• Tidak ada hasil yang ditemukan

Nota Strategi, Pendekatan Kaedah Dan Teknik Pengajaran Bahasa.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Nota Strategi, Pendekatan Kaedah Dan Teknik Pengajaran Bahasa."

Copied!
35
0
0

Teks penuh

(1)

1

Nota strategi, pendekatan, kaedah dan

teknik pengajaran bahasa.

(2)

2

Strategi

• Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan Bahasa Melayu haruslah berpusatkan murid bagi membolehkan mereka berinteraksi dan menguasai kemahiran belajar melalui pengalaman sendiri. Oleh itu, murid dapat membina keyakinan berbahasa.

Pendekatan Berpusatkan Murid

• Pendidikan Bahasa Melayu sekolah rendah menggalakkan penggunaan pelbagai kaedah mengajar. Guru boleh memilih pendekatan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bergantung pada

pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu belajar serta teknologi yang dapat merangsang dan menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi, dan berinteraksi.

Kepelbagaian Teknik

• Penggunaan pusat sumber dan komputer sangatlah digalakkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Bahan-bahan sumber seperti akhbar, majalah, buku rujukan, kamus, Internet, serta bahan sastera dan bahan berunsur ilmu hendaklah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran dan juga untuk bacaan ekstensif.

Kepelbagaian Sumber Bahan

• Pendidikan Bahasa Melayu sekolah rendah menekankan penggunaan tatabahasa mengikut kemampuan murid. Untuk mencapai tujuan tersebut, guru perlu merancang dan memilih aspek tatabahasa yang hendak diajarkan berserta contoh penggunaannya dalam pelbagai

konteks dan kegiatan bahasa yang bermakna sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.

Penggunaan Tatabahasa yang tepat

• Bacaan luas memberikan peluang kepada murid menimba pengetahuan dan membentuk sahsiah yang baik bagi meningkatkan gaya berfikir dan minat ingin terus membaca. Bacaan luas boleh dijalankan dalam

pendidikan Bahasa Melayu dengan menggunakan bahan-bahan ilmiah dan sastera. Pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan melalui penyerapan.

(3)

3

Pendekatan

Pendekatan Induktif Deduktif Eklektif Komunikatif

kaedahmerupakancaraataulangkah-langkah yang

diambilbagimemulakandanmelaksanakansesuatutugassepertimengatasimas

alah.

Pendekatanseharusnyasesuaidenganperkembangandiridankebolehanmurid-murid agar suasanapembelajaranlebihsempurna,

menarikdanberkesanDalampengajaranbahasaterdapatempatpendekatan

peng ajaran.

(4)

4

PendekatanInduktif

• Mempelajari sesuatu untuk

mendapatkan hukum.

• Memperkenalkan pengetahuan

dan member pengalaman.

• Mengumpulkan maklumat untuk

membentuk hukum.

• Membentuk satu kesimpulan

umum daripada contoh-contoh tertentu.

• Mendapatkan kesimpulan

daripada satu urutan pemikiran.

• Membuat justifikasi daripada

yang spesifik (khusus) kepada yang umum.

• Merupakan kaedah penaakulan

yang bertujuan untuk mendapatkan peraturan yang umum daripada fakta-fakta atau contoh-contoh.

Contoh: Dalam

pengajaran tentang ayat tunggal, guru akan memulakan pengajarannya dengan menunjukkan contoh-contoh ayat tunggal.Kemudian berpandukan contoh-contoh yang dibuat , guru akan memandu murid-murid supaya sampai kepada takrif ayat tunggal.

PendekatanDeduktif

•Mempelajari sesuatu berdasarkan sesuatu hokum.

•Satu proses penaakulan yang tinggi. •Satu produksi fakta untuk

membuktikan satu pernyataan umum. •Menganalisis fakta atau isi yang membentuk generalisasi

•Membuat pencerakinan daripada yang umum kepada spesifik.

Contoh: Apabila seseorang

guru mengajar ayat tunggal , guru akan member takrif ayat tersebut sebelum menunjukkkan contoh-contoh penggunaanya.

(5)

5

PendekatanEklektif

• Satu pendekatan yang diwujudkan hasil daripada gabungan dua atau beberapa pendekatan.

• Menggabungkan kedua-dua pendekatan deduktif atau induktif untuk menghasilkan satu strategi pengajaran.

• Bertujuan untuk menghasilkan satu strategi pengajaran dan pembelajaran yang lebihseimbang, berfaedah dan berkesan. • Boleh gunakan strategi pemusatan guru, murid dan bahan. • Pelaksanaan:

a. Penekanan kepada pendekatan deduktif • Model 1: GeneralisasiContohGeneralisasi

b. Penekanan kepada pendekatan induktif • Model 2: ContohGeneralisasiContoh

Contoh:

a)- Mulakan pengajaran dengan menyatakan atau menerangkan generalisasi.

1. Menerangkan objektif dan faedah pengajaran

2. Menerangkan peraturan-peraturan atau hukum-hukum tentang aspek bahasa yang hendak diajarkan.

3. Memberi definisi atau maksud-maksud tertentu. 4. Memperlihatkan ciri-ciri, prinsip-prinsip, kandungan isi

pembelajaran, skop dan sebagainya.

b). Guru-guru member contoh-contoh untuk menerangkan generalisasi tersebut.

a. Contoh-contoh hendaklah mencukupi.

b. Contoh harus bergerak daripada yang konkrit kepada yang abstrak.

c. Contoh boleh diperlihatkan melalui gambar-gambar, rakaman, petikan, ayat-ayat, perkataan-perkataan berlawanan atau seerti. d. Membuat aktiviti sepert imembua tdemonstrasi, menunjukcara,

melakukan aksi, memadan, memenuhi tempat kosong, menyambung dan melengkapkan, menjawab soalan-soalan, bercerita.

(6)

6

Pendekatan Komunikatif

Contoh:Berkongsi dan Memproses Maklumat

 Kerja kumpulan -5 - orang

 Membina cerita

 Tiap-tiap seorang diberi potongan ayat-ayat

 Tugas murid ialah membaca ayat-ayat mereka dan berbincang

untuk menyusun ayat-ayat itu seupaya menjadi sebuah cerita yang lengkap tetapi setiap murid tidak boleh melihat dan membaca ayat-ayat orang lain.

(7)

7

Kaedah

Cara menyampaikan maklumat atau

menjalankan aktiviti pengajaran.

Satu cara atau prosedur menjalankan

sesuatu tugas pengajaran

Cara-cara bagaimana pengajaran bahasa

dijalankan berasaskan teori yang berkaitan dengan

P&P bahasa

(8)

8

Jenis-jenis

kaedah

Kaedah terus Kaedah psikologi Kaedah semulajadi Kaedah terjemahan Kaedah khusus Kaedah oral-aural Kaedah kod-kognitif Kaedah linguistik Kaedah ajuk-hafaz

Kaedah TatabahasaTerjemahan

Tatabahasa tradisional/klasik kerana terawal digunakan dalam

pengajaran bahasa

Utamakan bahasa penulisan

Mengkaji dan menghura ibahasa

Senarai kata telah disediakan dan perkataan diasingkan

daripada konteks

Terjemahan dalam bahasa ibunda digunakan sebagai cara

mempelajari kosa kata

Hukum nahu dihafaz untuk kuasai bahasa

Kefahaman tidak diutamakan

(9)

9

KaedahTerus

Menekankan pengajaran bahasa kedua.Terjemahan bahasa ibunda

tidak digunakan langsung.

Kanak-kanak belajar bahasa dengan cara mendengar pelbagai

perbualan dalam bahasa sasaran sehingga membentuk kelaziman

bahasa membolehkan kanak-kanak berkomunikasi.

Bahasa sasaran diajar secara langsung.

Kemahiran lisan diutamakan

Memahami maksud perkataan dan frasa berdasarkan konteks

penggunanya.

Bahan seperti lakaran, lakonan gambar dan lain-lain boleh

digunakan untuk menerangkan makna

Nahu tidak diajar secara formal

dandeduktifsebaliknyatunjukcaradancontoh

-contoh (induktif)

Penguasaanlinguistikpentinguntukmengajardenganbetul.

Kaedah Natural

Bahasa alat untuk menghubungkan makna dengan masej. Penguasaan

bahasa berlaku jika memahami mesej dalam bahasa sasaran.

Dua cara pembelajaran kaedah ini iaitu;

Penguasaan (acquistions) iaitu berlaku secara semulajadi seperti

kanak-kanak menguasai bahasa pertama.

Pembelajaran (learning) proses yang dilalui secara sedar tentang

peraturan-peraturan bahasa yang dikembangkan.

Pemahaman berkesan sekiranya bahan rangsangan berdasarkan

konteks dan situasi dalam pembelajaran.

Pembelajaran berasaskan keperluan pelajar. Isu/topik mempunyai

hubungkait dengan pengalaman pelajar supaya kanak-kanak dapat

menggunakan bahasa sasaran tanpa kesulitan.

(10)

10

Kaedah Linguistik/ Fonetik

Pengajaran utamakan bunyi-bunyi perkataan/fonetik.

Matlamatnya membolehkan murid-murid memahami dan bertutur

dengan sebutan dan intonasi yang baik

Mengutamakan bunyi perkataan dalam bahasa.

Murid-murid dilatihtubi untuk menyebut bunyi-bunyi bahasa.

Struktur bahasa dilaksanakan daripada mudah kepada yang susah

Dilaksanakan secara induktif.

• Aktivitipenulisanberdasarkanbahasalisandanbacaan

Kaedah Kod-Kognitif

• Mengutamakan pengamatan dan

pemahaman struktur bahasa yang dipelajari

• Bahasa digunakan untuk berfikir

• Bahasa satu tingkahlaku yang

ditetapkan oleh rumus-rumus bahasa. • Manusiamempunyaikecekapanuntukbe rbahasa • Mengutamakanpemahamanbahasa • Kebolehanberbahasaakanberkembangsecaraa utomatik

(11)

11

Kaedah Ajuk Hafal

• Dikenali sebagai kaedah latih tubi.

• Pengajaran dibahagikan kepada demonstarsi dan latih tubi.

• Dalamdemonstaridiajarkannahu, sebutandanperbendaraan kata

• Demonstarsidilakukanoleh guru atauinforman

• Latihanmenyebutdanmembacadilakukansecaralatihtubi

• Unsurbahasa yang bermaknadiberikansecaraberansur-ansur.

(12)

12

Kaedah Situasional (Situational Language Teaching)

• Menggunakan satu tingkahlaku/ situasi untuk melatih pelajar

menggunakan ayat atau perkataan baru. Ia dijelaskan melalui objek, gambar, aksi dan mimik muka. Situasi akan dikawal sepenuhnya. • Dilaksanakan mengikut tahap keupayaan kelas. Tapi harus bergerak

daripada latihan terkawal kepada lebih bebas.

• Mengutamakan perbenderaan kata dan kegagalan menguasai tatabahasa dengan sempurna akan menyebabkan masalah dalam pembelajaran.

• Pengajaran lisan yang mengutamakan bahasa pertuturan. • Bahasa sasaran ialah bahasa bilik darjah

• Aspek bahasa diperkenalkan dan dilatih mengikut situasi (latih tubi) • Memastikan perbendaraan kata am dan biasa dilibatkan sepenuhnya • Tatabahasa digunakan daripada bentuk mudah kepada yang lebih rumit • Bacaan dan tulisan diperkenalkan sebaik sahaja asas tatabahasa telah

(13)

13

Kaedah Oral Aural/Dengar – Tutur

• Menggunakan dialog secara realistik yang dilatih tubi secara berulang-ulang dengan memberi perhatian kepada intonasi yang betul. Bahan rakaman boleh digunakan

• Dialog yang digunakan dalam situasi yang realistik • Alat pandang dengar digunak secara meluas

• Latihan menyebut dan membaca dikawal secara rapi • Menggunakan pendekatan induktif

• Perbendaraan kata bermakna diberikan secara beransur-ansur.

(14)

14

Teknik

TEKNIK

Menurut Kamus Dewan (edisiketiga), teknik adalah kaedah

mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan

sebagainya.

Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu

muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang

mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar

sesuatu bahagian bahasa tertentu.

Mengikut Kamaruddin Hj. Husin&Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam

bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh

didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang

benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk

mencapai sesuatu objektif.

Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa

bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih

untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar

dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan

yang dianuti.

(15)
(16)

16

JENIS-JENIS

TEKNIK

Teknik main peranan Teknik permainan bahasa Teknik latih tubi Teknik bercerita Teknik inkuiri Teknik perbahasan Teknik kuiz Teknik sumbangsaran Teknik soal jawab Teknik simulasi Teknik drama Teknik perbincangan

(17)

17

Rancangan pengajaran

harian

(18)

18

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata pelajaran : Bahasa Melayu

Kelas : 3 Murni

Bilangan murid : 20 orang Tema : Alam Sekitar

Tajuk : Percemaran Udara Tarikh : 14 September 2011 Masa : 11.00-12.00 pagi

Hasil pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid dapat :

1. menyenaraikan lima daripada enam isi penting yang terdapat dalam petikan teks “ Pencemaran Udara” dengan betul.

2. menyatakan tiga punca dan dua kesan petikan teks “Pencemaran Udara” dengan tepat.

3. menulis karangan pendek tentang punca dan kesan pencemaran udara yang berjumlah lapan puluh sehingga seratus patah perkataan dengan menggunakan ayat majmuk yang betul.

Fokus utama :

6.3 Membaca dan mengenal pasti isi utama dan isi sampingan daripada teks.

Aras 2

i. Mengecam isi penting daripada pelbagai bahan bacaan.

Fokus sampingan :

3.1 Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara atau tajuk dengan

menggunakan kata, istilah, frasa, ayat yang tepat dan laras bahasa yang sesuai

Aras 3

(19)

19

8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk.

Aras 1

ii. Membina ayat topik dan ayat huraian berdasarkan isi yang dikenal pasti tentang sesuatu tajuk.

Kemahiran Bahasa : Kemahiran bertutur, menulis dan membaca Sistem bahasa : Sebutan, ayat tunggal dan ayat majmuk

.

Pengisian Kurikulum :

Ilmu : Kajian Tempatan, Alam sekitar

Nilai : kebersihan, kerjasama dan cintakan negara

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)

Kemahiran Berfikir : Membuat perbezaan, membuat inferens, menghubung kait Kemahiran Belajar : Menerima maklumat, memproses maklumat dan melaporkan. Kecerdasan Pelbagai : Kinestetik, intrapersonal, interpersonal, naturalis

Strategi : Konstruktivisme dan konstektual.

Pengetahuan Sedia Ada :

Murid-murid telah menjalankan aktiviti gotong royong peringkat sekolah pada minggu lepas.

Bahan Bantu Mengajar : Petikan teks, komputer riba, LCD, kertas latihan, klip video,

(20)

20

LANGKAH ISI KANDUNGAN AKTIVITI P & P CATATAN

Set Induksi (5 Minit)  Punca – punca pencemaran alam sekitar  Guru memberikan

soalan secara lisan tentang jenis dan punca pencemaran secara umum di hadapan kelas..

 Murid diminta menjawab

soalan secara lisan selepas diberikan masa selama 2 minit.

 Guru mengaitkan

jawapan pelajar dengan tajuk mata pelajaran pada hari ini.

Strategi  Berpusatkan murid Teknik  Soal jawab KBT  Menghubungkait  Memproses maklumat Langkah 1 (10 minit)  Petikan teks “ Pencemaran Udara “ (seperti yang dilampirkan)  Pemahaman tentang keseluruhan artikel secara individu

 Guru mengedarkan teks

petikan “ Pencemaran Udara “ kepada murid-murid.

 Murid-murid diminta

membaca secara senyap dan memahami isi

kandungan petikan teks “Pencemaran Udara” dalam masa 10 minit

BBM  Petikan Strategi  Berpusatkan bahan. KBT  Menerima maklumat  Memproses maklumat Nilai  Kerjasama  Kebersihan Pendekatan  Deduktif

(21)

21 Langkah 2 (15 minit)  Perbincangan dalam kumpulan murid  Perbincangan dengan guru.  Menyatakan 3 punca dan 2 kesan yang terdapat dalam teks “Pencemaran Udara”  Murid dibahagikan

kepada lima kumpulan.

 Murid diminta untuk

berada dalam kumpulan dan membuat

perbincangan selama 5 minit

 Guru meminta wakil

kumpulan menyatakan isi-isi penting secara ringkas yang terdapat di dalam petikan teks “Pencemaran Udara “

 Guru membuat rumusan

berdasarkan

pembentangan murid tentang isi-isi penting .

BBM  Petikan Teknik  Soal jawab  Perbincangan  Sumbang saran KBT  Memproses maklumat  melaporkan maklumat. Strategi  Berpusatkan bahan, murid Pendekatan  Komunikatif Langkah 3 (10 minit )  Ayat tunggal 1) Pencemaranu dara berlaku akibat kerja pembinaan. 2) Pencemaran udara berlaku akibat asap

 Guru menulis contoh

ayat tunggal dan ayat majmuk kepada murid-murid.

 Guru menerangkan ayat

tunggal dan ayat majmuk

 Guru memberikan Kaedah  Terus Strategi  Tunjuk cara KBT  Menerima maklumat

(22)

22 kenderaan bermotor.  Ayat majmuk 1. Pencemaran udara berlaku akibat kerja-kerja pembinaan dan asap kenderaan bermotor.

contoh kata hubung yang boleh digunakan dalam ayat majmuk ( dan, atau, kecuali, tetapi, sambil)

 Murid dipilih secara rawak dan memberikan contoh ayat tunggal dan ayat majmuk kepada guru. Pendekatan  Deduktif Langkah 4 (15 minit)  3 punca dan 2kesan pencemaran udara  Karangan pendek diantara 80-100 patah perkataan tentang punca dan kesan pencemaran udara

 Guru menyoal tiga

punca dan dua kesan pencemaran udara supaya semua murid mengingat kembali isi yang telah

dibincangkan.

 Guru memberikan

latihan kepada murid iaitu membuat karangan pendek mengenai punca dan kesan pencemaran udara berdasarkan perbincangan dengan guru pada peta minda dalam masa 15 minit.

 Murid-murid dikendaki

menghantar karangan pendek yang telah siap kepada guru. BBM  Kertas latihan Strategi  Berpusatkan murid  Berpusatkan guru KBT  menjana idea, menghubungkaitk an, membuat inferens.  mengumpul, memproses, mencatat dan melaporkan maklumat.

(23)

23 Refleksi : ... ... ... ... ... ... Pendekatan  Komunikatif Penutup (5 Minit) Kognitif  Punca pencemaran udara.  Kesan pencemaran udara. Sosial 1. Guru menayangkan lagu “Atuk Oh Atuk “ berserta lirik lagu tersebut. 2. Murid dikehendaki menyanyikan lagu tersebut bersama-sama.  Guru merumuskan

pengajaran pada hari ini dari segi kognitif dan sosial.

 Guru menyoal murid

secara umum tentang punca dan kesan pencemaran udara. BBM  video  lirik lagu  Komputer riba Teknik  Soal jawab  Nyanyian KP  Muzik Nilai  Cintakan Negara

(24)

24

Petikan Teks “Pencemaran Udara “

Pencemaran Udara

Mengikut laporan yang dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar,melalui akhbar Utusan Pengguna pada tahun 2001,jumlah keluaran bahan-bahan pencemaran udara bagi Malaysia dianggarkan sebanyak 933,000 tan setahun. Daripada jumlah ini,kenderaan

ialah punca utama pencemaran ini(58.1%),diikuti oleh stesen jana

kuasa(23.9%),pembakaran bahan api industri(9.4%),pemprosesan industri(3.9%) dan pembakaran terbuka(4.9%).

Pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang mengganggu atau membahayakan manusia,tumbuh-tumbuhan,binatang dan harta benda. Benda asing ini adalah di dalam bentuk abuk,asap,kabus,wap dan gas. Pembangunan tanpa pengurusan yang dirancang boleh membawa kesan buruk yang akan mengancam kualiti alam sekitar.Jumlah kenderaan di seluruh negara meningkat hampir 2 kali ganda sejak 1980. Keadaan ini berbahaya kepada alam sekitar kerana karbon diosida yang dikeluarkan oleh kenderaan menjejaskan kesihatan manusia dan juga menipiskan lapisan ozon.

Pencemaran udara ini adalah berpunca daripada stesen jana kuasa elektrik,kerja-kerja pembinaan,industri atau kilang,kenderaan bermotor dan pembakaran sampah sarap. Penderaan alam sekitar melalui pencemaran udara timbul akibat daripada tindakan manusia itu sendiri.Setiap manusia menyumbang terhadap kemusnahan alam sekitar seperti perokok yang mengembuskan asap ke udara,pembakaran sisa buangan di kawasan perumahan secara tidak terkawal juga membawa kesan kepada pencemaran udara.

Apabila pencemaran udara berlaku, sistem pernafasan manusia akan terjejas. Dan menyebabkan mengantuk, penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru. Selain itu, tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan seperti nekrosis (keguguran daun), klorosis (pertukaran warna), dan pertumbuhan terbantut.

(25)

25

Kesan ini akan menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian daripada penduduk juga terganggu. Pencemaran udara juga akan menyebabkan berlaku pemanasan global akibat penyusutan lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran terus cahaya matahari. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit. Pancaran matahari yang terik juga menyebabkan berlakunya pencairan kepada ais di bahagian kutub bumi dan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini.

Oleh sebab itu, kita sebagai warganegara haruslah menjaga kebersihan tempat tinggal dan kawasan sekitar agar pencemaran yang berlaku boleh dikurangkan. Semangat cintakan negara haruslah dipupuk dari usia kecil lagi bagi membolehkan mereka menjadi warganegara yang prihatin terhadap kebersihan alam sekitar. Pelbagai cara boleh dilakukan jika semua pihak bekerjasama dan tidak berputus asa dalam menjaga kebersihan negara Malaysia.

(26)

26

(27)

27

Nama : Mohd Nasyat Safwan B Abd Manan Kad pengenalan : 880926035695

Kelas : G4.3 Refleksi Individu

Pada program Pemerhatian Berasaskan Sekolah (PBS ) yang lepas, saya telah menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran selama 15 minit kepada murid-murid tahun 3 di Sekolah Kebangsaan Seri Kota, Kota Bharu, Kelantan. Tahun 3 Murni berada di kedudukan kedua dalam senarai kelas untuk tahun tiga daripada empat kelas yang ada. Berdasarkan pemerhatian awal saya , murid-murid didalam kelas ini boleh dikategorikan sebagai bijak dan sederhana. Kenyataan ini dibuat selepas pemerhatian saya dalam subjek-subjek seperti Matematik dan Bahasa Inggeris. Murid-murid tahun 3 Murni terdiri daripada 20 orang pelajar yang dibahagikan kepada 11 pelajar lelaki dan 9 pelajar perempuan. Hasil pemerhatian ni memberi kesimpulan awal kepada saya bahawa saya perlu menyediakan rancangan pegajaran yang dapat mencapai objektif dan betul-betul sesuai dengan aras pemikiran murid-murid tahun 3 Murni. Walaupun tugasan ini dihasilkan bersama-sama dengan rakan saya iaitu Mohd Syazwan B Mohd Zain, tetapi disebabkan faktor pemilihan sekolah yang berlainan untuk program PBS ini, pengajaran dijalankan secara berasingan sesuai dengan kehendak refleksi yang memerlukan secara individu.

Proses merancang rancangan pengajaran harian disediaan dengan rapi hasil daripada kerjasama dengan rakan kumpulan dan kolabrasi yang berterusan dengan pensyarah iaitu Puan Hasnah yang tidak jemu menerangkan apa yang penting dalam penghasilan sesuatu rancangan pengajaran harian. Secara formal saya telah berkolabrasi dengan pensyarah sebanyak dua kali dan secara tidak formal di dalam kelas yang melebihi tiga kali bagi mendapatkan hasil yang diingini selaras dengan kehendak dan matlamat yang ingin saya capai dalam pengajaran itu nanti.

Setelah segala persiapan daripada proses merancang rancangan pengajaran harian dan juga dari segi mental dirasakan telah menepati segala kehendak untuk proses

(28)

28

pengajaran dan pembelajaran, tepat pukul 10.50 pagi iaitu 10 minit awal dari masa yang ditetapkan ,saya melangkah masuk ke dalam kelas 3 Murni. Suasana yang sederhana bising bertukar senyap mungkin kerana murid-murid tidak pernah mengenali saya dengan dekat dan ini memberikan kelebihan pada diri saya untuk mengawal kelas. Saya mengaplikasikan nasihat daripada pensyarah iaitu seorang guru tidak boleh terlalu mesra bagi mengelakkan suasana kelas menjadi tidak sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang akan berlaku.

Pada pengajaran ini, saya perlu sedaya upaya untuk membolehkan tiga hasil pembelajaran yang telah ditetapkan berdasarkan rancangan pengajara harian berkesan dan dapat diserapkan pada murid-murid. Tiga hasil pembelajaran itu ialah :

a) menyenaraikan lima daripada enam isi penting yang terdapat dalam petikan teks “ Pencemaran Udara” dengan betul.

b) menyatakan tiga punca dan dua kesan petikan teks “Pencemaran Udara”

dengan tepat.

c) menulis karangan pendek tentang punca dan kesan pencemaran udara yang berjumlah lapan puluh sehingga seratus patah perkataan dengan menggunakan ayat majmuk yang betul.

Selepas sesi perkenalan diri antara saya dan murid-murid, saya memberitahu tajuk yang akan dipelajari pada hari ini iaitu “ Pencemaran Udara “. Beberapa orang murid saya lihat bercakap dengan rakan disebelah tentang asap kenderaan. Ini memberikan petanda bahawa murid telah mempunyai pengetahuan tentang pengajaran pada hari ini. Seterusnya, tanpa membuang masa, saya memulakan pengenalan atau set induksi. Saya memberikan soalan tentang apakah punca-punca yang menyebabkan pencemaran udara di negara kita dan memberikan masa selama dua minit untuk murid-murid memikirkan jawapan. Selepas tamat masa yang diberikan , secara rawak, saya memanggil nama murid dan meminta mereka memberikan jawapan. Walaupun jawapan yang diberikan tepat dan kurang tepat, tetapi peranan murid yang terlibat telah menjayakan strategi pembelajaran yang saya aplikasikan di dalam langkah ini iaitu berpusatkan murid. Kelemahan yang saya perhatikan dari pandangan saya adalah

(29)

29

segelintir murid dilihat begitu pasif dann memberikan jawapan yang salah. Ini dapat diatasi sekiranya saya menyuruh para pelajar berbincang dengan rakan mereka dalam mencari jawapan. Keadaan ini memberikan saya satu pengajaran yang boleh saya manfaatkan untuk sesi praktikal pada semester akan datang .Pengajaran bersambung dengan saya mengaitkan jawapan yang diberikan bersama tajuk pelajaran pada hari ini.

Rancangan pengajaran harian yang dirancang oleh saya terdiri daripada empat langkah pengajaran dan saya telah memilih set induksi dan langkah kedua untuk saya jalankan pengajaran mikro ini. Saya akan memberikan gambaran secara teliti dari segi kebaikkan dan kelemahan yang didapati agar refleksi yang dibuat ini boleh menjadi kayu ukur atau penanda aras pengaplikasian ilmu yang telah dipelajari oleh saya dalam menjadi seorang guru kelak.

Langkah pertama pengajaran dimulakan dengan saya mengedarkan teks “Pencemaran Udara” kepada semua murid dan memberikan masa selama 10 minit untuk semua murid memahami secara umum petikan yang telah diberikan. Saya bertindak meronda bahagian kelas dan memerhatikan tingkah laku murid-murid agar mereka memahami dengan jelas isi kandungan petikan. Saya berpendapat, guru perlu bergerak dari satu bahagian ke bahagian yang lain di dalam kelas bagi mengelakkan segelintir murid yang cuba mengambil kesempatan dengan membuat perkara selain daripada membaca dan memahami kandungan teks petikan.

Setelah menjalankan sesi pengajaran mikro ini, ada beberapa perkara yang dapat saya olah menjadi kesimpulan sebagai peringatan untuk penambahbaikkan di masa akan datang.Persekitaran kelas memainkan peranan yang penting dalam keberkesanan sesi pengajaran dan pembelajaran supaya matlamat pengajaran dapat dicapai. Seorang guru perlulah mempunyai kemahiran untuk mengawal kelas supaya proses pengajaran dan pembelajran menjadi lancar. Aspek kebersihan, murid menjadi faktor utama dalam keselesaan proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, aspek fizikal guru juga penting bagi memaksimumkan penerimaan input pembelajaran. Suara yang lantang

(30)

30

serta tegas, kebersihan dan kekemasan diri memainkan peranan yang tersendiri dalam menyempurnakan proses pengajaran. Murid-murid juga perlu dipantau dalam setiap aktiviti yang dijalankan kerana mereka memerlukan perhatian yang menyeluruh dari kaca mata seorang guru . ini bagi mengelakkan sikap berdiam diri, tidak aktif dan tidak fokus pada kativiti yang dijalankan.

(31)

31

REFLEKSI

MUHAMMAD SYAZWAN BIN MOHD ZAIN

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya saya dapat melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu KBSR sewaktu saya menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Seri Permaisuri, Cheras Kuala Lumpur. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn Hasnah binti Mohd Salleh di atas tunjuk ajar beliau sepanjang saya mengendalikan tugasan ini. Tanpa bimbingan beliau sudah tentu saya tidak akan dapat mengendalikan tugas ini dengan sebaiknya. Bagi tugasan projek elektif bahasa Melayu pada semester 4 ini, saya dikehendaki untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran bagi murid tahap satu. Justeru, saya telah memilih kelas tahun tiga iaitu kelas 3 Murni untuk melaksanakan pengajaran mikro. Kelas ini terdiri daripada 30 orang murid

Sebelum menjalankan aktiviti pengajaran mikro ini, saya bersama rakan saya iaitu saudara Mohd Nasyat Safwan dikehendaki menyediakan satu rancangan pengajaran harian yang mempunyai hasil pembelajaran serta aras pembelajaran yang bersesuaian dengan murid tahap satu yang telah di pilih. Selain itu, saya juga perlu memastikan bahawa pengajaran mikro yang dijalankan mengandungi pendekatan, kaedah, teknik dan strategi pembelajaran bahasa yang dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Perkara yang saya perlu tekankan ialah aktiviti P&P tersebut haruslah sesuai dengan tahap murid iaitu murid tahun tiga . Kami telah bersepakat untuk memilih kemahiran membaca sebagai hasil pembelajaran utama. Kami memilih hasil pembelajaran membaca dan mengenal pasti isi utama dan isi sampingan daripada teks. Bagi hasil pembelajaran sampingan, kami memilih kemahiran membaca dalam hasil pembelajaran Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara atau tajuk dengan menggunakan kata, istilah, frasa, ayat yang tepat dan laras bahasa yang sesuai dan Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk.

(32)

32

Membuat satu Rancangan Pengajaran Harian bukanlah sesuatu yang mudah kerana perkara ini memerlukan ketelitian dan bersuaian dengan kemampuan murid. Alhamdulillah dengan bantuan hasil daripada kolaborasi dengan pensyarah, kami telah dapat menyediakan satu RPH. Pn.Hasnah telah banyak membantu kami terutama memberikan penerangan yang lebih jelas berkaitan dengan hasil pembelajaran yang ingin difokuskan.

Seterusnya, saya telah menjalankan pengajaran mikro ini pada hari khamis, 25

Ogos 2011 pada pukul 10.30 sehingga 11.30 petang. Murid –murid didalam kelas

menunjukkan reaksi positif dan bersemangat walaupun sedikit keletihan kerana terdapat kelas Pendidikan Jasmani pada hari tersebut. Contohnya, ketika soalan diajukan kepada mereka, mereka akan berebut rebut mengangkat tangan dan sukarela datang kehadapan. Walaupun keadaan bising namun saya masih lagi dapat mengawal kelas tersebut dengan baik.

Selain itu, murid juga memberi tindak balas yang pantas ketika diajukan soalan kepada mereka.Hal ini bermakna mereka memberikan sepenuh perhatian ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung syukur kerana murid memberikan sepenuh tumpuan sepenuhnya dan seterusnya sesi pengajaran dapat berlangsung dengan

baik.Ketika set induksi, sayatelahmenanyakansoalansoalan yang

mampumemberikangambarantentangapa yang ingindiajarkan. Hal ini sekali gus akan meningkatkan kemampuan kognitif mereka. Antaranya bertanyakan tentang pengalaman mereka berkaitan dengan pencemaran.

Selainitu, memandangkan kelas ini merupakan kelas yang pertama, kebanyakkan aktiviti yang telah dirancang dapat diikuti dengan baik oleh murid murid di dalam kelas ini.Contohnya, teks yang disediakan dapat dibaca denganbaik oleh murid.Mereka telah dapat menggunakan laras bahasa yang betul serta membaca dengan intonasi yang agak baik setiap perkataan di dalam petikan tersebut. Memandangkan mereka telah mempunyai pengalaman mempelajari tajuk kini di dalam subjek Sains, saya tidak menghadapi banyak masalah memastikan mereka faham apa yang saya ingin sampaikan. Secara tida k langsung ini akan dapat meransang komunikasi dua hala yang baik antara saya dan murid murid tersebut.

(33)

33

Namun begitu, terdapat juga beberapa kelemahan yang saya telah dapat dikesani melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini. Antara kelemahannya ialah saya gagal menguruskan masa denganbaik, Contohnya, murid gagal menyiapkan bacaan dalam tempoh yang ditetapkan, hal ini telah menganggu proses masa pengajaran yang telah ditetapkan. Oleh yang demikian, saya terpaksa menangguhkan beberapa aktiviti yang telah dirancang.Selain itu, terdapat murid yang sudah menyiapkan bacaan mereka membuat bising. Hal ini akan menganggu murid lain yang sedang membaca dan menyebabkanmurid yang tidak Berjaya mengikuti rentak pengajaran. Selainitu, ada juga murid yang mengambil waktu yang lama untuk menulis sesuatu ayat

Di samping itu, beberapa arahan yang diberikan oleh saya kurang jelas dan hal ini telah menyebabkan murid meminta saya mengulangi semula arahan yang diberikan beberapa kali walaupun saya telah menggunakan suara yang lantang dan jelas ketika itu. Kemungkinan besar kerana saya menggunakan ayat dan bahasa yang kurang sesuai ketika memberikan arahan tersebut. Saya juga melihat kawalan kelas saya agak longgar di mana saya tidak dapat memberi perhatian kepada murid yang mengangkat tangan untuk menjawab soalan serta murid yang ingin mewakilkan diri secara sukarela untuk keluar ke hadapan. Perkara ini harus dielakkan kerana ini akan menyebabkan pelajar tersebut berasa mereka berkecil hati dan minat mereka ketika sesi pengajaran dan pembelajaranakan berkurangan. Terdapat murid yang tidak berjaya mengikuti rentak pengajaran. Selain itu, ada juga murid yang mengambil waktu yang lama untuk menulis sesuatu ayat.

Berdasarkan kelemahan yang telah dikenalpasti, saya berharap akan dapat melakukan sesuatu bagi memastikan pengajaran akan menjadi lebih baik pada masa akan datang. Antara penambahbaikan yang saya ingin lakukan ialah saya perlu membuat bahan bantu mengajar yang lebih efektif dan efisien. Saya perlu memastikan bahawa setiap perkataan yang terdapat pada bahan bantu mengajar jelas dan senang difahami oleh murid. Bahan bantu mengajar yang baik haruslah besar, ceria serta dapat menarik perhatian murid. Hal ini adalah selari dengan tujuan penggunaan bahan bantu mengajar iaitu untuk membantu murid memahami sesuatu perkara yang ingin

(34)

34

disampaikan dengan lebih jelas.Contohnya ,saya boleh menyediakan satu video berkaitan dengan tajuk yang ingin saya ajarkan pada hari tersebut.

Seterusnya ,bagi meningkatkan lagi tahap pengurusan bilik darjah.Saya perlu melakukan sesuatu agar saya sentiasa tampak berkeyakinan dan unggul semasa berada di hadapan kelas. Saya tidak perlu berasa keliru untuk merancang sesuatu aktiviti secara spontan.Saya harus memastikan murid yang agak pasif supaya mereka menjadi lebih aktif dalam kelas dan tidak hanya mengharapkan murid yang sama untuk menjawab soalan. Kaedah ini dilihat lebih adil dan berkesan dan memenuhi kehendak perbezaan individu.

Selain itu, saya juga perlu meningkatkan kualiti penyampaian supaya lebih jelas dan bahasa yang difahami olehmurid. Saya perlu memastikan setiap murid betul-betul bersedia dengan topik yang akan diajarkan disamping mengenalpasti perbezaan individu sebelum memulakan aktiviti pengajaran. Saya juga perlu merancang satu kaedah untuk menguruskan masa dengan lebih baik supaya pengajaran tidak menjadi terlalu laju dan tidak terlalu perlahan yang boleh menyebabkan murid bosan.Selain itu, hal ini juga penting dalam memastikan semua langkah pengajaran dapat dilakukan dengan sempurna.Semua itu penting dan sebagai seorang pelatih guru saya perlu peka dengan keadaan murid.

Kesimpulannya, saya berasa sangat berpuas hati terhadap apa yang telah saya lakukan pada hari tersebut. Respon daripada murid telah meyakinkan saya bahawa saya melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan jayanya. Setiap kekuatan akan dikekalkan dan kelemhan akan terus diatasi agar dapat memenuhi cita-cita saya untuk menjadi pendidik yang dapat membentuk modal insan kelas pertama kepada negara kita yang tercinta.

(35)

35

Referensi

Dokumen terkait