• Tidak ada hasil yang ditemukan

Mohamad Sufian Bin Hasim (2004), Kajian Keberkesanan Pengurusan Penyelenggaraan Bangunan Di Universiti Teknologi Mara Kampus Shah Alam, MSc

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Mohamad Sufian Bin Hasim (2004), Kajian Keberkesanan Pengurusan Penyelenggaraan Bangunan Di Universiti Teknologi Mara Kampus Shah Alam, MSc"

Copied!
52
0
0

Teks penuh

(1)

Mohamad Sufian Bin Hasim (2004), Kajian Keberkesanan Pengurusan Penyelenggaraan Bangunan Di Universiti Teknologi Mara Kampus Shah Alam, MSc Dissertation, Universiti Sains Malaysia

(2)

BAB 5

DAPATAN: KAJIAN KES

PENGURUSAN PENYELENGGARAAN BANGUNAN

DI ZON A UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA KAMPUS SHAH ALAM

5.1 PENGENALAN

Di bahagian ini, penerangan tentang aspek penyelenggaraan dan pengurusan penyelenggaraan bangunan di Zon A merangkumi pengenalan umum mengenai bangunan, keluasan, organisasi pentadbiran, aspek-aspek perlaksanaan penyelenggaraan dan sebagainya.

5.2 PENGENALAN KEPADA ZON A UiTM SHAH ALAM

Merupakan salah satu zon daripada 6 kawasan zon yang dikategorikan bagi memudahkan pengkhususan kerja dan meningkatkan keberkesanan pengurusan penyelenggaraan. Ia terdiri daripada beberapa bangunan yang mempunyai fungsi yang pelbagai iaitu sebagai bangunan pejabat, akademik dan komersil. Pejabat umum penyelenggaraan di UiTM Shah Alam terletak di dalam zon ini. Ia juga mempunyai sebuah pejabat pentadbiran yang terletak di Bangunan Wawasan bagi mengendalikan secara khusus dan berkesan semua aspek yang berkaitan dengan penyelenggaraan bangunan-bangunan yang berada di dalamnya.

(3)

Gambar 5.1 - Pejabat Unit Penyelenggaraan Zon A

5.3 ORGANISASI PENGURUSAN PENYELENGGARAAN ZON A

Ia diketuai oleh Ketua Seksyen iaitu En. Mokhtar Amin yang menjawat jawatan Pembantu Teknik Kanan. Ia dibantu oleh tiga (3) orang Juruteknik, seorang (1) Juruelektrik, lapan (8) orang Tukang dan tujuh (7) orang Pembantu Rendah Awam yang melaksanakan kerja-kerja buruh. Jumlah kesemua kakitangan yang bertugas di zon ini ialah seramai 20 orang. (Rujuk Rajah 5.1)

(4)

Rajah 5.1 - Carta organisasi Unit Penyelenggaraan Zon A PENGURUS OPERASI

KETUA SEKSYEN ZON A

JURUTEKNIK Awam JURUTEKNIK 1. Perpaipan 2. Pest Control 3. Pembersihan Bangunan 4. Sanitary Dressing JURUTEKNIK Elektrik PELBAGAI (TK3) PELBAGAI (TK3) PELBAGAI (TK3) JURULETRIK (K2)

PEKERJA RENDAH AWAM PEKERJA RENDAH AWAM

(5)

5.4 KEMUDAHAN DAN ASET-ASET DI DALAM ZON A

Secara umumnya terdapat kemudahan-kemudahan dan aset yang terletak di bawah pengawasan zon ini iaitu :-

1. Pencawang elektrik 11 kV 2. Pencawang elektrik 33 kV

3. Penghawa dingin jenis unit pisah dan sepusat 4. Tempat letak kereta/motosikal

5. Panel 'fire alarm'

6. Talian telefon dan ‘PABX’ 7. Jalan Raya

8. Lampu Jalan 9. Lif

10. 'Punch clock'

11. Lokasi kutipan sampah 12. Lokasi kitar semula

(6)

5.5 BANGUNAN-BANGUNAN YANG BERADA DI DALAM ZON A

Untuk kajian ini penulis telah memilih bangunan-bangunan tertentu bagi tujuan kajian secara mendalam. Bangunan-bangunan yang dipilih terdiri daripada beberapa bangunan dan ia terletak didalam satu zon iaitu Zon A (Rujuk Lampiran 2). Diantara bangunan-bangunan tersebut adalah seperti jadual dibawah:-

Jadual 5.1 – Senarai bangunan-bangunan di dalam Zon A

BIL NAMA BANGUNAN LUAS (M2 )

1 Pos Pengawal Utama 750.00

2 Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan (Baru) 3,043.05 3 Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan (Lama)

(Bangunan Wawasan)

7,976.06

4 Hotel UiTM 3,118.04

5 Fakulti Kejuruteraan (Lama) 9,103.21 6 Bengkel Kejuruteraan Blok G 6,054.30

7 Pusat Islam 5,638.00

8 Pejabat Penyelenggaraan & Pembangunan 3,301.50 9 Fakulti Senibina, Perancangan & Ukur (Kompleks Tahir

Majid)

17,635.00

10 Kompleks PALAPES 891.00

11 Pejabat Keselamatan 2,417.56

12 Bangunan PALAPES (Lama) 1,855.35

(7)

Gambar 5.2 - Bangunan-bangunan Yang Terletak Di Dalam Zon A

Pos Pengawal Utama

(8)

Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan Lama (Bangunan Wawasan)

(9)

Salah satu bangunan di Fakulti Kejuruteraan (Lama)

(10)

Pusat Islam

(11)

Pejabat Penyelenggaraan

(12)

Pejabat Keselamatan

(13)

5.6 PERLAKSANAAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN

Di dalam melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan di Zon A, beberapa perkara telah ditentukan untuk meningkatkan keberkesananya iaitu penggunaan kedua-dua jenis buruh berdasarkan kerja samada buruh langsung atau kontraktor luar, penentuan prosedur tertentu seperti memerima aduan dan membaiki kerosakan dan sebagainya yang mesti dipatuhi bagi melancarkan segala urusannya.

5.6.1 Penggunaan Jenis Buruh

Penggunaannya bergantung kepada jenis kerja yang akan dilaksanakan. a) Buruh Langsung

Seramai 20 orang pekerja buruh langsung di dalam zon ini dengan pelbagai jawatan yang diketuai oleh Pembantu Teknik Kanan. Fungsi buruh ini lebih kepada mengurus dan menyelenggara kerja-kerja pembaikan kerosakan yang melibatkan kerja awam, perpaipan dan elektrik. Manakala bagi kerja-kerja yang memerlukan kemahiran yang tinggi, ia masih perlu diberikan kepada kontarktor luar.

Dari segi waktu kerja, ia sama dengan kakitangan-kakitangan lain UiTM seperti yang telah diterangkan sebelumnya. Walaubagaimanapun, selepas waktu pejabat seramai 2 orang pekerja ‘standby’ diperlukan bagi mengawal kawasan UiTM dan menerima aduan-aduan daripada warga UiTM. Mereka akan mengawal kawasan sehingga pukul 12.00 tengah

(14)

malam sahaja. Sekiranya terdapat aduan selepas pukul 12.00 tengah malam, seorang jurutera awam ‘on-call’ yang telah dilantik boleh dihubungi untuk membuat aduan.

a) Kontraktor

Kebanyakkan kerja yang memerlukan kemahiran yang tinggi diserahkan kepada kontraktor seperti sistem lif, penghawa dingin sepusat, juga kerja-kerja pembersihan. Perlaksanaan kerja-kerja oleh pihak kontraktor dinilai melalui kualiti kerja yang dihasilkan. Biasanya bagi kerja-kerja perkhidmatan, tempoh sesuatu kontrak adalah selama 2 tahun. Dalam tempoh kontrak tersebut, sekiranya mutu yang ditunjukkan adalah baik, maka penyambungan kontrak akan dilakukan dan jika sebaliknya, kontraktor baru akan dipilih. Terdapat ‘rating’ tertentu yang diberikan kepada kontraktor berdasarkan penilaian yang dibuat, iaitu :-

1. A - Cemerlang, lebih dari spesifikasi 2. B – Sangat baik, kerja ikut spesifikasi 3. C – Baik, ada potongan dan teguran 4. D – Sederhana, perlu bimbingan 5. E – Sangat lemah

(15)

Dibawah ini disenaraikan beberapa nama kontraktor yang melaksanakan projek dan perkhidmatan di Zon A pada tahun 2003 dan jenis-jenis kerja terlibat.

Jadual 5.2 – Senarai nama kontraktor di Zon A dan jenis kerja.

BIL NAMA KONTRAKTOR BIDANG TUGAS

1 HAS Enterprise Sdn. Bhd Khidmat membersih dan mencuci 2 Daya Urus Sdn. Bhd Khidmat membersih dan mencuci 3 Ogre Pest Control Sdn. Bhd. Kawalan serangga perosak 4 Kamal & Kamal Sdn. Bhd Perkhidmatan Sanitact

5 Kejuruteraan Lagenda Jaya Sdn.Bhd

Pendawaian soket alir keluar di bilik-bilik tandas di FSPU.

6 Kejuruteraan Lagenda Jaya Sdn.Bhd

Kerja-kerja pemasangan lampu limpah di FSPU

7 Cempakan Sari Enterprise

Ubahsuai Bahagian Latihan dan Pembangunan Staf

8 Sani Exell Sdn. Bhd

Membekal dan memasng jeriji besi dan laluan patah serta mengganti kunci di Fakuliti Kejuruteraan Lama

9 BTE Elektrikal Sdn. Bhd

Pemasangan soket alur keluar di bilik-bilik tandas Bengkel Kejuruteraan

10 Intelspeed Sdn.Bhd.

Pembaikan siling/bumbung bocor di Dewan Latihan Utama BLPS

11 Titian Perak Sdn. Bhd

Pengubahsuaian Bahagian Latihan dan Pembangunan Staf

(16)

5.7 PROSEDUR PENGENDALIAN ADUAN DAN PEMBAIKAN DI ZON A

Aduan keatas setiap kerosakkan yang berlaku perlu dilakukan dengan kadar segera. Tindakan ini penting bagi mengelakkan kerosakkan menjadi lebih teruk sehingga boleh membahayakan keselamatan pengguna Selain itu, aduan juga boleh menilai tahap mutu kerja yang dilakukan oleh petugas-petugas Pejabat Penyelenggaraan UiTM. Ini dapat dibuktikan apabila merujuk kepada data-data aduan yang ada menunjukkan bilangannya setiap bulan amat banyak.

5.7.1 Tempat Membuat Aduan

Setiap penghuni yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan atau ingin membuat sebarang aduan mengenai kerosakkan yang berlaku Zon A boleh mengemukakan aduan mereka kepada salah satu daripada tempat berikut :-

a) Bangunan Pejabat Penyelenggaraan.

b) Pejabat Unit Penyelenggaraan Zon A di Bangunan Wawasan.

c) Bahagian Pentadbiran setiap bangunan dalam Zon A itu sendiri.

5.7.2 Kaedah Membuat Aduan

Terdapat beberapa kaedah yang digunakan untuk membuat aduan. Antara kaedah tersebut ialah :-

1) Secara Terus / Lisan

Pelanggan yang ingin membuat aduan secara terus perlulah datang sendiri ke bangunan Pejabat Penyelenggaraan atau pun Unit

(17)

Penyelenggaraan Zon A yang terletak di Bangunan Wawasan. Di sana, pelanggan dikehendaki mengisi borang aduan (Borang AKDRS Pin 3/98) yang disediakan atau pegawai penerima aduan sendiri akan merekodkan aduan ke dalam borang tersebut dan pegawai yang bertugas akan merekod segala maklumat serta memberi maklumbalas tentang aduan tersebut.

2) Melalui Talian Telefon

Kaedah ini adalah hampir sama dengan kaedah aduan secara terus. Apa yang berbeza hanyalah aduan dibuat melalui telefon menerusi 03-5544-4444. Dengan kaedah ini, pelapor dikehendaki memberikan butiran diri serta maklumat kerosakan yang lengkap manakala pegawai yang menerima aduan tersebut akan merekodkan segala aduan yang diterima ke dalam buku aduan kerosakkan atau Pangkalan Data Aduan Kerosakan.

3) Melalui Penulisan Surat / Memo

Merupakan kaedah yang jarang digunakan, namun terdapat juga sebilangan kecil aduan yang dibuat melalui cara ini di mana kebanyakan pelapor yang membuat aduan adalah terdiri daripada orang luar dan juga pelawat. Biasanya aduan yang diterima adalah tidak lengkap dan susah untuk dikenalpasti di mana kerosakkan tersebut berlaku. Sebarang aduan yang hendak dibuat menggunakan kaedah ini boleh dibuat ke

(18)

alamat yang berikut:-

Pejabat Penyelenggaraan Universiti Teknologi Mara 40450 Shah Alam

Selangor Darul Ehsan.

4) Melalui Borang Aduan Khas (AKDRS Pin 3/98)

Merupakan kaedah yang paling banyak digunakan. Ini kerana pelapor tidak perlu ke Pejabat Penyelenggaraan atau ke pejabat penyelenggaraan Zon A untuk membuat aduan. Pelapor hanya perlu pergi bahagian pentadbiran bangunan terbabit dan mengisi borang aduan kerosakan yang disediakan dalam dua salinan. Sehelai daripada borang tersebut akan disimpan oleh bahagian pentadbiran bangunan manakala satu salinan lagi akan dihantar ke Unit Penyelenggaraan Zon A.

5) Secara E-mail.

Aduan yang hendak dibuat melalui kaedah ini bolehlah di e-melkan kepada :-

Webadmin.pej.peny.@www.itm.

5.7.3 Proses Membuat Aduan

1) Terima Aduan Pelanggan

Semua aduan kerosakkan yang diterima di Pejabat Penyelenggaraan atau Unit Penyelenggaraan Zon A atau bahagian pentadbiran sesebuah

(19)

bangunan samada dalam bentuk talian telefon, surat/memo, e-mel, borang aduan ataupun secara terus.

2) Merekod Data

i) Setiap aduan yang diterima perlu direkod oleh penerima aduan ke dalam borang aduan kerosakan.

ii) Penerima aduan perlulah memberikan nombor siri atau rujukan kepada borang aduan pelanggan iaitu z-mm-dd-xxx yang mana:- • Z ialah zon, contohnya A untuk Zon A

• mm ialah bulan, contohnya 02 bagi bulan Februari • dd ialah haribulan, contohnya 06

• xxx ialah nombor siri bermula dari 001 setiap bulan.

iii) Juruteknik atau Orang Bawah Selia (OBS) perlu memasukkan maklumat aduan kerosakan ke dalam sistem berkomputer.

3) Penilaian

i) Aduan yang diterima akan diserahkan kepada Juruteknik atau Orang Bawah Selia (OBS) yang bertugas untuk dinilaikan. ii) Juruteknik atau Orang Bawah Selia perlu sampai ke tempat

kerosakan tersebut dalam masa 30 minit selepas aduan diterima untuk menyiasat punca kerosakan.

iii) Juruteknik atau Orang Bawah Selia perlu mendapatkan segala maklumat iaitu jenis kerosakan dan anggaran kos terlibat. Penilaian juga berdasarkan faktor keselamatan iaitu keselamatan

(20)

nyawa dan hartabenda. Juga berdasarkan lokasi samada ruang ‘VIP’ majlis keramaian atau ruang umum / tumpuan umum. iv) Juruteknik atau Orang Bawah Selia dikehendaki menetapkan

keutamaan kerja pembaikan berdasarkan kepada Jadual Keutamaan Kerja iaitu:-

Jadual 5.3 – Keutamaan Kerja

TAHAP KEUTAMAAN MASA TINDAKAN

Cemas < 45 minit

Segera < 24 jam

Biasa < 72 jam (3 hari) Temujanji > 72 jam (3 hari)

4) Baiki Kerosakan

i) Pembaikan kerosakkan oleh Orang Bawah Selia.

Sekiranya punca kerosakkan tersebut boleh dibaiki dan dipulihkan oleh Orang Bawah Selia maka petugas yang berkenaan perlulah:-

a) Mendapat Surat Kebenaran Menjalankan Kerja dari Ketua Zon A

b) Menyerahkan surat tersebut (SKMK) ke Bahagian Pentadbiran bangunan terlibat.

c) Membuat kerja pembaikan.

d) Mendapat pengesahan kerja daripada bahagian pentadbiran bangunan tersebut dan pelanggan.

(21)

ii) Pembaikan kerosakan oleh kontraktor

Sekiranya punca kerosakan tersebut tidak boleh dibaiki oleh Orang Bawah Selia, maka Ketua Zon akan bertanggungjawab untuk melantik kontraktor untuk membaiki kerosakkan tersebut.

5) Semakan Oleh Juruteknik

i) Juruteknik perlu menyelia kerja pembaikan yang dijalankan samada oleh Orang Bawah Selia ataupun kontraktor.

ii) Setiap kali kerja dijalankan, Juruteknik bertanggungjawab untuk membuat rekod/laporan harian serta pengesahan dari pihak yang terlibat sehingga kerja pembaikan tersebut selesai.

6) Rekod Maklumbalas

i) Setiap maklumat kerja serta maklumbalas yang diterima perlu direkod atau didokumentasikan ke dalam sistem berkomputer. ii) Antara maklumat yang perlu direkodkan adalah :-

o Jumlah dan jenis kerosakan o Jumlah kos pembaikan o Senarai status kerosakan o Status masa tidak balas

o Status masa selesai kerja pembaikkan

iii) Setiap akhir bulan, Ketua Zon perlu menyediakan laporan bulanan bagi tujuan rujukan.

(22)
(23)

5.7.4 Peringkat Pembaikan

1) Peringkat Pertama (Peringkat Awalan)

i) Peringkat dimana aduan diterima oleh petugas Pejabat Penyelenggaraan dengan kaedah yang sedia ada.

ii) Di peringkat ini aduan akan dikumpulkan dan diserahkan kepada Juruteknik atau Orang Bawah Selia yang bertugas.

2) Peringkat Kedua (Peringkat Maklumbalas)

i) Pada peringkat ini, Juruteknik atau Orang Bawah Selia yang bertugas akan membuat lawatan pada tempat yang dilaporkan berlaku kerosakan dalam tempoh masa 30 minit dari aduan diterima.

ii) Juruteknik atau Orang Bawah Selia akan merekodkan jenis kerosakan dan anggaran kos yang terlibat.

iii) Juruteknik atau Orang Bawah Selia juga akan membuat penilaian untuk keutamaan kerja sama ada cemas, segera ataupun biasa.

3) Peringkat Ketiga (Peringkat Pembaikan)

i) Di peringkat ketiga ini, proses pembaikan akan dilakukan di mana sekiranya kerja tersebut boleh dibaiki sendiri maka pengagihan kepada Orang Bawah Selia akan diberi.

(24)

ii) Sekiranya kerja tersebut tidak dapat dibaiki oleh Orang Bawah Selia, maka Ketua Zon akan melantik kontraktor untuk menjalankan kerja pembaikan.

4) Peringkat Keempat (Peringkat Akhir)

i) Pada peringkat ini, segala maklumat pembaikan akan di semak dan direkodkan untuk tujuan pembayaran ataupun rujukan kerja. ii) Satu laporan bulanan akan disediakan oleh Ketua Zon sebagai

(25)
(26)

5.7.5 Analisa Aduan Kerosakan Dan Tindakan Sepanjang Tahun 2003 bagi Zon A

Jadual 5.4 – Jumlah aduan kerosakan dan tindakan bagi Zon A pada tahun 2003

B UL AN J E NIS K E RO SAK AN P o s P eng a wa l U ta ma F a ku lt i P eng urus a n H o tel & P ela nc o ng a n ( B a ru) F a ku lt i P eng urus a n H o tel & P ela nco ng a n ( L a ma )) H o tel UiT M F a ku lt i K ej urute ra a n ( L a ma ) B eng kel K ej urute ra a n B lo k G P us a t Is la m P ej a ba t P eny eleng g a ra a n & P emba ng un a n F a ku lt i Senib ina , P er a nca ng a n & Ukur ( K o mp lek s T a hir M a jid) K o mp leks P A L AP E S Pe ja ba t K esela ma ta n B a ng un a n P A L AP E S ( L a ma ) J UM L AH J AN AWAM 93 PAIP 57 LETRIK 67 JUMLAH JUMLAH KESELURUHAN 217 F E B AWAM 46 PAIP 30 LETRIK 40 JUMLAH KESELURUHAN 116 M AC AWAM 50 PAIP 48 LETRIK 50 JUMLAH JUMLAH KESELURUHAN 148 AP RIL AWAM 92 PAIP 53 LETRIK 81 JUMLAH JUMLAH KESELURUHAN 226 M E I AWAM 31 PAIP 43 LETRIK 48 JUMLAH JUMLAH KESELURUHAN 122 J UN AWAM 38 PAIP 31 LETRIK 83 JUMLAH JUMLAH KESELURUHAN 152

(27)

B UL A N J E NIS K E RO SAK AN P o s P eng a wa l U ta ma F a ku lt i P eng urus a n H o tel & P ela nco ng a n ( B a ru) F a ku lt i P eng urus a n H o tel & P ela nco ng a n ( L a ma ) (B a ng un a n Wa wa sa n) H o tel UiT M F a ku lt i K ej urute ra a n ( L a ma ) B eng kel K ej urute ra a n B lo k G P us a t Is la m P ej a ba t P eny eleng g a ra a n & P emba ng un a n F a ku lt i Senib ina , P er a nca ng a n & Ukur ( K o mp lek s T a hir M a jid) K o mp leks P E L AP E S P ej a ba t K esela ma ta n B a ng un a n P E L AP E S ( L a ma ) J UM L AH J UL AI AWAM NA PAIP NA LETRIK NA JUMLAH JUMLAH KESELURUHAN NA OGOS AWAM 29 PAIP 71 LETRIK 68 JUMLAH JUMLAH KESELURUHAN 168 SE P T AWAM 32 PAIP 65 LETRIK 78 JUMLAH JUMLAH KESELURUHAN 175 OKT AWAM NA PAIP NA LETRIK NA JUMLAH JUMLAH KESELURUHAN NA NO V AWAM 25 PAIP 59 LETRIK 37 JUMLAH JUMLAH KESELURUHAN 121 DIS AWAM NA PAIP NA LETRIK NA JUMLAH JUMLAH KESELURUHAN NA

JUMLAH KESELURUHAN TAHUNAN 1445

Secara umumnya menurut sumber Pejabat Penyelenggaraan, jumlah aduan kerosakan yang dilaporkan dalam sehari adalah lebih kurang 20 aduan.

(28)

5.8 TINJAUAN BANGUNAN

Memandangkan jumlah bilangan bangunan yang berada di dalam Zon A yang agak banyak, dengan keluasan yang besar, maka untuk memastikan kecekapan dan keberkesanan kerja, tinjauan bangunan hanya dilakukan dengan memilih salah satu dari keseluruhan bangunan yang terdapat di dalam zon ini. Tujuan ianya dilaksanakan ialah bagi memantau keadaan sebenar dan menilai tahap penyelenggaraan yang dilakukan. Untuk tujuan ini bangunan Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur (FSPU) telah dipilih untuk dijadikan contoh.

Pemilihan ini dilakukan berdasarkan kriteria bahawa FSPU merupakan bangunan yang mempunyai keluasan lantai terbesar di dalam Zon A iaitu 17,635 meter persegi. Penemuan-penemuan yang diperolehi di harapkan boleh menjadi satu rujukan bagi menggambarkan keadaan keseluruhan aspek pengurusan penyelenggaraan khususnya bagi Zon A, dan UiTM secara umum.

5.8.1 Pengenalan

Fakuiti Senibina, Perancangan dan Ukur (FSPU) mula ditubuhkan pada Julai 1967 dengan pendaftaran pelajar seramai 60 orang di bawah nama Kajian Sains Gunaan dan akhirnya bertukar nama kepada Kajian Seni dan Senibina. Pada tahun 1971. Kajian Seni dan Senibina telah dibubarkan dan ditubuhkan dua buah kajian yang berbeza iaitu Kajian Senibina, Perancangan dan Ukur dan Kajian Senireka dan Senilukis. Buat masa ini, Kajian Senibina, Perancangan dan Ukur lebih dikenali sebagai Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur.

(29)

Gambar 5.3 - Pemandangan ruang legar FSPU yang sedang dalam proses pengubahsuaian

(30)

Fakulti ini berada dipuncak bukit dan terletak bersebelahan Lebuhraya Persekutuan. Ia mempunyai sembilan jabatan dan menawarkan lebih 20 jenis program. Jumlah bilangan pelajar lebih kurang 2500 orang dengan tenaga pengajar seramai hampir 200 orang.

Bangunan ini juga dikenali sebagai Kompleks Tahir Majid. Ia mempunyai tiga buah blok yang terdiri daripada Blok A sebagai bangunan pentadbiran dan bilik-bilik pensyarah, Blok B sebagai bangunan untuk program-program yang berkaitan dengan rekabentuk yang melibatkan studio. Manakala Blok C merupakan bangunan untuk program-program lain seperti Program Ukur Bangunan, Pengurusan Hartanah, Ukur Bahan dan sebagainya.

Gambar 5.5 - Pandangan Blok C FSPU, iaitu blok yang mengalami banyak kerosakan

(31)

5.8.2 Maklumat Bangunan

Spesifikasi Bangunan

Keseluruhan bangunan ini menggunakan struktur asas konkrit tetulang dengan dinding batu bata yang dilepa dengan lepaan simen di kedua-dua permukaan. Kedua-dua belah permukaan ini menggunakan kemasan cat emulsi. Ia menggunakan jenis bumbung rata bagi keseluruhan bangunan.

Kemudahan Bangunan

Merupakan sebuah bangunan yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan pembelajaran dan pengajaran seperti bilik kuliah, dewan kuliah, studio lukisan, makmal-makmal komputer, makmal teknologi persekitaran, makmal kerja-kerja awam dan lain-lain lagi. Di samping itu juga, bangunan ini dilengkapi surau, sebuah kafetaria, kedai photostat dan peralatan tulis.

Keadaan Bangunan

Berdasarkan tinjauan yang dilakukan terhadap bangunan ini, keadaan bangunan secara keseluruhannya berada pada tahap yang kurang memuaskan. Ini dapat digambarkan melalui ketiga-tiga aspek yang dilihat iaitu fabrik bangunan, tahap pembersihan serta sistem perkhidmatan dan kemudahan bangunan. Walau bagaimanapun, sekarang ini bangunan ini banyak terlibat dengan kerja-kerja pengubahsuaian terutamanya di Blok A.

i) Fabrik Bangunan

Banyak kesan kelembapan, berlumut dan pengelupasan cat berlaku pada siling, dinding dan tiang. Ini berpunca dari masalah kebocoran

(32)

yang sering berlaku pada bumbung bangunan dan juga sistem penghawa dingin yang juga boleh menjejaskan keselesaan penghuni dan ketrampilan bangunan itu sendiri. Ia perlu diatasi dengan kadar segera untuk menggelakkan risiko keselamatan dan kesihatan kepada para penghuni apabila ia berterusan. Kesan kecacatan ketara dapat dilihat di tingkat yang paling atas disebabkan berpunca dari air yang dapat memasuki ruang. Dari pemerhatian tersebut, di dapati kesan kecacatan sudah agak lama tanpa tindakan yang sewajarnya. Beberapa gambar ditunjukkan sebagai bukti kecacatan-kecacatan tersebut.

ii) Sistem Perkhidmatan Dan Kemudahan Bangunan

Sistem perkhidmatan dan kemudahan bangunan seperti sistem bekalan elektrik, menunjukkan kelemahan pelaksanaan aspek penyelenggaraan. Tiada penyiasatan berkala dibuat. Terdapat sistem lampu yang tidak mempunyai penutup yang sempurna. Keadaan ini boleh meningkatkan risiko kepada penghuni jika berlaku keadaan yang tidak dijangka seperti lampu tertanggal dan seumpamanya. Ada juga lampu jalan yang hanya tinggal tiang sahaja tanpa lampunya.

Bagi perkhidmatan pencegahan dan keselamatan kebakaran kebakaran, terdapat gelung hos yang mengalami kebocoran menyebabkan air keluar dan merosakkan fabrik-fabrik lain. Juga didapati terdapat tempat menyimpan gelung hos berdekatan pili bomba yang terbalik dan ada yang terbuka tanpa gelungnya.

(33)

Gambar 5.6 - Keadaan semasa persekitaran bangunan FSPU

Perletakkan perabot terpakai yang tidak sesuai

(34)

Ruang legar juga tempat pelajar berkumpul

(35)

Kerja pengubahsuaian sedang dijalankan

(36)

Pokok-pokok yang masih di dalam plastik tidak ditanam ditempat yang sepatutnya

(37)

Tempat pembuangan sampah yang tidak digunakan secara rasmi tetapi masih menjadi tempat pembuangan

(38)

Kerosakan pintu tempat pengumpulan sampah

(39)

Perabot terpakai yang berselerak

(40)

Bilik kawalan elektrik yang agak berselerak

(41)

iii) Pembersihan Bangunan

Aspek ini amat mendukacitakan. Dari pemerhatian yang dibuat, didapati bahawa tahap kualiti penyelenggaraannya adalah tidak memuaskan. Ini dapat dilihat di dalam aspek pembersihan kawasan dan ruang. Tempat pembuangan sampah tidak digunakan dengan sebaiknya. Di dapati sampah-sampah dibuang secara tidak sempurna yang telah mengakibatkan persekitaran tempat pembuangan sampah kotor. Tempat pembuangan sampah juga menunjukkan kerosakan pada pintu penutupnya.

Manakala pada ruang dalam bangunan pula, terutamanya tandas-tandas, keadaanya sangat tidak memuaskan. Tahap kebersihan menunjukkan aspek kerja pembersihan tidak dijalankan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Jelas kelihatan keadaan air yang bertakung, kesan kotoran dan lumut pada tempat mengambil air sembahyang, lantai yang kotor, dinding yang tidak dibersihkan dan cermin pencahayaan yang tidak pernah dibersihkan. Sedangkan kalau diteliti syarat yang diberikan didalam kontrak, setiap pekerja bertanggungjawab untuk membersihkan secara ‘3 D’ iaitu lantai, dinding dan siling. Berdasarkan pemerhatian dan maklumat dari pengguna, pekerja-pekerja kontrak tidak melaksanakan kerja seperti yang sepatutnya. Ini diburukkan lagi dengan ketiadaan penyeliaan yang cukup dari pihak organisasi penyelenggaraan UiTM sendiri khususnya Unit Zon A.

(42)

Gambar 5.7 – Sebahagian kerosakan / kecacatan yang berlaku pada bangunan FSPU

Kebocoran pada ‘Hose Reel’

(43)

Kotak sahaja yang tinggal ?

(44)

Lampu yang telah kehilangan penutup

(45)

Kesan kecacatan yang teruk pada siling

(46)

‘Cover’ tertanggal dan tetulang kelihatan

(47)

Longkang pecah

(48)

Keadaan ‘kerb’ jalan yang tidak diselenggarakan

(49)

Keadaan tandas yang kotor

(50)

Laintai jubin yang telah pecah pada bilik tandas

(51)

5.9 PERBELANJAAN PENYELENGGARAAN ZON A BAGI TAHUN 2001

Untuk tujuan pengurusan kewangan setiap satu zon akan menyediakan laporan kerja-kerja penyelenggaraannya sendiri. Di bawah ini contoh jumlah perbelanjaan penyelenggaraan bagi Zon A tahun 2001 iaitu sebanyak RM185,443 di mana merangkumi kos untuk pembaikan awam, paip dan elektrik. Walaubagaimanapun perbelanjaan ini hanya melibatkan kerja-kerja secara buruh langsung sahaja dan tidak termasuk projek-projek dan kerja-kerja di bawah perkhidmatan kontraktor. Data-data kewangan terbaru tidak dapat dikeluarkan memandangkan organisasi operasi zon telah mengalami perubahan yang menyebabkan bangunan juga berpindah kedudukan zon.

Jadual 5.5 – Jumlah Perbelanjaan Penyelenggaraan Bagi Zon A

ZON AWAM PAIP ELEKTRIK JUM.

KESELURUHAN ZON A RM51,516 RM48,224 RM85,703 RM185,443 Sumber : Norhaliza Bt Md. Zainal ( Perbandingan Pengurusan Penyelenggaraan Antara Institusi Pengajian Tinggi Awam Dengan Swasta, 2002)

5.9.1 Peruntukan Penyelenggaraan

Di UiTM, peruntukan perbelanjaan adalah diuruskan oleh Pejabat Bendahari UiTM. Peruntukan yang diperolehi hendaklah diagihkan oleh Ketua Pejabat Penyelenggaraan mengikut perbelanjaan bagi aktiviti dan program di bawah kawalan Ketua Penyelenggaraan.

(52)

Walaubagaimanapun Ketua Penyelenggaraan hendaklah merujuk Unit Kewangan Zon 5 mengenai urusan pengagihan peruntukan. Tiada peruntukan khusus diberikan kepada Zon A. Pendekatannya ialah melalui permintaan yang dibuat jika terdapatnya kerja penyelenggaraan yang hendak dilaksanakan.

Gambar

Gambar 5.2 - Bangunan-bangunan Yang  Terletak Di Dalam Zon A
Gambar 5.3 - Pemandangan ruang legar FSPU yang sedang                                        dalam proses pengubahsuaian
Gambar 5.5 - Pandangan Blok C FSPU, iaitu blok yang     mengalami banyak kerosakan
Gambar 5.6 -  Keadaan semasa persekitaran bangunan  FSPU
+2

Referensi

Dokumen terkait

Karya sastra selalu berisi tentang pandangan penulis terhadap realita sebagai lembaga sosial yang diciptakan oleh seorang pengarang. Persoalan-persoalan yang

Puji syukur kehadirat Allah SWT untuk segala kemudahan yang diberikan sehingga penulis dapat menyelesaikan skripsi yang berjudul &#34;Analisa Hubungan Pertambahan

Untuk membatasi permasalahan dalam pembahasan laporan ini penulis lebih terfokus pada tema “Tata Ruang Perpustakaan Madrasah Tsanawiyah Negeri Seyegan,

Keluarga memberikan dukungan informasional kepada subjek yaitu berupa nasehat dan saran-saran untuk membantu menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi subjek dengan

Pendapat dari para di atas dapat disimpulkan bahwa kinerja merupakan hasil kerja yang dapat dicapai oleh pegawai dalam melaksanakan fungsinya sesuai dengan wewenang dan

Sehubungan dengan Sidang Majelis Jemaat Triwulan II 2014 - 2015 yang akan dilaksanakan pada hari Sabtu, 18 Oktober 2014 pukul 11.00 WIB di Ruang Serbaguna lantai 2 GPIB

dengan tingkat validitas 0,72 dan reliabilitas 0,94. Berdasarkan hasil di atas dapat disimpulkan 1). Ada pengaruh latihan servis dalam tenis menggunakan metode

Peraturan penggunaan dan pengurusan komputer di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah terbahagi kepada 5 kategori iaitu Penggunaan Perkakasan, Penggunaan Perisian, Pengurusan