• Tidak ada hasil yang ditemukan

RPH terapi pasir

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "RPH terapi pasir"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

TUGASAN 2 :

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

DAN JUSTIFIKASI PEMILIHAN TERAPI

BESERTA LANGKAH-LANGKAH

PELAKSANAAN

(2)

2.1 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

PENGURUSAN KEHIDUPAN TAHUN 1

(KOMPONEN KEMAHIRAN MANIPULATIF)

(3)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENGURUSAN KEHIDUPAN PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN

Mata Pelajaran : Pengurusan Kehidupan (Komponen Kemahiran Manipulatif)

Kelas : 1 Aktif

Tarikh : 25 April 2014

Hari : Khamis

Masa : 0800 – 0900 (60 minit) Bilangan Murid : Kumpulan 1 :

NAMA KATEGORI

Kumpulan 2 :

NAMA KATEGORI

Tema / Tajuk : Terapi Pasir

Tunjang Utama : Keterampilan Diri

Standard Kandungan : 2.4 Pergerakan Meramas

Standard Pembelajaran : 2.4.3 Meramas Menggunakan Sebelah Tangan

Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah bermain pasir di pantai

Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat :

Kumpulan 1 :

1. Meramas dan membentuk sekurang-kurangnya 3 bentuk telur menggunakan pasir.

2. Mengisi sekurang-kurangnya separuh botol 500 ml dengan pasir.

Kumpulan 2 :

1. Meramas dan membentuk sekurang-kurangnya 3 bentuk telur menggunakan pasir.

2. Membentuk dan membina sekurang-kurangnya 3 kubah istana pasir menggunakan baldi kecil dengan baik.

(4)

Tunjang Lain Yang Disepadukan

: Komunikasi serta Fizikal dan Estetika

Elemen Merentas Kurikulum : Kreativiti dan Inovatif

Penggabungjalinan Kemahiran : Pengamatan, Pertuturan, Pendengaran dan Psikomotor Halus

Unsur Terapi : Pengamatan, Pertuturan, Pendengaran dan Psikomotor Halus

Penyerapan Nilai : Mendengar arahan, berdisiplin, berdikari, bekerjasama, yakin diri dan mencintai alam sekitar

Kemahiran Berfikir (KBKK) : Membuat ramalan

(5)

LANGKAH ISI KANDUNGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CATATAN Langkah 1

(15 minit)

Berjalan di gigi air (pantai).

1. Guru memberikan taklimat keselamatan kepada murid dan penjaga murid (ibu bapa atau pembantu pengurusan murid).

 Murid hendaklah sentiasa dipimpin oleh penjaga

 Murid tidak dibenarkan untuk mandi di pantai

 Murid tidak dibenarkan untuk mengutip sebarang benda atau objek di pantai

 Murid hendaklah berkasut dan berpakaian sukan.

2. Guru membawa murid untuk bermain di gigi air (pantai).

3. Murid diperkenalkan dengan air dan pasir.

4. Guru mengaitkan isi pelajaran pada hari tersebut.

Teknik :  Pemerhatian Terapi :  Pendengaran  Pertuturan Nilai :  Mendengar Arahan  Yakin Diri Langkah 2 (15 minit) Aktiviti Permainan 1 :  Meramas dan membentuk pasir menjadi bentuk telur.

1. Guru menunjukkan cara yang betul meramas pasir dan membentuk pasir menjadi bentuk telur menggunakan sebelah tangan.

2. Murid mendengar dan melihat demonstrasi yang ditunjukkan oleh guru.

3. Guru mengarahkan murid untuk meramas pasir secara bebas menggunakan sebelah tangan dengan bantuan penjaga.

4. Guru mengarahkan murid untuk membentuk pasir menjadi bentuk

Teknik :  Pemerhatian Terapi :  Pengamatan  Pendengaran  Psikomotor Halus Nilai :  Bekerjasama  Berdisiplin  Mendengar Arahan

(6)

telur menggunakan sebelah tangan dengan bimbingan penjaga. Langkah 3 (20 minit) Aktiviti Permainan 2 :  Kumpulan 1 : Mengisi pasir di dalam botol  Kumpulan 2 : Membina istana pasir

1. Guru mengedarkan alatan kepada setiap kumpulan.

 Kumpulan 1 : botol 500 ml

 Kumpulan 2 : baldi kecil 2. Bagi kumpulan 1, guru

menunjukkan demonstrasi bagi mengisi pasir ke dalam botol menggunakan sebelah tangan. 3. Murid diminta untuk mengisi pasir

ke dalam botol sekurang-kurangnya separuh botol menggunakan sebelah tangan dengan bimbingan penjaga.

4. Bagi Kumpulan 2 pula, guru membahagikan kawasan dan mengarahkan murid untuk membina istana pasir.

5. Murid diminta untuk mengisi penuh baldi kecil menggunakan sebelah tangan bagi membentuk kubah istana pasir dengan bimbingan penjaga.

6. Guru memantau dan membimbing murid kedua-dua kumpulan melakukan aktiviti masing-masing. 7. Guru meminta setiap murid dari

kedua-dua kumpulan untuk menceritakan tentang hasil kerja mereka. Teknik :  Menyelesaikan masalah Terapi :  Pengamatan  Pertuturan  Psikomotor Halus Nilai :  Yakin Diri  Berdikari BBM :  Botol 500 ml  Baldi kecil Penutup (10 minit) Rumusan pengajaran

1. Guru bersoal jawab dengan murid tentang aktiviti yang telah dijalankan.

 Apakah struktur pasir (kasar).

Strategi :

 Soal jawab

(7)

 Bagaimana cara menghasilkan bentuk telur daripada pasir.

 Bagaimana untuk mengisi pasir ke dalam botol.

 Bagaimana membentuk kubah istana pasir.

2. Guru membuat rumusan terhadap pelajaran hari ini.

3. Guru meminta murid menyanyikan lagu “Kalau Rasa Gembira” sambil bertepuk tangan mengikut rentak lagu.

4. Guru memberi peneguhan sosial kepada murid yang bersahsiah terpuji.

 Pertuturan

Nilai :

 Mendengar arahan  Berdisiplin

(8)

2.2 JUSTIFIKASI PEMILIHAN TERAPI

PASIR DAN LANGKAH-LANGKAH

(9)

Murid berkeperluan khas merupakan individu yang mempunyai pelbagai kekuatan dan kelemahan yang ada bersama mereka akibat kecacatan fizikal atau kerencatan mental. Oleh yang demikian, sebagai pendidik, guru seharusnya melengkapkan diri dengan pelbagai strategi dan bersikap kreatif dalam pengajaran bagi membantu murid berkeperluan khas ini melalui proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah dengan seronok. Pengajaran dan pembelajaran murid berkeperluan khas ini perlu menggunakan kepelbagaian teknik yang bersesuaian berserta penggunaan sumber dengan mengambil kira kemahiran yang ada dan perlu mereka capai. Ini bertujuan untuk mendidik dan membantu murid berkeperluan khas ini melalui perkembangan mental, kestabilan emosi, integrasi sosial dan kemahiran motor mereka. Salah satu cara bagi membantu mencapai potensi yang maksimum sesuai dengan keupayaan mereka adalah melalui terapi.

Terapi dalam konteks pendidikan ialah kaedah untuk membantu seseorang murid untuk bergerak balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran. Manakala konsep terapi dalam konteks pendidikan pula didasari oleh konsep kepelbagaian kategori murid berkeperluan khas. Terapi dapat membantu murid berkeperluan khas ini untuk mencapai perkembangan dari segi kognitif, emosi, sosial dan psikomotor. Antara jenis-jenis terapi yang boleh diaplikasikan dalam pendidikan khas ialah terapi cara kerja, terapi muzik dan nyanyian, terapi hidro (air), terapi pasir, terapi berkuda dan sebagainya, namun, bagi tugasan ini hanya memfokuskan kepada pemilihan Terapi Pasir dalam pengajaran dan pembelajaran yang dirancang.

Secara umumnya, terapi merupakan satu cara untuk mengubah pemikiran, perasaan dan tingkah laku; iaitu merangkumi tiga aspek terapi yang utama, terapi kognitif, terapi psikodinamik dan terapi tingkah laku. Terapi kognitif misalnya bermula dengan pemikiran individu untuk mengubah perasaan dan tingkah laku manakala terapi psikodinamik pula memberikan penekanan kepada perasaan. Oleh yang demikian, setiap murid berkeperluan khas yang mempunyai kelemahan atau kecatatan yang boleh mengganggu kehidupan normal seharian mereka perlu diberikan bantuan melalui aktiviti terapi yang sesuai. Pelaksanaan terapi ke atas murid berkeperluan khas haruslah dilakukan oleh mereka yang berpengalaman dan berpengetahuan. Misalnya seperti pakar terapi cara kerja, doktor, guru yang berpengalaman dan sebagainya.

Terapi pasir atau juga dikenali sebagai modaliti teraputik merupakan teknik psikoterapeutik yang membolehkan murid menghasilkan imej daripada pasir basah atau kering. Terapi pasir didapati sesuai dengan perkembangan fizikal dan pergerakan motor kasar dan motor halus murid berkeperluan khas, khususnya murid Tahun 1; di mana otot dan otak mereka dapat dirangsang semasa melakukan aktiviti. Dari segi fizikal murid

(10)

berkeperluan khas, kebanyakan mereka mempunyai masalah dari segi pergerakan motor kasar dan motor halus; khususnya bagi murid dari kategori serebrum palsi dan sindrom down. Contoh kemahiran motor kasar ialah berlari, berjalan, melompat dan sebagainya; manakala contoh kemahiran motor halus pula ialah membutang baju, menulis, menggunting dan sebagainya. Melalui aktiviti terapi pasir, ke semua masalah ini dapat diatasi secara berperingkat-peringkat. Terapi pasir ini tidak memerlukan pergerakan khas, sebaliknya mereka bebas untuk bergerak dan melakukan aktiviti dengan pasir.

Pelaksanaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) ini adalah untuk mengajar mata pelajaran Pengurusan Kehidupan, iaitu bagi komponen Kemahiran Manipulatif untuk murid 1 Aktif. Tajuk yang diajar kepada murid memfokuskan kepada kemahiran motor halus, iaitu pergerakan meramas menggunakan sebelah tangan. Perkembangan kemahiran motor halus untuk murid berkeperluan khas adalah amat penting untuk membantu murid dalam pengurusan 3M, iaitu membaca, menulis dan mengira; di samping menggunakan kemahiran manipulatif tersebut dalam pengurusan kehidupan seharian mereka secara berkesan.

Perlu diingatkan bahawa tidak semua murid berkeperluan khas ini suka atau gemar berada di persekitaran pantai. Oleh yang demikian, bagi mengatasi perasaan takut, risau dan bimbang mereka itu, guru telah merancang aktiviti yang sesuai bagi memberikan keselesaan kepada mereka dengan persekitaran yang baharu tersebut di bahagian Set Induksi atau pengenalan. Di bahagian permulaan bagi proses pengajaran dan pembelajaran pada hari berkenaan, guru terlebih dahulu memberikan taklimat keselamatan khusunya kepada penjaga murid yang terdiri daripada ibu bapa atau pembantu pengurusan murid; serta murid itu sendiri. Murid hendaklah sentiasa dipimpin dan berada di samping penjaga murid dan mereka tidak dibenarkan untuk mandi-manda di pantai tanpa kebenaran daripada guru. murid juga tidak dibenarkan untuk mengutip sebarang objek atau benda di pantai bagi mengelakkan kecederaan akibat terpegang kaca dan sebagainya. Selain itu, guru juga hendaklah memastikan bahawa setiap murid yang terlibat dalam aktiviti ini agar berpakaian sukan dan berkasut untuk menjamin keselesaan mereka bergerak. Aspek keselamatan ini adalah penting khususnya bagi murid berkeperluan khas kerana mereka sememangnya memerlukan perhatian yang lebih dan ancaman bahaya bagi mereka ada di mana-mana sahaja. Seterusnya, bagi mengelakkan rasa takut mereka terhadap persekitaran di pantai, guru akan membawa murid tersebut untuk bermain di gigi air bagi membiasakan mereka terhadap persekitaran berpasir dan pantai. Ini penting bagi memastikan aktiviti pada hari tersebut berjalan dengan lancar dan jayanya.

Proses pengajaran dan pembelajaran untuk murid berkeperluan khas akan menjadi lebih bermakna dan menarik sekiranya aktiviti yang dirancang tersebut melibatkan proses

(11)

bermain sambil belajar dan dikaitkan dengan aktiviti harian mereka secara langsung. Bagi proses pengajaran dan pembelajaran pada kali ini, saya telah melibatkan terapi pasir bagi mencapai hasil pembelajaran yang diharapkan. Bagi murid kumpulan 1 yang terdiri daripada murid yang cergas, objektif yang telah digariskan untuk mereka adalah meramas dan membentuk sekurang-kurangnya 3 bentuk telur dengan menggunakan pasir; serta mengisi sekurang-kurangnya separuh botol 500ml dengan pasir menggunakan sebelah tangan. Manakala bagi murid kumpulan 2 yang terdiri daripada murid lemah, objektif pembelajaran yang telah digariskan untuk mereka ialah meramas dan membentuk sekurang-kurangnya 3 bentuk telur dengan menggunakan pasir; serta membentuk dan membina sekurang-kurangnya 3 kubah istana pasir daripada baldi kecil dengan menggunakan sebelah tangan. Tujuan saya membahagikan murid kepada dua kumpulan adalah kerana tidak semua murid berkeperluan khas tersebut mempunyai kebolehan dan kemahiran yang sama. Oleh yang demikian, bagi langkah pertama, murid secara bebas akan bermain dan meramas pasir tersebut dengan bimbingan daripada guru atau ibu bapa. Aktiviti ini bertujuan untuk memberikan kekuatan pergerakan jari murid yang segelintirnya keras dan kaku (murid sindrom down khususnya). Setelah memastikan murid dapat menggenggam dan meramas pasir dengan pergerakan tangan yang betul, guru meminta pula murid untuk membentuk pasir sekurang-kurangnya menjadi tiga bentuk telur dengan meramas menggunakan sebelah tangan.

Kemahiran motor halus yang ditingkatkan melalui aktiviti terapi pasir ini turut memberi kesan terhadap kebolehan murid berkeperluan khas ini untuk menulis. Ini kerana, sebelum seseorang murid itu berjaya menulis, mereka terlebih dahulu memerlukan kemahiran untuk memegang pensel dengan betul. Jika motor halus murid berkenaan adalah lemah maka, adalah mustahil untuk murid tersebut dapat memegang pensel dengan betul; seterusnya murid tersebut tidak akan dapat menulis dan ini akan boleh mengganggu pengajaran dan pembelajaran mereka di dalam bilik darjah. Oleh yang demikian, terapi pasir ini hendaklah dijalankan seawal Tahun 1 lagi bagi membantu meningkatkan perkembangan motor halus murid melalui aktiviti meramas dan membentuk menggunakan pasir.

Langkah kedua pula ialah guru meminta murid untuk memasukkan pasir ke dalam botol dengan menggunakan sebelah tangan bagi kumpulan 1 iaitu murid yang cergas. Melalui aktiviti ini, bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran motor halus murid melalui genggaman pasir; malahan juga dapat meningkatkan koordinasi mata dan tangan murid, iaitu dengan memasukkan pasir ke dalam botol (ruang kecil). Bagi kumpulan murid yang lemah pula, guru meminta murid untuk membentuk kubah istana pasir dengan memasukkan pasir ke dalam baldi kecil (ruang besar). Secara tidak langsung, melalui aktiviti meramas dan membentuk pasir ini, dapat melatih daya kreativiti murid; di mana murid perlu berfikir

(12)

cara untuk memasukkan pasir ke dalam botol dengan meramas dan menggenggam menggunakan sebelah tangan dan cara untuk menyusun kubah-kubah pasir tersebut. Selain itu, tindakan guru dengan memberikan peluang dan kebebasan untuk murid melakukan sendiri aktiviti tersebut secara tidak langsung juga dapat meningkatkan keyakinan diri murid; di mana mereka berpeluang untuk mencipta sendiri susun atur kubah-kubah pasir berkenaan.

Semasa melakukan terapi pasir ini juga dapat memupuk dan meningkatkan kemahiran sosial murid berkeperluan khas. Misalnya, sepanjang melakukan aktiviti terapi pasir tersebut, guru telah meminta penjaga sama ada ibu bapa atau pembantu pengurusan murid untuk sentiasa bersama-sama dengan murid dan memberikan bimbingan kepada mereka. Oleh yang demikian, melaluinya murid dapat berkomunikasi dan bercampur gaul; bukan sahaja kepada penjaga malahan juga murid yang lain. Perkembangan bahasa juga dapat diperluaskan semasa terapi pasir ini berlangsung. Antaranya, murid dapat belajar untuk menggunakan pengucapan awam yang bertatasusila seperti menggunakan perkataan “tolong” apabila meminta pertolongan daripada orang disekeliling; selain memperluaskan kosa kata seperti ombak, angin, nyaman dan sebagainya.

Apabila murid berkeperluan khas ini melakukan aktiviti terapi pasir, mereka sebenarnya bekerja untuk mempelajari alam di sekelilingnya. Ini secara tidak langsung dapat membentuk disiplin mereka; misalnya mendengar arahan daripada guru dan penjaga, berkongsi alatan dengan murid yang lain, mengikut giliran dan sebagainya. Terapi pasir juga dapat mengurangkan tekanan emosi murid berkeperluan khas dimana murid memindahkan pengalaman peribadi (emosi semasa) ke bentuk yang lebih konkrit dan tiga dimensi (bentuk yang dihasilkan dengan meramas pasir). Perasaan murid berkeperluan khas ini selalunya dinyatakan dalam bentuk tingkah laku mereka yang distruktif, disruptif, pasif dan sebagainya. Namun, bermain dengan pasir dapat memberikan peluang kepada murid ini untuk meluahkan perasaan mereka dalam bentuk pergerakan, bunyi dan imej. Ini membuktikan bahawa terapi pasir merupakan suatu proses yang ekspresif dan dinamik.

Bagi mengakhiri proses pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut, guru akan membuat rumusan dengan bersoal jawab kepada murid berkenaan dengan aktiviti yang telah mereka jalankan sepanjang hari berkenaan. Pelbagai soalah diajukan kepada murid bagi melihat dan mengetahui sejauhmanakah keberkesanan aktiviti tersebut untuk mereka. Secara tidak langsung juga, terapi pertuturan juga dapat diterapkan melalui proses soal jawab ini. Bagi meningkatkan rasa penghargaan diri dan motivasi murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru juga seharusnya memberikan peneguhan sosial kepada murid yang bersahsiah terpuji; sama ada dengan memberikan pujian dan tepukan mahupun

(13)

token yang boleh disimpan dan ditukar kepada ganjaran lain yang berbentuk peluang atau hadiah di masa akan datang. Akhir sekali, guru meminta murid untuk menyanyikan lagu „Kalau Rasa Gembira‟ sambil bertepuk tangan dengan iringan muzik. Melalui aktiviti nyanyian, murid bukan sahaja akan berasa seronok dan gembira, malahan secara tidak langsung dapat membantu mengatasi masalah sebutan murid berkeperluan khas ini yang sedikit pelat.

Kesimpulannya, guru perlu didedahkan kepada aktiviti terapi pasir khusunya dan terapi-terapi yang lain amnya bagi memantapkan lagi penyampaian pengajaran dan pembelajaran murid berkeperluan khas. Aktiviti-aktiviti terapi ini boleh dijalankan sama ada di kawasan sekolah atau di luar sekolah. Aktiviti ini juga boleh dijalankan secara individu mahupun secara berkumpulan bagi meningkatkan keupayaan kognitif, efektif, psikomotor dan sosial murid berkeperluan khas.

Referensi

Dokumen terkait

Dalam pengerjaannya harus ditetesi terlebih dahulu dengan eter atau etanol 95% dikarenakan serbuk ini sangat ringan, mudah berterbangan, dan dapat merangsang

Dalam Pasal 89 KUHPidana menyamakan dengan melakukan kekerasan yakni perbuatan membuat orang dalam keadaan pingsan atau tidak berdaya. Kekerasan atau ancaman kekerasan

Perubahan masing-masing sektor ekonomi selama periode tahun 2015 sampai dengan 2019 di Kabupaten Penajam Paser Utara disebabkan oleh tiga komponen pertumbuhan

a) Stabil, selama masih dipakai mengobati. Maka salep harus bebas dari inkompatibilitas, stabil pada suhu kamar dan kelembaban yang ada dalam kamar.. b) Lunak, yaitu semua

5 Lambang Erwanto Suyadjid, Fungsi Janger Sebagai Sarana Pembentukan Karakter Bagi Masyarakat Banyuwangi. I Nengah Sudiana, Kenakalan Remaja Di Permukiman Kumuh

Jones hampir tidak percaya bahwa ia di sini, di Timur Jauh, akan mengikuti tur mengelilingi Danau Barat Hangzhou yang terkenal di dunia dengan sepeda.. Mungkin tur ini akan

Dari hasil pengujian tersebut, dapat disimpulkan bahwa variabel independen secara simultan berpengaruh signifikan terhadap variabel dependen, yang artinya variabel

Hasil penelitian Mekar Dwi Anggraeni dan Wahyu Ekowati menunjukkan bahwa terdapat keluarga yang kurang memberikan dukungan kepada pasien kanker payudara post radikal