• Tidak ada hasil yang ditemukan

Osteomyelitis - Case Study Klinik Orthopedik KSKBKK

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Osteomyelitis - Case Study Klinik Orthopedik KSKBKK"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

ISI KANDUNGAN

BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

01 PENGENALAN 2 02 PENYATAAN MASALAH 2 03 PENCARIAN LITERATUR 3 04 PERBINCANGAN 4-5 05 CADANGAN 6-7 06 RUMUSAN 7 07 PERANAN PPP 8 08 SENARAI RUJUKAN 9 PENGENALAN

(2)

Osteomyelitis adalah satu gangguan tulang radang yang disebabkan oleh jangkitan, yang membawa kepada nekrosis dan kemusnahan tulang. Ia boleh menjejaskan semua peringkat umur yang melibatkan apa-apa tulang tetapi ia lebih cenderung kepada kanak-kanak dan orang tua. Osteomyelitis terjadi pada tulang dan sum-sum tulang, infeksi yang terjadi dapat disebabkan oleh infeksi odontogenik. Organisma penyebab penyakit ini diklasifikasikan mengikut jenis iaitu staphilokokus , streptokokus, salmonella, pneumonia, haemophilus influenza dan e.coli. Ostieomielitis dapat berlaku pada tulang-tulang panjang, vertebra, tulang-tulang pelvik, tulang-tulang tengkorak atau mandibula. Osteomyelitis dibahagi menjadi beberapa jenis yaitu akut,subakut dan kronik. Pada kanak-kanak osteomyelitis memberi kesan kepada tulang panjang kaki dan lengan, manakala orang tua lebih cenderung untuk menghidapi penyakit ini dalam tulang yang membentuk tulang belakang (vertebra). Dalam masa yang sama penyakit ini cenderung menjangkiti orang yang mengalami masalah kesihatan seperti kencing manis sekiranya individu tersebut mempunyai ulser kaki yang tidak dijaga dengan betul. Kebanyakan orang memerlukan pembedahan untuk membuang bahagian tulang yang telah mati diikuti dengan terapi antibiotik.

PENYATAAN MASALAH

Seorang pesakit lelaki berumur 20 tahun datang ke Klinik Orthopedik Hospital Queen Elizabeth II mengadu sakit pada bahagian tangan kirinya. Sebelum ini ia pernah mengalami kepatahan secara terbuka. Di kawasan tersebut terdapat pengumpulan nanah, Nampak kemerah merahan, bengkak dan terasa panas pada bahagian tersebut. Pesakit juga mengadu merasa sakit di bahagian tulang kaki tersebut dan sudah mengalami demam selama 5 hari.

(3)

Menurut Kamus Jururawat Edisi kedua, tahun 2008, osteomyelitis ialah inflamasi sumsum tulang akibat jangkitan. Ia mungkin disusuli patah tulang di beberapa tempat atau disebabkan oleh mikroorganisma yang dibawa oleh darah. Akut Osteomyelitis yang paling kerap berlaku pada kanak-kanak menyebabkan sakit teruk, pembengkakan, dan kemerahan pada kawasan yang terlibat, biasanya pada batang tulang panjang, diikuti oleh penyakit umum dan demam panas. Kronik osteomyelitis yang mungkin menyusuli beberapa bentuk akut atau timbul tanpa disedari.

Osteomyelitis adalah infeksi tulang yang dapat menjadi masalah kronik yang akan mempengaruhi kualiti hidup atau mengakibatkan kehilangan ekstrimiti. ( Brunner & Suddart Ed. 8 vol. 3 Hal : 2343 )

Osteomylitis adalah satu proses peradangan akut atau kronik dari tulang dan struktur-strukturnya, sekunder terhadap infeksi organisma piogenik ( Carek P.J.2001 )

Osteomylitis adalah suatu infeksi yang disebarkan melalui darah yang disebabkan oleh staphylokokus aureus dan kadang-kadang Haemophylus influence. ( Henderson, 1997 )

Osteomyelitis merupakan infeksi pada tulang dan tulang sum-sum yang dapat disebabkan oleh bakteria, virus atau proses spesifik. ( Mansjoer S, 2000 )

(4)

Melalui kajian ini organisma stafilokokus aureus merupakan agen penyebab utama berlakunya ifeksi tulang. Kanak-kanak adalah penyumbang utama bagi peningkatan kes ini. Hal ini disebabkan kanak-kanak selalu mendapat luka pada mereka dan mereka sukar untuk menjaga luka yang terdapat pada mereka. Oleh yang demikian ini menambahkan lagi peluang untuk bakteria terus membiak sehinggalah boleh menyebabkan ineksi pada tulang mereka. Faktor yang kerap menyumbang kepada kes ini berlaku adalah kes-kes seperti luka terbuka, penyakit kencing manis dan

haemodylisis.

PERBINCANGAN

Kebanyakan kes osteomyelitis ini disebabkan oleh bakteria stafilokokus, iaitu sejenis kuman yang biasa dijumpai pada kulit atau di dalam tulang. Kuman boleh masuk dalam tulang dala pelbagai cara, termasuklah :

 Melalui salur darah. Kuman di bahagian-bahagian lain badan

contohnya, dari penyakit pneumonia ataupun jangkitan pada saluran kencing boleh bergerak melalui saluran darah ke tempat yang lemah dalam tulang. Pada kanak-kanak, ostemylitis paling biasa berlaku di kawasan-kawasan yang lebih lembut, yang dipanggil plat

pertumbuhan,sama ada pada akhir tulang panjang lengan dan kaki.  Daripada jangkitan luka yang berhampiran. Luka tusukan yang teruk

boleh membawa kuman jauh di dalam badan. Jika apa-apa kecederaan dijangkiti, kuman boleh merebak ke tulang yang berhampiran.

 Kepatahan atau luka terbuka juga boleh menyebabkan berlakunya penyakit ini. Kepatahan yang menyebabkan tulang terputus dan serta tusukan tulang yang menembusi kulit boleh mengakibatkan kuman mudah untuk merebak secara terus.

(5)

 Demam yang tinggi  Berpeluh

 Kelihatan toksik – sakit dan kepucatan

 Kesakitan dan ketenderan setempat ( bahagian metafisial )  Rasa kepanasan dan kelihatan kmerah-merahan ( radang )  Edema dan pembentukan nanah

Komplikasi osteomyelitis adalah kematian sel tulang. Jangkitan pada tulang boleh menghalang pengaliran darah ke tulang tersebut dan

menyebabkan kematian sel tulang tersebut akibat tidak mendapat nutrisi dan oksigen yang mencukupi. Selain itu ia juga boleh mengakibatkan septic atritis. Hal ini kerana sesetengah kes jangkitan pada tulang boleh merebak ke

bahagian endi tulang. Selain itu boleh menyebabkan pertumbuhan terbantut. Hal ini sering berlaku pada kanak-kanak. Pada kanak-kanak kawasan yang sering mengalami jangkitan adalah pada bahagian kawasan lembut atau dipanggil sebagai tapak pertumbuhan, tidak kira sama ada pada tulang panjang lengan ataupun kaki. Tumbesaran yang normal mungkin terjejas dengan adanya jangkitan kuman pada tulang. Akhir sekali, boleh

mengakibatkan kanser kulit. Jika jangkitan pada luka tersebut berlaku pengumpulan nanah, kawasan disekeliling nanah tersebut mengalami risiko yang timggi untuk berlaku kanser.

(6)

Investigasi yang dilakukan : 1. Pemeriksaan Darah

- Sel darah putih akan meningkat sehingga 30,000 L gr/dl sekiranya pesakit mengalami jangkitan pada darah.

2. Pemeriksaan Feses

- Pemeriksaan ini dilakukan dengan mengambil swab kultur dan sensitivity sekiranya mengalami kecurigaan infeksi oleh bakteria salmonella.

3. Pemeriksaan Biopsy Tulang

- Pemeriksaan ini merupakan proses pengambilan contoh tisu tulang yang akan digunakan untuk mengenal pasti jangkitan pada tulang. 4. Pemeriksaan Ultrasound

- Pemeriksaan yang dapat memperlihatkan sekiranya berlaku efusi pada sendi.

5. Pemeriksaan X-Ray

- Selalunya pemeriksaan ini dapat melihat refraksi tulang yang bersifat difus dan kerosakan tulang dan pembentukan tulang yang baru setelah 2 minggu penyakit osteomyelitis terjadi.

Pembedahan :

Pesakit juga perlu melalui beberapa siri pembedahan untuk memastikan agar jangkitan kuman dihapuskan sepenuhnya dari dalam tulang. Proses rawatan termasuklah rawatan menggunakan antibiotik khusus secara intravena.

(7)

Organisma khusus yang menjadi punca jangkitan perlu dikenalpasti terlebih dahulu untuk menentukan jenis antibiotik yang sesuai digunakan. Lazimnya rawatan antibiotik perlu secara berterusan selama 6 minggu secara

minimumnya. Rawatan pembedahan melibatkan pencucian luka dengan cara membuang tisu-tisu dan sel-sel tulang mati. Hal ini kerana sel-sel mati

merupakan medium yang sesuai untuk dijangkiti kuman. Sekiranya kerosakan tulang adalah sangat ketara dan luas, maka rawatan ‘bone transport’ dengan menggunakan ‘lizarov fixator’ boleh dicadangkan kepada pesakit setelah berbicang secara rapi dengan pakar ortopedik.

RUMUSAN

Secara kesimpulannya, penyakit ini bukan penyakit berjangkit.

Penyakit ini sering berlaku disebabkan penjagaan luka yang tidak sempurna selepas mengalami kepatahan terbuka, ulser diabetik dan banyak lagi. Kawasan yang mengalami jangkitan boleh merebak lebih luas lagi jika tidak dibersihkan dengan sempurna. Rawatan yang wajar diberikan kepada pesakit adalah dengan cara pemberian ubat antibiotik yang bersesuaian kepada pesakit. Oleh itu pesakit haruslah meminta nasihat daripada pegawai

perubatan berkaitan dengan penyakit dan pastikan ubat yang diberi dimakan mengikut masa yang diberikan dan pastikan habis dimakan.

PERANAN PPP

1. Jika berlaku di klinik hubungi hospital yang berdekatan untuk merujuk pesakit ke hospital tersebut untuk menerima rawatan yang lebih efektif.

(8)

2. Sebagai seorang perawat maklumat berkaitan dengan penyakit haruslah diberikan dan beritahu kepada pesakit bahawa penyakit ini boleh diubati tetapi memerlukan masa yang lama.

3. Nasihatkan dan mewajiipkan pesakit untuk datang ke rawatan susulan untuk melihat perkembangan penyembuhan penyakit tersebut.

4. Nasihatkan pesakit juga untuk menghabiskan ubat yang diberikan , memakan mengikut masa yang ditetapkan dan jangan berhenti memakan ubat.

5. Beritahu pesakit juga untuk datang ke klinik atau hospital yang berdekatan untuk mencuci luka tersebut.

6. Beritahu pesakit jika berlaku sebarang pendarahan sila datng ke hospital yang berdekatan untuk menerima rawatan.

7. Galakkan pesakit untuk memakan makanan yang seimbang untuk mempercepatkan proses penyembuhan penyakit.

8. Akhir sekali beritahu pesakit agar mengurangkan pergerakan di kawasan yang terlibat untuk menggalakkan penyembuhan tulang.

RUJUKAN

1. Kamus Jururawat Edisi Kedua, Terbitan tahun 2008. 2. Nota-Nota Semester 3. MAOR Osteomylitis.

3. Carek P.J, Dickerson L.M. dan Sack J.L. (2001). Diagnosis and management of osteomyelitis. Aemerican Academy of Family Physicians.

(9)

4. Mansjoer S. (2000). Kapita Selekta Kedokteran, Penerbit Media Aesculapius, Jakarta.

5. Johnstone P,Strong ,M (2008). Osteomylities. 6. Handerson.(1997). Askep Osteomylities

Referensi

Dokumen terkait

dari terdakwa Very Idham Henyansyah memang terbukti menghilangkan Korban Hery Santoso, dengan demikian Hakim menjatuhkan pidana mati seperti yang telah diancamkan

Pekerja di PT Bengkalis Kuda Laut memiliki keterbatasan pengetahuan dalam melaporkan kejadian yang telah mereka alami, sehingga ini menjadi hambatan merek dalam

Jadi, dalam pengertian yang lain, media adalah alat atau sarana yang dipergunakan untuk menyampaikan pesan dari komunikator kepada khalayak.. Banyak ahli dan juga organisasi

Sistem e-office merupakan suatu kemajuan jaringan teknologi yang mana data dari setiap pemilik Surat Perjalanan Republik Indonesia (SPRI) akan terhubung di seluruh Kantor

Kedahsyatan pengaruh hobi cosplay dalam mengubah gaya hidup pecinta dan pelaku cosplay ke arah jejepangan, misalnya keobsesian untuk memiliki segala hal yang berbau anime Jepang

Lampiran 1 Komposisi dan Lokasi Sampel Unit Lahan Wilayah Penelitian.. KOMPOSISI SAMPEL UNIT LAHAN