• Tidak ada hasil yang ditemukan

TERMA DAN SYARAT Kempen Belanja Tahun Baru Cina 2018 dan Menang Baucar CIMB-Giant (1hb Februari hb Februari 2018)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "TERMA DAN SYARAT Kempen Belanja Tahun Baru Cina 2018 dan Menang Baucar CIMB-Giant (1hb Februari hb Februari 2018)"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

Kempen

1) “Kempen Belanja Tahun Baru Cina 2018 dan Menang Baucar CIMB-Giant” (“Kempen”) dianjurkan oleh CIMB Bank Berhad (13491-P) (“CIMB Bank”) bersama GCH Retail (M) Sdn. Bhd. (667035-P) (“Giant”) dan akan berlangsung dari 1hb Februari 2018 hingga 15hb Februari 2018, termasuk kedua-dua tarikh tersebut (“Tempoh Kempen”).

2) CIMB Bank berhak mengubah tempoh dan/atau tarikh permulaan dan/atau tarikh tamat Tempoh Kempen dalam masa empat belas (14) hari dengan memberikan notis terlebih dahulu.

Kriteria Kelayakan

3) Kempen ini terbuka kepada semua pemegang kad utama bagi kad debit, kad kredit dan/atau kad prabayar CIMB Bank yang dikeluarkan di Malaysia (kecuali Pemegang Kad Platinum Business CIMB Bank dan Pemegang Kad Fuel Tanker CIMB Bank) (“Kad-kad Sertaan”) dan yang nombor mudah alih mereka (i) didaftarkan dengan penyedia perkhidmatan telekomunikasi Maxis, Celcom, Digi atau U-Mobile (“Penyedia Perkhidmatan Telekomunikasi”) dan (ii) disimpan di dalam rekod CIMB Bank (“Peserta Layak”).

4) Kategori orang berikut adalah TIDAK layak untuk menyertai Kempen ini:

a. Keempunyaan tunggal, perkongsian, organisasi/pertubuhan amal/bukan keuntungan/persatuan dan korporat;

b. Kakitangan atau pekerja tetap, kontrak dan/atau sementara CIMB Bank dan ahli keluarga terdekat mereka (iaitu suami/isteri, anak, ibu bapa, abang, kakak dan adik); dan

c. Wakil dan/atau ejen (termasuk ejen pengiklanan dan promosi) CIMB Bank, VISA Worldwide Pte. Limited, (“VISA”) dan MasterCard Worldwide (“MasterCard”) (termasuk anak-anak syarikat dan syarikat-syarikat berkaitan mereka masing-masing).

d. Wakil dan/atau ejen (termasuk ejen pengiklanan dan kempen, vendor dan penyedia perkhidmatan pihak ketiga) CIMB Bank (termasuk anak-anak syarikatnya dan syarikat-syarikat berkaitannya) dan pekerja tetap dan/atau

TERMA DAN SYARAT

Kempen Belanja Tahun Baru Cina 2018 dan Menang Baucar CIMB-Giant (1hb Februari 2018 – 15hb Februari 2018)

(2)

kontrak mereka dan ahli keluarga terdekat mereka (iaitu suami/isteri, anak, ibu bapa, abang, kakak dan adik); dan

e. Individu di bawah umur 18 tahun. Mekanik Kempen

Kriteria Kelayakan

5) Untuk menyertai Kempen ini, Peserta Layak hendaklah membelanjakan minimum Ringgit Malaysia Seratus dan Tiga Puluh Lapan (RM138.00) pada Transaksi Perbelanjaan Runcit Layak (seperti yang dinyatakan pada Klausa 6) ditunjukkan dalam satu resit mana-mana cawangan Giant di Malaysia menggunakan Kad-kad Sertaan (termasuk kad tambahan yang dikeluarkan di bawahnya) semasa Tempoh Kempen (“Kelayakan Perbelanjaan”), tertakluk pada Klausa 6, 7, 8, 9 dan Klausa 10 pada terma dan syarat ini: Transaksi Perbelanjaan Runcit Layak

6) “Transaksi Perbelanjaan Runcit Layak” bermaksud transaksi pembelian untuk barangan dan perkhidmatan di cawangan Giant di Malaysia dan bukan untuk transaksi perjudian atau pertaruhan. Untuk mengelakkan keraguan, transaksi berikut juga dikecualikan dengan nyata dan tidak akan dianggap sebagai Transaksi Perbelanjaan Runcit Layak bagi tujuan Kempen ini:-

a. Transaksi yang dibuat di cawangan Giant di Malaysia menggunakan Kad Platinum Business CIMB dan Kad Fuel Tanker CIMB;

b. Transaksi Kuasi Tunai iaitu transaksi yang melibatkan pembayaran atau ganjaran wang tunai (misalnya: transaksi pertaruhan dan/atau perjudian);

c. Transaksi pembelian yang selepas itu dibatalkan atau dikembalikan, tidak dibenarkan atau mempunyai unsur penipuan.

7) Sebarang penentuan oleh CIMB Bank tentang apa-apa yang membentuk Transaksi Perbelanjaan Runcit Layak yang dirujuk pada Klausa 6 adalah konklusif dan tidak akan dicabar dalam apa jua cara sekalipun melainkan ia tidak diadili dengan adil dan saksama. 8) Tertakluk pada terma dan syarat ini, Transaksi Perbelanjaan Runcit Layak yang disebut dalam Klausa 6 adalah berdasarkan kepada jumlah keseluruhan yang disatukan dan agregat yang dibelanjakan menggunakan Kad-kad Sertaan Peserta Layak (termasuk kad tambahan yang dikeluarkan di bawahnya).

(3)

Mekanik Kempen

9) Setiap Ringgit Malaysia Seratus dan Tiga Puluh Lapan (RM138.00) yang dibelanjakan untuk Transaksi Perbelanjaan Runcit Layak di dalam satu resit dipaparkan pada akaun Kad-kad Sertaan Peserta Layak pada 15hb Februari 2018 menjadikan Peserta Layak berhak mendapat satu (1) penyertaan dan berpeluang untuk memenangi Hadiah (seperti yang dinyatakan pada Klausa 12) (“Penyertaan Layak”). Untuk pencerahan, resit kumulatif/gabungan tidak akan dianggap sebagai memenuhi Kelayakan Perbelanjaan (seperti yang dinyatakan pada Klausa 5 (terma dan syarat ini) dan tidak akan membolehkan Peserta Layak mendapat Penyertaan Layak.

Contoh:

Pada 1hb Februari 2018, Pelanggan A berbelanja di Giant Malaysia (bernilai RM 450) akan mendapat tiga (3) Penyertaan Layak.

Pada 10hb Februari 2018, Pelanggan A berbelanja sekali lagi di Giant Malaysia (bernilai RM 200) akan mendapat satu (1) lagi Penyertaan Layak.

Secara keseluruhan, Peserta Layak A telah memperolehi dan mengumpul empat (4) Penyertaan Layak semasa Tempoh Kempen.

10) Untuk mengelakkan keraguan, Penyertaan Layak yang diperolehi daripada Kad-kad Sertaan tambahan akan digabungkan dengan Penyertaan Layak yang diperolehi daripada Kad-kad Sertaan utama untuk tujuan Kempen ini.

Proses Pemilihan Pemenang & Hadiah

11) Tertakluk pada terma dan syarat ini, Peserta Layak hanya akan memperolehi dan mengumpul Penyertaan Layak bermula dari hari pertama Kempen ini hingga tamat Tempoh Kempen. Pada penghujung Tempoh Kempen, Peserta Layak akan dipilih secara rawak oleh sistem pemilihan automatik berdasarkan Penyertaan Layak yang diperolehi dari Peserta Layak semasa Tempoh Kempen (“Proses Pemilihan”). Senarai pemenang akan dipaparkan di laman web CIMB Bank www.cimbbank.com.my dalam tempoh 12 minggu selepas tamat Tempoh Kempen.

(4)

12) Hadiah-hadiah berikut akan disediakan untuk pemenang-pemenang terpilih Kempen ini:

Pemenang Hadiah

1x Hadiah Utama Baucar Giant bernilai RM 11,880 1x Hadiah Kedua Baucar Giant bernilai RM 6,880 1x Hadiah Ketiga Baucar Giant bernilai RM 3,880 188x Hadiah Sagu Hati Baucar Giant bernilai RM380

Hadiah Utama, Hadiah Kedua, Hadiah Ketiga dan Hadiah Sagu Hati dirujuk secara bersama sebagai “Hadiah”.

Pemenang-pemenang Hadiah Utama, Hadiah Kedua dan Hadiah Ketiga

13) Pemenang-pemenang Hadiah Utama, Hadiah Kedua dan Hadiah Ketiga berpotensi yang dipilih menerusi Proses Pemilihan akan dihubungi oleh CIMB Bank melalui telefon di nombor telefon mudah alih yang ada di dalam rekod CIMB Bank dalam tempoh dua belas (12) minggu selepas tamat Tempoh Kempen dan dikehendaki menjawab satu (1) soalan dengan tepat sebelum diisytiharkan sebagai pemenang-pemenang Hadiah Utama, Hadiah Kedua dan Hadiah Ketiga.

14) Jika percubaan pertama untuk menelefon Pemenang Hadiah Utama berpotensi yang pertama dikenal pasti gagal, iaitu atas sebab seperti panggilan tidak dijawab, nombor telefon tiada dalam perkhidmatan, tiada sambungan atau sebarang sebab jua, dua (2) lagi percubaan akan dibuat untuk menelefon pemenang Hadiah Utama berpotensi. Jika percubaan ketiga tidak berjaya, pemenang Hadiah Utama berpotensi yang seterusnya akan dihubungi setelah dipilih menerusi Proses Pemilihan.

15) Jika pemenang Hadiah Utama berpotensi yang seterusnya gagal menjawab soalan dengan tepat atau percubaan oleh CIMB Bank untuk menelefon pemenang Hadiah Utama berpotensi yang seterusnya gagal atas apa jua sebab, pemenang Hadiah Utama berpotensi ini akan disingkirkan dan CIMB Bank akan mengenal pasti pemenang Hadiah Utama berpotensi berikutnya menerusi Proses Pemilihan sehingga pemenang Hadiah Utama, Hadiah Kedua dan Hadiah Ketiga berpotensi berjaya menjawab soalan dengan tepat menerusi panggilan telefon dari CIMB Bank.

(5)

16) Makluman Mesej Pesanan Ringkas (“SMS”) akan dihantar sekali kepada pemenang Hadiah Sagu Hati berpotensi yang dipilih menerusi Proses Pemilihan dan mereka dikehendaki menjawab soalan yang dihantar melalui SMS kepada nombor telefon mudah alih mereka yang ada di dalam rekod CIMB Bank.

17) Pemenang Hadiah Sagu Hati berpotensi dikehendaki membalas SMS dengan jawapan yang tepat dalam masa dua (2) hari dari tarikh SMS dihantar kepada mereka. Tarikh akhir (iaitu tarikh dan masa) untuk menjawab soalan akan dinyatakan pada SMS.

18) Seratus Lapan Puluh Lapan (188) pemenang Hadiah Sagu Hati berpotensi pertama yang dipilih menerusi Proses Pemilihan seterusnya berjaya membalas soalan dan memberikan jawapan yang tepat akan dipilih sebagai pemenang Hadiah Sagu Hati dan akan dimaklumkan melalui SMS dari CIMB Bank.

19) Sekiranya pemenang Hadiah Sagu Hati berpotensi gagal menjawab dengan tepat atau tidak membalas SMS dalam tempoh yang diberikan, dia akan disingkirkan dan tidak dapat memenangi Hadiah Sagu Hati dan Hadiah Sagu Hati akan ditarik balik. Hadiah yang ditarik balik tidak akan diberikan kepada pemenang berpotensi seterusnya.

Terma-terma Lain

20) Untuk mengelakkan keraguan, semua caj untuk SMS akan diselaraskan dan ditanggung oleh Peserta Layak.

21) Semua soalan dan jawapan akan dihakimi dan diputuskan oleh panel hakim yang dipilih oleh CIMB Bank dan keputusan panel hakim yang dipilih oleh CIMB Bank adalah muktamad dan mengikat kecuali jika terdapat ketidakadilan yang disengajakan atau tidak saksama.

22) Pada masa pemilihan pemenang, akaun Kad-kad Sertaan Peserta Layak MESTI dalam keadaan baik dan Peserta Layak TIDAK BOLEH memungkiri mana-mana terma dan syarat yang mengawal perjanjian Kad-kad Sertaan atau delinkuen, dan/atau tidak sah atau dibatalkan menurut definisi CIMB Bank, jika tidak, mereka akan hilang kelayakan daripada menyertai atau menjadi pemenang untuk mana-mana Hadiah.

23) Setiap Peserta Layak hanya boleh memenangi satu (1) Hadiah sepanjang Kempen ini. Untuk mengelakkan keraguan, hanya Peserta Layak yang memegang kad utama dapat memenangi satu (1) Hadiah sepanjang Kempen ini. Hadiah tidak boleh dipindahkan kepada orang lain termasuklah pemegang kad tambahan kepada Kad-kad Sertaan.

(6)

24) Hadiah akan dihantar ke alamat pemenang seperti yang ada dalam rekod CIMB Bank dalam tempoh dua belas (12) minggu selepas Tempoh Kempen berakhir. Sekiranya Hadiah yang dihantar ke alamat surat-menyurat pemenang tidak berjaya dan dikembalikan, CIMB Bank akan melakukan tiga (3) percubaan panggilan ke nombor telefon pemenang yang ada di dalam rekod CIMB Bank dan jika tiada jawapan dari pemenang dalam tempoh satu (1) bulan, pemenang akan hilang kelayakan sebagai pemenang Hadiah di bawah Kempen ini.

25) CIMB Bank berhak untuk menarik balik mana-mana Hadiah dan membatalkan Peserta Layak jika berlaku pembalikan transaksi, pembatalan atau penamatan Kad-kad Sertaan semasa Tempoh Kempen dan/atau gagal untuk mematuhi sebarang terma dan syarat ini.

Terma dan Syarat Am

26) Dengan menyertai Kempen ini, Peserta Layak dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat oleh Terma dan Syarat ini dan keputusan CIMB Bank berkaitan dengan setiap aspek Kempen ini termasuklah memproses dan mendedahkan data peribadi mereka mengikut Notis Privasi Kumpulan CIMB yang boleh ditemui di http://www.cimb.com/en/policy.html

27) CIMB Bank berhak atas budi bicara mutlaknya dengan memberikan notis terlebih dahulu selama empat belas (14) hari untuk mengganti atau menukar Hadiah yang ditawarkan di bawah Kempen ini dengan barangan lain yang serupa atau setara dan/atau untuk melanjutkan, mengubahsuai, memendekkan, menamatkan, membatalkan atau menggantung Kempen ini. Tiada pampasan tunai atau apa-apa jenis yang akan diberikan kepada Peserta Layak untuk sebarang kerugian atau kerosakan yang ditanggung atau dialami secara langsung atau tidak langsung oleh Peserta Layak akibat hasil langsung atau sebaliknya dari penukaran atau penggantian Hadiah dan/atau pelanjutan, pengubahsuaian, pemendekan, pemberhentian, pembatalan, penamatan atau penggantungan Kempen ini melainkan perkara yang sama adalah disebabkan oleh kecuaian atau kesilapan yang disengajakan CIMB Bank.

28) Pemenang Hadiah Kempen ini bersetuju dan memberi kuasa kepada CIMB Bank untuk mendedahkan butiran pemenang (termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, nombor K/P, nombor telefon dan alamat) kepada pengedar/ejen yang kemudiannya akan menghubungi pemenang untuk tujuan penghantaran atau penebusan Hadiah.

(7)

Pemenang bertanggungjawab untuk membuat pengaturan sepatutnya dengan CIMB Bank dan/atau pengedar/ejen untuk mengambil atau menebus Hadiah mereka. CIMB Bank tidak akan menanggung sebarang kos penginapan dan/atau pengangkutan dan/atau kos lain yang bakal dan mungkin ditanggung semasa pengambilan, penebusan atau penggunaan Hadiah.

29) Adalah menjadi tanggungjawab Peserta Layak dalam memastikan bahawa alamat surat-menyurat dan nombor telefon mudah alih yang diberikan dan ada di dalam rekod CIMB Bank adalah terkini dan dikemaskini. CIMB Bank berhak menarik balik Hadiah sekiranya nombor telefon mudah alih Peserta Layak dan/atau Peserta Layak yang ada di dalam rekod CIMB Bank adalah tidak sah dan/atau tidak dikemaskini.

30) CIMB Bank berhak mengubah dengan memberikan notis terdahulu selama dua puluh satu (21) hari (sama ada dengan menambah, memotong, memodifikasi, meminda atau sebaliknya walau bagaimanapun jua) (“Pemindaan”) mana-mana terma dan syarat di dalam ini. Makluman tentang Pemindaan kepada Peserta Layak berkaitan Pemindaan, pembatalan, penyingkiran, pergantungan Kempen ini atau apa jua notis yang akan diberikan oleh CIMB Bank kepada Peserta Layak di bawah Kempen ini adalah menurut budi bicara mutlak CIMB Bank melalui mana-mana satu cara komunikasi berikut, iaitu dengan memaparkan notis tentang Pemindaan di setiap cawangan CIMB Bank atau melalui laman web CIMB Bank atau melalui sebarang cara makluman lain yang boleh dipilih oleh CIMB Bank dan Pemindaan akan dianggap mengikat Peserta Layak dari tarikh makluman Pemindaan atau dari sebarang tarikh lain yang boleh ditetapkan oleh CIMB Bank dalam makluman. Peserta Layak mengakui dan bersetuju mengakses laman web CIMB Bank secara kerap untuk membaca Terma dan Syarat ini dan memastikan mereka mendapatkan maklumat yang terkini mengenai apa-apa perubahan atau pemindaan pada terma dan syarat ini.

31) Tiada sebarang pampasan tunai atau apa jua jenisnya akan diberikan kepada Peserta Layak yang berbangkit akibat daripada perubahan, pemadaman, penambahan atau pindaan terhadap terma dan syarat ini dan/atau pelanjutan, modifikasi, pembatalan, penggantungan atau penamatan Kempen ini.

32) Terma dan syarat ini (sebagaimana mungkin dipinda dari semasa ke semasa selaras dengan Klausa 30) hendaklah dibaca bersama-sama dengan terma dan syarat yang mengawal Kad-kad Sertaan dan hendaklah mengatasi sebarang terma, syarat, peruntukan atau representasi yang terkandung dalam sebarang bahan promosi dan pengiklanan lain berkaitan dengan Kempen ini.

(8)

33) Keputusan CIMB Bank dan/atau hakim CIMB Bank berhubung dengan Kempen ini hendaklah, kecuali untuk kesilapan nyata, muktamad, mengikat dan konklusif. CIMB Bank mempunyai hak dan budi bicaranya yang mutlak untuk membatalkan kelayakan dan/atau menolak mana-mana Peserta Layak yang ditentukan atau secara munasabahnya disyaki mengganggu proses atau pengendalian Kempen ini, atau bertindak sebagai melanggar terma dan syarat ini.

34) CIMB Bank tidak akan bertanggungjawab ke atas mana Peserta Layak atau mana-mana pihak di atas apa-apa kerugian atau kerosakan tidak kira jenisnya yang dialami oleh Peserta Layak atau mana-mana pihak kecuali sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan secara langsung oleh kecuaian atau kesilapan yang disengajakan CIMB Bank. Untuk mengelakkan keraguan, CIMB Bank tidak akan bertanggungjawab sama sekali di atas sebarang kehilangan pendapatan, keuntungan atau nama baik, ganti rugi langsung atau tidak langsung, sampingan, berbangkit, teladan, punitif atau khas yang ditanggung oleh mana-mana pihak termasuk pihak ketiga) yang walau bagaimanapun jua berbangkit sama ada dalam kontrak, tort, kecuaian atau sebaliknya berhubung dengan Kempen ini dan/atau resit, penebusan atau penggunaan Hadiah kecuali perkara yang sama adalah disebabkan oleh kecuaian sengaja atau kegagalan sepenuhnya CIMB Bank.

35) Dengan menerima Hadiah, Peserta Layak yang memenangi Hadiah bersetuju untuk tidak mempertanggungjawabkan CIMB Bank dan ahli gabungannya dan pengarah, pegawai, pekerja dan ejen mereka masing-masing bagi dan terhadap sebarang tuntutan, tindakan, prosiding, penghakiman, kerosakan, kerugian, perbelanjaan atau liabiliti yang ditanggung oleh CIMB Bank dan ahli gabungannya dan pengarah, pegawai, pekerja dan ejen mereka masing-masing berhubung dengan penyertaan Peserta Layak dalam Kempen ini atau penerimaan, penebusan atau penggunaan Hadiah, kecuali untuk sebarang tuntutan, tindakan, prosiding, penghakiman, kerosakan, kerugian, perbelanjaan atau liabiliti yang oleh disebabkan oleh kecuaian atau kesilapan yang disengajakan CIMB Bank.

36) CIMB Bank tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang aduan atau pertikaian yang berkaitan dengan penggunaan atau penebusan Hadiah. Sebarang pertanyaan atau aduan yang berkaitan dengan penggunaan Hadiah dan/atau pembelian menggunakan Hadiah hendaklah dirujuk kepada Giant. CIMB Bank bukanlah ejen Giant dan tidak membuat representasi mengenai kualiti perkhidmatan yang disediakan dan/atau produk yang dijual/dibekalkan oleh Giant. Sebarang pertikaian mengenai perkhidmatan dan/atau produk yang timbul daripada penggunaan Hadiah hendaklah diselesaikan

(9)

secara langsung dengan Giant. Liabiliti CIMB Bank berhubung dengan Hadiah hanya untuk menanggung harga pembelian yang sama.

37) CIMB Bank tidak bertanggungjawab atas sebarang implikasi cukai yang mungkin berbangkit daripada Hadiah atau penggunaannya. Sebarang obligasi pemfailan cukai atau sebarang pembayaran cukai yang kena dibayar kepada mana-mana pihak berkuasa akibat penerimaan Hadiah akan menjadi tanggungjawab pemenang Hadiah. Adalah menjadi tanggungjawab setiap pemenang Hadiah untuk mendapatkan nasihat bebas tentang kemungkinan implikasi terhadap situasi kewangannya sendiri.

38) Sekiranya terdapat apa-apa perkara yang tidak konsisten, konflik, kesamaran atau percanggahan antara versi terma dan syarat ini dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris atau bahasa lain, versi terma dan syarat ini dalam Bahasa Inggeris akan mengatasi yang lain. Meskipun perkara yang disebut sebelum ini, jika permintaan dibuat oleh Peserta Layak dan dicatat dan diakui oleh CIMB Bank dalam rekodnya bahawa versi terma dan syarat ini dalam Bahasa Malaysia akan mengawal operasi Kad-kad Sertaan, maka versi terma dan syarat ini dalam Bahasa Malaysia akan mengatasi yang lain.

39) Untuk sebarang maklumbalas dan/atau aduan berkaitan dengan Kempen, Peserta Layak boleh menghubungi Unit Resolusi Pelanggan CIMB Bank di alamat, nombor telefon dan nombor faks berikut (ataupun di mana-mana alamat, nombor telefon dan nombor faks seperti mana yang dipinda oleh CIMB Bank secara notifikasi kepada Peserta Layak): Unit Resolusi Pelanggan, Aras 19, Menara Bumiputera-Commerce, 11 Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur Tel: 603 6204 7788/Faks: 603 2691 3248/Emel: cru@cimb.com.

Referensi

Dokumen terkait

Kemungkinan penyesuaian UUPA terhadap ketentuan-ketentuan MoU hanya dapat dijawab melalui amandemen UUPA. Proses legislasi, baik untuk pembentukan sebuah undang-undang

Rencana Kerja Dinas Kominfo Kabupaten Temanggung Tahun 2021 adalah dokumen perencanaan daerah Kabupaten Temanggung untuk periode Tahun 2021 yang memuat

yang senantiasa memberikan segala rahmat sehingga dapat menyelesaikan skripsi dengan judul “Pengaruh Return On Investment, Return On Equity, Total Asset Turn

Dalam artikel ini, penulis akan mengelaborasikan PDRB kecamatan yang direpresentasikan pada variabel ketimpangan wilayah (TI) dengan variabel alokasi dana desa (ADD),

Pada umumnya metode yang digunakan untuk me-monitoring suatu pekerjaan adalah dengan metode kurva S yang mana bobot setiap pekerjaan dalam metode ini adalah

1. Shirkah al-ina> n atau shirkah al-amwa> l yaitu dua orang menggabungkan hartanya untuk diperdagangkan, sedangkan keuntungan dibagi berdua. Pada syarikat ini modal

Kajian ini juga mendapati terdapat kesan kehadiran spiritual sebagai moderator dalam hubungan kepintaran emosi dengan tingkah laku kewargaan organisasi tetapi

Uji akurasi dilakukan pada tiap-tiap hasil klasifikasi multipsektral maximum likelihood guna memperoleh informasi akurasi yang terbaik dari beberapa metode pan-sharpend dalam