• Tidak ada hasil yang ditemukan

KEPERLUAN PENERAPAN DAN CADANGAN UNSUR K

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KEPERLUAN PENERAPAN DAN CADANGAN UNSUR K"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

KEPERLUAN PENERAPAN DAN CADANGAN UNSUR

KEISLAMAN DALAM TERAPI RASIONAL EMOSI

TINGKAH LAKU(REBT)

YATIMAN BIN KARSODIKROMO Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia

Universiti Pendidikan Sultan Idris 35900 Tanjong Malim Perak

MALAYSIA wakyatiman@yahoo.com

6 013 8009120

HAZALIZAH BINTI HAMZAH Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia

Universiti Pendidikan Sultan Idris 35900 Tanjong Malim Perak

MALAYSIA hazalizah@fppm.upsi.edu.my

ABDUL RAHIM BIN RAZALLI Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia

Universiti Pendidikan Sultan Idris 35900 Tanjong Malim Perak

MALAYSIA rahim.r@fppm.upsi.edu.my

Abstrak

Penggunaan teknologi canggih seperti komputer dan telefon pintar yang dilengkapi kemudahan internet secara berpanjangan dan tanpa bimbingan boleh meningkatkan risiko pelajar untuk mengalami gangguan emosi yang meliputi kebimbangan, kemurungan, tekanan perasaan, takut, marah, sedih, dendam dan sebagainya. Masalah emosi ini mungkin timbul akibat gangguan dan serangan siber yang kemudiannya boleh membawa kepada perubahan tingkah laku yang tidak baik atau lebih berat lagi, meningkatkan kecenderungan untuk membunuh diri. Di samping itu, pihak yang mencetuskan gangguan dan serangan siber juga mungkin mengalami masalah dan tingkah laku yang perlu dirawat demi kelangsungan hidup yang sejahtera. Salah satu pendekatan yang sering digunakan kini untuk menangani masalah berkaitan emosi dan tingkah laku ialah Rational Emotive Behavior Therapy (REBT). Keberkesanan REBT tidak dinafikan namun dalam pendekatan tersebut telah mengabaikan aspek agama, khususnya agama Islam yang bersifat sejagat dan syumul serta begitu akrab dengan masyarakat nusantara. Justeru, artikel ini akan membahaskan tentang kepentingan untuk menyuntik unsur keislaman dalam REBT dan seterusnya mencadangkan unsur keislaman yang sewajarnya dimasukkan dalam REBT. Berdasarkan cadangan-cadangan tersebut maka satu modul penerapan unsur keislaman dalam REBT boleh dibina dan diuji keberkesanannya untuk menangani kesan gangguan dan serangan siber dan juga masalah-masalah lain yang berkaitan emosi dan tingkah laku.

Kata kunci - REBT, Islam, Gangguan Siber

(2)

PENDAHULUAN

Pertumbuhan pesat era digital membolehkan sebahagian besar masyarakat dunia menggunakan pelbagai teknologi untuk mengakses banyak maklumat melalui Internet (Bullock, Wong-Lo, & Gable, 2011). Walaupun pertumbuhan tersebut telah menimbulkan kebimbangan terutama dalam hal yang melibatkan penggunaan Internet dalam kalangan pelajar sekolah menengah (Couvillon & Ilieva, 2011), namun tidak dinafikan bahawa bahawa inovasi elektronik itu memudahkan manusia untuk terus berhubung dengan rakan-rakan dan keluarga yang dikenali, serta bertemu rakan-rakan baharu atau ahli keluarga dari seluruh dunia(Barrett, 2009). Lebih penting lagi, Internet berguna bagi pelbagai pihak untuk mendapatkan maklumat pendidikan, sumber dan rangkaian pembelajaran kolaboratif (Cassidy, Faucher, & Jackson, 2013).

(3)

Kesan Buli Ke atas Emosi

Emosi adalah suatu reaksi tubuh bagi menghadapi situasi tertentu. Tidak ada satu difinisi yang tepat tentang emosi tetapi sering ditakrifkan dengan merujuk kepada senarai: marah, jijik, ketakutan, kegembiraan, kesedihan, dan kejutan(Cabanac, 2002). Kajian oleh (Mishna et al., 2010) ke atas 2,186 pelajar sekolah menengah mendapati buli siber menyebabkan peserta melaporkan perasaan marah , sedih, dan tertekan selepas dibuli dalam talian. Buli siber memberi kesan yang amat besar terhadap emosi pelajar misalnya, kajian ke atas pelajar di Switzerland dan Australia menunjukkan mangsa mengalami kadar kemurungan yang tinggi akibat di buli siber (Perren, Dooley, Shaw, & Cross, 2010), mengalami harga diri yang rendah(Patchin & Hinduja, 2010), kurang keyakinan diri dan mengalami masalah kesihatan (Thom et al., 2011), Juga di sedari bahawa kesan emosi menyebabkan berlaku peningkatan tahap kemurungan, kebimbangan, gejala psiko-somatik (M. Campbell, Spears, Slee, Butler, & Kift, 2012, Reijntjs et al. 2010). Pelajar yang dibuli siber juga mengalami ketakutan sehingga trauma, kekurangan empati afektif(Renati, Berrone, & Zanetti, 2012) dan tidak berupaya melaporkan kejadian tersebut malah mungkin terlibat dengan tingkahlaku itu. Dalam kajian ke atas 2,070 pelajar sekolah menengah di Luxembourg menunjukkan bahawa pembuli siber didapati kurang empati berbanding yang bukan pembuli siber(Steffgen, König, Pfetsch, & Melzer, 2011), (Hinduja & Patchin, 2009) telah mengkaji 184 pelajar Amerika di buli siber dan mendapati bahawa kira-kira 50 % daripada mereka telah mengalami kesukaran emosi, termasuk marah, sedih, kecewa, rasa malu, dan rasa takut. Jika masalah emosi yang berkaitan dengan buli siber tidak dirawat, masalah tingkah laku sering tidak dapat dielakkan(Baek & Bullock, 2013). Kajian di Switzerland oleh Machmutow et al. (2012 ) mendapati hubungan yang kuat antara mangsa pembulian di ruang siber adalah penyebab peningkatan kemurungan. Di United Kingdom , Slonje , Smith, dan Frisen (2013 ) melaporkan emosi negatif mangsa buli termasuk marah, sedih, kecewa, malu , kesepian, dan kemurungan. Penyelidik Kanada, Bonanno dan Hymel (2013 ) melaporkan bahawa kemurungan dan penjanaan idea membunuh diri sering diakibatkan oleh pengalaman di buli siber.

Kesan Buli ke Atas Mental

(4)

& Kift, 2013; Davydov, Stewart, Ritchie, & Chaudieu, 2010). Kenyataan ini selaras dengan pendapat bahawa beban gangguan mental mungkin telah dipandang ringan kerana kurang perhatian yang mencukupi keberkaitan antara penyakit mental dan keadaan kesihatan yang lain . (Prince et al., 2007) menyatakan tidak ada sebarang kesihatan tanpa kesihatan mental. Masalah kesihatan mental di laporkan telah menjejaskan 10-20% kanak-kanak dan remaja di seluruh dunia(Kieling et al., 2011). Pembuli berisiko mendapat implikasi kesihatan mental berbanding pelajar yang tidak dibuli (Aricak, 2014). Kajian Karen Waterrs (2011) medapati tingkah laku buli menyebabkan magsa boleh terdorong untuk membunuh diri, selain boleh menyebabkan risiko simptom masalah psikosomatrik termasuk sakit kepala, kepusingan, sakit belakang, sakit-sakit tubuh, muntah, hilang selera makan, kencing malam, keletihan, sukar tidur, masalah kulit, ketegangan perasaan dan sebagainya. Satu lagi penemuan penting ialah pembuli siber lebih cenderung menjadi mangsa siber dan berisiko untuk meghadapi masalah kesihatan mental. (Beckman, Hagquist, & Hellström, 2012)

Kesan Buli ke Atas Tingkahlaku

(5)

Kesan Buli ke Atas Sosial

Kesan buli ke atas sosial merujuk kepada hubungan mangsa dengan persekitaran sosial seperti mengelak diri dari dunia sosial, mengelak diri melakukan aktiviti sosial, sikap tidak mahu berkawan, malah mengelak diri daripada menggunakan internet. Kebanyakan pelajar yang membuli siber tidak berfikir bahawa buli mereka adalah keras atau bahawa mereka telah memberi kesan kepada mangsa-mangsa mereka. M. Campbell et al., 2013 mlaporkan bahawa mangsa buli mengalami kesukaran sosial dan menunjukkan skala yang lebih tinggi terhadap tekanan, kemurungan dan keresahan berbanding pelajar yang tidak terlibat dalam mana-mana buli. Pendapat ini selaras dengan faktor-faktor risiko yang berkaitan dengan buli siber termasuk tahap yang lebih tinggi terhadap tingkah laku antisosial dan kurang pengaruh rakan sebaya (Cappadocia, Craig, & Pepler, 2013).Kajian ke atas pelajar sekolah menengah mendapati terdapat hubungan yang tinggi terhadap penganiayaan siber di dapati lebih teruk daripada penganiayaan berbentuk fizikal dan lisan (Chen et al., 2012).Penemuan kajian ini mendedahkan bahawa buli siber muncul akibat masalah keretakan hubungan, iri hati, sikap tidak bertoleransi, dan putus persahabatan ; mangsa mengalami kesan negatif terutamanya hubungan sosial mereka dan membawa kepada masalah tingkah laku tidak sesuai, seperti tidak hadir, atau tidak bersemangat ke sekolah .(Hoff & Mitchell, 2009).m Campbell et al., 2012 percaya bahawa buli membawa kesan yang besar kepada kehidupan mangsa, kebimbangan ini mungkin berasas apabila hanya 26% daripada mangsa buli siber berfikir tindakan mereka tidak mempunyai apa-apa kesan ke atas kehidupan mangsa mereka (M. a. Campbell, Slee, Spears, Butler, & Kift, 2013). Di samping itu, pihak yang mencetuskan gangguan dan serangan siber dan pihak yang menerima gangguan juga mungkin mengalami masalah dan tingkah laku yang perlu dirawat segera supaya tidak mengambil tindakan-tindakan diluar kawalan.

Kesan Buli Siber ke atas Keinginan Bunuh Diri

(6)

mengakhiri hidupnya (CBS News 2013). Hinduja dan Patchin (2010) mengumpul data dari tahun 1963 ke atas pelajar-pelajar di sekolah-sekolah menengah di Amerika mendapati bahawa remaja yang terlibat dalam buli siber sebagai mangsa dan pembuli dilaporkan mempunyai tahap yang lebih tinggi pemikiran membunuh diri malah kadar yang lebih tinggi percubaan bunuh diri daripada pelajar-pelajar yang tidak terlibat dalam buli siber.Walaupun kajian mengenai hubungan antara buli siber dan bunuh diri belum muktamad , ia melaporkan bahawa ramai mangsa di ruang siber yang mati akibat bunuh diri mempunyai masalah psikologi. Berita Amerika Syarikat ( 2012 ) telah memperkenalkan satu kajian yang bermakna yang berkaitan dengan kes-kes bunuh diri yang melibatkan 41 orang muda di seluruh negara-negara di Australia, Kanada , United Kingdom , dan Amerika Syarikat. Menurut laporan itu, 32% daripada mangsa siber mengalami gangguan mood, dan 15 % mempunyai kemurungan. Penyelidikan yang berkaitan dengan buli siber dan bunuh diri masih terhad , dan penyelidikan lebih lanjut diperlukan untuk menilai pembolehubah seperti sokongan sosial, lokus kawalan dalaman, harga diri, dan kemurungan dan bunuh diri ( Hinduja dan Patchin 2010).Sesetengah penyelidik (contohnya, Hinduja dan Patchin 2007, 2009) juga percaya bahawa pelajar yang kurang upaya, terutamanya mereka yang mempunyai atau berisiko ketidakupayaan emosi dan tingkah laku, mengalami kesan negatif yang lebih besar daripada siber buli daripada pelajar upaya.

Referensi

Dokumen terkait

Barang siapa yang berkhianat dalam urusan rampasan perang itu, maka pada hari kiamat ia akan dating membawa apa yang dikhianatkannya itu, kemudian tiap- tiap diri akan

The primary objectives of this meeting were (1) to update participants on the current global and regional status of seasonal, avian and other novel influenza subtypes; (2)

Perangkap kemiskinan; kemiskinan di sektor pertanian bukan hanya masalah ekonomi melainkan juga masalah sosial budaya dimana para petani terperangkap dalam lingkaran

kebijakan yang telah dan akan dibuat yang berkaitan dengan masalah sosial yang. terjadi di Indonesia seperti PNPM Mandiri, Kredit Usaha

e) Pembatalan sepihak atas hasil-hasil Konferensi Meja Bundar, termasuk pembubaran Uni Indonesia-Belanda. Akibatnya banyak pengusaha Belanda yang menjual perusahaannya

Teaching how the structural and behavioral aspects of a system can be analyzed, specifed and designed using Class, Sequence and Activity Diagrams.... Usecase

This tutorial explains how to design a nice liquid expandable section with rounded corners (top-left, top-right, bottom-left, bottom-right) using some lines of

KONTRIBUSI POWER TUNGKAI DAN KESEIMBANGAN DINAMIS TERHADAP HASIL DRIBBLE-SHOOT DALAM PERMAINAN FUTSAL.. Universitas Pendidikan Indonesia | repository.upi.edu