni serta mampu bersaing di persada

antara bangsa yang penuh dengan cabaran. Sekolah merupakan tapak semaian dalam

menghasilkan modal insan cemerlang dan berketrampilan. Dalam usaha untuk menterjemahkan

hasrat dan objektif pendidikan, setiap pendidik tidak dapat lari daripada pelbagai kemelut dan

cabaran. Justeru, para pendidik perlu menggariskan sasaran khusus yang dapat diukur melalui

Indeks Prestasi

Utama (KPI) Saya percaya para pendidik telah pun bangkit dengan memperkemas segala

prosedur, sumber dan tenaga dalam organisasi bagi mencapai sasaran KPI yang dipateri dalam

satu tempoh yang telah ditetapkan. Semoga warga SMK Iskandar Shah akan terus mara

kehadapan serta berjiwa kental dalam menghadapi transformasi pendidikan yang semakin

kompleks dan bersifat global.

“SATU MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PRESTASI DIUTAMAKAN”

“ SELAMAT MAJU JAYA”

Datuk Abdul Ghafar bin

(11)

5.KATA ALU-ALUAN

DATUK FARIDA BINTI ALI

KETUA SETIUSAHA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Saya mengucapkan tahniah kepada pegawai-pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

yang telah berjaya mengeluarkan Kit Program Pengurusan yang mengandungi Prosedur

Standard (Standard Operating Procedure – SOP) bagi tugas-tugas pengurusan sumber manusia,

pengurusan kewangan, perolehan, khidmat pengurusan, perakaunan, dasar hubungan

antarabangsa, latihan, pembangunan dan kompetensi. Kit Pengurusan ini adalah merupakan

bahan rujukan bagi anggota KKM dalam melaksanakan tugas seharian. Seperti mana yang kita

sedia maklum, Kementerian sering menerima aduan mengenai perkhidmatan yang diberikan

oleh penjawat awam KKM. Di samping itu, KKM juga sering menerima teguran audit dan

teguran-teguran tersebut adalah merupakan kesalahan-kesalahan yang berulang yang dilakukan

oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ). Pelbagai tindakan dan penambahbaikan telah dilakukan oleh

KKM dalam menangani aduan-aduan mengenai perkhidmatan yang diberikan bagi

(12)

Negara.Ini termasuklah mengadakan latihan seperti kursus yang berkaitan dengan pengurusan

sumber manusia, kewangan, perolehan, perakaunan dan lain-lain. Di samping itu,

aktiviti-aktiviti naziran, lawatan dan lain-lain juga telah dijalankan bagi menunjuk ajar anggota KKM

yang terlibat dalam pengurusan kewangan. Di samping itu, tindakan punitif juga telah diambil

terhadap anggota KKM yang didapati cuai atau berterusan melanggar peraturan kewangan yang

ditetapkan. Dengan ini, adalah diharapkan isu ketidakpatuhan terhadap peraturan Kerajaan dan

aduan daripada pelanggan akan dapat dikurangkan. Kit ini juga akan dipertingkatkan dari

semasa ke semasa berdasarkan keperluan dan perubahan. Adalah diharapkan semua pihak akan

menggunakan Kit ini ke arah mencapai kecemerlangan dalam penyampaian perkhidmatan di

KKM.

Sekian, terima kasih.

DATUK FARIDA MOHD ALI

Referensi

Dokumen terkait

Oleh yang demikian, cabaran-cabaran seperti cabaran pemerkasaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, cabaran bahasa Melayu dalam kemajuan teknologi maklumat , cabaran bahasa

Rajah 1.8 ialah antara muka tambah data kamus yang akan digunakan oleh pentadbir untuk melakukan penambahan data kamus baharu bagi kata yang masih tidak wujud dalam pangkalan

3.7.2 Mendaftarkan murid baru ke dalam buku pendaftaran murid dan mendapatkan nombor pendaftaran baru daripada ketua penyelaras pendaftaran.. 3.7.3 Memastikan semua murid

BM_Sepadu ini memberi kesan yang positif terhadap aktlVIU penbualde~~~i pembelajaran Bahasa Melayu di bilik darjah tingkatan 4. Data temU n Jllodu ~ guru dan pelajar menunjukkan

1) Unsur itu merupakan unsur yang sama sekali baru, yang tidak memiliki kognat dalam bahasa lain. 2) Unsur itu memiliki kesamaan dalam bahasa lain, bukan karena pewarisan etimon

Saya telah menggunakan kaedah imlak dalam membantu murid-murid untuk menguasai penggunaan imbuhan awalan, akhiran dan apitan yang betul dalam struktur ayat.

 Memberi galakan kepada pengkarya-pengkarya baharu khususnya dalam kalangan generasi muda serta beragama Islam dan berbangsa Melayu untuk menghasilkan karya yang

512 Perkembangan Bahasa Melayu di Negara China Memberi Kesan kepada Hubungan Diplomasi Malaysia-China *1Abdul Aziz How Abdullah, 2Awang Sariyan, 3Su Yingying, 4Han Xiao 1Pusat