LEDANG 14 November – Seramai 40 pelajar terdiri daripada Naqib dan Naqibah berjaya
menamatkan Kem Nuqaba’ selepas mengikuti pelbagai aktiviti berkaitan kepemimpinan yang dikendalikan oleh fasilitator ALUMNI SEMANGAT. Program yang berlangsung selama 3 hari tersebut merupakan aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh Badan Dakwah Dan Rohani (BADAR) di bawah pimpinan GKMP Bahasa Arab dan Pendidikan Islam, Ust. Abdul Hadi Bin Mohamed Suhaimi. Tuan Pengetua, Ust. Mohd. Fauzan Bin Mohamed Mohktar diiringi GPK HEM, Ust. Syarifuddin Bin Sulaiman hadir merasmikan majlis penutup yang diadakan di dewan seminar Kem PLKN Ledang. Beliau mengucapkan tahniah kepada semua naqib dan naqibah serta berharap mereka dapat menjalankan tugas dengan lebih cemerlang pada sesi persekolahan tahun hadapan.
KEM
LATIH KEPEMIMPINAN NAQIB DAN NAQIBAH
NUQABA’
JAMUAN AKHIR TAHUN
KEBIRU
SEMANGAT JDT
SEGAMAT 17 November – Jamuan akhir tahun KEBIRU berlangsung dengan meriah di Hotel Villa
Segamat baru-baru ini. Tuan Pengetua, Ust. Mohd. Fauzan Bin Mohamed Mokhtar dan YDP PIBG, Prof. Madya Ahmad Nawawi Bin Yaakob turut hadir dalam majlis yang bermula seawal jam 8 malam. Majlis jamuan makan yang bertemakan JDT tersebut diserikan dengan ucapan dan cabutan nombor bertuah yang menjadi idaman semua guru dan staf sokongan yang hadir.
Majlis Penutup Program Lepas PT3 (17/11/2015)
Aktiviti Kem Nuqaba’ (12-14/11/2015)
Jamuan Akhir Tahun Asrama As-Solihin (18/11/2015)
Orientasi PSS Tingkatan 1 Temuduga Pengawas PSS Majlis Pelantikan Pengawas PSS Pelancaran Program NILAM Perasmian Bulan Membaca Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) Pemantauan Audit PSS
Kutipan Data NILAM Pameran dan Jualan Buku
BICARA ILMU 37 : LAPORAN AKTIVITI PSS 2015
Pertandingan Susun Atur PSS Pertandingan Kata Hikmah Bestari Pertandingan Teka Jumlah Buku Pertandingan Lukis Kulit Buku Pertandingan Khat Ramadhan Pertadingan Menulis Cerpen Program Jom Baca 10 minit Lawatan dari SMKA Johor Bahru Jamuan Akhir Tahun PSS
dd
KHAT AL- QURAN
BAGUS : BADAN AMAL GURU DAN STAF
APLIKASI TULISAN KHAT DIWANI
SEBAB-SEBAB WAQAF
(1) SEBAB IDHTIRORI ( يرارطضا )
Waqaf kerana terpaksa (terputus nafas,
bersin dan sebagainya).
(2) SEBAB IKHTIBARI ( يرابتخا )
Waqaf kerana hendak menguji
pengetahuan murid oleh guru yang
mengajar.
(3) SEBAB INTIZORI ( يراظتنا )
Waqaf untuk menunggu beberapa wajah
bacaan Qiraat yang terdapat pada
satu-satu ayat itu.
(4) SEBAB IKHTIARI (يرايتخا )
Waqaf kerana pembaca memilih untuk
berhenti.
BERKATA IMAM AL JAZARI :
"Dan tiada di dalam al-Quran itu waqaf
yang wajib, tiada juga yang haram kecuali
jika ada sebab"
CATATAN :
Semua sebab waqaf di atas adalah
diharuskan. Sebaik-baiknya bacaan
hendaklah dimulakan semula dengan
memelihara makna dan maksud ayat ;
sekurang-kurangnya dengan mengulangi
satu atau dua kalimah sebelum kalimah
yang dia telah berhenti padanya.
Sayyidina Hassan adalah cucu Rasulullah SAW dari puteri bongsu baginda yang paling disayanginyayaitu Siti Fatimah Az-Zahra dan menantunya Sayyidina Ali, yang juga merupakan Sahabatnya yang sangat disayangi baginda. Sayyidina Hassan lahir kira-kira sebulan sebelum Perang Uhud. Menurut ahli-ahli sejarah, tarikh lahirnya yang tepat ialah pada 15 Muharram. Namanya telah diberikan oleh baginda Rasulullah SAW sendiri. Nama ‘Hassan’ itu tidak pernah digunakan di Tanah Arab di zaman jahiliyah.
Rasulullah SAW sangat gembira sekali dengan kelahiran Sayyidina Hassan. Rasulullah SAW pernah bersabda bahwa Sayyidina Hassan adalah salah seorang penghuni Syurga dan seorang yang paling mirip wajahnya dengan baginda. Pernah baginda bersabda kepada Sayyidina Hassan sendiri:“Engkau menyerupai aku baik tentang bentuk rupamu maupun tentang akhlak.” Bahkan Sayyidina Ali sendiri pernah berkata:“Hassan menyerupai Rasulullah dari dada sampai ke kepala. Tetapi Hussin menyerupai Rasulullah di bahagian-bahagian lainnya, dari dada sampai ke bawah.”Pada suatu hari, Sayyidina Abu Bakar yang baru keluar dari masjid melihat Sayyidina Hassan yang masih kecil ketika itu. Sayyidina Abu Bakar segera mengejar mendapatkannya lalu memeluknya. “Demi Allah, rupa engkau mirip sekali dengan Rasulullah dan lain sekali dari ayahmu, Ali.” Mendengar kata-kata Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Hassan hanya tersenyum. Ayahnya, Sayyidina Ali yang berada di samping Sayyidina Abu Bakar, tertawa mendengar kata-katanya.
Rasulullah sangat sayang sekali terhadap cucunya ini. Baginda senantiasa ingin bersama cucunya sekali pun ketika hendak solat. Bahkan kadang-kadang juga ketika menerima wahyu dari malaikat Jibril as. Di masa kanak-kanaknya. Rasulullah sendiri yang mendidik Sayyidina Hassan dan adiknya Sayyidina Hussin dengan budi pekerti yang mulia. Sayyidina Hassan memang terkenal sebagai seorang kanak-kanak yang cerdik. Tatkala umurnya 4 tahun, beliau sudah dapat menghafal kalimat-kalimat suci yang didengar dari kakeknya yang
mulia. Ketika berumur 8 tahun, dia sudah menghafal hadith-hadith Rasulullah SAW. Ketika dewasa, Sayyidina Hassan menjadi seorang yang sangat dikenali dan dicintai oleh seluruh umat Islam ketika itu. Beliau seorang yang cantik serta elok rupanya ditambah dengan pribadinya yang mulia. Sayyidina Hassan adalah seorang yang berkulit putih kemerah-merahan. Biji matanya hitam dan besar. Mukanya berjambang, bertulang besar, pipinya halus, raut mukanya lembut serta berjanggut. Keadaan tubuhnya sedang dan cantik. Tidak tinggi dan tidak rendah.
Sungguh Sayyidina Hassan adalah seorang yang cantik dan gagah. Siapa yang memandangnya akan tertarik padanya. Sayyidina Hassan adalah seorang yang sangat bertaqwa kepada Allah dan paling baik akhlaknya. Beliau seorang yang tenang, halus budi bahasa serta pandai bergaul dengan orang lain. Kebanyakan kaum Muslimin yang hidup di zamannya sangat sayang kepadanya. Beliau sangat merendah diri dan suka bergaul dengan orang-orang miskin. Kerapkali apabila melihat sekumpulan orang Islam sedang makan-makan, Sayyidina Hassan akan turun dari untanya untuk makan bersama mereka. Ada ketikanya beliau menjemput pula orang-orang yang kesusahan untuk datang ke rumahnya. Apabila mereka datang beramai-ramai, beliau akan menjamu mereka. Sayyidina Hassan suka mendapatkan ilmu-ilmu dari para Sahabat Rasulullah SAW yang ketika itu sudah tua umurnya.
Beliau juga suka mengajar siapa saja yang suka mendengar ajaran-ajarannya. Kerana taqwanya, menurut satu riwayat, ketika sedang mengambil wudhuk, mukanya tiba-tiba menjadi sangat pucat kerana takut pada Allah. Demikian juga ketika beliau teringat soal mati. Ketika menceritakan tentang hari kebangkitan, beliau sering menangis terisak-isak. Sayyidina Hassan terkenal sebagai seorang dermawan. Waktu hidupnya, beliau digelar, “Karimu ahlil bait” yang ertinya keluarga Rasulullah SAW yang paling dermawan. Beliau tidak pernah menghampakan harapan orang lain. Sebagai seorang cucu baginda SAW, beliau adalah
Cucu Rasulullah : Hassan bin Ali
ibarat permata di zaman hidupnya kerana memiliki budi pekerti yang mulia lagi terpuji. Sikapnya ramah, penyantun, rendah hati dan dermawan pula. Pada suatu hari sedang Sayidina Hasan r.a duduk di muka pintu rumahnya, tiba-tiba datang seorang Arab Badwi lalu mencacinya. Dia turut juga mencaci ayah serta ibu Sayidina Hasan r.a. Anehnya Sayidina Hasan r.a hanya mendengar saja akan segala maki hamun orang itu tanpa sedikit pun berubah air mukanya, atau membuat serang balas terhadap orang yang biadab itu. Kemudian ia berkata kepada Badwi itu: “Wahai Badwi, adakah engkau lapar dan dahaga? Atau adakah sesuatu yang merungsingkan hati engkau?”Tanpa mempedulikan kata-kata Sayidina Hasan r.a, Badwi itu terus memaki-makinya.
Oleh itu Sayidina Hasan r.a pun menyuruh pelayan rumahnya supaya membawa kantung yang berisi wang perak lantas diberikannya kepada Badwi itu sambil berkata: “Wahai Badwi, maafkanlah saya kerana inilah saja yang saya miliki. Jika ada yang lebih tidak akan saya sembunyikan darimu.” Sikap dan layanan Sayidina Hasan r.a yang mengejutkan itu akhirnya berhasil melembutkan hati Badwi tersebut. Tiba-tiba Badwi itu menangis terisak-isak lantas sujud di kaki Sayidina Hasan bin Ali r.a sambil berkata: “Wahai cucu baginda Rasul. Maafkanlah aku kerana berlaku kasar terhadapmu. Sebenarnya aku sengaja berbuat begini untuk menguji kebaikan budi pekertimu sebagai cucu Rasulullah SAW yang sangat aku kasihi. Sekarang yakinlah aku bahwa engkau hai cucu Rasul, sesungguhnya mempunyai pekerti yang mulia sekali.”
Semasa pemerintahan Khalifah Uthman ibnu Affan, Sayyidina Hassan telah sempurna menjadi seorang yang dewasa. Ketika itu beliau termasuk dalam golongan ulama yang terkemuka. Ketika timbul kekacauan semasa pemerintahan Khalifah Uthman, Sayyidina Ali menyuruh kedua puteranya supaya menjaga keselamatan Sayyidina Uthman di rumahnya. Ketika itu rumahnya sedang dikepung oleh pemberontak. Maka Sayyidina Hassan dan Hussin segera melaksanakan kehendak ayah mereka tetapi Khalifah Uthman meminta
mereka pulang. Apabila Khalifah Uthman dibunuh, Sayyidina Ali sangat marah terhadap kedua puteranya kerana tidak melindungi Khalifah Uthman walhal Khalifah sendiri menolak pertolongan mereka. Apabila Sayyidina Ali naik menjadi Khalifah maka kedua-dua puteranya berazam untuk membela serta melindungi ayah mereka tercinta. Apabila ayah mereka mati dibunuh pada tanggal 17 Ramadhan tahun 40 Hijrah maka Sayyidina Hassan dan Hussin telah menuntut bela dan berjaya membunuh orang yang membunuh ayah mereka. Tidak lama kemudian, Sayyidina Hassan pula dilantik oleh kaum Muslimin menjadi Khalifah menggantikan ayahnya. Sebenarnya Sayyidina Hassan sendiri tidak suka menjadi khalifah. Ketika itu, ada di kalangan muslimin yang menginginkan Sayyidina Muawiyah bin Abu Sufian untuk naik sebagai khalifah. Maka timbullah perbezaan antara penyokong Sayyidina Hassan dan penyokong Sayyidina Muawiyah. Sayyidina Hassan suka akan perdamaian. Keadaan yang berpecah belah itu sangat tidak disukai olehnya. Khalifah Hassan sempat memerintah wilayah Iraq serta wilayah-wilayah di sekelilingnya seperti Khurasan, Hujaz dan Yaman selama 7 bulan. Tetapi semasa pemerintahannya, dunia Islam telah penuh kekacauan. Demi menyatu padukan umat Islam, maka Sayyidina Hassan sanggup menyerahkan jawatan khalifah kepada Sayyidina Muawiyah. “Aku sama sekali tidak ingin memerintah umat Muhammad jika dengan itu aku harus menumpahkan darah walau hanya secangkir.” Demikianlah kata-kata Sayyidina Hassan.
Rasulullah SAW sendiri, sewaktu hidupnya telah mengetahui bahwa cucunya itu mempunyai akhlak yang terpuji, lemah-lembut dan memiliki hati yang halus. Sabda baginda: “Anakku ini adalah penghulu ( Sayyid ). Mudah-mudahan Allah akan mendamaikan dengan sebab Hassan, dua golongan kaum Muslimin yang sedang bermusuh-musuhan.” Sayyidina Hassan meninggal dunia setelah diracun. Kematiannya disaksikan dengan perasaan sedih oleh adiknya, Sayyidina Hussin yang sangat mengasihinya.