• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pengukuran masa perjalanan dalam menentu

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Pengukuran masa perjalanan dalam menentu"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Perindustrian merupakan salah satu sektor penting dalam pembangunan harta tanah di Malaysia pada masa kini. Satu sistem perancangan yang baik untuk sektor perindustrian dapat meningkatkan kemampuan pencapaiannya bagi pembangunan negara (Aniza, 2001). Perkembangan pembangunan sektor industri menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Perletakan kawasan perindustrian adalah penting kerana lokasinya akan memberi kesan kepada pembangunan lain di persekitarannya. Pembinaan kilang-kilang dan gudang-gudang memerlukan kawasan yang strategik dan sesuai di mana lokasinya mudah diakses oleh organisasi atau firma yang memerlukan hasil daripada pengoperasian pembangunan tersebut.

(2)

1.2 Latar Belakang Masalah

Pembangunan industri yang ditentukan oleh pihak berkuasa tempatan masih terdapat beberapa masalah terutamanya berhubung kait dengan aspek perletakan sesebuah industri di kawasan tertentu. Pihak pemaju juga tidak terkecuali memainkan peranan penting dalam perancangan industri khususnya faktor kemudahsampaian bagi lokasi industri. Pemilihan kawasan perindustrian merupakan proses awal bagi menentukan lokasi yang sesuai bagi pembangunan yang dirancang. Hal ini penting kerana lokasi industri yang tidak sesuai akan menyebabkan kenaikan kos, kelewatan tempoh masa dan jarak perjalanan yang panjang bagi pengangkutan. Secara tidak langsung hal ini akan menyebabkan keuntungan firma berkurangan dan tidak mencapai matlamat yang dirancang.

Masalah yang timbul di peringkat perancangan perindustrian boleh mendatangkan banyak kesan negatif dan seterusnya menghalang perindustrian dari terus berkembang maju (Mazlin, 2008). Kriteria pemilihan kawasan pembangunan biasanya berbeza mengikut jenis harta tanah yang hendak dibina. Contohnya pembangunan rumah kedai sebagai harta tanah perdagangan haruslah mengambil kira kawasan yang mempunyai bilangan pengunjung dan pembeli yang maksimum. Hal ini kerana pembangunan harta tanah tersebut memfokuskan perspektif pembeli berdasarkan kawasan yang banyak permintaan. Namun, bagi pembangunan harta tanah perindustrian pula, pembinaannya berdasarkan zon perancang dan guna tanah. Perancangan industri berat haruslah dibina di kawasan yang jauh dari kawasan perumahan dan perdagangan, manakala industri ringan dan sederhana pula biasanya ditempatkan di kawasan berdekatan perdagangan.

(3)

menyebabkan tapak tersebut berpotensi dalam memberi pulangan dan nilai pasaran. Tapak yang mempunyai kemudahsampaian yang tinggi adalah sesuai untuk pembangunan kerana ia berpotensi untuk memberi pulangan kepada pelaburan projek pembangunan serta menghasilkan nilai pasaran yang tinggi.

Kemudahsampaian perlu dikira dalam menentukan suatu tapak yang sesuai, iaitu tapak yang banyak terdapat kemudahan di sekitarnya. Kemudahsampaian dikira berdasarkan jarak, masa dan kos (Zhu, Liu dan Yeow, 2005). Kemudahsampaian boleh dikira dengan menggunakan perisisan Sistem Maklumat Geografi (GIS). GIS adalah satu pendekatan yang boleh digunakan dalam mengira kemudahsampaian dengan menggunakan perisian GIS (Farraw dan Nelson, 2001). Antara perisian GIS yang dapat mengira kemudahsampaian dan seterusnya menentukan tapak adalah Arcview dan ArcGIS.

Pemilihan lokasi adalah sesuatu yang sukar dilakukan dalam perancangan pembangunan perindustrian. Prinsip dalam perancangan kawasan perindustrian lebih banyak memfokuskan kepada aspek fizikal dan persekitaran. Kesilapan dalam memilih lokasi industri yang dirancang boleh memberi kesan negatif kepada projek pembangunan itu pada masa akan datang. Contohnya, projek tersebut tidak mendatangkan keuntungan, kesukaran membekalkan perkhidmatan dan produk kepada firma, risiko pencemaran kepada kawasan persekitaran industri dan sebagainya. Bagi mengelak masalah ini berlaku, analisis pemilihan tapak perlu dijalankan bagi memfokuskan lokasi yang sesuai terutamanya dalam aspek kemudahsampaian.

(4)

(1994) dalam Greg et al. (2003) yang mengatakan sekatan undang-undang dan peraturan kerajaan seperti pengezonan dan kawalan guna tanah merupakan faktor penting dalam pemilihan tapak.

Aspek kemudahsampaian juga menitikberatkan peluang kepada individu itu terhadap lokasi yang diberi agar memudahkan mereka untuk menyertai sesuatu aktiviti. Pada asasnya kemudahsampaian mewakili aktiviti yang mudah untuk dicapai dari lokasi tertentu dengan adanya sistem pengangkutan (Zhu, et. al, 2004). Ini menunjukkan sesuatu aktiviti seperti perindustrian boleh dicapai dengan adanya kemudahsampaian yang sangat baik. Maka kajian ini hanya memfokuskan kepada kriteria kemudahsampaian sahaja sebagai suatu aspek penting dalam menentukan kesesuaian lokasi perindustrian.

Pengukuran kemudahsampaian lokasi industri biasanya terdiri daripada jarak perjalanan, masa perjalanan dan kos perjalanan. Menurut Zhu Liu dan Yeow (2005), penggunaan masa dan wang secara minimum akan mendorong lebih banyak aktiviti yang boleh dicapai di dalam suatu masa yang ditetapkan. Penjimatan masa dan wang tersebut menunjukkan bahawa kemudahsampaian lokasi industri tersebut adalah lebih baik. Kemudahsampaian juga diukur dalam bentuk jarak laluan terdekat di mana ia boleh didefinisikan sebagai jarak yang paling dekat untuk dilalui antara satu nod dengan nod yang lain (Yang, 2004). Penggunaan jarak perjalanan terdekat biasanya diperlukan di antara dua lokasi sama ada dari satu bilik ke bilik yang lain, satu jalan ke jalan yang lain atau dari satu bandar ke bandar yang lain (Rohaizan, 2005).

(5)

keutamaan pembeli dalam pemilihan tapak. Penentuan lokasi yang bersesuaian bagi sesebuah industri yang melibatkan jarak akan dianalisis mengunakan analisis rangkaian. Oleh itu, pemilihan lokasi dengan mengambil kira faktor kemudahsampaian berasaskan masa perjalanan kenderaan akan menentukan tahap kesesuaian lokasi industri tersebut yang akan digambarkan menggunakan Sistem Maklumat Geografi (GIS).

1.3 Penyataan Masalah

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) merupakan pihak yang bertanggungjawab dalam perancangan sesuatu pembangunan dan penentuan perletakan kawasan perindustrian di sesuatu kawasan. Menurut Garis Panduan Perancangan Kawasan Perindustrian (2005), masalah yang masih diketengahkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) adalah dari aspek perancangan. Kriteria yang ditetapkan dalam perancangan kawasan perindustrian merangkumi konsep kemudahsampaian, komponen dan kualiti, keselamatan dan kesejahteraan, kebersihan dan keindahan, pengoptimuman, dan dokumen yang informatif.

(6)

Lokasi industri yang mempunyai kemudahsampaian yang tinggi memudahkan pemasaran barangan. Secara tidak langsung, kos penghantaran boleh diminimumkan kerana jarak perjalanan yang dekat dan tempoh masa yang singkat. Aplikasi GIS boleh digunakan untuk menganalisis kemudahsampaian sesuatu lokasi industri di sesebuah kawasan yang kemudahannya boleh digunakan untuk menggambarkan tahap kesesuaian lokasi berkenaan. Maka, sistem ini akan menjadi alat dalam perancangan kawasan industri yang memberi manfaat kepada pelbagai pihak yang terlibat dalam perancangan dan pembangunan industri.

Berdasarkan penyataan masalah yang telah dinyatakan, kajian ini akan dijalankan terhadap aspek pengukuran kemudahsampaian lokasi yang beasaskan masa perjalanan kenderaan. Hal ini kerana sesebuah firma industri amat mementingkan aspek penjimatan kos. Kos pengangkutan dipengaruhi oleh jarak dan masa perjalanan.

(7)

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah seperti berikut:

a) Membincangkan faktor-faktor penting yang mempengaruhi kemudahsampaian sesuatu lokasi industri; dan

b) Mengukur kemudahsampaian lokasi industri secara spatial berdasarkan masa perjalanan kenderaan dan menentukan kesesuaian lokasi berdasarkan masa perjalanan terpantas.

1.5 Skop Kajian

Skop kajian ini memfokuskan kepada dua aspek utama berkaitan dengan pembangunan kawasan industri yang terdiri daripada aspek kemudahsampaian dan lokasi industri. Satu aspek kemudahsampaian yang dikaji adalah berasaskan masa perjalanan (time-travel) yang akan diukur bagi menentukan tahap kemudahsampaian sesuatu lokasi industri. Aspek kedua yang menjadi fokus kajian adalah faktor-faktor lokasi yang bersifat ruang (spatial). Faktor-faktor lokasi adalah penting bagi menentukan kesesuaian lokasi industri di peringkat perancangan.

(8)

susu. Jaringan jalan raya yang lengkap di sekitar kawasan MBJB digunakan dalam kajian untuk memudahkan lagi hasil kajian yang tepat.

GIS akan digunakan dalam kajian ini bagi menentukan lokasi yang sesuai bagi industri sederhana. Analisis rangkaian dalam sistem tersebut digunakan bagi mengukur kemudahsampaian berasaskan masa perjalanan dari kawasan industri ke kawasan perdagangan yang berhampiran. Bagi mengukur masa perjalanan, jarak juga diperlukan bagi mengukur masa.

Selain itu, skop kajian fokus kepada suatu lokasi industri sederhana yang paling sesuai dan menguntungkan di mana produk yang dikeluarkan dapat sampai ke tempat yang dituju dengan mudah, selamat serta dapat memenuhi kriteria yang diingini kedua-dua pihak sama ada daripada pihak pembeli atau pembekal dan pengusaha industri tersebut.

(9)

1.6 Kepentingan Kajian

Pada amnya, terdapat dua perkara utama yang berkait dengan persoalan yang dibincangkan. Pertama, persoalan faktor-faktor kemudahsampaian yang boleh diukur untuk mengetahui tahap kesesuaian tapak industri. Kedua ialah penggunaan GIS untuk menentukan ukuran kemudahsampaian bagi lokasi industri yang sesuai. Oleh itu, kajian ini penting kepada:-

1.6.1 Pihak Berkuasa Tempatan

Pihak Berkuasa Tempatan seperti Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) memainkan peranan penting dalam merancang pembangunan tanah. Oleh itu, kajian ini penting kepada MBJB untuk mengkaji semula segala permasalahan berkaitan pembangunan yang dijalankan khususnya perancangan bagi pembangunan harta tanah industri. Selain mengkaji dari aspek guna tanah, aspek kemudahsampaian juga perlu diambilkira. Oleh itu, penting bagi MBJB dalam mengkaji kepentingan kemudahsampaian dalam merancang lokasi pembangunan industri.

1.6.2 Pihak Pemaju dan Pengusaha Industri

(10)

supaya pengusaha industri dapat memastikan bahawa operasi industri tersebut berjalan lancar apabila industri sudah siap dibangunkan.

1.6.3 Firma Perdagangan

Kemudahsampaian lokasi sesebuah industri penting bagi organisasi dan firma yang berurusan dengan perusahaan tersebut bagi mendapatkan bekalan produk dan perkhidmatan. Antara faktor kemudahsampaian yang penting dalam konteks ini adalah jarak dan masa perjalanan firma dengan industri tersebut. Jarak yang dekat akan menjimatkan kos perjalanan dan pengangkutan, serta masa perjalanan. Oleh itu kajian ini penting bagi firma supaya mereka bijak membuat keputusan untuk memilih lot perdagangan yang mempunyai kesesuaian jarak tertentu.

1.6.4 Kepentingan Pembangunan dan Kualiti Persekitaran

(11)

1.7 Metodologi Kajian

Keputusan kajian ini bergantung kepada langkah-langkah menjalankan kajian iaitu dalam mendapatkan sumber-sumber data yang lengkap. Oleh itu, metodologi kajian ini akan menjelaskan dengan terperinci berkenaan kaedah kajian yang digunakan untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. Beberapa langkah telah dikenalpasti dalam menjalankan kajian terhadap kemudahsampaian lokasi industri yang sesuai. Metodologi kajian diterangkan dalam lima peringkat seperti berikut:

1.7.1 Peringkat Pertama : Mengenalpasti Penyataan Masalah

Peringkat pertama merupakan peringkat pemahaman awal. Idea-idea kajian akan diwujudkan daripada isu yang telah dikenalpasti dan diperolehi daripada pembacaan bahan-bahan rujukan seperti jurnal, keratan akhbar atau artikel, internet, buku-buku dan bahan ilmiah yang lain. Setelah menjelaskan penyataan masalah kajian, objektif kajian pula dikenalpasti. Melalui objektif tersebut, pemilihan skop dan kepentingan kajian akan ditentukan. Oleh itu, kajian dapat dijalankan berpandukan kepada objektif kajian yang hendak dicapai.

1.7.2 Peringkat Kedua : Kajian Literatur

(12)

akan dikumpul daripada bahan-bahan rujukan utama termasuk pembacaan buku-buku, jurnal-jurnal, tesis-tesis, internet dan bahan-bahan ilmiah yang bersesuaian dengan isu yang dikaji berkenaan kemudahsampaian dan kesesuaian lokasi industri. Melalui kajian literatur, teori-teori serta perkara asas mengenai perancangan lokasi perindustrian dapat diketahui dengan lebih jelas. Kajian literatur dapat menunjukkan gambaran sebenar kajian kes yang dipilih supaya memperoleh pemahaman yang lebih baik mengenai masalah dalam menentukan lokasi industri yang sesuai dalam aspek kemudahsampaian.

1.7.3 Peringkat Ketiga: Kajian Lapangan

Kawasan Pentadbiran MBJB dijadikan lokasi kajian yang asas untuk mendapatkan maklumat bagi pengumpulan data kawasan kajian. Maklumat yang diperlukan ini melibatkan data terperinci yang melibatkan kepadatan penduduk, lokasi kilang susu, pembangunan perindustrian di kawasan sekitar, jaringan pengangkutan yang terdapat di kawasan kajian, pembangunan persekitaran, kawasan pasaran dan sebagainya.

(13)

1.7.4 Peringkat Keempat : Menganalisis Data Kajian

Data-data yang diperoleh daripada sumber sekunder akan dianalisis untuk mencapai objektif kajian ini. Kaedah analisis yang digunakan ialah analisis rangkaian. Kaedah ini digunakan untuk menentukan masa perjalanan terpantas berdasarkan jarak perjalanan terpendek dalam menentukan tahap kemudahsampaian. Analisis ini menggunakan beberapa fungsi di dalam Sistem Maklumat Geografi (GIS) seperti lapisan dan pengkelasan untuk mendapatkan hasil bagi lokasi industri yang sesuai.

1.7.5 Peringkat Kelima : Kesimpulan dan Cadangan

Peringkat terakhir di dalam kajian ini adalah membuat kesimpulan. Pada peringkat ini, kesimpulan akan diperolehi daripada hasil analisis yang dilakukan berdasarkan objektif kajian yang telah dinyatakan pada peringkat awal kajian. Selain itu, cadangan-cadangan, limitasi dan permasalahan kajian, serta cadangan kajian lanjutan juga dinyatakan di dalam kesimpulan.

1.8 Susunatur Bab

(14)

dijalankan. Huraian ringkas ini diharapkan dapat memberi sedikit gambaran dan pemahaman terhadap keseluruhan perbincangan dalam penulisan ini.

1.8.1 Bab 1 : Pengenalan

Bab ini menerangkan kepentingan kemudahsampaian dalam sesebuah pembangunan industri yang memberi kesan kepada organisasi atau firma yang secara langsung terlibat dalam urusan mendapatkan bekalan daripada industri tertentu. Di samping itu, dalam menentukan kemudahsampaian sesuatu lokasi industri pemilihan tapak adalah proses awal dalam menentukan lokasi yang sesuai untuk pembangunan industri. Hal ini penting bagi kelancaran pengoperasian industri dan kemudahsampaian yang menjadi ukuran penting bagi firma yang ingin berhubung dalam aktiviti perniagaan dengan industri tersebut.

1.8.2 Bab 2 : Lokasi Industri, Kemudahsampaian dan Aplikasi Sistem Maklumat Geografi (GIS)

(15)

1.8.3 Bab 3 : Metodologi Kajian

Bab ini menerangkan berkaitan dengan metodologi kajian iaitu cara-cara pengumpulan data yang digunakan bagi mencapai objektif-objektif kajian berkenaan kesesuaian lokasi industri berdasarkan aspek kemudahsampaian. Kaedah analisis data yang hendak digunakan juga dinyatakan dalam bab ini iaitu berdasarkan teknik Analisis Spatial (Spatial Analysis) dengan menggunakan GIS untuk mengenalpasti kemudahsampaian yang tinggi dan lokasi industri yang sesuai.

1.8.4 Bab 4 : Analisis Pengukuran Kemudahsampaian Lokasi Industri Berasaskan Masa Perjalanan Kenderaan

(16)

1.8.5 Bab 5 : Kesimpulan dan Cadangan

Bab terakhir ini merangkumi huraian daripada hasil analisis kajian. Hasil analisis tersebut akan dirumuskan sebagai suatu penemuan kajian. Selepas membuat kesimpulan kajian, penulis menyatakan cadangan bagi mengatasi masalah yang wujud di dalam menentukan lokasi industri yang sesuai untuk pembangunan industri pada masa hadapan yang mementingkan aspek kemudahsampaian.

1.9 Kesimpulan

(17)

Rajah 1.1: Carta Alir Metodologi Kajian PENYATAAN

MASALAH

Apakah faktor lokasi yang memberi kesan kepada kesesuaian dan kemudahsampaian industri?

i) Membincangkan faktor-faktor penting yang mempengaruhi

kemudahsampaian sesuatu lokasi industri.

ii) Mengukur kemudahsampaian lokasi industri secara spatial berdasarkan

masa perjalanan kenderaan dan menentukan kesesuaian lokasi berdasarkan masa perjalanan terpantas.

ii)Faktor lokasi yang bersifat spatial bagi menentukan tahap kesesuaian dan tahap kemudahsampaian kawasan industri. lokasi dan kawasan yang terbaik untuk pembangunan industri sederhana

i) Blok Perancangan MBJB (dari MBJB)

ii) Kawasan Perindustrian (dari MBJB)

iii)Gunatanah semasa (dari IRDA)

iv)Jaringan Jalan Raya (dari IRDA)

Data berdasarkan nilai min masa ANALISIS

Referensi

Dokumen terkait

Metode pengambilan sampel yang digunakan dalam penelitian ini adalah non probability sampling dimana tiap konsumen atau responden yang memenuhi criteria populasi tidak

Penelitian ini dilakukan untuk mengetahui kemampuan isolat khamir yang berasal dari rhizosfer mangrove dalam menghasilkan IAA serta pengaruh lama waktu inkubasi terhadap

Title Sub Title Author Publisher Publication year Jtitle Abstract Notes Genre URL.. Powered by

waktu yang dibutuhkan dalam membunuh kecoa periplaneta Americana pada konsentrasia 4 gram sebanyak 50 menit, Setelah melakukan penelitian kemampuan pasta gigi

Hasil uji hipotesis ditemukan bahwa variabel Stres Kerja dalam penelitian ini memiliki pengaruh yang signifikan terhadap Kinerja Pegawai khususnya pada responden di

CATATAN: Jika Anda tidak dapat menyalakan (boot) komputer dan tidak dapat menggunakan cakram perbaikan sistem yang telah dibuat sebelumnya (hanya model tertentu), Anda harus membeli

Penelitian ini bertujuan untuk membuat suatu operator training simulator yang dapat dengan mudah digunakan serta dapat merepresentasikan proses unit metanasi pada

Seorang puas tercermin melalui sikap dan perilaku perawat atau karyawan dalam bekerja, misalnya dia akan semakin loyal pada instansi tempat bekerja, bekerja dengan