• Tidak ada hasil yang ditemukan

1) Peringkat Pertama (Peringkat Awalan)

5.8 TINJAUAN BANGUNAN

5.8.2 Maklumat Bangunan

Spesifikasi Bangunan

Keseluruhan bangunan ini menggunakan struktur asas konkrit tetulang dengan dinding batu bata yang dilepa dengan lepaan simen di kedua-dua permukaan. Kedua-dua belah permukaan ini menggunakan kemasan cat emulsi. Ia menggunakan jenis bumbung rata bagi keseluruhan bangunan.

Kemudahan Bangunan

Merupakan sebuah bangunan yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan pembelajaran dan pengajaran seperti bilik kuliah, dewan kuliah, studio lukisan, makmal-makmal komputer, makmal teknologi persekitaran, makmal kerja-kerja awam dan lain-lain lagi. Di samping itu juga, bangunan ini dilengkapi surau, sebuah kafetaria, kedai photostat dan peralatan tulis.

Keadaan Bangunan

Berdasarkan tinjauan yang dilakukan terhadap bangunan ini, keadaan bangunan secara keseluruhannya berada pada tahap yang kurang memuaskan. Ini dapat digambarkan melalui ketiga-tiga aspek yang dilihat iaitu fabrik bangunan, tahap pembersihan serta sistem perkhidmatan dan kemudahan bangunan. Walau bagaimanapun, sekarang ini bangunan ini banyak terlibat dengan kerja-kerja pengubahsuaian terutamanya di Blok A.

i) Fabrik Bangunan

Banyak kesan kelembapan, berlumut dan pengelupasan cat berlaku pada siling, dinding dan tiang. Ini berpunca dari masalah kebocoran

yang sering berlaku pada bumbung bangunan dan juga sistem penghawa dingin yang juga boleh menjejaskan keselesaan penghuni dan ketrampilan bangunan itu sendiri. Ia perlu diatasi dengan kadar segera untuk menggelakkan risiko keselamatan dan kesihatan kepada para penghuni apabila ia berterusan. Kesan kecacatan ketara dapat dilihat di tingkat yang paling atas disebabkan berpunca dari air yang dapat memasuki ruang. Dari pemerhatian tersebut, di dapati kesan kecacatan sudah agak lama tanpa tindakan yang sewajarnya. Beberapa gambar ditunjukkan sebagai bukti kecacatan-kecacatan tersebut.

ii) Sistem Perkhidmatan Dan Kemudahan Bangunan

Sistem perkhidmatan dan kemudahan bangunan seperti sistem bekalan elektrik, menunjukkan kelemahan pelaksanaan aspek penyelenggaraan. Tiada penyiasatan berkala dibuat. Terdapat sistem lampu yang tidak mempunyai penutup yang sempurna. Keadaan ini boleh meningkatkan risiko kepada penghuni jika berlaku keadaan yang tidak dijangka seperti lampu tertanggal dan seumpamanya. Ada juga lampu jalan yang hanya tinggal tiang sahaja tanpa lampunya.

Bagi perkhidmatan pencegahan dan keselamatan kebakaran kebakaran, terdapat gelung hos yang mengalami kebocoran menyebabkan air keluar dan merosakkan fabrik-fabrik lain. Juga didapati terdapat tempat menyimpan gelung hos berdekatan pili bomba yang terbalik dan ada yang terbuka tanpa gelungnya.

Gambar 5.6 - Keadaan semasa persekitaran bangunan FSPU

Perletakkan perabot terpakai yang tidak sesuai

Ruang legar juga tempat pelajar berkumpul

Kerja pengubahsuaian sedang dijalankan

Pokok-pokok yang masih di dalam plastik tidak ditanam ditempat yang sepatutnya

Tempat pembuangan sampah yang tidak digunakan secara rasmi tetapi masih menjadi tempat pembuangan

Kerosakan pintu tempat pengumpulan sampah

Perabot terpakai yang berselerak

Bilik kawalan elektrik yang agak berselerak

iii) Pembersihan Bangunan

Aspek ini amat mendukacitakan. Dari pemerhatian yang dibuat, didapati bahawa tahap kualiti penyelenggaraannya adalah tidak memuaskan. Ini dapat dilihat di dalam aspek pembersihan kawasan dan ruang. Tempat pembuangan sampah tidak digunakan dengan sebaiknya. Di dapati sampah-sampah dibuang secara tidak sempurna yang telah mengakibatkan persekitaran tempat pembuangan sampah kotor. Tempat pembuangan sampah juga menunjukkan kerosakan pada pintu penutupnya.

Manakala pada ruang dalam bangunan pula, terutamanya tandas-tandas, keadaanya sangat tidak memuaskan. Tahap kebersihan menunjukkan aspek kerja pembersihan tidak dijalankan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Jelas kelihatan keadaan air yang bertakung, kesan kotoran dan lumut pada tempat mengambil air sembahyang, lantai yang kotor, dinding yang tidak dibersihkan dan cermin pencahayaan yang tidak pernah dibersihkan. Sedangkan kalau diteliti syarat yang diberikan didalam kontrak, setiap pekerja bertanggungjawab untuk membersihkan secara ‘3 D’ iaitu lantai, dinding dan siling. Berdasarkan pemerhatian dan maklumat dari pengguna, pekerja-pekerja kontrak tidak melaksanakan kerja seperti yang sepatutnya. Ini diburukkan lagi dengan ketiadaan penyeliaan yang cukup dari pihak organisasi penyelenggaraan UiTM sendiri khususnya Unit Zon A.

Gambar 5.7 – Sebahagian kerosakan / kecacatan yang berlaku pada bangunan FSPU

Kebocoran pada ‘Hose Reel’

Kotak sahaja yang tinggal ?

Lampu yang telah kehilangan penutup

Kesan kecacatan yang teruk pada siling

‘Cover’ tertanggal dan tetulang kelihatan

Longkang pecah

Keadaan ‘kerb’ jalan yang tidak diselenggarakan

Keadaan tandas yang kotor

Laintai jubin yang telah pecah pada bilik tandas

5.9 PERBELANJAAN PENYELENGGARAAN ZON A BAGI TAHUN 2001

Untuk tujuan pengurusan kewangan setiap satu zon akan menyediakan laporan kerja-kerja penyelenggaraannya sendiri. Di bawah ini contoh jumlah perbelanjaan penyelenggaraan bagi Zon A tahun 2001 iaitu sebanyak RM185,443 di mana merangkumi kos untuk pembaikan awam, paip dan elektrik. Walaubagaimanapun perbelanjaan ini hanya melibatkan kerja-kerja secara buruh langsung sahaja dan tidak termasuk projek-projek dan kerja-kerja di bawah perkhidmatan kontraktor. Data-data kewangan terbaru tidak dapat dikeluarkan memandangkan organisasi operasi zon telah mengalami perubahan yang menyebabkan bangunan juga berpindah kedudukan zon.

Jadual 5.5 – Jumlah Perbelanjaan Penyelenggaraan Bagi Zon A

ZON AWAM PAIP ELEKTRIK JUM.

KESELURUHAN ZON A RM51,516 RM48,224 RM85,703 RM185,443 Sumber : Norhaliza Bt Md. Zainal ( Perbandingan Pengurusan Penyelenggaraan Antara Institusi Pengajian Tinggi Awam Dengan Swasta, 2002)

5.9.1 Peruntukan Penyelenggaraan

Di UiTM, peruntukan perbelanjaan adalah diuruskan oleh Pejabat Bendahari UiTM. Peruntukan yang diperolehi hendaklah diagihkan oleh Ketua Pejabat Penyelenggaraan mengikut perbelanjaan bagi aktiviti dan program di bawah kawalan Ketua Penyelenggaraan.

Dokumen terkait