• Tidak ada hasil yang ditemukan

Assignment Mapp2231

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Assignment Mapp2231"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

PENGENALAN

Bermulanya pengurusan wad adalah apabila pesakit melangkah kaki dan mendaftarkan diri di mana-mana Pusat Kesihatan samada dari pihak kerajaan mahupun swasta. Pengurusan yang efisien dan selamat membolehkan pesakit menjalani rawatan dengan lebih sempurna dan berjaya. Pengurusan yang lancar terutamanya di dalam wad dapat mengelakkan daripada berlakunya sebarang kecuaian yang boleh menyebabkan pesakit hilang keyakinan kepada sesebuah agensi kesihatan dalam memberikan rawatan mahupun dari segi pengurusan.

Selain dari pengurusan wad, penjagaan keselamatan pesakit di wad juga mestilah di ambil berat oleh semua kakitangan dalam sesebuah wad. Ini bagi mengelakkan daripada terjadinya kecederaan kepada pesakit yang boleh menyebabkan pesakit mengalami komplikasi dan menjejaskan intervensi rawatan yang akan diberikan. Ianya juga merupakan tanggungjawab kakitangan bagi memastikan pesakit dalam keadaan selamat dan selesa bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

(2)

PENCARIAN LITERATUR

KUALA LUMPUR: Keselamatan pesakit menjadi matlamat utama untuk dicapai oleh semua peringkat sistem kesihatan di sektor awam mahupun swasta, kata Ketua Pengarahnya Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican. Agenda itu dipersetujui pada mesyuarat Majlis Keselamatan Pesakit Malaysia yang diadakan untuk kali pertama tahun ini, kata beliau dalam satu kenyataan. "Majlis Keselamatan Pesakit Malaysia telah melalui mesyuarat pertamanya bagi 2010 baru-baru ini dan bersetuju menjadikan isu keselamatan pesakit perlu diberi tumpuan utama oleh setiap badan profesional kesihatan.

"Kita berpendirian tegas dalam isu ini kerana ia tidak boleh dikompromi walau apa pun situasi yang kita hadapi," katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Sehubungan itu, beberapa langkah akan dikuatkuasakan bermula tahun ini bagi menerajui usaha meningkatkan keselamatan sistem rawatan pesakit baik di sektor awam dan swasta.

Antara langkah-langkahnya ialah:

 keselamatan pesakit dijadikan agenda tetap dalam seminar atau mesyuarat saintifik yang dianjurkan kolej-kolej Akademi Perubatan Malaysia dan badan profesional dan juga mesyuarat pengurusan organisasi penjagaan kesihatan;

 semua hospital mesti memastikan amalan kebersihan tangan oleh semua pejawat dan pelawat;

 kesemua hospital perlu melaksanakan Program Keselamatan Pembedahan menggunakan pelan 'Malaysian Safe Surgery Implementation Guidelines' yang akan diagih ke seluruh negara tahun ini

 Program Tinjauan Keselamatan Pesakit Kebangsaan di mana Ketua Pengarah Kesihatan akan melakukan pemeriksaan berkala secara

(3)

rambang terhadap fasiliti penjagaan kesihatan kerajaan, universiti serta pihak swasta;

 pelaksanaan Sistem Laporan dan Pemantauan Keselamatan Pesakit bertujuan melaporkan insiden perubatan yang berlaku di hospital-hospital swasta.

 pelaksanaan Tinjauan Keselamatan Ubatan dan Jangkitan Hospital di mana semua organisasi rawatan kesihatan dikehendaki melaporkan kesilapan ubat-ubatan serta jangkitan hospital untuk proses penambahbaikan.

 pelaksanaan Audit Keselamatan Kejururawatan pada peringkat kebangsaan digalakkan disemua hospital utama awam dan swasta bertujuan meningkatkan keselamatan rawatan kejururawatan.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Pesakit Malaysia Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama)

(4)

Pengurusan wad yang berkesan dapat menjamin seseorang pesakit itu mendapat kemudahan dan rawatan yang sempurna. Pengurusan wad bertujuan untuk menghasilkan dan memberikan penjagaan terutamanya penjagaan kejururawatan sepanjang proses pesakit mendapat rawatan. Kecekapan seseorang staf itu dalam menguruskan wad dapat mengelakkan daripada terjadinya perkara yang tidak diingini kepada pesakit. Di antara objektif utama bagi pengurusan wad ialah :

-Objektif pengurusan wad

 Untuk memberikan perkhidmatan penjagaan kejururawatan yang berkualiti dan terbaik secara menyeluruh kepada semua pesakit di wad  Membantu staff dalam mencapai tahap tertinggi dalam kepuasan

pelanggan dan juga kepuasan diri sendiri ketika berkhidmat.

 Menyediakan suasana wad yang bersih, kondusif dan selamat kepada semua pesakit. Ini dapat mengelakkan pesakit daripada mendapat jangkitan, kecederaan dan kecelakaan. Pengurusan wad yang berkesan dapat mengurangkan komplikasi kepada pesakit yang disebabkan oleh kecuaian staff.

 Memberikan kemudahan asas yang terbaik seiring dengan kehendak serta keperluan pesakit tanpa menimbulkan kesulitan kepada semua staff.

 Melancarkan segala jenis pengurusan di dalam wad sehingga pesakit di discaj daripada wad tersebut.

Pengurusan wad yang cemerlang semestinya menuntut kecekapan kepada seluruh anggota wad. Ianya bermula daripada pihak pendaftar pesakit, attendan yang membawa pesakit ke katil, jururawat yang menjaga keperluan kejujurawatan, doktor yang melakukan intervensi rawatan hinggalah kepada pakar dalam sesebuah bidang itu. Terdapat beberapa komponen yang sangat penting yang perlu diambil berat oleh semua anggota yang terlibat.

Antaranya ialah :-

Komponen-komponen pengurusan wad Penjagaan pesakit.

(5)

 Penjagaan pesakit yang merangkumi aktiviti penjagaan kejururawatan terbaik kepada pesakit. Perawat mestilah peka dan mengambil berat mengenai keselesaan dan kesesuaian pesakit kepada keadaan di dalam wad.

 Selain itu, keperluan dan perjalanan rawatan atau penjagaan kepada pesakit juga perlu dititikberatkan.

 Mengambil tahu dalam perjalanan sesebuah intervensi rawatan perubatan kepada pesakit. Perawat mestilah membantu dan bekerjasama dalam melakukan prosedur, menyediakan dan menyiapkan peralatan perubatan, membantu dalam memberikan ubatan kepada pesakit dan berkerjasama dalam mengadakan rawatan kepada pesakit.

 Mengadakan perbincangan sesama staff di dalam wad mengenai keadaan semasa pesakit dan wad untuk mengetahui sebarang masalah dan berusaha untuk menyelesaikannya tanpa melibatkan sebarang komplikasi terutamanya kepada pesakit.

 Malahan, ahli keluarga pesakit juga akan dimaklumkan mengenai keadaan semasa pesakit untuk mengekalkan dan menambahbaik kesihatan pesakit terutamanya dalam menjalani rawatan perubatan pesakit ketika di rumah.

Pengurusan oleh personnel kesihatan

 Personnel kesihatan seperti pakar, pegawai perubatan, ketua jururawat dan jururawat mempunyai waktu dan masa masing-masing untuk melihat pesakit. Sebagai contoh, ‘ward round’ yang dilakukan oleh pakar pada setiap hari akan diberi keutamaan sebelum keputusan bagi sesebuah intervensi rawatan diberikan kepada pesakit.

 Personnel sokongan seperti unit-unit luar antaranya unit jantung, unit ‘hemodylisis’, unit hematologi dan sebagainya akan membantu dalam perawatan pesakit jika diminta oleh pihak yang berkaitan dan berautoriti.

(6)

 Setiap hospital di Malaysia mempunyai organisasi masing-masing yang berkerjasama dalam menguruskan keperluan alatan dan bekalan yang mencukupi.

Pengurusan penjagaan kebersihan persekitaran di dalam wad.

 Kebersihan dalam wad sangat penting kerana ini akan membantu dalam proses penyembuhan pesakit. Ini kerana, tempat yang kotor akan mempunyai mikroorganisma yang boleh menyebabkan jangkitan kepada pesakit.

 Pihak yang ditugaskan contohnya seperti pihak ‘Faber Medical Serve di Hospital Raja Permaisuri Bainun’ menyediakan keperluan keseluruhan kepada pesakit.

Pengurusan barangan domestik

 Pengurusan barangan domestik seperti sisa bahan klinikal, pembekalan air yang selamat, pencegahan daripada radiasi, dan sebagainya akan dipantau untuk menjadikan kawasan wad menjadi selamat dan kondusif.

PENJAGAAN KESELAMATAN PESAKIT

Keselamatan pesakit di wad sangat penting dalam usaha untuk memastikan semua perawatan kepada pesakit dapat dijalankan. Sekiranya pesakit tidak mendapat perlindungan keselamatan ketika berada di wad, ini akan menyebabkan banyak komplikasi kepada pesakit. Sebagai contohnya, sekiranya pesakit yang tidak mampu berjalan, tidak mendapat bantuan

(7)

ataupun pertolongan untuk bergerak ketika di wad, pesakit mungkin akan terjatuh dan mendapat sebarang komplikasi lain. Oleh yang demikian, Majlis Keselamatan Pesakit Malaysia ditubuhkan pada tahun 2003 untuk merangka dasar, strategi dan program bagi meningkatkan keselamatan pesakit dan personel perubatan sektor awam. Usaha diteruskan bagi memastikan penduduk mendapat akses kepada penjagaan yang selamat, komprehensif, mampu diperoleh dan berkualiti. Sehubungan itu, sistem pengawasan untuk memantau dan mengawal jangkitan di hospital diperkenalkan di semua hospital awam. Sistem ini akan berfungsi untuk mencegah daripada jangkitan nasokomia kepada pesakit. Oleh yang demikian, kerajaan telah melancarkan beberapa langkah-langkah untuk menerajui usaha meningkatkan sistem keselamatan kepada pesakit.

Antaranya ialah

:- Keselamatan pesakit dijadikan agenda tetap dalam seminar atau mesyuarat yang dianjurkan di mana-mana hospital kerajaan mahupun swasta.

 Semua hospital mesti memastikan amalan kebersihan tangan oleh semua pejawat dan pelawat

 Kesemua hospital perlu melaksanakan Program Keselamatan Pembedahan menggunakan pelan 'Malaysian Safe Surgery Implementation Guidelines' yang akan diagih ke seluruh negara  Program Tinjauan Keselamatan Pesakit Kebangsaan di mana Ketua

Pengarah Kesihatan akan melakukan pemeriksaan berkala secara rambang terhadap fasiliti penjagaan kesihatan kerajaan, universiti serta pihak swasta

 Pelaksanaan Sistem Laporan dan Pemantauan Keselamatan Pesakit bertujuan melaporkan insiden perubatan yang berlaku di hospital-hospital di Malaysia

 Pelaksanaan Tinjauan Keselamatan Ubatan dan Jangkitan Hospital di mana semua organisasi rawatan kesihatan dikehendaki melaporkan kesilapan ubat serta jangkitan hospital untuk proses penambahbaikan.

(8)

Selain daripada itu, pihak hospital juga telah mewujudkan beberapa peraturan dimana ianya akan memberikan jaminan mengenai keselamatan pesakit. Diantara peraturan tersebut adalah:

 Pas pelawat mengikut tingkat, wad dan warna telah disediakan dan ditentukan tempoh melawat. Pas ini diberi kepada pelawat selepas waktu melawat yang ditetapkan.

 Pas Am juga disediakan bagi pelawat yang berurusan dengan anggota hospital bagi hal-hal pentadbiran sahaja. Borang khas juga disediakan dan pelawat perlu mengisi dan mendapatkan tandatangan anggota hospital yang ditemui semasa mereka pulangkan pas am berkenaan.

 Keselamatan Dalam Wad

 Anggota hospital diarah memakai pakaian seragam dan pas pekerja semasa bertugas.

 Orang awam dibenarkan masuk wad pada masa-masa melawat sahaja kecuali diberi pas pelawat.

 Pegawal Keselamatan ditempatkan di wad bersalin, SCN dan wad kanak-kanak.

 Bayi yang baru lahir dan pesakit yang tidak sedar diri akan diikat tag pada tangannya untuk memudahkan pengesanan.

 Keselamatan Hartabenda Pesakit/Orang Awam

 Pesakit-pesakit tidak dibenarkan membawa hartabenda yang berharga.

 Jika telah membawa, mestilah mengaturkan sendiri untuk membawa pulang atau mengaturkan dengan pegawai yang menjaga unit tersebut.

 Jika berlaku kehilangan/kerosakan mestilah mengadu dengan segera kepada pegawai yang menjaga unit berkenaan.

(9)

 Pihak hospital tidak bertanggungjawab di atas kehilangan, kecurian atau kerosakan hartabenda orang awam.

 Keselamatan Pesakit Tahanan/Banduan

 Mereka sentiasa digari kepada pegawai polis/penjara atau ke objek lain yang sesuai.

 Hanya seorang tahanan dibenarkan menemui doktor pada satu masa dan diiringi oleh pegawai polis/penjara.

 Pelawat tidak dibenarkan kecuali dibenarkan oleh pegawai polis atau penjara.

RUMUSAN

Pengurusan wad yang cemerlang dan berjaya amatlah penting bagi setiap hospital samada kerajaan mahupun swasta kerana ia merupakan asas kepada berjayanya rawatan dan perkhidmatan yang diberikan kepada para pesakit. Pegurusan yang efisien dapat menjamin kelancaran proses di dalam wad kepada semua kakitangan khususnya kepada pesakit dalam mendapatkan rawatan. Perkara ini harus dititikberatkan oleh semua kakitangan wad bagi meningkatkan kualiti sistem pengurusan sedia ada agar semua kemas, teratur dan lancar.

Selain itu, dari segi penjagaan keselamatan pesakit pula adalah merupakan tanggungjawab kakitangan terhadap pesakit mereka. Ianya adalah untuk mengelakkan daripada berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini. Semua kakitangan haruslah mengambil berat akan keselamatan pesakit juga

(10)

keselamatan diri sendiri. Ianya juga bagi mengelakkan pesakit bimbang akan keselamatan meraka tidak terjamin kerana Majlis Keselamatan Pesakit Malaysia sedaya upaya cuba mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku terhadap para pesakit.

RUJUKAN

An introduction to ward management by Elizabeth Hardman. 1970 Oxford Production. http://www.slideshare.net/drleeow/polisi-inisiatif-keselamatan-pesakit-hospital www.bernama.com.my http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2010/03/19/keselamatan-pesakit-jadi-tumpuan-utama/ http://drdollah.com/penjagaan-pesakit-2/ http://www.slideshare.net/drleeow/polisi-inisiatif-keselamatan-pesakit-hospital

Referensi

Dokumen terkait