KAJIAN KRAF ANYAMAN SARAWAK YANG MULTIFUNGSI
CHIONG SWEE LU
Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan Dan Kreatif Dengan Kepujian (Teknologi Seni Reka)
2018
KAJIAN KRAF ANYAMAN SARAWAK YANG MULTIFUNGSI
CHIONG SWEE LU
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan Dan Kreatif Dengan Kepujian
Teknologi Seni Reka (Fesyen dan Tekstil)
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
UNIVERSlTI MALAYSIA SARAWAK
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/LAPORAN JUDUL: KAJIAN KRAF ANYAMAN YANG MULTIFUNGSI
SESI PENGAJIAN :2015/2016 Saya: CHIONG SWEE LU
Mengaku membenarkan tesis/laporan* ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat
Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis/Laporan adalah hak milik Universiti Malaysia Sarawak
2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja
3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat salinan tesis/laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi
5. ·sila tandakan( I)
DSULlT (mengandungi maklumat yang berdajah keselamatan
atau kepentingan termaktub di dalam AKT A RAHSIA
DTERHAD RASMI1972)
(mengandungi maklumat terhad yang telah ditentukan CLLJTIDAK TERHAD oleh organisasilbadan di mana penyelidikan dij lank an)
Disahkan
AS lia
Tandatangan Penulis Tarikh:
5 1
01011011
Alamat tetap :Lot 3150, Jalan Alammanda, Taman Graceland, 98000, Miri, Sarawak.
LectuIer
Catalan: *Tesis/Laporan dimaksudkan sebagai lesis bagi Ijazah Doktor FaJsafah. Sarjana dan Sarjana
Muda
*Jika Tesis/Laporan ini SUUT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh lesis/laporan
ini perlu sebagai SUUT atau TERHAD
iii PENGESAHAN
Projek bertajuk ‘Kajian Kraf Anyaman Yang Multifungsi’ telah disediakan oleh Chiong Swee Lu dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian (Teknologi Seni Reka).
Diterima untuk diperiksa oleh:
________________________________ (Encik Asrul Asshadi bin Mohamad Morni)
Tarikh : _______________
iv PENGAKUAN
Saya mengaku bahawa tiada bahagian daripada penyelidikan dalam disertai ini telah digunakan sebagai bahan sokongan untuk sesuatu ijazah atau kelulusan sama ada kepada universiti ini atau institusi pengajian tinggi lain.
_______________________ (CHIONG SWEE LU)
v PENGHARGAAN
Terlebih dahulu, saya panjatkan kesyukuran kepada Tuhan atas berkat yang diberikan sehingga saya dapat menyiapkan projek tahun akhir saya dengan jayanya. Penghargaan yang tidak terhingga ingin saya rakamkan kepada penyelia saya Cik Norhayati binti Suleiman di atas segala tunjuk ajar dan kesudian mengorbankan masa dan tenaga untuk membimbing saya sehingga saya berjaya melaksana dan menyiapkan kajian ini. Selain itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah saya Encik Asrul Asshadi bin Mohamad Morni atas sumbangan dia menolong saya menyiapkan laporan projek tahun akhir (PTA) ini. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada juruteknik tekstil dan fesyen iaitu Cik Suhaizza dan rakan-rakan yang telah banyak berkongsi ilmu dan membantu saya dalam menyempurnakan projek tahun akhir saya ini. Seterusnya, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya yang sentiasa memberikan sokongan dan kasih sayang yang tidak terhingga kepada diri ini. Akhir sekali terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung di atas sumbangan mereka dalam penyempurnaan kertas projek ini.
vi ISI KANDUNGAN
Perkara Muka Surat
Borang Pengesahan Status Tesis / Laporan ii
Pengesahan dan Tandatangan Penyelia iii
Pengakuan iv
Penghargaan v
Abstrak x
Abstract xi
Bab 1: Latar Belakang Kajian
1.0 Pengenalan 1 1.1 Penyataan Masalah 2 1.2 Persoalan Kajian 2 1.3 Objektif Kajian 2 1.4 Kepentingan Kajian 2 1.5 Skop Kajian 3 1.6 Limitasi Kajian 3 1.7 Kesimpulan 3
Bab 2: Kajian Literatur
2.0 Pengenalan 4
2.1 Definisi 5
2.2 Kajian Lepas 9
2.3 Kerangka Kajian 12
2.4 Kesimpulan 13
vii
3.0 Pengenalan 14
3.1 Metodologi Kajian 14
3.2 Kaedah Kajian 16
3.2.1 Kaedah Kajian Primer 16
3.2.2 Kaedah Kajian Sekunder 20
3.3 Kesimpulan 21
Bab 4: Hasil Dapatan Kajian
4.0 Pengenalan 22
4.1 Pemerhatian 23
4.2 Temu Bual 24
4.3 Hasil Dapatan Borang Soal Selidik 25
4.4 Pensampelan 35
4.5 Kesimpulan 41
Bab 5: Produk Akhir
5.0 Pengenalan 42
viii
5.2 Perkembangan Idea 44
5.2.1 Konsep Rekaan 44
5.2.2 Lakaran Idea 45
5.3 Rekaan Produk Akhir dan Lukisan Teknikal 49
5.4 Kesimpulan 58 Bab 6: Validasi 6.0 Pengenalan 59 6.1 Kajian Validasi 60 6.2 Kekuatan Produk 61 6.3 Kelemahan produk 61 6.4 Kesimpulan 62 Bab 7: Kesimpulan 7.0 Kesimpulan 63 Rujukan 64 Lampiran A
ix
Harta Intelek 65
Lampiran B
Borang Soal Selidik 67
Soalan Temu Bual 71
Borang Validasi 72
Lampiran C
Panel 77
Lampiran D
Pengiraan Kos Produk Akhir Pertama 78
Pengiraan Kos Produk Akhir Kedua 80
Pengiraan Kos Produk Akhir Ketiga 82
x Abstrak
Kajian ini dijalankan untuk menghasilkan kraf anyaman Sarawak yang multifungsi iaitu menginovasi kraf anyaman Sarawak yang berbentuk traditional kepada rupa bentuk yang baharu atau moden dan mempunyai fungsi kegunaan yang berlainan. Objektif kajian yang didapati adalah mengenal pasti rekaan ciri-ciri tempatan dari segi material reka bentuk, membuat eksplorasi reka bentuk kraf yang multifungsi, menghasilkan rekaan kraf yang mempunyai ciri-ciri estetika tempatan dan multifungsi, dan membuat validasi kepada produk akhir. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kajian primer dan sekunder. Hasil dari kajian ini menunjukkan bahawa penghasilan produk kraf anyaman yang multifungsi dapat menarik minat lebih ramai orang untuk membeli. Oleh itu, penghasilan rekan bentuk kraf anyaman yang multifungsi dapat meningkatkan lagi kraf anyaman di pasaran terutamanya di sektor pelancongan.
xi
Abstract
This study was conducted to produce multifunctional Sarawak craft which is to innovate Sarawak traditional craft to a new or modern appearance and have different functions. The objectives of the study are to identify the design of local features in terms of material design, to make exploration of multifunctional craft designs, produce craft designs that have local and multifunctional aesthetic properties, and validate the final product. This study was conducted using primary and secondary research methods. The results of this study show that the production of multi-functional woven craft products can attract more people to buy. Therefore, the production of multifunctional handcrafts can increase the weaving craft in the market especially in the tourism sector.
1 BAB 1
LATAR BELAKANG KAJIAN
1.0 Pengenalan
Tujuan kajian ini dijalankan untuk mengetahui tentang produk kraf Sarawak yang lebih lanjut iaitu menginovasi produk kraf dengan lebih moden dan mempunyai fungsi kegunaan yang berlainan dengan mengikut permintaan kehendak seseorang pengguna. Kajian berkenaan kraf Sarawak ini bersifat inovasi iaitu mengubahsuai atau pembaharuan rupa bentuk kraf Sarawak yang traditional kepada rupa bentuk yang moden. Contohnya penggabungan kain yang lebih sesuai dengan kraf ataupun mempelbagaikan fungsi produk yang akan dihasilkan.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Kraf didefinisikan sebagai sesuatu dihasilkan dengan kemahiran terutamanya kemahiran menggunakan tangan. Selain itu, kraf adalah dikeluarkan dengan atau tanpa menggunakan alat atau peralatan mudah yang dijalankan secara sendiri atau tidak langsung oleh pengusaha-pengusaha kraf.
Di samping itu, penghasilan kraf biasanya dikerjakan secara perseorangan atau perkakas kecil-kecilan. Hasilan kraf biasanya membawa kepentingan kebudayaan atau keagamaan. Misalnya, etnik yang berbilang suku kaum di Sarawak menghasilkan kraf yang unik . Terdapat pelbagai kraf di Sarawak, iaitu anyaman tikar, bakul rotan, tenunan songket dan lain-lain.
2
Gambar Rajah 1: Contoh anyaman beg rotan traditional kraf Sarawak. Sumber: (http://lyick81.blogspot.my/2012/03/kraftangan-sarawak.html)
Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengeksploitasi kraf Sarawak kepada produk multifungsi. Kajian ini akan meningkatkan kepenggunaan kraf Sarawak dalam fungsi yang berlainan terhadap sesuatu produk. Menurut Kamus Oxford, multifungsi didefinisikan sebagai sesuatu benda yang memiliki atau memenuhi beberapa fungsi.
Gambar rajah 2: Contoh beg yang mempunyai fungsi multifungsi. Sumber: (https://www.pinterest.com/kashashaman/bags/)
3 1.1 Penyataan Masalah
Melalui kajian ini, terdapat beberapa permasalahan yang telah dikenal pasti oleh pengkaji iaitu:
Produk kraf tempatan di Sarawak kebanyakannya lebih khusus kepada penggunaan satu fungsi
1.2 Persoalan Kajian
Persoalan kajian amat penting dalam penyelidikan supaya pengkaji dapat mengetahui tujuan sebenar dalam kajian tersebut. Persoalan-persoalan tersebut adalah seperti berikut: i. Apakah ciri-ciri bentuk rekaan kraf tempatan?
ii. Bagaimanakah reka bentuk kraf anyaman yang mempunyai ciri-ciri multifungsi? iii. Bagaimana rekaan inovasi dapat menggabungkan rekaan kraf anyaman dengan
sifat multifungsi? 1.3 Objektif Kajian
Objektif kajian adalah untuk:
i. Mengenal pasti rekaan ciri-ciri tempatan dari segi material reka bentuk. ii. Membuat eksplorasi reka bentuk kraf anyaman yang multifungsi.
iii. Menghasilkan rekaan kraf anyaman yang mempunyai ciri-ciri estetika tempatan dan multifungsi.
iv. Membuat validasi kepada produk akhir. 1.4 Kepentingan Kajian
Kajian ini dapat memberi inspirasi kepada pereka untuk mereka kraf Sarawak dalam bentuk multifungsi. Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah memperkenalkan kraf Sarawak di merata tempat selain di Sarawak. Selain itu, rekaan kraf Sarawak multifungsi dapat menukar rupa bentuk yang berlainan dari sebelum ini.
4 1.5 Skop Kajian
Kajian ini memfokuskan kepada kraf Sarawak dalam penghasilan kraf dalam multifungsi. Penghasilan kraf multifungsi adalah berbentuk lebih moden. Hal ini kerana, terdapat kraf Sarawak yang berbentuk traditional atau telah diubahsuai tetapi terdapat satu fungsi saja. Skop kajian ini tertumpu pada golongan yang mengguna dan menghasilkan kraf di sekitar Kota Samarahan, dan sekitar Kuching di Sarawak. Hal ini demikian kerana, tempat-tempat demikian merupakan daerah yang lebih besar dalam lingkungan Sarawak.
1.6 Limitasi Kajian
Penyelidikan ini memfokuskan kepada kraf anyaman Sarawak iaitu anyaman bakul atau beg dan anyaman tikar untuk diaplikasikan ke dalam penghasilan produk beg yang multifngsi. Selain itu, material yang digunakan untuk penggabungan anyaman kraf Sarawak dengan menghasilkan beg yang multifungsi turut diberi keutamaan iaitu dengan menggunakan jenis fabrik seperti fabrik denim, fabrik kapas, dan fabrik karung. Dalam kajian ini penggunaan material anyaman anggaran 40 peratus sahaja manakala selebihnya menggunakan bahan sampingan yang dibeli seperti fabrik dan zip.
1.7 Kesimpulan
Rekaan kraf secara multifungsi dapat diaplikasikan dalam rekaan kraf traditional masa kini. Dengan penambahan fungsi kegunaan kraf dapat menarik minat generasi pada masa kini. Bagi mencapai objektif kajian, pengkaji menggunakan metodologi yang bersesuaian bagi menjawab persoalan kajian. Metodologi yang digunakan akan dibincangkan lebih lanjut di dalam Bab 3 nanti.
5 BAB 2
KAJIAN LITERATUR 2.0 Pengenalan
Kajian literatur membincangkan sesuatu maklumat yang diterbitkan dalam bidang subjek dan tempoh masa tertentu. Ia juga merupakan sumber maklumat yang penting dan berkait dengan kajian yang akan dijalankan untuk menyenangkan penyelidik membuat kajian sesuatu benda yang lama dan mengembangkan idea untuk menghasilkan sesuatu yang baharu atau memperbaharui. Kajian literatur boleh juga dikenali sebagai kajian lepas yang dijalankan oleh penyelidik lepas. Penyelidik akan menilai sumber-sumber yang penting atau relevan berkaitan dengan kajian yang akan dijalankan melalui kajian lepas.
Kajian literatur juga penting dijadikan garis panduan sebagai rujukan kepada penyelidik untuk menjalankan kajian kraf Sarawak dalam multifungsi. Dalam kajian ini, penyelidik akan mengkaji tentang ciri-ciri dan reka bentuk kraf untuk dijadikan multifungsi.
Hal ini kerana, kajian lepas dapat membantu penyelidik untuk membuat perbandingan antara kajian rekaan pembaharu atau baharu yang akan dijalankan dengan rekaan kajian lepas. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk memenuhi permintaan kehendak masyarakat pada masa kini.
6 2.1 Definisi
Definisi kraf bermaksud sesuatu kemahiran khas, seni atau pekerjaan yang memerlukan kemahiran, ataupun kerja secara manual iaitu menggunakan tangan sahaja atau alatan yang kecil untuk menghasilkan sesuatu produk. Menurut Editors of Webster’s New World College Dictionaries (n.d.)1:
“The definition of a craft is a special skill or art or an occupation that requires a special skill or art. Any occupation or avocation requiring special skills, especially manual ones, including carpentry, sewing, pottery, etc.”
Menurut Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, kraf didefinisikan sebagai “Keluaran kraf tangan” ertinya apa-apa keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau traditional dan adalah hasil dari sesuatu proses yang bergantung
semata-mata atau sebahagiannya kepada kemahiran tangan. 2
Reka bentuk kraf tangan Sarawak boleh didapati dalam pelbagai jenis tekstur dan bentuk yang berlainan yang menampilkan kebudayaan di Sarawak. Rekaan kraf Sarawak juga merupakan bidang yang sangat luas pada masa kini. Antara jenis kraf tangan di Sarawak adalah tenunan atau cetakan, ukiran kayu, manik, bakul rotan, tikar rotan, seramik, dan lain-lain. Semua kraf ini memiliki reka bentuk masing-masing dan ia adalah sesuatu rekaan yang unik kepada setiap kumpulan etnik. Hal ini kerana reka bentuk kraf adalah berdasarkan dongeng zaman dulu. Sarawak terkenal dengan pelbagai produk kraf
1
Editors of Webster’s New World College Dictionaries (n. d. ). Dimuat turun daripada http://www.yourdictionary.com/craft
2
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (2014). Dimuat turun daripada http://www.kraftangan.gov.my/maklumat-kraf-2/definisi-kraf/
7 yang berbentuk tradisional. Penyelidikan rekaan kraf Sarawak dalam multifungsi ini adalah untuk mengembangkan lagi pasaran kraf Sarawak dan memperkenalkan kraf Sarawak kepada generasi muda.
Selain itu, Kraf boleh dikategorikan kepada lima jenis. Antaranya adalah aneka kraf, hasil rimba, hasil tanah, logam dan tekstil. Aneka kraf adalah seni kraf yang berasaskan manik, kertas, siput, mutiara dan lain-lain. Hasil rimba pula merupakan seni kraf yang berasaskan kayu, buluh, rotan, mengkuang dan sebagainya. Manakala hasil tanah adalah seni kraf yang berasaskan tembikar, kristal, kaca dan batu marmar. Seterusnya, logam merupakan seni kraf yang berasaskan besi, emas, perak, pewter, tembaga dan lain-lain. Yang terakhir iaitu tekstil meliputi seni kraf seperti batik, tenunan, songket, tekatan, sulaman dan sebagainya. Antara kategori kraf iaitu hasil rimba dan tekstil adalah paling banyak produk kraf yang dapat dijumpai di Sarawak.
Seni kraf hasil rimba adalah digunakan untuk menghasilkan anyaman. Anyaman yang dihasilkan memaparkan barangan harian, hiasan dan hadiah. Selain itu, kepelbagaian penghasilan produk anyaman juga memaparkan keunikan seni kraf tangan Sarawak yang dianggap seni kraf yang unik di rantau Asia.
Gambar rajah 3: Contoh Anyaman tikar rotan yang dihasilkan oleh kaum bidayuh. Sumber: (http://1.bp.blogspot.com)
8
Gambar rajah 4: Contoh anyaman bakul rotan yang dihasilkan oleh kaum iban. Sumber: (http://www.kraftangan.gov.my)
Di samping itu, Sarawak juga terdapat pelbagai produk tekstil. Antara produk yang boleh didapati di Sarawak adalah batik Sarawak dan tenunan pua.
Gambar rajah 5: Contoh batik Sarawak.
9
Gambar rajah 6: Contoh tenunan pua kumbu. Sumber: (http://www.greatleap.com.my)
Dalam kajian ini, penyelidik lebih tertumpu dengan hasil rimba untuk mereka bentuk kraf anyaman dalam bentuk multifungsi. Iaitu produk anyaman yang setia ada diubahsuai menjadi produk baharu untuk mengikut trend fesyen pada masa kini.
10 2.2 Kajian Lepas
Kajian lepas merupakan kajian yang pernah dilakukan dan berkaitan dengan kajian yang akan dijalankan sekarang. Dalam penyelidikan yang berkaitan dengan rekaan kraf anyaman Sarawak secara multifungsi ini, belum pernah dilakukan sebelum ini. Tetapi kajian yang hampir sama dengan penyelidikan ini pernah dilakukan.
2.2.1 Inspirasi Rekaan Produk Multifungsi
Menurut Setiawan, E. (n.d.), multifungsi membawa maksud mempunyai berbagai-bagai tugas atau fungsi.3 Selain itu, Longman Dictionary of Contemporary English Online mendefinisikan mutilfungsi sebagai “a multifunction machine, piece of equipment,
building etc is designed to have several different uses”.4
Pada masa kini, terdapat banyak produk dalam bentuk multifungsi iaitu sesuatu barangan yang mempunyai lebih daripada satu fungsi. Pereka telah mendapat beberapa inspirasi perekaan produk multifungsi. Contoh produk yang mempunyai multifungsi iaitu produk “MERIKH bags & accessories. Syarikat ini telah ditubuhkan dengan pengeluaran beg yang berkonsep multifungsi yang unik untuk lelaki, wanita dan haiwan peliharaan.
3
Setiawan, E. (n.d.). Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI). Dimuat turun daripada https://kbbi.web.id/multifungsi
4
Longman Dictionary of Contemporary English Online. (n.d.). Dimuat turun daripada https://www.google.com/amp/s/www.ldoceonline.com/license/amp/dictionary/multifunction
11
Gambar rajah 7: Contoh Beg MERIKH berkonsep multifungsi. Sumber: (http://merikh.com/merikh-lookbook/)
Selain itu, terdapat juga beberapa jenama lain rekaan beg multifungsi oleh beberapa pereka. Pada 2005, sebuah syarikat bernama La Fonction telah ditubuhkan di Roubaix. LA fonction terdapat dua pereka iaitu Christine Cordelette dan Pierrick. Mereka telah mereka cipta komputer beg riba yang mempunyai multifungsi. Beg Komputer riba bukan sekadar menyimpan komputer riba tetapi ia juga mempunyai fungsi ruang peribadi untuk melindungi sekeliling semasa mengguna komputer riba di tempat yang terbuka. Beg ini direka dengan lebih kepada praktikal, ia juga menawarkan beberapa poket dalaman untuk menyimpan aksesori yang lain seperti telefon bimbit.
.
Gambar rajah 8: Contoh beg komputer riba yang berjenama La Fonction mempunyai multifungsi.
12 2.3 Kerangka Konsep
Kerangka konsep ialah peta untuk memberi gambaran dan juga jalan kerja kajian yang akan dijalankan oleh penyelidik. Dengan menggunakan rajah kerangka konsep ini akan memberi petunjuk kepada penyelidikan dan memberi kefahaman kepada pembaca walaupun kajian ini belum dijalankan lagi (rujuk Rajah1).
Rajah 1: Kerangka Kajian
Kerangka kajian ini bertujuan untuk mengetahui proses pembuatan atau rangka awal untuk pengkaji sebelum membuat kajian dari segi penggunaan pola dapat menjimatkan masa dan kos dalam penghasilan produk. Kajian ini memfokuskan kepada rekaan kraf anyaman Sarawak secara multifungsi. Koleksi rekaan kraf anyaman ini bersifat praktikal kerana rekaan kraf anyaman tersebut menekankan ciri mudah dalam penggunaannya. Bahan-bahan yang berpotensi untuk dijadikan produk multifungsi adalah kraf-kraf seperti anyaman bakul dan tikar. Oleh itu, penghasilan produk kraf anyaman yang multifungsi adalah produk beg.
BAHAN-BAHAN KRAF DAN FABRIK
POLA REKAAN BENTUK MULTIFUNGSI
PRODUK KRAF BER-MULTIFUNGSI