2 GGukitGantang
1.0 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Unit Bimbingan dan Kaunseling adalah satu sub organisasi yang ada di semua sekolah menengah dan sebahagian besar sekolah rendah di Malaysia. Sebagai organisasi yang memberi khidmat bantuan menolong kepada warga sekolah, adalah menjadi satu keperluan untuk mewujudkan satu bilik pengurusan dan perkhdidmatan yang selaras dan sesuai dengan khidmat yang diberikan.
Keberkesanan perkhidmatan kaunseling bergantung pada pengurusan dan persekitaran bilik bimbingan dan kaunseling tersebut. Bilik bimbingan dan kaunseling di sekolah seharusnya sentiasa berada dalam suasana yang kondusif, teraputik, selesa dan menenangkan. Hal ini penting memandangkan klien utama perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah terdiri daripada murid-murid dan ibu bapa yang mempunyai pelbagai masalah atau situasi yang berbeza.
Oleh itu, suasana bilik kaunseling memainkan peranan yang cukup besar dalam memastikan bimbingan dan terapi yang dijalankan mencapai objektif. Secara tidak langsung, keadaan ini membantu untuk menyediakan klien agar berada dalam keadaan yang tenang bagi menangani masalahnya dengan berkesan. Persepsi pertama yang bermain di fikiran klien apabila datang ke bilik bimbingan dan kaunseling amat penting. Suasana yang kondusif dapat meyakinkan dan memberi ketenangan dalam diri klien.
Melalui pemerhatian yang telah dibuat, banyak bilik bimbingan dan kaunseling berada dalam keadaan tidak kondusif dan teraputik termasuk bilik kaunseling sekolah ini juga. Keadaan ini wujud atas beberapa faktor seperti susun atur perabot dan penggunaan ruang yang tidak sesuai. Bilik juga terlalu padat dan pemilihan warna yang digunakan tidak menarik. Sebelum ini juga bilik bimbingan dan kaunseling mempunyai terlalu banyak maklumat yang ditampal di dinding hingga menyebabkan suasana bilik kelihatan sesak dan tidak kondusif.
3
Justeru itu, kami telah mengambill inisiatif untuk melakukan transformasi terhadap bilik bimbingan dan kaunseling sekolah ini. Transformasi ini bukan sahaja telah memberi wajah baru kepada bilik bimbingan dan kaunseling bahkan juga kepada
perkhidmatan
itu sendiri. Setelah transformasi berlaku, terdapat perubahan terhadap bilangan kehadiran pelajar ke bilik ini. Maklum balas yang diperolehi juga amat menggalakkan. Beberapa elemen terapi juga telah ditambah bagi menepati visi dalam memastikan bilik bimbingan dan kaunseling sekolah ini teraputik dan kondusif.1.2 FALSAFAH
Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.
1.3 VISI PERKHIDMATAN
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif di sekolah menjelang tahun 2015
1.4. MISI PERKHIDMATAN
Untuk merealisasikan visi, kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya :
a) Menguruskan program dan aktiviti bimbingan dan kaunseling dengan cekap dan berkesan.
4 GGukitGantang b) Melahirkan murid yang mempunyai kepintaran intelek (iq), emosi
yang tinggi (eq) dan berakhlak mulia (sq)
c) Membimbing murid ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.
d) Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling.
e) Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada murid
f) Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan dalam kalangan murid.
1.5 Piagam pelanggan
a) Menyediakan bilik bimbingan dan kaunseling yang kondusif dan teraputik.
b) Menerima klien tanpa syarat. c) Memenuhi temujanji klien.
d) Memaklumkan perubahan tarikh atau masa temujanji sekurang-kurangnya sehari sebelum tarikh dan masa yang lain.
e) Menjalankan sesi kaunseling dengan penuh etika dan profesionalisme.
f) Menjalankan sesi kaunseling dalam tempoh masa 40 hingga 60 minit bagi setiap sesi individu atau kelompok.
g) Menerima dan melayan klien kaunseling krisis dengan serta merta. h) Melaksanakan program yang dirancang dengan ikhlas dan
5
1.6 Guru Bimbingan Dan Kaunseling
Unit Bimbingan dan kaunseling ini dikendalikan oleh tiga orang guru bimbingan dan kaunseling yang berpengalaman. Bermula dari tahun 2008, kami telah mula berganding bahu menggerakkan unit ini dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelajar. Selain memberikan perkhidmatan yang terbaik, kami juga sentiasa menambahkan ilmu dan kemahiran dalam bidang bimbingan dan kaunseling ini.
Pada tahun 2012, dua daripada kami telah memperolehi lesan kaunselor berdaftar dan perakuan amalan daripada Lembaga Kaunselor Malaysia. Kami juga telah menjadi ahli kepada Persatuan Kaunselor Profesional Berdaftar Malaysia (PAKAR MALAYSIA). Berikut dilampirkan maklumat peribadi peribadi guru bimbingan dan kaunseling yang ditugaskan di sekolah ini:
6 GGukitGantang
NAMA : PUAN SURAYA BT SAMSUDIN
ALAMAT : RUMAH WARDEN,
SMK PANGLIMA BUKIT GANTANG, 34200 PARIT BUNTAR, PERAK GRED JAWATAN : PPPS DG 44 PENGALAMAN : 13 TAHUN MENGAJAR
7
NAMA : PN NURUL ISLAH BT ABD WAHID
ALAMAT : LOT 1099, JALAN TANAH KEBUN,
SIMPANG LIMA, 34200 PARIT BUNTAR, PERAK
GRED JAWATAN : PPPS DG 44
PENGALAMAN : 13 TAHUN
MENGAJAR
8 GGukitGantang
NAMA : EN AZUAN BIN AMUNIDDIN
ALAMAT : 19, LORONG SERI BAYU 2,
TAMAN SERI BAYU, 14300, NIBONG TEBAL.
GRED JAWATAN : PPPS DG 44
PENGALAMAN : 14 TAHUN
MENGAJAR
10 GGukitGantang
2.0 IDEA
2.1 Keaslian
Idea untuk melakukan transformasi ini tercetus setelah mendapat komen dan maklumbalas daripada beberapa orang guru dan pelajar berkenaan bilik dan perkhidmatan yang diberikan. Bilik bimbingan dan kaunseling sebelum ini dikatakan tidak berseri dan kelihatan suram menyebabkan pelajar kurang berminat untuk masuk ke bilik kaunseling. Hasil daripada keadaan tersebut, kesemua guru bimbingan dan kaunseling sekolah ini telah mengadakan perbincangan meja bulat untuk mencari jalan bagi mengubah persepsi warga sekolah. Kami telah membuat keputusan untuk mengubah wajah bilik kaunseling agar pelajar dan warga sekolah yang masuk ke bilik ini akan selesa seolah-olah mereka berada di rumah.
2.2 Inovasi / Transformasi
Sebelum ini banyak bahan dan maklumat ditampal di dinding-dinding bilik dengan andaian pelajar dan warga sekolah akan lebih mudah untuk membaca dan mendapatkan maklumat. Namun, setelah beberapa lama bahan tersebut ditampal dan ditukar, maklum balas yang diperolehi sebaliknya. Pelajar dan warga sekolah kurang membaca bahan yang ditampal kerana maklumat yang ditampal di dinding tidak menarik minat walaupun cantik.
Oleh yang demikian kami membuat keputusan untuk mengubah keadaan bilik supaya lebih menarik minat warga sekolah untuk masuk ke bilik ini sekali gus mendapatkan khidmat yang diberikan.Ruang tamu bilik ini diubahsuai agar berkonsepkan moden supaya kelihatan menarik. Selain itu bilik dan ruang untuk menjalankan sesi bimbingan individu dan kelompok juga diubaisuai agar kelihatan lapang dan menenangkan.
11
Bagi menjadikan bilik ini sebagai bilik berinformasi, kami juga telah mengambil inisiatif untuk mendaftar pakej percuma siaran televisyen ASTRO NJOI. Pakej ini termasuk dengan siaran TutorTV yang mana siaran ini dapat dimanafaatkan oleh pelajar yang akan menghadapi peperiksaan untuk mengulangkaji. Selain itu semua maklumat yang selama ini ditampal di dinding-dinding bilik telah letakkan di ruangan khas iaitu di bahagian sudut maklumat. Oleh itu, bilik ini tidak lagi kelihatan padat dengan tampalan sebaliknya maklumat diolah dan disusun dengan lebih teratur. Maklumat dibahagian mengikut kategori tertentu bagi membantu warga sekolah mencari dengan lebih mudah.
2.3 Kumpulan Sasaran
Program transformasi ini dilaksanakan untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada seluruh warga sekolah bukan sahaja pelajar, bahkan juga kepada semua guru dan ibu bapa yang hadir ke bilik ini.
2.4 Praktikal / Kesesuaian
Tranformasi yang dilakukan ini perlu diteruskan dari masa ke semasa demi memberi perkhidmatan yang baik dan memuaskan hati warga sekolah. Bilik yang kondusif dan teraputik akan memberi gambaran awal yang menenangkan kepada klien. Ini akan membantu klien yang bermasalah dalam menjalani proses khidmat menolong yang diberikan oleh guru bimbingan dan kaunseling.
Selain itu maklumat yang disusun dengan kemas dan berkategori juga akan membantu pelajar dan warga sekolah mencari dengan lebih mudah dan cepat.
12 GGukitGantang
13
3.0 KREATIVITI
3.1 PENYELESAIAN MASALAH
Dalam amalan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, transformasi bilik yang dibuat, menjadi penyelesaian masalah kepada perkhidmatan dan pengurusan pelajar, sekolah dan juga komuniti setempat serta ibu bapa pelajar. Transformasi ini telah menjadikan bilik bimbingan dan kaunseling berubah wajah. Struktur peletakkan susun atur perabut yang teratur dan menjadikan ruang lebih praktis untuk digunakan oleh pelajar. Ini dapat menyelesaikan permasalahan yang mana bilik bimbingan dan kaunseling kurang dilawati oleh pelajar sama ada untuk pembacaan atau pun menghadiri sesi kaunseling individu / kelompok. Selepas suasana bilik berubah, kehadiran pelajar dan bilangan sesi kaunseling secara sukarela meningkat. Pelajar sering datang ke bilik ini dan kelihatan amat selesa dengan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan.
Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan pada awal tahun ini, kehadiran pelajar ke bilik ini sama ada bagi mengadakan pembacaan bebas atau menghadiri sesi kaunseling secara sukarela / dirujuk meningkat. Unit bimbingan dan kaunseling tidak mengalami permasalahan seperti sukar mendapatkan pelajar bagi sesi kaunseling sukarela atau pun kehadiran pelajar yang dirujuk oleh unit disiplin sekolah.
Begitu juga faktor sudut kehadiran pelajar bagi pembacaan luas atau pun menonton televisyen / video. Sebelum ini, bilangan pelajar yang hadir bagi pembacaan dan tontonan ini, tidak begitu ramai. Ianya hanya terdiri daripada ahli kelab Bimbingan dan Kaunseling dan anggota PRS sekolah sahaja. Apabila transformasi bilik kepada lebih kondusif ini dilakukan, ramai di kalangan pelajar biasa berkunjung ke bilik Bimbingan dan Kaunseling ini. Tambahan pula unit ini juga menyediakan perkhidmatan ASTRO NJOI yang mana totur TV disediakan bagi pelajar yang ingin membuat ulangkaji (bukan dalam waktu persekolahan rasmi).
14 GGukitGantang
Selain itu juga, suasana yang kondusif dan teraputik telah diwujudkan selaras dengan visi unit Bimbingan dan Kaunseling ini. Untuk itu, menjelang tahun 2015, unit ini Insya Allah akan menjadikan visi unit bimbingan dan kaunseling ini sebagai suatu kenyataan dengan jayanya.
Usaha mewujudkan transformasi dan inovasi kepada perkhidmatan dan pengurusan bilik ini juga mampu menjadikan suasana yang padat bermaklumat dalam bentuk tampalan ditukarkan kepada perletakan suatu ruang khas untuk pembacaan, pencarian maklumat dan perbincangan. Ianya menjadi penyelesaian kepada rasa yang tidak selesa apabila klien datang untuk temujanji dan dilihat oleh ramai pelajar lain yang membuat pembacaan. Rasa kebimbingan klien akan hilang. Kepercayaan kerahsiaan akan timbul antara klien bersama guru bimbingan dan kaunseling kerana ruang sesi tidak diganggu oleh pelajar lain.
Jika sebelum ini bilik kelihatan agak biasa dan suram dengan susunan perabut yang biasa, selepas transformasi ini keadaan menjadi sebaliknya. Ini membuatkan masalah suasana yang suram bertukar menjadi lebih kreatif, kondusif dan teraputik. Peletakkan sofa yang menarik dan suasana eksklusif menjadi daya penarik kepada bilik ini.
3.2 NILAI TAMBAH
Unsur teraputik dan kondusif kepada bilik merupakan nilai tambah yang disediakan. Di sini kami menyediakan banyak sudut yang memperlihatkan unsur teraputik. Antaranya disediakan pewangi yang mempunyai aroma terapi, lilin aroma terapi, terapi muzik dengan alunan zikir, bekas air terjun yang boleh menenangkan dan juga kerusi urut bagi yang ingin melakukan relaxiologi.
15
Ini semua sebagai permulaan bagi usaha transformasi ini. Banyak penambahan yang telah dijalankan antara lain seperti jadual dibawah.
BIL NILAI TAMBAH
1. Televisyen yang dilengkapkan dengan ASTRO NJOI dan pemain DVD
2. Lilin aroma terapi 3. Kerusi urut relaxiologi 4. Pewangi aroma terapi
5. Sofa yang lebih moden dan stail
6. Perletakkan maklumat dan info di suatu sudut yang luar dari ruang kelompok dan individu
7. Ruangan menunggu / menonton yang sangat selesa dan moden
8. Ruangan kelompok yang lebih selesa
9. Bilik sesi kelompok yang amat menenangkan jiwa.
3.3 MENARIK MINAT
Daripada pemerhatian dan temubual yang dijalankan, pelbagai reaksi diterima hasil daripada inovasi dan transformasi yang telah dijlalankan oleh unit Bimbingan dan Kaunseling ini. Reaksi pelajar yang diterima antaranya adalah seperti dibawah :
Bil. Reaksi pelajar
1. Cantik! Saya rasa tenang dan selesa bila berada di bilik Bimbingan dan Kaunseling ini.
2. Kalau macam ni, selalu masuk pun x pe…
3. Cikgu.. terasa seperti duduk di dalam rumah sendiri. 4. Tenang sangat.. rehat dalam bilik kaunseling.. 5. Seronoknya.. best dapat duduk dalam bilik ini.
16 GGukitGantang Selain itu, diperhatikan guru dan pentadbir makin kerap melawat ke bilik ini. Ramai di kalangan guru yang menjadikan bilik ini sebagai tempat “berehat seketika” sebelum terus ke kelas masing-masing. Ini kerana kedudukan bilik ini di aras 1, berdekatan dengan tangga bangunan 3 tingkat. Ianya sangat praktikal dengan suasana bilik yang kondusif ini dan sangat menarik minat guru untuk singgah sebentar di bilik ini.
Hasil dapatan temubual dengan rakan guru yang lain dan pentadbir, mereka menyatakan bilik ini amat selesa dan mampu menarik minat sesiapa sahaja yang datang berkunjung. Reaksi yang pertama diterima hasil daripada transformasi ini sangat positif. Rata-rata guru teruja dengan perubahan yang berlaku dan sangat menarik minat mereka.
3.4 MESRA PENGGUNA
Apabila mengadakan transformasi perkhidmatan dan pengurusan bilik ini, kami telah mengambil kira pelbagai faktor bagi memastikan unit ini mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada komuniti sekolah. Aspek paling penting ialah wujud suasana yang paling kondusif dan teraputik kepada komuniti sekolah amnya dan pelajar khasnya.
Suasana dan perletakan perabut yang diubahsuai menjadi satu suasana baru ini amat mudah diakses. Terdapat dua pintu yang menjadi laluan untuk masuk ke bilik ini. Pintu pertama akan terus kepada ruang tamu dan ruang menonton. Selain itu juga bilik sesi kaunseling individu dan ruang kelompok juga sedia diakses melalui pintu ini.
Jika terdapat pelajar yang ingin membuat pembacaan dan mendapatkan maklumat kerjaya serta lain-lain informasi, pelajar boleh terus mengakses pintu yang kedua. Bilik ini lebih memberi ruang kepada pelajar yang datang secara berkumpulan bagi sesi perbincangan dan pembacaan. Kedua-dua bilik ini dibuka setiap hari persekolahan bermula 7.30 pagi hingga 6.30 petang. Ini bagi memudahkan kunjungan pelajar ke unit bimbingan dan kaunseling ini.
17
Bilik pengurusan dan pentabdiran bagi semua guru bimbingan dan kaunseling merupakan penghubung kepada dua pintu ini. Ianya sangat sesuai dan praktikal dengan kedudukannya ditengah-tengah ruangan di antara bilik kaunseling individu / kelompok dengan ruang bilik pembacaan dan perbincangan.
Penyediaan kerusi urut bagi menimbulkan rasa ketenangan dan relaxiologi ini juga sangat mudah digunakan oleh sesiapa sahaja. Guru dan pelajar yang menggunakan kerusi ini tidak memerlukan prosedur untuk menggunakannya kecuali di luar waktu perkhidmatan (selepas jam 6.30 petang).
Selain itu , transformasi ini juga dirangka sebagai mudah untuk pelajar dan rakan guru akademik yang lain masuk dan mendapatkan perkhidmatan. Ianya sangat mudah dan sangat mesra pengguna. Bilik ini tidak pernah dikunci pada waktu persekolahan walaupun tanpa kehadiran guru bimbingan dan kaunseling (7.30 pagi hingga 6.30 petang). Ianya mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua warga sekolah dan komuniti luar.
18 GGukitGantang
19
4.0 KAEDAH PELAKSANAAN
4.1 OBJEKTIF
4.1.1 Menyediakan ruang/ Bilik Sesi yang memenuhi etika “Kerahsiaan”
Bilik bercermin yang dilengkapi dengan “ tinted” bagi memberi ketenteraman, ketenangan kepada klien apabila sesi dijalankan tanpa merasakan diri mereka sedang diperhatihan. Suasana ini akan membantu sesi kaunseling yang dijalankan mencapai objektif. Selain itu sebarang gangguan misalnya gangguan pandangan orang lain terhadap klien dapat dielakkan.
4.1.2 Melengkapkan bilik bimbingan dan kaunseling dengan elemen-elemen semulajadi
Unsur-unsur semulajadi yang diwujudkan di bilik kaunseling akan menjadi salah satu alat bantu yang dapat memberi satu suasana yang menenangkan dan mententeramkan kepada klien. Misalnya mini air terjun dan pokok-pokok hijau. Elemen semulajadi ini mampu membantu klien untuk menghilangkan dan menenangkan segala tekanan dan stress yang dihadapi. Oleh itu, suasana kondusif dapat dirasai oleh klien. Selain itu elemen semulajadi ini turut ditonjolkan melalui gambar-gambar yang menjadi hiasan dinding.
20 GGukitGantang Aspek keceriaan dan kebersihan merupakan aspek yang tidak boleh diambil ringan dalam memastikan klien berada dalam kondisi yang tenang dan mendamaikan. Dihiasi dengan perhiasan berbentuk gambar-gambar berbentuk pemandangan dan abstrak di ruang bilik kaunseling mampu menghadirkan suasana yang selesa. Keselesaan klien menjadi fokus penting agar sesi kaunseling dapat dijalankan dengan baik. Klien juga dapat memberi tumpuan semasa sesi dijalankan. Ruangan di bilik kaunseling tampak lebih menarik perhatian apabila ruang dinding yang sebelum ini penuh dengan bahan yang ditampal dihiasi dengan “ wall paper” melatari ruangan dinding di bilik kaunseling dengan corak-corak yang mampu mempengaruhi emosi klien.
4.1.4 Memastikan susun atur bahan bacaan dan informasi yang berkaitan dalam keadaan mesra pengguna
Sebelum ini bahan informasi ditampal di dinding-dinding bilik. Pelajar kurang membaca bahan tersebut kerana kelihatan padat dan penuh. Oleh yang demikian satu ruangan khas telah dibuat untuk menyusun maklumat ini. Terdapat ruangan di papan informasi ditampal dengan informasi-informasi yang menjadi bahan rujukan kepada pelajar. Selain itu, terdapat poster-poster yang berkaitan dengan anti dadah, kata-kata motivasi dan sebagainya ditampal di ruangan yang dinamakan sebagai “ Sudut Info”. Selain itu, bilik ini juga menyediakan koleksi-koleksi bahan bacaan yang berkaitan dengan bimbingan dan kaunseling . bahan-bahan bacaan juga disusun mengikut kategori untuk memudahkan pelajar mencari bahan bacaan tersebut.
4.1.5 Memastikan susun atur perabot serta kemudahan bilik
Susun atur perabot mengikut kesesuaian bilik juga perlu diambil perhatian. Susunan yang teratur dan sistematik juga memberi gambaran yang positif
21
kepada sesiapa sahaja yang hadir ke bilik kaunseling. Rak atau almari yang menyimpan fail-fail yang berkaitan pengurusan diletakkan di bahagian bilik pengurusan. Fail-fail ini diletakkan di bilik pengurusan bagi memudahkan guru-guru bimbingan dan kaunseling untuk mengambil fail apabila diperlukan. Set sofa diletakkan di bahagian ruangan tetamu dan di sudut sesi kelompok. Susun atur set kerusi sofa juga mampu mewujudkan suasana semi-formal yang tenang. Disamping itu, ruangan santai yang disediakan tanpa meletakkan sebarang perabot juga dapat memberi peluang kepada klien lebih selesa. Berhampiran sudut kelompok juga terdapat kerusi urut untuk sesi relaksologi yang merupakan satu pembaharuan yang dilakukan oleh unit ini bagi memastikan elemen teraputik dapat dizahirkan melalui perkhidmatan baru yang disediakan ini. Kemudahan lain seperti komputer, televisyen yang dilengkapi siaran NJOI, cermin muka, cermin dinding dan lain-lain lagi akan menjadi pelengkap kepada bilik ini .
4.2
SASARAN
Warga sekolah merupakan sasaran yang paling utama dalam merealisasikan visi dan misi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Penggunaan bilik seoptimum yang mungkin akan menjadi kayu ukur kepada sejauhmana keberkesanan perkhidmatan ini dijalankan dan diterima oleh warga sekolah amnya dan para pelajar khususnya.
Pelajar yang hadir ke bilik kaunseling diharapkan mendapat celik akal bagi menguruskan permasalahan yang dihadapi dengan bantuan oleh guru bimbingan dan kaunseling dalam membuat pilihan atas alternatif yang telah disenaraikan.
Selain pelajar yang dikatakan sebagai pelanggan yang paling diutakamakan dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, ibubapa dan guru juga tidak ketinggalan dalam proses interaksi ini.
22 GGukitGantang
Kejayaan dalam mengendalikan sesi bimbingan atau kaunseling juga turut dipengaruhi oleh suasana di segenap ruang dalam bilik kaunseling. Ini kerana suasana yang teraputik iaitu kewujudan suasana yang aman dan tenang tanpa gangguan akan membolehkan perbincangan, penghayatan perasaan dan penglahiran idea tanpa terasa terancam ini akan membantu menjayakan sesuatu sesi dan meyakinkan ketenteraman dalam diri klien .Ia akan meninggalkan “emotional impact” kepada klien yang hadir untuk mendapatkan perkhidmatan.
4.3 KECEKAPAN
SUMBER
(
TENAGA,
FLEKSIBEL,
KEWANGAN )
Dalam usaha untuk mewujudkan sebuah bilik bimbingan dan kaunseling yang dijanakan dengan unsur teraputik dan kondusif, beberapa pihak juga turut membantu dalam merealisasikan usaha ini. Bantuan dan sokongan dalam bentuk kewangan, idea serta tenaga merupakan asas yang utama dalam merealisasikan sebuah bilik yang kondusif yang dilengkapi dengan elemen-elemen terapi. Misalnya kerusi relaksologi, aroma terapi , muzik terapi serta tampalan “wall paper” yang mendamai dan menenangkan.
Sokongan yang ditunjukkan oleh guru-guru SMK Panglima Bukit Gantang juga mencerminkan bahawa mereka juga sebahagian daripada Unit Bimbingan dan Kaunseling. Mereka turut sama-sama menyumbang dari segi kewangan dan pandangan-pandangan yang positif bagi meletakkan bilik kaunseling ini sebagai tempat yang menjadi rujukan komuniti sekolah. Bukan itu sahaja, mereka turut menjadikan bilik kaunseling sebagai bilik guru kedua kerana bilik kaunseling dijadikan sebagai satu tempat untuk membincangkan permasalahan pelajar-pelajar bersama guru-guru bimbingan dan kaunseling. Kesepaduan yang ditunjukkan ini juga memberi
23
impak yang positif dalam perhubungan antara unit ini dengan warga sekolah , guru-guru khususnya.
Selain sokongan daripada komuniti sekolah, tidak ketinggalan juga pihak Persatuan Ibubapa dan Guru serta ALUMNI SMK Panglima Bukit Gantang turut membantu dari segi kewangan bagi menambahbaik bilik ini. Sokongan ini diharapakan sedikit sebanyak dapat mewujudkan kolaborasi yang positif dari semasa ke semasa demi satu matlamat iaitu memberikan yang terbaik kepada warga sekolah amnya dan pelajar khususnya. Diharapkan kolaborasi yang terjalin ini akan berterusan bagi memastikan keberkesanan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dapat dipertingkatkan.
24 GGukitGantang
25
5.0 IMPAK
5.1 KEBERHASILAN
Apabila menjurus kepada keberhasilan usaha transformasi dan inovasi bilik bimbingan dan kaunseling ini, perkataan yang paling sesuai gunakan adalah telah berjaya dilaksanakan dengan baik. Hasil yang ketara dapat dilihat pada setiap sudut bilik kaunseling ini. Terdapat banyak perubahan besar yang dilakukan dan akan dilakukan. Ruang tamu dan menonton telah berubaha wajah sepenuhnya. Pelajar dan guru-guru berasa sangat selesa berada di bilik ini. Rasa seperti berada di rumah dan kondusif.
Transformasi ini dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Rakan guru bimbingan dan kaunseling di daerah kerian juga turut membantu memberikan pandangan. Jadi transformasi pengurusan bilik bimbingan dan kaunseling ini menunjukkan hasil yang positif. Komitmen guru bimbingan dan kaunseling sekolah ini yang sangat baik, juga menunjukkan keberhasilan transformasi yang positif. Setiap kali pelajar yang datang bagi sesi kaunseling individu dan kelompok akan mengatakan perkataan selesa dan seronok. Inilah hasil yang sangat positif kepada unit bimbingan dan kaunseling setelah melakukan transformasi ini. Perkhidmatan kami kepada pelajar lebih efisyen dan menarik minat pelajar.
5.2 BUKTI YANG DISAHKAN
Bilik bimbingan dan kaunseling ini menjalankan usaha transformasi bilik ini dengan sokongan kuat pentadbir dan guru-guru. Selain itu juga, pelajar turut membantu menjayakan usaha transformasi ini. Berikut adalah graf yang menunjukkan transformasi ini memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelajar.
26 GGukitGantang
SOAL SELIDIK 20 ORANG PELAJAR YANG DATANG KE BILIK BIMBINGAN DAN KAUNSELING
5.3 PENCAPAIAN
Usaha transformasi ini telah sampai kepada hampir 70%. Unit ini akan terus berusaha menjalankan semua usaha ke arah menjadikan bilik ini kondusif dan teraputik. Dalam pada itu juga, kami memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelajar. Pencapaian yang diperolehi sepanjang tempoh ini dapat dibuktikan dengan sijil-sijil yang dianugerahkan kepada unit ini dan dilampirkan bersama-sama dokumentasi ini untuk rujukan. Kami percaya, tanpa kesepaduan dari pelajar dan guru, nescaya tiada kejayaan akan dicapai. Oleh itu, unit bimbingan dan kaunseling telah berjaya menjadi “bench mark” kepada sekolah
lain selama beberapa tahun. Pada tahun 2013 pula, sekali lagi bilik ini diangkat menjadi penerima Anugerah Pengurusan Terbaik Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah Daerah Kerian.
0 2 4 6 8 10 12 14 16 18 20 Menarik Minat pelajar Sangat Kondusif Suasana Yang Mendamaikan Selesa Apabila Mengadakan Sesi Perkhidmatan Lebih Sistematik Cemerlang Baik Memuaskan
27
5.4 TEMPOH MASA
Unit bimbingan dan kaunseling ini telah menjalankan usaha mentransformasikan bilik ini bermula dari akhir tahun 2013 hinggalah ke penghujung tahun 2014. Ini bermakna usaha ini masih belum berakhir dan sedang ditingkatkan dari masa ke masa. Biarpun suasana bilik sudah berubah wajah, namun masih banyak lagi yang perlu diperkemaskan dari segi perkhidmatan dan informasi. Tempoh yang diperuntukkan ini penting kerana sejajar dengan visi Bimbingan dan Kaunseling iaitu menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana teraputik dan kondusif di sekolah menjelang tahun 2015.
5.5 KESAN DARI INOVASI / TRANSFORMASI
Namun begitu, dalam tempoh yang sedia ada sekarang ini, telah banyak kesan dari transformasi ini dilihat. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling makin dikenali, mudah mendapatkan kerjasama rakan guru dan pelajar apabila mengadakan sesi kaunseling individu dan kelompok dan sebagainya. Pemahaman mengenai prosedur sesi menjadi semakin lancar. Dengan transformasi ini juga, unit bimbingan dan kaunseling menjadi lambang dan manifestasi kepada sekolah ini. Unit ini juga berjaya membuka ruang kepada pihak pentabdir dan PPD untuk mengadakan lawatan.
Kehadiran pelajar dan lawatan guru serta pentadbir juga dilihat semakin bertambah dari tahun sebelumnya. Terdapat sokongan daripada rakan guru akademik mengenai usaha mewujudkan suasana selesa ini dengan ramai di kalangan guru memberikan sumbangan tenaga dan wang ringgit serta barangan yang boleh diguna pakai untuk disumbangkan kepada unit ini. Ini kerana mereka yakin dengan usaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelajar. Ini membuatkan bilik bimbingan dan kaunseling ini dikongsi bersama seluruh warga sekolah kerana merasakan perasaan kepunyaan yang tinggi. Bilik ini bukan lagi menjadi kunjungan ahli PRS dan Kelab Bimbingan dan Kaunseling, bahkan pelajar lain turut hadir ke bilik ini pada waktu petang.
28 GGukitGantang Apabila bercakap mengenai impak dan kesan, orang yang paling penting sekali dalam skala kepentingan sudah pasti bersandarkan kepada pelajar. Kesan kepada pelajar amat besar. Rata-rata pelajar selesa berada di bilik kaunseling sama ada untuk sesi individu atau kelompok. Pengumpulan maklumat dan informasi secara sistematik juga banyak membantu pelajar membuat pembacaan dan mencari makumat.
Impak dan kesan dari transformasi ini juga menjadikan bilik ini dikenali sebagai “one stop centre” itu menyediakan perkhidmatan yang selamat, selesa dan tempat
rujukan yang berinformasi. Pelajar sering berkunjung ke bilik ini apabila ada ruang dan peluang.
Sesi kaunseling / bimbingan individu dan kelompok juga menjadi lebih terkesan dengan adanya beberapa terapi seperti terapi jiwa (alunan zikir), terapi muzik dan aroma terapi yang memberikan klien lebih tenang sebelum memulakan sesi. Ramai di kalangan klien merasakan mereka tenang dan mudah mesra dengan guru bimbingan dan kaunseling ini sebelum sesi dimulakan.
5.6 KETERLIBATAN
Penglibatan pelbagai pihak bagi menjayakan visi transformasi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ini terdiri daripada pentadbir, guru-guru, ibubapa, dan para pelajar disekolah ini. Penglibatan secara holistic ini akan menjadikan perlaksanaan visi dan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berjaya mencapai objektif. Rakan guru akademik membantu dari segi idea dan sumbangan peribadi. PIBG sekolah dan Persatuan Alumni sekolah turut juga mambantu dalam memberikan sumbangan untuk menghias bilik ini.
Kami juga beruntung kerana memiliki ahli PRS dan ahli Kelab Bimbingan dan Kaunseling yang sangat ringan tulang. Mereka inilah yang membantu guru bimbingan dan Kaunseling dalam menjayakan perubahan wajah pada bilik bimbingan dan kaunseling ini.
30 GGukitGantang
6.0 PENCAPAIAN DAN PENGIKTIRAFAN
Unit bimbingan dan kaunseling SMKPBG ini telah banyak mencapai kemenangaan dan juga pengiktirafan. Bermula dari tahun 2008 lagi, unit bimbingan dan kaunseling sekolah ini telah menunjukkan kejayaan dari segi pencapaian dalam pertandingan yang diadakan sama ada pada peringkat daerah atau pun di peringkat negeri. Atas komitmen dari semua guru bimbingan dan kaunseling, unit ini mampu menggerakkan pelajar untuk lebih proaktif, kreatif dan berketrampilan dalam setiap pertandingan yang diceburi. Antara pencapaian yang telah dimenangi adalah seperti:
BIL AKTIVITI / PERTANDINGAN TAHUN
1. Naib Johan Folio Kerjaya, Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Daerah Kerian
2008
2. Naib Johan Eksplorasi Alam Kerjaya, Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Daerah Kerian
2008
3. Johan Facebook, Karnival Merekayasa Bimbingan dan Kaunseling, Peringkat Daerah Kerian
2011
4. Johan Pengurusan, Karnival Merekayasa Bimbingan dan Kaunseling, Bilik Kaunseling Peringkat Daerah Kerian
2011
5. Johan Kaunselor Muda, Karnival Merekayasa Bimbingan dan Kaunseling, Peringkat Daerah Kerian
2011
6. Johan Video Korporat, Karnival Merekayasa Bimbingan dan Kaunseling, Peringkat Daerah Kerian
2011
7. Johan Video Korporat, Karnival Merekayasa Bimbingan dan Kaunseling, Peringkat Negeri Perak
2011
8. Ketiga Facebook, Karnival Merekayasa Bimbingan dan Kaunseling, Peringkat Negeri Perak
2011
9. Ketiga Pengurusan Bilik Kaunseling, Karnival Merekayasa Bimbingan dan Kaunseling, Peringkat Negeri Perak
31
Bilik ini sudah beberapa tahun diiktirafkan sebagai “Bench Mark” kepada sekolah lain di dalam daerah Kerian dari segi pengurusan bilik dan sistem fail. Pengiktirafan yang paling berharga kepada unit bimbingan dan kaunseling ini adalah Anugerah Pengurusan Bilik Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling Terbaik Daerah Kerian, yang dianugerahkan pada tahun 2013. Ini merupakan kenangan manis dan imbuhan buat unit bimbingan dan kaunseling ini. Ianya telah meningkatkan semangat dan motivasi unit ini untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada seluruh warga sekolah amnya dan pelajar khasnya.
Pada tahun ini pula, sekali lagi unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah telah diberi kepercayaan untuk mewakili Daerah Kerian dalam pertandingan Amalan Terbaik Perkhidmatan dan Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling. Ini menunjukkan komitmen yang tinggi telah diberikan oleh semua guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah ini sehingga mendapat pengiktirafan sebegini. Faktor yang penting ialah memberikan suatu perkhidmatan yang baik dan berkesan khasnya buat pelajar dan warga sekolah ini..
BIL AKTIVITI / PERTANDINGAN TAHUN
10 Johan Puisi Dan Lagu, “My Talent”, Peringkat Daerah Kerian 2012 11 Ketiga Pertandingan Azan, “My Talent”, Peringkat Daerah
Kerian
2012
12 Anugerah Pengurusan Bilik Kaunseling Terbaik Daerah Kerian 2013 13 Johan E-Kaunseling PPDa Peringkat Negeri Perak 2014
32 GGukitGantang
33
7.0 PENUTUP
Transformasi Unit Bimbingan dan Kaunselingdi sekolah ini amat penting bagi membantu murid-muriddan warga sekolah mendapat khidmat bimbingan dan khidmat nasihat yang baik dan berkesan.
Melalui Unit Bimbingan dan Kaunseling, murid akan dibantu untuk menghadapi pelbagai cabaran di alam persekolahan bagi melahirkan generasi yang seimbang dari segi jasmani, emosi, intelek dan rohani selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Murid juga akan memperolehi maklumat-maklumat yang berkualiti, membangkitkan motivasi dan berkeyakinan. Seterusnya memberi keyakinan yang tinggi dan kesediaan yang cemerlang dalam diri murid untuk menghadapi segala masalah di sekolah. Justeru itu, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ini perlu berada pada tahap yang cemerlang dan berkesan.
34 GGukitGantang
35
Pelan Bilik Bimbingan dan Kaunseling
RUANG TAMU / MENONTON RUANG KAUNSELING INDIVIDU RUANG KELOMPOK KAUNTER PERKHIDMATAN BILIK PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN BILIK PENYIMPANAN FAIL PERIBADI PELAJAR RUANG PANTRY / SANTAI RUANG INFORMASI DAN PEMBACAAN LUAS
36 GGukitGantang
38 GGukitGantang
40 GGukitGantang
42 GGukitGantang
44 GGukitGantang
46 GGukitGantang
48 GGukitGantang
50 GGukitGantang