KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM
DAN
PERKEMBANGAN NYA DI MAKKAH
Jahiliyah berasal dari bahasa Arab, jahala yang bermaksud jahil dan tidak mengetahui atau tidak mempunyai ilmu pengetahuan.
Masyarakat Arab Jahiliyah tinggal di Semenanjung Tanah Arab.
Zaman jahiliyah bermula dari runtuhnya Empangan Maarib hinggalah turnnya wahyu Allah kepada nabi Muhammad s.a.w.
Tempoh masanya dari tahun 300 M. hingga 610 M.
Masyarakat Arab Jahiliyah digelar jahiliyyah kerana tidak menerima kebenaran, tidak mengikut ajaran para nabi dan rasul.
Zaman Jahiliyah dianggap zaman kegelapan kerana tidak menyembah Allah s.w.t.
Kehidupan mereka kucar kacir kerana tiada nabi dan rasul serta tiada kitab sebagai petunjuk.
CIRI-CIRI MASYARAKAT JAHILIYAH
Agama Sosial Ekonomi Nilai Hidup
Mengamalkan empat bentuk kepercayaan agama iaitu Wathani (Menyembah berhala) Animisme ( memuja alam seperti pokok) Samawi (Kristian dan Yahudi) dan kepercayaan sihir dan percaya roh orang mati.
Sebilangan kecil masyarakat Arab jahiliyyah menganut agama Hanif.
Ada yang mencampuradukkan agama hanif dengan amalan tradisi masyarakat arab jahiliyah.
Mengamalkan perbuatan tidak bermoral berjudi, minum arak dan berzina.
Seorang lelaki meminum arak sehingga mabuk dianggap sempurna kelakiannya. Menanam bayi perempuan
hidup-hidup, menganggap anak perempuan menjatuhkan maruah.
Perkahwinan tiada peraturan, seorang lelaki boleh
berkahwin dengan seberapa ramai wanita dalam satu masa.
Perniagaan yang dijalankan berasaskan riba dan
penindasan. Pedagang lebih mementingkan keuntungan dan kekayaan. Kegiatan merompak merupakan sebahagian daripada punca pendapatan. Merompak dianggap sebagai
tanggungjawab individu dalam setiap kabilah. Golongan kaya kerap
mengeksploitasi golongan miskin.
Mengamalkan Sistem Kabilah berasaskan hidup secara
berpuak-puak dan berkelompok. Kabilah mempunyai identity
tersendiri.
Setiap ahli kabilah sangat taksub dan fanatik terhadap kabilah masing-masing. Kabilah diketuai seorang
Syeikh.
Muncul fahaman Assabiyah atau semangat kesukuan yang melampau.
Peperangan al-Basus kesan daripada semangat Assabiyah
Kehidupan Nabi Muhammad s.a.w Sebelum Dilantik Menjadi Rasul
Keturunan Nabi Kelahiran Pengalaman
Berketurunan pemimpin Arab yang terkenal Qusai bin Kilab.
Nabi Muhammad sering dikaitkan dengan Hasyim iaitu moyang baginda. Qusai pemimpin Arab
Quraisy mentadbir Kaabah dan telaga zam-zam. Keluarga nabi bijak dalam
urusan pentadbiran Makkah dan mahir dalam selok belok perniagaan. Selain Qusai bin Kilab,
Abdul Manaf, Hasyim dan Abdul Muttalib pernah menerajui kepimpinan kota Makkah pada zaman jahiliyah.
Nabi Muhammad s.a.w berketurunan Quraisy. Nama penuh baginda ialah Muhammad bin
Abdullah.
Bapa baginda bernama Abdullah bin Abdul Muttalib.
Ibu baginda bernama Aminah binti Wahab.
Nabi dilahirkan pada 20 April 570 M. pada malam Isnin bersamaan 12 Rabiulawal Tahun Gajah. Bapa baginda meninggal semasa baginda di dalam
kandungan ibu.
Setelah beberapa hari dilahirkan Nabi diserahkan kepada Halimatus Sa’diyah untuk dipelihara dan disusui.
Semasa berusia enam tahun ibu Nabi meninggal dunia, baginda tinggal bersama datuk baginda Abdul Muttalib.
Setelah Abdul Muttalib meninggal, Nabi
dipelihara oleh bapa saudara baginda Abu Talib. Nabi menjadi yatim piatu ketika berusia enam
tahun.
Dipelihara oleh kaum keluarga baginda yang sangat perihatin dan memberikan kasih sayang
Dari segi pekerjaan, Nabi pernah
mengembala kambing bapa saudara baginda. Terlibat dalam bidang perniagaan sejak
berusia 12 tahun, mengikut rombongan bapa saudara baginda ke Syam.
Kerasulan Nabi Muhammad diramal oleh seorang pendeta Nasrani bernama Buhaira, semasa rombongan ini singgah di Basrah. Ketika berusia awal 20-an baginda
menjalankan perniagaan Khadijah binti Khuwailid bersama Maisarah, hamba Khadijah.
Kemuliaan budi pekerti, sifat amanah serta kebolehan baginda, membolehkan Khadijah memberikan modal yang besar.
Kebijaksanaan, kelembutan tutur kata dan kepandaian berniaga menyebabkan
perniagaan baginda mendapat untung yang besar.
Ketinggian budi pekerti, kebijaksanaan, membawa kepada perkahwinan Nabi dengan Khadijah ketika Nabi berusia 25 tahun dan Khadijah berusia 40 tahun
Keperibadian Nabi
Sifat Terpuji Ketua keluarga/masyarakat Sebelum menjadi Rasul
Memiliki empat sifat terpuji a. Siddiq (berkata benar) b. Amanah (dipercayai) c. Tabliq (menyampaikan) d. Fatanah (bijaksana) Digelar al-Amin kerana
perbuatan dan percakapan tidak pernah berbohong. Panggilan al-Amin sebati
dengan Nabi.
Sifat amanah yang dimiliki nabi, menyebabkan Khadijah mengeluarkan modal yang besar untuk diperniagakan. Kewibawaan baginda yang
unggul terserlah apabila berjaya menyelesaikan masalah perletakkan semula Hajar Aswad ke tempat asalnya.
Baginda kerap memikirkan nasib masyarakat Makkah yang tidak bermoral dan taasub kepada amalan Jahiliyah.
Baginda berusaha mencari sesuatu untuk mengubah nilai yang diamalkan oleh masyarakat. Baginda mengasingkan diri di
tempat yang sunyi dan tenang untuk beribadat kepada Allah di Gua Hirak, di Bukit Nur. Baginda menyerahkan sepenuh
jiwa dan raga baginda kepada Allah.
Selepas enam bulan berulang alik dan menyendiri di Gua Hirak, akhirnya pada 17 Ramadhan, Allah telah menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad s.a.w menerusi Jibril.
Ketika itu Nabi s.a.w berusia 40 tahun.
Penurunan wahyu menandakan pemisah antara zaman Jahiliyah dengan zaman Islam.
Ketua keluarga yang
mempunyai sifat pengasih dan bertimbangrasa.
Kerap membantu isteri mengurus rumah tangga. Memberi pendidikan agama
yang mencukupi kepada anak-anak.
Mengamalkan cara hidup yang sederhana.
Baginda sentiasa merendah diri walaupun mempunyai
kedudukan yang tinggi dan dihormati oleh masyarakat. Bergaul dengan semua lapisan
masyarakat tanpa mengira kedudukan.
Seorang yang bersifat
penyayang terhadap orang tua dan kanak-kanak.
Mempunyai sifat pemaaf, terbukti semasa penawanan kota Makkah, orang yang menyerah diri diampun dan dibebaskan.
Kerasulan Nabi Muhammad s.a.w
Wahyu Pertama Wahyu Kedua
Wahyu pertama surah al-Alaq ayat 1-5 yang memerintah umat Islam supaya membaca Melalui pembacaan, manusia dapat menambah
ilmu pengetahuan.
Membaca dan membuat kajian, membolehkan sesuatu bangsa atau individu mencapai
kecemerlangan.
Islam menuntut umatnya mempelajari ilmu yang dapat membina manusia.
Wahyu yang kedua surah al-Muddasir ayat 1-7. Wahyu ini merupakan pengisytiharan Nabi sebagai
Rasulullah dan mewajibkan baginda menyampaikan ajaran Islam kepada seluruh manusia.
Perlantikan Nabi s.a.w dianggap sebagai pembahawa rahmat keseluruh alam.
Nabi s.a.w telah menyampaikan ajaran Islam secara bijaksana dan terancang.
Nabi s.a.w terus menerus menerima wahyu dan menjalankan seruan Islam kepada umat manusia.
Perkara utama yang dilakukan oleh Nabi s.a.w ialah membetulkan akidah masyarakat Arab dengan menanamkan keimanan kepada Allah s.w.t.
Nabi s.a.w menyeru orang Arab meninggalkan amalan keji seperti menindas, sesama manusia, membunuh dan mencuri.
Penyebaran Islam di Makkah
Secara Rahsia Secara Terbuka
Dakwah secara sembunyi-sembunyi telah dijalankan selama tiga tahun.
Pada peringkat ini dakwah ditujukan kepada ahli keluarga baginda, sahabat yang rapat dan kaum kerabat.
Ahli keluarga yang terawal memeluk Islam ialah Khadijah binti Khuwailid, isteri baginda, Ali bin Abu Talib, Zaid bin Harithah dan Abu Bakar as-Siddiq.
Tokoh Quraisy yang memeluk Islam ialah Uthman bin Affan, Zubair bin Awam dan al-Arqam bin Abu Arqam.
Rumah Arqam dijadikan sebagai pusat kegiatan dakwah yang pertama di Makkah.
Bilangan penganut Islam pada peringkat ini kecil, tetapi dianggap kejayaan besar bagi Nabi s.a.w. Ketinggian akhlak Nabi s.a.w dan kejujuran
sahabat, menyebabkan dakwah Nabi s.a.w mendapat sambutan.
Dakwah bukan sahaja diterima oleh golongan bawahan tetapi juga golongan bangsawan seperti Khadijah Khuwailid dan Abu Bakar as-Siddiq.
Dakwah secara terbuka dijalankan selama 10 tahun. Pada peringkat ini, dakwah dilakukan secara
terang-terangan kepada penduduk Makkah setelah menerima perintah Allah s.w.t.
Nabi s.a.w berdakwah kepada keluarga Abdul Muttalib setelah turun ayat meminta baginda menyebarkan ajaran Islam kepada kaum kerabat baginda.
Setelah bermesyuarah dengan para sahabat, Nabi s.a.w telah mengadakan majlis ceramah di rumah Ali bin Abu Talib.
Dalam majlis ini, Nabi s.a.w telah menerangkan tentang Islam. Abu Lahab paling kuat menentang. Dakwah secara terbuka dilakukan kepada orang
ramai di Bukit Safa.. setelah Nabi s.a.w menerima wahyu surah al-Hijr.
Kesemua ketua pentadbir kota Makkah menghadiri majlis ini.
Berlaku perbahasan hebat antara Nabi s.a.w dengan Abu Lahab yang menghina baginda sehingga dakwah yang hendak disampaikan oleh Nabi s.a.w terjejas.
Penerimaan
Penentangan
Dilakukan pelbagai cara. Selain dicemuh, dicaci dan diganggu semasa melakukan ibadat sehingga ada yang ingin membunuh Nabi s.a.w Terdapat reaksi positif di kalangan masyarakat Arab Quraisy, ahli keluarga dan sahabat rapat Nabi s.a.w
Strategi Nabi s.a.w. pada peringkat awal secara rahsia kerana Islam masih baru dan bilangan penganut masih sedikit. Nabi s.a.w cuba mengelakkan penentangan yang memungkinkan asas Islam dihancurkan.
Peringkat awal penganut Islam terdiri daripada golongan bawahan seperti hamba. Mereka tertarik kepada ajaran Islam kerana layanan yang sama kepada semua manusia.
Ada di kalangan mereka diseksa dengan kejam (seperti Bilal bin Rabah,keluarga Yassir, Amir bin Furairah dan Zunainah), tetapi tetap menerima ajaran Islam dengan yakin.
Islam dapat diterima kerana kemurnian ajarannya dan kebijaksanaan Rasulullah s.a.w. berdakwah secara lemah lembut dan hikmah. Baginda tidak memaksa memeluk Islam sebaliknya memujuk mereka menggunakan akal.
Pendekatan baginda membandingkan nilai akhlak masyarakat Arab Jahiliyah dengan nilai akhlak Islam.
Nabi s.a.w menanamkan keimanan yang kuat, kesabaran yang tinggi dan pengorbanan merupakan kunci kejayaan. Kekuatan mental, fizikal dan rohaniah merupakan aspek utama kejayaan perkembangan Islam di Makkah.
Sebab-sebab penentangan
Perbezaan kepercayaan dan amalan Ajaran Islam berasaskan kepercayaan
kepada Allah, Arab Quraisy
menyembah berhala dan Animisme. Prinsip persamaan taraf bertentangan
dengan system social Arab Jahiliyah. Konsep persaudaraan Islam
bertentangan dengan fahaman Assabiyah
Politik
Tanggapan salah terhadap tugas nabi menganggap menerima Islam sebagai tunduk kepada kepimpinan nabi.
Masyarakat Arab sentiasa bersaing untuk menjadi ketua. Penyebaran Islam menggugat
pengaruh dan kedudukan mereka
Ekonomi
Menjejaskan perusahaan mengukir patung berhala. Islam mewajibkan penganutnya
menyembah Allah s.w.t. dan melarang menyembah berhala. Kegiatan merompak yang
merupakan sebahagian daripada punca pendapatan dilarang oleh ajaran Islam.
Puisi
Peringkat awal penganut Islam terdiri daripada golongan bawahan seperti hamba.
Mereka diseksa dengan kejam (seperti Bilal bin Rabah, keluarga Yassir, Amir bin Furairah dan Zunainah)
Puisi
Penyair Arab
menggunakan puisi-puisi untuk mengejek ajaran Islam.
Walaupun menerima cemuhan dan pelbagai tuduhan, Nabi s.a.w tetap bersabar.
Kekerasan
Memujuk Nabi s.a.w. supaya meninggalkan ajaran Islam.
Arab Quraisy menawarkan kedudukan, wanita cantik, dan harta.
Dengan tegas Nabi s.a.w menolak tawaran tersebut.
Pujukan Pemulauan
Terhadap Nabi dan Keluarga. Menulis pernyataan pemulauan
dan menggantungnya di Kaabah Pemulauan berjalan selama tiga
tahun.
Kehidupan umat Islam pada waktu ini sangat terhimpit.
Cara Nabi Menyelesaikan Masalah
Berhijrah Ke Habsyah
Membenarkan umat Islam berhijrah ke Habsyah untuk mencari perlindungan.
Ke Taif
Nabi Muhammad s.a.w dan Zaid bin Harithah merancang menyebarkan Islam ke Taif
Usaha yang dilakukan oleh Nabi ini kurang berkesan.
Orang Arab sentiasa mencari jalan untuk menghapuskan ajaran Islam. Nabi s.a.w memikirkan strategi baru untuk menyebarkan Islam.
Disebabkan usaha penyebaran Islam tidak mendapat sambutan sepenuhnya di Makkah, Nabi s.a.w memutuskan untuk berhujrah ke Madinah pada tahun 622 M.