• Tidak ada hasil yang ditemukan

27

Nama : Mohd Nasyat Safwan B Abd Manan Kad pengenalan : 880926035695

Kelas : G4.3 Refleksi Individu

Pada program Pemerhatian Berasaskan Sekolah (PBS ) yang lepas, saya telah menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran selama 15 minit kepada murid-murid tahun 3 di Sekolah Kebangsaan Seri Kota, Kota Bharu, Kelantan. Tahun 3 Murni berada di kedudukan kedua dalam senarai kelas untuk tahun tiga daripada empat kelas yang ada. Berdasarkan pemerhatian awal saya , murid-murid didalam kelas ini boleh dikategorikan sebagai bijak dan sederhana. Kenyataan ini dibuat selepas pemerhatian saya dalam subjek-subjek seperti Matematik dan Bahasa Inggeris. Murid-murid tahun 3 Murni terdiri daripada 20 orang pelajar yang dibahagikan kepada 11 pelajar lelaki dan 9 pelajar perempuan. Hasil pemerhatian ni memberi kesimpulan awal kepada saya bahawa saya perlu menyediakan rancangan pegajaran yang dapat mencapai objektif dan betul-betul sesuai dengan aras pemikiran murid-murid tahun 3 Murni. Walaupun tugasan ini dihasilkan bersama-sama dengan rakan saya iaitu Mohd Syazwan B Mohd Zain, tetapi disebabkan faktor pemilihan sekolah yang berlainan untuk program PBS ini, pengajaran dijalankan secara berasingan sesuai dengan kehendak refleksi yang memerlukan secara individu.

Proses merancang rancangan pengajaran harian disediaan dengan rapi hasil daripada kerjasama dengan rakan kumpulan dan kolabrasi yang berterusan dengan pensyarah iaitu Puan Hasnah yang tidak jemu menerangkan apa yang penting dalam penghasilan sesuatu rancangan pengajaran harian. Secara formal saya telah berkolabrasi dengan pensyarah sebanyak dua kali dan secara tidak formal di dalam kelas yang melebihi tiga kali bagi mendapatkan hasil yang diingini selaras dengan kehendak dan matlamat yang ingin saya capai dalam pengajaran itu nanti.

Setelah segala persiapan daripada proses merancang rancangan pengajaran harian dan juga dari segi mental dirasakan telah menepati segala kehendak untuk proses

28

pengajaran dan pembelajaran, tepat pukul 10.50 pagi iaitu 10 minit awal dari masa yang ditetapkan ,saya melangkah masuk ke dalam kelas 3 Murni. Suasana yang sederhana bising bertukar senyap mungkin kerana murid-murid tidak pernah mengenali saya dengan dekat dan ini memberikan kelebihan pada diri saya untuk mengawal kelas. Saya mengaplikasikan nasihat daripada pensyarah iaitu seorang guru tidak boleh terlalu mesra bagi mengelakkan suasana kelas menjadi tidak sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang akan berlaku.

Pada pengajaran ini, saya perlu sedaya upaya untuk membolehkan tiga hasil pembelajaran yang telah ditetapkan berdasarkan rancangan pengajara harian berkesan dan dapat diserapkan pada murid-murid. Tiga hasil pembelajaran itu ialah :

a) menyenaraikan lima daripada enam isi penting yang terdapat dalam petikan teks “ Pencemaran Udara” dengan betul.

b) menyatakan tiga punca dan dua kesan petikan teks “Pencemaran Udara”

dengan tepat.

c) menulis karangan pendek tentang punca dan kesan pencemaran udara yang berjumlah lapan puluh sehingga seratus patah perkataan dengan menggunakan ayat majmuk yang betul.

Selepas sesi perkenalan diri antara saya dan murid-murid, saya memberitahu tajuk yang akan dipelajari pada hari ini iaitu “ Pencemaran Udara “. Beberapa orang murid saya lihat bercakap dengan rakan disebelah tentang asap kenderaan. Ini memberikan petanda bahawa murid telah mempunyai pengetahuan tentang pengajaran pada hari ini. Seterusnya, tanpa membuang masa, saya memulakan pengenalan atau set induksi. Saya memberikan soalan tentang apakah punca-punca yang menyebabkan pencemaran udara di negara kita dan memberikan masa selama dua minit untuk murid-murid memikirkan jawapan. Selepas tamat masa yang diberikan , secara rawak, saya memanggil nama murid dan meminta mereka memberikan jawapan. Walaupun jawapan yang diberikan tepat dan kurang tepat, tetapi peranan murid yang terlibat telah menjayakan strategi pembelajaran yang saya aplikasikan di dalam langkah ini iaitu berpusatkan murid. Kelemahan yang saya perhatikan dari pandangan saya adalah

29

segelintir murid dilihat begitu pasif dann memberikan jawapan yang salah. Ini dapat diatasi sekiranya saya menyuruh para pelajar berbincang dengan rakan mereka dalam mencari jawapan. Keadaan ini memberikan saya satu pengajaran yang boleh saya manfaatkan untuk sesi praktikal pada semester akan datang .Pengajaran bersambung dengan saya mengaitkan jawapan yang diberikan bersama tajuk pelajaran pada hari ini.

Rancangan pengajaran harian yang dirancang oleh saya terdiri daripada empat langkah pengajaran dan saya telah memilih set induksi dan langkah kedua untuk saya jalankan pengajaran mikro ini. Saya akan memberikan gambaran secara teliti dari segi kebaikkan dan kelemahan yang didapati agar refleksi yang dibuat ini boleh menjadi kayu ukur atau penanda aras pengaplikasian ilmu yang telah dipelajari oleh saya dalam menjadi seorang guru kelak.

Langkah pertama pengajaran dimulakan dengan saya mengedarkan teks “Pencemaran Udara” kepada semua murid dan memberikan masa selama 10 minit untuk semua murid memahami secara umum petikan yang telah diberikan. Saya bertindak meronda bahagian kelas dan memerhatikan tingkah laku murid-murid agar mereka memahami dengan jelas isi kandungan petikan. Saya berpendapat, guru perlu bergerak dari satu bahagian ke bahagian yang lain di dalam kelas bagi mengelakkan segelintir murid yang cuba mengambil kesempatan dengan membuat perkara selain daripada membaca dan memahami kandungan teks petikan.

Setelah menjalankan sesi pengajaran mikro ini, ada beberapa perkara yang dapat saya olah menjadi kesimpulan sebagai peringatan untuk penambahbaikkan di masa akan datang.Persekitaran kelas memainkan peranan yang penting dalam keberkesanan sesi pengajaran dan pembelajaran supaya matlamat pengajaran dapat dicapai. Seorang guru perlulah mempunyai kemahiran untuk mengawal kelas supaya proses pengajaran dan pembelajran menjadi lancar. Aspek kebersihan, murid menjadi faktor utama dalam keselesaan proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, aspek fizikal guru juga penting bagi memaksimumkan penerimaan input pembelajaran. Suara yang lantang

30

serta tegas, kebersihan dan kekemasan diri memainkan peranan yang tersendiri dalam menyempurnakan proses pengajaran. Murid-murid juga perlu dipantau dalam setiap aktiviti yang dijalankan kerana mereka memerlukan perhatian yang menyeluruh dari kaca mata seorang guru . ini bagi mengelakkan sikap berdiam diri, tidak aktif dan tidak fokus pada kativiti yang dijalankan.

31

REFLEKSI

MUHAMMAD SYAZWAN BIN MOHD ZAIN

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya saya dapat melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu KBSR sewaktu saya menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Seri Permaisuri, Cheras Kuala Lumpur. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn Hasnah binti Mohd Salleh di atas tunjuk ajar beliau sepanjang saya mengendalikan tugasan ini. Tanpa bimbingan beliau sudah tentu saya tidak akan dapat mengendalikan tugas ini dengan sebaiknya. Bagi tugasan projek elektif bahasa Melayu pada semester 4 ini, saya dikehendaki untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran bagi murid tahap satu. Justeru, saya telah memilih kelas tahun tiga iaitu kelas 3 Murni untuk melaksanakan pengajaran mikro. Kelas ini terdiri daripada 30 orang murid

Sebelum menjalankan aktiviti pengajaran mikro ini, saya bersama rakan saya iaitu saudara Mohd Nasyat Safwan dikehendaki menyediakan satu rancangan pengajaran harian yang mempunyai hasil pembelajaran serta aras pembelajaran yang bersesuaian dengan murid tahap satu yang telah di pilih. Selain itu, saya juga perlu memastikan bahawa pengajaran mikro yang dijalankan mengandungi pendekatan, kaedah, teknik dan strategi pembelajaran bahasa yang dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Perkara yang saya perlu tekankan ialah aktiviti P&P tersebut haruslah sesuai dengan tahap murid iaitu murid tahun tiga . Kami telah bersepakat untuk memilih kemahiran membaca sebagai hasil pembelajaran utama. Kami memilih hasil pembelajaran membaca dan mengenal pasti isi utama dan isi sampingan daripada teks. Bagi hasil pembelajaran sampingan, kami memilih kemahiran membaca dalam hasil pembelajaran Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara atau tajuk dengan menggunakan kata, istilah, frasa, ayat yang tepat dan laras bahasa yang sesuai dan Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk.

32

Membuat satu Rancangan Pengajaran Harian bukanlah sesuatu yang mudah kerana perkara ini memerlukan ketelitian dan bersuaian dengan kemampuan murid. Alhamdulillah dengan bantuan hasil daripada kolaborasi dengan pensyarah, kami telah dapat menyediakan satu RPH. Pn.Hasnah telah banyak membantu kami terutama memberikan penerangan yang lebih jelas berkaitan dengan hasil pembelajaran yang ingin difokuskan.

Seterusnya, saya telah menjalankan pengajaran mikro ini pada hari khamis, 25

Ogos 2011 pada pukul 10.30 sehingga 11.30 petang. Murid –murid didalam kelas

menunjukkan reaksi positif dan bersemangat walaupun sedikit keletihan kerana terdapat kelas Pendidikan Jasmani pada hari tersebut. Contohnya, ketika soalan diajukan kepada mereka, mereka akan berebut rebut mengangkat tangan dan sukarela datang kehadapan. Walaupun keadaan bising namun saya masih lagi dapat mengawal kelas tersebut dengan baik.

Selain itu, murid juga memberi tindak balas yang pantas ketika diajukan soalan kepada mereka.Hal ini bermakna mereka memberikan sepenuh perhatian ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung syukur kerana murid memberikan sepenuh tumpuan sepenuhnya dan seterusnya sesi pengajaran dapat berlangsung dengan

baik.Ketika set induksi, sayatelahmenanyakansoalansoalan yang

mampumemberikangambarantentangapa yang ingindiajarkan. Hal ini sekali gus akan meningkatkan kemampuan kognitif mereka. Antaranya bertanyakan tentang pengalaman mereka berkaitan dengan pencemaran.

Selainitu, memandangkan kelas ini merupakan kelas yang pertama, kebanyakkan aktiviti yang telah dirancang dapat diikuti dengan baik oleh murid murid di dalam kelas ini.Contohnya, teks yang disediakan dapat dibaca denganbaik oleh murid.Mereka telah dapat menggunakan laras bahasa yang betul serta membaca dengan intonasi yang agak baik setiap perkataan di dalam petikan tersebut. Memandangkan mereka telah mempunyai pengalaman mempelajari tajuk kini di dalam subjek Sains, saya tidak menghadapi banyak masalah memastikan mereka faham apa yang saya ingin sampaikan. Secara tida k langsung ini akan dapat meransang komunikasi dua hala yang baik antara saya dan murid murid tersebut.

33

Namun begitu, terdapat juga beberapa kelemahan yang saya telah dapat dikesani melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini. Antara kelemahannya ialah saya gagal menguruskan masa denganbaik, Contohnya, murid gagal menyiapkan bacaan dalam tempoh yang ditetapkan, hal ini telah menganggu proses masa pengajaran yang telah ditetapkan. Oleh yang demikian, saya terpaksa menangguhkan beberapa aktiviti yang telah dirancang.Selain itu, terdapat murid yang sudah menyiapkan bacaan mereka membuat bising. Hal ini akan menganggu murid lain yang sedang membaca dan menyebabkanmurid yang tidak Berjaya mengikuti rentak pengajaran. Selainitu, ada juga murid yang mengambil waktu yang lama untuk menulis sesuatu ayat

Di samping itu, beberapa arahan yang diberikan oleh saya kurang jelas dan hal ini telah menyebabkan murid meminta saya mengulangi semula arahan yang diberikan beberapa kali walaupun saya telah menggunakan suara yang lantang dan jelas ketika itu. Kemungkinan besar kerana saya menggunakan ayat dan bahasa yang kurang sesuai ketika memberikan arahan tersebut. Saya juga melihat kawalan kelas saya agak longgar di mana saya tidak dapat memberi perhatian kepada murid yang mengangkat tangan untuk menjawab soalan serta murid yang ingin mewakilkan diri secara sukarela untuk keluar ke hadapan. Perkara ini harus dielakkan kerana ini akan menyebabkan pelajar tersebut berasa mereka berkecil hati dan minat mereka ketika sesi pengajaran dan pembelajaranakan berkurangan. Terdapat murid yang tidak berjaya mengikuti rentak pengajaran. Selain itu, ada juga murid yang mengambil waktu yang lama untuk menulis sesuatu ayat.

Berdasarkan kelemahan yang telah dikenalpasti, saya berharap akan dapat melakukan sesuatu bagi memastikan pengajaran akan menjadi lebih baik pada masa akan datang. Antara penambahbaikan yang saya ingin lakukan ialah saya perlu membuat bahan bantu mengajar yang lebih efektif dan efisien. Saya perlu memastikan bahawa setiap perkataan yang terdapat pada bahan bantu mengajar jelas dan senang difahami oleh murid. Bahan bantu mengajar yang baik haruslah besar, ceria serta dapat menarik perhatian murid. Hal ini adalah selari dengan tujuan penggunaan bahan bantu mengajar iaitu untuk membantu murid memahami sesuatu perkara yang ingin

34

disampaikan dengan lebih jelas.Contohnya ,saya boleh menyediakan satu video berkaitan dengan tajuk yang ingin saya ajarkan pada hari tersebut.

Seterusnya ,bagi meningkatkan lagi tahap pengurusan bilik darjah.Saya perlu melakukan sesuatu agar saya sentiasa tampak berkeyakinan dan unggul semasa berada di hadapan kelas. Saya tidak perlu berasa keliru untuk merancang sesuatu aktiviti secara spontan.Saya harus memastikan murid yang agak pasif supaya mereka menjadi lebih aktif dalam kelas dan tidak hanya mengharapkan murid yang sama untuk menjawab soalan. Kaedah ini dilihat lebih adil dan berkesan dan memenuhi kehendak perbezaan individu.

Selain itu, saya juga perlu meningkatkan kualiti penyampaian supaya lebih jelas dan bahasa yang difahami olehmurid. Saya perlu memastikan setiap murid betul-betul bersedia dengan topik yang akan diajarkan disamping mengenalpasti perbezaan individu sebelum memulakan aktiviti pengajaran. Saya juga perlu merancang satu kaedah untuk menguruskan masa dengan lebih baik supaya pengajaran tidak menjadi terlalu laju dan tidak terlalu perlahan yang boleh menyebabkan murid bosan.Selain itu, hal ini juga penting dalam memastikan semua langkah pengajaran dapat dilakukan dengan sempurna.Semua itu penting dan sebagai seorang pelatih guru saya perlu peka dengan keadaan murid.

Kesimpulannya, saya berasa sangat berpuas hati terhadap apa yang telah saya lakukan pada hari tersebut. Respon daripada murid telah meyakinkan saya bahawa saya melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan jayanya. Setiap kekuatan akan dikekalkan dan kelemhan akan terus diatasi agar dapat memenuhi cita-cita saya untuk menjadi pendidik yang dapat membentuk modal insan kelas pertama kepada negara kita yang tercinta.

35

Dokumen terkait