• Tidak ada hasil yang ditemukan

PRASEKOLAH DAERAH BATANG PADANG SPI LAWATAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "PRASEKOLAH DAERAH BATANG PADANG SPI LAWATAN"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PARAS 7, BLOK J

PUSAT BANDAR DAMANSARA 50604 KUALA LUMPUR

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

Tel : 03-2586900 Fax : 03-2535150 Laman Web : http://www.moe.gov.my

KP(BS) 8591/Jld.XVIII (5)

1 Ogos 2002

Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 5/2002 :

Lawatan Sekolah Pada Hari Persekolahan

Adalah menjadi dasar Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menggalakkan pihak sekolah supaya menganjurkan lawatan untuk murid-murid sekolah yang berunsurkan pendidikan yang boleh memberi pengukuhan kepada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah sama ada semasa cuti persekolahan mahupun semasa hari persekolahan biasa.

2. Bagi memastikan lawatan sekolah yang dirancang itu benar-benar memberi manfaat kepada murid-murid yang mengikutinya, Surat Pekeliling Ikhtisas ini memperincikan beberapa panduan yang perlu diikuti oleh setiap sekolah semasa merancang sebarang Lawatan Sekolah pada hari persekolahan.

2.1 Lawatan Sekolah semasa hari persekolahan mestilah tidak melebihi dua kali dalam setahun.

2.2 Setiap Lawatan Sekolah mestilah tidak melebihi 4 hari berturu-turut termasuk hari perjalanan.

2.3 Sekolah-sekolah yang kurang murid (under enrolled) lawatan semasa hari persekolahan boleh dibuat dengan syarat sekolah tidak ditutup sebaliknya digalakkan supaya bergabung dengan sekolah-sekolah lain semasa membuat lawatan.

2.4 Setiap Lawatan Sekolah mesti disediakan perancangan aktiviti murid sebelum, semasa dan selepas lawatan.

2.5 Laporan lawatan yang disediakan oleh murid-murid hendaklah dikatikan dengan pembelajaran di dalam bilik darjah.

2.6 Lawatan Sekolah boleh dibuat ke tempat-tempat kategori berikut :-

2.6.1 Sains dan Teknologi/Alam sekitar

• Planetarium

• Muzium Sains

• Petrosains

• Cyberjaya

• Wetland di Paya Indah & Putrajaya

• FRIM

• Zoo

• Taman Pertanian

• Stesen Satelit

• Kilang Elektronik

(2)

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

• Kilang Makanan

• Pelabuhan dan Perkapalan

• Lapangan Terbang

2.6.2 Mercu Tanda

• Bangunan Parlimen

• Masjid Negara

• Putrajaya

• Tugu Negara

• Menara Petronas

• Menara Kuala Lumpur

• Dataran Merdeka

2.6.3 Galeri

• Memorial Tunku Abdul Rahman

• Memorial Tun Abdul Razak

• Galeri Perdana (Langkawi)

• Balai Seni Lukis Negara

2.6.4 Kesenian dan Kebudayaan

• Istana Budaya

• Dewan Filharmonik Petronas

• Pusat Kraftangan

• Kilang Batik dan Songket

2.6.5 Sejarah

• Muzium Sejarah

• Kesan-kesan Sejaran

• Rumah Kelahiran Pemimpin Negara

• Tempat-tempat Bersejarah

dan tempat-tempat lain yang dianggap sesuai dengan matlamat pengajaran dan pembelajaran murid.

2.7 Semua prosedur untuk mengadakan Lawatan Sekolah hendaklah dipatuhi seperti yang dinyatakan dalam PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (LAWATAN SEKOLAH).

3. Surat Pekeliling ini hendaklah dibaca bersama dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000 : Lawatan Pendidikan Murid Di Hari Persekolahan bertarikh 28 Julai 2000.

4. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah dan Pengetua serta Guru Besar sekolah di bawah pentadbiran Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan.

Sekian. Terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT

(3)

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia s.k 1. Y.B. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad

Menteri Pelajaran Malaysia

2. Y.B. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

3. Y.B. Dato’ Hon Choon Kim

Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

4. Y.B. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir

Setiausaha Parliman, Kementerian Pendidikan Malaysia

5. Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia

6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia

7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia

8. Ketua-Ketua Bahagian, Kementerian Pendidikan Malaysia

9. Ketua Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia

Referensi

Dokumen terkait

Dalam kerangka keterkaitan antara sistem pendidikan dengan bidang-bidang kehidupan di luar sistem tersebut terdapat beberapa faktor di luar sistem pendidikan yang perlu memperoleh

Dalam konteks sengketa LTS, kerja sama militer antara AS dengan Filipina dan Vietnam memberikan kesempatan bagi kedua negara tersebut untuk bersaing secara lebih

KEPALA BAGIAN TATA USAHA KASUB BAGIAN UMUM KEPALA BIDANG PROGRAMA SIARAN KEPALA BIDANG PEMBERITAAN KEPALA BIDANG TEKNOLOGI DAN MEDIA BARU KEPALA BIDANG LAYANAN &

Mengacu pada latar belakang di atas maka perlu dilakukan penelitian tentang Pengaruh karakteristik dan dukungan keluarga pada ibu yang memiliki bayi berumur 0 sampai 3 bulan

Penanggulangan secara represif dimaksudkan untuk menindak para pelaku kejahatan sesuai dengan perbuatannya serta memperbaikinya kembali agar mereka sadar bahwa perbuatan

Penelitian ini menguji pengaruh kredibilitas selebriti endorser Raisa pada ekuitas merek Pond’s, pengujian kredibilitas merek sebagai variabel pemediasi.. Berdasarkan hasil

Form di sini dapat anda gunakan untuk melakukan pengubahan preferensi glob- al aplikasi Senayan, seperti Library Name, Public Template (tampilan OPAC), Default Application

Iklan Baris Iklan Baris Serba Serbi MOBIL DISEWAKAN MOBIL KREDIT MOBIL DICARI. MOBIL -