• Tidak ada hasil yang ditemukan

Case Study Ortho

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Case Study Ortho"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU SULTAN

AZLAN SHAH 31250 TANJONG RAMBUTAN

PERAK DARUL RIDZUAN.

KURSUS DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN TAHUN 3 SEMESTER 1

MAOR

( KLINIK ORTHOPEDIK )

CASE STUDY TAJUK

KEPATAHAN TULANG FEMUR

NAMA

MOHAMAD AMZAR BIN ABDUL HAMID 920210605019 BPP2013-6737

Jumlah muka surat : Tarikh Serahan :

Pengesahan Penerimaan : Nama Pengajar :

(2)

ISI KANDUNGAN

PENGENALAN 3 PENCARIAN LITERATUR 5 PERBINCANGAN 6 RUMUSAN 8 RUJUKAN 10

(3)

PENGENALAN

Tulang femur merupakan sejenis tulang yang terletak pada bahagian kiri dan kanan paha manusia. Tulang femur merupakan tulang yang terpanjang dan terkuat dalam badan manusia dan merupakan salah satu pembekal darah dalam badan manusia. Otot

quadriceps merupakan otot yang melindungi kedua-dua kiri dan

kanan tulang femur. Terdapat bahagian yang berbeza pada tulang femur antaranya ialah bahagian saf femur, kondilar, leher, trokanter dan kepala femur (head of femur).

Kepatahan tulang femur sering kali berlaku kepada golongan tua pada usia 60 tahun keatas atau golongan wanita disebabkan oleh kerapuhan tulang akibat kombinasi proses penuaan dan

osteoporosis pasca menopause. Selain itu, kemalangan yang

melibatkan daya yang sangat kuat seperti kemalangan jalan raya atau terjatuh daripada tempat yang tinggi juga akan menyebabkan kepatahan pada tulang femur. Pesakit yang mengalami masalah pada tulang seperti osteoporosis dan jangkitan pada tulang juga boleh menyebabkan pathologic femur fracture.

Terdapat dua klasifikasi kepatahan iaitu kepatahan terbuka dan tertutup. Manakala jenis kepatahan yang selalu terjadi pada tulang femur ialah comminuted, spiral, oblique dan transverse.

(4)

Kepatahan tulang femur yang sering terjadi pada bahagian proksimal femur ialah di bahagian leher dan trokanter femur. Seterusnya kepatahan yang kerap berlaku di bahagian saf femur pula ialah di bahagian tengah tulang femur dan suprakondilar femur. Kepatahan tulang saf femur kebiasaannya akan menyebabkan risiko pendarahan yang sangat teruk dan pesakit akan mengalami renjatan hipovolumik.

PENYATAAN MASALAH

Nama : Mohd Isa Bin Hassan

RN : AS 0006087751

(5)

Bangsa : Melayu

Agama : Islam

Jantina : Lelaki

Status : Berkahwin

Pekerjaan : Pembantu Am Rendah Wad : 3A ( Orthopedik Lelaki )

PENCARIAN LITERATUR

Kajian analisis statistik dari segi pemberian rawatan kepatahan menunjukkan keputusan yang memuaskan dimana dalam 83% pesakit yang mengalami kepatahan nondisplaced dirawat tanpa melakukan pembedahan. Manakala 64% daripada pesakit yang mengalami kepatahan displaced yang dirawat dengan pembedahan atau tanpa pembedahan turut mempunyai hasil yang memuaskan. (FrankChen, 2010)

Sylvia Anderson Price (1999), mendefinisikan kepatahan adalah terputusnya kesinambungan pada tulang yang biasanya disebabkan oleh trauma. Kepatahan jenis tertutup berlaku pada bahagian dalam badan dan tidak melibatkan banyak kecederaan pada salur darah. Manakala kepatahan jenis terbuka menyebabkan kecederaan salur darah yang boleh menyebabkan kehilangan banyak darah dan berisiko mendapat jangkitan.

Menurut Douglas F Aukerman (2008), tulang paha mengandungi banyak salur darah dan kepatahan boleh

(6)

menyebabkan kehilangan darah yang ketara di paha. Hal ini menyebabkan 40% dari kes kepatahan memerlukan transfusi darah kerana kecederaan itu boleh mengakibatkan kehilangan darah sehingga 3 unit darah.

Whittle AP (2007), pembedahan untuk membaiki tulang adalah dinamakan open reduction internal fixation (ORIF). Dalam pembedahan ini, pakar bedah akan menggunakan alat-alat logam khas untuk membantu menyokong tulang sementara tulang tersebut sembuh dengan memasukkan rod atau paku besar ke dalam pusat tulang. Selain itu, plat diletakkan ke tulang dengan dipasang skru beserta bingkai berada diluar kaki. Peranti ini dipanggil fiksator dalaman (internal fixation)

PERBINCANGAN DAN HUJAH

Tulang femur merupakan salah satu tulang panjang yang dilindungi oleh otot paha dan tulang yang sangat kukuh dan kuat. Walaubagaimanapun, terdapat faktor penggalak yang boleh menyebabkan peningkatan terhadap risiko kepatahan tulang femur antaranya ialah faktor usia yang semakin meningkat. Selain itu, penyakit-penyakit lain seperti kanser pada tulang yang menyebabkan anatomi tulang berubah. Kekurangan kandungan kalsium dan fosforus dalam tulang boleh mengundang penyakit osteoporosis yang menjadi penggalak kepada kepatahan tulang femur akibat daripada kerapuhan pada tulang.

Seterusnya, kekurangan penyerapan vitamin D boleh menyebabkan osteomalasia yang sering terjadi kepada kanak-kanak dengan dekalsifikasi progresif pada tisu bertulang yang menyebabkan tulang menjadi lembut. Selain itu, kepatahan tulang femur juga sering terjadi kepada pengamal sukan extreme di mana

(7)

sukan yang menggunakan daya yang kuat dan risiko untuk mendapat kepatahan tulang femur sangat tinggi.

Sekiranya seseorang individu mengalami kepatahan pada tulang femur, terdapat tanda-tanda yang boleh dilihat pada pesakit. Pesakit mengalami kehilangan fungsi pada bahagian yang mengalami kepatahan dimana pesakit tidak dapat menggerakkan kaki. Selain itu, keadaan bengkak pada kaki yang tercedera serta kesakitan akibat berlakunya spasm pada kaki tersebut merupakan tanda lain kepatahan. Pesakit juga menunjukkan keadaan

ecchymosis iaitu hematoma yang berlaku akibat daripada

pengumpulan darah dan cecair pada kawasan yang tercedera.

Deformity turut berlaku di mana kaki yang tercedera lebih pendek

berbanding kaki yang tidak tercedera.

Kepatahan tulang femur perlu dirawat dengan segera kerana pesakit akan mengalami komplikasi lain sekiranya ia lewat dirawat terutamanya kepatahan terbuka yang menyebabkan pendarahan yang teruk seterusnya kehilangan banyak darah boleh menyebabkan renjatan hipovolemik dan boleh menyebabkan kematian. Hal ini disebabkan kerana tulang femur membekalkan banyak sel darah merah dan pendarahan yang berlaku menyebabkan kehilangan isipadu darah yang teruk.

Oleh yang demikian, rawatan awal kepatahan diberikan bagi mengelakkan berlaku komplikasi. Antara pengendalian awal kes ialah dengan immobilized kaki yang tercedera dengan splint. Sekiranya telah didiagnosiskan pesakit mengalami kepatahan tulang femur, close manipulative reduction (CMR) perlu dilakukan sekiranya kepatahan yang dialami merupakan kepatahan displaced. Setelah kedudukan tulang telah dibetulkan, aplikasi plaster of paris

(POP) perlu dilakukan bagi memastikan tulang tidak dapat

(8)

Sekiranya pesakit mengalami kepatahan tertutup, aplikasi traksi perlu dilakukan sama ada traksi kulit atau traksi skeletal bergantung kepada jenis kepatahan yang dialami. Tujuan traksi dilakukan adalah bagi membetulkan alignment tulang selain dari mengurangkan pergerakan bagi mempercepatkan proses penyembuhan.

Selain itu, pesakit perlu mendapatkan rawatan pembedahan iaitu open reduction internal fixation (ORIF) bagi membetulkan kedudukan tulang. Pembedahan dilakukan bagi memasang besi seperti plat atau skru ke dalam tulang. Antara jenis pembedahan yang dilakukan ialah seperti memasukkan Moore pin, Femoral Head

Prosthesis, Smith Peterson Nail, Dynamic Hip Screw dan sebagainya

mengikut jenis dan kawasan yang mengalami kepatahan.

RUMUSAN

Kepatahan femur mendatangkan pelbagai komplikasi kepada pesakit sekiranya tidak dirawat seperti deformity pada tulang. Selain itu, komplikasi yang mungkin terjadi selepas rawatan dilakukan ialah seperti mal union, non union atau pesakit kemungkinan boleh mengalami infeksi pada tulang selepas

(9)

pembedahan dilakukan akibat daripada peralatan yang tidak steril digunakan semasa pembedahan. Hal ini perlu di titik beratkan oleh pengamal perubatan demi kebaikan kepada pesakit.

Antara langkah yang perlu di titik berat oleh pengamal perubatan ialah dengan pemberian pendidikan kesihatan yang berkesan kepada pesakit selain daripada penggunaan alatan steril semasa pembedahan dijalankan. Pesakit juga perlu peka terhadap diri sendiri dengan mengikut nasihat yang diberikan oleh pegawai perubatan.

Selain itu, pesakit bertanggungjawab dalam menjaga pemakanan bagi mengelakkan kejadian mal union atau non union. Pemakanan yang perlu diambil ialah diet yang tinggi dengan kandungan kalsium dan fosforus bagi mempercepatkan penyembuhan tulang dan pembentukan semula tulang. Di samping itu, pesakit haruslah kerap melakukan senaman selepas pesakit sembuh bagi mengelakkan dari berlaku pengecutan otot yang boleh menyebabkan hilang keupayaan pesakit menggerakkan kaki yang tercedera.

Oleh itu, penyembuhan tulang daripada kepatahan bergantung kepada rawatan yang diberikan serta penjagaan kepatahan yang baik oleh individu yang mengalami kepatahan tersebut.

(10)

RUJUKAN

AP, W. (2007). Medlineplus . Retrieved March 20, 2012, from Fractures of the lower extrimity:

http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/patientinstructions/00016 6.ht

Aukerman, D. F. (2008). Medscape. Retrieved March 22, 2012, from emedicine: http://emedicine.medscape.com/article/90779-overview

Chen, F. (2010). Arthroplasty journal. Retrieved March 20, 2012, from article: http://www.arthroplastyjournal.org/article/0883-

5403(94)90099-Price, S. A. (1999). Patofisiologi Konsep Klinik Proses Penyakit. Elsevier Health Sciences.

(11)

KURSUS DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN FORMAT PEMARKAHAN CASE STUDY

Nama pelatih: No. Matrik:

Tahun: Semester: Kawasan Penempatan:

Bil. Perkara Wajaran Skor Catatan

1 Pengenalan dan penyataan yang

jelas

10 2 Pencarian literatur yang lengkap

dan relevan

20 3 Perbincangan &hujah yang jelas,

kukuh serta menunjukkan keaslian

40

4 Rumusan yang padat dan konklusif 10

5 Sumber rujukan yang sesuai dan mencukupi

(12)

6 Format:

-Kulit pakej yang jelas

-Bilangan perkataan seperti ditetapkan

-Cetakan yang jelas dan bersih -Penjilidan yang kemas

-Format mengikut yang ditetapkan Demerit:

-Kesilapan ejaan >20 perkataan

2 2 2 2 2 -5 JUMLAH Tandatangan pemeriksa :... Nama :... Tarikh :...

Referensi

Dokumen terkait

Data produksi kedua departemen tersebut untuk bulan Januari 2014 adalah sebagai berikut :..

Penelitian ini telah mampu menghasilkan aplikasi sistem antrian dengan notifikasi berbasis android di Klinik Rizki Amalia Medika yang berisi informasi antrian serta

Misalkan f x   suatu polinomial derajat tiga yang akar-akarnya membentuk barisan aritmatika dengan nilai suku ketiga adalah tiga kali nilai suku pertama, dan jumlah

“Barangsiapa dengan sengaja mengedarkan mata uang atau uang kertas yang dikeluarkan oleh negara atau bank sebagai mata uang atau uang kertas asli dan tidak dipalsu,

Langkah-Iangkah itu dapat juga bersifat represif, seperti peringatan kepada pelaku hubungan luar negeri yang tindakannya bertentangan atau tidak sesuai dengan kebijakan politik

Pengukuran efektivitas dan efisiensi pada Kedua mesin laser cutting tersebut diperlukan sebagai evaluasi bagi perusahaan dalam mengelola faktor-faktor produksinya sehingga

warna tidak sama tersebut dengan memilih nilai temperatur dan pemberian zat kimia yang paling optimal yaitu pengaturan level optimal pada faktor temperatur

Terhadap Kinerja Surfaktan Metil Ester Sulfonat yang Dihasilkan. Bogor: Program Pascasarjana, Institut Pertanian Bogor. Potensi dan Prospek Pemanfaatan Lignin dari Limbah