• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 2-PENGURUSAN TAPAK BINA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "BAB 2-PENGURUSAN TAPAK BINA"

Copied!
77
0
0

Teks penuh

(1)

C 5011

PENGURUSAN PEMBINAAN

BAB 2

AMALAN PENGURUSAN PEMBINAAN

AHMAD ZAIDI BIN MISPAN

JABATAN KEJURUTERAAN AWAM POLITEKNIK PORT DICKSON

(2)

IKATAN SISTEM JAWATANKUASA

Penting bagi Projek Pembinaan yang berskala

besar membentuk satu pasukan (jawatankuasa)

sebagai satu saluran untuk membolehkan

perbincangan dan komunikasi dalam membuat

keputusan dilakukan bagi setiap peringkat.

(3)

IKATAN SISTEM JAWATANKUASA

1. JAWATANKUASA PROJEK (PROJECT COMMITTEE)

 Jawatankuasa ini diketuai oleh Pengurus Projek sebagai Pengerusi.  Berfungsi untuk membincangkan hal-hal berkaitan polisi dan membuat

keputusan berhubung perlaksanaan projek.

 Juga berfungsi sebagai orang tengah bagi komunikasi diantara ibu pejabat

(4)

IKATAN SISTEM JAWATANKUASA

2. JAWATANKUASA PENYELARASAN TAPAKBINA (SITE COORDINATION COMMITTEE)

 Dipengerusikan oleh Pengurus Pembinaan

 Merupakan jawatankuasa bertindak dalam perlaksanaan projek

berdasarkan polisi yang telah ditetapkan oleh jawatankuasa projek.

 Jawatankuasa ini juga bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah

(5)

IKATAN SISTEM JAWATANKUASA

3. JAWATANKUASA PENYELARASAN KONTRAKTOR (CONTRACTOR’S COORDINATION COMMITTEE)

 Dipengerusikan oleh Jurutera Pembinaan.

 Bertindak sebagai penghubung antara Kontraktor Utama, Sub-Kontraktor

Dinamakan, Pembekal Dinamakan dan lain-lain sub-kontraktor dan

berfungsi sebagai penyelaras kerja bagi pihak-pihak yang terlibat ditapak bina.

 Disamping itu, jawatankuasa ini juga bertanggungjawab menyelesaikan

permasalahan yang timbul antara antara kontraktor-kontraktor semasa perlaksanaan projek.

(6)
(7)

DOKUMEN KONTRAK

 Dokumen Kontrak biasanya disediakan oleh pejabat yang menyediakan

dokumen tender dan mempelawa tender.

 Dokumen Kontrak yang mengandungi borang-borang, lukisan dan

dokumen-dokumen yang sama dengan Dokumen Meja Tender. Ia disediakan dengan kulit keras dan direkabentuk mengikut kehendak pengeluar peruntukan.

 Dokumen Kontrak hendaklah ditanda tangani oleh pegawai yang

diberikuasa oleh pihak yang menyediakan peruntukan. Pegawai yang diberi kuasa dan kontraktor akan menandatangani semua dokumen seperti

perkara-perkara perjanjian, spesifikasi, senarai kuantiti dan lukisan-lukisan kontrak.

PENYEDIAAN DOKUMEN KONTRAK

MUKA HADAPAN

DOKUMEN KONTRAK PEROLEHAN TENDER BORANG TENDER

(8)

INSURANS

 Sebelum memulakan kerja, selalunya pihak kontraktor akan mengambil

insuran untuk melindungi pihaknya serta pihak kerajaan.

 Oleh yang demikian adalah tanggungjawab Arkitek untuk memastikan

bahawa pihak kontraktor telah mengambil semua insuran-insuran sebelum memulakan kerja ditapak bina.

 Antaranya ialah insuran kerja dan insuran liabiliti awam. ini adalah

bertujuan untuk melindungi pihak kerajaan dan koatraktor apabila berlakunya sesuatu perkara yang tidak diingini.

 Selain itu juga pihak Arkitek juga perlulah memastikan bahawa jangka

masa segala polisi insurans yang diambil oleh pihak kontraktor itu meliputi tempoh masa pembinaan atau yang dikehendaki oleh kontrak.

(9)

INSURANS LIABILITI AWAM

Kontraktor hendaklah menginsuranskan liabiliti yang berbangkit seperti yang dihuraikan dalam fasal 32 dan 33 Syarat-syarat Kontrak.

Insurans ini hendaklah diambil atau disenggarakan atas nama bersama Kerajaan dan Kontraktor. Insurans tersebut hendaklah meliputi

keseluruhan tempoh siap kerja termasuk tempoh liabiliti kecacatan dan ditambah tiga bulan dan empat belas hari.

Walaupun had liabiliti yang hendak diinsuranskan susah hendak dianggarkan, panduan mengenai had liabiliti yang diinsuranskan

berdasarkan nilai kontrak untuk Kerja dengan faktor risiko biasa seperti berikutSurat KPKR (28)dlm.JKR.KPKR:020.050/03 Klt. 5 bertarikh 9.5.2002

(10)

Harga Kontrak Had liabiliti setiap kemalangan untuk bilangan kemalangan yang tidak terbatas  Tidak melebihi RM 50,000 ... RM 10,000  RM 50,001 hingga RM 100,000 ... RM 25,000  RM 100,001 hingga RM 200,000 ... RM 50,000  RM 200,001 hingga RM 500,000 ... RM 100,000  RM 500,001 hingga RM 5 juta ... RM 200,000  Melebihi RM 5 juta hingga RM 20 juta ... RM 500,000  Melebihi RM 20 juta hingga RM 50 juta ... RM 1 juta  Melebihi RM 50 juta ... RM 2 juta

Bagi kerja yang mempunyai risiko yang luarbiasa seperti risiko pada bangunan sediaada yang bersebelahan, pembinaan bangunan bertingkat tinggi atau kerja kejuruteraan awam seperti pembinaan terowong dan empangan, liputan insurans di atas wajar digandakan.

(11)

SUMBANGAN PERKESO / INSURAN PAMPASAN PEKERJA

 Kontraktor hendaklah berdaftar dengan PERKESO dan membayar cukai

kepadanya dan/atau menginsurankan terhadap liability untuk membayar pampas an dibawah Ordinan Pampasan Pekerja, 1952. Selain itu kontraktor mesti mendapatkan Insuran Pampasan Pekerja. Ini kerana pekerja yang

berpendapatan lebih RM 1,000.00 sebulan tidak layak didaftar dengan PERKESO. Insuran hendaklah meliputi keseluruhan

 tempoh siap kerja termasuk tempoh tanggungan kecacatan dan ditambah

tiga bulan dan empatbelas hari. Jumlah yang diinsurankan adalah jumlah gaji pekerja yang tidak dibawah skim PERKESO.

 Tarikh Milik Tapak

 Tempoh Siap Kerja berdasarkan tawaran tender  Tarikh Siap Keseluruhan Kerja

(12)

LAWATAN TAPAK

 Pengurusan tapakbina bermula dari peringkat kontraktor memasuki tawaran

lagi. Sebelum seseorang kontraktor membuat keputusan samada memasuki tawaran atau tidak, kontraktor adalah digalakkan supaya membuat lawatan tapakbina sebelum memasuki tawaran.

 Kehendak permulaan dan syarat-syarat Am, para 5 (mengikut penentuan

JKR) yang mana dianggap kontraktor telah melawat tapakbina sewaktu menyediakan tender untuk memastikan sendiri bekerja serta mengawal membiasakan diri sepenuhnya dengan sebarang tindakan.

 Pertimbangan untuk bayaran tambahan atau lanjutan masa tidak akan

(13)

LAWATAN TAPAK

 Kontraktor harus memeriksa dan meneliti tapak dan persekitarannya dan

berpuashati dengan sendirinya tentang jenis bumi dan tanah bawah, bentuk dan jenis tapakbina, takat dan jenis kerja, bahan dan barang-barang yang perlu bagi menyiapkan kerja, cara-cara perhubungan dan akses ketapakbina dan tempat tinggal yang mungkin dikehendakinya. Pada amnya, pihak

kontraktor harus berpuashati dengan maklumat yang perlu tentang risiko, luar jangkaan dan segala keadaan yang mempengaruhi dan menjejaskan tawaran.

(14)

LAWATAN TAPAK

 Lawatan tapakbina diperingkat tawaran b iasanya disediakan oleh wakil

pengurusan dan juru anggar. Ini bertujuan untuk menyesuaikan kontraktor dengan keadaan-keadaan tapakbina serta halangan-halangan yang mungkin mengakibatkan atau melibatkan kerja. Kontraktor harus menyediakan satu jadual atau laporan dan dengan adanya laporan ini, beberapa kemusykilan dan pertanyaan dapat diselaraskan dengan agensi perlaksanaan. Pihak kontraktor mungkin mempunyai format laporan lawatan mengikut

penyesuaian diri. Laporan lawatan tapak haruslah bertujuan mengumpul maklumat seperti berikut. Rujuk contoh maklumat dalam laporan lawatan tapak.

(15)

Contoh maklumat dalam Laporan Lawatan Tapak

No Maklumat Diperlukan Tujuan/Maklumat Diperlukan 1 Keadaan tanah termasuk jenis tanah,

aras air, kemungkinan penahan dan penupangan tanah.

Melibatkan cara penggalian, jenis logji yang harus digunakan dan kadar

penahanan dan penupangan tanah.

2 Lokasi tempat pembuangan tanah, kadar harga mengangkut ketempat pembuangan.

Melibatkan kadar harga pembuangan tanah dari tapakbina.

3 Merobohkan bangunan sedia ada. Untuk menilai harga kerja perobohan serta menilai kegunaan barang terpakai atau mendapatkan bayaran untuk barang terpakai.

(16)

4 Jalan masuk ketapakbina Melibatkan sejauh mana keperluan jalan-jalan sementara didalam

memasuki harga-harga kerja

permulaan, menilai kesukaran jika ada bagi logi dan jentera memasuki tapak. Penghantaran berjadual mungkin diperlukan untuk jalan masuk yang terhad dan tempat penyimpanan yang terhad. Had ketinggian dan had berat jambatan berdekatan haruslah diambil kira 5 Halangan dilokasi tapak Ini akan melibatkan secara terus

lokasi stor pnyimpanan barang. Kemungkinan, pejabat tapak dibina atas tiang bagi kawasan yang sempit. 6 Buruh: Perkara untuk pertibanga

termasuklah:

i. Keadaan buruh tempatan termasuk tukang dan buruh biasa.

ii. Menilai lain-lain kerja dan

kemungkinan buruh untuk kontrak Iii .Kadar harga upah tempatan

Melibatkan harga-harga seunit kerja-kerja terlibat. Sejauh mana buruh-buruh luar terpaksa dibawa,

menyediakan keperluan penginapan dan elaun-elaun.

(17)

7 Perkhidmatan sementara:

Lokasi bekalan air, bekalan elektrik dan kemudahan telefon. Lokasi talian

pembuanmgan najis

Kemungkinandiperlukan bekalan letrik sementara, bekalan kuasa peralatan dan lai-lain. Bekalan air sementara untuk pejabat, pekerja, tandas dan kerja-kerja binaan. Menyediakan pili air sementara termasuk penyambungan bermeter. Tandas hendaklah disambung

ketalian najis mengikut kehendak dan keperluan Jabatan Kesihatan. 8 Kemudahan pembekal tempatan dan

penyewa logi tempatan

Melibatkan harga keseluruhan kerja-kerja SubpKontraktor yang disubkan serta kerja keseluruhan. Kadar harga sewa dan pengangkutan boleh dinilai mengikut kadar harga tempatan diperingkat tawaran dimanan

kemungkinan berbeza dengan harga biasa

9 Kawalan dan keselamatan ditapakbina. Keperluan jaga atau pagar,

kemungkinan diperlukan kemudahan keselamatan orang awam.

Kemungkinan diadakan system pengurangan habuk.

(18)

10 Lain-lain faktor Topografi tapakbina berhubung dengan kemudahan

pergerakkan logi ditapakbina. Halangan dibawah tanah dan halangan diudara. Perkhidmatan pengangkutan awam

(19)

Contoh Laporan Lawatan Tapak

LAPORAN LAWATAN TAPAK

Projek: Projek Andaian Tarikh Lawatan: 20 November 2005 1. Lokasi :KM 16, Jalan Pantai, Port Dickson

2. Perkhidmatan Pengangkutan: Perkhidmatan bas dan teksi 3. Pihak Berkuasa tempatan: Majlis Perbandaran Port Dickson 4. Laluan Masuk: Ketapak jalan ketiga bahagaian tepi

jalan sementara tidak diperlukan 5. Keterangan tapak: Cerun sedikit

halangan runtuhan rumah 2 tingkat tidak diduduki, tapak telah dibersihkan dengan baik 6. Keadaan tanah:

Strata tanah liat pada lapisan bawah Sokongan kerja tanah akan ditentukan

Air : permukaan lihat laporan penyiasatan tanah, kedalaman pam/pembuangan tidak menjadi masalah

7. Tempat buangan tanah : 6km – bayaran RM 30.00 satu muatan 8. Kemudahan:

Longkang : bersebelahan Letrik : Ada

Air : Ada Telefon : Ada

(20)

9. Keperluan Keselamatan:

Dinding Adang : 2m tinggi papan lapis atau bersamaan Halaman : tidak diperlukan

Pengawal : diperlukan dan rujuk dengan agensi keselamatan

10. Lain-lain maklumat yang berkaitan :

Masalah lalulintas pada hari Sabtu dan Ahad juga pada cuti umum. Ruang yang mencukupi untuk pejabat tapak, rumah kongsi, logi membancuh konkrit dan kawasan simpan bahan binaan.

(21)

KADAR HARGA

Harga Unit

 Adalah sesuatu bahan binaan selepas dibuat pengiraan beberapa perkara

tertentu.

 Harga Unit termasuk harga-harga seperti berikut:-  1. Buruh

 2. Harga Bahan-bahan

 3. Penggunaan jentera atau peralatan

 4. Keuntungan dan Kos Pengurusan (Overhead)

 Haruslah diberi peringatan, walaupun keempat-empat faktor ini saling

berkaitan antara satu sama lain tetapi tidak semestinya digunakan kesemuanya sekali dalam pengiraan harga unit. Penggunaan dan kiraannya bergantung kepada jenis kerja.

(22)

KADAR HARGA

Buruh

 Buruh bermaksud upah atau pembayaran gaji pekerja dalam

menyempurnakan sesuatu bidang pekerjaan.

 Kadar upah adalah berbeza , dinilai dari segi tahap kemahiran pekerja

dan perubahan upah dari masa kesemasa mengikut peredaran zaman.

Harga Bahan-bahan

 Faktor-faktor yang diambil kira dalam menentukan harga bahan-bahan

antara seperti:

 Harga asal bahan-bahan  Bayaran pengangkutan  Harga menyimpan

(23)

KADAR HARGA

Harga asal bahan-bahan

 Adalah harga bahan yang tidak termasuk kadar keuntungan, harga

pengangkutan dan lain-lain kos.

Kadangkala disebut sebagi harga kilang atau harga bersih.

Bayaran pengangkutan

 Adalah bayaran tambahan yang dikenakan keatas sesuatu bahan binaan

bagi tujuan mengangkut bahan tersebut keseuatu destinasi yang ditentukan daripada pihak kilang.

(24)

KADAR HARGA

Harga menyimpan

 - Demi keselamatan, setengah bahan binaan seperti simen, kayu atau

bahan-bahan lain yang mudah terbakar perlulah diawasi serta disimpan dengan baik. Ini akan mengakibatkan pertambhan harga bahan.

Pembaziran

 - Pembaziran tetap akan berlaku dalam mana-mana projek pembinaan.

Banyak bahan binaan yang rosak dan terbiar begitu sahaja. Ini mungkin disebabkan kurangnya kawalan dan cuai dalam penyelenggaraan kerja

ditapak binaan. Adalah dianggarkan 10-15% bahan binaan rosak semasa kerja binaan sedang dijalankan.

(25)

KADAR HARGA

Pengunaan jentera dan peralatan

 Dalam sesuatu projek yang besar, alat yang digunakan adalah bersangkutan dengan

jenis pekerjaan tersebut.

 Peralatan yang dimaksudkan itu boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu:

 Peralatan yang tidak bermotor dan berjentera  Peralatan bermotor atau berjentera

 Bagi alat tidak berjentera harganya dimasukkan sebagai harga perbelanjaan harian

dan pengurusan.

 Untuk alat berjentera pula, kontraktor memperolehinya samada dengan membeli

atau menyewa peralatan tersebut.

 Oleh itu, modal untuk membeli atau menyewa peralatan tersebut perlu dikira untuk

mendapatkan kos modal yang digunakan.Oleh itu harga penggunaan peralatan dan buruh yang mengendalikannya bagi setiap jam perlulah diperolehi.

 Faktor-faktor yang perlu diambil kira dalam menentukan kos penggunaan jentera:

 Harga untuk menyewa atau kejatuhan harga bagi peralatan jentera yang digunakan

 Kos operasi peralatan tersebut seperti:  Kos minyak, alat ganti, tayar

 Kos penyelenggaraan dan pembaikan  Kos operator

(26)

KOS PENGURUSAN (OVERHEAD)

 Kos Pengurusan (overhead) syarikat ialah kos pentadbiran sesebuah syarikat.

Perkara-perkara yang termasuk dalan kos pengurusan (overhead) seperti:

Overhead projek;

 Gaji dan elaun kakitangan( site engineer, project manager, etc)  Faedah atas pinjaman

 Air, elektrik, telefon, peralatan pejabat projek  Ujikaji material, loading test

 Pendokumenan dll.

Overhead umum;

 Overhead yg meliputi seluruh kos yang dikeluarkan untuk operasi di pejabat pusat;

 Sewa pejabat

 Air, elektrik, telefon, peralatan pejabat  Cukai pendapatan

 Furniture

 Tuntutan perjalanan kakitangan, kos pemasaran  Gaji pegawai tetap

(27)

KEUNTUNGAN

 Melaburkan sumber dengan harapan ianya akan mendatangkan pulangan

yang lebih besar pada masa hadapan.

 Untuk tujuan perkembangan jangka panjang syarikat, keuntungan dilabur

semula.

 Keberkesanan dan kecekapan pengurusan syarikat diukur dari segi

keuntungan yang diperolehi.

 Untung kasar (gross) = nilai jualan barangan - kos barangan

 Untung bersih (net) = nilai jualan - (kos barangan + lain-lain kos

(28)

AMALAN SYARIKAT DALAM INDUSTRI BINAAN

 melihat satu projek sebagai satu unit perniagaan sendiri

 keuntungan sebenar adalah lebihan bayaran daripada majikan setelah

mengambilkira kesemua kos untuk melaksanakan kerja termasuk kos kewangan

 keuntungan sebenar hanya dapat ditentukan setelah kontrak ditutup.

Pertimbangan keuntungan biasanya bergantung kepada

 jumlah keuntungan  % keuntungan

 tempoh kontrak  risiko kontrak  modal diperlukan

 penglibatan sumber syarikat

% Keuntungan dikira berdasarkan harga kontrak

 biasanya % tambahan harga (mark-up) digunakan untuk menentukan kadar

keuntungan dan kos overhed ibu pejabat

(29)

PROGRAM PEMBINAAN

 Kejayaan untuk menyiapkan sesuatu projek bergantung kepada

perancangan yang yang baik.

 Oleh itu sebelum sesuatu kerja dimulakan di tapak bina, adalah penting

satu program yang terperinci disediakan.

 Tapak bina dan tempoh kontrak akan mempengaruhi pemilihan program

yang akan digunakan. Bagi kontrak kecil, pekerja yang berpengalaman boleh menjalankan tugas dengan senang tanpa program yang terperinci.

 Tetapi keadaan ini berbeza dengan kontrak yang besar dan kompleks,

ianya memerlukan satu perancangan aktiviti yang teliti .

 Terdapat pelbagai teknik program pembinaan yang boleh digunakan

ditapak bina seperti penggunaan Carta Bar dan Kaedah Laluan Kritikal.

(30)

SEBUTHARGA

 Biasanya melibatkan kontraktor dengan pembekal, kontraktor utama

dengan subkontraktor dalam urusan mendapatkan bekalan bahan dan perkhidmatan.

 Aspek penting dalam menilai sebutharga ialah:-  i. Merekod penerimaan sebutharga

 ii. Penelitian sebutharga .

 iii. Tawaran balas (counter-offer)

 iv. Semakan pengiraan untuk memastikan bahan-bahan/perkhidmatan

(31)

LAPORAN KEPADA PENGURUSAN

 Satu laporan ringkas tentang kerja hendaklah disediakan untuk

pengurusan. Laporan tersebut meliputi:-

 i. Keterangan ringkas projek

 ii. Penyataan Kaedah Pembinaan yang dijadikan asas anggaran  Catatan mengenai sebarang andaian utama yang dibuat dalam

penyediaan anggaran

 Sebarang keperluan untuk kelayakan tawaran atau untuk surat

keterangan untuk menyatakan dengan jelas andaian yang dibuat.

 Sebarang penambahan harga yang dimasukkan untuk sebutharga

subkontraktor atau pembekal

 Penilaian keuntungan projek

(32)

PERLAKSANAAN KONTRAK

 Sebelum perlaksanaan sebenar kontrak dimulakan,menjadi

tanggungjawab Pengurus Pembinaan dan kakitangan lain dalam

peringkat pengurusan tapakbina untuk bekerjasama dengan Pengurus Projek,Ketua Jurutera dan kakitangan lain dalam peringkat Pengurusan am untuk mengkaji dan membuat keputusan berhubung pendekatan atau konsep yang akan digunakan dalam perlaksanaan sebenar.

 Elemen-elemen yang perlu diambilkira dalam Kajian Perlaksanaan

ialah:

1. Skop dan kuantiti kerja 2. Buruh

3. Bahan

4. Peralatan dan loji 5. Hal-hal tapak bina

(33)

1. SKOP DAN KUANTITI KERJA

PENGKHUSUSAN Kuantiti Masa

(Minggu) Kadar

Kos (RM)

1Pekerjaan Pembinaan Asas

a) Pengorekan 6” oversite

b) Korek Asas ( gr. Beam & column) c) Korek Asas

d) Pekerjaan Kemudahan Bangunan Jumlah

30 m³ 150 m³ 40 m³ 30 m 3

10 15 180 5 300 2250 7200 240 9990

2Pembinaan Rangka Struktur

(Superstructure) Dinding Bata Luar Kayu rangka Bumbung Kayu Pemegang Roof Tiles Dinding Bata Dalam Memasang Kemasan Atap Jumlah 410 m² 100 m² 20 m² 80 m² 300 m² 8 28 18 15 45 15 1148 1800 300 3600 4500 216800

(34)

2. BURUH

 Dalam mengenal pasti jumlah pekerja dan kontrak yang terlibat supaya bekalan

buruh sentiasa mencukupi, ianya memerlukan satu sistem perancangan yang sistematik

 Perancangan yang berkesan adalah dengan menentukan:  i. Bilangan dan waktu buruh diperlukan.

 ii. Pembahagian kerja mengikut kemahiran yang diperlukan

 Kelancaran sumber buruh

 Jadual Keperluan Buruh merupakan satu kaedah yang dapat membantu dan

menyelaraskan penggunaan tenaga buruh yang terlibat ditapakbina.

 Keperluan tenaga buruh untuk kontrak dalam program induk ditunjukkan dalam

bentuk jadual kumpulan ketukangan, dijumlahkan dan dipersembahkan dalam bentuk histogram.

 Ini membolehkan bilangan buruh yang terlibat dalam projek diselaraskan dengan

tenaga buruh yang dirancangkan.

 Alternatif keperluan buruh boleh ditunjukkan dalam jadual keperluan buruh seperti

(35)
(36)

3. BAHAN BINAAN

 Jumlah bahan binaan yang diperlukan bagi sesuatu kerja ditapak

boleh dirujuk dari lukisan semasa dan bersesuaian dengan jumlah didalam senarai kuantiti.

 Pengurusan bahan binaan adalah sangat penting kerana ianya

melibatkan penggunaan sumber kewangan yang besar . Oleh itu perlu ada sistem kawalan yang dapat mengelakkan pembaziran, kelewatan penerimaan bahan, kekurangan bahan ditapak bina dan sebagainya.

 Penggunaan Jadual Keperluan Bahan merupakan satu sistem kawalan

bahan binaan ditapak bina. Rajah dibawah menunjukkan tarikh utama bila bahan akan dihantar ketapak. Jadual juga menunjukkan nombor telefon pembekal, nombor pesanan dan tarikh sebenar penghantaran. Jadual juga dapat memberi „amaran peringkat awal‟ akan kekurang stok bahan di tapak dan pembekal dapat diberitahu tentang kedudukan

(37)
(38)

4. PERALATAN BERJENTERA (LOJI) DAN KELENGKAPAN

Keperluan loji untuk projek perlulah ditentukan dengan

mengkaji kaedah pembinaan yang akan digunakan, serta

penggunaan sesuatu jenis loji tersebut tidak melibatkan

sebarang perbelanjaan tambahan atau ianya perlulah didalam

lingkungan kos yang telah dianggarkan.

Keperluan loji dan kelengkapan hendaklah dibuat mengikut

fasa untuk disesuaikan dengan pesanan dan urutan program

induk.

Ini dilakukan dengan membina Jadual Loji dan

Kelengkapan.(Rujuk Lampiran) Jadual ini membolehkan

pengurusan membuat penilaian ke atas sumbernya yang

(39)
(40)

5. HAL-HAL TAPAK BINA

 Mengenal pasti :-

 i. Susun atur tapak

 ii. Corak laluan dalam tapak

 Kemudahan pengangkutan yang diperlukan  Organisasi dan Pengawasan tapak.

 Saiz dan lokasi pejabat ,penempatan dan kemudahan tapak.  Pembahagian tugas dan pengkhususan kerja kakitangan tapak.

(41)
(42)

SUBKONTRAKTOR DAN PEMBEKAL

 Penting untuk menyelaraskan pihak subkontraktor dengan pihak pembekal

supaya perlaksanaan kerja tidak terjejas.

(43)
(44)

KAEDAH PEMBINAAN

(45)

PEMBINAAN KAEDAH KONVENSIONAL Bahan Binaan Konkrit Kayu Bata Besi Keluli Peralatan Bangunan siap Tapak Bina

(46)

PEMBINAAN KAEDAH IBS Bahan Binaan Konkrit Kayu Bata Besi Keluli Bangunan siap Kekuda Kayu Lantai/Beam Dinding Tangga Komponen@modul pratuang

(47)

APAKAH ITU IBS???

INDUSTRIAL BUILDING SYSTEM

(48)

DEFINASI IBS

Merupakan SISTEM/KAEDAH PEMBINAAN yang mana

komponennya dihasilkan di dalam keadaan TERKAWAL (di

kilang atau di tapak bina), DIANGKUT dan DIPASANG

dalam kerja pembinaan dengan menggunakan PEKERJA DI

TAPAK YANG MINIMAL”

Pasang

(49)

by.a.zaidi.mispan 49

IBS

MATLAMAT

PENGURANGAN

- Penggantungan kepada tenaga kerja asing

PENINGKATAN

Kualiti,produktiviti, keselamatan,dan daya saing di dalam industri pembinaan

MENJANA

Pertumbuhan ekonomi baru-industri komponen IBS

melalui SIstem Pembinaan Terbuka.

(50)

5 JENIS IBS

Jenis 1 : Sistem-sistem Rangka, Panel dan Kekotak Konkrit Pra-tuang

Jenis 2 : Sistem Acuan Besi

Jenis 3: Sistem Rangka Besi

Jenis 4: Sistem Rangka Kayu Pra-siap

(51)

Jenis 1 : Sistem-sistem Rangka, Panel dan Kekotak Konkrit

Pra-tuang

 Kumpulan yang paling banyak digunakan dalam produk IBS ialah

elemen konkrit pra-tuang untuk tiang, rasuk, papak, dinding, komponen 3-D (contohnya balkoni, tangga, tandas), konkrit pra-tuang yang lebih ringan seperti acuan konkrit yang kekal.

(52)

Tandas IBS

(53)

by.a.zaidi.mispan 53

LANGKAH KERJA PEMASANGAN

Turunkan barang dari

lori menggunakan kren Memunggah / mengangkat unit ke tapak pemasangan

Memindahkan ke dalam bangunan

Unit pada kedudukan yang betul dan sambungan servis dipasang

Unit ini telah siap dengan kemasan lantai, kemasan

(54)
(55)

Jenis 2 : Sistem Acuan Besi

 Selalunya digunakan dengan papak konkrit pra-tuang, rasuk dan tiang

keluli dan juga sistem kerangka portal. Selalu menjadi pilihan dan digunakan secara meluas dalam pembinaan bangunan pencakar langit. Juga dalam pembinaan kilang yang besar dan dewan pameran yang memerlukan kawasan yang besar.

(56)
(57)

by.a.zaidi.mispan 57

Penyediaan tapak Pemasangan paip

Kerja konkrit lantai Pemasangan besi tetulang

(58)
(59)

JENIS 3: SISTEM RANGKA BESI

 Sering diguna bersama papak konkrit pratuang. Tiang, bumbung dan

rasuk keluli paling kerap digunakan di Malaysia. Keluli struktur adalah sesuai untuk bangunan tinggi dan kebiasaannya digunakan dengan panel papak dan dinding konkrit pratuang di dalam penghasilan struktur hybrid dengan masa yang cepat.

(60)
(61)

Jenis 4: Sistem Rangka Kayu Pra-siap

 Kebanyakan produk yang disenaraikan dalam kategori ini adalah rangka

bangunan kayu dan kekuda bumbung kayu. Apabila ianya sudah popular dan banyak digunapakai, ia memberi rekabentuk yang menarik dan

mempunyai nilai estetika yang tinggi seperti chalet untuk pusat peranginan dan pelancongan.

(62)
(63)
(64)

Jenis 5: Sistem Kerja Batu (Blockwork)

 Sistem ini termasuk pembinaan yang menggunakan „interblocking

(65)
(66)
(67)
(68)
(69)
(70)

KELEBIHAN PENGGUNAAN IBS

TEMPOH PEMBINAAN YANG SINGKAT

 Penyiapan yang lebih cepat berikutan pengenalan komponen yang

menggantikan pembinaan in-situ. Kerja-kerja penghasilan anggota struktur bangunan di kilang dapat dijalankan secara serentak dengan proses

pembinaan di tapak manakala kerja yang dijalankan ditapak hanyalah penyambungan anggota struktur

KOS PEMBINAAN YANG LEBIH MENJIMATKAN

(71)

MENGURANGKAN TENAGA BURUH

 Kerja-kerja pembinaan di tapak dapat dikurangkan sekiranya sistem ini

diadaptasikan seterusnya mengurangkan penggunaan tenaga buruh

KERJA PEMBINAAN YANG LEBIH BERKUALITI

 Produk yang berkualiti dan pembaziran yang minimum kerana persekitaran

kerja di kilang lebih mudah dikawal

PENGURANGAN PEMBAZIRAN BAHAN BINAAN

 Bahan binaan dapat digunakan secara optima berikutan penggunaan mesin

(72)

PENGURANGAN BAHAN BINAAN DI TAPAK

 Bahan binaan di tapak dapat dikurangkan berikutan segala komponen IBS

dibuat di kilang dan terus dipasang di tapak

KERJA PEMBINAAN KURANG TERPENGARUH TERHADAP CUACA

 Kesan cuaca tidak banyak mempenagruhi proses pembinaan ditapak

berikutan komponen IBS dihasilkan di kilang dan hanya kerja penyambungan yang dijalankan di tapak

MENINGKATKAN KESELAMATAN TAPAK

 Tapak pembinaan lebih teratur, bersih dan selamat berikutan pengurangan

(73)

KELEMAHAN SISTEM IBS

MASALAH PENYAMBUNGAN

 Masalah penyambungan meruapakan kelemahan utama sistem ini. Setiap

komponen harus dipasang dengan menggunakan kaedah-kaedah tertentu supaya kestabilan struktur yang didirikan tetap terjamin. Sebarang jenis sambungan yang dicadangkan mestilah mengambil kira keperluan reka bentuk seperti daya ricih, momen lentur, pengembangan dan kekecutan bahan, daya angkat naik dan kestabilan sisi struktur binaan.

(74)

PERANCANGAN AWAL YANG TETAP

 Perangcangan awal sangat penting jika ingin menyiapkan projek dalam

tempoh yang lebih singkat. Anggota-anggota super stuktur misanya perlu disiapsediakan selari dengan pembinaan substruktur. Sebarang perubahan reka bentuk pada ketika ini tidak dapat diterima kerana ia akan menjejaskan keseluruhan kemajuan pembinaan.

KEBOCORAN AIR

 Biasanya simen mortal digunakan pada bahagian sambungan panel

konkrit pratuang. Tetapi kebanyakan masalah yang didapati ialah

kebocoran air telah berlaku pada bahagian sambungan setelah beberap tahun. Ini menunjukkan rekabentuk dan bahan yang digunakan pada

sambungan amat penting. Kebocoran ini boleh disebabakan pekerja tidak memampatkan simen mortal pada bahagian sambungan. Justeru wujud banyak liang udara dalam mortal dan lama-kelamaan menjadi

(75)

LALUAN KE TAPAK

 Satu rangkaian laluan yang baik adalah diperlukan untuk mengaku panel

pasang siap yang berat dari tempat penyimpanan ke tapak pembinaan.

KEKUATAN LENTURAN

 Konkrit pratuang memerlukan kekuatan lenturan yang lebih tinggi untuk

menghadapi tegasan lentur semasa mengangkat, memunggah atau

memasangnya pada struktur. Ini melibatkan penggunaan tetulang yang melebihi daripada apa yang sebenarnya diperlukan oleh konkrit tuang di-situ.

(76)

FAKTOR KOS

 Penggunaan sistem pasang siap hanya ekonomik apabila pengulangan

menggunakan komponen yang sama rekabentuk tinggi. Bangunan yang sesuai menggunakannya dalah bangunan yang melebihi 5 tingkat keatas, ataupun pembinaan banyak rumah yang berrekabentuk sama. Maka bagi rumah bertingkat satu atau teres dan berbagi rekabentuk struktur, adalah tidak begitu ekonomik menggunakan sistem pratuang.

MEMERLUKAN PELBAGAI KEMUDAHAN JENTERA

 Sistem ini memerlukan pelbagai kemudahan jentera pengangkutan

seperti kren bergerak, kren gantri tau kren menara, dan sistem

perancangan dan pengawalan kerja yang baik untuk memastikan kerja-kerja berjalan dengan lancar. Untuk memudahkan kerja-kerja pemasangan, biasanya komponen akan ditandakan nombor.

(77)

Referensi

Dokumen terkait

a) Hasil penelitian menunjukkan bahwa secara bersama-sama jumlah penduduk, indeks kesulitan geografis, dan ketimpangan berpengaruh terhadap kemiskinan di

Hasil penelitian yang dilakukan penulis di fakulatas ekonomi dan bisnis UNSRAT menujukkan bahwa nilai F-tabel dengan derajat kebebasan (0,01) dan α = 1% adalah 2.60, hasil

Buatlah kelas OneToOneFromTranskrip untuk menampilkan keterangan yang sama terkait identitas mahasiswa dan transkrip di kelas OneToOneFromMahasiswa. Namun dalam kasus ini

Dengan adanya basis data yang baik dan akurat dalam sistem otomasi perpustakaan maka untuk kepentingan proses pengelolaan pengadaan bahan pustaka akan

Penelitian yang dilakukan oleh Muhammad Arifin [4] membahas tentang sistem informasi praktek kerja lapangan pada instansi/perusahaan yang fokus pada pengelolaan data

Dari pengertian musik menurut para ahli  pengertian musik menurut para ahli  dapat ditarik kesimpulan bahwa musik dapat ditarik kesimpulan bahwa musik merupakan seni yang

Hasil penelitian mencakup pelaksanaan bimbingan kelompok dengan teknik role playing, kondisi awal motivasi belajar, model bimbingan kelompok dengan teknik role

soittamista, Smith (2007, 17-18) painottaa, ettei sellainen ajattelu kuitenkaan yksinään riitä käsittämään lauluinstrumenttia täydellisesti. Ääni-instrumentti ei Smithin